Monday, January 31, 2011

Match Report | Arsenal 2-1 Huddersfield Town: Fabegas Penyelamat Lagi

Arsenal 2 : 1 Huddersfield Town
Peter Clarke (own goal '22), Cesc Fábregas (pen '86) : Alan Lee ('66)
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: M Clattenburg


Match Report | Arsenal 2-1 Huddersfield Town, FA Cup (Pusingan 4)

Cesc Fabregas muncul penyelamat dalam misi mulanya tidak sukar kemudian tiba-tiba menjadi sukar selepas dipaksa bermain dengan 10 orang selepas Squillaci diperintah keluar padang pada minit ke-41 diatas tindakan yang diklasifikasikan 'professional foul'.

Dengan jalan cerita yang hampir sama seperti perlawanan pusingan ke-3 di Piala FA, Fabregas datang dari bangku simpanan dan menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti untuk mengikat skor 1-1 di Emirates, kali ini kapten muda kita sekali lagi memperagakan ketenangannya menyempurnakan penalti untuk meneruskan perjuangan The Gunners ke peringkat ke-lima di Piala FA - dan mematahkan impian Huddersfield untuk melakukan kejutan 'teragung' dalam sejarah kelab mereka.

Perlawanan yang mulanya disangka mudah, mula tampak sukar selepas dipaksa bermain dengan 10 pemain lebih dari separuh masa permainan, Arsenal sepatutnya menyalahkan diri sendiri dia atas kegagalan jentera serangan yang diterajui Chamakh, Arshavin dan Bendtner yang mensia-siakan sejumlah besar peluang keemasan yang mampu memastikan Arsenal lega dengan jumlah gol yang lebih besar di awal permainan.

Berikut adalah barisan kepercayaan yang Wenger mulakan dengan formasi 4-4-2

--------Almunia--------
--------Eboue--------Koscielny--------Squillaci--------Gibbs--------
--------Nasri--------Diaby--------Denilson--------Arshavin--------
--------Bendtner--------Chamakh--------

Pemain gantian:
'33 - Rosicky untuk Nasri
'46 - Song untuk Chamakh
'69 - Fabregas untuk Diaby
Subs (tidak digunakan): Szczesny, Van Persie, Walcott, Wilshere,

Agak mengejutkan apabila Wenger memulakan Almunia yang kali terakhir bermain pada 25 September lalu sebelum mengalami kecederaan siku serta meletakkan Diaby dalam senarai kesebelasan utama. Tapi walau apa pun senarai pemain yang bakal diturunkan, aku sangat yakin kita mampu meraih kemenangan mudah untuk berhadapan kelab dari League One (divisyen ke-3).

Ampun: Respon dari Bendtner selepas mensiakan peluang di depan gol selepas sekadar menyepak angin

Segalanya memang tampak berjalan lancar seperti yang aku agakkan! sehingga Arsenal memimpin permainan dengan gol awal pada minit ke-22 dari cubaan Bendtner yang mengenai pertahanan Huddersfield Town. Peter Clarke dan menerjah jaring tanpa dapat disekat keeper Ian Bennett, (untuk rekod Peter Clarke telah mengkoleksikan 5 gol sendiri dalam musim ini!) tetapi 'pesta' yang dirangka rosak dek tindakan Sebastien Squillaci yang cuba menghalang kemaraan Jack Hunt lebih dalam ke arah gol! Pengadil bertugas, M Clattenburg nyata tidak memberi ihsan apabila terus melayangkan kad merah kepada Squillaci pada minit ke-42.

Selepas itu, Huddersfield mula memanfaatkan kekurangan pemain Arsenal untuk melancarkan serangan dan beberapa percubaan mereka berjaya dihalang oleh ketangkasan Almunia yang dilihat cuba mengembalikan kepercayaan Wenger yang dia masih mampu bersaing untuk mendapatkan kembali posisinya. Tetapi kesungguhan pesukan pelawat akhirnya hadir dari umpanan Anthony Pilkington dan disambut baik dengan tandukan oleh Alan Lee pada minit ke-66. Gol itu nyata menyemarakkan pemain bimbangan Lee Clark yang makin teruja untuk melakukan sesuatu yang terbaik di Emirates.

Selamat: Tindakan pantas Arshavin menyelamatkan situasi merbahaya dari serangan balas Huddersfield

Untuk mengelakkan tragedi seperti perlawanan dengan Leeds dan Ipswich berulang, Wenger mula menambahkan 'idea' baru di barisan Arsenal dengan membawa masuk kapten, Fabregas bagi menggantikan Diaby pada minit ke-69, nyata percaturan itu membawa hasil yang positif! Kekasaran yang dilakukan Jamie McCombe terhadap Bendtner di kotak penalti membawa padah apabila pengadil, Clattenburg tidak teragak-agak menunjukkan isyarat penalti. Fabregas yang diamanahkan untuk melaksanakan nyata tenang mengarahkan bola ke sudut kiri gol dan memberikan Arsenal mendahului 2-1 pada minit ke-86. Gol itu juga bertahan sehingga tamat perlawanan.

Terima kasih Fabregas: Keputusan akhir memihak Arsenal 2 - 1 Huddersfield

Kemenangan Arsenal ini bagaimanapun dibayangi oleh laporan awal kecederaan hamstring yang menimpa Samir Nasri selepas dikeluarkan pada minit ke -33. Jangkaan awal Nasri berkemungkinan akan perlu direhatkan tiga minggu, ini seterusnya merencatkan pelan perancangan Wenger untuk menghadapi Barcelona kelak.

Adeh!! Adeh!: Samir Nasri kelihatan azab mengerang kesakitan, beliau seterusnya dikeluarkan dan digantikan Rosicky di minit ke-33, Inilah yang tidak diinginkan ketika game semakin penting selepas ini

Wenger nyata kecewa ketika mengulas mengenai kecederaan yang menimpa terhadap 'anak emas'nya itu:-

"Nasri looks to have a serious hamstring injury. Usually it is three weeks. We have to see if it is a grade 1, it will be two weeks, so we will see.

"I have now regrets because the plan was to play Rosicky, but he was still too weak because he was sick, so I took the gamble on Nasri. It backfired, but he could have come on and that happened as well. It is very difficult to predict."

Kehadiran penonton: 59,375

Sedutan video gol-gol perlawanan semalam, enjoy! :-








Saturday, January 29, 2011

Wenger News | Aku fokus pada skuad yang aku ada!


Memang frust! tapi dah kebal dah kena kelentong dengan Wenger! huhuh...memang sekarang anak muda di bawah asuhan Wenger ini dikatakan sedang melalui proses 'kematangan' dan bersemangat. Tapi barang diingat, walaupun kita dah masuk final Piala Carling, kita belum lagi menang lagi! Hari ni , Bos Arsenal Arsene Wenger dah bersuara bahawa skuadnya boleh mengatasi segala kepincangan dan kekurangan yang ada di slot 'centre-back'nya sekarang ini.

