Showing posts with label Injury News. Show all posts
Showing posts with label Injury News. Show all posts

Saturday, January 28, 2012

Injury News | Jack Wilshere Kembali Mengalami Kecederaan Buku Lali

Apa kejadahnya ini.....sampukan Rosicky+Vermaelen


Bintang tengah, Jack Wilshere yang diharapkan untuk mengembali Arsenal yang sedang kini kejap turun kejap naik, nampak terancam untuk memanjang masa rehat bersama unit specialist Arsenal apabila dikhabarkan kembali mengalami cedera di sesi latihan hari Jumaat lalu.

Kalau ikutkan Wilsehere sudah direhatkan hampir sepanjang musim ini akibat cedera buku lali yang dialaminya. Dan dijangkakan untuk kembali pulih pada Februari ini, namun dilaporkan yang Wilshere mengadu rasa tidak selesa dan sakit di buku lalinya.

Menurut Arsene Wenger mengenai kecederaan Wilshere:-

"Wilshere had a little setback, which is under investigation,"

"We don't know yet how bad it is. He has pain again in his ankle (when running).

"We stopped him right away. He is seeing a specialist today, so I do not want to give you any wrong information."


Injed balik...Jack Wilshere


Mungkin kecederaan terbaru ini, akan membuka pintu hati Wenger membuat pembelian 'terdesak' bagi menghadapi musim 2012. Tunggu dan lihat!

Wednesday, September 7, 2011

Injury News | Vermaelen MC lagi

Bencana!


Santau hantu bonceng terus menyelubungi kem Arsenal selepas episod malang di'rendang' raya dek Manchester United 8-2 tempohari, ditambah pula khabar berita dengan kehilangan anak muda harapan Jack Wilshere yang cedera dan perlu rehat antara 2-3 bulan. Dan terkini mari pula satu lagi berita kecederaan pada bek boleh harap Thomas Vermaelen yang diimpikan dapat dipasangkan dengan pembelian baru Wenger Per Mertesacker pada game akan datang menentang Swansea - nampak tidak menjadi kenyataan.

Vermaelen dilaporkan mengalami kecederaan otot lanjutan dari kecederaan Achilles panjang sebelum ini dan dijangka sukat mungkin rehat setidak-tidaknya selama sebulan.

Vermaelen mula mendapat kecederaan itu ketika The Gunners meraih kemenangan ke atas Udinese pada play-off Liga Champions, dua minggu lalu. Akibatnya dia juga tidak turut bermain ketika Arsenal dilaukkan United 8-2.


Wednesday, March 23, 2011

Injury News | Djourou Beri Khabar Positif



Dalam kesuraman kita setelah dipaksa berkeputusan seri 2-2 ketika menentang West Brom tempohari, sementara saingan utama untuk kejuaraan Liga EPL kita musim ini, Manchester United pula mengutip tiga mata sekaligus menjarakkan jurang kepada lima mata. Jelas bahagian bawah kita nampak longgar dengan masalah kecederaan.

Tapi bukan segala-galanya sudah berakhir! Arsenal telah menerima khabar positif, apabila bek tengah tempat bergantung harap, Johan Djourou dikatakan mampu untuk kembali sebelum berakhir saingan musim ini selepas mengalami masalah kecederaan di bahunya.

Djourou yang menempah kecederaan pada babak kedua ketika tumpas 2-0 ke atas Man Utd di Old Trafford pada saingan Piala FA lalu. Awalnya diberitakan 'takde harapan' dan dikhuatiri akan terlepas aksi pada keseluruhan baki musim ini.

Nampaknya selepas di baikpulih dari kecederaan berpanjangan musim lalu, kini Djourou dilihat beberapa kali musim ini pantas pulih dari kecederaan yang dialaminya. Ini secara tidak langsung ada kena-mengena dengan unit fisio Arsenal yang melakukan tugas dengan baik. Mungkin DNA kerbau balau telah diberikan pada Djourou. Tahniah! Pastinya kita harapkan perkara yang sama juga boleh diperlakukan pada Thomas Vermaelen.

Hal ini juga disahkan dalam laman sesawang Arsenal.com dengan kenyataan yang mengatakan Johan tidak memerlukan econstructive surgery dan harus mampu kembali ke latihan dalam tempoh 4 minggu lagi.

Wednesday, March 2, 2011

Video | Arsene Wenger Injury update

Kata putus sudah diberikan Arsene Wenger dengan update terkini kecederaan di kem Arsenal menjelang replay Gunners dengan Leyton Orient di Piala FA.

Menurut Wenger antara pemain yang terlibat adalah Robin van Persie, Cesc Fabregas, Theo Walcott, Alex Song dan Abou Diaby.



Penerbangan ke Nou Camp?

Tidak ikut:

Robin van Persie - lutut.
Direhatkan minimum selama tiga minggu.

Theo Walcott - Pergelangan kaki.
Direhatkan minimum selama dua minggu.

Thomas Vermaelen - Masih bergelumang dengan kecederaan Achilles.
Main dengan skuad reserve pun tak mampu, seperti perancangan awalnya

Lukasz Fabianski - Bahu.
Terus rehat sampai habis musim, makan gaji buta!

Ada kemungkinan:

Cesc Fabregas - Hamstring.
Menurut Wenger - ada "kemungkinan" mampu disediakan untuk menghadapi Barcelona.

