Wednesday, December 2, 2009

Rumours | Perlukah Tok Wenger Pecah Tabung


Bos ARSENAL Arsene Wenger terus dikaitkan dengan tingkap pemindahan pemain yang bakal dibuka januari nanti, Satu gerak cubaan untuk merisik pengempur baru mula hangat diperkatakan apabila kecederaan tempoh panjang menimpa Robin van Persie.

Kehilangan Robin van Persie dijangka dalam sekitar lima bulan adalah satu tamparan hebat buat kem Arsenal, ditambah malukan apa melihatkan skuad muda 'The Gunnners' ditembak malu pada Ahad lepas dengan 3-0 kepada Chelsea. Dengan kini 11 mata ketinggalan di belakang Chelsea yang menerajui takhta liga, walaupun Arsenal berkelebihan dengan satu permainan dalam tangan, Wenger perlu bingkas memutar pala hotaknya yang dia perlukan untuk segera memperkukuhkan jentera serangannya walaupun merujuk pada rekod, ternyata Arsenal kelihatan baik pada posisi berkenaan berdasarkan kepada jumlah jaringan gol dan cubaan ke arah gol pihak lawan.

Wenger yang jelas sebelum ini dikhabarkan sangat memuja-muja si Marouane Chamakh dan menyedari ketika itu sukar untuk memujuk Bordeaux untuk melepasnya ke Arsenal.

Chamakh dikhabarkan juga berharap untuk meninggalkan kelab dari Perancis dalam musim panas ini dengan kontraknya bakal berakhir pada akhir musim ini.

Wenger perlu dengan segera dan jelas untuk membuat satu keputusan penting terhadap sasarannya Januari ini.

Sekiranya Chamakh menjadi pilihan, dia tidak akan layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara kerana sudah beraksi atas tiket Bordeaux tetapi itu tidak memustahilkan 'The Professor' menandatanginya seperti apa yang dilakukan ketika membawa masuk Andrei Arshavin januari lepas.

Antara sasaran-sasaran pengempur lain yang digembar-gembur dan dikaitkan untuk dibawa masuk ke Arsenal januari ini termasuklah penyerang dari FC Toulouse iaitu Andre-Pierre Gignac dan Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.

Walau bagaimanapun, Orang tua 'Wenger' ini mempunyai tindakan yang sentiasa berhati-hati dalam menilai opsyen-opsyennya sebelum mengambil keputusan untuk terjun dalam pasaran pembelian pemain.

Monday, November 30, 2009

Match Report | Chelsea Pulun Arsenal

Arsenal 0 : 3 Chelsea
- : Didier Drogba ('41), Thomas Vermaelen (og '45), Didier Drogba ('86)
Venue: Emirates Stadium, England
Referee: A Marriner


Orang-orang tua ada berpesan "Layanlah pihak yang bertandang ke rumah dengan sebaik mungkin, dan hormatilah orang-orang yang lebih berusia" Nampaknya anak-anak muda 'The Gunners' ini berpegang utuh terhadap pesan tersebut. huhuhu!

Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad, 29 November, 2009 - Arsenal yang berperanan selaku tuan rumah menyambut rombongan kedatangan Chelsea untuk satu perhitungan terpenting dan terhebat setakat ini bagi musim 2009-10 ini. Perhitungan ini jugalah akan menjadi tanda aras! Adakah Chelsea berupaya melanjutkan penguasaan mereka mengengam erat takhta liga atau mampukah Arsenal menyekat kemaraan Chelsea dan mendekatkan jurang mata? Semalam jawapannya telah terungkai! Mengecewakan, Memilukan, Membengkekkan, Arsenal tiada jawapan untuk menyekat kemaraan anak buah Carlo Ancelotti' buat masa ini...

Tapi dengan kata azimat - "In Arsene We Trust" aku terus redha...Aduyaiiii....

Berikut dilapirkan sedikit sorotan video perlawanan berkenaan.



Chelsea pulun Arsenal 3-0

Perlawanan yang dianggap 'hebat dan sengit' bakal dipertontonkan pada awalnya dan menjadi perhatian fan kedua-dua kelab berkenaan mahupun fan-fan EPL.Ternyata meleset-melecit! Dengan permulaan yang agak lembab dan penuh berhati-hati ditampilkan kedua pasukan sebelum kedua-dua pasukan beransur-ansur menyesuaikan diri dengan suasana perlawanan. Di 10 minit awal perlawanan berlangsung, Stadium Emirates diselubungim suasana yang riuh-rendah dari penonton yang membanjiri stadium dengan kedua pasukan seimbang mendapat peluang masing-masing tetapi gagal untuk diterjemahkan dengan jaringan.

Setalah masuk minit ke 41, semua serba menjadi buat pasukan pelawat! Pemain yang digelarkan 'Kerbau Chelsea' Didier Drogba telah mengamamkan ribuan fan-fan Arsenal apabila Drogba menjaringkan gol pertama untuk pasukan pelawat dan selepas itu Chelsea tidak lagi menoleh ke belakang dan selang beberapa minit ia disusuli satu gol sendiri oleh Varmaelen bagi menjadikan Chelsea selesa melangkah keluar pada kedudukan 2-0 dalam separuh masa pertama.

Ini juga merupakan perlawanan kedua Arsenal dalam EPL dimana anak buah Arsene Wenger gagal untuk menjaringkan sebarang gol. Jelas kelihatan Arsenal tampak tumpul di bahagian pengempur walaupun Eduardo dan Vela diberikan peluang memperagakan aksi. Kehilangan Robin van Persie mula dirasai, dan 'The Professor' perlu memikirkan sesuatu yang rasional untuk kembali mencabar
dalam EPL.

Drogba seperti tidak dapat dihalang lagi apabila terus menganas dan memperagakan penguasaannya dengan mengukuhkan kemenangan Chelsea dengan satu lagi gol pada minit ke-86. Ia merupakan satu kemenangan sangat besar untuk Chelsea yang secara langsung akan memperkukuhkan terus mereka merajai takhta Premiership dan mendekatkan kepada impian mereka untuk mengucup tropi EPL untuk musim ini.

Mengulas mengenai kedudukan terkini 'The Gunners' ditangga ke-4 liga dan ketinggalan 11 mata kepada The Blues, 'The Professor' dipetik berkata:-

"I do not think it is over.

"We are fighters and we have to show that in the next game.


"We are still in a very strong position. Chelsea can drop points, I am convinced of that."

Berikut dilampirkan juga sorotan video ketika Arsene Wenger ditemubual BBC Sport

Wednesday, November 25, 2009

Match Report | Standard Liege Dikorban

Arsenal 2 : 0 Standard Liege
Samir Nasri (35'), Denilson (46') : -
Venue: Emirates Stadium, England
Referee: Konrad Plautz



Arsenal menyambut kedatangan Standard Liege pada Selasa, 24 November, 2009 ke teratak Emirates dalam pertembungan Liga Juara-Juara UEFA dengan satu misi untuk mencari slot tiket awal ke peringkat kalah mati. Gunners dengan rekod 4-1-0 dan mengumpul 13 mata berjaya mengetuk pintu ke slot 16 pasukan dengan AZ ALKMAAR satu-satunya kelab yang berjaya mencuri satu mata dan menafikan kemenangan Arsenal.

Standard Liege sangat terdesak untuk meneruskan saki baki perjuangan dalam Liga Juara-Juara UEFA perlu menang dalam perlawanan di Emirates! Walaubagaimana pun Standard Liege masih berpeluang dalam perlawanan terakhir mereka selepas Olympiakos terpaksa selepas seri tanpa gol di AZ ALKMAAR.Dengan mengumpul 4 mata setakat ini, Standard Liege mengharapkan perlawanan terakhir mereka mampu menewaskan AZ ALKMAAR, dan Olympiakos tumbang ditangan Arsenal yang sudah mengesahkan tiket ke peringkat seterusnya.

Di sini dilampirkan sedikit sorotan video perlawanan tersebut.



Dalam press conference, Bos Arsenal itu dipetik mengulas:-

"In this group we were favourites and we just did the job,"

"There are two competitions in the Champions League - one is a championship and one is a cup and now we move into the latter.

"That is much different psychologically and every minute becomes important."

Dan menambah, mengenai Denilson yang baru membuat comeback selepas berehat akibat kecederaan:-

"It was typically Brazilian, a floater, I think maybe they have shorter ankles or something that enables them to hit the ball higher on the laces,"

Dalam perlawanan pagi semalam, Arsenal jelas-jelas menguasai separuh pertama dan usaha itu memang berbaloi-baloi, apabila satu gol minit yang ke-35 tiba hasil daripada Samir Nasri. The Gunners kelihatan tidak terkesan selepas dipaksa kecewa dalam EPL pada hujung minggu lalu. Walaupun, Standard Liege mencuba mewujudkan saingan dan sikap melawan dan beroleh beberapa peluang tetapi ia tidak cukup untuk menandingi 'drama tarian' yang dicipta Arsenal sepanjang perlawanan.

Sejurus sebelum akhir separuh pertama, anak buah Arsene Wenger terus menambah kukuhkan hak tiga mata mutlak untuk Arsenal dengan 2-0 hasil gol daripada Denilson. Standard Liege tenggelam dengan hanya mempu melancar satu 'shot on target' dalam keseluruhan perlawanan dan hanya menguasai bola 27% sahaja.

