Marouane Chamakh hampir menghadiahkan kemenangan buat Arsenal di Stadium Emirates pada hari pembukaan kejohanan Piala Emirates 2010, sayangnya ia digagalkan oleh gol penyamaan lewat pelawat dari Alexandre Pato memberikan Arsenal dipaksa berkongsi mata dengan AC Milan seri 1-1 semalam.
The Gunners dilihat mendominasi hampir sebahagian besar perlawanan tetapi seperti biasa, anak muda Wenger tidak begitu kejam untuk mengasak dan menekan ke gawang lawan dan Milan pula kelihatan tampak sesekali cuba melawan dengan ex-Arsenal Flamini dua kali cuba mengancam selama 45 minit pembukaan.
Tapi akhirnya tirai gol pembuka Arsenal berjaya dizahirkan selepas 37 minit hasil larian pantas Arshavin dari kawasan tengah sebelum membuat lorongan pendek ke Chamakh yang bertindak balas dengan meluncur menghulurkan kakinya yang meletakkan Arsenal memimpin lawan. Memasuki babak kedua dominasi Arsenal terus kekal walaupun dengan Arsene Wenger melakukan beberapa pertukaran dengan kemasukan beberapa pemain gantian Vela dan Walcott.
Vanue: Emirates Stadium, England
Meskipun demikian, kegagalan anak didik Wenger untuk mencari gol kedua yang mampu mematikan langsung semangat melawan pasukan lawan sering kali dilihat mededahkan Arsenal untuk gagal mendapatkan mata penuh kemenangan dan ia terbukti apabila selepas 77 minit, Pato menghukum kekurangan yang ada pada Arsenal dari tahun lepas yang dikenalpasti gagal mematikan 'sumpahan dari set-piece', apabila hasil tendangan bebas tersebut, Pato melonjok tinggi dan marking dari Vermaelen yang kurang kemas manakala Fabiaski gagal melakukan sesuatu yang berkesan untuk menghalang bola dari menerjah jaring.
AC Milan juga hampir dijanjikan kemenangan apabila saat satu sepakan deras Zambrotta dari jarak jauh menghentam bahagian atas sudut kanan pada palang. Manakala keputusan lain Piala Emirates juga berakhir seri, Lyon 2 - 2 Celtic.
Walau bagaimanapun, disebalik keputusan seri yang tidak memihak kepada Arsenal dari sudut lain Arsenal dilihat baik dari mutu permainan menyerlah yang dijelmakan oleh bintang muda Arsenal termasuk 2 pendatang baru yang baru ditandatangani Arsenal musim ini seperti Koscielny, Wilshere dan Chamakh yang tampak berinspirasi sebelum sepak mula musim baru, tapi ini baru perlawanan pra-musim, diharapkan pemain-pemain ini akan terus kekal konsisten seterusnya.
Arsenal dilihat memiliki kesempatan untuk mendapatkan keputusan yang lebih menyakinkan apabila akan menentang Celtic pada hari Ahad nanti. Sementara Lyon akan menentang AC Milan.
Dibawah sedutan perlawanan semalam, Enjoy!

Adakah kekurangnya dari 'set-piece' dapat diatasi Arsenal sekiranya, Wenger dapat membawa masuk Per Mertesacker atau lain player yang tinggi dan tegap yang mampu menampung kekurangnya pertahanan Arsenal yang berskala tinggi ini?Arsenal mempunyai beberapa kesempatan untuk mengubah keputusan perlawanan terutamanya dari pemain gantian Mark Randall yang dilihat memiliki kesempatan emas. Anak muda itu yang berjaya menyelinap masuk ke kawasan penalti, tapi Randall yang hanya berhadapan kiper AC Milan, Christian Abbiati gagal menyudahkan sentuhan gol apabila sepakan pertama diberjaya dihalang sebelum rebound-nya juga gagal disudahkannya.- Memang Berbaloi-baloi Ruginya, tapi ini akan menjadi satu pengalaman baik buat Randall bertambah matang di masa depan.
AC Milan juga hampir dijanjikan kemenangan apabila saat satu sepakan deras Zambrotta dari jarak jauh menghentam bahagian atas sudut kanan pada palang. Manakala keputusan lain Piala Emirates juga berakhir seri, Lyon 2 - 2 Celtic.
Walau bagaimanapun, disebalik keputusan seri yang tidak memihak kepada Arsenal dari sudut lain Arsenal dilihat baik dari mutu permainan menyerlah yang dijelmakan oleh bintang muda Arsenal termasuk 2 pendatang baru yang baru ditandatangani Arsenal musim ini seperti Koscielny, Wilshere dan Chamakh yang tampak berinspirasi sebelum sepak mula musim baru, tapi ini baru perlawanan pra-musim, diharapkan pemain-pemain ini akan terus kekal konsisten seterusnya.
Arsenal dilihat memiliki kesempatan untuk mendapatkan keputusan yang lebih menyakinkan apabila akan menentang Celtic pada hari Ahad nanti. Sementara Lyon akan menentang AC Milan.
Dibawah sedutan perlawanan semalam, Enjoy!
0 comments:
Post a Comment