| 5 | NORTH LONDON DERBY English Premier League Ahad, 25-02-2012 Emirates Stadium, England | 2 |
Latest Results & Fixtures
Premier League
Video Clip Pilihan
| New |
Season 2010/2011: Recent
Statistik
Undian Anda?
Feedjit
Kenali PenCinta Arsenal FC (Malaysia)
- Dial-Square
- Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
mail to PenCinta Arsenal FC
London Time Zone now?
Clock showing current local time now in London (UK Time Zone)
Showing posts with label Tottenham Hotspur. Show all posts
Showing posts with label Tottenham Hotspur. Show all posts
Monday, February 27, 2012
Video Goals | Full Highlights; Arsenal 5 - 2 Spurs
London is Red
Sunday, February 26, 2012
Match Preview | Pertembungan North London Derby; Arsenal vs Tottenham
| NORTH LONDON DERBY English Premier League Ahad, 25-02-2012 Emirates Stadium, England |
Kondisi Semasa Pasukan
Lima Pertemuan Terakhir
| Liga Premier | 02-10-2011 | Tottenham - Arsenal | 2 - 1 |
| Liga Premier | 20-04-2011 | Tottenham - Arsenal | 3 - 3 |
| Liga Premier | 20-11-2010 | Arsenal - Tottenham | 2 - 3 |
| Piala Carling | 22-09-2010 | Tottenham - Arsenal | 1 - 4 |
| Liga Premier | 15-04-2010 | Tottenham - Arsenal | 2 - 1 |
Pemain Tumpuan
Usia : 29 RVP akan meneruskan usahanya menambah jumlah golnya di kempen EPL musim ini. Menurut sumber terkini diperkatakan pihak atasan Arsenal bersedia menawarkan kontrak baru sekitar £150,000/ seminggu | Usia : 28 Adebayor kini tampak sudah jadi bintang kesayangan 'fan Spurs', dijangka bakal diturunkan dan menjadi mesin memburu gol ketika menghadapi Arsenal di Stadium Emirates. |
Ramalan Perlawanan: Arsenal 2 - 2 Tottenham
Monday, October 3, 2011
Pic Of The Day | Gol Ramsey Tak Cukup
Tottenham Hotspur 2 - 1 Arsenal
...Pekak kan telinga jer menempuh hari esok, Ini zaman kemelesetan The Gunners!
Kyle Walker mencatakan nama selaku mamat yang berperanan meletakkan The Gunners terus terperosok di garisan dasar liga EPL selepas menjaringkan gol dari jarak 25 meter sekaligus memberikan skuad bimbingan Harry Redknapp meraih kemenangan 2-1 dalam pertembungan "North London Derby" di White Hart Lane.
...Pekak kan telinga jer menempuh hari esok, Ini zaman kemelesetan The Gunners!
Kyle Walker mencatakan nama selaku mamat yang berperanan meletakkan The Gunners terus terperosok di garisan dasar liga EPL selepas menjaringkan gol dari jarak 25 meter sekaligus memberikan skuad bimbingan Harry Redknapp meraih kemenangan 2-1 dalam pertembungan "North London Derby" di White Hart Lane.
| Puas :Ramsey nyata teruja meraikan gol sambil rakan sepasukan, Gibbs |
| Temui sentuhan :Gol Ramsey cukup padu menerjah jaring tanpa mampu dihalang Brad Friedel |
| Tidak lama :Kegembiraan ketika menyamakan gol yang hanya bertahan untuk seketika sebelum munculnya gol kemenangan dari Kyle Walker |
Labels:
Aaron Ramsey,
Arsenal,
Pic Of The Day,
Tottenham Hotspur
Wednesday, November 24, 2010
PenCinta Arsenal FC News | Check-up Balik! Yang Sudah Tu...Sudah!!!

