Showing posts with label Group Stage. Show all posts
Showing posts with label Group Stage. Show all posts

Friday, August 27, 2010

Champions League News | Tak Juara Tak Boleh Lah


Aku tidak memilih untuk menonton secara live pengundian bagi Champion League, Letih lah!. Tapi dalam kes apapun, Arsenal telah diundi dan diletakkan dalam Kumpulan H musim ini, seperti mana tahun sebelumnya.

Dari Pot 2, Arsenal telah diundi bertemu juara Ukraine Shakhtar Donetsk, ia juga merupakan pasukan dimana Arsenal melepaskan Eduardo bulan lepas dengan yuran perpindahan sebanyak £6 juta. caranya masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya setiap pasukan dari setiap pot akan menempuh perjalanan antara satu sama lain (timbal balik), Pastinya, Eduardo akan melangkah kaki kembali ke Emirates (hari sebelum Arsenal menentang Chelsea di Stamford Bridge.

Shakhtar Donetsk merupakan sesatu pasukan yang pernah ditemui Arsenal dalam peringkat kumpulan di Champion League 2000-01. Arsenal menang 3-2 di Highbury, namun tewas 3-0 di Ukraine.

Shakhtar Donetsk juga pernah mengecap kegemilangan dengan memenangi Piala UEFA (sekarang dikenali UEFA Europa League) pada tahun 2009.



Dari Pot 3, Arsenal telah diundi bertemu Sporting Braga dari Portugal, sebuah pasukan yang digelar "The Arsenalists" kerana jersi hampir mirip gaya untuk jalur The Gunners '. Braga layak selepas mengalahkan Sevilla dari Sepanyol dalam perlawanan mendebarkan dengan agrerat 5-3. Braga merupakan naib juara liga di Portugal musim lalu di belakang juara Benfica. Arsenal akan bermain Braga pada pertengahan bulan Oktober dan awal November. Ini juga merupakan penyertaan kancah pertama Braga ke babak penyisihan peringkat kumpulan.

Untuk rekod, Arsenal pernah menghadapi persaingan dari kelab Portugal pada tahun lalu Champion League, dengan menumbangkan FC Porto dengan agregat 6-2 dalam Pusingan 16, dimana Bendtner berjaya melakukan hat trick.



Dari Pot 4, Arsenal diundi bertemu dengan juara Serbia Partizan Belgrade. Partizan telah selamat melalui ranjau panjang selepas menempuh tiga babak kelayakan untuk maju ke babak penyisihan peringkat kumpulan ini. Pada babak kualifikasi kedua, Partizan menang dengan agregat 4-1 ke atas juara Armenia Pyunik. Pada babak kualifikasi ketiga, mereka menumbangkan kelab dari Findland HJK Helsinki dengan agregat 5-1, dan di babak play-off memastikan tempat ke babak penyisihan peringkat kumpulan selepas membenam juara Belgium Anderlecht melalui sepakan penalti. Arsenal akan membuka kempen Champion League di Belgrade pada pertengahan September,
selepas itu menjadi tuan rumah kepada Partizan pada akhir November.

Tidak dilupakan jiran kita yang bercakap besar sebelum undi dengan mencanangkan mampu mara lebih jauh berbanding Arsenal dalam Kempen sulung mereka di Champion League ini, mari kita semua lihat kemaraan Tottenham itu...mereka telah diundi bersama Juara bertahan Inter Milan, Werder Bremen, dan kelab dari Belanda FC Twente dalam kumpulan mereka....huhuhu! Simpati plak! huhu! (Jauhi Takbur!)

Berikut adalah keputusan penuh setiap kumpulan 2010-11 UEFA Champions League:

Friday, August 28, 2009

UCL : Kumpulan H | Arsenal, AZ Alkmaar, Olympiakos, Standard Liege


Undian 2009-10 UEFA Champions League telah selesai di adakan di Monaco, Keputusannya Arsenal telah digolongkan dalam Kumpulan H bersama dengan AZ Alkmaar, Olympiakos & Standard Liege. Di atas kertas, Arsenal kelihatan unggul dan dijangka memiliki kelebihan dari pelbagai segi untuk mendominasi kumpulan H ini tanpa masalah, tetapi walaubagaimanapun, Arsenal tetap perlu berwaspada dan jangan terlalu 'over-confident'.

Arsenal’s Chief Executive Officer, Gazidis yang berada di Monaco ketika pengundian dijalankan, telah memberitahu Arsenal.coml:-

“We feel confident in our team and our ability to progress to the Knockout Stage,”

Sedikit info mengenai pasukan pesaing Arsenal yang menghuni kumpulan H:

AZ Alkmaar
Ini adalah merupakan penyertaan kali pertama AZ Alkmaar di dalam kancah Champions League Group Stage. AZ Alkmaar hadir dengan reputasi selaku juara Belanda musim lepas.
Rekod pertemuan dengan Arsenal:
Aug 2006 : Arsenal (3-0) AZ Alkmaar (Pre-season Friendly)

Olympiacos FC
Juara dari Greece adalah muka lama yang kerap kali layak dalam Champions League Group Stage. Untuk layak ke peringkat ini Olympiacos FC telah menumpaskan FC Sheriff dengan aggregat 3-0 ketika pusingan Play-Off.
Rekod pertemuan dengan Arsenal: Tiada


Standard Liege
Juara dari Belgium ini juga tampil di Champions League Group Stage untuk kali pertama
Rekod pertemuan dengan Arsenal:
Nov 1993 : Standard Liege (0-7) Arsenal
Oct 1993 : Arsenal (3-0) Standard Liege

Berikut adalah keputusan penuh setiap kumpulan 2009-10 UEFA Champions League:

Kumpulan A: Bayern Munich, Juventus, Bordeaux, Maccabi Haifa.
Kumpulan B: Manchester United, CSKA Moscow, Besiktas, Wolfsburg.
Kumpulan C: AC Milan, Real Madrid, Marseille, FC Zurich
Kumpulan D: Chelsea, Porto, Atletico Madrid, APOEL Nicosia
Kumpulan E: Liverpool, Lyon, Fiorentina, Debreceni
Kumpulan F: Barcelona, Inter Milan, Dynamo Kiev, Rubin Kazan
Kumpulan G: Sevilla, Rangers, Stuttgart, Unirea Urziceni
Kumpulan H: Arsenal, AZ Alkmaar, Olympiakos, Standard Liege

Related Posts with Thumbnails