Cesc Fabregas & Robin van Persie - Dua partner yang terbaik dalam skuad Arsenal. Selepas ini siapa yang cukup ngam untuk hantar bola pada RvP?
Latest Results & Fixtures
Premier League
Video Clip Pilihan
| New |
Season 2010/2011: Recent
Statistik
Undian Anda?
Feedjit
Kenali PenCinta Arsenal FC (Malaysia)
- Dial-Square
- Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
mail to PenCinta Arsenal FC
London Time Zone now?
Clock showing current local time now in London (UK Time Zone)
Showing posts with label Cesc Fabregas. Show all posts
Showing posts with label Cesc Fabregas. Show all posts
Tuesday, September 6, 2011
Red or Black - Strike Out | RvP vs Fabregas
Red or Black - Strike Out...Enjoy!!!
Cesc Fabregas & Robin van Persie - Dua partner yang terbaik dalam skuad Arsenal. Selepas ini siapa yang cukup ngam untuk hantar bola pada RvP?
Cesc Fabregas & Robin van Persie - Dua partner yang terbaik dalam skuad Arsenal. Selepas ini siapa yang cukup ngam untuk hantar bola pada RvP?
Monday, August 15, 2011
Pic Of The Day | Cesc Fabregas - Putus Sudah Ikatan Kita?
Cesc - kini kau milik Barcelona...yang ko nak sangat!
Dibawah ini dibawakan beberapa keratan gambar Cesc pada sesi bergambar bersama Barcelona. Ayuh! kita lihat detik-detik gembira buat Cesc bersama jersi belang biru/merah; tapi yang taklih blah untuk aku! Semoga kau berjaya seperti apa yang kau harapkan!
Apa yang aku harap! Arsene akan dapat bawa skuad kini tanpa bayangan Cesc sehingga peringkat kita akan berjumpa Barca sekali lagi di Champions League! Kita musnahkan Barca...!
Dibawah ini dibawakan beberapa keratan gambar Cesc pada sesi bergambar bersama Barcelona. Ayuh! kita lihat detik-detik gembira buat Cesc bersama jersi belang biru/merah; tapi yang taklih blah untuk aku! Semoga kau berjaya seperti apa yang kau harapkan!
Apa yang aku harap! Arsene akan dapat bawa skuad kini tanpa bayangan Cesc sehingga peringkat kita akan berjumpa Barca sekali lagi di Champions League! Kita musnahkan Barca...!
Monday, June 20, 2011
Pic Of The Day | Cesc Fabregas Bersama WAG nya!
Bosan gak, asyik melayan pasal skandal Barcelona yang tak sudah-sudah nak angkut Cesc Fabregas pulang ke Nou Camp. Sementara itu, si kapten Arsenal kita ini pula sedang asyik menghabiskan musim cuti bersama cikaronya....Siapakah cikaro si cesc ini, WAG baru ker?
Gambar di bawah ini terdapat unsur-unsur yang kurang manis untuk tatapan umum, jadi pada pelawat yang melawat blog ini di bawah 13 tahun perlu mendapatkan bimbingan ibu bapa.
Gambar di bawah ini terdapat unsur-unsur yang kurang manis untuk tatapan umum, jadi pada pelawat yang melawat blog ini di bawah 13 tahun perlu mendapatkan bimbingan ibu bapa.
Monday, June 13, 2011
Transfer Rumours | Nasri & Fabregas Tak Pi Mana-Mana - Wenger
Selagi daya...
Arsene Wenger kekal menegaskan yang beliau akan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjaga dua bintangnya Samir Nasri dan Cesc Fabregas dari disambar keluar dari Arsenal.
Nasri yang kini hanya tertinggal berbaki satu musim dalam kontraknya dilihat masih 'liat' untuk memperpanjangkan kontrak perjanjian baru, menambah hangatkan lagi dengan spekulasi yang dia akan packing beg keluar dari Emirates.
Dimana tersebar pula desas-desus yang mengaitkannya ke Manchester United namun Wenger pantas menepis dan yakin bintang berusia 23 tahunnya itu tidak semudah itu untuk dilepaskan kepada sang juara liga itu.
Memang sudah terang-terang kita tahu keinginan Fabregas ini untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya dan rumours-rumours menghubungkan dia berpindah kembali ke negara kelahirannya Sepanyol terus beredar.
Barcelona pula tidak habis-habis claim Fabregas DNA Barcelona, Itu kita tahu? Tapi bagaimana pula jika Fabregas tidak sebagus sekarang, adakah Barcelona akan amik peduli pasal DNA ini...WTF!
Dipetik The Sun - Wenger bagaimanapun, tetap konfiden The Gunners masih mampu memujuk dan mempertahankan Fabregas untuk tinggal di Emirates di masa mendatang.
Arsene Wenger kekal menegaskan yang beliau akan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjaga dua bintangnya Samir Nasri dan Cesc Fabregas dari disambar keluar dari Arsenal.
Nasri yang kini hanya tertinggal berbaki satu musim dalam kontraknya dilihat masih 'liat' untuk memperpanjangkan kontrak perjanjian baru, menambah hangatkan lagi dengan spekulasi yang dia akan packing beg keluar dari Emirates.
Dimana tersebar pula desas-desus yang mengaitkannya ke Manchester United namun Wenger pantas menepis dan yakin bintang berusia 23 tahunnya itu tidak semudah itu untuk dilepaskan kepada sang juara liga itu.
"We will do everything to keep Nasri at the club. My wish is that he stays here," Wenger revealed.Fabregas yang setiap akhir musim kita akan dengar hal yang sama...Nak Balik kampung Barcelona! Rindu kampung Barcelona! seperti musim lalu dijangka sangat-sangat hampir untuk beliau ke Barcelona, namun Wenger berjaya menggunakan kusa veto untuk terus mengekalkan kapten itu untuk tinggal di London. Musim ini, kedengaran episod yang sama....
"If he looks back he can see that he's come quite a long way with us, and I think there is still a bit to do.
"It's the club that makes the player's career."
Memang sudah terang-terang kita tahu keinginan Fabregas ini untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya dan rumours-rumours menghubungkan dia berpindah kembali ke negara kelahirannya Sepanyol terus beredar.
Barcelona pula tidak habis-habis claim Fabregas DNA Barcelona, Itu kita tahu? Tapi bagaimana pula jika Fabregas tidak sebagus sekarang, adakah Barcelona akan amik peduli pasal DNA ini...WTF!
Dipetik The Sun - Wenger bagaimanapun, tetap konfiden The Gunners masih mampu memujuk dan mempertahankan Fabregas untuk tinggal di Emirates di masa mendatang.
"I will be pretty clear about this. For me, Fabregas is with Arsenal for a long time and he will stay with Arsenal,"
"It sometimes happens that the rumour can make the transfer.
"Next year will see the introduction of the financial fair play system, which will limit the big transfers.
"I think this is the last year that the summer will be hot - very hot."
Monday, March 7, 2011
Pic Of The Day | Cesc Fabregas on training 7 March 2011

