Friday, October 29, 2010

Match Report | Arsenal Tunjuk Jalan Keluar Kepada Newcastle

Newcastle United 0 : 4 Arsenal
- : Tim Krul (og '45), Theo Walcott ('53 & '88) , Nicklas Bendtner ('83)
Vanue: St James Park Stadium, England
Referee: Andre Marriner



Match Report | Newcastle United vs Arsenal, English Carling League Cup 4th Round

Newcastle United ditunjukkan jalan keluar dalam perebutan ke suku akhir Piala Carling ditangan Arsenal malam kelmarin St James Park.

Sebiji gol bunuh diri dari keeper Tim Krul, dua datangnya dari usaha Theo Walcott, dan satu dari Nicklas Bendtner membukukan Arsenal untuk layak ke peringat seterusnya dengan 4-0.

Pengurus Newcastle Chris Hughton telah melakukan sembilan perubahan dalam kesebelasan pemainnya untuk melayan kunjungan anak buah Wenger, pilihan pasukannya telah menunjukkan dengan jelas keutamaannya adalah pertembungan minggu ini menentang Sunderland bagi mengukuhkan kedudukan Newcastle dalam carta liga musim ini, memandang jurang diantara pasukan-pasukan bawahan dan pertengahan dan top 4 di EPL semakin mengecil dan setiap pasukan agak sukar untuk mendapat permainan yang mudah dalam setiap perlawanan.

Namun, para pemerhati juga penyokong-penyokong Newcastle yang mengerumuni stadium St James Park dianggarkan sekitar 33,157 meninggalkan stadium dengan tanda-tanya apakah yang mampu Hughton lakukan dengan menamakan kesebelasan sedemikian rupa.- hanya cabaran Piala Liga inilah sesatu kejuaraan logik yang mampu diterima akal untuk digapai seandainya mampu mengejutkan The Gunners.

Perlawanan semalam bermula dengan kedua pasukan mempamerkan gerakan pantas dengan beberapa ancaman yang mampu menghadirkan gol, Walaupun permainan semalam tidak cukup menarik perhatian seperti perlawanan menentang Tottenham di pusingan ssebelumnya, tetapi di kem Arsenal terdapat banyak hal positif dan menarik dipertonton oleh beberapa anak muda Wenger yang diberikan kesempatan menonjolkan kemampuan, antaranya prestasi keeper muda Poland Wojciech Szczesny, yang juga merupakan rakan senegara Lukasz Fabianski, ia merupakan aksi keduanya untuk pasukan utama musim ini, juga menghasilkan beberapa aksi hebat untuk 'menyimpan' clean sheet. Nampaknya Wojciech Szczesny, tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, dan ini pasti menjadi tanda positif di bahagian keeper Arsenal di mana Wenger akan mendapat manfaat dari persaingan yang sihat dari kedua-dua keeper berbangsa Poland ini. Dan kedudukan Almunia yang kini dilanda kecederaan pasti sangat terancam dengan prestasi yang ditunjukkan Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny ketika ini.

Wenger kelihatan suram, kedudukan masih berkesudahan 0-0

Bagaimanapun prestasi di awal permainan pemain muda [Szczesny] agak membimbangkan, Setelah dia tersilap percaturan dengan mengambil keputusan kurang tepat bergegas keluar dari kubunya dalam usaha untuk menyangkal gerakan yang dihadirkan Nil Ranger, selepas itu, ia mula fokus dan bertindak baik dengan aksi yang lebih segar dan cemerlang berikutnya antaranya menghalang sepakan kencang dari Alan smith dari luar kotak penalti dan menidakkan usaha Andy Carroll dari jarak dekat.

Berikut klip video kompilasi Szczesny di St James Park



Johan Djourou dan Laurent Koscielny juga dilihat kental mengunci serangan dari tuan rumah - terutamanya Djourou yang aku nampak semakin baik persembahannya dari satu game ke satu game! Craig Eastmond pula berjaya untuk bermula pertama kalinya musim ini, aksi awalnya kelihatan agak lambat dalam menyalurkan bola kepada rakan sepasukan, tapi pulih sedikit di babak kedua sebelum terpaksa mengalah akibat kecederaan.

Di awal minit ke-19, Wenger kehilangan Kieran Gibbs akibat kecederaan dan digantikan Bacary Sagna. - Wenger pasti sedikit resah dengan keadaan Gibbs yang merupakan back-up terbaik Clichy

Sebuah sepakan sudut lambung yang diambil Walcott berlaku sedikit kucar-kacir di dalam kotak penalti dari tandukan Bendtner, Krul yang terhalang teraba-raba untuk gagal menyekat, tapi Ryan Taylor berada pada situasi yang tepat malangnya dari clearance yang ingin dilakukan Ryan Taylor dari situasi merbahaya memakan diri apabila terkena bahagian belakang kepala Krul dan melantun semula ke dalam jaring. Babak pertama tamat dengan kedudukan terus kekal 1-0 memihak Arsenal.

Masuk babak kedua, Newcastle segera melancarkan serangan balas untuk mencari gol penyamaan, tapi tuan rumah tidak dibiarkan bebas untuk sewenang-wenangnya bermain, Arsenal juga bertindak balas dengan mempertingkat serangan, tekanan yang dikenakan ke pertahanan tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-53, apabila Walcott pantas memanfaat dari satu serangan balas melepasi dari kedudukan offside menjadikan kedudukan Arsenal semakin kukuh 2-0, walaupun berlaku sedikit kontroversi dari gol tersebut. - yang penting gol sudah dikira. huhu!

Kemudian dari serangan di sebelah sayap kiri dimulakan Cesc Fabregas yang menggantikan Carlos Vela, melepaskan ke Nicklas Bendtner, striker antarabangsa Denmark melepaskan satu sepakan walaupun dalam keadaan ruang kelihatan sempit, percubaannya nyata membuahkan hasil untuk memberikan gol terkumpul peribadi keduanya dalam 2 perlawanannya setakat ini tidak sampai 150 minit.

Dengan di minit-minit akhir perlawanan bakal ditamatkan. Walcott menambah derita skuad bimbingan Hughton apabila mengesahkan gol keduanya pada malam itu dengan memanfaatkan kuasa torpedonya melarikan bola dan meninggalkan dua pertahanan tuan rumah terkapai-kapai mengejarnya, memberikan kedudukan penuh 4-0 memihak Arsenal.

Wenger masih kelihatan suram, kedudukan sudah 4-0, Nak berapa ekk?

1 comments:

alien said...

die suram sbb ladang dia kat FB tak sempat nak harvest tu
hahaha

Related Posts with Thumbnails