Friday, July 18, 2014

Mathieu Debuchy Pembelian ke-2 Wenger Musim Ini


Berita gembira di kem Arsenal pagi ini, Newcastle United F.C. telah bersetuju menjual bek kanan Mathieu Debuchy untuk Arsenal FC dengan bayaran yang tidak didedahkan, walaubagaimanapun ia dianggarkan sekitar £12 juta.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun baru saja membantu Perancis ke peringkat suku akhir Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil selepas ditunjukkan jalan keluar oleh sang juara Jerman. Debuchy juga merupakan pilihan utama Deschamps mengisi slot bek kanan dalam skuad Piala Dunia Perancis di Brazil berbanding Sagna.

Debuchy menjadi pembelian ke-2 "The Gunners" selepas pembelian sulung Alexis Sanchez dari FC Barcelona. Sudah tentunya kehadiran Debuchy adalah sebagai galang ganti kepada Bacary Sagna yang memilih ke Manchester City untuk bertemu rakan lama Samir Na$ri & Clichy.

Menurut Debuchy ketika ditemubual dalam laman web rasmi Arsenal.
“I’m very proud to be joining a great club like Arsenal and to wear its colours, it’s one of the biggest clubs in the whole world,”

“I’m looking forward to working with Arsene Wenger and to helping the team build on last season’s FA Cup success. Playing again in the Champions League is a big excitement for me and I will do my best to help Arsenal compete for trophies.


Disebalik kegembiraan ini, kita juga digemparkan dengan trajedi terhempasnya pesawat MAS jenis Boeing 777 MH17 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Friday, July 11, 2014

Alexis Sanchez kini Sah Milik Arsenal

Salam Ramadhan,

Akhirnya! Wenger membuat rekod pembelian termahal ke-2 di Arsenal selepas Ozil.

Alexis Sanchez disahkan "The Gunners" sebaik sahaja selesai dengan rekod perpindahan £30million dari Barcelona.

Pemain sayap Chile telah disahkan sebagai pemain Gunners awal pagi ini (waktu malaysia) selepas menolak berpindah ke Liverpool, Juventus dan AC Milan. Ia juga atas minat dan cinta beliau dengan bandar london dan Stadium Emirates yang mampu memuat hampir 60 ribu sekali harung.

Sanchez akan menerima gaji kira-kira £ 150,000 seminggu yang merupakan antara yang tertinggi di Arsenal.

Menurut laporan yang belum sahih, beliau dijangka akan menyarung jersi nombor 17 yang diambil dari Nancho Monreal.

Diikutkan akal logik 12 bulan yang lalu, memang tak terfikirkan wenger & Arsenal mampu membawa Ozil dan Sanchez sebagai The Gunners.

Pencinta Arsenal mengucapkan selamat datang & maju jaya buat Sanchez. Semoga pemain 'chili' ini akan menambah 'pedas' lagi skuad Arsenal untuk mengharungi musim 2015 nanti.

Sunday, October 6, 2013

Pic Of The Day | WWWWWWWWWW

Harus pastikan kemenangan ke-11 pada kunjungan hari ini ke West Bromwich Albion.

Sunday, September 22, 2013

Highlights | Arsenal 3 vs 1 Stoke City, Ozil Menyinar Dengan 3 assist di Emirates

 
 Arsenal
Ramsey (5), 
Mertesacker (36),
Sagna (72)

3-1
Stoke City
Cameron (26)

  • Referee: Mike Dean 

Menakjubkan! Apabila Arsenal terus mencatatkan kemenangan ketujuh berturut-turut dalam semua pertandingan. Arsenal bedil Stoke City 3-1 di Emirates sebentar tadi sekaligus mendorong The Gunners melonjak merajai takta liga EPL saat ini (sedap mata memandang). Sementara Theo Walcott tidak dibawa masuk bermain hari ini akibat kecederaan dan galang gantinya adalah anak muda Serge Gnabry.

Aaron Ramsey,Arsenal v Stoke City - Premier League

Bintang dalam form saat ini, Aaron Ramsey terus ligan mengumpul gol, apabila menjaringkan gol pembukaan buat Arsenal hasil bola mati Mesut Ozil. Namun Geoff Cameron bingkas menyamakan kedudukan untuk pasukan pelawat tetapi tidak lama selepas itu, Arsenal kembali mendahului selepas sepakan sudut dari Ozil menemui Per Mertesacker, dan dengan ketinggian yang ada padanya, nyata Per Mertesacker tidak mengecewakan untuk menanduk masuk tanpa dapat dijangkau dek Begovic. Sekali lagi, Ozil mendorong assist ke-3nya ke arah Bacary Sagna bagi melengkapkan malam bahagia di Emirates, sebelum keluar dan digantikan vice captain, Mikel Arteta.

Sedutan highlights:-






Sunday, September 15, 2013

GIF Goals | Sunderland 1 vs 3 Arsenal

Ozil memula doa sebelum memulakan sepak mula.


 Assist Ozil untuk gol Giroud: 1 - 0

Fouls dari Koscielny , penalti 1-1

Gol Ramsey: 2 - 1

Gol Ramsey: 3 - 1

Highlights | Ozil#11, Assist Min11 - Sunderland 1 vs 3 Arsenal

Enjoy! assist pertama dari Ozil £42.5 untuk Giroud, terima kasih Ramsey untuk 2 gol.


Thursday, September 5, 2013

First Photos | Sesi Suai Kenal ikon £42.5 juta Gooners - Mesut Ozil

Masih dalam tempoh teruja, terkejut, ternga-nga dengan 'hadiah' dari Arsene Wenger. Hakikatnya seluruh pencinta arsenal harus terima bahawa Arsene Wenger dan seluruh ahli lembaga pengarah sangat komited dan sangat serius untuk menghadapi musim 2013/2014 ini dengan melabur tunai yang cukup tinggi untuk mendapatkan seorang pemain yang cukup berprofil tinggi.
Berikut beberapa sesi fotografi ikon £42.5 juta Gooners - Mesut Ozil.






Related Posts with Thumbnails