Wenger dikatakan masih belum menemukan pemain yang diinginkan sesuai dengan bajetnya, dengan Sebastien Squillaci bakal kembali dalam skuad untuk perlawanan Piala Liga dengan Huddersfield. Jadi dia semacam dah bagi signal "tidak akan ada signing baru"yang bakal dibawa ke Emirates untuk bulan ini.

Ketika bercakap di Arsenal.com, Wenger dipetik berkata:-

“I would not see it as a missed opportunity,”

“I focus on my squad and I feel we have 22, 23 outfield players who can cope with what we need.

“Vermaelen looks to be making good progress, Squillaci is back available, so that was the only position we were short, at centre-backs.

“If I don't make any signings it is because I have not identified a special player who could strengthen our squad at the moment.”

Takpe aku pun tak kisah! buat masa ini. Tapi andainya kita gagal (kalau boleh janganlah!) di medan pertempuran akhir di Wembley nanti...Memang berbakul lah Wenger ini kena hentam, ketika peluangnya untuk membawa masuk pemain baru tidak digunakan sepenuhnya. Itu belum lagi kita bakal bertempur dengan Barcelona! Tiga centre back yang sedia ada! Jaminan untuk ketiga-tiganya terus cergas belum tentu bukan, Vermaelen jika sihat nanti belum tentu terus dapat menyamai prestasi asalnya sebelum mengalami kecederaannya. Sebab semua perlawanan selepas menjadi semakin penting dan genting! kita masih berada dalam persaingan empat piala utama.

Apa-apa pun, Wenger We Trust!

Wednesday, January 26, 2011

Preview Match | Arsenal vs Ipswich Town: Carling oh Darling


Preview Match | Arsenal vs Ipswich Town, Carling Cup - Semi Final (2nd Leg)

Emirates Stadium, London
Selasa 26 Januari 2011
Astro (SUPERSPORT 2) - Channel: 816
Online: 03:40 (waktu Malaysia)

Inilah sesatu peluang realistik untuk kita menamatkan penantian membawa pulang piala ke Emirates! Rasanya dah cukup kematu pungguk menantikan tempoh nak ke Final ini?

* Pengadil Perlawanan: Mark Halsey
* Pertemuan terakhir: Ipswich City 1 - 0 Arsenal ( Piala Carling - 1st Leg )
* Pertemuan kedua pasukan: 29: Arsenal menang, 18: Ipswich menang, 11: Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-K-M-M-M
* Prestasi terkini Ipswich: K-K-M-K-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Szczesny
Eboue - Koscielny - Djourou - Gibbs
Song - Wilshere
Nasri - Fabregas - Arshavin
Chamakh

Simpanan: Shea, Sagna, Clichy, Denilson, Walcott, Bendtner, van Persie
Kecederaan: Fabianski (bahu), Rosicky (penyakit), Squillaci (hamstring), Diaby (betis), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Berapa banyak pertukaran yang Wenger nak buat untuk perlawanan sepenting ini?

  • Bek kiri/ kanan: Tidak mustahil Wenger akan merehatkan Sagna dan Clichy untuk perlawanan ini. Walau apa pun, aku mengharapkan Sagna akan kekal.

  • Bek tengah: Tidak ada pilihan lain, Koscielny dan Djourou akan terus dipertaruhkan kerana itu saja yang kita ada pun, Squillaci dikhabarkan bersedia untuk sesi latihan minggu ini dan boleh bermain untuk Piala FA pada minggu ini.

  • Tengah bertahan: Untuk yang terbaik! Aku tak fikir yang lain selain kombinasi Song dan Wilshere bagi mengisi slot ini, tapi itu hanya pandangan aku! Sekiranya Wenger melakukan mahu pertukaran, tentu-tentu Denilson menjadi pilihan, sementara Abou Diaby bakal kembali hanya pada minggu ini.

  • Tengah menyerang : Jika Arsenal menginginkan kawalan ditengah yang lebih kreatif dan inovatif, ada baiknya Fabregas dan Nasri harus dimainkan. Aku terus meletakkan Arshavin dalam skuad bayangan ini, kerana aku yakin dengan kemampuannya walaupun ia agak 'tumpul' sejak kebelakangan ini dengan Walcott aku letakkan di bangku simpanan dan sedia diturunkan jika 'mendesak'.

  • Striker: Ketika ini Robin van Persie tengah on-form, sangat penting untuk membela RvP bebas dari sebarang kecederaan! Ada kemungkinan Chamakh akan mendapatkan peluang untuk kembali mencuri perhatian PenCinta Arsenal.

  • Arsenal telah berjaya 'clean sheet' empat pelawanan di Liga Perdana sejak terakhir kini bermula perlawanan dengan Manchester City, namun melepaskan satu gol dalam setiap perlawanan ketika menentang Leeds di Piala FA dan Ipswich di leg pertama.

  • Sejak kalah di Ipswich, Arsenal berterusan mencatatkan tiga kemenangan selepas itu. Dengan Robin van Persie semakin agresif dengan enam gol dan masing-masing satu dari Samir Nasri, Theo Walcott, dan Bacary Sagna.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Ipswich Town

  • Ipswich Town sangat bertuah apabila tidak 'mengutip' sebarang masalah kecederaan terbaru.

  • Ipswich belum lagi memenangi apa-apa gelaran mahupun trofi domestik sejak Piala FA tahun 1978, ketika itu mereka mengalahkan Arsenal.

  • Skuad julukan "The Tractor Boys" hanya memerlukan seri hari ini untuk melangkah ke final di Wembley.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Gol minit ke-78 dari Tamas Priskin memberikan kelebihan sebelum turun ke Emirates hari ini buat Ipwich selepas memenangi perlawanan di separuh akhir di leg pertama.

  • Untuk rekod penyedap hati; Arsenal pernah mencapai tahap ini di Piala Liga sebanyak 14 kali, tetapi hanya layak ke final hanya enam kali dan telah memenangi hanya dua kali iaitu pada 1987 dan 1993 melawan Liverpool dan melawan Sheffield Wednesday.

  • Arsenal mengalahkan Ipswich dua kali dengan skor 2-0 pada musim 2001/02 ketika Ipswich berada di Liga Perdana.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mark Halsey (Lancashire).

  • Untuk musim ini, Halsey mengendalikan satu perlawanan Arsenal ketika menewaskan Wolves 2-0 di Molineux. Di mana Chamakh hanya memerlukan 40 saat untuk membuka gol buat Arsenal sebelum menutup jaringannya di minit ke-89.