Selain kelihatan juga, kapten pasukan reserve; Ignasi Miquel yang turut sama berlatih dengan skuad utama Arsenal di London Colney pagi tadi sebelum berangkat esok ke Sepanyol.Menurut Talksport, Van Persie dilaporkan sudah mampu berlari kencang dan bergerak bebas dan selesa bersama dengan pelatih kecergasan Arsenal.
Walau apa pun, Wenger dan Arsenal masih belum mengeluarkan kata putus senarai skuad penuh mereka untuk selasa ini. Yeah!
Walaupun van Persie tidak diturunkan nanti, tapi dengan situasi yang berlaku sekarang ia cukup bagus, payah sekali sebenarnya untuk van Persie kembali awal selepas mengalami kecederaan. Syabas buat unit perubatan/fisio Arsenal.
Saturday, February 12, 2011
Transfer Rumours | Real Tag Fabregas £54 juta
Menurut thesun.uk - Pesta lawan harga sudah bermula, kali ini Real Madrid letak tag harga £54 juta untuk test power Arsenal bagi menyaingi harga Chelsea untuk menandatangani Cesc Fabregas akhir musim ini.
Laporan yang biasanya tak berasas dari Sepanyol, Real juga harap Bos Arsenal, Wenger akan tergerak hati untuk menilai tawaran mereka disamping offer tukar suka sama suka dengan striker Perancis, Karim Benzema, 23 atau pemain tengah menyerang, Sergio Canales, 19.
Sementara Keeper Barcelona Victor Valdes juga membuat kenyataan mengenai tawaran Real itu:
"I sincerely cannot see Cesc in a Real Madrid shirt. His desire is to play for Barcelona."
Sebenarnya tidak sesuai langsung rumours-rumours camni keluar diwaktu kita sedang bersaingan untuk 4 kejuaraan musim ini. Mereka di luar ini memang suka menganggu keharmoniaan dan fokus pasukan kita! Dengki sungguh.
Walau apa-apa pun, kita harus bersedia sekiranya ini adalah musim terakhir kapten kita di Emirates! Tapi kita yakin Wenger tidak akan lepaskan dengan mudah, kita kasi bubuh harga kaw-kaw!
Tuesday, February 8, 2011
Transfer Rumours | £50 juta, nilai awal Abramovich buat Fabregas
Selepas agak low-profile pada awal musim di pasaran pemain, Milion doller, pemilik Chelsea Roman Abramovich kembali menganas 'koyak buku cek' hampir £70 juta lebih untuk membawa masuk dua pemain dalam jendela transfer Januari lalu, Fernando Torres dan David Luiz sekaligus mencatatkan kerugian buat kelab juga menyamai angka yang sama - Tapi tidak terhenti setakat itu, belum lagi musim berakhir, Roman Abramovich awal-awal sudah sedia beratur di barisan depan untuk kali ini dengan tidak teragak-agak 'koyak buku cek'nya sebanyak £50 juta untuk merampas kapten Arsenal Cesc Fabregas keluar dari Emirates.
Melihatkan kepada kedudukan pasukannya belaannya kini terperosok di tangga keempat dalam Liga Perdana, selepas tewas 1-0 kepada Liverpool tempoh hari - ketinggalan 10 mata dari pendahulu liga terkini, Manchester United dan agak terumbang-ambing di peringkat kelayakan Champions League - Abramovich nampak sudah 'hilang sabar', apabila kembali ke tebiat asalnya 'koyak buku cek' tanpa had, dia dikatakan bersedia membuat tranformasi terhadap pasukannya 'tua'nya secara menyeluruh dan digantikan kepada muka baru yang lebih muda dan bernafsu.
Fabregas secara jelas terang-terang hanya mahukan kembali ke pasukan kegemaran dari zaman kanak-kanaknya, Barcelona. Tapi hasratnya kerap kali terbantut untuk kembali ke kelab raksaksa, Catalan itu. Walaupun, di awal musim lalu, impian Fabregas itu hampir-hampir terlaksana! Tapi Wenger bijak untuk mempertahankan haknya terhadap bintang pembikinannya itu. Antara beberapa sebab yang dikatakan mengagalkan proses perpindahan itu berlaku adalah faktor kos! Di mana menurut laporan, Barcelona yang bersedia menawarkan Arsenal dengan £35 juta tapi mainan harga yang dimainkan Wenger dengan meletakkan harga Fabregas sekitar £60 menamatkan percubaan itu.
Kali ini, Abramovich pula cuba test Wenger dan Arsenal dengan bermula dengan harga £50 juta, aku jangka Abramovich juga tidak teragak-agak untuk meningkat harga itu ke tahap yang tidak masuk akal. Mungkin akhir musim ini kita bakal kehilangan kapten kita ini? .........................
Sementara itu, berita lain - Keeper muda Arsenal berusia 19 tahun, James Shea dilaporkan sudah menyetujui untuk menandatangani perjanjian baru bersama Arsenal. Shea adalah merupakan keeper pilihan utama dalam pasukan simpanan Arsenal, musim ini adalah merupakan musim berharga buat Shea apabila berpeluang berada dalam skuad utama selepas kecederaan yang menimpa Lukasz Fabianski dan Manuel Almunia.
Awal musim ini juga, Shea berpeluang untuk menyertai latihan bersama skuad senior England untuk persiapan kelayakan Euro 2012 untuk menentang Bulgaria. Diharapkan Shea akan terus matang dan berkembang berada di Arsenal untuk terus bersaing merebut posisi keeper Arsenal di masa depan bersama Wojciech Szczesny dan Vito Mannone.
Wednesday, November 10, 2010
Arsenal Player News | Vermaelen Misteri, The Real Fabregas Bangkit - Wenger
Berita yang kurang enak buat semua PenCinta Arsenal. Bek tengah kental tidak sudah-sudah ditimpa musibah apabila terus misteri dihantui masalah Achilles selepas melakukan beberapa sesi pemanas badan dalam latihan yang tidak seberapa. Tiada tempoh masa yang dapat diberikan oleh Wenger untuk waktu Thomas Vermaelen pulih sepenuhnya dari kecederaan misteri itu. Ini pasti akan mencalarkan lagi perancangan Wenger untuk mengharungi detik bulan November dan perlawanan berikutnya dengan Laurent Koscielny sudah pasti akan terlepas dua perlawanan berikutnya selepas dikenakan kad merah ketika perlawanan dengan Newcastle United yang juga merupakan kad merah keduanya musim ini.Jadi tinggal Squillaci dan Djourou yang cergas untuk diguna pakai bagi mengisi kekosongan di posisi bek tengah Arsenal yang dilihat kelihatan rompong sejak beberapa musim lepas ditambah pula dengan kecederaan Vermaelen yang misteri ini, Bagi saya ini adalah peluang Djourou bagi mengandakan usaha apabila memiliki peluang terhidang sebegini, dan saya menaruh harapan pada Djourou untuk memberikan aksi terbaiknya tetapi juga risau dengan beliau yang mudah mengalami kecederaan. Djourou ini merupakan pemain muda yang berpotensi dengan susuk tubuhnya yang sangat sesuai sebagai bek tengah tetapi sering dibayangi oleh Vermaelen, Gallas, Campbell sebelum ini, dengan kemasukan Squillaci dan Koscielny, Djourou semakin sukar mendapat tempat dalam kesebelasan utama juga faktor kecederaan berpanjangan yang sering menimpa dirinya amat sukar untuk beliau konsisten dalam pasukan utama. Di harap dengan peluang yang terbuka ini, Djourou mampu kita harapkan.
Wenger mengulas mengenai kecederaan Vermaelen berkata:
“We don’t have good news about Thomas Vermaelen,”.
“He had a little setback this week in training and has to see specialists again. I don’t know where we go with Thomas time-wise, but at the moment he cannot play. I can’t give you any timescale at all. On the scan his Achilles is completely clear, but as soon as he stays out for a while it tightens up and he has pain. We don’t know the source of his pain.”
Berkenaan persembahan kapitan Cesc Fabregas pada perlawanan menentang Newcastle tempohari boleh dikatakan ia merupakan persembahan terburuk yang pernah dipamerkan. Tapi bagi saya beliau mungkin masih dalam proses pemulihan selepas dikatakan mengalami kecederaan dan diberikan cuti rehat ketika perlawanan dengan Shaktar Donestsk. Setiap gerakan dan passingnya pada perlawanan dengan Newcastle agak lembap dan berkulat, Dan faktor kekalahan dengan Newcastle itu juga sikit sebanyak dikatakan berpunca dari persembahan yang kurang lancar dari kapitan kita ini. Walau apa pun bola sepak adalah permainan secara berpasukan dan kita tidak perlu menyalahkan Cesc 100% walaupun kita juga harus menerima hakikat bahawa jika Cesc berfungsi baik pada malam itu, secara tidak langsung rakan-rakan lain akan beraksi di tahap yang sama.
Setuju atau tidak! Tidak ada pemain di muka bumi ini dapat mengekalkan kesempurnaan permainan sepanjang musim begitu jugalah dengan Cesc, jadi Wenger harus bersedia dengan back-up bagaimana untuk menampung keadaan ini sekiranya Cesc tidak berada dalam prestasi terbaiknya! Siapa yang pula harus dimanipulasikan untuk menyahut tugas Cesc bagi mengerakkan serangan The Gunners. Musim yang masih panjang, sudah pastinya kita tidak dapat menolak kemungkinan kita akan kehilangan khidmat Cesc akibat kecederaan dan sebagainya.