Alex Song - lutut.
Menurut Wenger - Juga mempunyai kesempatan bermain di Barcelona, menurut Wenger.

Tuesday, March 1, 2011

Injury News | Khabaran RVP + 'Si Capik' Vermaelen


Tropi yang melepas usah dikenang! Chis, baru nak recover dari dari mood duka! Keluar pula statement kacau emosi, penjaring gol penyamaan ketika Carling Cup kita, Robin van Persie pula dikhabarkan dalam situasi tak pasti, Ia dikatakan hampir pasti terlepas aksi pertemuan Arsenal di Champions League menentang Barcelona, selasa depan.

van Persie menerima musibah ketika di aksi Piala Carling, dari laporan awal van Perise mengalami kecederaan lutut kanannya dalam mencetak gol ke-13 peribadinya dalam 11 perlawanannya musim ini. Walau bagaimanapun, pasukan perubatan The Gunners ketika ini terus gigih menilai secara serius perkembangan striker on-form kita ini, mungkinkah ada keajaiban untuk beliau diterbangkan bersama-sama dalam perjalanan ke Sepanyol nanti. Kita mengharapkan kecederaan ini bukanlah kecederaan melarat untuk tempoh panjang! Tapi kita sangat paham, bintang kita ini kalau kena injed memang payah nak pulih cepat! Adanya van Perise dalam pasukan sangatlah penting dalam skuad Wenger ketika ini dalam situasi kecederaan dalam kem The Gunners yang mula membiak! Inilah penangan yang kita harus kita terima pabila berhadapan dalam jadual yang semakin memadat!

Sementara itu bek kental tahun lepas kita, Thomas Vermaelen masih tidak cukup cergas lagi untuk membuat comeback yang ditunggu-tunggu di perlawanan untuk skuad reserve ketika menentang West Ham pada hari Selasa ini. Maka, kempunan lagilah kita?

Nampaknya Wenger gagal untuk melihat kelibat Vermaelen diturunkan selepas tidak beraksi secara kompetatif sejak Ogos dengan kecederaan Achillesnya, penampilannya dalam skuad reserve di Bishop's Stortford pada hari Selasa ini adalah penting untuk Wenger menilai perkembangan Vermaelen, tetapi dengan laporan terbaru ini, Wenger perlu akur Vermaelen masih belum bersedia.

Benar error yang dilakukan Laurent Koscielny ketika menentang Birmingham mengundang kegagalan kita menamatkan penantian 6 tahun tanpa trofi, Tapi Wenger tidak cukup terdesak untuk segera mencampak Vermaelen kembali ke pasukan utama tanpa melihat aksi awalnya.

Dalam perkembangan lain, seharusnya kapten Cesc Fabregas dijangka harus pulih dari cedera hamstring selepas direhatkan pada aksi di Wembley, tapi Wenger mengeluarkan nada yang berbeza tentang Theo Walcott, adalah 'sangat majik' untuk beliau siap menghadapi Barcelona selepas 'terpeleot' pergelangan kaki ketika menang ke atas Stoke.

Arsenal selepas ini akan turun bertemu Leyton Orient dalam perlawanan replay pada hari Rabu untuk Piala FA. Jadi ini adalah perlawanan penting untuk melihat respon anak buah Wenger selepas frust dalam Piala Carling.

Bangkit The Gunners! Lupakan 'Mickey Cup'. Buang jauh-jauh mood kecewa! Jangan pasal terlepas satu ditangan yang tiga lagi juga keciciran! kerana kita masih relevan dalam tiga saingan lagi - Piala FA, Premier League dan Champion League! Semua tu telinga lebih besar dari yang kita lepaskan tempoh hari.

Tuesday, February 22, 2011

Injury News | VerMERLIN



Apa kes sebenarnya yang terjadi pada orang besi kita, Thomas Vermaelen.

Laporan terkini menyatakan bek tengah kental kelahiran Belgium kita masih lagi menderita masalah Achilles dan dijangka berpeluang tipis atau lebih tepat tidak mampu cergas untuk leg kedua di Barcelona pada 8 Mac. Walaupun diwar-war sebelum ini boleh dipersiapkan untuk game tersebut? Apa sudah jadi!

Manakala, sebaliknya ada juga laporan yang bercanggah dengan laporan yang diterima yang mengatakan kerja-kerja pemulihan bek kita ini akan mengikut jadual yang ditetapkan sebelum ini.

Kalau merujuk kepada kenyataan tuan punya badan, Vermaelen. Beliau sendiri bagi kata putus dia sudah sesuai untuk siap bermain ketika tiba pada leg kedua perlawanan di Liga Champions. Tapi itu kata tuan punya badan yang dah lama tak sepak terajang bola secara kompetitif sejak awal September.

Sementara kalau kita semak kenyataan Arsene Wenger! beliau sendiri tidak dapat memuktamadkan mengenai tarikh bila Vermaelen akan cukup cergas dari masalah kecederaannya. Jadi bolehlah kita jangkakan, ada kemungkinan tiga hingga lima minggu dari sekarang. apa yang pasti, kita tidak ingin melihat Vermaelen keluar dari belenggu kecederaannya secara 'paksa', tetapi hanya mampu bermain untuk satu atau dua game sahaja kemudian kembali terjebak dengan kecederaan yang lebih panjang.