  • Terakhir kali, Halsey mengendalikan perlawanan melibatkan Ipswich Town ketika di Piala FA pada 5 Januari 2008. Ipswich tewas 1-0 kepada Portsmouth. Dalam perlawanan itu Ipswich dipaksa untuk bermain dengan 10 orang selepas Liam Trotter dikenakan kad merah pada minit ke-24.

  • Sekitar perlawanan lain yang berlangsung

  • Selasa, Liga Perdana: Blackpool vs Manchester United; Bloomfield Road, Blackpool
  • Selasa, Liga Perdana: Aston Villa vs Wigan Athletic; Stadium DW, Wigan
  • Rabu, Carling Cup (Leg kedua): Birmingham City vs West Ham United; St Andrew's, Birmingham (West Ham mendahului 2-1 di leg pertama)
  • Rabu, Liga Perdana: Liverpool vs Fulham, Anfield, Liverpool
  • Sunday, January 23, 2011

    Match Report | Arsenal 3 - 0 Wigan: Super Hatrik Robin van Persie

    Arsenal 3 : 0 Wigan Athletic
    Robin Van Persie ('21), ('58), (pen miss '71) & ('85) : -
    Vanue: Emirates Stadium, London
    Referee: Kevin Friend (Leicestershire)



    Match Report | Arsenal 3 - 0 Wigan; English Premier League

    Mabeles! aksi anak bimbingan Wenger terus garang apabila sudah menjaringkan 3 gol dalam setiap tiga perlawanan terakhir ini. Untuk perlawanan semalam, ternyata ia menjadi malam 'terhebat' milik Robin van Persie setelah berjaya menghentam hatrik masing-masing pada minit ke-21, 48 dan 85 bagi menghadiahkan Arsenal sebuah kemenangan untuk terus gigih menghambat teraju liga, Manchester United yang menang pula 5-0 menentang Birmingham.

    Gundah-gulana: Raut wajah Ali Al Habsi ketika meninggalkan padang untuk selesaikan babak pertama, Arsenal mendahului 1-0

    Robin van Persie dilihat sedang berada dalam tempoh 'puncak prestasi terbaik'nya setelah pulih dari masalah kecederaan awal musim untuk meng'koleksi'kan tujuh gol dalam lima perlawanan - dan kalau diikutkan malam semalam akan lebih gemilang lagi buatnya jika tidak kerana kegopohannya untuk menyelesaikan penaltinya pada minit ke-70 bagi melengkapkan hatriknya lebih awal. Akibatnya beliau gagal mengawal sepakannya yang melambung tinggi. Ia berpunca dari kekasaran dari belakang yang dilakukan Gary Caldwell terhadap Cesc Fabregas, menyebabkan Caldwell menerima kad merah untuk tindakannya itu meninggalkan Wigan bermain dengan 10 orang selepas itu.

    Tergeliat bahu: Djourou dilihat kurang selesa dengan bahunya selepas dilihat berlaga dengan pemain Wigan ketika cuba mengeluarkan bola dari kotak penalti Arsenal. Please jangan injed!

    Walau apa pun, sekalung tahniah buat keeper Wigan, Ali Al Habsi yang menampilkan aksi cemerlang untuk menyelamatkan beberapa cubaan terutamanya dari Samir Nasri dan Cesc Fabregas! Kalau tidak kecemerlangan aksinya sudah pasti Wigan akan pulang dengan membawa gol bolos yang lebih banyak lagi. Tapi apahal nak puji keeper lawan lebih-lebih yer tak? Tidak lupa, tahniah juga buat keeper muda kita, Wojciech Szczesny yang mengekalkan 'clean-sheet' buat kali kedua, dengan boleh dikatakan hampir tidak ada langsung cabaran bermakna yang mampu mengugat gawang Arsenal dari jentera serangan Wigan yang dikepalai Hugo Rodallega. kalau ada pun sedikit ancaman 'geli-geli' dari Franco Di Santo pada minit ke-65 dan 72.

    Ikon England: Beckham dan anaknya dilihat 'bertepuk tangan' di Emirates, meraikan gol kedua yang dijaringkan RvP

    Perlawanan selepas ini pastinya akan lebih getir dan mencabar, bukan sahaja untuk mengekalkan rutin kutipan mata penuh tapi juga harus mengekalkan kecerdasan pemain terutamanya di benteng pertahanan tengah dimana kita cuma bergantung harap kepada dua pemain yang cergas ketika ini, Koscielny dan Djourou. Fokus utama semestinya untuk menewaskan Ipwich pada 25 Jan ini bagi melangkah ke perlawanan di Wembley seterusnya berusaha menamatkan kemarau 'kabinet Emirates' tanpa piala sejak 5 tahun kebelakangan ini.

    Hero Arsenal: Kekal cergas, elakkan kecederaan! Arsenal akan lebih tajam di depan gol dengan RvP terus kekal fit!

    Berikut perlawanan-perlawanan yang bakal dilalui Arsenal dalam tempoh 12 hari berikutnya:-

    Piala Carling, Separuh akhir (2nd leg) | Arsenal vs Ipswich (25 Jan 2011 )
    Piala FA | Arsenal vs Huddersfield (30 Jan 2011)
    Liga Perdana | Arsenal vs Everton (01 Feb 2011)
    Liga Perdana | Newcastle vs Arsenal (05 Feb 2011)

    Terima kasih buat striker bernilai £24 juta yang baru dilamar Villa, Darrent Bent kerana gol tunggalnya berjaya menghadiahkan 'kekalahan' buat pasukan 'gila berbelanja' Manchester City sekaligus menamatkan rentetan tujuh perlawanan tanpa kalah. Kekalahan terbaru City ini juga melonjakkan Arsenal untuk menghuni tangga ke-2 dengan jumlah 46 mata keseluruhan meninggalkan City dengan kelebihan 1 mata disamping satu perlawanan di tangan. Sekarang cuma nak tunggu Manchester United saja, bilalah nak kalah pulak! huhuhu

    3-0: Tamat masa, kemenangan mutlak buat Arsenal di Emirates, memadamkan 'memori tak best' ketika seri 2-2 di DW Stadium sebelum ini

    Barisan pemain kedua pasukan:

    Arsenal (4-2-3-1):
    Wojciech Szczesny; Bacary Sagna, Laurent Koscielny, Johan Djourou, Gael Clichy; Alex Song, Jack Wilshere; Theo Walcott, Cesc Fabregas (Denilson '87), Samir Nasri (Andrei Arshavin '75); Robin Van Persie 9 (Marouane Chamakh '86).
    Sub (tidak digunakan): James Shea, Emmanuel Eboue, Kieran Gibbs, Nicklas Bendtner,

    Wigan Athletic (4-5-1):
    Ali Al Habsi; Steve Gohouri, Gary Caldwell, Steven Caldwell, Maynor Figueroa; Charles N'Zogbia (Emmerson Boyce '78), Ben Watson, Hendry Thomas, Mohamed Diame (Franco Di Santo '46), Ronnie Stam (James McArthur '46); Hugo Rodallega.
    Sub (tidak digunakan): Michael Pollitt, James McCarthy, Jordi Gomez, , Callum Mcmanaman.

