Partizan Belgrade 1 : 3 Arsenal
Cléo (pen '33) : Andrei Arshavin ('15), Marouane Chamakh ('71), Sebastien Squillaci ('82)
Vanue: Stadion FK Partizan
Referee: Wolfgang Stark
Cléo (pen '33) : Andrei Arshavin ('15), Marouane Chamakh ('71), Sebastien Squillaci ('82)
Vanue: Stadion FK Partizan
Referee: Wolfgang Stark
Match Report | Partizan Belgrade vs Arsenal, Champions League Group Matchday 2 |
Roar! Roar! Whofh! Whooffh! Meowww!!! Fuih! Keeper siapakah yang garang sangat tu? huhuhu! ehh..Paranormal mana yang merasuk Lukasz Fabianski?
Belum! Belum untuk aku mengatakan Fabianski sudah bersedia sepenuhnya mengenggam glove No.1 di Arsenal, aku tak kira berapa ramai atau beberapa blog lain yang mengatakan Fabianski harus diberikan peranan No.1 itu. Walau bagaimanapun, aku tetap akui dengan apa yang ditunjukkan Fabianski pada perlawanan semalam, Ia memang malam yang menjadi buat Fabianski. Satu permainan darinya yang sangat bagus! Kalau dah bagus! aku akan puji dan katakan ia memang bagus! Aku mahukan konsisten!
Setelah bencana Sabtu lalu, Arsenal memerlukan hembusan semangat baru, nafas baru!, yang tidak selalu semudah yang disangkakan ketika Wenger dan anak buahnya harus menempuh perjalanan yang panjang di kempen Liga Juara-Juara Eropah. Walau dalam suasana gundah-gulana kerana diselubungi beberapa tonggak utama yang tercedera, kita mampu mememenangi perlawanan di Serbia dengan pemain yang sedia ada yang bersedia menggalas tanggungjawab.
Arsene Wenger melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama berbeza dengan kesebelasan yang 'gagal' ketika tampil di Emirates menentang West Bromwich Albion hari Sabtu lepas. Berkat atau cuba meng'ada'kan kecederaan siku, Manuel Almunia memberikan Lukasz Fabianski bermula di gawang gol. Kieran Gibbs kembali dari cedera kaki dan bermula di benteng kiri kembali mengambil tempat Gael Clichy. Laurent Koscielny pula terperuk ke bangku simpanan bagi memberikan peluang buat Johan Djourou, satu percaturan mengejutkan lagi tidak dijangkakan dari Wenger. Abou Diaby tidak dibawa ke Serbia dan digantikan dengan Denilson, Jack Wilshere kembali diberikan peranan mengemudi jentera tengah mengambil tempat Emmanuel Eboue, dan Samir Nasri dikekalkan bagi membawa dimensi kreatif di bahagian serangan disamping menyokong Tomas Rosicky, yang dipertanggungjawabkan memakai lilitan kapten.
Nyatanya, Wilshere tampil dengan interaktif. Dialah yang menjadi creator kepada gol pembuka oleh Andrey Arshavin. "Aku mendapatkan bola dari Arshavin. Kemudian aku berusaha mengembalikannya. Ternyata ia berhasil," komen Wilshere untuk gol pertama Arsenal.
Arsenal sekadar mampu memimpin kira-kira lapan belas minit, Partizan pantas memanfaatkan peluang menyamakan kedudukan 1-1 selepas memperolehi sepakan penalti hasil belas ihsan Denilson. Cleo, striker dianggap maraberbahaya Partizan kelahiran Brazil, tenang melakukan tendangan ke sudut kanan sementara Fabianski gagal menduga tepat. Tidak ada kesalahan dari tindakan Fabianski itu, itu adalah merupakan sepakan penalti yang sempurna dari Cleo.