Tuesday, November 24, 2009

Pre-Match | Arsenal Harus Tunjukkan Standard Sebenar

Perlawanan Liga Juara-Juara menentang Standard Liege awal pagi esok bakal menjadi fokus dan pengubat luka untuk Arsenal dan fan-fan susah-mati Arsenal setelah bungkus ditangan Sunderland hasil sesatu gol dari Darren Bent.

Luka berdarah ketika kehilangan mata ketika bertemu dengan Sunderland perlu dilupakan segara dan tidak perlu diratapi. Pertemuan dengan Standard Liege! Arsenal perlu sekurang-kurang mencacatkan keputusan seri bagi menjamin laluan ke 16 tempat terakhir untuk perlawanan kalah mati di Liga Juara-Juara UEFA selanjutnya ini bakal menjadikan Arsenal layak ke pusingan tersebut bagi musim kesepuluh berturut-turut. Tapi Arsenal turun bukanlah untuk mendapatkan keputusan seri, tetapi perlu memenangi perlawanan tersebut demi memastikan Arsenal akan mengungguli liga kumpulan H seterusnya menceriakan kembali fan-fan susah-mati Arsenal yang sedang berduka lara.

Di pihak Standard Liege, mereka tahu hanya dengan kemenangan di The Emirates sahaja mampu membuka peluang untuk mereka bersaingan bersama Olympicos untuk merebut kedudukan tempat kedua dalam kumpulan.


Pertemuan Lalu
Pelawanan pertama yang berlangsung di Stade Maurice Dufrasne pada 16 September lalu jelas menunjukkan bahawa Arsene Wenger dan anak buahnya jangan mudah memandang 'enteng' semangat melawan yang ada pada pasukan ini, apabila Standard Liege keluar penuh yakin mendahului Arsenal 2 - 0 pada satu ketika hasil jaringan Eliaquim Mangala dan Jovanovi. Sebelum Arsenal bangkit menterbalikkan kedudukan melalui jaringan Nicklas Bendtner disusuli 13 minit kemudian dari Thomas Vermaelen untuk gol penyamaan, sebelum Eduardo menceriakan Arsenal dengan gol kemenangan.

Berikut komen kedua pengendali mengenai pertembungan yang bakal berlangsung

Arsène Wenger, Arsenal

We have a good opportunity this week to qualify for the next round and to win the group. It is important to finish top as you could have a disadvantage in the draw by finishing second. Beating Standard would be the perfect way to respond after the disappointing result at the weekend. How you react to defeat is how you judge a big team. The mood is currently one of disappointment that we lost a game we didn’t expect to lose, but we have to remember that Sunderland had one shot on target and scored one goal. When you watch tapes of Standard you think, ‘We should beat them,’ but they have shown they are a team that has the capacity to raise their game. They did that against us, they did it against Olympiacos and they did it against Alkmaar. They are a team that are always well-focused.

László Bölöni, Standard Liege

It is always a great feeling to come to England and play in a football temple such as this one. We are all very happy to play here and it would be nice to be happy when we leave the stadium as well. Standard have played well in England before and we hope to continue that. After what we did against Liverpool, Everton and even Arsenal [a 3-2 defeat] in the first game, I think Arsenal will have a good word for us and show us respect. Unfortunately, I have to leave Jovanović out. He has struggled with injury since the first match against Arsenal, he has not trained properly and he returned from international duty injured. Against Gent [on Saturday] he played almost on one leg. I like the simple way Arsenal play and I greatly admire Arsène Wenger. We must do more than just fight. It is not easy to wage war without the ball. We will be organised and do our utmost to play to our strengths. Our team is very young but I don’t think they will be overawed by playing in front of a big crowd in such a big stadium.

Kecederaan di Kem Arsenal
Kieran Gibbs dikhabarkan sudah pulih selepas mengalami kecederaan buku lali kanannya ketika mewakili England Under-21s minggu lepas, dan berkemungkin bakal mengisi semula posisi bek kiri yang ditinggalkan ke A. Troerei. Penjaga gol 'cemas lagi gelabah' Lukasz Fabianski dikhabarkan juga hampir kembali dari belenggu kecederaan lututnya, tetapi Abou Diaby (calf) dan Johan Djourou (knee) akan terus kekal memerap di unit rawatan.

Pengempur Arsenal
Dengan kedua pengempur yang digemari Arsene Wenger, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner masih dalam proses pemulihan, dan Eduardo kelihatan agak kurang 'uhmmmp' dan tidak berapa menjadi pada pertemuan dengan Sunderland, Satu kejutan dari buah tangan Arsene Wenger mungkin ada! Carlos Vela berkemungkinan akan diberi peluang beraksi pada permainan ini. Ini berdasarkan ketika Arsene Wenger menyentuh sedikit mengenai Carlos Vela pada sidang akhbar:-

“We have invested a lot of time for him because we put him in Spain for two years, got him back and now we work with him every day. I believe he is a Robbie Fowler-type. He needs very little time to make a decision in the box. He is relaxed when he finishes and he has very short back-lift. He is left-footed and he is a similar size.”

Sekiranya berlaku, pilihan yang mungkin ada pada Arsene Wenger, kita mungkin akan diperlihatkan Vela dipasangkan bersama Eduardo untuk mengempur dan memporqak-perandakan kubu Standard Liege ataupun meletakkan Vela didepan secara tunggal sambil dibantu Arshavin di belakangnya.

Barisan kemungkinan yang dijangka bakal diturunkan:-

-------------Almunia-------------
---Sagna----Vermaelen----Gallas----Gibbs---
-------------Song-------------
---------Febregas---------Denilson---------
---------Nasri---------Arshavin---------
-------------Vela-------------

Ramalan DS: The Gunners sewajib-wajibnya mendapat mata dan sepatut-patutnya memenangi perlawanan ini. Kemenangan Arsenal 3-0.

Friday, November 20, 2009

Injury News | Denilson, Traoré & Vela Beri Khabar Gembira


Buruk...Buruk...Buruk! - Akhirnya sebelum sepak mula pada sabtu ini, muncul berita baik untuk kem Arsenal apabila Bos Arsenal, Arsene Wenger mengesahkan yang Denilson, Armand Traoré dan Carlos Vela adalah benar-benar fit dan boleh digunapakai untuk permainan hujung minggu ini di Sunderland.

The Gunners yang secara sahnya kehilangan Robin van Persie dan Kieran Gibbs akibat kecederaan dalam perlawanan antarabangsa, sekarang sedang menanti kedudukan terkini tahap kesihatan bagi Andrey Arshavin pula, Arshavin akan kembali selepas menempuh satu episod duka-nestapa apabila gagal membantu Rusia untuk layak ke Piala Dunia di Afrika nanti.

Wenger yang ditemubual menyatakan:-

"We have no news yet on Andrey Arshavin.

Theo Walcott (knee) is short for the weekend and so is Jack Wilshere (ankle).

But Denilson is available and in the squad for the weekend game. Traore and Vela are both fit and available.


Fabianski is available too. Bendtner (groin) is out for three more weeks and Diaby (calf) has a little chance for Chelsea."

Berita | Bos Arsenal Arsene Wenger 'Genius' - Steve Bruce


Bos Sunderland Bruce dan anak buahnya bakal menyambut kedatangan Gunners ke Stadium Light pada hari Sabtu ini untuk menyambung semula kemeriahan perlawanan Liga Perdana setelah terhenti disebabkan perlawanan antarabangsa.

Pasukan yang dikenali 'The Black Cats' itu berharap dapat meneruskan rekod cemerlang mereka digelanggang sendiri, yang buat waktu ini hanya tewas sekali sepanjang musim ini.

Tetapi anak buah Wenger kelihatan sangat berbahaya di depan gol apabila sudah mencetak 36 gol sepanjang 11 perlawanan liga setakat ini.

Bruce dipetik berkata:

"I get on well with Arsene and, of all the managers, he's probably helped me the most.

"He helped me get promoted with Birmingham by giving me three players on loan in one season — Nicklas Bendtner, Fabrice Muamba and Sebastian Larsson — and I'll always be grateful for that.


"They were arguably my three best players that season, so they had a massive influence on getting the club up.

"Arsenal are an exceptionally young, gifted team and the fella in charge is bordering on a genius.


"He's produced team after team, sold player after player and yet always managed to find other players to take their place.


"He's quite an incredible manager and, with his current crop of players, the future looks very, very healthy indeed for Arsenal."

Thursday, November 19, 2009

Injury News | Senyum Ada Makna - Robin van Persie

Senyuman mungkin satu petunjuk untuk kerja yang bagus.

Disebelah adalah gambar eksklusif dari Sportsmail ketika Robin van Persie meninggalkan klinik di Belgrade di mana dia telah selesai membuat rawatan kontroversi menggunakan placenta.

Nampak sihat: Penyerang Arsenal Robin van Persie kelihatan sangat gembira meninggalkan klinik di Belgrade selepas rawatan itu.