Tuesday, February 15, 2011

Injury News | Wenger sedia pertaruhkan Nasri dalam "Clash of Mesti Tonton"



Arsenal menerima berita gembira, apabila top scorer saat ini dengan koleksi 14 gol, Samir Nasir sudah cergas untuk dimainkan dalam pertempuran "Clash of Mesti Tonton" di Liga Champions dengan Barcelona di Stadium Emirates.

Bos Arsene Wenger mendedahkan bahawa Nasri akan disenaraikan ke dalam skuad untuk perlawanan 16 pasukan di pusingan kalah mati. Ini tentu mendatangkan keceriaan berganda buat Wenger untuk merangka taktik lebih berkesan menentang skuad bimbingan Pep Guardiola nanti.

Nasri telah direhatkan sejak memperoleh kecederaan hamstring ketika melawan Huddersfield di Piala FA pada tarikh 30 Januari lalu.

Menurut sun uk, Wenger dipetik berkata:
"Samir is in the squad and the starting line-up will be decided tomorrow.

"I will take no medical risk. It's good to have him in the squad.

He added: "He's recovered quicker than expected. I said it would be 21 days but it will be only 17 days.

"Everybody's absolutely adamant that he's completely medically available. It's down to me to make the decision."

Lebih menyeronokkan lagi, Wenger menerima berita kepulangan Tomas Rosicky yang juga sedia selepas pulih dari kecederaan pangkal paha tetapi malang buat Abou Diaby yang dikhabarkan mengalami masalah betis.

Sekitar sesi training Arsenal sebelum turun menentang Barca:





Injury News | Puyol terlepas aksi pertama di Emirates,




Bek Barcelona, abang rambut ketak, Carles Puyol diyakini tidak mampu untuk pulih dari kecederaan lutut dan pastinya akan terlepas aksi pertembungan di Liga Champions melawan Arsenal. Aksi terakhirnya adalah pada 22 Jan, ketika menang 3-0 ke atas Racing Racing Santander di Spanish Primera División.

Dua pasukan ini akan disaingkan di Stadium Emirates pada Rabu malam ini di leg pertama bagi 16 pasukan di pusingan kalah mati, Barca tentu masih bermegah bersandarkan kepada kenangan musim lalu ketika menggulingkan The Gunners dengan kemenangan agregat 6-3.

Dengan ketiadaan Puyol, Eric Abidal akan memangku galas untuk berpasangan dengan Gerard Pique di pertahanan tengah kelab Catalan itu.

Bagi aku! pasukan Pep Guardiola pastinya terkesan dengan ketiadaan abang rambut ketak ini, kalau tak banyak pun skit lah! Ayuh, sebat peluang yang ada?

Monday, January 10, 2011

Transfer Rumours + Injury News | Squillaci Cedera, Jadi Siapa Bek Baru Wenger Perlu Angkut?


Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkemungkinan akan memasuki pasaran pemain untuk bulan januari secara aktif untuk membeli centre-back baru selepas perkhabaran terkini masalah kecederaan hamstring Sebastien Squillaci membuktikan ada kemungkinan ia serius.

The Gunners yang bakal berhadapan Ipswich di Piala Carling untuk leg pertama semifinal di Portman Road pada Rabu malam kini hanya bergantung harap hanya dua bek tengah yang cukup sihat [Laurent Koscielny dan Johan Djourou], ia setelah Squillaci disahkan mengambil kecederaan hamstring ketika seri 1-1 di pusingan ketiga Piala FA ketika melawan Leeds , Arsenal terlepas dari menerima aib setelah diselamatkan penalti dari kapten Cesc Fabregas untuk menyelamatkan Arsenal terkeluar dari kejohanan Piala Carling.

Memandangkan Thomas Vermaelen masih belum cukup terbukti fit, Wenger harus bertindak pantas untuk memback-up kekurangan di bahagian centre back sekiranya Squillaci bakal terlepas aksi untuk jangka panjang.

Wenger ketika mengulas mengenai keadaan terkini yang melanda bahagian pertahanannya itu:-

"If we only have two centre-backs then that cannot work with the number of centre-backs we have,"

"If Squillaci has a problem then we must quickly go out for a player."

Walaubagaimanapun, Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa nama yang berkemungkinan antaranya:

Gary Cahill
Bek dari Bolton ini telah sering kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Emirates, tetapi kehadiran ke Emirates berkemungkinan tipis ini kerana Trotters telah awal-awal menyatakan bahawa mereka tidak akan bersedia untuk menjual Cahill kurang daripada £ 20 juta.

Per Mertesacker
Arsenal juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan bintang pertahanan tengah tinggi lampai Jerman, Per Mertesacker ini di jendela perpindahan pemain musim panas lalu, bek Bremen mempunyai kelebihan dari faktor pengalamannya tetapi terkekang kerana sekiranya beliau dibawa masuk, Mertesacker tidak layak untuk bermain di Liga Champions kerana telah bermain dengan Bremen.

Phil Jagielka
Merupakan satu lagi pilihan yang berpotensi yang juga sekian lama dikaitkan dengan Arsenal ialah bek Everton Phil Jagielka yang mungkin akan menjadi alternatif termurah dan bersesuaian dengan plan 'penjimatan berbelanja' Wenger selain juga bersedia untuk dimainkan di Liga Champions.

