Sunderland 1 : 1 Arsenal
Darrent Bent (90 +'5) : Cesc Fabregas ('13), Tomas Rosicky (pen miss '74)
Vanue: Stadium of Light, Sunderland
Referee: Phil Dowd
Darrent Bent (90 +'5) : Cesc Fabregas ('13), Tomas Rosicky (pen miss '74)
Vanue: Stadium of Light, Sunderland
Referee: Phil Dowd
Match Report | Sunderland 1 - 1 Arsenal : Barclays Premier League |
Nampaknya Arsenal terus dihantui mitos kucing hitam, apabila sekali lagi kucing hitam [Darrent Bent] terus meranapkan impian Arsenal untuk membawa pulang mata penuh dari Stadium of Light! Darren Bent sentiasa mempunyai nasib yang baik ketika bertemu Arsenal sejak tiga pertemuan di laman sendiri dan semalam ia berulang kembali apabila beliau berjaya menyamaratakan kedudukan seterusnya meletakkan Sunderland berkongsi 1-1 tatkala menentang 10 pemain Arsenal di Stadium of Light.
Senarai pemain yang diturunkan kedua-dua pasukan semalam. |
Disamping itu, pihak yang dikecam [wenger] dan pihak yang mengecam [Sam Allardyce dan Owen Coyle], semuanya sepakat sehati sejiwa apabila memperolehi keputusan seimbang 1-1 untuk pasukan masing-masing semalam! Jadi tiada apa yang nak dicemburu dan didengkikan lagi...huhuu!
Berbalik kepada perlawanan semalam, Meskipun Sunderland dikejutkan dengan jaringan awal The Gunners, selepas pengunjung menempa gol 'tidak diduga' untuk mendahului perlawanan berpunca dari clearance yang cuba dilakukan Anton Ferdinand disekat oleh Cesc Fabregas lalu bola melantun melingkar dari jarak 30-meter di atas kepala Simon Mignolet. - membuat Mignolet terpinga-pinga tanpa mampu melakukan apa-apa refleks!
Asak: Jack Wislhere tidak hiraukan tubuh kecilnya ketika mengasak Danny Welbeck...Good job bro! |
Song dan Arshavin masing-masing gagal menemui sentuhan gol walaupun mempunyai peluang untuk menggandakan gol bagi mematikan langkah Sunderland yang semalam nampaknya lebih menguasai perlawanan, malang muncul tiba apabila dengan tidak semena-mena kapten Fabregas dilihat terhencot-hencot di tengah padang disyaki ia adalah masalah hamstring dan Bos Arsenal segera mengeluarkannya dengan memasukkan Tomas Rosicky.
Statistik perlawanan selepas babak pertama memperlihatkan Sunderland lebih menguasai perlawanan |
Standard biasa apabila seseorang pemain itu mengalami kecederaan hamstring ia dijangkakan memerlukan dua atau tiga minggu untuk menyembuhkannya, jika hal ini benar-benar terjadi (ketika ini tidak ada pengesahan), kemungkinan Fabregas mampu untuk diturunkan ketika melawan Chelsea di Stamford Bridge pada hari Ahad 3 Oktober! timing yang tepat! tapi kalau lebih dari dua minggu...babai la!
Gagal: Chamakh gagal melakukan placing ke atas Simon Mignolet! Tapi kalau Carlos Vela yang berada dalam situasi ini pasti lain ceritanya! huhu! Chamakh belajar dengan Vela okeh! |
Arsenal dilihat mula memperkemaskan pasukan yang lebih baik di babak kedua, namun tempahan kad kuning pertama Alex Song selepas perlanggaran di babak pertama terpaksa dibayar mahal apabila dia sekali mengumpulkan kad kuning ke-2 seterusnya membawa kepada kad merah selepas melakukan satu halangan terhadap Steed Malbranque. Melihatkan keadaan itu, Wenger lantas mengeluarkan Arshavin dan memasukkan Denilson untuk mengisi slot yang ditinggalkan Alex Song.
Hadangan Alex Song ke atas Steed Malbranque yang membawa kepada kad kuning ke-2 |
Ternyata ia percaturan yang berhasil baik, dengan Arsenal kekurangan seorang pemain dalam keseluruhan babak kedua, anak buah Wenger masih utuh terus mempertahankan kedudukan sedia ada dan masih mampu menyaingi lawan dan kegagalan mengambil kesempatan terbaik gagal dilaksanakan apabila pengadil perlawanan Dowd yang baik hati menghadiah sepakan penalti buat Arsenal selepas Ahmed Al Muhammadi menjatuhkan Samir Nasri di dalam kotak penalti, Tomas Rosicky yang diamanahkan, gagal apabila sepakannya melambung tinggi.
Budi baik dari pengadil perlawanan Dowd berterusan dan terus pandai-pandai melewatkan perlawanan yang membawa kepada jaringan minit-minit akhir apabila kucing hitam [Bent] yang berada hampir di sudut gol melepaskan rembatan padu melepasi jangkau Manuel Almunia dan halangan Laurent Koscielny seterusnya menghancurkan hati PenCinta Arsenal dan Wenger.
Gembira sakan: Pemain-pemain Sunderland mengerumuni kucing hitam [Bent] meraikan golnya bak menang Piala Dunia kekdahnya...huhu! |
Sementara itu, Arsene Wenger dijangka bakal menghadapi tindakan dari Football Association selepas dilihat mencetus ketidakpuasan hati dengan cuba menciut pengadil rasmi keempat Martin Atkinson selepas Arsenal dikecewakan selepas jaringan dramatik Bent disahkan di minit ke-95 malam tadi walaupun setelah Atkinson menunjukkan 'papan masa' tambahan minimum empat minit sahaja.
Kau tengok jam aku ni cantik tak? begitulah sindiran Wenger! (agak aku lah), Wenger dilihat cuba main cocok dengan pengadil! Ala! takkan itu pun nak ngadu kat FA (gambar kecil) |
Arsene Wenger dipetik mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan itu menyebut:
'I know it's a minimum of four minutes but nothing happened in those four minutes to justify them adding more,'Manakala Bos Sunderland Steve Bruce ketika mengulas mengenai tindakan Phil Dowd dipetik berkata:
'But there's nothing I can do.'
"We found it more difficult against 10 men but by the letter of the law Song had to go. I feel for Arsene, it's never easy to take when you concede so late on. I know how he feels.Ok! Jom tengok highlight jaringan gol-gol di perlawanan semalam...
'The complaint is that we played 15 seconds over but to be fair to the referee we had to get the ball out of the stands for the corner, so the referee's well within his prerogative to play more. It's a minimum of four minutes. You have to play to the whistle.'
1 comments:
tensen je gua tgk
tapi wilshere dah makin mantap
chamakh pun dah x segan2 dengan bola
ada peningkatan
Post a Comment