| Statistik passing Cesc Fabregas ketika perlawanan dengan Newcastle United |
Bagaimanapun, Wenger terus bersuara dan menjanjikan pada PenCinta Arsenal, bahawa mereka akan menyaksikan 'The Real Fabregas' pada perlawanan berikutnya dengan Wolves nanti!
“He is completely clear [of his injury],”
“It has taken a lot out of him mentally and I believe that the fact he came through well against Newcastle you will see a different player on Wednesday night.”
Itu janji Wenger, di atas padang bagaimana?
Labels:
Arsenal,
Arsenal Player News,
Cesc Fabregas,
Thomas Vermaelen
Tuesday, November 9, 2010
Video | The Cesc Free Kick Against Newcastle
Saksikan video ihsan sepakan percuma dari Cesc yang mengegarkan tiang gol ketika perlawanan dengan Newcastle. Enjoy!
Sunday, October 24, 2010
Video | Un dia en la vida de Cesc Fabregas
| "Un dia en la vida de Cesc Fabregas" - Sehari dalam kehidupan kapten Arsenal Cesc Fabregas |
Sekitar sedutan dari siaran sebuah stesen TV Sepanyol VEO 7 yang menayangkan sebuah filem dokumentari pendek mengenai perjalanan sehari dalam kehidupan kapten Arsenal Cesc Fabregas di ibu kota London.
Fabregas juga berbicara mengenai hubungannya dengan Bos Arsenal Arsene Wenger, ia menggambarkan yang 'ayah kandung ke-2nya' itu sebagai seorang cool, lucu (kat mana lucunya ni, cam Mr Bean ker? huhuh)dan sangat mudah mesra.
Kapten Arsenal juga menambah bahawa ia memiliki hubungan baik dengan Carlos Vela dan Tomas Rosicky dan menyatakan dia sangat mengemari makanan Jepun.
Thursday, October 14, 2010
Al-Kisah News | Melayan Mimpi

