Showing posts with label Leyton Orient. Show all posts
Showing posts with label Leyton Orient. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Match Report | Melangkah ke Old Trafford, Bendtner hat-trick

Arsenal 5 : 0 Leyton Orient
Marouane Chamakh ('7), Nicklas Bendtner ('30, '43, pen '62), Gael Clichy ('75) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Lee Mason



Match Report | Arsenal 5 - 0 Leyton Orient; FA Cup, 5th round (replay)

Awalnya pertemuan menentang Leyton Orient FC ini dalam jadual kita bukanlah satu game yang dihiraukan sangat! Tapi selepas kecuaian kita di minit-minit akhir pada 10 hari lalu Brisbane Road sehingga dipaksa seri 1-1 telah membawa kepada malapetaka tambahan dalam jadual perlawanan kita. Namun perlawanan ulang-siar ini menjadi 'tonik' sangat penting selepas kita kecewa teruk di Wembley lalu. Game ini secara tidak langsung menjadi pemangkin tahap tindak balas anak buah Wenger untuk kembali fokus kepada baki tiga saingan Piala yang masih dalam laluan kita. Dengan rentetan kecederaan yang mula menjangkiti kem Arsenal, Wenger dapat menggunakan peluang ini untuk mencuba skuad yang beliau ada!

Kecederaan yang menimpa van Perise, membuka laluan luas buat Nicklas Bendtner menampilkan aksi, beliau nyata tidak persiakan peluang tersebut dengan mencipta hat-trick, sekaligus membuka nostalgia selaku penjaring hatrik pertama di FA sejak kali terakhir dilakukan Ian Wright ketika menumbangkan Yeovil pada tahun 1993. Dan pada tahun tersebut juga The Gunners menjulang tropi FA. Diharap tuah itu akan kembali!

Line-up diturunkan Wenger.

---------------- Almunia ----------------
---Eboue--------Miquel--------Squillaci--------Gibbs----
--------Diaby (Clichy '65)-------------Denilson --------
---Bendtner (Wilshere '65)-----Rosicky (Nasri '62)-----Henderson----
--------Chamakh--------

Simpanan (tidak digunakan): Sagna, Djourou, Arshavin, Szczesny

Seperti jangkaan awal, Wenger mengubal kesebelasannya berbanding line-up yang diturunkan pada final Piala Carling lalu, dengan hanya Rosciky satu-satu sahaja yang ada dalam pasukan lepas, manakala Miquel sekali lagi berpeluang menyelesaikan tugasnya di Brisbane Road, selain Henderson mengecap debut pertama dalam skuad utama - kredit buat kedua mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, konifden level mereka juga sangat bagus! terutamanya Henderson yang dilihat sangat yakin menyimpan bola dan memperlihatkan keyakinan dirinya ketika mengambil free-kick di minit ke-38. Walaupun Rosicky ada dalam pasukan.

Arsenal akhirnya berjaya menunjukkan jalan keluar buat Leyton Orient dari saingan Piala FA dan menutupkan kisah dongeng yang ingin dicipta oleh pasukan yang dikenali julukan The O's ini untuk layak ke slot quarter-final dimana Manchester United sudah tersedia menanti di Old Trafford.

Marouane Chamakh melaku pesta jaringan selepas hanya tujuh minit perlawanan dan selepas itu ia tampak mudah buat Arsenal bagaikan pintu air yang sedang dibuka. The Gunners nyata menguasai penguasaan bola sepenuhnya. Bendtner kemudian mula membuka akaun hatriknya dengan jaringan kedua Arsenal menerusi tandukan yang melingkar menerjah masuk ke gawang dari tepi kawasan penalti. Tiada cara celebrate ala-Obafemi Martins diraikan Bendtner! Cool jerk, macam takde apa yang berlaku.

Bendtner kemudian menambah gol ketiga; tiga minit sebelum babak pertama ditamatkan, menerusi satu potongan cantik di sebelah kanan kotak penalti Orient seterusnya dari kaki kanannya merembat terus menghalakan bola jauh ke hujung kiri gol.


Striker gadang berbangsa Denmark itu memastikan hatriknya dengan sepakan penalti selepas Gibbs dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Revell sebelum digantikan Wilshere pada minit ke-65, Gael Clichy yang masuk mengantikan Diaby diminit ke-69, juga tidak malu-malu untuk mengukir nama selaku penjaring gol ke-5 Arsenal menerusi sepakan deras. Ia merupakan gol pertamanya musim ini sejak November 2008. Selepas itu, baki perlawanan nampak berat sebelah; The Gunners seperti sedang berada dalam tempo mood sesi latihan.

