Monday, March 28, 2011

Video | Shaqueel van Persie : Arsenal Future




Shaqueel van Persie ketika melalui masa bersama ayahandanya, Robin van Persie - nampaknya van Perise cuba memupuk minat awal anaknya terhadap dunia bola sepak!
Semasa sesi training skuad Belanda (27 March 2011)

Boring giler time Internetional break ini!

Sunday, March 27, 2011

Video | Arsenal : "We Down But Not Out"



“Either we heal now as a team, or we will die as individuals”

"When you lose, I am a loser. When you fight, I am a fighter. When you win, I am a winner. When you and I work together, we are a team."

Mampu atau tidak Arsenal untuk menamatkan kegagalan meraih kejuaraan utama dalam tempoh 6 tahun sebelumnya? Semua terserah kepada pemain-pemain yang beraksi untuk skuad Arsenal kali ni. Sejauh mana keazaman mereka untuk menjulang Kejuaraan EPL yang merupakan sesatunya kejuaraan yang masih terhidang di depan mata.

Namun, kali ini dengan turun naik persembahan bukan hanya dari skuad Arsenal kita, juga pada skuad lawan yang lain.

Selepas mencapai tahap setakat ini, analisis di atas kertas kertas saja tidak boleh di ambil kira, semuanya bergantung pada permainan di atas padang. Dalam setiap tempoh 90 minit untuk baki 11 perlawanan yang tinggal, Itulah yang akan menentukan nasib pasukan kita. Apa yang diharapkan adalah semua pemain yang beraksi menunjukkan aksi paling menarik mereka berserta semangat mahu menang yang kuat dan keazaman yang tinggi.

Selamat berjuang The Gunners dan semoga kejayaan mengiringi kita. Go! Gunners

"Kegagalan dan kekecewaan Arsenal selama ini adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai PenCinta Tegar Arsenal. tetapi sesudah tiba musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur."

Saturday, March 26, 2011

Video Goals | Robin van Persie assist & goal vs Hungary (25 March 2011)

Robin van Persie terus menjalankan kerjanya yang mengagumkan di persada antarabangsa setelah mencetak gol dan melakukan assist ketika menyarung jersi kebangsaan skuad Belanda ketika menang 0-4 atas Hungary.

Kemenangan yang diraih Belanda kini meletakkan mereka terus kekal mengungguli Kumpulan E di kelayakan 2012 European Championship yang diletakkan bersama-sama dengan Hungary, Sweden, Moldova, Finland dan San Marino.

van Persie nyata tidak selfish apabila membantu pemain tengah Liverpool Dirt Kuyt di minit 53, walaupun beliau mampu untuk meletakkan bola ke dalam jaring ketika hanya berhadapan keeper Hungary, Gabor Kiraly. Namun reseki beliau untuk mencipta nama tetap ada, selepas menutup tirai gol Belanda pada minit ke-61.



Friday, March 25, 2011

International Break News | Kapten Aaron 'Rambo' Ramsey



Aaron 'Rambo' Ramsey menerima penghormatan tertinggi dari kerajaan Wales apabila diberikan kugiran lengan (armband - Google Translate) pada perlawanan menentang England pada hari Sabtu ini. Congrats, Rambo!

Wednesday, March 23, 2011

Injury News | Djourou Beri Khabar Positif



Dalam kesuraman kita setelah dipaksa berkeputusan seri 2-2 ketika menentang West Brom tempohari, sementara saingan utama untuk kejuaraan Liga EPL kita musim ini, Manchester United pula mengutip tiga mata sekaligus menjarakkan jurang kepada lima mata. Jelas bahagian bawah kita nampak longgar dengan masalah kecederaan.

Tapi bukan segala-galanya sudah berakhir! Arsenal telah menerima khabar positif, apabila bek tengah tempat bergantung harap, Johan Djourou dikatakan mampu untuk kembali sebelum berakhir saingan musim ini selepas mengalami masalah kecederaan di bahunya.

Djourou yang menempah kecederaan pada babak kedua ketika tumpas 2-0 ke atas Man Utd di Old Trafford pada saingan Piala FA lalu. Awalnya diberitakan 'takde harapan' dan dikhuatiri akan terlepas aksi pada keseluruhan baki musim ini.

Nampaknya selepas di baikpulih dari kecederaan berpanjangan musim lalu, kini Djourou dilihat beberapa kali musim ini pantas pulih dari kecederaan yang dialaminya. Ini secara tidak langsung ada kena-mengena dengan unit fisio Arsenal yang melakukan tugas dengan baik. Mungkin DNA kerbau balau telah diberikan pada Djourou. Tahniah! Pastinya kita harapkan perkara yang sama juga boleh diperlakukan pada Thomas Vermaelen.

Hal ini juga disahkan dalam laman sesawang Arsenal.com dengan kenyataan yang mengatakan Johan tidak memerlukan econstructive surgery dan harus mampu kembali ke latihan dalam tempoh 4 minggu lagi.

Wednesday, March 16, 2011

Happy Birthday | Speedy Theo

Moga cepat recovery!
We miss you and your pace on pitch!

Tsunami Jepun | Mesej Ryo Miyaichi



Bakal bintang yang mungkin menyinar suatu hari kalau takde aral melintang yang menghalang, yang kini sedang menabur bakti secara pinjaman di kelab Feyenoord.

Ryo Miyaichi telah memperagakan mesej di t-shirtnya ketika meraikan golnya di minit-minit terakhir ketika melawan NAC Breda hari Ahad lalu, mesej yang bertulis tangan dalam bahasa Jepun bermaksud "Saya berharap bahawa banyak orang mungkin mampu diselamatkan."

Ryo juga diberi keizinan untuk memakai 'black armband' sebagai tanda ingatannya terhadap mangsa korban bencana. Menurut pelatih Feyenoord Mario Been:

"Mereka dalam pasukan juga mahu menunjukkan sokongan kepada Ryo dan semua pemain dibenarkan memakai black armband tersebut."

Tambahnya lagi, Ryo telah jelas sedih oleh bencana yang berlaku di Jepun itu. Mujurlah, keluarganya tidak terlibat dalam bahaya tersebut, tetapi apa yang terjadi jelas mempengaruhinya. Kami akan terus melakukan segala daya untuk membantunya melalui "
Related Posts with Thumbnails