    Kehadiran penonton: 59,552

    Selingan sedutan video gol-gol yang dijaringkan dalam perlawanan malam semalam, Enjoy!

    1-0 - Robin van Persie ('21)



    2-0 - Robin van Persie ('58)



    2-0 - Robin van Persie (pen miss '71)



    3-0 - Robin van Persie ('85)

    Saturday, January 22, 2011

    Preview Match | Arsenal vs Wigan Athletic: Win Again!


    Preview Match | Arsenal vs Wigan Athletic; English Premier League

    Emirates Stadium, London
    Sabtu, 22 Januari 2011
    Astro (Star Sports Match) - Channel: 813
    Online: 22:55 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Kevin Rakan
    * Pertemuan terakhir: Wigan Athletic 2-2 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 11: Arsenal menang, 2: Wigan menang, 2: Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: S-S-K-M-M
    * Prestasi terkini Wigan Athletic: S-K-S-M-S
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Szczesny
    Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
    Song - Wilshere
    Walcott - Fabregas - Nasri
    Robin van Persie

    Subs: Shea, Eboue, Gibbs, Arshavin, Denilson, Bendtner, Chamakh
    Kecederaan: Fabianski (bahu), Squillaci (hamstring), Diaby (betis), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Tidak ada kecederaan baru yang melanda kesebelasan utama kita, Jadi aku tak fikir yang Wenger akan melakukan perubahan? Kecualilah dia berhasrat merehatkan beberapa pemainnya. Aku ada sedikit keraguan dengan tindakan Wenger ini, sehingga tahap manakah dia mampu terus menggunakan Johan Djourou secara berterusan, bukan apa! kita sendiri tahu sejarah dan rekod kecederaan yang pernah melanda Djourou sebelum ini! Dengan tidak ada lagi berita pembelian bek baru, kecederaan yang mahu kita elakkan terhadap Djourou ada kemungkinan boleh berlaku kan? Adoii...

  • Kecederaan Denilson (pinggul) dan Marouane Chamakh (lutut) yang diperolehi mereka ketika menang di Leeds dikatakan sudah pulih dan boleh diturunkan pada perlawanan ini.

  • Sementara itu, Abou Diaby dan Sebastien Squillaci memerlukan tempoh seminggu lagi untuk bebas dari kecederaan masing-masing.

  • Nampaknya Lukasz Fabianski harus terus 'bersabar' dengan kecederaan bahunya, Tidak ada kegusaran dengan ke'confiden'an yang dipamerkan Wojciech Szczesny di gawang gol setakat ini, Yakin benar aku dengan Szczesny? Korang camana! Dulu bahagian inilah yang dikatakan paling lemah di Arsenal, sekarang tidak lagi.....

  • Thomas Vermaelen kekal 'diperam' untuk enam minggu selepas selesai menjalani prosedur untuk 'menyingkirkan' masalah kecederaan tendonnya.

  • Manuel Almunia? Tenggelam terus dilanda arus kebangkitan duo keeper dari Poland, Fabianski dan Szczesny.

  • Kini, Arsenal telah memenangi dua perlawanan berturut ke atas West Ham 3-0 dan Leeds 3-1, Menariknya, dalam lima perlawanan terkini di Liga Primier, Arsenal tidak terkalah lagi, dengan dua darinya seri.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Wigan Athletic

  • Victor Moses dikhabarkan sudah mula kembali menjalani latihan, tetapi belum cukup cergas untuk diturunkan dan dijangka kembali fit hanya pada bulan Mac. Moses memperoleh kecederaan bahunya ketika di Piala Carling ketika menentang Arsenal. Dimana Arsenal menang 2-0!

  • Ada kemungkinan juga Wigan akan turun tanpa kelibat Tom Cleverley kecederaan hamstring dan Franco Di Santo kecederaan pergelangan kaki.

  • Menariknya mengenai skuad bimbingan Roberto Martinez, Walaupun ketika ini mereka berkeadaan terjerumus ke zon penyingkiran tetapi mereka bukan jenis pasukan yang memainkan bola sepak secara negatif. Wigan dilihat cenderung menggunakan formasi 4-5-1 dengan meletakkan Hugo Rodallega sebagai penyerang tunggal.

  • Dalam lapan perlawanan terkini dalam semua kejohanan, Wigan hanya kalah sekali sahaja ke atas Newcastle 1-0, sementara lima berkesudahan seri termasuk seri 2-2 dengan Arsenal.

  • Wigan kini memiliki mata yang sama dengan Aston Villa, tapi terpaksa berada di tangga ke-18 berdepan zon penyingkiranan, Ia hanya dibezakan jaringan gol yang dimiliki Aston Villa. Dengan Villa sudah memikat penyerang baru, Darren Bent dari Sunderland dengan £24 juta, Villa pastinya bersemangat untuk menundukkan 'pasukan kaya' Manchester City sabtu ini.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Wigan tidak pernah menang ketika bertandang ke Emirates, terkini Wigan menewaskan Arsenal pada 18 April 2010 di DW Stadium dengan 3-2, dimana Wigan bangkit mendadak 10 minit sebelum perlawanan tamat menerusi Watson ('80), Bramble ('89) dan N'Zogbia ('90) menutup kelebihan Arsenal yang mendahului awal 2-0. Tolong jangan ulangi skrip camni lagi!

  • Pada akhir November lalu, Arsenal menyingkirkan Wigan dari kejohanan di Piala Carling 2-0 di Emirates. Gol menerusi gol sendiri Antolin Alcaraz dan Nicklas Bendtner.

  • Masih segar dalam ingatan! Squillaci menjadi 'wira' buat Wigan selepas menjaring gol sendiri di minit akhir perlawanan untuk memberikan Wigan mengikat seri 2-2 dengan Arsenal di Stadium DW pada akhir Disember.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil adalah Kevin Friend (Leicestershire).

  • Ini adalah kali pertama Friend mengendalikan perlawanan melibatkan Arsenal.

  • Untuk Wigan, Friend sudah mengendalikan dua perlawanan sebelum ini ketika di Piala Liga di mana Wigan menang ke atas Swansea 2-0 dan tewas 2-1 dengan Blackburn di Ewood Park.

