Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Arsenal 2 : 1 Fulham Samir Nasri ('14 & '75) : Diomansy Kamara ('30) Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Chris Foy
Match Report | Arsenal 2 vs 1 Fulham, English Premier League
Pemain tumpuan semalam pasti Samir Nasir, apabila beliau muncul wira membawa ceria buat Arsenal untuk merampas kedudukan memimpin takhta Liga Perdana. Seperti yang dijangka, anak buah Mark Hughes tidak memberikan jalan mudah buat Arsenal apabila hadir ke Emirates dengan cita-cita besar untuk menjadi pasukan keempat yang berjaya mencatatkan kemenangan di Emirates musim ini. Ia tidak seperti yang diharapkan Mark Hughes, Akhirnya keputusan memihak Arsenal dengan menjinak Fulham dengan 2-1. Kedua gol disumbangkan oleh Samir Nasri yang bertindak cemerlang dengan persembahan jelmaan Lionel Messi Arsenal. Beliau memperagakan aksi ibarat berlatih menggelecek kon kerana hampir 3 ke 4 pemain termasuk penjaga gawang digentelnya sebelum diakhiri dengan penyudah yang menarik.
Barisan awal yang diturunkan Arsene Wenger
Masa depan kedua-dua pengurus pasukan amat berbeza. Wenger mungkin boleh kembali mendabik dada buat sementara untuk menyelesaikan tugasnya di Liga Perdana sebelum beralih menumpukan tugas getir untuk layak ke pusingan seterusnya di Liga Juara-Juara yang masih belum dalam genggaman. Kini Arsenal hanya 1 mata dipisahkan dengan penghuni di tangga kedua Chelsea yang dipaksa berkongsi mata dengan Everton semalam dan Man U menyorot ke tangga ke 3 selepas gagal turun untuk perlawanan dengan Blackpool kerana faktor cuaca. Arsenal berjaya memanfaatkan peluang terhidang ini! Sementara Mark Hughes terus bergelut di zon penyingkiran Liga Perdana.
Rosicky bertindak sebagai ketua pasukan menggantikan Cesc Fabregas dengan Murphy untuk Fulham
Gandingan Nasri dan Andrei Arshavin bertindak garang menghidupkan gaya pada awal pembukaan perlawanan di Utara London, dengan menghadirkan ancaman tetapi di gagalkan dengan kecemerlangan Mark Schwarzer yang pastinya mahu menunjukkan 'sesuatu yang spesel' kepada Wenger selepas memadamkan hasrat untuk membawanya ke Emirates pada musim perpindahan lepas. Tekanan demi tekanan yang digerakkan oleh jentera serangan dikepalai ketua pasukan, Rosicky akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-14 apabila gerak kerja yang dimulakan Arshavin bijak di selesaikan Nasri dengan penuh gaya dengan mengelecek Brede Hangeland dan Aaron Hughes sebelum melepaskan rembatan kaki kirinya menerjah jaring tanpa mampu dihalang Mark Schwarzer.
Ia merupakan musim terbaik buat Samir Nasir apabila telah menghimpunkan sepuluh gol setakat ini, beliau juga bertindak untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Cesc Fabregas yang tercedera. Beberapa peluang terbaik yang hadir selepas itu dari Marouane Chamakh dan Alex Song gagal dimanfaatkan oleh keduanya untuk melebarkan kedudukan. Sekiranya ia mampu menjelmakan gol, saya pasti semangat melawan Fulham mampu kita matikan lebih awal.
Gentel Arshavin: Peranan Arshavin mengucar-kacirkan benteng Fulham banyak membantu, Arshavin dilihat sudah semakin menampilkan aksinya seperti kemunculan awalnya di Arsenal
Kegagalan Arsenal untuk menambah gol, memberikan semangat juang buat Fulham mencari gol penyamaan, Usaha mereka akhirnya berhasil pada 15 minit sebelum permainan babak pertama ditamatkan. Berpunca dari sedikit salah faham antara Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny yang berlaga ketika mahu mengeluarkan bola tinggi mengakibatkan kecederaan serius ke atas Koscielny sehingga diusung keluar dan digantikan Johan Djourou. Koscielny yang terganggu dengan kecederaan yang dialami gagal fokus dan striker Fulham berkelahiran Perancis dan bermain untuk negara Senegal Diomansy Kamara segera menggunakan peluang sebaiknya selepas menerima umpanan Clint Dempsey dengan mudah merembat kencang menewaskan Lukasz Fabianski memberikan kedudukan terikat 1-1 sehingga tamat babak pertama.