Arus mula membadai membawa bencana buruk buat pasukan tuan rumah pada minit ke-56, selepas Marouane Chamakh dikasari bek Partizan Marko Jovanovic seterusnya dikenakan kad merah. Menurut video ulang tayang, ia dilihat seperti satu bentesan kecil lagi lembut di antara kaki mereka, tetapi hanya pengadil yang menentu! kena pada kita redha la, kalau kena pada pihak lain begitu jugak kan! Partizan dipaksa meneruskan permainan dengan kekurangan seorang pemain. Bagaimanapun, Arsenal tidak bingkas mengambil keuntungan dari situasi tersebut, Andrei Arshavin gagal memainkan peranan selaku penendang sepakan penalti. Tak berkat kot! huhuhu!
Arsenal akhirnya berjaya juga memimpin lawan pada minit ke-70 selepas satu lambungan dari Rosicky tepat mencari kepala Marouane Chamakh. Tandukan Chamakh bagaimanapun tepat mengenai palang, tetapi ia melantun kembali dan diberikan kesempatan kedua Chamakh tidak mensia-siakan. Setelah itu, Chamakh digantikan oleh Carlos Vela.
Dari detik itu, Arsenal terus kekal kaku dengan 2-1 memimpin perlawanan tanpa adanya tambahan gol, walaupun memiliki penguasaan bola, tetapi masuk minit ke-82 satu sepakan sudut dari Samir Nasir pantas disambar Sebastien Squillaci dengan tandukan ke penjuru tiang, itu juga merupakan gol pertamanya sebagai The Gunner. dan kedudukan Arsenal mulai berubah memimpin 3-1.
Dua minit berselang, Partizan sekali lagi diberikan kesempatan merapatkan kedudukan, selepas pengadil perlawanan menunjukkan tanda sepakan penalti selepas Kieran Gibbs ditangkap melakukan kekasaran terhadap penyerang Partizan di kotak penalti. Ulang tayang video sekali lagi menunjukkan bahawa kekasaran itu terjadi di luar daerah, tetapi Wolfgang Stark, tetap bertegas pada keputusannya. Kali ini tidak buat penyokong Partizan untuk meraikan jaringan gol, apabila Fabianski kini sangat-sangat bersedia meneka ke kanan menghalang sepakan penalti Cleo.
Adeh! kan dah jatuh: Gibbs menjatuhkan pihak lawan di kotak penalti, jawabnya sepakan penalti la |
Jadi, apa yang kita pelajari dari perlawanan di Stadion FK Partizan ini? Jack Wilshere sekali lagi, hebat, sementara Marouane Chamakh satu pembelian yang sangat berbaloi, memainkan peranan yang ditinggalkan Robin van Persie dengan baik, lagi pulak kakinya cukup keras dan kuat tak seperti van Persie - ini yang paling aku suka! Fabianski benar-benar berjaya menutupi dirinya dari di'kambing hitam'kan apabila menampilkan aksi yang penuh konfiden, tiada lagi mimik-mimik muka gelabahnya - konsisiten huh! Jangan satu hari hero esok lusa jadi zero! Kita tidak banyak masa sebelum berkunjung ke Stamford Bridge, perlu sedikit suntikan di benteng pertahanan dapat diselesaikan dengan kembalinya Thomas Vermaelen (tapi belum ada berita lagi Vermaelen bersedia untuk diturunkan ketika lawan Chelsea?) Apakah kita cukup belajar selepas melalui musim baru ini? Kesebelasan bagaimana dan corak pola apa yang bakal diguna pakai Wenger pada perlawanan penting ke Stamford Bridge pada hari minggu nanti.
Highlights setiap gol di Stadion FK Partizan. Enjoy!
Gol 1
Gol 1 - 1
Gol 1 - 2
Gol 1 - 3
2 comments:
Because the admin of this web page is working, no hesitation
very shortly it will be famous, due to its feature contents.
Here is my web site ; football news epl
It's not my first time to pay a quick visit this web page, i am browsing this web site dailly and take fastidious facts from here everyday.
My weblog :: transfer rumours tottenham 2011
Post a Comment