Sol Campbell
Oh! Tidak! Tapi Sol dinamakan mempunyai potensi dibawa masuk sekali lagi selepas bekas bek Arsenal ketika ini dikatakan tidak 'bahagia' di Newcastle, Wenger mungkin merasakan menandatangani bekas bek Gunners sesuai untuk prospek jangka pendeknya, mirip dengan situasi ketika ia ditandatangani pada akhir musim lalu.











Friday, December 10, 2010

Injury News | Nasib Gibbs & Almunia


Berita kecederaan terkini hari ini hadir dari bek kiri Arsenal Kieran Gibbs selepas mengambil kecederaan pergelangan kaki ketika kemenangan 3-1 Arsenal ke atas Partizan Belgrade dalam peringkat kumpulan H di Liga Champions rabu lepas.

Melalui scan awal, Gibbs dijangkakan akan terlepas aksi selama tiga minggu dan terlepas bermula dari perjalanan hari isnin ketika bertandang ke Old Trafford.

Wenger ketika mengulas di laman web rasmi dipetik berkata:

"We have lost Kieran Gibbs from Wednesday night but he should be the only one. We think today that he will be out for three weeks,"

"I am very disappointed (about it). I hope it will not put in his mind that he is an injured player. It was just an accident and you cannot do anything about it. Time will help him get over that and it is not major damage in his ankle"

Untung sama sekali, apabila perkhabaran muncul tepat pada masanya, bek kiri utama Gael Clichy pula dilaporkan sudah kembali cergas untuk mengisi slot bek kiri yang ditinggalkannya kepada Gibbs pada perlawanan dengan Partizan Belgrade.

Mengulas mengenai Clichy, Wenger berkata:-

"We should have (Gael) back (for Monday). He was in today. He was very weak still but we hope he will progress well,"

Desas-desus terbaru mengenai keeper Almunia No.1 yang sekarang seperti dipinggiran selepas kali terakhir diturunkan pada perlawanan dengan West Brom, selepas aksi yang mendukacitakan itu beliau direhatkan dan Fabianski mula mengambil alih dan mengukuhkan kedudukan di gawang gol Arsenal ketika ini dan mula mencuri perhatian dengan prestasi yang mengujakan secara automatik mula dilihat menjadi pilihan kesayangan Wenger, nasib Almunia bertambah suram apabila pada masa yang sama ditimpa kecederaan siku yang kita sendiri tidak tahu bertapa teruknya masalah kecederaan yang menimpanya.

Dengan situasinya yang kian tidak menentu sebagai keeper No.1, Keluar kenyataan dari agen Almunia, yang penjaga gawang Asenal ini meluahkan isi hati untuk dihantar pulang ke Sepanyol. beliau juga dikatakan ada menerima tawaran kelab dari tuan rumah Piala Dunia 2022 Qatar.

Tapi agennya, Joseba Diaz berkata:

"We have still not finished negotiations but it is clear Manuel wants to return to Spain."

Monday, December 6, 2010

Injury News | Bek Tengah Arsenal Parah?

Akhirnya muncul juga kenyataan terbaru dari mulut Arsene Wenger mengenai bek kentalnya Thomas Vermaelen ke pangkuan pasukan utama apabila beliau mengesahkan yang Vemaelen dijangka akan akan membuat kemunculan paling tidak pun sehingga tahun baru.

Bek antarabangsa Belgium ini telah menderita akibat kecederaan Achilles sejak awal September ketika bermain mewakili Belgium dalam kelayakan Euro 2012 menentang Turki.

Berkenaan situasi kecederaan yang dialami Koscielny ketika perlawanan menentang Fulham, Pasukan Perubatan Arsenal mengesahkan Koscielny dijangka akan terlepas perlawanan sehingga tiga minggu, Ini bermakna bahagian bek tengah Arsenal ketika ini amat tenat berbanding bahagian lain apabila Wenger hanya mempunyai 2 pilihan pemain senior yang tinggal antara Squillaci dan Johan Djourou.

Mengenai Vermaelen, bos Arsenal Arsene Wenger dipetik berkata kepada laman rasmi Arsenal:

"Vermaelen is in a [protective] boot,".

"We want him back and I hope he will be back soon, but not before January."

Tuesday, November 30, 2010

Injury News | Khabar Gembira dari Eboue, RvP Tengoklah nanti


Arsenal menerima perkhabaran gembira sebelum turun menentang Wigan di Emirates pada suku akhir Piala Carling esok [30 Nov 2010], apabila Emmanuel Eboue dilaporkan mungkin akan kembali pulih dari masalah lutut lebih awal dari jadual asal. Inilah yang paling menarik perhatian saya bila berbicara pasal kemampuan anggota badan pemain berdarah negro ini, kebanyakan mereka lebih pantas bertindak balas dengan kecederaan dan sukar untuk bergelumang dengan kecederaan jangka panjang dan sukar untuk ditimpa kecederaan simple-simple lah! Mereka lebih kekar dan lasak. Tu pandangan aku lah!