Menurut sumber, beberapa pemain terkini yang tergesa-gesa ingin mencuba kaedah rawatan dari suri rumah berbangsa Balkan, Mariana Kovacevic adalah pemain Liverpool Glen Johnson manakala rakan sepasukannya di Anfield Fabio Aurelio juga dikatakan akan menurut serta. Ini semakin dikuatkan oleh sumber yang menyatakan kecederaan otot paha koyak yang dideritai oleh pemain sayap Liverpool Albert Riera telah sudah bertambah baik selepas rawatan itu..

International Match | King Henry Assist 'by Hand', Gallas Score 'by Head'

Satu gol kontroversi pada masa tambahan oleh pemain pertahanan Arsenal yang penuh emosi, William Gallas menghantar Perancis untuk layak ke Piala Dunia di Afrika tahun depan dengan agregat 2 - 1 dalam perlawanan play-off ke atas Ireland.

Dibawah adalah sedutan video dari Youtube:-



Wednesday, November 18, 2009

Injury News | Kieran Gibbs Tersampuk Sumpahan Juga


Dah berjangkit-jangkit pula, selepas Bendtner cedera dengan groin problem, menjelma Robin van Persie dengan kecederaan ankle dan sekarang Kieran Gibbs 'jeles' teringin berehat juga selepas tercedera semasa terlibat dengan tugasan antarabangsa.

Pemain berpaksikan bek kiri ini cedera semasa menyarung jersi skuad England bawah 21 tahun dalam pertembungan dengan rakan sebaya dari Lithuania semalam. Gibbs dikhabarkan hanya mampu beraksi kira-kira 21 minit sahaja sebelum memberi isyarat tidak mampu meneruskan aksinya, Stuart Pearce dengan bingkas mengantikan dengan Ryan Bertrand.

Baru sedang mencongak-congit siapa yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan Robin van Persie, kini Arsene Wenger bakal gugur rambut memikirkan siapa pula yang akan mengalas tanggungjawab yang ditinggalkan Gibbs, Pilihan yang ada ditangan Arsene Wenger adalah Silvestre, Senderos, Traore dan Eboue? Rasanya berkemungkinan besar Silvestre yang bakal diberikan kepercayaan untuk mengisi posisi bek kiri diatas faktor pengalaman luasnya walaupun tidak dia tidaklah sepantas dulu akibat faktor usia. - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

Tuesday, November 17, 2009

Rumours | Philippe Senderos Minta Cerai


Dengan peluang yang 'segan-segan' dan hanya diberikan kesempatan beraksi di Carling Cup sahaja, Itu jelas tidak cukup memadai untuk Philippe Senderos untuk terus kekal di Arsenal. Pemain pertahanan Arsenal berbangsa Switzerland itu tidak menikmati impiannya untuk bermain secara lebih meluas di dalam kesebelasan utama pilihan Arsene Wenger, Jelas Bos Arsenal itu, sering memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap Thomas Vermaelen dan William Gallas yang telah membentuk gandingan pertahanan tengah yang hebat.

Philippe Senderos yang dipinjamkan musim lepas ke AC Milan, dikatakan bersedia untuk melangkah keluar ke kelab baru dan menjadikan jendela perpindahan Januari ini sebagai masa yang tempat untuknya mencari 'angin perubahan' yang baru.

Senderos dipetik berkata kepada Sunday Mirror:

I need to seek a solution as I’m not playing for Arsenal. A change of clubs in the winter is an option – I am keeping all doors open. This is a difficult time.

Sebenarnya adanya Philippe Senderos ini di dalam barisan Arsenal boleh dikatakan penting, Arsene Wenger perlukan 'back up' yang mampu untuk mengisi kekosongan seandainya sesuatu yang tidak diingini berlaku seperti kecederaan yang panjang berlaku pada salah seorang dari pertahanan tengah Arsenal samada Thomas Vermaelen dan William Gallas. Kerana Arsenal akan melalui satu musim yang panjang. Adakah Arsene Wenger merelakan pemergian Philippe Senderos dan apa pulak tindakan 'Orang tua' ini? Hanya Arsene Wenger yang tahu! - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)


Monday, November 16, 2009

Rumours | Barcelona Kian Kemaruk

Barcelona yang kian terdesak untuk memeterai satu perjanjian dengan Arsenal untuk merekrut semula Cesc Fabregas untuk musim panas depan ke Barcelona, dan menawarkan duo pasangan yang mengiurkan sebagai pertukaran perjanjian yang melibatkan Yaya Toure dan Bojan Krkic.

Semenjak Joan Laporta yang mula mengambil alih tampok pemerintahan Barcelona pada 2003, supremo Nou Camp tidak putus-putus menganggu ketenteraman kem Arsenal dengan hal-hal yang menjengkelkan dengan pelbagai langkah untuk menjerat Gunners bagi mereka menandatangani semula Fabregas yang lahir daripada sistem belia Barcelona.

Walaupun Arsenal telah menolak mentah-mentah dengan pelbagai pendekatan, tetapi kelab dari Sepanyol ini semacam 'tuli' dan terus berusaha termasuklah dengan usaha terbaru ini.

Yaya Toure dan Bojan Krkic, kedua pasangan yang ditawarkan ini jelas dilihat kurang peluang mereka di musim ini memperagakan aksi berbanding bintang-bintang lain. Dimana pemain tengah Ivory Coast perlu bersaing sengit untuk merebut tempat dengan Seydou Keita, manakala Bojan dilihatnya sering dibayangi Pedro dan Jeffren Suarez yang lebih mendapat perhatian dan keutaamaan dalam kesebelasan skuad Pep Guardiola.

Menurut akhbar tempatan Sepanyol, El Mundo Deportivo, Arsenal Wenger dikhabarkan bersungguh-sungguh menilai kedua pasangan dan sangat berminat untuk membawa kedua-dua pemain itu ke Emirates.

Pandangan aku terhadap Arsene Wenger, Tok Wenger perlu mengeluarkan satu kenyataan balas yang boleh membuat pihak Barcelona panas punggung, dengan menyatakan secara jelas, sekiranya Cesc Fabregas yang mereka mahukan, pertukarannya ada Lionel Messi. Kita buat seperti apa yang Inter Milan lakukan apabila menyatakan keinginan untuk melamar bintang mereka itu, Biar kasi mengelupur tapir, Bengkek lak aku tengok asik menganggu 'rumah tangga' orang jer kerjenya - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

Sunday, November 15, 2009

International Match | Vermalean & Eduardo Temui Sentuhan Gol


Pemain pertahanan Arsenal Thomas Vermaelen mencatat satu gol ketika Belgium membenam Hungary 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.

Berikut selitan gol dari Thomas Vermaelen pada minit ke-55 yang merupakan gol ke-2 Belgium:-



Dengan berita kurang enak dari RvP, Eduardo pula mencerikan kem Arsenal dengan menjaringkan 2 gol pada minit ke-24 dan 47 dan khabarnya bebas dari kecederaan ketika perlawanan persahabatan antarabangsa dimana Croatia membelasah Liechtenstein 5-0.

Berikut sedikit highlights perlawanan tersebut:-

Injury News | Sumpahan Antarabangsa - Robin van Persie


Itu dia sumpahan antarabangsa? Aku ini memang tidak gemar waktu international break ni? Sumpahan tersebut kali ini telah terpalit sekali lagi untuk Robin Van Persie, apabila RvP yang terlibat dalam perlawanan antarabangsa dengan Itali hanya mampu beraksi lebih kurang 10 minit sahaja sebelum digantikan Hunterlaar semalam.

Setakat ini kecederaan yang dialami dalam keadaan tidak jelas dan perlu melakukan imbasan x-ray, menurut sumber awal ia merupakan kecederaan melibatkan 'ankle ligament', tetapi ianya kelihatan seperti sesuatu yang hampir buruk yang boleh menyebabkan RvP tidak mampu untuk beraksi di dalam jangka masa 2-3 bulan.

Ini sudah tentu akan mengusarkan Bos Arsenal, Arsene Wenger seperti yang sering beliau risaukan ketika anak buahnya melaksanakan tanggungjawab 'pertiwi', di ketika Arsenal perlu mengekalkan lajakan dan momentum di Liga Perdana, dengan bakal membuat pertembungan mendatang yang penting dengan Chelsea, hal ini mungkin menjejaskan sedikit sebanyak percaturan Arsene Wenger untuk melayan Chelsea tanpa kehadiran RVP.

Kadang kala aku rasakan eloklah RvP dan memana pemain Arsenal yang dikelaskaan dalam kategori 'berkaki kaca' ini ada sikap fobia naik kapal terbang macam lejen Arsenal, Dennis Bergkamp, Jadi tidaklah dia merayau jauh-jauh kalau ada perlawanan antarabangsa...huhuh! - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

Dengan Bendtner sudah disahkan akan berehat sekurang-kurangnya satu bulan atau lebih, Jadi siapakah yang harus dan layak mengepalai barisan pengempur Arsenal selepas ini?, Dengan deretan pemaian-pemain muda yang serba boleh dan bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab, kita perlukan pilihan yang tepat, jawapan mungkin Eduardo. Yang aku rasakan Eduardo perlu lebih pantas mencari 'aura pemusnahnya' dengan segera yang sedikit hilang kerana sejak tragedi 'dive' itu dia semacam slow dan segan-segan skit nak score?

