Showing posts with label Thomas Vermaelen. Show all posts
Showing posts with label Thomas Vermaelen. Show all posts

Tuesday, October 18, 2011

Sign Kontrak | Vermaelen di Emirates Sehingga 2015

Vermaelen telah mengakhiri spekulasi masa depan beliau sekaligus menunjukkan komitmennya kekal di Arsenal dengan menandatangani kontrak 4 tahun untuk bersama kita. Butir dan gaji beliau masih belum diketahui. Dan ini menunjukkan Arsene Wenger masih ada nafsu untuk mengekalkan pemain bintangnya di Emirates.


Menurut Vermaelen:
"Arsenal is a fantastic club. We have great supporters, we're doing well financially and we are playing with some quality young players now and they will develop, which is very good for the future."

Monday, October 3, 2011

Twitter | Thomas Vermaelen Beri Isyarat Positif

Selepas hanya mampu meraih 2 kemenangan dari 7 game yang dilalui! Arsenal kini boleh dikatakan dalam zaman kegelapan! Aku tak tahu kat manakah kita akan bermula untuk kembali berada di tahap Arsenal sebenar.

Perkhabaran yang diperolehi dari akaun twitter vermaelen sedikit menceriakan kita! Harap akan muncul berita yang positif dalam beberapa minggu selepas ini.
Vermaelen back!

Wednesday, September 7, 2011

Injury News | Vermaelen MC lagi

Bencana!


Santau hantu bonceng terus menyelubungi kem Arsenal selepas episod malang di'rendang' raya dek Manchester United 8-2 tempohari, ditambah pula khabar berita dengan kehilangan anak muda harapan Jack Wilshere yang cedera dan perlu rehat antara 2-3 bulan. Dan terkini mari pula satu lagi berita kecederaan pada bek boleh harap Thomas Vermaelen yang diimpikan dapat dipasangkan dengan pembelian baru Wenger Per Mertesacker pada game akan datang menentang Swansea - nampak tidak menjadi kenyataan.

Vermaelen dilaporkan mengalami kecederaan otot lanjutan dari kecederaan Achilles panjang sebelum ini dan dijangka sukat mungkin rehat setidak-tidaknya selama sebulan.

Vermaelen mula mendapat kecederaan itu ketika The Gunners meraih kemenangan ke atas Udinese pada play-off Liga Champions, dua minggu lalu. Akibatnya dia juga tidak turut bermain ketika Arsenal dilaukkan United 8-2.


Monday, August 15, 2011

New Era | Persienator - Captain & Vice captain

Kini....

Tuesday, March 1, 2011

Injury News | Khabaran RVP + 'Si Capik' Vermaelen


Tropi yang melepas usah dikenang! Chis, baru nak recover dari dari mood duka! Keluar pula statement kacau emosi, penjaring gol penyamaan ketika Carling Cup kita, Robin van Persie pula dikhabarkan dalam situasi tak pasti, Ia dikatakan hampir pasti terlepas aksi pertemuan Arsenal di Champions League menentang Barcelona, selasa depan.

van Persie menerima musibah ketika di aksi Piala Carling, dari laporan awal van Perise mengalami kecederaan lutut kanannya dalam mencetak gol ke-13 peribadinya dalam 11 perlawanannya musim ini. Walau bagaimanapun, pasukan perubatan The Gunners ketika ini terus gigih menilai secara serius perkembangan striker on-form kita ini, mungkinkah ada keajaiban untuk beliau diterbangkan bersama-sama dalam perjalanan ke Sepanyol nanti. Kita mengharapkan kecederaan ini bukanlah kecederaan melarat untuk tempoh panjang! Tapi kita sangat paham, bintang kita ini kalau kena injed memang payah nak pulih cepat! Adanya van Perise dalam pasukan sangatlah penting dalam skuad Wenger ketika ini dalam situasi kecederaan dalam kem The Gunners yang mula membiak! Inilah penangan yang kita harus kita terima pabila berhadapan dalam jadual yang semakin memadat!

Sementara itu bek kental tahun lepas kita, Thomas Vermaelen masih tidak cukup cergas lagi untuk membuat comeback yang ditunggu-tunggu di perlawanan untuk skuad reserve ketika menentang West Ham pada hari Selasa ini. Maka, kempunan lagilah kita?

Nampaknya Wenger gagal untuk melihat kelibat Vermaelen diturunkan selepas tidak beraksi secara kompetatif sejak Ogos dengan kecederaan Achillesnya, penampilannya dalam skuad reserve di Bishop's Stortford pada hari Selasa ini adalah penting untuk Wenger menilai perkembangan Vermaelen, tetapi dengan laporan terbaru ini, Wenger perlu akur Vermaelen masih belum bersedia.

