Showing posts with label Gary Cahill. Show all posts
Showing posts with label Gary Cahill. Show all posts

Friday, August 26, 2011

Transfer News | Bolton Tolak Tawaran Arsenal Untuk Cahill


Bolton mengesahkan Arsenal ada membuat tawaran rasmi kepada mereka untuk mendapatkan Gary Cahill tapi ia ditolak kerana dikatakan harga antara £6 juta - £7 juta yang ditawarkan Arsenal terlalu rendah.

Apakah pendapat korang? Adakah nilai £6 juta itu harga yang munasabah untuk pemain yang hanya berbaki setahun kontraknya?

Tapi rasanya mungkin aku dapat paham juga apsal Wenger dan Arsene meletakkan harga sedemikian rupa? Ini memandangkan Clichy dijual kepada Manchester City dengan nilai £7 juta dengan pengalaman bermain di Champion League dan mengumpul 11 caps dengan Perancis.

Sementara, Cahill hanya mempunyai tiga caps bersama England dan tiada pengalaman bermain di peringkat Eropah, selain Clichy juga satu tahun lebih tua berbanding Cahill. - Tapi biasalah diorang ini kalau pemain England, harga memang tahap juara World Cup..

Jadi apa tindakan selanjutnya dari The Prof? Dengan tidak sampai seminggu tingkap perpindahan akan ditutup. - In Arsene We Trust before, now and forever...huhu

Wednesday, June 29, 2011

Transfer Rumours | Gervinho & Cahill Menuju Pusat Pemeriksaan Perubatan di Colney

Penantian Itu Satu Penyiksaan....


Entah betul ke tidak! Sayup-sayup kedengaran yang akan ada pemain dalam 'pinangan' Arsenal akan menjalani ujian perubatan berhampiran pusat latihan Arsenal di Colney "HARI INI"

Menurut apa yang dilaporkan di L'Equipe, Ia berkemungkinan besar - pemain ini adalah Gervinho. Walau bagaimanapun terdapat juga khabar 'sedapkan hati pencinta tegar Arsenal' bahawa ia mungkin juga Gary Cahill.

Apa-apa pun! Kita mengharapkan yang terbaik akan muncul. Tak tahan dah asyik tengok team lawan jerk yang angkut player baru...Kita pun nak jugak? Moga kita bakal mengetahui lewat malam hari ini.

Monday, June 13, 2011

Transfer Rumours | Arsenal Tawar Ignasi Miquel, Pancing Bolton Lepaskan Gary Cahill

Layankan saja!
Segala rumours yang keluar mengaitkan Arsenal ketika ini, memang panjang senarai nama yang keluar ketika ini. Tak terkejar aku, untuk post di blog ini. Namun hari ini rasanya aku teringin nak postkan rumours yang tak sudah-sudah sejak beberapa menjak pasal Cahill ini. Pindahnya tak jugak! Kali ini cemana....

Arsenal dilaporkan dailymail.uk akan mempertimbangkan menawarkan khidmat Ignasi Miquel secara pinjaman ke Bolton sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian untuk membawa bek Inggeris Gary Cahill ke Emirates.

Arsene Wenger memang kita akui tidak berselindung sejak 2-3 musim lalu tentang minat mendalamnya terhadap Cahill selain dilaporkan juga melahirkan minat kepada pertahanan tengah 'mutiara hitam' Blackburn Chris Samba, Ini bererti sekiranya salah satu atau kedua bintang itu berjaya dipujuk ke Emirates, sudah pastinya kesempatan terhad buat Miquel pada musim depan yang perlu bersaingan dengan senior sedia ada lain seperti Vermaelen, Djourou, Koscienly & Squillaci (mungkin akan angkat kaki musim ini).


Miquel telah menarik minat beberapa pasukan di Liga Premier selepas melakukan beberapa kemunculan dalam pasukan utama Arsenal musim ini, asas ini meletakkan Bolton mungkin boleh mempertimbangkannya selain perolehan hasil tunai dari jualan langsung untuk Cahill.