Sementara Orient nampak seakan berserah dan kembali berpijak ke bumi yang nyata, Kita telah menunjukkan mereka cukuplah menumpukan fokus pada League One dan siap sedia packing beg untuk perjalanan mereka ke Las Vegas, sebagai hadiah dari Chairman mereka Barry Hearn selepas layak ke pusingan replay ini. Enjoy!

Kemenangan 5-0 ini memastikan anak buah Wenger akan berpeluang dipertemukan lebih awal sebelum pertembungan 'Clash of Siapa Menang dia Juara EPL' kedua pasukan di saingan Barclays Premier League di Old Trafford pada 12 Mac.


MAN OF THE MATCH:
Nicklas Bendtner (Arsenal): Ketiadaan RvP menjadikan dia sebagai pilihan terbaik buat Wenger, mempunyai deria untuk mencuba dari kesempatan yang ada, berani melakukan cubaan-cubaan dari luar kotak penalti. Menarik hatriknya semalam apabila mempunyai tiga kombinasi - header, sepakan dari luar kotak dan sepakan penalti.

NEXT UP:
Arsenal vs Sunderland (home), Premier League, 05/03, 1500 GMT

Wednesday, March 2, 2011

Menjelang 5th Round Replay FA Cup | Kasi chance Ignasi Miquel


Kapten pasukan Reserve, Ignasi Miquel dijangka sekali lagi diberikan amanat untuk bermula di pusat pertahanan Arsenal ketika melayan kunjungan Leyton Orient awal pagi esok.

ESPN Match Fixtures (Channel 812)
FA Cup 2010/11 (Live)
Rabu 03-Mar 03:40 Arsenal vs Leyton Orient - 5th Round Replay

Miquel yang diberikan peluang merasai nikmat debut pertama dalam skuad utama di Brisbane Road nyata tidak mengecewakan - walaupun dia merupakan sebahagian dari pasukan yang bertanggungjawab ke atas replay Piala FA ini selepas jaringan penyamaan dari Jonathan Tehoue, bek berDNA Catalan ini nampak mula meneroka setapak lagi untuk kejayanya dalam pasukan utama Arsenal.

Replay pusingan ke-5, Piala FA ini juga akan menjadi debut pertama Miquel di Emirates, Miguel akan mengisi slot yang ditinggalkan Laurent Koscielny yang dibayangi emosi masih tidak stabil selepas 'salah faham' bersama Wojciech Szczesny yang menyebabkan gol kemenangan buat Birmingham di final Piala Carling, sementara Sebastian Squillaci akan menggantikan Johan Djourou untuk diperehatkan.

Ini adalah cara Wenger menangani motivasi pemainnya. Harap Koscielny dan Szczesny akan kembali kuat untuk terus menampilkan aksi yang lebih konsisten dan mantap selepas ini.

Petikan Wenger mengenai situasi Koscielny:-

"I have spoken to them [Koscielny & Szczesny], not too much, More to Laurent Koscielny because he suffered more.

"You have to be realistic, analyse in a realistic way what you did wrong. But, as well, Koscielny has been a great player for us since the start of the season so it’s important he keeps his confidence level well and that he gets encouragement.

"He takes everything on board and we do not want that his confidence drops because he made certainly a mistake, he is really angry about it. We have, as well, to show that we support him and that we believe he is a fantastic defender.

"Wojciech is alright, there was more a misunderstanding. Because in the last second, Koscielny didn’t follow through [with his clearance] because he thought he saw Wojciech coming out. Then he had a hesitation and that hesitation was fatal for us."

Dengan dikurniakan tinggi 6 kaki 4 inci, Ia juga merupakan faktor penyebab yang dinilai Wenger sebagai alasan mengapa Arsenal tidak masuk dalam bursa transfer di tetingkap Januari lalu, walaupun tidak ada kepastiaan kukuh Thomas Vermaelen akan pulih dari kecederaan.

Miquel juga dikhabarkan turut serta menyaksikan perlawanan final Piala Carling di Wembley bersama ayahnya, dan sekarang dia bersedia untuk membantu Arsenal sekali lagi kembali ke final dan menuju ke Wembley.
Related Posts with Thumbnails