Berakhir babak pertama: Kedudukan terikat Arsenal 1-1 Fulham
Masuk babak kedua, Fulham cuba pula untuk mengancam benteng Arsenal bagi mencari gol kemenangan bagi mengeluarkan mereka dari zon penyikiran, Mungkin mengetahui yang pesaing terdekat Chelsea ketika itu masih kekal mendahului lawan di Stamford Bridge, Wenger bertindak mengeluarkan ketua pasukan Tomas Rosicky dengan menggantikan Robin Van Persie dan memasukkan pemecut Theo Walcott dengan menggeluarkan Jack Wilshere bagi memberikan ancaman yang lebih tajam di bahagian serangan Arsenal. Percaturan taktikal Wenger kali ini, nyata membuahkan hasil apabila kemasukan Robin Van Persie memberikan kualiti pada corak serangan Arsenal, berpunca dari Robin Van Persie, umpanan pendeknya yang membuka ruang buat Samir Nasri yang pantas membawa bola masuk ke dalam kotak penalti dengan memperagakan kehebatan mengelecek dengan sekali lagi memperdayakan Hughes dan full-back John Pantsil termasuk penjaga gawang Fulham Mark Schwarzer. Ketika bola yang dibawa lari dari Schwarzer hampir ke satu ruang yang hampir tidak mampu memberikan gol, Nasri bijak membuat pusingan U menganggumkan dan menolak masuk bola ke dalam jaring dari ruang sempit. Menjadikan Nasri sebagai penjaring terbanyak di Arsenal dengan 11 gol setakat ini. Mabeles bro!
Tergeliat Pinggang: Aksi menarik Nasri ketika melakukan pusingan U di sudut sukar untuk menghasil gol kemenangan Arsenal
Ditanya mengenai prestasi yang ditunjukkan Nasri semalam, Wenger dipetik berkata:-
"They were two exceptional goals from Samir,"
"Touch, intelligence, special talent and calmness. He needed to be patient in both occasions and he did that well.
"At the start his game was about coming onto the ball but now he has variation. His game is improving and he is more efficient.
"It's difficult to compare him to other players but as a manager you want the best out of the player and I have been a strong believer in him.
"People questioned me when I brought him here but he is an exceptional talent and I think there is more to come from him."
Bos Fulham Mark Hughes juga bersetuju dengan kenyataan rakan sejawat di Arsenal apabila mengulas mengenai prestasi memukau Nasri yang membawa kepada kemenangan buat Arsenal:-.
"That was the difference, Nasri is playing at the top of his form,"
"There was little between the teams and we edged it in terms of chances but they have individuals, like top teams have, when the team doesn't function.
"He is an excellent footballer, has great feet and in those areas in the penalty box it's difficult to stop him."
Good save: Antara aksi menyelamatkan keadaan dari Fabianski yang juga menyumbangkan kepada kemenangan Arsenal. - Fabianski semakin boleh diharap!
Fulham berterusan memberikan serangan balas dan saingan kepada Arsenal selepas itu, tapi gol penyamaan yang di cari-cari mereka gagal ditemui sehingga ke akhir wisel penamat dibunyikan. Keputusan kekal 2-1 memihak Arsenal dan menariknya kali ini diakhiri perlawanan kedua pengurus bersalam selepas kecoh musim lalu Hughes mengadu yang Wenger tidak mahu bersalam dengannya, sekarang sudah tutup kes yer! Hughes.
Tambahan masa: Pembantu pengadil memperagakan sepanduk untuk 4 minit tambahan masa.
Saya akhirnya dengan rentetan kesemua gol-gol yang dijaringkan; Enjoy! Waka-Waka Ehh! Ehh!
"Kalau ku Pilih Disini, Apa kata Di sana, Kalau Ku Pilih Di sana, disini akan terluka, perlukah aku pilih keduanya...." - Ukays, lagu Disana Menanti, Disini Menunggu
Tirai pemindahan pemain baru sahaja melabuhkan tirainya, tapi rumours-rumours tentang pencarian keeper baru terus dikaitkan dengan Arsenal.
Kegagalan Arsenal Mark Schwarzer ke Emirates nampaknya terus hangat dibahaskan apabila Schwarzer masih kekal pemain Fulham. Schwarzer dikatakan telah sangat terkesan dan kecewa dengan situasi tersebut, dan bersyukur untuk international break ini bagi mengalihkan fikiran dari memikiorkan hal-hal domestik.
Schwarzer yang ketika ini cuba mengubat luka dihati dengan menyertai kem pasukan kebangsaan Australia di Eropah, keeper berusia 37 tahun memilih untuk tidak berbicara tentang kemungkinan perpindahan ke Emirates, menjelaskan bagaimana saat ini ia lebih suka berdiam diri daripada mengatakan sesuatu yang salah dan mungkin bakal menyakiti hati orang lain. Menurut laporan, dua tawaran yang dibuat oleh The Gunners untuk menagih khidmat jasa keeper itu, tetapi keduanyz ditolak oleh Mark Hughes.
Sementara itu, rakan senegara Australia Lucas Neill yang sekarang bermain untuk Galatasaray melontarkan keyakinannya yang penghijrahannya ke ke Arsenal akan menjadi hadiah yang sempurna untuk karier profesionalnya, walaupun mengikut bek Galatasaray itu, Schwarzer sebenarnya masih akan bersinar dan meningkatkan di Fulham.