Letih! Letih! Asyik melayan mimpi jer lah dengan Cesc Fabregas ini, Aduyai!! Tak habis-habis! Asal elok dari kecederaan berbalik pasal mimpi dia nak join
Tak pun ini kes pasal Denilson! Fabregas gelabah takut Denilson pergi Boocelona dulu! huhuu
Kali ini, Kapten Arsenal Cesc Fabregas telah kembali membuka 'pekung' dan berkeras bahawa ia tetap puas dan senang bersama dengan The Gunners tapi yang tak sedap didengar ditambah pulak dia juga tidak dapat menghalang kemungkinan dia mungkin kembali ke
Bintang tengah Sepanyol berusia 23 tahun ini masih mengharap untuk pulang ke Nou Camp pada akhir musim ini - kuat benar DNA
Fabregas dipetik berkata kepada stesen radio Cadena Cope:
"I maintain that I was right because to play for Barcelona is a dream I have had since childhood.
"The truth is that the coach (Arsene Wenger) is like a second father to me. I told him what I thought. There were difficult moments.
"In the end, when I spoke to Wenger he told me 'no' – he was very emphatic, that the transfer was impossible.
"I am satisfied for all parties. It wasn't to be and that's that, though in my head I keep thinking it could have been a good opportunity.
"But here at Arsenal I have everything. I am still happy. I am very comfortable here, I like the club, lead the team, play football."
Wednesday, October 13, 2010
Injury News | Tiga Tonggak Sedia Kembali
Arsene Wenger dikhabarkan 'terlonjak-lonjak girang' apabila bakal mempunyai tiga tonggak pentingnya kembali ke dalam pasukannya untuk sabtu ini.Kapten Arsenal Cesc Fabregas, Theo Walcott dan Nicklas Bendtner semuanya sedang dalam latihan pusat penuh selepas berehat akibat kecederaan dan berharap dengan kehadiran tiga tonggak itu akan memberikan pilihan yang lebih 'segar' untuk menentang Birmingham nanti.
Robin Van Persie juga tidak lama akan kembali selepas itu. Striker Belanda itu telah direhatkan sejak Ogos dengan masalah pergelangan kaki.
Walau bagaimanapun, dalam cuti rehat dengan tugasan antarabangsa ini, Wenger terpaksa juga menerima 'qada dan qadar'nya, tetap akan ada juga pemain Arsenal yang mengalami kecederaan, dimana Arsenal tidak pernah gagal pulang dengan membawa berita kecederaan selepas pemainnya selesai tugasan antarabangsa mewakili negara masing-masing, kali ini, Arsenal akan melupakan khidmat pertahanan
Labels:
Arsenal,
Cesc Fabregas,
Nicklas Bendtner,
Theo Walcott
Friday, October 1, 2010
Injury News | Fabregas 50-50

Arsene Wenger telah mendedahkan Cesc Fabregas berkemungkinan tidak sesuai untuk dikerahkan untuk pertembungan klasik Arsenal dengan Chelsea pada hari Ahad ini.
Kapitan muda Gunners Fabregas telah mula diistirehatkan akibat kecederaan hamstring selama hampir dua minggu dan khidmatnya tidak akan digunapakai bagi mewakili skuad Sepanyol untuk kelayakan Kejohanan Eropah ketika melawan Scotland dan Lithuania. - Bagus sangat ni! Sepanyol pakai lah pemain-pemain

| Pakej 2 dalam 1: Kerjasama terjalin antara Cesc Fabregas dan Anton Ferdinand yang menzahirkan gol pembukaan 'menakjubkan' secara langsung memperolehi kecederaan hamstring sekaligus buat Fabregas ketika diikat 1-1 dengan Sunderland - lembut benar kakimu! |
Ditanya tentang berkemungkinan Fabregas akan kembali mengemudi jentera tengah The Gunners pada minggu ini dalam kempen Barclays Premier League ke Stamford Bridge, pengurus Wenger mengatakan Arsenal TV Online:
"Saya tidak tahu.
"Ia kelihatan 50-50 tetapi menjuruns 50-50 ke sudut negatif saya akan. Saya akan memastikan semula situasinya pada sabtu pagi."
Eloklah! direstkan Fabregas tu betul-betul, tak payahlah ghairah sangat nak guna awal-awal, kang melarat, musim masih awal lagi ni! si Jack Wilshere tu pun ada, pakai jer la! budak ini pun lih diharap jugak...tapi, pemain Chelsea ni pulak semua king-kong...diketiskan je si Jack ni nanti mau melambung-lambung.....Adoi! Adoi! - Cemana aku nak berpikiran positif ni....huhuhu
Sunday, September 19, 2010
Match Report | Dowd buat Onar, PenCinta Arsenal Tak Tidur Lena
Sunderland 1 : 1 Arsenal
Darrent Bent (90 +'5) : Cesc Fabregas ('13), Tomas Rosicky (pen miss '74)
Vanue: Stadium of Light, Sunderland
Referee: Phil Dowd
Darrent Bent (90 +'5) : Cesc Fabregas ('13), Tomas Rosicky (pen miss '74)
Vanue: Stadium of Light, Sunderland
Referee: Phil Dowd