  • Dalam 19 perlawanan yang dikendalikan musim ini (8 di Liga Premier, 8 di Liga Championship, 2 di Piala FA, 1 di Piala Liga,) beliau telah mengeluarkan 61 kad kuning dan 3 kad merah.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs Liverpool; Molineux, Wolverhampton
  • Sabtu: Blackpool vs Sunderland, Bloomfield Road, Blackpool
  • Sabtu: Everton vs West Ham United, Goodison Park, Liverpool
  • Sabtu: Fulham vs Stoke City, Craven Cottage, London
  • Sabtu: Manchester United vs Birmingham City, Old Trafford, Manchester
  • Sabtu: Newcastle United vs Tottenham Hotspur; St James 'Park, Newcastle upon Tyne
  • Sabtu: Aston Villa vs Manchester City, Villa Park, Birmingham
  • Ahad: Blackburn Rovers vs West Bromwich Albion; Ewood Park, Blackburn
  • Isnin: Bolton Wanderers vs Chelsea, Stadium Reebok, Bolton
  • Thursday, January 20, 2011

    Match Report | Leeds United 1-3 Arsenal: Layak Ke Pusingan ke-4 Piala FA, Jumpa Huddersfield Town

    Leeds United 1 : 3 Arsenal
    Bradley Johnson ('37) : Samir Nasri ('5), Bacary Sagna ('35) & Robin Van Persie ('76)
    Vanue: Elland Road, Leeds United
    Referee: Mike Dean



    Match Report | Leeds United 1-3 Arsenal: FA Cup 3rd Round (Ulangan)

    Samir Nasri yang diberikan lilitan kapten pada perlawanan pagi tadi berjaya membawa pasukannya menundukkan Leeds United untuk menempah tarikh dan tempat ke pusingan keempat menentang sebuah kelab dari League One, Huddersfield Town.

    Setelah dipaksa untuk terikat 1-1 oleh kelab bimbingan Simon Grayson di Emirates 11 hari sebelumnya, tekanan sebenarnya lebih terarah di sisi Arsene Wenger. Ini kerana sepanjang tempoh kerjaya Wenger di Arsenal, beliau tidak pernah gagal untuk membawa pasukannya didikannya ini melepasi pusingan ke-3 di Piala FA.

    Celebrate Gol!:Nasri menerima ucapan tahniah dari rakan pasukan selepas jaringan gol di minit ke-5

    Perjalanan Arsenal pagi tadi, mulanya kelihatan agak mudah! selepas Nasri memberikan gol pembukaan buat Arsenal seterusnya meringankan tekanan ketika perlawanan baru berlangsung 5 minit. Gol Nasri ini juga merupakan gol ke-14nya musim ini, sebelum Bacary Sagna menambah tekanan berganda buat Leeds selepas menerima lantunan bola yang tepat ke kakinya seterusnya melakukan rembatan padu tanpa mampu dihalang Kasper Schmeichel untuk meletakkan Arsenal selesa mendahului dua gol di Elland Road.

    Boom!: Padu rembatan dari Sagna yang membawa kepada kedudukan 2-0 Arsenal mendahului Leeds

    Seperti mendapat cetusan ilham dari gol Sagna, Leeds tiba-tiba bangkit selang 2 minit selepas itu, usaha Bradley Johnson dari jarak 30 meter dengan cara yang hampir sama dengan Sagna, melepaskan rembatan padu yang cukup bertenaga nyata membuahkan hasil seterusnya mengangkat suasana gemuruh di Elland Road yang mampu menampung 38,000 penonton. Gol itu juga meletakkan Leeds kembali 'bernyawa' sebelum meninggalkan babak pertama dengan kedudukan 2-1.

    Nak Boom Jugak!: Johnson membawa 'nafas baru' untuk Leeds merapat kedudukan kepada 2-1 sebelum tamat babak pertama

    Namun sebenarnya Arsenal mampu menghasilkan lebih gol lagi sekaligus menamatkan sisa perjuangan Leeds lebih awal, terutamanya tindakan Arshavin yang mensia-siakan peluang didepan pintu gol selepas menerima hantaran lintang dari Marouane Chamakh pada minit ke-19.


    Lepas Peluang!: sedutan video Arshavin melepaskan peluang depan gol

    Bermula babak kedua, Leeds mula memberikan ancaman awal bagi mencari gol penyamaan. Bila mana di minit ke-48 Bradley Johnson sekali lagi cuba menggunakan cara yang sama dengan melakukan rembatan dari luar kali ini lebih kurang jarak 25 meter, tapi kali ini rembatannya meliar dan gagal menemui sasaran. Bagi meneruskan tekanan kepada Arsenal, Simon Grayson cuba membawa 'tenaga baru' dengan memasukkan Leigh Bromby dan Davide Somma.

    'Menurun': RvP ketika melakukan sesi 'regangan' sebelum dimasukkan menggantikan Chamakh

    Wenger juga tidak mudah untuk membenarkan Leeds yang kelihatan bersemangat untuk mengulangi prestasi mereka ketika menyingkirkan Manchester United pada pusingan yang sama pada 12 bulan yang lalu, apabila memasukkan bintang kepercayaannya Robin van Persie dan Cesc Fabregas sekaligus di minit ke-70. Hanya enam minit keluar dari bangku simpanan, Robin van Persie terus menemui sentuhan gol menerusi tandukan hasil umpanan lambung ke kotak penalti dari Bendtner seterusnya menjadi gol pemusnah untuk membunuh sisa-sia harapan anak buah Simon Grayson.

    Barisan pemain kedua pasukan:

    Leeds United: (4-4-1-1)
    Kasper Schmeichel, Paul Connolly, Andrew O'Brien (Leigh Bromby '65), Alex Bruce, Ben Parker; Jonathan Howson, Robert Snodgrass, Bradley Johnson, Max-Alain Gradel, Sanchez Watt ( Lloyd Sam '79); Billy Paynter (Davide Somma '67).
    Sub (tidak digunakan):Shane Higgs, Neill Collins, Andy Hughes, Ross McCormack.

    Arsenal: (4-2-3-1)
    Wojciech Szczęsny, Bacary Sagna, Laurent Koscielny, Johan Djourou, Kieran Gibbs; Alex Song, Denilson; Andrei Arshavin (Robin Van Persie '70), Samir Nasri (Gael Clichy '83) , Nicklas Bendtner; Marouane Chamakh (Cesc Fabregas '70).
    Sub (tidak digunakan): James Shea, Theo Walcott, Jack Wilshere, Emmanuel Eboue.

    Kehadiran penonton: 38,232

    Sedutan gol-gol yang dijaringan dalam perlawanan pagi tadi, Enjoy!