Berikut adalah kenyataan dari Bos Belanda Bert van Marwijk:

“The first diagnosis is that Robin has a bad ankle injury. The seriousness of it we won’t know until we have the full X-rays in hospital. “It’s terrible for Robin and is not good for Holland or his club.”

Dibawah video ihsan dari youtube, saat Robin Van Persie rancak melarikan bola ketika mengetuai serangan Belanda sebelum ditackle lumat pemain pertahanan Itali Giorgio Chiellini seterusnya selamba meninggalkan Van Persie mengerang kesakitan dalam penderitaan.

Saturday, November 14, 2009

Rumours | Fran Merida Tidak Mahu Pergi Ke Mana-Mana


Selepas tersebar khabar-khabar angin pemindahan mengaitkan bintang muda Arsenal akan melangkah keluar dan tempat yang bakal dituju adalah ke Atletico Madrid, pemain itu dipetik sebagai berkata oleh Marca bahawa dia adalah komited sepenuhnya kepada Arsenal.

Pemain tengah berusia 19 tahun itu, yang menjaringkan satu gol cantik menarik dalam kemenangan Arsenal ke atas Liverpool dalam Carling Cup yang lalu, berkata:
"I am committed to Arsenal and I am only thinking of playing there,”

“I feel I am improving every day and the manager is now involving me more in first team training."

Rumours | Sagna - "Setiaku Disini"


Menurut sumber-sumber, kelab Real Madrid dan Juventus menunjukkan keinginan yang tinggi kerana mengidamkan Bacary Sagna setelah melihatkan ketangkasannya, rambut mengurainya yang mengiurkan dan otot-otot pepejalnya yang dipamerkan bek kanan ketika menyarung jersi Arsenal.

Sumber juga mengatakan, Bacary Sagna tidak terliur sedikit pun dengan berita itu dan telah menolak mentah-mentah kedua-dua tawaran kelab. Tidak ada niat di hati kecilnya untuk tergolong menjadi salah satu dari sebahagian Galacticos gelombang kedua impian Florentino Perez .

Sumber-sumber itu berkata juga yang walaupun Juventus adalah kelab yang bagus, tetapi Sagna tidak berminat dalam meninggalkan Arsenal kerana sudah mnetapkan pendirian yang satu, dimana tujuannya adalah untuk memenangi kejuaraan dan kegemilangan dengan Arsenal.

Sumber-sumber itu menambah bahawa Real Madrid ada bertanya dan merisik untuk melamarnya, tetapi masih dianggap sebagai satu perjanjian mustahil kerana Sagna tidak akan meninggalkan Arsenal.

Sejarahnya, Bacary Sagna didatang daripada Ligue 1 Auxerre pada 2007 untuk nilai £6 juta. Bos Arsenal Arsene Wenger membeli dia dari situ dan Sagna telah cepat menonjolkan dirinya sebagai pilihan pertama bek kanan Arsenal.

Berikut adalah kenyataan dari Sagna:-

"These comments are not accurate and I'm not aware of any speculation linking me to another club. I am 100 per cent committed to Arsenal.

"We have a great squad of players at the club and I know that we can achieve something together at Arsenal, my focus is nowhere else."


Monday, November 9, 2009

Match Report | Wolves Tersembam Lebam

Wolverhampton Wanderers 1 : 4 Arsenal
Joey Craddock (89') : Ronald Zubar (own goal, 28'), Jody Craddock (own goal, 35'), Cesc Fábregas (45'), Andrei Arshavin (66')
Venue: Molineux Stadium, England
Referee: Steve Bennett



ARSENE WENGER tersenyum lebar ke telinga sejak 2-3 minggu ni - tapi sudah tentu di bulan November yang mendatang ini bakal serba sedikit mengusarkan beliau.

Secara kebiasaannya Bos Arsenal ini sangat bencikan pada bulan ke-11 ini tapi sayangkan anak buahnya berjersi 11, kerana pada waktu ini pemain-pemain akan banyak dikerah dengan jadual yang men'giler' dengan bermacam komitmen antarabangsa, Liga Juara-juara yang mempu mengigit-gugat kesihatan pemain-pemain, kecederaan adalah paling ditakutinya, al-maklumlah anak darah muda Arsenal ini semuanya berkaki bak kaca, Jadi kalau sekali kena asakan dari lawan, cederanya bisa membuatkan berbulan-bulan istirehatnya.

Setakat di awal bulan November, anak buah Arsene Wenger sudah menghentam empat gol ke atas Az Alkmaar pada minggu lepas dan kini menghentam empat lagi ke atas Wolves dan menambah keceriaan di bulan menyambut Halloween dengan menghentam tiga pada Spurs pada pertemuan sebelumnya. Yang secara total merakamkan 11 hentaman dalam masa lapan hari.

Kapten darah muda, Cesc Fabregas terus menyinar dan diangkat sebagai Man of the Match.

Selepas permainan, Pihak lawan terus menghaburkan kata-kata pujian, menurut pemain tengah antarabangsa Wales, dari tim Wolves David Edwards meletakkan Arsenal dari perspektifnya, apabila mengakui:-
"I've played international games and that's by far the best team I've ever played against." Arsenal better than Germany then. And that's official!

Dan Edwards terus menambah lagi:

"They pass and move the ball so well and I am sure the spectators at Molineux won't see a better team here this season."

Semuanya adalah serba sempurna terjadi dalam kem Arsenal, setelah mencetak 36 gol dalam 11 permainan setakat ini, Pasukan yang sedia ada ini dijangka akan bakal menurut jejak barisan penuh gemilang di era Thierry Henry pada enam tahun lalu. Satu tempoh yang sudah agak lama untuk dimemorikan.

Bintang berbangsa Sepanyol, Cesc Fabregas berkata:

"There will be a time when we cannot score goals and everyone will say we are crazy. We have to be ready because one day it will not happen like that. "It is in that moment where we have to be strong. "The scoreline flattered us. We had two cheeky goals at the beginning but credit to them because I think they were a top team and they made it very difficult for us."

Gol Cesc Fabregas semalam menjadikan himpunan gol peribadi kesembilannya musim ini. Dan Cesc sempat menambah:

"Because I am scoring it looks like I am playing better, but I don't look at it like this. Maybe in other years I was getting in the same position but I wasn't scoring. "I don't think I was at my best against Wolves but because I scored a goal it looks different. I know how to measure my performance and what I have to improve on." As for netting 100 goals in a Premier League season?

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Molineux itu, menampilkan bukanlah keupayaan yang sebenar dari Arsenal walaupun kalau di rujuk pada jumlah jaringan yang terhasil, Semangat pasukan tuan rumah kendalian Mick McCarthy bermula dengan memberikan sedikit tekanan ala suam-suam kuku ke atas Arsenal, Tiba-tiba ia mulai pudar dan kusam selepas minit ke-28, dimana Arsenal sudah berada di depan hasil ihsan gol sendiri pemain Wolves Ronald Zubar, sebelum ia ditambah dengan gol ke-2 sendiri juga dari pemain lawan melalui Jody Craddock berpunca dari kebijaksaan bak sang kancil Eduardo, terus meletakkan anak buah Arsene Wenger girang gembira di babak pertama,

Cesc Fabregas terus menambah penderitaan kepada tuan rumah, apabila merembat simple ke kanan gol melepasi jangkauan Wayne Hennessey dan membuatkan pasukan tuan rumah melangkah layu gemalai keluar untuk 45 minit awal permainan. Gol ketiga Arsenal itu berpunca dari gerakan awal dari bawah oleh Sagna sebelum melambung ke Robin van Persie, seterusnya RvP bijak melakukan sedikit sentuhan indah ke Cesc Fabregas yang menjadikan gol tersebut terhasil.

Masuk babak kedua, Arsenal mula selesa dengan menguasai permainan, Hasilnya dari satu percubaan Arshavin ke arah gol tuan rumah, tapi ia telah berjaya diketis Wayne Hennessey lalu bola keluar dan memberikan sepakan sudut berpihak untuk Arsenal, berpunca sepakan sudut tersebut, bola yang di tolak keluar Wayne Hennessey tapi ia bukan pilihan yang tepat untuk dilakukan apabila Arshavin muncul merebut dan melakukan rembatan kencang ke arah gol lalu menzahirkan gol untuk memberikan keselesaan pada Arsenal dengan mendahului 4 gol di tempat lawan, tapi seperti satu kebiasaan atau memang suratannya, pihak lawan musti berjaya mencuri gol di saat-saat akhir, kali ini Jody Craddock berjaya mencuri gol saguhati itu pada minit ke-89.

Kesebelasan utama Arsenal ketika bertemu Wolves:-
Manuel Almunia, Bacary Sagna, William Gallas, Thomas Vermaelen, Kieran Gibbs, Aaron Ramsey,Abou Diaby, Andrei Arshavin, Cesc Fabregas(C), Eduardo, Robin van Persie.

Saturday, October 31, 2009

QF Carling Cup | The Gunners vs Tim Emmanuel 'mulut longkang' Adebayor

Perlawanan-perlawanan Carling Cup suku akhir akan berlangsung bermula 30 November.

Manchester City yang berjaya menitik Arsenal 4-2 dalam keadaan kontroversial terdahulu di awal musim ini, akan sekali lagi menemukan Emmanuel 'mulut longkang' Adebayor dengan bekas rakan sepasukan dari The Gunners .

