Thursday, September 16, 2010

Match Report | Fa'braga' memporak-perandakan Braga

Arsenal 6 : 0 SC Braga
Cesc Fabregas (pen '9) & ('53), Andrei Arshavin ('30), Marouane Chamakh ('34), Carlos Vela ('69) & ('84) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee:
Alain Hamer


Match Report | Arsenal 6 - 0 Braga: UEFA Champion League

SC Braga yang melenyapkan impian Celtic selepas Arsenal melakukannya musim lepas dan kemudian membenamkan Sevilla untuk sampai sejauh ini di Eropah, pasukan yang dikenali sebagai "The Arsenalists" kerana mereka mengambil pengaruh dari Arsenal dalam memilih warna kit mereka, sayangnya Braga dihadiahkan 'mimpi ngeri' bagi membuka kempen perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan H. Pastinya perlawanan semalam yang berlangsung di Emirates mesti mahu dilupakan Braga.

Senarai pemain-pemain yang diturunkan Arsenal dan SC Braga


Arsenal memanfaatkan dua gol masing-masing daripada Cesc Fabregas dan Carlos Vela, dengan Andrei Arshavin dan Marouane Chamakh masing-masing menyumbangkan satu gol lagi untuk menyumbang menang 6-0 The Gunners ke atas Braga di London malam semalam. Ini juga adalah kemenangan terbesar Arsenal di peringkat Eropah sejak kemenangan 7-0 ke atas Slavia Prague hampir tiga tahun yang lalu.

Sementara itu, kapitan Arsenal Cesc Fabregas yang menjadi sumber inspirasi kemenangan semalam dengan menyumbang 2 golnya disamping mencipta 2 peluang buat Andrei Arshavin dan Carlos Vela, ditanya apakah ia senang berada di Arsenal setelah heboh dengan spekulasi beliau akan berpindah ke Barcelona?
Fabregas hanya mengulas pendek:-

"I’ve always felt fantastic here. I’m very happy to be here."

Fabregas juga mengakui bahawa ia kecewa tidak melengkapkan hat-trick walaupun mempunyai kesempatan untuk melaksanakannya:-

"I am a bit disappointed because I wanted to do it, it’s the thing I haven’t done as a professional."

Arsene Wenger kali ini telah mengambil langkah membuat tiga perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika mengalahkan Bolton di minggu lalu, meskipun tidak satu pun dari mereka mengalami kecederaan. Samir Nasri. kembali mengambil tempat selepas bebas dari kecederaan lutut untuk memulakan aksi, menggantikan Tomas Rosický di sayap kanan , dengan Bacary Sagna dan Gael Clichy kembali ke tempat biasa mereka pada barisan belakang bersama Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny selepas berehat empat hari lalu.


Fabregas ketika keluar mengepalai rakan sepejuangan untuk memulakan aksi sulung UEFA Champion League 2010/11 (Group H)


Tiga gol di babak pertama dan tiga lagi di babak kedua menjadikan The Gunners dalam perjalanan untuk mengecap pencapaian hebat dalam melepasi peringkat penyisihan kumpulan di UEFA Champion League untuk tahun kesebelas berturut-turut, Ia satu rekod bahkan Manchester United pun tidak mampu tandingi.

Dominasi Arsenal semalam segera menghadirkan keceriaan syawal buat bos Arsenal yang kelihatan sangat senang, tenang dan lenang melihat anak mudanya Jack Wilshere bersinar kembang mekar disamping Fabregas.

Arsene Wenger dipetik berkata:-

"It’s difficult to compare the two players but both have an exceptional talent,"

"What is fantastic for a player like Wilshere is to see a player like Fabregas and to play with him."