| Match Report | Sunderland 1 - 1 Arsenal : Barclays Premier League |
Nampaknya Arsenal terus dihantui mitos kucing hitam, apabila sekali lagi kucing hitam [Darrent Bent] terus meranapkan impian Arsenal untuk membawa pulang mata penuh dari Stadium of Light! Darren Bent sentiasa mempunyai nasib yang baik ketika bertemu Arsenal sejak tiga pertemuan di laman sendiri dan semalam ia berulang kembali apabila beliau berjaya menyamaratakan kedudukan seterusnya meletakkan Sunderland berkongsi 1-1 tatkala menentang 10 pemain Arsenal di Stadium of Light.

| Senarai pemain yang diturunkan kedua-dua pasukan semalam. |
Disamping itu, pihak yang dikecam [wenger] dan pihak yang mengecam [Sam Allardyce dan Owen Coyle], semuanya sepakat sehati sejiwa apabila memperolehi keputusan seimbang 1-1 untuk pasukan masing-masing semalam! Jadi tiada apa yang nak dicemburu dan didengkikan lagi...huhuu!
Berbalik kepada perlawanan semalam, Meskipun Sunderland dikejutkan dengan jaringan awal The Gunners, selepas pengunjung menempa gol 'tidak diduga' untuk mendahului perlawanan berpunca dari clearance yang cuba dilakukan Anton Ferdinand disekat oleh Cesc Fabregas lalu bola melantun melingkar dari jarak 30-meter di atas kepala Simon Mignolet. - membuat Mignolet terpinga-pinga tanpa mampu melakukan apa-apa refleks!

| Asak: Jack Wislhere tidak hiraukan tubuh kecilnya ketika mengasak Danny Welbeck...Good job bro! |
Song dan Arshavin masing-masing gagal menemui sentuhan gol walaupun mempunyai peluang untuk menggandakan gol bagi mematikan langkah Sunderland yang semalam nampaknya lebih menguasai perlawanan, malang muncul tiba apabila dengan tidak semena-mena kapten Fabregas dilihat terhencot-hencot di tengah padang disyaki ia adalah masalah hamstring dan Bos Arsenal segera mengeluarkannya dengan memasukkan Tomas Rosicky.

| Statistik perlawanan selepas babak pertama memperlihatkan Sunderland lebih menguasai perlawanan |
Standard biasa apabila seseorang pemain itu mengalami kecederaan hamstring ia dijangkakan memerlukan dua atau tiga minggu untuk menyembuhkannya, jika hal ini benar-benar terjadi (ketika ini tidak ada pengesahan), kemungkinan Fabregas mampu untuk diturunkan ketika melawan Chelsea di Stamford Bridge pada hari Ahad 3 Oktober! timing yang tepat! tapi kalau lebih dari dua minggu...babai la!

| Gagal: Chamakh gagal melakukan placing ke atas Simon Mignolet! Tapi kalau Carlos Vela yang berada dalam situasi ini pasti lain ceritanya! huhu! Chamakh belajar dengan Vela okeh! |
Arsenal dilihat mula memperkemaskan pasukan yang lebih baik di babak kedua, namun tempahan kad kuning pertama Alex Song selepas perlanggaran di babak pertama terpaksa dibayar mahal apabila dia sekali mengumpulkan kad kuning ke-2 seterusnya membawa kepada kad merah selepas melakukan satu halangan terhadap Steed Malbranque. Melihatkan keadaan itu, Wenger lantas mengeluarkan Arshavin dan memasukkan Denilson untuk mengisi slot yang ditinggalkan Alex Song.

| Hadangan Alex Song ke atas Steed Malbranque yang membawa kepada kad kuning ke-2 |
Ternyata ia percaturan yang berhasil baik, dengan Arsenal kekurangan seorang pemain dalam keseluruhan babak kedua, anak buah Wenger masih utuh terus mempertahankan kedudukan sedia ada dan masih mampu menyaingi lawan dan kegagalan mengambil kesempatan terbaik gagal dilaksanakan apabila pengadil perlawanan Dowd yang baik hati menghadiah sepakan penalti buat Arsenal selepas Ahmed Al Muhammadi menjatuhkan Samir Nasri di dalam kotak penalti, Tomas Rosicky yang diamanahkan, gagal apabila sepakannya melambung tinggi.
Budi baik dari pengadil perlawanan Dowd berterusan dan terus pandai-pandai melewatkan perlawanan yang membawa kepada jaringan minit-minit akhir apabila kucing hitam [Bent] yang berada hampir di sudut gol melepaskan rembatan padu melepasi jangkau Manuel Almunia dan halangan Laurent Koscielny seterusnya menghancurkan hati PenCinta Arsenal dan Wenger.

| Gembira sakan: Pemain-pemain Sunderland mengerumuni kucing hitam [Bent] meraikan golnya bak menang Piala Dunia kekdahnya...huhu! |
Sementara itu, Arsene Wenger dijangka bakal menghadapi tindakan dari Football Association selepas dilihat mencetus ketidakpuasan hati dengan cuba menciut pengadil rasmi keempat Martin Atkinson selepas Arsenal dikecewakan selepas jaringan dramatik Bent disahkan di minit ke-95 malam tadi walaupun setelah Atkinson menunjukkan 'papan masa' tambahan minimum empat minit sahaja.