Jadi kali ini aku tak sabar ingin lihat pulak apa respon 'The Gunners' terhadap Adebayor 'si mulut longkang' ini pada perlawanan nanti. Ayuh!

Berikut jadual penuh perlawanan Suku Akhir Carling Cup:-

Blackburn v Chelsea

Manchester City v Arsenal

Manchester United v Tottenham

Portsmouth v Aston Villa

Pre-Match | Arsenal v Tottenham Hotspur

"Orang bila 1st time dapat merasa duduk lepak kat kerusi empok big 4, Dah terperasan hebat pulak, dah ada skit kerek...Tak hingat pulak ini baru jer awal musim lagi" sesuai sangat buat Spurs ini.

Dengan Arsenal berkedudukan tangga ke-3 manakala Tottenham Hotspur di kedudukan ke-4 di awal musim ini dalam Liga Perdana, pertembungan antara kedua pasukan ini di Emirates Stadium dijangka akan mendapat perhatian dari peminat-peminat EPL diseluruh dunia pada hari ini.

Kedua-dua pihak yang terikat pada 19 mata dalam carta Liga Perdana dengan Arsenal hanya berkelebihan jumlah jaringan dan pasukan yang memenangi perlawanan ini bakal boleh bergerak bertengek di tangga kedua dalam liga mendahului Manchester United, (buat sementara waktu kerana perlawanan melibatkan Manchester United sedikit lewat), ditambah dengan satu kemenangan ini, anak buah Arsene Wenger masih berbaki satu perlawanan dalam tangan berbanding pesaing-pesaing lain.

Arsenal akan bermula hari ini tanpa penjaga gol Lukasz Fabianski, yang mengalami kecederaan dan dijangka tidak dapat beraksi untuk tempoh tiga minggu akibat kecederaan pangkal paha yang dialami ketika skuad The Gunners meraih kemenangan di Carling Cup menewaskan Liverpool dalam pertengahan minggu lepas, dan Manuel Almunia dijangka bakal mengambil posisi asalnya sebagai benteng terakhir Arsenal pada malam ini setelah lama diperam oleh Arsene Wenger.

Arsenal juga akan beraksi tanpa Tomas Rosicky dan Theo Walcott untuk perlawanan ini, tetapi pengempur-pengempur Arsenal seperti Eduardo, Robin van Persie dan Nicklas Bendtner adalah dalam keadaan fit untuk beraksi malam ini.

Di pihak Harry Redknapp; di jangkakan Spurs akan menurunkan pemain tengah mereka David Bentley, selepas kerap disisihkan untuk beraksi dalam perlawanan Liga Perdana sejak Januari, manakala mereka betandang ke Emirates juga tanpa kelibat Jermain Defoe, yang masih dalam tempoh pergantungan tiga perlawanan selepas mendapat kad merah ketika menentang Portsmouth.

Penyerang tinggi melampau Peter Crouch dijangka akan bertindak sebagai pegempur untuk Tottenham di samping Robbie Keane, manakala pemain sayap Aaron Lennon akan direhatkan selepas mengalami kecederaan buku lali.

Dibawah ini adalah rekod pertemuan kedua-dua pasukan yang menampakkan jurang jelas antara kedua pasukan? huhu! So! Harry Redknapp janganlah kerek sangat.

Predict Pencinta Arsenal FC : 2 - 0

Wednesday, October 28, 2009

Muda-mudi Arsenal, Sila Jalankan Tanggungjawab Anda


TEAM NEWS

Arsene Wenger dijangka pasti sekali lagi akan membariskan beberapa player muda-mudinya untuk Carling Cup.

Penampilan hebat Sanchez Watt, Gilles Sunu, Mark Randall dan Francis Coquelin, yang dipromotkan dalam pusingan ketiga, dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Liverpool juga mungkin akan turut serta membuat perubahan selepas menempa kemenangan mereka pada Manchester United pada hari Ahad lalu.

Pemain sayap Albert Riera masih tidak berkelayakan untuk bermain kerana kecederaan hamstring.

Sementera, ada berita gembira dari kem Liverpool dijangkakan pemain tengah berbangsa Itali Alberto Aquilani yang dibeli diawal musim dengan nilai harga £20million akan bakal membuat penampilan sulungnya di Emirates.

MATCH PREVIEW


Skuad muda-mudi Arsenal yang memperlihatkan kehebatan dalam pusingan sebelumnya ketika menentang West Brom dan kini akan berpeluang sekali lagi untuk menunjukkan potensi mereka kepada 'The Professor'.

Arsene Wenger yang kerapkali dilihat menggunakan Carling Cup bagi menilai prospek player muda-mudinya dan perlawanan ini mungkin dapat memberi satu petunjuk berapa baik sesetengah daripada mereka untuk mara dan berkembang menjadi player utama Arsenal di masa depan. Please! mintak-mintak janganlah lahir seorang lagi Diaby, lambat benar progressnya.

Liverpool, selepas menumbangakan Manchester United pada hari Ahad lepas, adalah kelab paling berjaya dalam sejarah League Cup dan merekodkan tujuh kejuaraan trofi.

Sejarah lampau jugak tidak menyebelahi Liverpool apabila telah diketuk daripada kejohanan League Cup dimana mereka telah ditunjukkan ‘Jalan keluar’ untuk lima musim berturut-turut, kekalahan ke atas Chelsea (dua kali), Arsenal, Tottenham dan Crystal Palace.

MATCH FACTS
Head-to-head


Liverpool tidak pernah kalah dan liat pula dalam tujuh pertemuan dengan Arsenal samada dalam Premier League mahupun Champions League. Sila lihat rekod pertemuan antara kedua pasukan seperti dibawah:-

2008/2009-----21 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 4 ) Arsenal-----Premier League
2008/2009-----21 Dec-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----08 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 2 ) Arsenal-----Champions League
2007/2008-----05 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----02 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Champions League
2007/2008-----28 Oct-----(H) Liverpool ( 1 - 1 ) Arsenal-----Premier League
2006/2007-----31 Mar-----(H) Liverpool ( 4 - 1 ) Arsenal-----Premiership


kemenangan terakhir yang digapai Arsenal pada Liverpool adalah 6-3 di Anfield dalam suku akhir League Cup yang berlangsung pada bulan Januari 2007.

Kem Arsenal


Arsenal, yang menjuarai trofi pada 1987 dan 1993, telah mencapai sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat lapan terakhir dalam enam musim berturut-turut.

The Gunners mempunyai rekod bersih lagi suci 100% di gelanggang sendiri musim ini, dengan memenangi kesemua tujuh perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium. Jadi! Takutilah! huhuhu...

Kem Liverpool

Liverpool dalam musim ini belum memenangi sebarang perlawanan ketika bertandang ke gelanggang lawan sejak kemenangan terakhir di Leeds dalam pusingan sebelumnya.

Liverpool juga belum mampu lagi meraih sebarang gol ditempat lawan sejak di Elland Road.

Predict aku: 2 - 1

Tuesday, October 27, 2009

Samir Nasri & Lukasz Fabianski Mahu Muncul

Nasri bakal membuat penampilan pertama untuk Arsenal permulaan musim ini

Pemain tengah berbangsa Perancis Samir Nasri yang telah cergas selepas pulih dari kecederaan dijangka akan turun untuk kesebelasan utama Arsenal dalam Carling Cup pada malam Rabu nanti ketika mereka menanti bertandangnya skuad Liverpool yang baru segar-bugar dari mimpi indah selepas menunduk malukan Manchester United tempoh hari.

Nasri yang baru pulih dari derita patah kaki semasa sesi latihan pra-musim pada Julai lepas, tetapi sudah mula diberikan kesempatan oleh 'The Professor' untuk berada dibangku simpanan pada Ahad lepas ketika Arsenal dipaksa untuk berkedudukan seri 2-2 dengan West Ham, Jadi! Nasri kini sudah pasti sangat merindui dan bersedia untuk melakukan kemunculan musim pertamanya.

Sementara, Penjaga gol Lukasz Fabianski juga boleh turut membuatkan kemunculan musim pertamanya rabu ini, sebagaimana dia mengharapkan tempatnya dalam kesebelasan utama Arsenal setelah pulih daripada kecederaan lutut. Berikut kata-kata nukilan beliau:-

"It has been a frustrating time for me because of the injury but it's gone now and I need to look forward to the future, I want to get back into the team, fighting for my place really hard".

"I want to show my quality and, hopefully, win a trophy with Arsenal. I can think about this now that I am completely fit, which is the main thing. I want it to stay that way."
Philippe Senderos dan Mikael Silvestre juga dijangka akan diturunkan di samping kalangan skuad muda-mudi seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Carlos Vela dan Fran Merida.

Wednesday, October 7, 2009

Berita Bundle | Sol Campbell, Patrick Viera & AdeBooWhoo...

Sol Mengintai Peluang Kembali ke Arsenal

Sol Campbell dilaporkan berhubung dengan bos Arsenal Arsene Wenger semalam yang berkira-kira untuk kembali ke Arsenal.