Sementara itu, bek tengah tempat kita bergantung harap Sebastien Squillaci dilaporkan mengalami kecederaan lutut tahap ringan selepas menang sabtu lepas di Villa Park. Inilah yang paling kita risaukan, apabila setiap minggu tenaga bek tengah berusia 30-an ini sering dikerah, Cesc fabregas yang berusia 23 tahun itu pun pernah mengeluh kesukaran fizikalnya untuk sentiasa cergas bagi menempuh aksi setiap minggu di liga yang mencabar di dunia ini. Al-maklum! menurut pakar perubatan, kemampuan badan untuk pulih agak sedikit perlahan setelah seseorang itu yang semakin berusia. Bagaimana jika Squillaci cedera, kita tinggal Koscielny dan Djourou saja, perlawanan yang mencabar di Old Trafford menanti!

Kapten Cesc Fabregas (hamstring) tetap kekal direhatkan bersama-sama dengan Abou Diaby (pergelangan kaki) dan Thomas Vermaelen (Achilles).

Robin van Persie, Theo Walcott dan Nicklas Bendtner tidak diguna pakai dan hanya memanaskan bangku simpan tempoh hari di Villa Park dan mungkin boleh menjadi pilihan buat Wenger, Selain itu, Arsene Wenger harus bijak memutuskan dengan kembali pulihnya Manuel Almunia dari masalah siku - "Siapakah antara Manuel Almunia atau Wojciech Szczesny yang akan diberikan kesempatan di Piala Carling nanti"

Ketika Wenger di tanya mengenai pemain yang bakal diturunkan nanti, beliau dipetik berkata:

'We will play with a strong team,'

'Don’t forget we have played every three days for one and a half months so I have to see how we recover and who I rest [on] Tuesday.

'But we will play with a strong team. You will see regular players.'

Mengulas mengenai Van Persie pula:

'Van Persie? I don’t know,'

'Do I get him a week of work or do I play him? I have to speak with him frankly to see how he feels. We will see.'

Friday, October 8, 2010

Injury News + International Break | Elak Injed Tak Pasal-Pasal

Dengan senarai panjang pemain utama yang mengalami kecederaan di kem Arsenal, hanya ada lapan pemain Gunners saja pasukan utama yang dipanggil untuk mengalas tugas di peringkat antarabangsa dengan beberapa pemain akan terus diistirahatkan dalam tempoh rehat perlawanan antarabangsa. Ini sebenarnya hal yang cukup baik apabila tonggak tongek Arsenal dapat peluang rehat yang secukupnya untuk menghabiskan tempoh pemulihan dari kecederaan di pusat pemulihan latihan di London atau berhibur menonton perlawanan pra-musim NBA, seperti yang ditunjukkan pada gambar diatas.

Dengan Cesc Fabregas tidak akan bermain untuk Sepanyol, masih dalam tempoh pemulihan dari kecederaan hamstring, namun hampir pasti cergas dan mampu kembali ketika bertemu Birmingham City. Manuel Almunia juga seharusnya kembali ketika menanti kunjungan Birmingham City di Emirates pada tarikh 16hb Oktober juga. Theo Walcott mungkin perlu seminggu lagi selepas itu, tetapi boleh kembali untuk perjalanan Arsenal ke Manchester City pada 24hb Oktober. Robin van Persie mungkin agak sedikit di belakang daripada jangkaan jadual awal tetapi boleh kembali pada awal bulan November. Nicklas Bendtner pula berharap mampu kembali ke pertarungan pada akhir bulan ini. Kieran Gibbs dijangka akan kembali selepas dua perlawanan seterusnya bagi Arsenal.

Walau bagaimampun, terdapat dua berita kecederaan yang kurang enak dan kedua-dua merupakan tonggak utama di benteng pertahanan Arsenal. Thomas Vermaelen yang mengalami cedera Achilles dikhabarkan akan lebih lambat proses pemulihan / penyembuhannya dari yang diharapkan dan belum ada apa-apa maklumat mengenai jadual muktamad beliau akan kembali. - Bahaya ni! Selain itu, Bacary Sagna turut menambah kegusaran di kem Arsenal apabila memuatkan kecederaan paha kiri semasa latihan dengan Perancis dan telah digugurkan dari pasukan kebangsaan untuk minggu ini dan dihantar kembali ke London. - Habis madu sepah dibuang, dah pakai kasi jahanam habis itu campak kat Arsenal suruh kasi baik pulih balik. Menyusahkan doktor Arsenal sungguh...huh

Juga, kes Carlos Vela, yang dilarang daripada menyertai pasukan Mexico selama enam bulan setelah ditangkap mengatur pesta hotel selepas perlawanan persahabatan dengan Colombia bulan lepas. Itu pasal lah si Arsene Wenger benci sangat masa tempoh perlawanan antarabangsa ini, kerana ia bakal kehilangan pemain akibat kecederaan!

