Showing posts with label Laurent Koscielny. Show all posts
Showing posts with label Laurent Koscielny. Show all posts

Friday, February 4, 2011

International News | Laurent Koscielny terima panggilan pertama skuad kebangsaaan Perancis



Apa-apa pun aku bukanlah pencinta tegar team Perancis, tetapi memandangkan hal ini ada kena mengena dengan Arsenal aku layankan jer!

Penjaring gol kemenangan ketika menentang Everton tempoh hari, Laurent Koscielny menerima berita gembira selepas pelatih team kebangsaan Perancis, Luarent Blanc dengan rasminya mengumumkan skuad yang akan tampil untuk melayani Brazil di perlawanan persahabatan pada 9 Februari nanti. Dalam senarai tersebut, tidak ada nama Patrice Evra, tetapi muncul nama baru yang mengisi slot pertahanan skuad Les Bleus itu ialah bek tengah Arsenal, Laurent Koscielny

Blanc tidak dapat menyenaraikan nama Evra atas sebab dia kini sedang menjalani hukuman pergantungan lima perlawanan antarabangsa dari Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF) setelah terlibat dalam mogok latihan di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan lalu.

Koscielny yang dibawa ke Emirates dari Lorient musim ini, sering menjadi pilihan tetap Wenger dalam musim pertamanya selepas kecederaan yang menimpa Vermaelen. Beliau yang sememang menyimpan hasrat dan impian yang tinggi untuk menyarung jersi kebangsaan Perancis. Dengan bermain dengan Arsenal, dia yakin peluang itu akan terlaksana.

Berikut adalah kenyataan yang dipetik pada ogos lalu mengenai impiannya untuk bermain dalam pasukan Perancis:-

'When you play for such a big club as Arsenal, it helps you to reach the international level quicker.

'I don't want to lose a chance of playing for France. That is my priority. I want to play in the French national team.'

Dengan ini, bek berusia 24 tahun itu akan menurut jejak rakan Arsenal yang lain Bacary Sagna, Gael Clichy dan Abou Diaby. Kalau ada peluang bermain, janganlah sampai injed plak!

Berikut susunan pemain Perancis:

Penjaga gol: Hugo Lloris (Olympique Lyonnais), Steve Mandanda (Olympique Marseille), Cedric Carrasso (Girondins Bordeaux)

Pertahanan: Anthony Reveillere (Olympique Lyonnais), Gael Clichy (Arsenal), Philippe Mexes (AS Roma), Adil Rami (Lille OSC), Mamadou Sakho (Paris St Germain), Bacary Sagna (Arsenal), Eric Abidal (Barcelona), Laurent Koscielny (Arsenal)

Pemain Tengah: Alou Diarra (Girondins Bordeaux), Abou Diaby (Arsenal), Yohan Cabaye (Lille OSC), Yoann Gourcuff (Lyon), Yann M'Vila (Stade Rennes), Blaise Matuidi (St Etienne)

Penyerang: Karim Benzema (Real Madrid), Kevin Gameiro (Lorient), Guillaume Hoarau (Paris St Germain), Florent Malouda (Chelsea)
sumber: FFF

Monday, December 6, 2010

Injury News | Bek Tengah Arsenal Parah?

Akhirnya muncul juga kenyataan terbaru dari mulut Arsene Wenger mengenai bek kentalnya Thomas Vermaelen ke pangkuan pasukan utama apabila beliau mengesahkan yang Vemaelen dijangka akan akan membuat kemunculan paling tidak pun sehingga tahun baru.

Bek antarabangsa Belgium ini telah menderita akibat kecederaan Achilles sejak awal September ketika bermain mewakili Belgium dalam kelayakan Euro 2012 menentang Turki.

Berkenaan situasi kecederaan yang dialami Koscielny ketika perlawanan menentang Fulham, Pasukan Perubatan Arsenal mengesahkan Koscielny dijangka akan terlepas perlawanan sehingga tiga minggu, Ini bermakna bahagian bek tengah Arsenal ketika ini amat tenat berbanding bahagian lain apabila Wenger hanya mempunyai 2 pilihan pemain senior yang tinggal antara Squillaci dan Johan Djourou.

Mengenai Vermaelen, bos Arsenal Arsene Wenger dipetik berkata kepada laman rasmi Arsenal:

"Vermaelen is in a [protective] boot,".

"We want him back and I hope he will be back soon, but not before January."
Related Posts with Thumbnails