Campbell, 35, yang baru saja melangkah keluar dari Kelab League Two, Notts County akhir bulan selepas hanya menampilkan satu aksi permainan, walaupun sudah menandatangani kontrak perjanjian selama lima tahun untuk bayaran £40,000-per-week.

Pertahanan tengah itu bertemu Wenger semasa terlibat dalam satu kempen pelancaran pendidikan untuk orang Afrika di Emirates dan berbual mengenai hasratnya untuk menggunakan kemudahan-kemudahan yang ada di Emirates untuk mengekalkan fitnesnya

Bekas bintang England Campbell berkata:

"It will be great to train here and get fit.

"I've spoken to Arsene. Hopefully, we can speak to the right people and get a couple of the physios and fitness guys to help me train.

"My overall fitness is OK but something else may happen before then."

Walaubagaimanapun, Notts County masih mengesahkan yang Campbell masih terikat dengan kontraknya mengikut peraturan FIFA dan dia tidak boleh menyertai mana-mana kelab pada jendela perpindahan di bulan Januari nanti.

Tetapi Campbell membuat kenyataan balasnya:

"First of all, I've got to get out of the contract, people have to sign papers.

"There are lots of things that have to be tied up but I think everyone understands why.

"I just want to play football in the right way but everything has to be done in the proper way.

"There are ways of playing before January. I'm not going to elaborate but there are ways. Not very soon but there are ways."

Drogba mengalu-alukan Vieira
Chelsea percaya Lejen Arsenal yang dalam keadaan sugul sekarang adalah 'good signing'

Penyerang Chelsea Didier Drogba telah mendedahkan dia akan mengalu-alukan kehadiran legenda Arsenal Patrick Vieira di Stamford Bridge.

Ura-ura mengaitkan perpindahan Viera ke Chelsea semakin kuat selepas menyaksikan Viera yang berada melihat aksi anak buah Carlo Ancelotti ketika menumbangkan Liverpool 2-0, berbanding melihat aksi bekas kelabnya Arsenal yang berlangsung pada hari yang sama, Viera dilaporkan bakal diikat Carlo Ancelotti untuk jendela perpindahan pemain yang akan dibuka pada bulan Januari nanti bagi mempersiapkan 'back-up' selepas The Blues bakal kehilangan khidmat 2 pemain tengah iaitu John Obi Mikel dan Michael Essien yang akan beraksi di Angola untuk Kejohanan African Cup of Nations.


Nampaknya selepas melihatkan mutu permainan cantik dan memukau dari bekas teman sepasukan di Arsenal ketika meratah Blackburn Rovers tempoh hari, AdeBooWho mula bersuara lagi, mungkin agaknya terkilan, dengki, cemburu kerana tidak lagi berada dalam skuad 'penuh berseni' Arsenal itu, Dibawah pimpinan Mark Hughes tiadacorak mahupun taktikal yang menarik dalam permainan Man City, Ia boring, bosan dan tak menarik...Jadi, mula la cuba membeli jiwa Arsene Wenger, RvP dan fan-fan Arsenal la tu....huhuh
'Saya akan sentiasa salute Wenger' - AdeBooWhoo

Emmanuel Adebayor terus bersuara apabila secara terang-terangan mengatakan yang dia takde perasaan tidak baik ke bekas pengurusnya, dan memberitahu yang dia benar-benar tidak mempunyai alternatif selain meninggalkan Arsenal serta mengiktiraf bagaimana penting Arsene Wenger sepanjang membentuk kerjayanya.

Kenyataan AdeBooWhoo:

"He's a gentleman and gave me the opportunity to be where I am today."

"He's a coach that helped me a lot, who gave me a chance, who's always been there for me in the bad moments."

"He called me, consoled me, gave me good advice, told me what I had to do to become a great player. I can only thank him."

AdeBooWho kesal tindakannya ke atas Persie

Penyerang lupa diri, AdeBooWhoo sekali lagi bersuara, kali ini telah mengaku yang dia mengesali perilaku kurang cerdiknya terhadap bekas teman sepasukan Arsenal Robin van Persie akhir bulan lalu.

Penyerang antarabangsa Togo itu telah pun menerima akibatnya dengan penggantungan tiga perlawanan untuk terjahan kurang cerdiknya pada Van Persie, dan menerima bakal menerima satu lagi pergantungan berpunca tindakan kurang cerdiknya ke-2nya apabila meraikan jaringannya yang melebih-lebih di depan Arsenal.

AdeBooWho, kini mengakui bahawa dia adalah salah untuk berperilaku seperti itu terhadap Van Persie dan menegaskan dia tidak akan mengulangi perbuatan kurang cerdiknya itu..

Adebayor telah dipetik berkata kepada Evening Standard:

"It's one of the things that you can't do in football. That's for sure.

"It's true that if someone did that to me it would annoy and hurt me. I regret it, for sure."
Sementara Itu, AdeBooWho yang baru layak membuat kemunculan kembali selepas menjalani larangan pergantungannya hanya mampu membantu pasukannya seri ketika bertemu Aston Villa - sempat pula menceritakan perkara yang berlaku sebab dia meninggalkan Arsenal.

Katanya:
"I talked with the coach and he told me I was one of Arsenal's best-paid players, that the club was in the red, so maybe they wouldn't be able to pay me any more - it would be better for me to go.

"I asked him, 'Is it your choice or the club's?' He answered, 'It's everybody's choice, from the whole club'. I was pushed out!"
AdeBooWho menambah ceriteranya lagi:

"Everybody says Adebayor went for the money. I think a lot of people are wrong because Arsenal bought me for five or six million and they sold me three-and-a-half years later for £25million.

"So people should know that it's not me who wanted to leave for money, it's Arsenal that forced me to go."
AdeBooWho juga membangkitkan kembali ceritera tindakan bodohnya meraikan jaringan didepan fan-fan Arsenal ketika City memenangi 4-2 ke atas Arsenal, katanya:

"I think we are all human beings and there are things we can stand and others we can't. We all have limits. I'm lucky that my mother is still alive. I think I would never accept things being said and done regarding my mother.

"When I heard the fans singing and insulting my parents . . . I couldn't stand it. When I scored, I wanted to show them, 'You kicked me out of the club, now I've scored against you.' It was a response to what happened, but I did not in any way want to provoke them.

"My relationship with Arsenal has broken in two. I wanted to stay. It's true that I didn't score a lot of goals last season, but I was often injured."

Tuesday, October 6, 2009

Match Report | Blackburn Buat Open House

Arsenal 6 : 2 Blackburn Rovers
Vermaelen (16'), Robie van Persie (32'), Arshavin (36'), Walcott (74'), Bendtner (88') : N'Zonzi (3'), Dunn (29')
Venue: Emirates Stadium, England


Arsenal terus memukul gendang sambil megalunkan lenggok-lenggok tarian yang menghiburkan di pusingan ke-7 Liga Perdana ketika pertemuan dengan Blackburn Rovers setelah mulanya ketinggalan untuk 2 kali dengan defisit 1-0 dan kemudiannya 2-1, akhirnya meratah lumat dengan jaringan hebat 6-2 keatas pasukan pelawat itu.

Pemangkin kepada ketakjuban keputusan yang Arsenal perolehi itu, sedikit sebanyak disumbangkan oleh faktor permainan individu luar biasa yang "terbaekk dari ladang", daripada kapitan muda Arsenal Cesc Fàbregas, yang mengsupply kearah terhasilnya empat gol dan menghasilkan satu gol peribadi.

Sementara bintang Prolifik Arsenal, Thierry Henry telah diperkenalkan kepada penyokong-penyokong Arsenal sebelum perlawanan yang kehadirannya itu memang menghadirkan 'tonik ajaib' buat adik-adik di Arsenal menampilkan permainan menghiburkan untuk tontonan hari minggu buat bekas kapten pasukan itu. Kelihatan pemain Barcelona itu sangat terhibur dan sering 'bertepuk amai-amai' setiap kali jaringan dilakukan adik-adik Arsenal sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Paul Robinson punca bermulanya 8 jaringan keseluruhan yang terhasil di Emirates, setelah melakukan sepakan terus dari kawasan Blackburn langsung menuju kawasan penalti Arsenal dan Steven Nzonzi dengan mudah mengatasi Thomas Vermaelen bagi menghantar satu tandukan mengulung ke arah gol. Ternyata keeper muda berbangsa Itali, Vito Mannone tidak berdaya untuk mengetis bola yang melayar melalui ruang udara diatas kepalanya.

Gol pelawat itu pantas disambut Arsenal dengan segera apabila Cesc Fàbregas bijak melepasi perangkap offsaid hasil hantaran silang Andrei Arshavin dan Paul Robinson bernasib baik apabila cubaan Fabregas itu mengenai palang sebelum diselamatkan penjaga gol antarabangsa England itu.

Tiba untuk melakukan jaringan penyamaan, ia tidak dapat dielakkan apabila Fàbregas terlibat dalam pembikinan gol tersebut. Fàbregas telah memberi hantaran ke arah Vermaelen, tanpa was-was Vermaelen merembat kencang dan terus meningkatkan statusnya sebagai penjaring terbanyak di Arsenal di saat ini dengan lima gol.