Ada Kemungkinan? Pengurus Bolton Owen Colye akan merelakan pemergian bintang pertahanan tengahnya atas dasar hubungan diplomatik yang utuh yang terjalin antara dia dan Wenger, Ia berdasarkan 'jasa' The Gunners buat Coyle ketika menawarkan bintang sensasi remaja dan Arsenal Player of the Season Jack Wilshere secara pinjaman pada 2009/2010.

Namun masih tidak jelas apakah Coyle akan menerima hanya berdasarkan kesepakatan yang terjalin itu kerana apa yang ditawarkan Arsenal hanya pinjaman pemain yang kurangnya pengalaman dan mungkin Bolton hanya akan menuntut bayaran secara langsung. Persoalannya yang utama? Adakah Wenger bersedia menerima harga sekitar £17m yang diletakkan Coyle.

Monday, January 10, 2011

Transfer Rumours + Injury News | Squillaci Cedera, Jadi Siapa Bek Baru Wenger Perlu Angkut?


Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkemungkinan akan memasuki pasaran pemain untuk bulan januari secara aktif untuk membeli centre-back baru selepas perkhabaran terkini masalah kecederaan hamstring Sebastien Squillaci membuktikan ada kemungkinan ia serius.

The Gunners yang bakal berhadapan Ipswich di Piala Carling untuk leg pertama semifinal di Portman Road pada Rabu malam kini hanya bergantung harap hanya dua bek tengah yang cukup sihat [Laurent Koscielny dan Johan Djourou], ia setelah Squillaci disahkan mengambil kecederaan hamstring ketika seri 1-1 di pusingan ketiga Piala FA ketika melawan Leeds , Arsenal terlepas dari menerima aib setelah diselamatkan penalti dari kapten Cesc Fabregas untuk menyelamatkan Arsenal terkeluar dari kejohanan Piala Carling.

Memandangkan Thomas Vermaelen masih belum cukup terbukti fit, Wenger harus bertindak pantas untuk memback-up kekurangan di bahagian centre back sekiranya Squillaci bakal terlepas aksi untuk jangka panjang.

Wenger ketika mengulas mengenai keadaan terkini yang melanda bahagian pertahanannya itu:-

"If we only have two centre-backs then that cannot work with the number of centre-backs we have,"

"If Squillaci has a problem then we must quickly go out for a player."

Walaubagaimanapun, Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa nama yang berkemungkinan antaranya:

Gary Cahill
Bek dari Bolton ini telah sering kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Emirates, tetapi kehadiran ke Emirates berkemungkinan tipis ini kerana Trotters telah awal-awal menyatakan bahawa mereka tidak akan bersedia untuk menjual Cahill kurang daripada £ 20 juta.

Per Mertesacker
Arsenal juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan bintang pertahanan tengah tinggi lampai Jerman, Per Mertesacker ini di jendela perpindahan pemain musim panas lalu, bek Bremen mempunyai kelebihan dari faktor pengalamannya tetapi terkekang kerana sekiranya beliau dibawa masuk, Mertesacker tidak layak untuk bermain di Liga Champions kerana telah bermain dengan Bremen.

Phil Jagielka
Merupakan satu lagi pilihan yang berpotensi yang juga sekian lama dikaitkan dengan Arsenal ialah bek Everton Phil Jagielka yang mungkin akan menjadi alternatif termurah dan bersesuaian dengan plan 'penjimatan berbelanja' Wenger selain juga bersedia untuk dimainkan di Liga Champions.

Sol Campbell
Oh! Tidak! Tapi Sol dinamakan mempunyai potensi dibawa masuk sekali lagi selepas bekas bek Arsenal ketika ini dikatakan tidak 'bahagia' di Newcastle, Wenger mungkin merasakan menandatangani bekas bek Gunners sesuai untuk prospek jangka pendeknya, mirip dengan situasi ketika ia ditandatangani pada akhir musim lalu.











Sunday, November 28, 2010

Transfer Rumours | Tawar £10 juta untuk Cahill, Mahukah Bolton?

Semenjak Fabianski melakukan tugasnya dengan baik di gawang gol Arsenal, jarang kedengaran bisik-bisik mengenai keeper baru bakal di bawa masuk pada jendela perpindahan pemain Januari ini.

