Tuesday, July 27, 2010

Transfer Rumours | Sol 'Pengantin Baru' Campbell menuju Newcastle?


Beberapa sumber terkini 'hangat-hangat tahi ayam' menyatakan hari ini bahawa bek tengah Sol Campbell sedang menjalani ujian perubatan dengan The Magpies.

Sol Campbell dikatakan masih termangu-mangu mempertimbangkan pilihannya untuk musim depan, kontraknya di Arsenal sudah pun luput pada tarikh 30 dan dia masih belum menandatangani kontrak baru, ini bererti ia bebas untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana kelab yang diingininya.

Campbell dikhabarkan sedang 'rambang mata' setelah dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Celtic, Sunderland dan terkini Newcastle, tapi tampaknya kemungkinan besar ia akan menandatangani untuk Arsenal bagi tempoh semusim lagi.

Jika Campbell melepasi ujian perubatan dengan baik maka akan bertambah mudahlah pemain berusia 35 tahun ini dan kelab dapat mencapai kesepakatan, dan berkemungkinan kesepakatan itu dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Jika Campbell bertindak sebaliknya dan mengambil keputusan menandatangani bersama Newcastle United, ia akan meninggalkan Arsenal dan Arsene Wenger mengalami kekurangan satu slot kosong dibahagian pertahanan. Seandainya ini benar-benar berlaku Arsenal perlu bersedia dengan plan lain untuk mengisi slot yang ditinggalkan Campbell dengan segera bagi menempuh musim baru nanti.

0 comments:

Related Posts with Thumbnails