Tuesday, December 14, 2010

Match Report | Park Taji The Gunners

Manchester United 1 : 0 Arsenal
Park Ji-Sung ('41), Wayne Rooney (pen miss '73) : -
Vanue: Old Trafford, England
Kehadiran: 75, 227
Referee: Howard Webb (South Yorkshire)



Match Report | Manchester United 1 vs 0 Arsenal, English Premier League

Arsenal terus membuat kita kempunan apabila memanjangkan kemarau tidak boleh nak menang di Old Trafford. Tandukan loop menarik; entah dirancang sebegitu atau dah nak jadi begitu oleh Park Ji-Sung menjadi tembok pemisah kedua pasukan dan ini sekaligus menyerahkan kemenangan buat Manchester United dengan rela hati Arsenal harus menghadiahkan kembali takhta liga ke tangan United selepas beradu untuk beberapa ketika di singgahsana

Park Ji-Sung melakukan tandukan cantik yang membelok ke atas keeper muda Arsenal Wojciech Szczesny sebelum masuk menjunam ke jaring selepas menerima sepakan silang dari Nani. Memang satu jaringan gol yang sukar untuk dihalang oleh mana-mana keeper. Ini merupakan gol keramat keempat buat Park ketika menentang Arsenal dan gol minit ke-41 ini membuktikan perbezaan yang ada antara kedua pasukan - peluang yang diperolehi perlu di sudahkan dengan gol kerana kemenangan hanyalah ditentukan dengan gol. Pagi tadi Arsenal gagal mencari gol itu, dan kita tewas. dari prestasi dan kemampuan kedua pasukan kita setara saja dengan United. Kalau dihitung dari segi gunners ganas memang Arsenal mendahului tuan rumah dengan mengumpul 4 kad kuning, Tapi apalah gunanya ganas jika tidak ganas untuk menyekor gol. Kita sebenarnya lupa tentang kehadiran Park Ji Sung; kita tahu yang Park seorang pemain yang bertenaga yang mampu berlari segenap penjuru padang dengan tenaganya yang tak pernah habis! kita lebih nampak si "Sherk" Rooney! tapi sebenarnya rekod sudah menunjukkan Park lebih tajam dan lebih gemar menjaringkan gol ketika bertemu Arsenal.

Sir Alex Ferguson memulakan perlawanan dengan meletakkan penjaring lima gol mereka Dimitar Berbatov di bangku simpanan dan meletakkan Wayney Rooney sebagai penyerang tunggal dengan menggunakan formasi 4-5-1. Sementara rakan sejawatnya, Bos Arsenal lebih mengejutkan apabila selesa memberikan debut pertama Liga Perdana buat Woijciech Szczesny dan meletakkan Lukasz Fabianski di bangku simpanan kerana masalah kecederaan selepas gagal untuk pulih tepat pada masanya.

Aksi awal bermula dengan beberapa taktik yang diperlihatkan United yang cuba menguji keeper muda Arsenal dengan cubaan dari jarak jauh terutamanya melalui Nani dan Rooney. Yang nyata taktik awal United tidak membuahkan hasil kerana Szczesny tampak cukup bersedia dan konfiden di gawang gol Arsenal. Namun melalui satu serangan yang dimulakan Nani, Gael Clichy hanya membiarkan Nani menjalankan kerjanya masuk lebih rapat ke kotak penalti sebelum Clichy masuk melakukan halangan, bola sepakan Nani yang mengenai halangan Clichy dan ia menghala tepat ke arahs pemain sayap Korea Selatan, Park Ji-Sung yang kemudian mengimprovasi bola itu dengan tandukan loops melepasi atas Szczesny tanpa mampu dihalang lagi.

Bermula babak kedua: Arsenal ketinggalan 1-0

Manchester United walaupun tidak berada dalam prestasi seperti ketika adanya Ronaldo dan Teves tapi sesekali mampu memberikan ancaman bermakna di kubu kita - Anderson contohnya yang memiliki kesempatan terhidang untuk menjarakkan kedudukan tapi bersyukur kita dia gagal melepasi halangan bak jelmaan Peter Schmeichel dari Szczesny pada minit ke-54.