| Kau tengok jam aku ni cantik tak? begitulah sindiran Wenger! (agak aku lah), Wenger dilihat cuba main cocok dengan pengadil! Ala! takkan itu pun nak ngadu kat FA (gambar kecil) |
Arsene Wenger dipetik mengeluarkan kenyataan selepas perlawanan itu menyebut:
'I know it's a minimum of four minutes but nothing happened in those four minutes to justify them adding more,'Manakala Bos Sunderland Steve Bruce ketika mengulas mengenai tindakan Phil Dowd dipetik berkata:
'But there's nothing I can do.'
"We found it more difficult against 10 men but by the letter of the law Song had to go. I feel for Arsene, it's never easy to take when you concede so late on. I know how he feels.Ok! Jom tengok highlight jaringan gol-gol di perlawanan semalam...
'The complaint is that we played 15 seconds over but to be fair to the referee we had to get the ball out of the stands for the corner, so the referee's well within his prerogative to play more. It's a minimum of four minutes. You have to play to the whistle.'
Friday, September 17, 2010
PenCinta Arsenal FC (Malaysia) News | Wenger - Kenapa Aku Keras Kepala dan Kedeng Melabur !

| PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Tegas Pada Polisinya Tidak Ingin Membawa Masuk Pemain Tengah Baru ke Emirates |
Beberapa hari ini ini, kita sering dihebahkan dengan media massa, media cetak, media maya terustamanya blog-blog dari Pencinta Arsenal di Malaysia yang terus tidak henti-henti memuji persembahan hebat dari Kapitan muda Arsenal Cesc Fabregas, di samping perkembangan dan persembahan yang tidak kurang memukaunya Jack Wilshere ketika berganding dengan Fabregas dan Alex Song menguasai bahagian tengah ketika menentang SC Braga. Apa yang ditonjolkan itu, sebenarnya mempunyai cerita disebaliknya! Apabila Wenger terpaksa berpendirian tegas untuk mempertahankan polisinya..."memperkembangkan, memberi peluang/ kesempatan, mempercayai, melahirkan pemain muda di Arsenal untuk menjadi bintang"
Arsene Wenger menjelaskan pendiriannya untuk tidak membeli pemain tengah baru selama jendela transfer musim ini ini adalah tepat, Ia sebenarnya bertunjangkan kepada faktor dia ingin mencipta ruangan yang lebih bagi pemain mudanya seperti Jack Wilshere untuk kembang mekar di pasukan utama.
Bos Arsenal ini dilihat cukup aktif dan agresif di pasaran musim panas ini berbanding beberapa musim terdahulu, dengan merekrut Marouane Chamakh dalam unit serangan dan duo Perancis Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci di unit pertahanan. Tapi terdapat juga beberapa PenCinta Arsenal juga berteriak-teriak hesteria untuk Wenger menrekrut pemain tengah pertahanan berkualiti bagi mem'back-up' Alex song sekirangnya sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap Song contohnya kecederaan.
Walaupun terdapat kebimbangan dari PenCinta Arsenal seluruh dunia mengenai kemungkinan Arsenal bakal kehilangan tonggak utamanya Cesc Fabregas ke Barcelona musim ini, Jelas Wenger terus utuh untuk mempertahankan khidmat kaptennya, Cesc Fabregas. Berbicara di Shareholders Q&A pada Khamis semalam, ia menjelaskan mengapa ia tidak cuba untuk menambah kestabilan di posisi tengah Arsenal.
Bos Arsenal itu dipetik mengulas panjang lebar:-
"I believe that I always wanted to develop the players I have,"
"For example we have Diaby, we have Song, we have Denilson in this position, we have bought Aaron Ramsey - 18 years old - in this position, and now Jack Wilshere develops in this position.
"The problem when you develop a young team, for example we have Jack who was born in 1992 - 18 years old - is that if I don't make room for him he will go somewhere.
"People will say to me: 'Why did you let him go? Look at what a good player he is.' But if you don't play him [he will go] and that's the tricky situation of developing young players. First you have to scout them, then give them a good education but the final part is to be strong enough to say 'I will give this boy a chance to play'.
"The first two stages are not too difficult but the third stage you have to be strong, to face the critics and the people who want always the best players in the world and to say 'No, I believe in you, I will give you a chance.' And I believe if we can be proud of one thing we did in recent years, it is that we have done that very well with a lot of support from the Board.
"But it is time now for us to keep these players together and to develop them and to win. Then we can say we have created something special with a style of play we wanted to create, that is unique, with the values that we want to put forward at the Club, and as well with an expectation level to have a team together for a few years.
"That is why we were absolutely adamant to keep Fabregas as well because we have worked hard in the last five years to get this team together."