    0-1 - Samir Nasri ('5)


    0-2 - Bacary Sagna ('35)



    1-2 - Bradley Johnson ('37)


    1-3 - Robin van Persie ('76)


    Wednesday, January 19, 2011

    Preview Match | Leeds United vs Arsenal: Jangan Menghampakan!


    Preview Match: Leeds United vs Arsenal, FA Cup 3rd Round (Ulangan)

    Tak lepas perlawanan ini, Ngankung la jawabnya.....Takde kerja cari kerja! Tak pasal-pasal kena main tambahan perlawanan...

    Elland Road, Leeds United
    Khamis, 20 Januari 2011

    Astro (ESPN Match) - Channel: 812

    Online: 03:55 (waktu Malaysia)


    * Pengadil Perlawanan: Mike Dean
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 1 Leeds United
    * Pertemuan kedua pasukan: 44 Arsenal menang , 41 Leeds menang, 32 seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-S-S-K-M
    * Prestasi terkini Leeds United: S-S-K-S-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Confirm! Ada perubahan dalam kesebelasan The Gunners?

    Aku percaya akan ada potensi besar! Wenger akan membuat perubahan kesebelasan pemainnya untuk perlawanan ini?

  • Keeper:

  • Yang paling pasti! Lukasz Fabianski yang masih perlu disisihkan kerana masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan bahunya, Wojciech Szczesny yang sudah memperagakan aksi dalam empat perlawanan berturut-turut akan terus diberikan kepercayaan mengisi slot penjaga gawang Arsenal. Dengan Fabianski dijangka tidak akan kembali sehinggalah selepas Piala Carling untuk leg kedua dengan Ipswich! Ada kemungkinan dia hanya akan mula kembali untuk pusingan keempat Piala FA (jika Arsenal meneruskan kemaraan). Manuel Almunia akan terus diperam sehingga ada pihak yang ingin membelinya keluar dari Emirates! Situasi itu, meletakkan James Shea akan berada dibangku simpanan. Pasti ada beberapa keraguan mengenai bagaimana Szczesny akan mengatasi 'provokasi' di Elland Road, tapi kita juga harus jangan lupa keeper muda kita ini sangat fokus! tidak mudah goyah! Ia berpandukan kepada persembahannya di Old Trafford bulan lalu.

  • Pertahanan:

  • Bacary Sagna akan kembali memperkuatkan benteng kanan kita selepas menyelesaikan pergantungan untuk tiga larangan bermain, jadi Emmanuel Eboue dijangka akan kembali mengisi slot di bangku simpanan. Dengan Sebastien Squillaci hanya kembali pada Februari dan Thomas Vermaelen sedang menjalani rawatan pada Achilles dijangka akan direhatkan antara 4 ke 6 minggu, kini di tangan Arsene Wenger hanya terikat kepada Laurent Koscielny dan Johan Djourou. Bagaimana kalau seorang dari mereka ini mengalami kecederaan pula? Ayuh Wenger! bawakan satu lagi bek tengah berkualiti! Sementara itu ada kemungkinan berlaku perubahan di benteng sebelah kiri, kita mungkin akan melihat Kieran Gibbs sementara merehatkan Gael Clichy.

  • Pemain Tengah (bertahan):

  • Peratusan untuk Aaron Ramsey berada di perlawanan ini mungkin ada! tapi aku jangka ia hanya akan bermula di bangku simpanan, Aku harapkan Ramsey dapat diturunkan ketika kita melawan samada Leeds atau Ipswich, mungkin ketika itu Arsenal sedang selesa mendahului lawan. Kita tidak boleh bereksperimen sangat ketika perlawanan yang genting sebegini! kita mahu layak ke peringkat seterusnya terutamanya Piala Carling! Untuk perlawanan ini, samada salah seorang antara Alex Song atau Jack Wilshere akan direhatkan! Ada kemungkinan juga dua-dua Wenger rehatkan! Antara yang akan bermula pastinya Denilson sekiranya Wenger mengambil langkah merehatkan salah seorang dari mereka. Abou Diaby masih belum cukup cergas untuk diturunkan, Tak perlulah untuk ambil risiko terhadap Diaby, Ia bakal tercedera kembali, biarlah kaki cukup-cukup keras dulu barulah dimainkan si Diaby ini.

  • Pemain Tengah (Meyerang):

  • Slot dibahagian ini yang banyak menyukarkan pemilihan bila Wenger mahu melakukan perubahan! kerana jika kita kekal dengan kombinasi Cesc Fabregas, Samir Nasri, dan Theo Walcott aku yakin jentera kita mampu mengerunkan dan menghuru-harakan mana-mana pertahanan lawan. Namun, bila Wenger memilih untuk merehatkan kombinasi ini, kita akan dapat menyaksikan nama Tomas Rosicky akan kembali tersenarai.

    Walau bagaimanapun menurut BBC, Rosicky dikatakan sedang dijangkitikan virus (mungkin demam atau selesema...tidak pasti). Selain itu, Nicklas Bendtner, Carlos Vela dan Andrei Arshavin mungkin boleh bermula juga; Diharapkan sekiranya salah seorang dari mereka sekiranya di turunkan nanti akan menggunakan peluang ini untuk kembali memperagakan aksi terbaik mereka seterusnya kembali mencuri perhatian PenCinta Arsenal yang dilihat mula meragui kemampuan mereka sejak kebelakangan ini terutamanya Arshavin.

  • Penyerang:

  • Robin van Persie dilihatkan sudah kembali menemui prestasi dan rentak permainannya, sementara Marouane Chamakh kelihatan gagal menyinar ketika perlawanan dengan Leeds Sabtu lalu dan dikeluarkan pada minit ke-68. Chamakh yang dimasukkan dari bangku simpanan di Ipswich juga dilihat gagal mencari rentaknya seperti diawal kemasukkannya di Arsenal. Untuk perlawanan 'HARUS MENANG' ini, dijangka Wenger akan memulakan RVP bagi menembusi gawang lawan dan mungkin Chamakh keluar dari bangku simpanan di babak kedua perlawanan itu nanti.



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Jay Emmanuel-Thomas telah dipinjamkan ke Cardiff City untuk baki musim ini.

  • Kemenangan yang diraih Arsenal di West Ham pada Sabtu adalah kemenangan pertama selepas gagal dalam tiga perlawanan sebelum ini. namun, sejak tahun 2011 ini, The Gunners hanya tewas sekali sahaja dalam lima perlawanan untuk semua kejohanan yang dilalui setakat ini.