Sekarang kita lebih banyak dikaitkan dengan bek tengah, ia memang ada asas yang kukuh melihatkan kepada situasi bek tengah Arsenal yang tampak rompong sikit dengan hanya bergantung harap pada Squillaci, Koscielny dan Djourou. Saya rasa kita agak sukar bersaing mengejar kejuaraan sekarang ini jika terus mengharapkan dengan bek tengah yang kita ada, bukan apa! musim masih panjang, bek tengah kita harus kekal fit dan konsisten, rekod kecederaan pada Djourou juga mengusarkan walaupun dia dilihat semakin meningkat, manakala Koscielny masih tidak konsisten mengawal permainannya walaupun memiliki kemampuan membaca permainan yang baik, dia juga sudah mengumpul 5 kad kuning dan 2 kad merah setakat ini, adakah jaminan yang dia tidak akan terus mengutip beberapa kad lagi?

Vermaelen pula mula mengambil peranan Rosicky baru Arsenal - Injury yang terus misteri! Samada anda setuju atau tidak dengan pandangan saya, saya melihat kepada senarai bek kita yang tersedia ada kini bagi saya kita tidak cukup aura untuk mengerunkan pihak lawan kita sebelum turun ke gelanggang seperti apa yang ada dengan Tony Adams / Martin Keown dan Sol Campbell / Kolo Toure.

Hasil keputusan yang terjadi dalam perlawanan tempoh hari di Villa Park, benteng kita mudah di tembusi dua gol dan salah satunya melalui set-piece yang merupakan kekurangan kita yang masih gagal untuk diselesaikan! Keadaan ini boleh meningkatkan reputasi untuk mendesak Wenger membawa muka baru bagi mengisi slot bek tengah pada jendela perpindahan pemain yang bakal dibuka Januari ini! Wenger kita kenal tidak mudah untuk didesak?

Wenger sentiasa lebih mengambil pendekatan 'mempercayai' kepada tiga bek tengah yang ada sekarang ini, walaupun dia juga tahu keperluan untuk memiliki seorang lagi bek tengah yang berkualiti pasti akan mampu menjelmakan impian gelaran Liga Perdana untuk dicapai.

Unit perubatan Arsenal pula masih buntu dengan apa yang berlaku dengan kecederaan Achilles yang menimpa Thomas Vermaelen dan tidak ada jawapan kepada berapa tempoh masa yang dijangka untuk dia kembali pulih, Ini boleh menjadi faktor yang kuat; Kenapa tidak Wenger membawa sahaja muka baru pada Januari ini?

Menurut laporan Mirror, reputasi masalah kewangan yang menimpa Bolton dikatakan kini sedang tenat, kesempatan ini diambil Wenger yang kini dikhabarkan sedang cuba berurusan untuk menyunting bintang bek tengah Bolton Gary Cahill yang pernah menjadi idamannya, dikatakan Wenger sudah meletakkan harga awal sekitar £10 juta. Sementara Bolton pula menetapkan harga jualan Cahill menghampiri £18 juta untuk kepada sesiapa yang ingin membida bintang mereka.

Harga yang ditawarkan kita nampak jauh berbeza, tapi kita pun kenal Wenger memang bijak berurus niaga. Sekurangnya-kurang langkah awal sudah diambil dan langkah selanjutnya perlu diperkukuhkan. Jadi kita tunggu dan lihat je...

Kenali Gary Cahill
Nama Penuh: Gary James Cahill
Tarikh Lahir: 19 December 1985 (1985-12-19) (age 24)
Tempat Lahir: Sheffield, England
Ketinggian: 6 kaki 2 inci (1.88 m)
Posisi: Defender

Maklumat Kelab
Kelab terkini: Bolton Wanderers
No. jersi: 5

Pencapaian Peribadi
Goal of the Season Winner: 2005–06 (mewakili Aston Villa)
Player of the Year Winner: 2004–05 (mewakili Burnley)
Young Player of the Year Winner: 2004–05 (mewakili Burnley)
Players' Player of the Year: 2008–09 (mewakili Bolton Wanderers)
Related Posts with Thumbnails