Musim tengkujuh melanda di bulan November membawa bencana di kem Arsenal, Maaf buat Gooners sekalian, kerana selepas bungkusnya Arsenal di tangan Spurs, saya semacam kurang bernafsu untuk mengupdate blog ini ;). Sebenarnya ia tidak ada kena mengena dengan situasi kurang enak anak buah Wenger dalam minggu-minggu ini, tapi saya diselubungi hari yang kurang baik di tambah kesibukan meniti tugasan kerja seharian.
Selepas musibah yang berlaku di Emirates dipukul oleh rival Tottenham pada hari Sabtu, terkorban sudah rekod kebal kita tidak tewas di gelanggang sendiri tangan Spurs sepanjang 17 tahun, Saya menjangkakan Arsenal akan bangkit mengaum di Champions League untuk melupakan luka di Liga Domestik, rupanya hanya menguwek di Liga Champions apabila dikejutkan dengan kekalahan 2-0 di Stadium Municipal Braga selasa malam.
The Gunners memulakan saingan dengan berada di puncak Kumpulan H dan membawa rekod membelasah Sporting Braga wakil dari Portugal itu 6-0 dalam perlawanan pembuka. Nampak anak buah Wenger seperti tidak memiliki kesulitan besar untuk bersyahwat tinggi merekodkan kemenangan lagi.
Keputusan berlaku sebaliknya, Arsene Wenger menempuh kekecewaan lagi bersama Arsenal sebagai sebuah pasukan lemah yang hilang dari punca permainannya yang seharusnya mudah untuk menang membawa pulang tiga mata, dan kita terus menyukarkan laluan kita di Champions League yang sebelum kelihatan sangat-sangat terbentang luas! kegagalan pengadil perlawanan Hungary Viktor Kassai memberikan penalti yang sepatutnya memihak kepada kita bukanlah alasan utama kita tewas walaupun jelas Carlos Vela ditolak dan tersadung di dalam kotak penalti.
Wenger dipetik berkata selepas kekalahan 2-0:
“It is difficult to understand how we did not get a penalty. The five referees is not an answer to the problem. The turning point was the penalty – I still cannot understand how Carlos Vela got a yellow card. It remains a complete mystery.
“It is hard to swallow, but now we have to win our last game. The most important thing for us now is to qualify. It is good that Shakhtar play against Braga but they are the super favourites to win the group.
Walaupun Wenger telah membuat tujuh perubahan selepas kekalahan pada sabtu lepas, disamping masih memutuskan untuk memainkan kaptennya Cesc Fabregas meskipun ia menyedari risiko untuk Fabregas kembali kepada masalah kecederaan hamstring-nya. Wenger mengakui bahawa ia telah silap percaturan apabila mengambil risiko itu, tapi perkara telah pun berlaku! pergorbanan yang dilakukan Wenger tidak berbaloi dengan Fabregas disahkan akan berehat selama dua ke tiga minggu akibat masalah hamstring selepas perlawanan berkenaan dan tewas pula di tangan Braga. rugi...rugi....
Nicklas Bendtner yang sebelum ini memekak kerana tidak diberikan kesempatan bermain, nah! bising sangat, Wenger pun memainkannya! Tapi tiada apa yang dapat disumbangkan si budak bagak Denmark ini. Tak dapat main, minta main, bila dah bagi main HAMPEH! Lepas ini jangan nak bising-bising lagi, tunggu saja turn kau!
Untuk membuatnya keadaan bertambah lebih buruk Emmanuel Eboue telah diusung keluar dengan perlawanan masih berbaki sepuluh minit, sehingga The Gunners dikurangkan menjadi sepuluh orang kerana telah menggunakan semua pemain simpanan yang ada.
Wenger menambah:
“Eboue will be out for a while,”
“And we will have to asses Fabregas tomorrow. It could be two to three weeks. It is very disapointing because I had a hesitation to play him before the match started. I took the gamble and it back-fired on us.”
Tetapi Bos Arsenal terus berkeyakinan bahawa pasukannya masih mendapat sesuatu yang positif daripada permainan dengan Braga.
“We were not sharp enough to create clear-cut chances. Saturday’s result had no knock-on effect because I had seven players who did not play and I had to rest some players. I think we had enough on the pitch to make a goal.”