Benar error yang dilakukan Laurent Koscielny ketika menentang Birmingham mengundang kegagalan kita menamatkan penantian 6 tahun tanpa trofi, Tapi Wenger tidak cukup terdesak untuk segera mencampak Vermaelen kembali ke pasukan utama tanpa melihat aksi awalnya.

Dalam perkembangan lain, seharusnya kapten Cesc Fabregas dijangka harus pulih dari cedera hamstring selepas direhatkan pada aksi di Wembley, tapi Wenger mengeluarkan nada yang berbeza tentang Theo Walcott, adalah 'sangat majik' untuk beliau siap menghadapi Barcelona selepas 'terpeleot' pergelangan kaki ketika menang ke atas Stoke.

Arsenal selepas ini akan turun bertemu Leyton Orient dalam perlawanan replay pada hari Rabu untuk Piala FA. Jadi ini adalah perlawanan penting untuk melihat respon anak buah Wenger selepas frust dalam Piala Carling.

Bangkit The Gunners! Lupakan 'Mickey Cup'. Buang jauh-jauh mood kecewa! Jangan pasal terlepas satu ditangan yang tiga lagi juga keciciran! kerana kita masih relevan dalam tiga saingan lagi - Piala FA, Premier League dan Champion League! Semua tu telinga lebih besar dari yang kita lepaskan tempoh hari.

Tuesday, February 22, 2011

Injury News | VerMERLIN



Apa kes sebenarnya yang terjadi pada orang besi kita, Thomas Vermaelen.

Laporan terkini menyatakan bek tengah kental kelahiran Belgium kita masih lagi menderita masalah Achilles dan dijangka berpeluang tipis atau lebih tepat tidak mampu cergas untuk leg kedua di Barcelona pada 8 Mac. Walaupun diwar-war sebelum ini boleh dipersiapkan untuk game tersebut? Apa sudah jadi!

Manakala, sebaliknya ada juga laporan yang bercanggah dengan laporan yang diterima yang mengatakan kerja-kerja pemulihan bek kita ini akan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini.

Kalau merujuk kepada kenyataan tuan punya badan, Vermaelen. Beliau sendiri bagi kata putus dia sudah sesuai untuk siap bermain ketika tiba pada leg kedua perlawanan di Liga Champions. Tapi itu kata tuan punya badan yang dah lama tak sepak terajang bola secara kompetitif sejak awal September.

Sementara kalau kita semak kenyataan Arsene Wenger! beliau sendiri tidak dapat memuktamadkan mengenai tarikh bila Vermaelen akan cukup cergas dari masalah kecederaannya. Jadi bolehlah kita jangkakan, ada kemungkinan tiga hingga lima minggu dari sekarang. apa yang pasti, kita tidak ingin melihat Vermaelen keluar dari belenggu kecederaannya secara 'paksa', tetapi hanya mampu bermain untuk satu atau dua game sahaja kemudian kembali terjebak dengan kecederaan yang lebih panjang.

Monday, December 6, 2010

Injury News | Bek Tengah Arsenal Parah?

Akhirnya muncul juga kenyataan terbaru dari mulut Arsene Wenger mengenai bek kentalnya Thomas Vermaelen ke pangkuan pasukan utama apabila beliau mengesahkan yang Vemaelen dijangka akan akan membuat kemunculan paling tidak pun sehingga tahun baru.

Bek antarabangsa Belgium ini telah menderita akibat kecederaan Achilles sejak awal September ketika bermain mewakili Belgium dalam kelayakan Euro 2012 menentang Turki.

Berkenaan situasi kecederaan yang dialami Koscielny ketika perlawanan menentang Fulham, Pasukan Perubatan Arsenal mengesahkan Koscielny dijangka akan terlepas perlawanan sehingga tiga minggu, Ini bermakna bahagian bek tengah Arsenal ketika ini amat tenat berbanding bahagian lain apabila Wenger hanya mempunyai 2 pilihan pemain senior yang tinggal antara Squillaci dan Johan Djourou.

Mengenai Vermaelen, bos Arsenal Arsene Wenger dipetik berkata kepada laman rasmi Arsenal:

"Vermaelen is in a [protective] boot,".

"We want him back and I hope he will be back soon, but not before January."

