
Sempena Promosi Aidilfitri ade-talk Mobile: CAKAP BANYAK-BANYAK, BAYOR TAK BLIH KURANGStriker dalam bangku simpanan Eastlands yang ketika ini punya masa terluang mula mencari publisiti dengan mendakwa bahawa 'Manchester City lebih besar dari Arsenal'
Striker berbangsa Togo 26 tahun itu terus percaya bahawa Eastlands akan meninggalkan skuad anak muda Arsene Wenger di belakang City musim ini.
Ade
poyobayor yang diketika ini agak terdesak untuk menembusi kesebelasan utama dalam pasukan Manchester City musim ini dengan Roberto Mancini lebih gemar memilih untuk memulakan Carlos Tevez selaku 'penyerang tunggal'.
Ade
poyobayor jelas tampak 'panas punggung' apabila mulai mencari pintu keluar selama transfer musim panas selepas City menandatangani striker baru Mario Balotelli dari Inter Milan.
Namun, Adebayor masih terus akan diberikan peranan 'memanaskan bangku simpanan' dalam perancangan Mancini apabila tersenarai dalam skuad 25 orang pemain untuk Liga Premier.
Striker berlagak diva itu, berterus-terusan menabur keyakinan bahawa dengan dilimpahi wang berguni dan menambah masuk pemain-pemain berkaliber pada musim ini di Eastlands, Manchester City adalah kelab lebih besar
duit dalam bank dari Arsenal dengan Ade
poyobayor mengakui:
"Yeah, it does feel like that."
"With the great new players we've got we have a wonderful chance to make history.
"But it's all about results.
"If we can win ten games in a row, people will class Manchester City as bigger than Arsenal."
Walaubagaimanapun, setiap orang mempunyai pendapat berbeza tentang apa itu kelab besar, samada berdasarkan faktor sejarah atau sebagainya, Bagi pendapat saya, ia berdasarkan piala. Juara tetap Juara, tempat ke-2 atau ke-3 tidak membawa apa-apa. Arsenal pernah mengecapi pentas akhir CL 2006 tapi ia tidak bererti apa-apa sama sekali kerana kita gagal membawa pulang piala tersebut ke Utara London untuk dikongsi dan mengelilingi kota london dengan 'bas dabel daker' bersama
Pencinta Arsenal. Ditinggal 4 mata di di musim 2007/08 di Premier League dan berakhir di tangga ke-3 di belakang United dan Chelsea, ini juga tidak memberikan apa-apa makna kerana 5 tahun dan terus bertambah Arsenal kemarau piala....Aduyai...jangan jadi 6 yer!. United, Milan, Barca, Madrid, Liverpool adalah kelab lebih besar dari kita kerana mereka telah memenangi kejuaraan lebih banyak dari kita.
Tidak ada trofi untuk dimenangi dengan memenangi 10 perlawanan berturut-turut lah, duhaiii.........Ade
poyobayor. Arsenal menempuh 42 game tanpa terkalahkan dan meletakkan The Gunners dalam muka sejarah Premier League untuk menjadi juara tanpa terkalah, tentu itu yang terhebat! sukar sebenarnya untuk mengulangi tapi tidak mustahil.
Tapi nampaknya Ade
poyobayor ini sukar untuk menutup mulutnya, limpahan duit poket yang ditabur City masih tidak dapat menutup mulutnya.
Tiga atau empat minggu yang lalu dia bergegar-gegar berbicara tentang keinginannya berpindah ke Juventus, dan seminggu selepas itu mula meletakkan dirinya sendiri untuk dijual kepada sesiapa saja yang berhajat membawanya keluar dari City. Deyyyyyy!!!!