Arsenal mula mengetuk pintu Braga bagi mencari gol awal dan hampir-hampir memiliki peluang mendapatkan penalti selepas dua kekasaran tetapi tidak diendahkan pengadil perlawanan Alain Hamer, tapi 'kalau dah rezeki tidak kemana' hasil kekasaran ketiga yang dihadirkan keeper Braga Felipe (nota, apa motif keeper Braga pakai jersi angka besar seperti 84?) yang meyadung kaki Marouane Chamakh telah mencuri tumpuan Alain Hamer yang terus menghadiahkan sepakan penalti buat Arsenal, selaku kapten, Cesc Fabregas yang dipertanggungjawabkan melaksanakan sepakan, tidak mensia-siakan peluang apabila meletakkan Arsenal memimpin 1-0 ketika perlawanan baru sahaja sembilan minit berlangsung.

Detik-detik Keeper Braga Felipe mempertahankan gawangnya dari dikerjakan Chamakh, yang membawa kepada sepakan penalti


Andrei Arshavin memanfaatkan peluang one-on-one pada minit ke-30 dan kali tidak mahu gagal lagi selepas terlepasa peluang menajringkan gol ketika melawan Bolton pada hari Sabtu lepas. Selang empat minit kemudian, Chamakh pula terus menceriakan Pencinta Arsenal di Emirates apabila menemui sentuhan gol hasil rembatan rendah selepas menerima umpanan nan indah tumit kaki dari Jack Wilshere. Ternyata Felipe tak berdaya untuk melakukan apa-apa apabila bola menuju jauh ke sudut kanannya. Kedudukan 3-0 meletakkan The Gunners lega meluncur ke bilik rehat menamatkan babak pertama.

Memulakan babak kedua, tidak ada sebarang perubahan tahap paranormal yang dapat dijelmakan pasukan pelawat Braga untuk menandingi Arsenal, apabila Fabregas sekali lagi muncul memungut gol peribadi ke-2 dalam perlawanan semalam selepas Arshavin melakukan umpanan lambung dari sudut kiri, Fabregas yang tidak dikawal tenang melakukan tandukan bebas menerjah jaring sesuatu gol yang jarang dihasilkannya melalui tandukan.

Selepas itu, Arsenal mula melakukan beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Eboue, Vela dan Denilson. Carlos Vela: ternyata tidak mahu mensia-siakan peluangnya apabila masuk dan menambah 2 gol lagi dengan masing-masing pada minit ke-69 dan 84. Gol Vela hadir selepas beliau bijak menyelinap melepasi benteng Braga yang kemudiannya menunggu Felipe merebah badan sebelum melakukan 'chip' tinggi dan meletakkan 5 gol mendahului lawan. Vela terus melengkapkan gol ke-2 peribadinya selepas Fabregas jelas tidak ikan diri 'self-fish' walaupun memiliki peluang untuk mendapatkan hat-trick bagi kepuasan dirinya sendiri tapi mengambil langkah membuka peluang buat Vela. Sekali lagi, Vela menunggu untuk melakukan trick ulang tayang yang hampir sama, kemudian dengan tenang melakukan menguis bola ke arah lain. Carlos Vela kini telah mencetak tiga gol dalam dua perlawanan terakhir, dengan jumlah keseluruhan bermain 43 minit digabungkan dalam dua permainan.

Meraikan gol: Vela ditimang Eboue penuh kasih sayang sambil diperhatikan kapitan Fabregas


Apa yang kita perolehi dari perlawanan semalam? Penting untuk kita mengambil segera peluang terhidang dan memenanginya dan bagaimana pasukan ini harus menangani musim panjang yang makin mencabar liga domestik dan di Eropah.

Bagi kita PenCinta Arsenal, Jom! kita nikmati kemenangan besar ni? Kita Enjoy! (buat cam Nora Danish dalam drama Puteri) huhuu!

Senarai penuh keputusan perlawanan UEFA Champion League semalam

1 comments:

Anonymous said...

You have made some really good points there. I looked on the web to learn more about the issue
and found most individuals will go along with
your views on this site.
Here is my site :: transfer news central live updates

Related Posts with Thumbnails