| Tragis! Terjahan badigol soot! Ryan Shawcross (Stoke city) terhadap Aaron Ramsey |
Walau bagaimanapun dipihak aku, Aku benar-benar percaya bahawa Aaron Ramsey dan Wilshere adalah masa depan di lini tengah kita, manakala buat Fabregas mungkin tidak! walaupun usianya baru 23tahun, kerana aku juga agak terkilan, muak, bosan kerana sering dihidangkan keinginannya yang bakal berpindah dan hasratnya yang tidak pernah padam untuk angkat kaki ke
Adakah Fabregas ini akan terus men'sarkas'kan dirinya setiap kali musim permindahan pemain dibuka? Sementara itu dalam buat Ramsey dan Wilshere! kita bergantung harap dan bertuah lerana memiliki dua anak muda Inggeris yang sedang lapar untuk mengegar dengan kekal di Arsenal, kita harus mengangkat mereka (Wilshere terutama), Wenger pastinya akan terus membantu mengembangkan bakat mereka dan yang paling penting mereka tidak memiliki "Barca DNA".
Aku bagaimanapun tidak mengharapkan sesuatu yang ghaib mahupun ajaib dari Ramsey musim ini, tapi aku punya harapan tinggi bahawa ia dapat menyumbang sesuatu menjelang akhir musim ini. Sebenarnya apa yang sangat penting bagi dia untuk diperkenalkan dan dipulihkan kembali ke pasukan tanpa sebarang tekanan lekas-lekas melakukan impak.
Ramsey perlu dipermudahkan untuk ia kembali, terutama dari segi permainannya bagi ia mendapatkan dan membina semula kepercayaan dirinya. Aku juga benar-benar berharap dia bakal mula menjadi seorang pesaing dan penjuang di Arsenal yang hebat jika ia dapat kembali ke tahap asalnya sebelum ia mengalami kecederaan (patah kaki) akibat terjahan Ryan Shawcross yang buduh itu.
Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)
Labels:
Aaron Ramsey,
Arsenal,
Arsene Wenger,
Cesc Fabregas,
Jack Wilshere
Thursday, September 16, 2010
Match Report | Fa'braga' memporak-perandakan Braga
Arsenal 6 : 0 SC Braga
Cesc Fabregas (pen '9) & ('53), Andrei Arshavin ('30), Marouane Chamakh ('34), Carlos Vela ('69) & ('84) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Alain Hamer
Cesc Fabregas (pen '9) & ('53), Andrei Arshavin ('30), Marouane Chamakh ('34), Carlos Vela ('69) & ('84) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Alain Hamer
Match Report | Arsenal 6 - 0 Braga: UEFA Champion LeagueSC Braga yang melenyapkan impian Celtic selepas Arsenal melakukannya musim lepas dan kemudian membenamkan Sevilla untuk sampai sejauh ini di Eropah, pasukan yang dikenali sebagai "The Arsenalists" kerana mereka mengambil pengaruh dari Arsenal dalam memilih warna kit mereka, sayangnya Braga dihadiahkan 'mimpi ngeri' bagi membuka kempen perlawanan pertama mereka dalam Kumpulan H. Pastinya perlawanan semalam yang berlangsung di Emirates mesti mahu dilupakan Braga.

| Senarai pemain-pemain yang diturunkan Arsenal dan SC Braga |
Arsenal memanfaatkan dua gol masing-masing daripada Cesc Fabregas dan Carlos Vela, dengan Andrei Arshavin dan Marouane Chamakh masing-masing menyumbangkan satu gol lagi untuk menyumbang menang 6-0 The Gunners ke atas Braga di London malam semalam. Ini juga adalah kemenangan terbesar Arsenal di peringkat Eropah sejak kemenangan 7-0 ke atas Slavia Prague hampir tiga tahun yang lalu.
Sementara itu, kapitan Arsenal Cesc Fabregas yang menjadi sumber inspirasi kemenangan semalam dengan menyumbang 2 golnya disamping mencipta 2 peluang buat Andrei Arshavin dan Carlos Vela, ditanya apakah ia senang berada di Arsenal setelah heboh dengan spekulasi beliau akan berpindah ke Barcelona?
Fabregas hanya mengulas pendek:-
"I’ve always felt fantastic here. I’m very happy to be here."
Fabregas juga mengakui bahawa ia kecewa tidak melengkapkan hat-trick walaupun mempunyai kesempatan untuk melaksanakannya:-
"I am a bit disappointed because I wanted to do it, it’s the thing I haven’t done as a professional."
Arsene Wenger kali ini telah mengambil langkah membuat tiga perubahan dalam kesebelasan utamanya ketika mengalahkan Bolton di minggu lalu, meskipun tidak satu pun dari mereka mengalami kecederaan. Samir Nasri. kembali mengambil tempat selepas bebas dari kecederaan lutut untuk memulakan aksi, menggantikan Tomas Rosický di sayap kanan , dengan Bacary Sagna dan Gael Clichy kembali ke tempat biasa mereka pada barisan belakang bersama Sebastien Squillaci dan Laurent Koscielny selepas berehat empat hari lalu.

| Fabregas ketika keluar mengepalai rakan sepejuangan untuk memulakan aksi sulung UEFA Champion League 2010/11 (Group H) |
Tiga gol di babak pertama dan tiga lagi di babak kedua menjadikan The Gunners dalam perjalanan untuk mengecap pencapaian hebat dalam melepasi peringkat penyisihan kumpulan di UEFA Champion League untuk tahun kesebelas berturut-turut, Ia satu rekod bahkan Manchester United pun tidak mampu tandingi.
Dominasi Arsenal semalam segera menghadirkan keceriaan syawal buat bos Arsenal yang kelihatan sangat senang, tenang dan lenang melihat anak mudanya Jack Wilshere bersinar kembang mekar disamping Fabregas.
Arsene Wenger dipetik berkata:-
"It’s difficult to compare the two players but both have an exceptional talent,"
"What is fantastic for a player like Wilshere is to see a player like Fabregas and to play with him."
Arsenal mula mengetuk pintu Braga bagi mencari gol awal dan hampir-hampir memiliki peluang mendapatkan penalti selepas dua kekasaran tetapi tidak diendahkan pengadil perlawanan Alain Hamer, tapi 'kalau dah rezeki tidak kemana' hasil kekasaran ketiga yang dihadirkan keeper Braga Felipe (nota, apa motif keeper Braga pakai jersi angka besar seperti 84?) yang meyadung kaki Marouane Chamakh telah mencuri tumpuan Alain Hamer yang terus menghadiahkan sepakan penalti buat Arsenal, selaku kapten, Cesc Fabregas yang dipertanggungjawabkan melaksanakan sepakan, tidak mensia-siakan peluang apabila meletakkan Arsenal memimpin 1-0 ketika perlawanan baru sahaja sembilan minit berlangsung.