Blackburn terus tidak berputus asa apabila kali ini ia datang daripada El-Hadji Diouf dan Keith Andrews sebelum dihantar kepada David Dunn di sebelah kanan kawasan penalti Arsenal. Tembakan dilakukan Dunn terus mengenai William Gallas lalu bola terpesong sehingga memesongkan jangkauan Mannone.

Dengan Fàbregas semakin berpengaruh, gol pelawat itu hanya mampu bertahan sekitar dua minit sahaja. Satu hantaran sempurna menyilang pertahanan Blackburn menemui terus ke arah Robie van Persie yang dengan selesa meletakkan bola ke gawang pelawat. Detik-detik gemilang Fàbregas tidak dapat dibendung lagi yang kemudian menghasilkan satu lagi hantaran hampir serupa tepat ke Arshavin untuk meletakkan Arsenal mendahului kedudukan sebelum separuh masa dengan 3-2.

Masuk separuh masa kedua, Fàbregas meneruskan penguasaannya memaksa Paul Robinson terus berkerja bersengkang mata sepanjang tempoh perlawanan berlansung. Kali ini Tomas Rosicky adalah penciptanya, membimbing bola bagi Fàbregas, yang terus melakukan sepakan deras ke penjuru atas gawang yang dikawal Robinson. Ironiknya Fabregas meraikan gol peribadinya dengan membuat satu cium menghairahkan ke lencananya dan menunjukkan kepada semua penyokong-penyokong Arsenal bahawa taat setia terhadap Arsenal.


Ia satu gol yang hebat, tetapi Theo Walcott, yang baru saja membuat kemunculan pertamanya musim ini, tidak mahu ketinggalan melakarkan jaringan dalam salah satu detik terbaik permainan Arsenal. Tidak puas setakat itu, anak buah Arsene Wenger akhirnya menambah jaringan keenam hasil daripada pemain gantian, Nicklas Bendtner, yang baru saja pulih dari kecederaan ringan akibat kemalangan kereta yang mengakibatkannya terlepas untuk aksi dengan Olympiakos, ia hasil kepintarannya memotong sambil memecut di luar kotak penalti ke arah kiri sebelum melepas satu das rembatan tanpa mampu dikuis Robinson.

Dengan kedudukan ini, Arsenal terus melonjokkan ke tangga ke-5 liga dengan kekurangan 1 perlawanan dalam tangan berbanding 3 pasukan ditangga teratas liga.

Berikut adalah kesebelasan sebenar yang diturunkan:-

-----------Mannone-----------
Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas (Bendtner)---Song---Abou Diaby
---Rosicky(Walcott)---RvP---Arshavin(Ramsey)

Monday, October 5, 2009

Hightlights |Arsenal vs Blackburn Rovers : 6-2 Goals

Selamat Menonton : Arsenal vs Blackburn Rovers | English Premier League (Pusingan 7)

GOALS:
min'3 (0-1) N'Zonzi
min'16 (1-1) Vermaelen
min'29 (1-2) Dunn
min'32 (2-2) van Persie
min'36 (3-2) Arshavin
min'56 (4-2) Fabregas
min'74 (5-2) Walcott
min'88 (6-2) Bendtner


Saturday, October 3, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Blackburn Rovers

Di Emirates pada Ahad ini, Arsenal akan bertentang mata dengan Blackburn Rovers yang kini berada di dasar liga pada kedudukan ke-15 dari 20 pasukan, dan tanpa berselindung, aku meramalkan permainan itu nanti dijangka akan berpihak kepada pasukan tuan rumah untuk memastikan Arsenal terus melancarkan tekanan pada pasukan-pasukan pemimpin yang sedang mengepalai dan menguasai takhta liga tika ini. Dengan Chelsea dan Liverpool akan bermain antara satu sama lain, Arsenal akan berpeluang untuk merapatkan kedudukan di singgahsana liga.

Berita buruk buat Arsene Wenger apabila skuad Gunners secara sahnya akan kehilangan khidmat Eduardo sekali lagi kerana kecederaan yang dialami ketika perlawanan dengan Olympiakos tempoh hari, tetapi kekecewaan pengendali Arsenal itu pasti sedikit terubat apabila kembalinya Bendtner selepas direhatkan akibat kecelakaan jalanraya tempoh hari

Selain itu ditambah ceriakan lagi apabila Theo Walcott dijangkakan bakal juga akan berada di dalam skuad minggu ini, tetapi Theo berkemungkinan besar akan bermula di bangku simpanan.

Sementara Manuel Almunia masih lagi belum pulih sepenuhnya dari masalah jangkitan kuman, tetapi fan susah hati Arsenal pasti tidak terganggu sangat dengan situasi yang membelenggu Almunia itu apabila keeper muda Arsenal, Vito Mannone yang digalas tugas sebagai keeper utama Arsenal ketika ini dilihat sudah mula menampilkan peningkatan mutu permainan yang cemerlang dan tingkat keyakinan yang tinggi dalam permainannya.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan Arsene Wenger ketika ditanya wartawan mengenai situasi terkini kem Arsenal untuk perlawanan dengan Blackburn Rovers:-

“Unfortunately we lost Eduardo after he came on (against Olympiakos). It was a gamble to play him and unfortunately his muscle injury got worse.

“He will be out. But Walcott and Bendtner are available. Manuel Almunia is not far. I will assess him on Friday or Saturday but he looks unlikely to be ready.”

Berita baik dari unit rawatan pemulihan Arsenal, Carlos Vela sudah hampir sihat sepenuhnya sementara Lukas Fabianski dan Nasri dijangka sudah boleh memulakan latihan dalam dua minggu lagi. Ini sekaligus akan meninggalkan hanya Denilson dan Djourou sebagai pemain-pemain yang masih cedera dan kekal dalam proses pemulihan.

Disini aku terjemahkan skuad bayangan yang bakal diturunkan pada perlawanan dengan Blackburn Rovers nanti:-

---------------Mannone---------------
-----Eboue----Gallas----Vermaelen----Clichy-----
---------------Song---------------
--------Fabregas-------Rosicky--------
-----Bendtner/Walcott-----RvP-----Arshavin-----

Predict aku: Arsenal 2 - 0 Blackburn Rovers

Gossip Liar | Patrick Vieira

Sedang panas gossip mengenai bekas bintang Kesayangan lagi tersohor Arsenal, Thierry Henry yang menyatakan minat untuk menabur bakti untuk kembali ke pangkuan Arsenal walaupun sebagai waterboy. Tiba-tiba muncul pula berita mengenai seorang lagi bintang skuad 'The Invincibles' Arsenal, Patrick Vieira yang dikaitkan akan kembali ke Arsenal pada tingkap perpindahan yang bakal di buka pada Januari nanti.

Walaupun terang lagi bersuluh sebelum ini yang Arsene Wenger ada menyatakan yang dia sudah cukup berpuashati dengan skuad Arsenal yang sedia ada ketika ini, walaupun dikatakan dia memiliki sumber kewangan untuk berbelanja scara mewah pada tempoh tingkap perpindahan nanti. Ia masih tidak menghalang untuk Arsenal terus dikaitkan dengan gossip-gossip pemindahan pemain terutamanya gossip mengenai beberapa bekas bintang Arsenal yang akan pulang ke pangkuan Arsenal.

Spekulasi pemindahan bekas kapten Arsenal ini tercetus gara-gara, Patrick Vieira dilaporkan kurang berpuashati kerana kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama Inter Milan musim ini, Ini ditambah pula pemain antarabangsa Perancis berusia 33 tahun itu agak terdesak untuk merebut tempat dalam skuad kebangsaan Perancis, sekiranya tidak dapat beraksi secara konsisten dalam kesebelasan utama Inter Milan, Ia seterusnya akan meranapkan impiannya untuk beraksi di Piala Dunia di Afrika Selatan nanti. Langkah terbaiknya adalah dengan cuba mencari 'nafas baru' samada ke Arsenal yang pasti akan menjadi keutamaannya sekiranya Arsene Wenger menawarkan tempat ataupun ke Spurs kerana minat mendalam tanpa berselindung yang ditunjukkan pengendalinya Harry Redknapp pada musim permindahan yang lepas.

Berikut adalah kenyataan Patrick Viera:-

"I need rhythm, a run of matches at a high level. I don't want to make any conclusions before December."

"If my situation hasn't changed from now until then, I will take the necessary decisions."

Friday, October 2, 2009

Match Report | Olympiakos bongkos

Arsenal 2 : 0 Olypmiakos
Robin Van Persie (78'), Andrei Arshavin (86') : -
Venue: Emirates Stadium, England



ARSENE WENGER terus meningkatkan semula kehebatan awal musim skuad muda Gunners apabila mempertahankan dan merekodkan 100% kemenangan dalam Champions League Group H dengan membungkos 2 - 0 keatas Olympiakos di Emirates Stadium.

'The Professor' juga telah merekodkan satu lagi sejarah minggu ini sebagai pengurus paling lama berkhidmat dalam sejarah Arsenal, dia juga secara terbuka mengakui apa yang berlaku adalah diluar jangkaannya sejak dia mula dilantik mengemudi Arsenal pada 13 musim yang lalu.