Diminta mengulas mengenai Arsenal, Schwarzer dipetik berkata:
At the end of the day you have to get on with your work and coming away with the national team was a great relief for me really.
I would rather not say anything, I would really rather not say anything because otherwise I might say something wrong.
Rakan senegara juga bekas pemain bek Blackburn dan Everton, Lucas Neill pula dipetik berkata:
He is the ultimate professional.
He deserved to go to a club like Arsenal. But equally he will thrive under Mark Hughes at Fulham.
Menurut laporan lain, Arsenal dipercayai dalam proses intai-intai untuk memperbaharui minat mereka ke arah keeper Itali Federico Marchetti ketika tirai perpindahan pemindahan dibuka januari nanti.
Usaha Arsene Wenger nyata berakhir dengan sia-sia apabila gagal merealisasikan impiannya dan impian peribadi keeper Fulham Mark Schwarzer keluar dari Craven Cottage minggu lalu dan - menurut Metro - Wenger dikatakan mula beralih perhatian untuk Federico Marchetti.
Presiden Cagliari dipetik berkata di Sport Italia:
“The only real club that is pushing for his signature is Arsenal.”
"I cannot use him for Cagliari this year because he made unfortunate statements and expressed his desire to leave in a public interview,"
"In football you pay for this nonsense - you can often ruin even the best moments for yourself.
"I consider him a great goalkeeper and I have affection for him but when the market opens in January we must look at getting a positive resolution."
Reputasi Marchetti dikatakan mula mendadak naik pada Piala Dunia Afrika Selatan ketika dia menggantikan keeper no.1 Itali Gianluigi Buffon di peringkat kumpulan pada dua perlawanan terakhir selepas kecederaan melanda ke atas bintang Juventus itu.
Sepeninggalan aku, terputus dengan dunia internet ditambah bizi menyaratkan kantung perut menterkedarah lemang, ketupat dan segala kuih raya.
Arsene Wenger dan anak buahnya terus menceriakan hati-hari Syawal aku dengan rentetan kemenangan bermula dengan kemenangan sempena menyambut lebaran pada 19 September 2009 di Emirates Stadium dengan menganyang lumat Wigan Athletic 4 - 0 hasil jaringan yang dijelmakan Thomas Vermaelen (min '25 & 49), Emmanuel Eboue (min' 59) & Cesc Fábregas (min 90).
Seterusnya, pada 22 September 2009 di Emirates Stadium untuk Kejohanan Carling Cup, anak muda belia Arsenal melaksanakan amanah dengan mepertikaikan impian West Bromwich Albion untuk menitik bintang muda belia Arsenal, apabila dengan selamba anak muda Arsenal ini melangkah gagah dengan menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan 2 - 0 hasil daripada Sanchez Watt (min '68) dan Carlos Vela (min '76)
Ia terus diserikan lagi walupun dengan kemenangan tipis 1 - 0 ke atas Fulham di Craven Cottage hasil jaringan tunggal Robin Van Persie (min '52) dan yang lebih manis dan membanggakan semua kemenangan diperolehi tanpa gawang Arsenal mampu ditembos bolos walaupun tanpa kelibat 2 keeper utama Arsenal iaitu Manuel Almunia dan Lukasz Fabianski yang masih dalam unit rawatan kerana faktor kecederaan.
Kemampuan 2 keeper muda yang digalas harapan dan tanggungjawab yang ditinggalkan 2 keeper utama telah di pikul dengan hebak sekali, dan sangat mencuri perhatian dan tumpuan apabila menampilkan aksi yang sungguh mengangum dan penuh sempoi sehingga aku tidak merasakan kehilangan 2 keeper utama Arsenal tersebut. Memang berbaloi
Berikut adalah petikan puji-pujian melambung Arsene Wenger terhadap Vito Mannone:
"I believe we will give him 10 out of 10 because everything he did was right. For a goalkeeper that is most important. He stopped everything he had to stop, didn't make any wrong decisions and overall he has shown he has the potential to be a very good goalkeeper.
"He is goalkeeper No 3 but goalkeeper No 4 is exceptional as well. I believe Wojciech is quality and he has shown that against West Brom and I gave Mannone the advantage because he's three or four years older and has more experience.
"Until the next game he is No 1. In this job you have to go from game to game. He has played a fantastic game today and the consistency is the first sign of quality.
"He kept us in the game in some unbelievable situations. You say that keeper sometimes look unbeatable. Today he looked like he could make the save needed every time."
Selingan, Jadi mari saksikan sedutan-sedutan klip kemantapan keeper ke-3 yang muda lagi remaja Arsenal Vito Mannone ketika perlawanan dengan Fulham yang seterusnya melayakkan Vito merangkul pemain terbaik perlawanan.