“We could play ten matches like that and win eight or nine times but tonight was the one we didn’t win.”
Aku pun tidak pasti samada Wenger perasan atau sengaja buat-buat tidak perasan, untuk rekod yang terang-terang ketika ini, kita sudah pun bungkus empat perlawanan dari enam perlawanan terakhir yang dimainkan:-

Wenger buat sesuatu? Kita masih ada harapan! lakukan sebelum bulan Januari, Chelsea pun tengah ke laut sekarang, membungkus 3 kali berderet, Man United tidak seganas 3-4 tahun sebelum ini walaupun masih kekal bersaing di takhta liga, kebanyakan pasukan masih lagi keawang-awangan kejap Ok! Kejap Lingkup, pasukan kita pun aku tengok semacam mengikut gelombang yang berlaku dalam liga musim ini, Tiada pasukan yang boleh mendabik dada mampu bergelar Juara Liga Perdana musim 2010/11 ini. Untuk kembalikan maruah yang tercalar teruk sekarang ini, perlawanan seterusnya bertemu team baru Bobby Pires, kita harus kembalikan ke permainan Arsenal dan memenangi perlawanan. Go! Arsenal Cargassss!
Saturday, November 20, 2010
Video | North London Derby Arsenal vs Tottenham
Sedutan video yang pastikan menaikkan semangat kita sebelum 'North London Derby'
Kita sentiasa membayangi jiran tertangga itu, Arsenal Yang Teristimewa! Sejarah juga menunjukkan ia benar! Dulu, kini dan akan datang....Go...Go Arsenal FC
Kita sentiasa membayangi jiran tertangga itu, Arsenal Yang Teristimewa! Sejarah juga menunjukkan ia benar! Dulu, kini dan akan datang....Go...Go Arsenal FC
Labels:
Arsenal,
North London Derby,
Tottenham Hotspur,
Video
Friday, November 19, 2010
Preview Match | Qurban Spurs

| Preview Match | Arsenal vs Tottenham Hotspur, English Premier League |
Emirates Stadium, London
Sabtu, 20 November 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 832/812
Online: 2040 - 2300hrs (waktu Malaysia)
* Pengadil Perlawanan: Phil Dowd
* Pertemuan terakhir: Arsenal 4 - 1 Tottenham (Piala Carling)
* Pertemuan kedua pasukan: 69 kemenangan berpihak Arsenal, 51 kemenangan berpihak Tottenham, 44 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-K-K-M-M
* Prestasi terkini Tottenham: K-M-K-S-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
Ramalan Line-Up
Fabiański
Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
Song - Denilson
Nasri - Fabregas - Arshavin
Robin van Persie
Subs: Szczesny, Djourou, Gibbs, Eboue, Wilshere, Rosicky, Walcott, Bendtner, Chamakh
Kecederaan: Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Ramsey (patah kaki)
| Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal |
| Info Terkini Disebalik Tabir Tottenham Hotspur |
| Fakta perlawanan kedua pasukan |
| Info menarik pengadil perlawanan. |
| Sekitar perlawanan lain di EPL |
Thursday, September 23, 2010
Match Report | Harry Redknapp vs Pembantu Wenger, Itu pun Tak Terlawan
Tottenham Hotspur 1 : 4 Arsenal
Robbie Keane ('49) : Henri Lansbury ('15), Samir Nasri ('92) & ('96), Andrei Arshavin ('105)
Vanue: Stadium White Hart Lane
Referee: Lee Probert
Robbie Keane ('49) : Henri Lansbury ('15), Samir Nasri ('92) & ('96), Andrei Arshavin ('105)
Vanue: Stadium White Hart Lane
Referee: Lee Probert

| Match Report | Tottenham Hotspur vs Arsenal, Carling Cup; Pusingan ke-3 |
Arsenal berjaya melakarkan tiga gol dalam masa tambahan kecederaan untuk menguburkan Spurs seterusnya mematikan langkah Spurs dalam Kempen Piala Carling ini.