  • Arsene Wenger mempunyai 'rekod hebat' apabila tidak pernah disingkirkan dari pusingan ke-3 di Piala FA dalam kerjayanya di Arsenal. Sheffield United adalah kelab terakhir yang berjaya menyingkirkan Arsenal daripada pusingan ini, itu pun berlaku pada musim 1995/96.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Leeds United

  • Luciano Becchio dilaporkan dalam situasi 50-50 untuk diturunkan pada perlawanan ini setelah mengalami kecederaan di bahagian pinggul ketika menentang Scunthorpe minggu lalu.

  • Sanchez Watt dijanjikan tempat dan berpeluang untuk menentang majikannya (Arsenal).

  • Leeds telah mengakhiri musim kemaraunya, selepas menang 4-0 ke atas Scunthorpeminggu lalu selepas gagal meraihkan kemenangan dari enam perlawanan sebelum ini.

  • Leeds juga belum pernah terkalah di Elland Road sejak akhir Oktober lalu.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal telah memenangi tiga perlawanan sebelum ini ketika bertemu Leeds sebelum seri 1-1 di Emirates. Kemenangan terakhir Leeds terhadap Arsenal diraih di Highbury pada tahun 2003 dengan 3-2.

  • Ini adalah pertembungan di Piala FA untuk kali kelapan di antara kedua-dua belah pihak, Arsenal telah memenangi lima daripadanya.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mike Dean (Wirral).

  • Untuk rekod, samada musim ini dan musim lalu, Arsenal gagal untuk memenangi perlawanan dari enam perlawanan yang dikendalikan Dean.

  • Ini adalah tugasan pertama Dean untuk perlawanan melibatkan Leeds sejak perlawanan yang berkesudahan seri 1-1 dengan Luton Town pada musim 2007/08.

  • Sekitar keputusan penuh perlawanan di pusingan ke-3 Piala FA

  • Selasa: Wolverhampton Wanderers 5 - 0 Doncaster Rovers; Molineux, Wolverhampton
  • Selasa: Manchester City 4 - 2 Leicester City, City of Manchester Stadium, Manchester
  • Selasa: Cardiff City 0 - 2 Stoke City; Cardiff City Stadium, Cardiff
  • Tuesday, January 18, 2011

    Transfer Rumours | Ciani, Lepas Ini Siapa Pula?


    Ada beberapa minggu saja lagi sebelum jendela perpindahan pemain januari bakal ditutup? Hari semakin mengejar! Aku tidak pasti, apa yang sedang dibuatkan Wenger! Adakah akan ada bek tengah baru yang bakal dibawa?

    Pelbagai rumours yang keluar, dari satu nama ke satu nama? tapi belum ada yang betul-betul soheh! Layan jer la....

    Yang terbaru! Menurut Metro, Arsenal dilaporkan menyasarkan target ke bek tengah Bordeaux, Michael Ciani selepas 'skuad pengesan bakat' yang dikerah Wenger dikatakan mengintai aksi Ciani ketika melawan Marseille pada minggu lalu.

    Arsene Wenger kini dilaporkan juga sedang gigih berada di pasaran untuk mencari bek tengah baru setelah kecederaan Thomas Vermaelen dan Sebastien Squillaci dan sebelumnya dikhabarkan Wenger tertarik akan kapten West Ham Matthew Upson. Tapi! rumours terus terbeku! tiada perkembangan susulan terkini...

    Ciani yang berusia 26 tahun mula mencuri tumpuan selepas melakukan debut dengan Perancis pada Mac lalu ketika melawan Sepanyol dan dia dikatakan menarik perhatian terbaru Perancis Arsene Wenger untuk meneruskan 'hobi'nya mengumpul bintang-bintang perancis dalam skuadnya.

    Ada sumber dari Perancis juga melaporkan 'skuad pengesan bakat' dari Arsenal telah dikesan berada di Stade Vélodrome Marseille ketika perlawanan itu berlansung dimana Marseille menewaskan Bordeaux 2-1 di Ligue 1.

    Sebelum bergabung dengan Bordeaux pada tahun 2009, Ciani telah menabur khidmat baktinya di Auxerre dan Lorient.

    Namun, beberapa fans Arsenal dan pengkritik percaya bahawa Wenger seharusnya melaburkan wangnya kepada bek yang lebih berpengalaman berbanding membawa masuk bek tengah muda yang mungkin memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan rentak di Liga Premier.

    Sedikit latar belakang Michael Ciani

    Nama penuh: Michael Ciani
    Tarikh lahir: 06 April 1984
    Tempat lahir: Clichy-sous-Bois, France
    Tinggi: 1.89 m (6 kaki 2 1⁄2 inci)
    Posisi: bek tengah


    Sunday, January 16, 2011

    Video Goals | West Ham 0-3 Arsenal

    West Ham United 0 : 3 Arsenal
    - : Robin Van Persie ('13), Theo Walcott ('41) & Robin Van Persie (pen '77)
    Vanue: Boleyn Ground, London
    Referee: Andre Marriner



    Sidang video bersama 'Man of The Match' Robin van Persie dan Theo Walcott selepas perlawanan berlangsung.



    Highlights - Gol-gol yang dijaringkan Robin van Persie (2 gol) dan Theo Walcott (1 gol), yang memberikan Arsenal terus kekal mengimpit Manchester United yang bakal berhadapan Spurs esok! Sementara Manchester City berjaya mengambil tampok teraju Liga selepas menumbangkan Wolves dengan 4-3.









    Saturday, January 15, 2011

    Preview Match |West Ham vs Arsenal: Berapa Kali Mau Suruh Bangkit The Gunners! Aduyai


    Preview Match | West Ham vs Arsenal, English Premier League


    Boleyn Ground, London
    Sabtu, 16 Januari 2011
    Astro (SuperSport 3) - Channel: 817/ 831
    Online: 01:30 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Andre Marriner
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 0 West Ham
    * Pertemuan kedua pasukan: 53: Arsenal menang, 33: West Ham menang, 38: Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: S-M-S-S-K
    * Prestasi terkini West Ham: S-M-K-M-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Szczesny
    Eboue - Koscielny - Djourou - Clichy
    Song - Wilshere
    Walcott - Fabregas - Nasri
    van Persie

    Subs: Shea, Gibbs, Denilson, Ramsey, Arshavin, Bendtner, Chamakh
    Denda: Sagna (pergantungan terakhir dari tiga)
    Kecederaan: Fabianski (bahu), Squillaci (hamstring), Diaby (betis), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles), Denilson (paha)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Baik berita! Ujian minggu ini menunjukkan bahawa tahap kecederaan Achilles Thomas Vermaelen bukan jangka panjang dan ia dalam proses pemulihan. Tapi ini belum cukup menyakinkan kerana kita tidak pasti, kembalinya Vermaelen mampukah dia terus mencapai prestasi asalnya.

  • Lukasz Fabianski diragukan keceergasannya dengan masalah bahu yang menimpanya begitu juga Denilson dengan masalah paha.