| Detik-detik Keeper Braga Felipe mempertahankan gawangnya dari dikerjakan Chamakh, yang membawa kepada sepakan penalti |
Andrei Arshavin memanfaatkan peluang one-on-one pada minit ke-30 dan kali tidak mahu gagal lagi selepas terlepasa peluang menajringkan gol ketika melawan Bolton pada hari Sabtu lepas. Selang empat minit kemudian, Chamakh pula terus menceriakan Pencinta Arsenal di Emirates apabila menemui sentuhan gol hasil rembatan rendah selepas menerima umpanan nan indah tumit kaki dari Jack Wilshere. Ternyata Felipe tak berdaya untuk melakukan apa-apa apabila bola menuju jauh ke sudut kanannya. Kedudukan 3-0 meletakkan The Gunners lega meluncur ke bilik rehat menamatkan babak pertama.
Memulakan babak kedua, tidak ada sebarang perubahan tahap paranormal yang dapat dijelmakan pasukan pelawat Braga untuk menandingi Arsenal, apabila Fabregas sekali lagi muncul memungut gol peribadi ke-2 dalam perlawanan semalam selepas Arshavin melakukan umpanan lambung dari sudut kiri, Fabregas yang tidak dikawal tenang melakukan tandukan bebas menerjah jaring sesuatu gol yang jarang dihasilkannya melalui tandukan.
Selepas itu, Arsenal mula melakukan beberapa pertukaran pemain dengan memasukkan Eboue, Vela dan Denilson. Carlos Vela: ternyata tidak mahu mensia-siakan peluangnya apabila masuk dan menambah 2 gol lagi dengan masing-masing pada minit ke-69 dan 84. Gol Vela hadir selepas beliau bijak menyelinap melepasi benteng Braga yang kemudiannya menunggu Felipe merebah badan sebelum melakukan 'chip' tinggi dan meletakkan 5 gol mendahului lawan. Vela terus melengkapkan gol ke-2 peribadinya selepas Fabregas jelas tidak

| Meraikan gol: Vela ditimang Eboue penuh kasih sayang sambil diperhatikan kapitan Fabregas |
Apa yang kita perolehi dari perlawanan semalam? Penting untuk kita mengambil segera peluang terhidang dan memenanginya dan bagaimana pasukan ini harus menangani musim panjang yang makin mencabar liga domestik dan di Eropah.
Bagi kita PenCinta Arsenal, Jom! kita nikmati kemenangan besar ni? Kita Enjoy! (buat cam Nora Danish dalam drama Puteri) huhuu!

| Senarai penuh keputusan perlawanan UEFA Champion League semalam |
Video| Arsenal 6-0 Sporting Braga (UEFA Champions League)
Sedutan gol-gol yang dihasilkan Arsenal ketika membenam Sporting Braga 6 - 0 di Emirates dalam kempen peringkat kumpulan H pusingan 1 bagi kempen UEFA Champions League.
Match report akan menyusul kemudian...Stay Tuned!cam poyo lak!
Cesc Fábregas (pen '9)
Andrei Arshavin ('30)
Marouane Chamakh ('34)
Cesc Fábregas ('53)
Carlos Vela ('69)
Carlos Vela ('84)
Match report akan menyusul kemudian...Stay Tuned!
Cesc Fábregas (pen '9)
Andrei Arshavin ('30)
Marouane Chamakh ('34)
Cesc Fábregas ('53)
Carlos Vela ('69)
Carlos Vela ('84)
Labels:
Andrei Arshavin,
Arsenal,
Carlos Vela,
Cesc Fabregas,
Marouane Chamakh,
SC Braga,
Video
Tuesday, August 31, 2010
Transfer Rumours | €35 m + Sulley Muntari = Cesc Fabregas

| Baca Boleh, Percaya Jangan |
Inter Milan dilaporkan telah gagal dalam usaha membuat bidaan hilang akal a.k.a 'gila' untuk memikat Cesc Fabregas dari gengaman Arsenal selepas tawaran yang mereka kemukakan di tolak mentah Arsene Wenger, menurut Sportmediaset.it.
Pengarah sukan Inter Marco Branca dilaporkan membuat tawaran kepada The Gunners ditambah pakej yang kononnya menarik bersama pemain kelahiran antarabangsa Ghana Sulley Ali Muntari.
Namun Wenger tidak cukup 'termakan umpan gula-gula' dengan tawaran sebegitu murah dari gergasi Serie A itu.
Bidaan itu hanya hadir beberapa jam selepas Rafael Benitez bercakap secara terbuka tentang keinginannya untuk membawa bintang berkelas dunia ke kelab dengan memberikan penekanan pada pemain tengah setelah ia menyaksikan Javier Mascherano lebih berminat ke Barcelona.
Ini tampaknya merupakan usaha 'berani mati' oleh Rafa Benitez untuk berhasrat membawa Cesc Fabregas ke Milan tapi ia sepatutnya lebih awal menyedari yang usaha ini akan gagal, atau ini adakah spekulasi media Itali untuk mencuri tumpuan ke Liga serie A.
Sedangkan secara terang-terangan diketahui umum bahawa kapten Arsenal jelas mempunyai hubungan 'mistik' dengan Barcelona dengan potensinya untuk berhijrah ke Nou Camp, tampaknya tidak ada sebab yang relevan untuk pengendali dari Sepanyol ini mampu menarik minat Fabregas untuk ke San Siro walaupun megah bersama status juara Champions league.
Inter Milan tampak sangat terdesak ketika tewas 2-0 menentang Atletico Madrid tempoh hari dalam perebutan Piala Super Eropah; dan bekas bos Liverpool kelihatan terdesak untuk menurut jejak pengendali sebelum ini seperti Jose Mourinho dan sebelumnya Roberto Mancini.
Labels:
Arsenal,
Cesc Fabregas,
Inter Milan,
Sulley Ali Muntari,
Transfer News
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kick-Off @ PenCinta Arsenal FC
Komentar Pembaca
VIP PenCinta Arsenal FC
Top Scorer PenCinta Arsenal FC
Gooner Tweeters!
Summer Comings and Goings
Transfer Window, 2012
Transfer Window, 2011
Transfer Window, 2010
Arsenal Blog List
-
-
-
-
-
The Return Of "MakHangpa"9 years ago
-
Promo Indomaret10 years ago
-
Arsenal bakal sambar Reus11 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Labels
Blogumulus by Roy Tanck and Amanda Fazani