Berikut senarai pemain Arsenal yang menyertai perlawanan antarabangsa:-

PERANCIS: SAMIR NASRI / ABOU DIABY / GAEL CLICHY
Sabtu v. Romania; Stade de France, Saint Denis
Selasa v. Luxembourg; Stade Saint-Symphorien, Metz

ENGLAND: JACK WILSHERE
Jumaat dengan U-21 v. Romania; Carrow Road, Norwich
Selasa dengan pasukan senior v. Montenegro; Wembley Stadium, London

REPUBLIK CZECH: TOMAS ROSICKY
Jumaat v. Scotland; Synot Tip Arena, Prague
Selasa at Liechtenstein; Rheinpark Stadion, Vaduz

RUSIA: ANDREI ARSHAVIN
Jumaat di Ireland; Aviva Stadium, Dublin
Selasa at Macedonia; Philip II Arena, Skopje

IVORY COAST: EMMANUEL EBOUE
Jumaat di Burundi; Prince Louis Rwagasore Stadium, Bujumbura

MAGRIBI: MAROUANE CHAMAKH
Jumaat di Tanzania; Benjamin Mkapa National Stadium, Dar-es-Salaam

ENGLAND U-21: HENRI LANSBURY
Jumaat v. Romania; Carrow Road, Norwich
Selasa di Romania; Stadionul Municipal, Botosani

Wednesday, October 6, 2010

Injury News | Ramsey Kembali Oktober


Bos Welsh Brian Flynn penuh yakin dengan 'ilmu bomohnya' telah mendedahkan bahawa bintang muda masa depan Arsenal bakal bersinar hampir membuat kemunculan ke latihan penuh.

Pemain tengah Welsh berusia 19 tahun telah beristirehat panjang setelah mengalami penderitaan patah kaki semasa perlawanan Liga Perdana menentang Stoke City pada bulan Februari lalu.

Ramsey terpaksa menghabiskan masa panjang di pusat pemulihan selepas menerima terjah bodoh dari bek Potters Ryan Shawcross yang hampir meragut kerjayanya.

Ngeri Seram: Saat kaki Ramsey di patahkan Ryan 'Bunguk' Shawcross

Namun, selepas mengikut segala sesi pemulihan di unit perubatan Arsenal ia dijangka boleh kembali dalam latihan pada akhir Oktober ini.

Disamping itu, Bos Arsenal Arsene Wenger juga menyarankan Ramsey boleh kembali ke latihan pada bulan November ketika ditanyakan mengenai status kecergasan terkini Ramsey.

Menurut Flynn:

"I've spoken with Aaron and he's making great progress,

"He told me he will be back in full training in three weeks.

"He's a great talent and we all want him back playing again.

"It's great news for Arsenal, Wales and of course for Aaron himself."

Tuesday, October 5, 2010

Injury News | Jangka 14 hari Join First Team - Bendtner

Setelah hampir kira-kira 3 bulan menderita akibat kecederaan pangkal paha, Nicklas Bendtner kini sudah kembali pulih sepenuhnya dan telah memulakan sesi latihan penuh pagi semalam. Berita ini sudah tentunya sangat melegakan bagi kem Arsenal terutamanya Wenger, Denmark dan peminat Bendtner kerana Bos arsenal, Wenger dilihat agak ketandusan untuk membuat pilihan di bahagian serangan apabila hanya memiliki Chamakh dan Vela sahaja yang cukup cergas untuk merangka percaturan di awal musim ini selepas kehilangan Robin van Persie dan Theo Walcott masing-masing juga akibat kecederaan buku lali. Jadi kehadiran Bendtner pasti dapat mempelbagaikan corak serangan Arsenal terutamanya faktor ketinggian dan tubuh besar yang dimiliki Bentdner yang juga dikenali Big B.

Bendtner dipetk ketika mengulas mengenai status kecergasan dirinya berkata:

I’m pretty excited and I can not say anything other than that it goes really, really good because I’m going to the club and will now train on a level playing field with the others for the first time.

Now I’m ready and it is a great day for me today. Some of the boys have off because of internationals, but otherwise I will train together with the other first team players at Arsenal and I’ve enjoyed myself so much to this day.

Bendtner juga menambah dia tidak lagi merasa sakit di pangkal pahanya dalam sesi latihan pertama kalinya selepas lama beristirehat panjang:

I have no pain in the groin and has trained so hard physical training, maybe I’m in my best shape ever. Now, just built it last football on, and then I am combative – first with a couple of reserve team matches to be quite sharp, football terms, and so is my hope that I can be with the first team in 14 days.

Friday, October 1, 2010

Injury News | Fabregas 50-50


Arsene Wenger telah mendedahkan Cesc Fabregas berkemungkinan tidak sesuai untuk dikerahkan untuk pertembungan klasik Arsenal dengan Chelsea pada hari Ahad ini.

Kapitan muda Gunners Fabregas telah mula diistirehatkan akibat kecederaan hamstring selama hampir dua minggu dan khidmatnya tidak akan digunapakai bagi mewakili skuad Sepanyol untuk kelayakan Kejohanan Eropah ketika melawan Scotland dan Lithuania. - Bagus sangat ni! Sepanyol pakai lah pemain-pemain Barcelona Boocelona tu? Kasi lanyak dorang sampai injed...huhuh!

Pakej 2 dalam 1: Kerjasama terjalin antara Cesc Fabregas dan Anton Ferdinand yang menzahirkan gol pembukaan 'menakjubkan' secara langsung memperolehi kecederaan hamstring sekaligus buat Fabregas ketika diikat 1-1 dengan Sunderland - lembut benar kakimu!

Ditanya tentang berkemungkinan Fabregas akan kembali mengemudi jentera tengah The Gunners pada minggu ini dalam kempen Barclays Premier League ke Stamford Bridge, pengurus Wenger mengatakan Arsenal TV Online:

"Saya tidak tahu.