Wednesday, November 10, 2010

Arsenal Player News | Vermaelen Misteri, The Real Fabregas Bangkit - Wenger

Berita yang kurang enak buat semua PenCinta Arsenal. Bek tengah kental tidak sudah-sudah ditimpa musibah apabila terus misteri dihantui masalah Achilles selepas melakukan beberapa sesi pemanas badan dalam latihan yang tidak seberapa. Tiada tempoh masa yang dapat diberikan oleh Wenger untuk waktu Thomas Vermaelen pulih sepenuhnya dari kecederaan misteri itu. Ini pasti akan mencalarkan lagi perancangan Wenger untuk mengharungi detik bulan November dan perlawanan berikutnya dengan Laurent Koscielny sudah pasti akan terlepas dua perlawanan berikutnya selepas dikenakan kad merah ketika perlawanan dengan Newcastle United yang juga merupakan kad merah keduanya musim ini.

Jadi tinggal Squillaci dan Djourou yang cergas untuk diguna pakai bagi mengisi kekosongan di posisi bek tengah Arsenal yang dilihat kelihatan rompong sejak beberapa musim lepas ditambah pula dengan kecederaan Vermaelen yang misteri ini, Bagi saya ini adalah peluang Djourou bagi mengandakan usaha apabila memiliki peluang terhidang sebegini, dan saya menaruh harapan pada Djourou untuk memberikan aksi terbaiknya tetapi juga risau dengan beliau yang mudah mengalami kecederaan. Djourou ini merupakan pemain muda yang berpotensi dengan susuk tubuhnya yang sangat sesuai sebagai bek tengah tetapi sering dibayangi oleh Vermaelen, Gallas, Campbell sebelum ini, dengan kemasukan Squillaci dan Koscielny, Djourou semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama juga faktor kecederaan berpanjangan yang sering menimpa dirinya amat sukar untuk beliau konsisten dalam pasukan utama. Di harap dengan peluang yang terbuka ini, Djourou mampu kita harapkan.

Wenger mengulas mengenai kecederaan Vermaelen berkata:

“We don’t have good news about Thomas Vermaelen,”.

“He had a little setback this week in training and has to see specialists again. I don’t know where we go with Thomas time-wise, but at the moment he cannot play. I can’t give you any timescale at all. On the scan his Achilles is completely clear, but as soon as he stays out for a while it tightens up and he has pain. We don’t know the source of his pain.”

Berkenaan persembahan kapitan Cesc Fabregas pada perlawanan menentang Newcastle tempohari boleh dikatakan ia merupakan persembahan terburuk yang pernah dipamerkan. Tapi bagi saya beliau mungkin masih dalam proses pemulihan selepas dikatakan mengalami kecederaan dan diberikan cuti rehat ketika perlawanan dengan Shaktar Donestsk. Setiap gerakan dan passingnya pada perlawanan dengan Newcastle agak lembap dan berkulat, Dan faktor kekalahan dengan Newcastle itu juga sikit sebanyak dikatakan berpunca dari persembahan yang kurang lancar dari kapitan kita ini. Walau apa pun bola sepak adalah permainan secara berpasukan dan kita tidak perlu menyalahkan Cesc 100% walaupun kita juga harus menerima hakikat bahawa jika Cesc berfungsi baik pada malam itu, secara tidak langsung rakan-rakan lain akan beraksi di tahap yang sama.

Setuju atau tidak! Tidak ada pemain di muka bumi ini dapat mengekalkan kesempurnaan permainan sepanjang musim begitu jugalah dengan Cesc, jadi Wenger harus bersedia dengan back-up bagaimana untuk menampung keadaan ini sekiranya Cesc tidak berada dalam prestasi terbaiknya! Siapa yang pula harus dimanipulasikan untuk menyahut tugas Cesc bagi mengerakkan serangan The Gunners. Musim yang masih panjang, sudah pastinya kita tidak dapat menolak kemungkinan kita akan kehilangan khidmat Cesc akibat kecederaan dan sebagainya.

Statistik passing Cesc Fabregas ketika perlawanan dengan Newcastle United

Bagaimanapun, Wenger terus bersuara dan menjanjikan pada PenCinta Arsenal, bahawa mereka akan menyaksikan 'The Real Fabregas' pada perlawanan berikutnya dengan Wolves nanti!

“He is completely clear [of his injury],”

“It has taken a lot out of him mentally and I believe that the fact he came through well against Newcastle you will see a different player on Wednesday night.”

Itu janji Wenger, di atas padang bagaimana?

Thursday, September 23, 2010

Transfer Rumours | "Bawalah aku...bawalah aku" - Vertonghen

Jan Vertonghen sedang berbaris ke Arsenal pada jendela pemindahan pemain bulan Januari

Aik! lambat lagilah, dah ada khabar angin pasal jendela perpindahan pemain bulan Januari nanti, layannnnnn.........