Gergasi Greek, yang dikendalikan oleh legenda Brazil Zico, sepatutnya perlu bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada penjaga golnya Antonis Nikopolidis yang telah bertindak cemerlang pada malam itu untuk mengekang asakan hebat jentera muda Arsenal dari berpesta dan berkarnival di gelanggan sendiri, Jika tidak kerana aksi hebak yang ditampilkan Antonis Nikopolidis itu, Arsenal berkemungkinan bakal memperolehi jaringan yang lebih besar dan sudah pastinya perlawanan yang berlangsung itu akan dianggap berat sebelah.

Bagaimanapun, keutuhan kubu pelawat akhirnya runtuh juga apabila penyerang antarabangsa Belanda, Robin van Persie berjaya memperdayakan Antonis Nikopolidis pada minit ke-78. Dan Andrey Arshavin terus melengkapkan malam kejayaan Arsenal sebelum empat minit masa akan tamat melalui skor aksi nakalnya dengan menggunakan tumit belakang yang mana ia jelas dalam kedudukan offsaid tetapi disahkan pengadil perlawanan - gol tersebut terhasil dari kerja hebat daripada Aaron Ramsey dan Cesc Fabregas.

Selingan, Berikut sedutan skor-skor Arsenal yang memasing dijelmakan oleh Robin van Persie dan Andrei Arshavin



Wednesday, September 30, 2009

Keeper Darah Muda Kebal La Pulok!

Sepeninggalan aku, terputus dengan dunia internet ditambah bizi menyaratkan kantung perut menterkedarah lemang, ketupat dan segala kuih raya.

Arsene Wenger dan anak buahnya terus menceriakan hati-hari Syawal aku dengan rentetan kemenangan bermula dengan kemenangan sempena menyambut lebaran pada 19 September 2009 di Emirates Stadium dengan menganyang lumat Wigan Athletic 4 - 0 hasil jaringan yang dijelmakan Thomas Vermaelen (min '25 & 49), Emmanuel Eboue (min' 59) & Cesc Fábregas (min 90).

Seterusnya, pada 22 September 2009 di Emirates Stadium untuk Kejohanan Carling Cup, anak muda belia Arsenal melaksanakan amanah dengan mepertikaikan impian West Bromwich Albion untuk menitik bintang muda belia Arsenal, apabila dengan selamba anak muda Arsenal ini melangkah gagah dengan menewaskan pasukan pelawat dengan jaringan 2 - 0 hasil daripada Sanchez Watt (min '68) dan Carlos Vela (min '76)

Ia terus diserikan lagi walupun dengan kemenangan tipis 1 - 0 ke atas Fulham di Craven Cottage hasil jaringan tunggal Robin Van Persie (min '52) dan yang lebih manis dan membanggakan semua kemenangan diperolehi tanpa gawang Arsenal mampu ditembos bolos walaupun tanpa kelibat 2 keeper utama Arsenal iaitu Manuel Almunia dan Lukasz Fabianski yang masih dalam unit rawatan kerana faktor kecederaan.

Kemampuan 2 keeper muda yang digalas harapan dan tanggungjawab yang ditinggalkan 2 keeper utama telah di pikul dengan hebak sekali, dan sangat mencuri perhatian dan tumpuan apabila menampilkan aksi yang sungguh mengangum dan penuh sempoi sehingga aku tidak merasakan kehilangan 2 keeper utama Arsenal tersebut. Memang berbaloi

Berikut adalah petikan puji-pujian melambung Arsene Wenger terhadap Vito Mannone:

"I believe we will give him 10 out of 10 because everything he did was right. For a goalkeeper that is most important. He stopped everything he had to stop, didn't make any wrong decisions and overall he has shown he has the potential to be a very good goalkeeper.

"He is goalkeeper No 3 but goalkeeper No 4 is exceptional as well. I believe Wojciech is quality and he has shown that against West Brom and I gave Mannone the advantage because he's three or four years older and has more experience.

"Until the next game he is No 1. In this job you have to go from game to game. He has played a fantastic game today and the consistency is the first sign of quality.

"He kept us in the game in some unbelievable situations. You say that keeper sometimes look unbeatable. Today he looked like he could make the save needed every time."

Selingan, Jadi mari saksikan sedutan-sedutan klip kemantapan keeper ke-3 yang muda lagi remaja Arsenal Vito Mannone ketika perlawanan dengan Fulham yang seterusnya melayakkan Vito merangkul pemain terbaik perlawanan.

Mannone vs Fulham from Culann Davies on Vimeo.

Saturday, September 19, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Wigan Athletic

Minggu ini Arsenal kembali semula fokus pada persaingan Liga Perdana apabila menjadi tuan rumah kepada kunjungan Wigan - diharap selepas pulang dari Belgium tempoh hari, anak buah Arsene Wenger akan menemui kembali cara-cara untuk meraih kemenangan mutlak ekoran 2 kekalahan berturut di Liga Perdana kepada kedua-dua kelab dari Manchester.

Berita kembalinya Robin van Persie selepas tercedera gara-gara terjahan 'bengong' budak dungu Togo dari Man City. Ia pasti amat melegakan 'The Professor', Melihatkan kepada senarai pemain-pemain Arsenal yang tercedera seperti:-

Andrey Arshavin yang dikatakan hanya memiliki 10% peluang untuk turun esok, tetapi berkemungkinan besar Arshavin akan diletakkan dibangku simpanan. Memenuhi senarai pemain cedera lain adalah Manuel Almunia (illness), Lukasz Fabianski (knee), Johan Djouro (knee), Denilson (back), Theo Walcott (back), Samir Nasri (leg) dan Carlos Vela (ankle) yang pasti kekal diketepikan.

Dengan kedua-dua orang penjaga utama tidak mampu untuk beraksi, keeper muda gelabah Arsenal, Vito Mannone akan menjadi taruhan terakhir bakal menyarung jersi sebagai benteng terakhir Arsenal untuk kita bergantung harap. Walaubagaimanapun kemampuan Mannone, belum benar-benar diuji ketika perlawanan dengan Liege, dengan pendedahan yang lebih banyak Mannone diharapkan akan bertambah yakin apabila beraksi dan akan bertambah meningkat mutu permainannya, Proses kematangan Mannone sangat penting untuk tempoh jangka panjang kepada Arsenal.

Di barisan pertahanan dengan Bacary Sagna dilihat agak hilang sentuhan emasnya sejak kebelakangan ini, Emmanuel Eboue mungkin jawapannya dan Gael Clichy juga sering dilihat kehilangan arah apabila melakukkan overlapping seperti apa yang berlaku ketika perlawanan di Man City. Di pertahanan tengah gabungan dilihat semakin boleh diyakini daripada William Gallas dan Thomas Vermaelen yang berjaya membina satu rangkaian kesefahaman dan sudah mengumpul lima gol antara mereka untuk Arsenal musim ini.

Di jentera tengah, Abou Diaby yang dikatakan 'jelmaan Patrick Viera' oleh The Professor, aku masih tidak nampak impak yang bebetul konsisten dan menyakinkan dari segi permainannya walaupun membuat sumbang penting kepada gol yang dihasilkan Nicklas Bendtner pada hari Rabu lepas, Aksinya masih belum dapat menarik perhatian aku, sampai bila Arsene Wenger akan memberikan peluang kepadanya untuk progress - Sudahlah tu! Cukup menyedihkan. Berilah kesempatan pula untuk Aaron Ramsey untuk lebih melakukan penampilan. Dia adalah pemain muda yang kadang-kadang ada hilang bola, tetapi mutu kerjanya di padang lebih baik dan hebat dimana ia sering berkerja keras dan sering berkeinginan untuk melakukan tugas-tugas defensive apabila diperlukan untuk berundur ke bawah untuk membantu bahagian pertahanan.

Cesc Fabregas pula akan tetap dikerah keringat untuk mengepalai skuad muda Arsenal ini walaupun mengalami sedikit kecederaan ketika di Man. City, tapi Arsene Wenger tidak memiliki pilihan banyak apabila melihatkan kepada limpahan pemain-pemain yang mengalami kecederaan. Bagi aku, kapten muda Arsenal ini, sangat perlukan rehat yang cukup untuk ia kembali pulih dan lebih segar bagi penampilannya pada perlawanan yang akan datang kerana kita tidak mahukan kepada sebarang kecederaan yang boleh berlaku kepada Fabregas. Ini akan menjadi berita buruk buat kem Arsenal sekiranya Fabregas perlu berehat panjang.

Kemunculan Rosicky juga tepat pada masanya dengan 2 penampilannya di Arsenal semenjak pulih dari kecederaan yang lama, Dengan rekod Wigan yang dilihat tidak baik di awal musim ini Arsenal sebenarnya tidak patut gagal untuk meraih mata penuh dalam perlawanan ini, tapi Arsene Wenger dan anak buahnya tetap perlu berhati-hati kerana kalau mengikut kepada rekod musim lepas, Arsenal seringkali kehilangan mata-mata penting kepada kelab-kelab di pertengahan dan bawahan.

Berikut adalah skuad bayangan aku yang bakal menanti kunjungan Wigan:-

-------------Mannone-------------
-----Eboue----Gallas----Vermaelen----Clichy-----
-------------Song-------------
--------Ramsey-------Fabregas--------
-----RvP-----Eduardo-----Rosicky-----

Predict aku: 2 - 0

Related Posts with Thumbnails