"Ia kelihatan 50-50 tetapi menjuruns 50-50 ke sudut negatif saya akan. Saya akan memastikan semula situasinya pada sabtu pagi."

Eloklah! direstkan Fabregas tu betul-betul, tak payahlah ghairah sangat nak guna awal-awal, kang melarat, musim masih awal lagi ni! si Jack Wilshere tu pun ada, pakai jer la! budak ini pun lih diharap jugak...tapi, pemain Chelsea ni pulak semua king-kong...diketiskan je si Jack ni nanti mau melambung-lambung.....Adoi! Adoi! - Cemana aku nak berpikiran positif ni....huhuhu

Wednesday, September 8, 2010

Injury News | 1..2..3...Prakkk!!!

Arsenal mengesahkan bakal kehilangan Robin van Persie sehingga pertengahan bulan Oktober dengan kecederaan pergelangan kaki.

• Striker itu mengalami kecederaan ketika menentang Blackburn pada 28 Ogos lalu
• Samir Nasri akan meneruskan latihan penuh setelah pulih dari pembedahan
• Ramalan awal Fabio Capello, Theo Walcott tidak alami kecederaan serius

Habis semua nak injured, dah tu siapa pula yang nak main nie?? - DS@pencintaarsenalfc

Arsène Wenger telah menerima berita mengenai status kecederaan dengan perasaan bercampur-baur dengan Samir Nasri dilaporkan pulih dari operasi lutut, tetapi striker mudah injuredRobin van Persie dijadualkan akan terus direhatkan akibat masalah pergelangan kaki sehingga pertengahan Oktober.

Nasri dikatakan akan pulih lebih awal dari dijangkakan daripada kecederaan meniscal ketika menentang Liverpool pada perlawanan pembukaan musim Liga Premier. Pemain 23 tahun itu dijangka akan berehat selama satu bulan tetapi kini akan kembali ke latihan penuh dalam beberapa hari lagi.

Namun, kelegaan Wenger ke atas status Nasri tidak berpanjangan apabila hadir bersama berita bahawa kecederaan Van Persie adalah lebih buruk daripada yang imbasan awal. Striker Belanda itu, mengalami kecederaan pergelangan kakinya ketika menewaskan Blackburn Rovers pada 28 Ogos lalu dan tidak kembali sehingga pertengahan bulan depan. Menurut laporan sebelum ini, jangkaan awal menyatakan kecederaannya hanya akan mengambil masa sehingga 2 minggu sahaja untuk pulih tetapi selepas melakukan imbasan selanjutnya ia berlanjutan ke 6 minggu. Untuk membuat keadaan menjadi lebih ngeri dan seram, Nicklas Bendtner juga akan terus berada dalam pusat pemulihan akhlak dengan masalah kecederaan pahanya.

Adehh...Takde apa-apalah, cuma ada rasa pedih-pedih skit macam mencucuk lak!!!!, kata Walcott pada tukang tolak troli

Khabaran terbaru mungkin bakal menambah episod penuh luka buat Bos Arsenal mengenai tahap kecederaan bintang mudanya Theo Walcott.

Menurut kenyataan awal dari Fabio Capello, ia percaya kecederaan pergelangan kaki Theo Walcott tidak serius.

Pemain Arsenal itu hanya sempat beraksi selama 13 minit sebelum digantikan Adam Johnson, ketika England menang 3-1 ke atas Switzerland pada hari Selasa.

Walcott dikatakan terus dibawa ke hospital selepas insiden itu, namun laporan awal x-ray menunjukkan ia tidak mengalami masalah patah-riuk, walau bagaimanapun tahap kerosakan pada ligamen-nya masih belum dapat dipastikan.

Namun, Capello yang mempunyai kepakaran perubatan mengisyaratkan bahawa kecederaan itu tidak serius, ia dipetik berkata:

"It's a little problem or not so big problem,"

Friday, August 20, 2010

Transfer Rumours + Injury News | Sewajah Warna, Nasib Berbeda Frimpong & Simpson


huh! kan dah kata, baru lepas aku tanyakan, siapakah yang bakal cedera selepas Samir Nasri selepas perlawanan Blackpool, rupanya time training lagi dah cedera seorang lagi pemain Arsenal...Aduyaiii!

Arsenal terus cemerlang dengan rentetan rekod kecederaan yang melanda pemainnya, khabaran yang melaporkan Emmanuel Frimpong akan terkeluar sebelum sempat memperagakan aksinya di awal musim ini selepas robek ligamen lututnya yang diterimanya semasa latihan bersama pasukan simpanan Arsenal di Dublin ketika mengadakan perlawanan ramah-tamah yang merangkumi Shamrock Rover dan skuad simpanan Manchester United.

Berita ini disahkan Arsenal dan Wenger hanya sehari selepas pemain sayap Arsenal Samir Nasri diumumkan akan berehat selama 1 bulan selepas menjalani pembedahan kecil pada lutut mudah rabak yang juga akibat kecederaan.