Bos Arsenal Arsene Wenger mempertimbangkan membuat tawaran untuk membawa masuk bekas rakan sepasukan Thomas Vermaelen di Ajax juga rakan seibu pertiwi Belgium, bek Jan Vertonghen pada tertingkap perpindahan pemain yang bakal dibuka pada bulan Januari nanti.

Setelah kemaruk terkesan dengan betapa cepatnya Vermaelen beradaptasi di Liga Inggeris dan pantas muncul selaku pilihan pertama bek tengah Wenger di Arsenal, tetiba dalam seminggu dua ini dilaporkan Wenger 'mula memendam rasa' untuk mengandingkan sekali lagi kedua pemain ini di Stadium Emirates pula.

Dilaporkan ketika ini juga Wenger sedang berkira-kira membuat penyelidikan terperinci terhadap Vertonghen untuk membawanya keluar dari kepompong Liga Belanda.

Secara matematiknya, Arsenal masih belum melengkapkan sepenuhnya senarai di posisi bek tengah - mempunyai kekosongan slot selepas ketiadaan tiga veteran iaitu William Gallas, Sol Campbell dan Mikael Silvestre pada musim panas ini - dengan kedudukan 'uncang' yang tengah lebat, bos Arsenal ini dijangka akan kembali sekali lagi membawa 'rombongan meminang' ke Ajax pada jendela perpindahan yang akan dibuka kembali lebih kurang tiga bulan dari sekarang.

Vertonghen, 23, dan Vermaelen, 25, membentuk gandingan sepusat yang cukup 'solid' di posisi tengah di Arena Amsterdam, Belgium dan Vertonghen juga dikatakan pernah meluahkan perasaan untuk di'jodohkan' kembali dalam satu pasukan.

Sejak menyertai Arsenal musim panas lalu Vermaelen pantas melakukan impak dengan mutu persembahannya dengan segala kekuatannya, kemampuannya, mempunyai rasa dan cekap menghidu peluang menjaringkan jaringan - tujuh gol yang dikumpul di musim pertamanya di Premier League. Pergh! Memukau!

Vertonghen juga dijangka memerlukan Gunners untuk mengeluarkan kos dalam sekitar £ 8 juta seperti ketika membawa Vermaelen.

Namun, jika kesannya boleh membantu memperkasakan bahagian bek Arsenal dan memiliki kemampuan yang hampir seimbang seperti Vermaelen yang ketika ini baru pulih dari kecederaan Achilles - disamping mampu menutup masalah 'mudah cedera' yang dialami dalam pasukan Arsenal, harga tersebut boleh dikatakan 'apa la sangat!' kerana ianya berbaloi-baloi.

Ayuh! kita lihat sendiri kelibat Vertonghen...anda nilaikan sendiri!

Thursday, August 26, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Vermaelen Sukses


Selesai sudah 2 perlawanan Primier League awal musim ini, Para pengulas, pengkritik, penganalisis yang mengikuti Primier League mula menganalisa statistik setiap pasukan dan pemain.

Berdasarkan kepada statistik yang diberikan Gardenia Guardian, yang sangat menarik adalah mengenai statistik yang melibatkan pemain bek tengah Arsenal, Thomas Vermaelen sepanjang 180 minit permainan ketika menentang Liverpool dan Blackpool. Ia menunjukkan ke semua 69 hantaran bolanya kepada rakan sepasukan tepat dengan kata lain ia tidak terbabas tersasar ke pemain lawan.

Dari statistik yang anda dapat lihat dari diagram ihsan Guardian ini, Vermaelen telah menyasarkan sebahagian besar hantarannya ke lapangan kawasan tengah padang dan mencipta serangan Arsenal.

Pundit Guardian Football Michael Cox berkata:

” He started last season with four goals in his first five games and often charged forward to join attacks in open play. His confidence on the ball can be demonstrated by his passing statistics in Arsenal’s first two games of this season, against Liverpool and Blackpool. He has attempted 69 passes, and is yet to give the ball away,”
Lihat rajah statistik di bawah ini dan apa komen anda. -


Pandang dari sudut aku;
Vermaelen merupakan tunjang pertahanan Arsenal musim ini, ditambah pula bek tengah kita yang lain muda-mudi sementara Sebastien Squillaci tidak lulus lagi ujiannya...benak betul si Squillaci ni...huhu! Vermaelen tak ambil masa yang panjang untuk membuahkan impak kepada Arsenal seperti apa yang dilakukan Andrey Arshavin, tapi Arshavin agak tidak konsisten mungkin disebabkan faktor kecederaan atau faktor cukai terhadap gajinya...huhu! Walau bagaimanapun apa yang diharapkan Vermaelen tidak mengalami kecederaan yang panjang. kalau boleh tak payah cedera langsunglah...huhuh