Samir Nasri menuai dua gol hasil dari dua penalti dan satu gol dari Andrei Arshavin selepas perlawanan terikat selesai 1-1 dalam tempoh 90 minit.

| Huh! Stadium Bajet Murah: Apa ni line tepon pun payah nak dapat, Wifi Takde, 3G Pun Takde! huh, Wenger merungut! |
Henri Lansbury berjaya melakukan gol pertamanya buat Arsenal sepanjang karier profesionalnya di Arsenal dalam peringkat tertinggi ini meletakkan Arsenal memimpin perlawanan sebelum Robbie Keane masuk dan menyamakan kedudukan selepas berehat.

| Woi! Dengar: Ayah korang, Wenger sukar dapat isyarat telefon di White Hart Lane ini, Jadi aku jer yang bagi arahan taw, begitulah kata-kata Pat Rice. |
Tapi tuan rumah yang gemar 'bercakap besar' diketuai Harry Redknapp harus segera bermuhasabah diri dan menelah kata-kata 'tak sedar dirinya itu' selepas dilihat gagal untuk menyaingi Arsenal. Sudah jelas "kita berada dalam dua dunia yang berbeza", Jadi cubalah berpijak di bumi yang nyata duhai Redknapp.
Baru bermula 11 minit, Arsenal sepatutnya dihadiahkan sepakan penalti ketika Benoit Asso-Ekkoto jelas nampak menyenggol Lansbury. Tapi permintaan Lansbury serta rakan-rakan tidak diendahkan pengadil perlawanan, Lee Probert - Ia tidak memakan masa yang lama, kalau sudah termaktub disitu resekinya (jaringan gol), anak muda itu Lansbury tidak berputus harap, kerja kerasnya berhasil apa hasil umpanan kerja Jack Wilshere - Lansbury menemui sasaran gol
Pavlyuchenko kemudian hampir melatakkan Spurs mengikat kedudukan, malangnya bola tendangnya tersasar dan tidak bersarang ke dalam gawang Arsenal.
Harry Redknapp mengerah kepala tuanya, akhirnya mengambil keputusan memasukkan Keane dsn Lennon di babak kedua - nyata percaturannya membuahkan hasil.

| Kejutan: Wenger langgar 'pantang' apabila memasukkan dua tonggak pasukan utama; Marouane Chamakh & Andrei Arshavin. |
Keane yang secara jelas kalau dilihat dari siaran ulang tayang berada dalam kedudukan offsaid, tetapi pembantu pengadil merelakan offsaid itu, sementara Fabianski jelas-jelas lemah untuk melakukan sesuatu yang setaraf keeper berkelas dunia seperti "apa yang selalu dia gemburkan bahawa dirinya cukup hebat sebagai keeper yang layak menyarung jersi No.1 Arsenal" - Aduyai! Silapski tidak salah untuk kau berkonfiden diri melambung sehingga ke langkat ke tujuh, ia baik bagi memupuk diri kita supaya cukup kental dan percayai diri sendiri, tapi laksanakan lah dengan perbuatan dan tindakan...bukan cakap cam tin kosong!
Selepas kedua pasukan masih buntu untuk menemui sasaran gol sehingga 90 minit perlawanan, maka tambahan masa menjadi penentu untuk mencari pemenang bagi meneruskan langkah ke peringkat seterusnya.

| Kiri Satu Kanan Satu: Kedudukan sepakan penalti ke arah gol yang disudahkan sempurna Samir Nasri. |
Sebastien Bassong dan Steven Caulker keduanya pastinya tidak dapat memaafkan kesalahan mereka yang membawa kepada punca Spurs 'karam' dan dimalukan di White Hart Lane kerana menghadiahkan Arsenal dua sepakan penalti dalam masa 6 minit masa tambahan berlangsung, Nasri ternyata tidak menghadapai kesukaran besar untuk menewaskan keeper Spurs Stipe Pletikosa dalam kedua-dua sepakan penalti yang diambilnya. Andrei Arshavin kemudian meletakkan Arsenal terus kukuh dengan jaringan keempat meletakkan The Gunners di sisi gembira dan senyum girang balik ke Emirates. - Ini adalah kemenangan terbesar Arsenal di White Hart Lane sejak 32 tahun lalu.