Anak muda remaja Emmanuel Frimpong ini juga telah membantu skuad Arsenal Bawah 18 tahun memenangi gelaran Premier Academy League musim lepas, beliau telah mencuri tumpuan selepas diberikan kesempatan bersama rakan sebayanya Jack Wilshere beraksi di bahagian tengah dalam tiga perlawanan pra-musim yang melibatkan AC Milan, Celtic and Legia Warsaw.

Bos Arsenal Arsene Wenger pastinya terkesan dengan hal ini selepas memasang hajat untuk memberikan Frimpong lebih banyak peluang beraksi.

Bercakap kepada Arsenal TV Online, Wenger dipetik berkata:
"We have had another blow with Emmanuel Frimpong.

"He has done his cruciate in training. That is a massive blow.

"A cartilage is three to four weeks, but a cruciate like that one Frimpong did is six to nine months.

"I rate him highly and I still have a lot of faith in him, but we will miss him for six to nine months."

Wenger menambah, yang beliau juga kagum dengan aksi yang ditonjolkan bintang muda berusia 18 tahun itu ketika kempen Emirates Cup.

"Frimpong has done really well,"

"He is a bit less of a dribbler, but he is a fighter and he is a winner.

"Here you have a boy who can choose between England and Ghana, so if I was in your place I would have no hesitation and invite him very quickly to play for England.

"I think he will have a big future."
Berita lain, Arsenal semakin jelas menampakkan ia sebagai Pusat Pemborong MyDin dengan terus menjana pendapatan dengan menjual anak kapalnya, tidak dipastikan berapa jumlah keuntungan jualan yang diperolehi atau Jay diberikan secara free sempena Ramadahan, berita yang baru diterima dan telah didedahkan Arsenal.com, Striker Jay Simpson secara sah telah menandatangani kontrak bersama Hull City seterusnya menamatkan hubungan 'cintanya' yang panjang dengan The Gunners selepas mula bersama semenjak di Akademi Arsenal ketika berusia 9 tahun.

Untuk rekod, Jay banyak diberikan kesempatan menimba pengalaman berharga dari hasil ketika beliau dipinjamkan dalam tempoh tiga musim terakhir. Musim lalu dia telah memberikan impak bersama QPR dengan lapan gol dari 15 perlawanan yang dilaluinya. Pada 2007/08, Jay menghabiskan kempen dengan Millwall dan dianugerahkan 'Player of the Year' bagi League One. selain di West Bromwich Albion pada musim 2008/09.

Pastinya PenCinta Arsenal mengharapkan Jay akan beroleh kerjaya yang terbaik di masa depannya.

Wednesday, August 18, 2010

Injury News | Samir Nasir Laung Cukupkan Arse'Injury'al Team


Arsenal terus dirundang malang dengan masalah kecederaan pemainnya yang tidak bernoktah, dan yang terbaru pemain tengah antarabangsa Perancis, Samir Nasir pula akan 'ketuk pintu' pusat rawatan Arsenal bagi memenuhkan senarai pemain Arsenal yang cedera. Samir Nasri dilaporkan mengalami masalah kecederaan lutut dan akan melupakan aksi dipadang selama 1 bulan.

Sumber Arsenal dipetik mengeluarkan kenyataan:
"Arsenal midfielder Samir Nasri will undergo minor surgery on his knee following a meniscal injury sustained during the match against Liverpool on Sunday. Nasri, who has been in impressive form, will be out of action for a month."

Samir Nasri dijangka bakal terlepas lima perlawanan berikutnya; dengan berita kecederaan terbaru ini ia akan menambahkan lagi magrain untuk bos Arsene Wenger yang sudah pun kehilangan beberapa tonggak pemain tengah Alex song, Denilson dan Aaron Ramsey akibat kecederaan, sementara kecergasan semasa kaptain, Cesc Fabregas yang beransur pulih selepas direhatkan ketika menentang Liverpool tempoh hari pasti melegakan Wenger dan Pencinta Arsenal, kapten Arsenal itu dijangkakan cukup cergas dan mungkin bakal diturunkan di Emirates ketika menanti kunjungan Blackpool.

Minggu depan lepas lawan Blackpool, Siapa pulak cedera? Teka....Teka....

Friday, November 20, 2009

Injury News | Denilson, Traoré & Vela Beri Khabar Gembira


Buruk...Buruk...Buruk! - Akhirnya sebelum sepak mula pada sabtu ini, muncul berita baik untuk kem Arsenal apabila Bos Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Denilson, Armand Traoré dan Carlos Vela adalah benar-benar fit dan boleh digunapakai untuk permainan hujung minggu ini di Sunderland.

The Gunners yang secara sahnya kehilangan Robin van Persie dan Kieran Gibbs akibat kecederaan dalam perlawanan antarabangsa, sekarang sedang menanti kedudukan terkini tahap kesihatan bagi Andrey Arshavin pula, Arshavin akan kembali selepas menempuh satu episod duka-nestapa apabila gagal membantu Rusia untuk layak ke Piala Dunia di Afrika nanti.

Wenger yang ditemubual menyatakan:-

"We have no news yet on Andrey Arshavin.

Theo Walcott (knee) is short for the weekend and so is Jack Wilshere (ankle).

But Denilson is available and in the squad for the weekend game. Traore and Vela are both fit and available.


Fabianski is available too. Bendtner (groin) is out for three more weeks and Diaby (calf) has a little chance for Chelsea."

Related Posts with Thumbnails