Wednesday, July 28, 2010

Friendly Review | SC Neusiedl 1919 Pun Tak Terlawan

SC Neusiedl 1919 0 : 4 Arsenal
- : Theo Walcott ('28), Emmanuel-Thomas ('30), Marouane Chamakh (pen'51), Carlos Vela ('65)
Vanue: Sportzentrum Neusiedl, Neusiedl am See


Arsenal meneruskan rentetan kemenangan dalam kempen pra-musim dengan meluncur maju kemenangan 4-0 atas kelab di liga Austria, SC Neusiedl 1919.

Pemain England yang digugurkan namanya saat akhir ke Piala Dunia, Theo Walcott dan Jay Emmanuel-Thomas menjaringkan gol sebelum rehat sebelum pemain gantian Marouane Chamakh dan Carlos Vela menambah gol di babak kedua.

Berikut senarai kesebelasan utama yang diturunkan Arsene Wenger:-

----------- Almunia -----------
----Nordtveit ---- Djourou ---- Koscielny ---- Gibbs ----
----Wilshere ---- Frimpong ---- Nasri ----
---- Walcott ---- Emmanuel-Thomas ---- Arshavin ----

Anak muda, Samir Nasri yang digagalkan haknya dari menyertai Piala Dunia di Afrika Selatan, dilihat sangat dahagakan bola sepak apabila terus menampilkan aksi memikat, yang aku jangkakan beliau akan lebih menyerlah seterusnya memberikan manfaat kepada Arsenal musim ini, beliau berjaya mengeluarkan bola dari menerjah gawang yang dikawal Manual Almunia di minit awal permainan hasil sepakan sudut, sebelum Walcott membuka lembaran gol pada minit ke-28, hasil rembatan kencang separa lutut yang terus mengegar jaring tanpa mampu di halang penjaga gawang lawan, Adolf Kaiser.

Thomas yang sedang berusaha keras untuk menawan hati Arsene Wenger supaya tersenarai dalam skuad utama 25 pemain The Gunners telah menambah jaringan dua minit kemudian selepas menerima hantaran Kieran Gibbs sebelum terkeluar dari garisan.

Dalam perlawanan ini juga, Arsene Wenger telah melakukan tujuh pertukaran termasuk memasukkan Chamakh, Ia juga merupakan hari penuh bermakna buat Chamakh apabila berjaya menzahirkan gol sulung bersama Arsenal pada minit ke-51, dan diharapkan selepas ini akan muncul lagi gol-gol dari penyerang antarabangsa Morocco ini.

Selepas selang 14 minit kemudian, pemilik baru jersi bernombor 11, Carlos Vela telah melakukan lambungan kemas melangkaui jangkauan penjaga gol lawan selepas menerima hantaran pendek dari Nasri yang bersama dengan Jack Wilshere mengendalikan kawasan tengah dengan baik.

SC Neusiedl hampir memusnahkan rekod bersih gawang Arsenal apabila diberikan sepakan penalti selepas handball dari Chamakh, malangnya sepakan kurang kemas di sebelah kiri oleh Juray Skripec berjaya digagalkan Vito Mannone.

Keputusan ini juga meneruskan rekod bersih Arsenal pada kempen pra-musim apabila kekal belum dibolosi, dengan mengumpul jumlah jaringan 11 gol untuk tiga kemenangan, selepas ini anak buah Arsene Wenger akan bergegas pulang dan mengubah perhatian mereka ke Piala Emirates dengan perlawanan yang lebih getir menentang AC Milan dan Celtic.

Walau bagaimanapun, Kekhuatiran dan keresahan mula meyelubungi Wenger apabila menuju sepak mula musim ini apabila anak muda Johan 'berkaki kaca' Djourou kembali mengalami kecederaan di babak pertama dan digantikan Thomas Vermaelen, Untuk rekod Djourou juga telah menghabiskan sebahagian besar duit SOCSO musim lepas akibat kecederaan lutut. Ini meninggalkan Arsene Wenger dengan 2 pilihan untuk bek tengah boleh harap iaitu Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny. Dengan khabaran yang Sol Campbell sedang menjalani pemeriksaan kesihatan ke Newcastle, Menunjukkan yang Arsenal agak pincang di bahagian pertahanan seandainya berlaku lagi beberapa kedcederaan yang tidak diingini terutamanya ke atas Thomas Vermaelen. Keadaan ini perlu diselesaikan segera dengan situasi kebanyakan pemain muda Arsenal yang mudah mengalami kecederaan, cenderung aku katakan adalah lebih molek 'The Professor' terus aktif di pasaran perpindahan pemain dan bertindak mebawa masuk segera seorang bek tengah yang cukup kental dan tidak memiliki rekod kaki mudah rapuh kerana Arsenal akan bakal menempuh musim panjang nanti.

Sedikit tatapan highlight perlawanan ketika Arsenal menentang SC Neusiedl 1919 untuk kita bersama:-



0 comments:

Related Posts with Thumbnails