Sedutan Highlights : Sini
Wednesday, September 22, 2010
Carling Cup Highlights | Tottenham vs Arsenal
Tottenham Hotspur 1-4 Arsenal - English Carling Cup
Arsenal henyak Tottenham Hotspur 4-1 dalam kempen English Carling Cup pusingan ke-3. Enjoy! dulu highlights ni!
Lansbury 15′ (0-1)
Keane 49′ (1-1)
Nasri 92′ (1-2)
Nasri 96′ (1-3)
Arshavin 105′ (1-4)
Arsenal henyak Tottenham Hotspur 4-1 dalam kempen English Carling Cup pusingan ke-3. Enjoy! dulu highlights ni!
Lansbury 15′ (0-1)
Keane 49′ (1-1)
Nasri 92′ (1-2)
Nasri 96′ (1-3)
Arshavin 105′ (1-4)
Labels:
Arsenal,
Carling Cup Highlights,
Tottenham Hotspur
Tuesday, September 21, 2010
Preview Match | Ujian Pertama Spurs, Kasi Test Dengan Budak PLKN Arsenal

| Preview Match | Tottenham Hotspur vs Arsenal, Carling Cup; Pusingan ke-3 |
White Hart Lane, London
Selasa, 21 September 2010
Ayoh! Mari PenCinta Arsenal di Malaysia berganding kita ke kedai mamak a.k.a mapley dan menjadikan malam ini sebagai bukti cinta kita buat Arsenal, anak muda remaja PLKN kita memerlukan sokongan kita...Gegarkan gerai mamak itu! huhuh!
let’s sing our hearts out for Arsene and the lads.! Victory Through Harmony
| Sejarah Hebat Lampau:Liam Brady meraikan jaringannya dalam kemenangan 5-0 atas Tottenham di White Hart Lane - 1978 |
* Pengadil Perlawanan: Lee Probert
* Pertemuan terakhir: Tottenham 2-1 Arsenal; 14 April 2010
* Pertemuan keseluruhan kedua pasukan : 68 kemenangan memihak Arsenal, 51 kemenangan memihak Tottenham , 44 berkedudukan seri
* Pertemuan keseluruhan di Piala Liga: Arsenal memenangi 5, 3 kemenangan berpihak kepada Tottenham menang, 3 berkedudukan seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M-S
* Prestasi terkini Tottenham: S-M-K-S-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
| Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal |
| Fakta perlawanan kedua pasukan |
| Info menarik pengadil perlawanan, Lee Probert. |
Labels:
Arsenal,
Carling Cup,
Preview Match,
Tottenham Hotspur
Tuesday, August 24, 2010
Transfer News | Kelab Kaya Sambar Gallas

Maka terjawablah, kelab mana yang mampu membayar gaji tinggi yang dimahukan Gallas.
William Gallas mengakui kecurangannya ke Tottenham dari Arsenal bukan keputusan yang mudah diambil tetapi bersumpah akan memberikan segalanya untuk kelab barunya.
Gallas menjadi pemain berprofil tinggi yang menyeberangi Utara London sejak kali terakhir dilakukan Sol Campbell.
Gallas dipetik berkata ketika di laman rasmi kelab barunya itu, www.tottenhamhotspur.com:-
"Ini bukan keputusan yang mudah tapi saya di sini sekarang dan saya akan memberikan yang terbaik saya,"
'It was not an easy decision but I am here now and I will give my best,'
Pemain berusia 33 tahun ini juga dengan tanpa ragu-ragu mengeluatkan kenyataan 'beli jiwa' dengan menyatakan ia yakin ia telah bergabung dengan sebuah kelab yang mampu memenangi Barclays Premier League musim ini.