Beberapa kesempatan Arsenal untuk membuahkan gol juga gagal, antaranya melalui cubaan dari Samir Nasri yang berjaya di selamatkan Edwin Van der Sar dan Nemanja Vidic menidakkan cubaan dari Chamakh pada minit ke-55. Selepas itu, serang-serangan dari Arsenal sentiasa gagal menemui sasaran gol dan kerap di patahkan benteng United samada Nemanja Vidic dan Rio Ferdinand.

Ayuh! buat kerja kita: Mungkin itu yang diucapkan Kapten Fabregas dan van Persie yang dimasukkan Wenger untuk menambah sengat di jentera serangan.

Percaturan Wenger menghantar serangkai meriam besar Cesc Fabregas dan Robin van Persie untuk menyuntik serangan yang lebih padu juga tidak memberikan hasil, Fabregas gagal memberikan impak, jelas beliau tidak berada dalam kecergasan 100% untuk memberikan aksi yang berkualiti. Wenger dan Arsenal perlu memastikan Fabregas berada dalam tip-top 100% kerana kapten Arsenal mampu menyumbangkan sesuatu yang lebih baik sekiranya dia berada dalam keadaan cukup cergas. Jack Wilshere, Tomas Rosicky dan Andrei Arshavin pula dilihat gagal menyerlahkan prestasi sebenar mereka dalam perlawanan pagi tadi dan nampak jelas Edwin van der Sar jarang sekali diuji oleh barisan serangan Arsenal.

Kena Tangan: Detik Clichy menghadiahkan penalti kepada Manchester United

Arsenal seharusnya bungkus lebih awal saat Clichy memberikan sepakan penalti pada minit ke-73 setelah terjatuh ketika cuba menhalang gerakan Nani. Namun Rooney yang berkobar-kobar untuk menyegerakan dan mematikan semangat Arsenal gagal menyempurnakan sepakan penalti tersebut setelah sepakan nya melambung tinggi. Sebelum itu juga chamakh nyaris memberikan sepakan penalti tapi pengadil perlawanan Howard Webb tidak mengesahkannya! Kegagalan Rooney sepatutnya digunakan Arsenal untuk mencari gol penyamaan, tapi ia gagal dilaksanakan sehingga tamat permainanan. Kedudukan terus kekal meletakkan Manchester United mendahului tampok liga dengan 34 mata keseluruhan, meninggalkan Arsenal ditangga kedua kekal 32 mata.

Debut Pertama yang tidak mengecewakan: Szczesny melakukan aski menyelamat pada akhir-akhir perlawanan

Kesimpulannya:
Arsenal masih gagal mencari ramuan terbaik untuk menewaskan Manchester United di Old Trafford. Manchester United tetap kebal dan tak terkalahkan lagi dan yang pastinya Arsenal telah diketuk dari posisi teratas dan kini Arsenal terpisah dua mata dari Manchester United dengan United masih berkelebihan satu perlawanan di tangan. Dengan keputusan ini, perebutan kejuaran masih terus terbuka dengan Manchester City dan Chelsea masih terus berpeluang. Bagi Arsenal, kita masih relevan dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana berdasarkan Manchester United akan dipertemukan dengan Chelsea perlawanan akan datang.

Perlawanan akan datang:

- Manchester United vs Chelsea, Premier League, 19/12
- Arsenal vs Stoke, Premier League, 18/12

Kesebelasan Utama kedua-dua pasukan:
Manchester United (4-5-1): Van der Sar; Rafael, Vidic, Ferdinand, Evra; Park, Anderson (Giggs '85,), Fletcher, Carrick, Nani, Rooney
Subs (tidak digunakan): Kuszczak, Brown, Smalling, Hernandez, Obertan, Berbatov

Arsenal (4-5-1): Szczesny; Sagna, Koscielny, Squillaci, Clichy; Song, Wilshere (van Persie '63), Rosicky (Fabregas '63), Nasri, Arshavin (Walcott '77); Chamakh
Subs (tidak digunakan): Fabianski, Denilson, Djourou, Bendtner

0 comments:

Related Posts with Thumbnails