Sunday, November 15, 2009

International Match | Vermalean & Eduardo Temui Sentuhan Gol


Pemain pertahanan Arsenal Thomas Vermaelen mencatat satu gol ketika Belgium membenam Hungary 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Berikut selitan gol dari Thomas Vermaelen pada minit ke-55 yang merupakan gol ke-2 Belgium:-



Dengan berita kurang enak dari RvP, Eduardo pula mencerikan kem Arsenal dengan menjaringkan 2 gol pada minit ke-24 dan 47 dan khabarnya bebas dari kecederaan ketika perlawanan persahabatan antarabangsa dimana Croatia membelasah Liechtenstein 5-0.

Berikut sedikit highlights perlawanan tersebut:-

Thursday, September 3, 2009

Transfer Rumours 2009/10 | Akhirnya...

Berakhir sudah 'tingkap perpindahan' pemain untuk awal musim ini, manager-manger dan kelab-kelab semua telah memberhentikan urusan proses pembelian pemain. Di kem Arsenal tidak ada apa aktiviti pindah-randah yang berlaku, terkulat-kulatlah fan-fan susah hati Arsenal ingin melihat Arsene Wenger membawa masuk walaupun sorang pemain diakhir-akhir waktu tempoh 'tingkap perpindahan' ini.

Nampaknya Arsene sudah yakin sepenuh-penuhnya pada semua pemain dalam skuad yang ada sekarang. Selain tidak mahu membantutkan tumbesaran pemain-pemain muda seperti Denilson, Song, Diaby dan lain-lain. Walaupun dikantung Arsenal ketika ini agak berisi lebih kurang £40 million hasil jualan Emmanuel Adebayor and Kolo Touré ke Manchester City.

Cukuplah sekadar Thomas Vermaelen (gambar) satu-satunya yang dibawa masuk ke kem Arsenal untuk musim ini, yang aku fikirkan merupakan pembelian yang amat berbaloi, Walaupun ramai yang kurang percaya kepada pembelian Vermaelen ini termasuklah beberapa legend-legend Arsenal, antaranya disebabkan faktor Vermaelen yang kurang tinggi. Tapi faktor itu bukan alasan yang munasabah apabila Vermaelen menunjukkan kepada semua yang kurang percaya terhadap kemampuannya dengan menampilkan aksi yang mantap bersama Gallas.

Berikut adalah beberapa pemain yang dikaitkan bakal mengikat 'talian pernikahan' dengan Arsenal sepanjang tempoh 'tingkap perpindahan'. Boleh tahan ramai calon-calonnya? Tapi...sorang jer yang sangkut? Ayat tak power kot!

A. Akinsola. Akinfeev, Afellay
B. Barry , Bassong, Babel, Barnetta, Buffon, Boateng (From Hamburg), Benzema
C. Cana, Chamakh, Chiellini, Castaignos, Cabaye, Ciro, Costa, Cahill (from Bolton), Crouch, Cattermole, Campbell
D. Dzeko, De La Red, Delph, Dabo, Dindane, Dentinho, Dzsudzsak
E. Enyeama
F. Flamini, Fazio
G. Genter, Gomis, Gilardino, Gignac
H. Hangeland, Huntelaar, Henry (!), Hulk, Hitzlsperger, Hleb (menyesal ko!), Hazard, Higuain
I. Inler
J. Johnson , Jelen
K. Kalou, Krul
L. Ledley
M. Mbia, Melo de Carvalho, Matuidi, Maicon, Martins
N. Naughton, Naldo, Nouble
O. Owen , Obertan
P. Pandev, (Yohann) Pele, Pastore, Palladino
Q.
R. Rossi, Richards. Ribery
S. Santa Cruz , Sakho, Saviet, Shelvey, Schneider, Sessegnon
T. Toure (Yaya) , Thompson (from Swindon), Tuncay, Topcu, Tasci, Trezeguet
U. Upson
V. Veloso, Vermaelen , Villa, Vucinic, Vieira, Van der Vart
W. Wheater, Wellington
X. Xavi Alonso
Y.
Z. Zapata, Zigic, Zezinho

Biru - Sign dengan kelab lain/ Sambung kontrak dengan kelab yang diwakili.

Merah - Sign dengan Arsenal
Related Posts with Thumbnails