Gallas juga menambah:-
'Finishing fourth last season shows Spurs have improved a lot and I hope this season we are going to finish even higher, maybe even win the Premier League,'
'We just have to believe in ourselves. We have got young players with great quality. 'They just have to believe in their capacity to do something and I hope we can achieve this."
| Berikut perbualan Gallas bersama Crouch ketika sesi latihan pertamanya; Crouch: Kat sini kehidupannya cam Syurga, nanti aku kenalkan ko dengan pompuan seksi yer. Gallas: Iskh! Malulah aku....uuhuhuuhu (tersenyum manja) |
Labels:
Tottenham Hotspur,
Transfer News,
William Gallas
Saturday, October 31, 2009
Pre-Match | Arsenal v Tottenham Hotspur
"Orang bila 1st time dapat merasa duduk lepak kat kerusi empok big 4, Dah terperasan hebat pulak, dah ada skit kerek...Tak hingat pulak ini baru jer awal musim lagi" sesuai sangat buat Spurs ini.Dengan Arsenal berkedudukan tangga ke-3 manakala Tottenham Hotspur di kedudukan ke-4 di awal musim ini dalam Liga Perdana, pertembungan antara kedua pasukan ini di Emirates Stadium dijangka akan mendapat perhatian dari peminat-peminat EPL diseluruh dunia pada hari ini.
Kedua-dua pihak yang terikat pada 19 mata dalam carta Liga Perdana dengan Arsenal hanya berkelebihan jumlah jaringan dan pasukan yang memenangi perlawanan ini bakal boleh bergerak bertengek di tangga kedua dalam liga mendahului Manchester United, (buat sementara waktu kerana perlawanan melibatkan Manchester United sedikit lewat), ditambah dengan satu kemenangan ini, anak buah Arsene Wenger masih berbaki satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing-pesaing lain.
Arsenal akan bermula hari ini tanpa penjaga gol Lukasz Fabianski, yang mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh tiga minggu akibat kecederaan pangkal paha yang dialami ketika skuad The Gunners meraih kemenangan di Carling Cup menewaskan Liverpool dalam pertengahan minggu lepas, dan Manuel Almunia dijangka bakal mengambil posisi asalnya sebagai benteng terakhir Arsenal pada malam ini setelah lama diperam oleh Arsene Wenger.
Arsenal juga akan beraksi tanpa Tomas Rosicky dan Theo Walcott untuk perlawanan ini, tetapi pengempur-pengempur Arsenal seperti Eduardo, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner adalah dalam keadaan fit untuk beraksi malam ini.
Di pihak Harry Redknapp; di jangkakan Spurs akan menurunkan pemain tengah mereka David Bentley, selepas kerap disisihkan untuk beraksi dalam perlawanan Liga Perdana sejak Januari, manakala mereka betandang ke Emirates juga tanpa kelibat Jermain Defoe, yang masih dalam tempoh pergantungan tiga perlawanan selepas mendapat kad merah ketika menentang Portsmouth.
Penyerang tinggi melampau Peter Crouch dijangka akan bertindak sebagai pegempur untuk Tottenham di samping Robbie Keane, manakala pemain sayap Aaron Lennon akan direhatkan selepas mengalami kecederaan buku lali.
Dibawah ini adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang menampakkan jurang jelas antara kedua pasukan? huhu! So! Harry Redknapp janganlah kerek sangat.
Predict Pencinta Arsenal FC : 2 - 0
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kick-Off @ PenCinta Arsenal FC
Komentar Pembaca
VIP PenCinta Arsenal FC
Top Scorer PenCinta Arsenal FC
Gooner Tweeters!
Summer Comings and Goings
Transfer Window, 2012
Transfer Window, 2011
Transfer Window, 2010
Arsenal Blog List
-
-
-
-
-
The Return Of "MakHangpa"9 years ago
-
Promo Indomaret10 years ago
-
Arsenal bakal sambar Reus11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani