Sunday, October 31, 2010

Match Report | SonGOL

Arsenal 1 : 0 West Ham United
Alex Song ('88) : -
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: Mike Jones



Match Report | Arsenal vs West Ham, English Premier League

Tandukan minit ke-88 ALEX SONG menjadi pemisah membawa tiga mata berharga sekaligus membenamkan West Ham terdampar di dasar liga - setelah Rob Green mencabar Arsenal dengan mempamerkan tidak kurang empat aksi menyelamat hebat.

Menarik sungguh, sejak tiga perlawanan terakhir Arsenal menjaringkan gol pada minit ke-88, bermula kemenangan ke atas Manchester City hasil jaringan Bendtner, diikuti perlawanan menentang Newcastle hasil jaringan Walcott dan malam semalam menentang West Ham dari Song.

Jika tidak kerana ketangkasan yang di pamerkan Rob Green; Arsenal pasti memperolehi jumlah jaringan yang lebih selesa, antaranya cubaan dari Fabregas pada minit ke-23 selepas berlaku kombinasi menarik yang dijelmakan Song dan Sagna sebelum dilepaskan kepada Fabregas, sepakan deras Fabregas tepat menemui gawang tetapi Green ternyata lebih pantas bertindak balas.

Green terus bertindak cemerlang menyangkal sepakan jarak dekat Song dan kemudian menyelamatkan tandukan kebelakang Squillaci yang berpunca dari sepakan sudut Nasri. Arsenal terus kempunan memecah kebuntuan jaringan sehinggalah tamat babak pertama. West Ham pula semakin konfiden dengan permainan mereka dan cuba mencari gol dengan beberapa cubaan serangan balas, tetapi benteng Arsenal kekal berdisplin menyekat. Dengan Fabianski dilihat semakin jelas tingkat keyakinan diri dari arahan-arahan yang diberikan kepada benteng pertahanan. - Teruskan Fabianski! Arsenal kini mengekalkan rekod bersih tidak bolos dalam tiga perlawanan terakhir! - Green pula pastinya berharap dengan prestasi yang ditonjolkan mampu membuka mata Fabio Capello supaya tersenarai dalam skuad kasta rendah England.

Namun tembok kebal Green akhirnya berjaya dirobohkan dengan hanya berbaki dua minit sebelum perlawanan bakal ditamatkan, Song meluru pantas menanduk hantaran silang dari Gael Clichy.

Jadi kemenangan ini menunjukkan bahawa kita dengan jelas berada pada landasan yang tepat. Walaupun kita tidak menampilkan permainan terbaik kita malam semalam tetapi kemenangan itu lebih penting. Kita masih dianggap calon favorite hari ini walaupun tidak disokong oleh jaringan gol, Dengan musuh terdekat seperti Chelsea dan MU telah memenangi perlawanan masing-masing mereka. Maka sebiji dari Song itu sangat tinggi nilainya.

Dominasi Arsenal: Gambaran perbandingan sasaran ke arah gol antara Arsenal dan West Ham


Sementara Wenger ketika ditanyakan wartawan mengenai prestasi Song berkata:

"Song is amazing, he has added something to his game - he came as a centre back, becomes a defensive midfielder and now he's playing like a striker,"

Dengan kembalinya Jack 'Boy' Wilshere selepas selesai menjalani tiga pergantungan, barisan tengah Arsenal kini dilihat cukup mantap dengan dibarisi Cesc, Nasri, Arshavin, Rosicky, Song, Denilson yang semua bebas dari sebarang kecederaan. Dengan Ramsey pula semakin hampir untuk cergas selepas lama berehat panjang akibat patah kaki, tapi pastinya ia perlukan masa untuk mengembalikan ke prestasi asal!

Sementara itu khabar kecederaan mula kedengaran selepas perlawanan menentang West Ham melibat Fabregas, tapi tiada berita sahih mengenai situasi kecederaan sebenar setakat ini, menurut Wenger Fabregas cukup cergas untuk pertembungan di Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk. Tapi kalau pada pandangan aku, Fabregas tidak perlu dipaksa sangat untuk diturunkan pada perlawanan tersebut kerana kita masih memiliki barisan back-up yang cukup baik untuk memberikan tiga mata ketika berkunjung menentang Eduardo dan rakan-rakannya di Ukraine. Tak berbaloi untuk Fabregas tercedera pada perlawanan 03 November itu.

Enjoy! Sedutan video game semalam...

0 comments:

Related Posts with Thumbnails