  • Sebastien Squillaci masih memerlukan tempoh rehat antara satu atau dua minggu dengan kecederaan hamstringnya. Abou Diaby terus disisihkan sementara dengan masalah betis. Manuel Almunia mungkin tidak akan dapat kita sakisikan lagi kelibatnya di barisan Arsenal.

  • Ini adalah pergantungan terakhir daripada tiga larangan perlawanan yang perlu dilalui Bacary Sagna.

  • Selain dari Eboue dan Szczesny di kesebelasan utama, tidak apa sebab yang boleh menyebabkan Wenger menggunakan kesebelasan sama yang mengalahkan Chelsea dan Birmingham City dan seri dengan Manchester City.

  • Arsenal belum menang di tiga perlawanan terakhir kini, ini antara terpanjang berturutan musim ini.

  • Arsenal akan menggunapakai jersi kuning untuk perlawanan esok ini kerana West Ham akan menggunakan warna merah darah. Untuk rekod, dalam 10 perlawanan musim ini mengenakan jersi kuning, Arsenal telah memenangi hanya tiga, seri tiga, dan tewas empat, termasuk Selasa lepas ketika perlawanan Piala Carling di Ipswich.



  • Info Terkini Disebalik Tabir West Ham

  • West Ham baru saja menyelesaikan menandatangani pinjaman enam bulan untuk Wayne Bridge dari Manchester City, mungkin, Ini mungkin kerana Hammers menghadapi sedikit masalah di bek sebelah kiri setelah terpaksa menggunakan bek tengah Matthew Upson untuk bermain di bek kiri pada selasa lepas.

  • Victor Obinna akan memulakan sesi pergantungan tiga perlawanan selepas kad merah yang diterimanya pada hari selasa.

  • Pemain yang mungkin bakal kembali dari cedera untuk West Ham termasuk Herita Ilunga (hamstring), Kieron Dyer (paha), Benni McCarthy (betis), dan Lars Jacobsen (tumit).

  • Pemain yang mengalamai kecederaan jangka panjang melibatkan Jack Collison (lutut), Manuel Da Costa (pergelangan kaki), Thomas Hitzlsperger (paha), dan Peter Kurucz (lutut).

  • West Ham telah memenangi empat perlawanan daripada 22 perlawanan yang dilalui di Liga Perdana musim ini, dan telah mengecapi kekalahan 5-0 di Newcastle terkini pertengahan minggu lalu.

  • West Ham ketika ini mengalami musim yang agak mendukacitakan apabila berada di pelosok dasar liga dengan 20 mata dengan tiga pasukan di atasnya Wolves, Aston Villa dan Wigan dengan masing-masing 21 mata.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Musim lalu di Boleyn Ground, West Ham berjaya mengikat Arsenal dengan 2-2 melalui jaringan Cole ('74) dan Diamanti ('80) untuk menukar defisit 2-0 selepas Arsenal mendahului di babak pertama.

  • Arsenal telah menebus kegagalan apabila merakan seri di Boleyn Ground, apabila bangkit menyingkirkan West Ham di Piala FA hasil jaringan dari Eduardo dan Aaron Ramsey untuk 2-1 pada musim lalu.

  • Musim ini, Song muncul wira menjaringkan gol tunggal pada minit ke-88 untuk membawa Arsenal sebagai pemenang dengan 1-0 pada 30 Oktober 2010.

  • Kemenangan terakhir yang diraih West Ham atas Arsenal pada bulan November tahun 2006 dengan 1-0, hasil jaringan Marlon Harewood pada minit ke-89.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Referee adalah Andre Marriner (West Midlands).

  • Marriner telah mengendalikan hanya satu perlawanan melibatkan Arsenal musim ini ketika menang 4-0 di Newcastle di pusingan keempat di Piala Carling.

  • Termasuk perlawanan ini, Ia adalah kali ketiga Marriner di Upton Park musim ini. beliau mengendalikan perlawanan ketika West Ham tewas 3-1 kepada Bolton dan seri 1-1 dengan Fulham.

  • Untuk rekod dari 19 perlawanan yang dikendalikan musim ini (15 Liga Perdana, 1 Championship, 1 Piala Liga, 1 FA Cup, dan Community Shield), Marriner telah mengeluarkan 68 kad kuning dan 3 kad merah.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Blackburn Rovers vs Chelsea, Stamford Bridge, London
  • Sabtu: Manchester City vs Wolverhampton Wanderers; City of Manchester Stadium, Manchester
  • Sabtu: Stoke City vs Bolton Wanderers, Stadium Britannia, Stoke-on-Trent
  • Sabtu: West Bromwich Albion vs Blackpool, The Hawthorns, West Bromwich
  • Sabtu: Fulham vs Wigan Athletic; Stadium DW, Wigan
  • Ahad: Birmingham City vs Aston Villa; St Andrew, Birmingham
  • Ahad: Sunderland vs Newcastle United; Stadium of Light, Sunderland
  • Ahad: Liverpool vs Everton, Anfield, Liverpool
  • Ahad: Tottenham Hotspur vs Manchester United; White Hart Lane, London
  • Thursday, January 13, 2011

    Match Report | Ipswich 1-0 Arsenal: Tamas Priskin muncul wira Ipswish Town

    Ipswich Town 1 : 0 Arsenal
    Tamas Priskin ('78) : -
    Vanue: Portman Road, Ipswich
    Referee: Martin Atkinson



    Match Report | Ipswich 1-0 Arsenal

    Ipswich telah memberikan dirinya peluang besar mencapai tiket final Piala Carling setelah mencipta kejutan menang 1-0 atas Arsenal di leg pertama semi final di Portman Road.

    Town telah yang membuat keputusan drastik memecat pengurusnya Roy Keane minggu lalu. Sementara, Paul Jewell yang baru dilantik sebagai pengganti telah melakukan kerjanya dengan baik untuk tugasan awalnya. Jaringan tunggal dari Tamas Priskin pada 14 minit sebelum masa tamat sudah cukup memberikan memori terindah buat kelab dari Liga Championship dan Paul Jewell khasnya.

    Setiap Pencinta Arsenal pastinya mengharapkan untuk mengulangi kemenangan yang dilakarkan Chelsea 7-0 ketika membelasah pasukan jolokan Tractor Boys ini ketika di Piala FA pada minggu lepas - tetapi seharusnya Arsenal yang patut menyalahkan diri mereka sendiri kerana kegagalan mereka untuk memberikan aksi yang terbaik dan bersemangat sehingga ke akhir perlawanan. Ini boleh dianggap sebagai persembahan terburuk yang diperagakan anak buah Wenger! Tidak belajar dari perlawanan dengan Leeds yang minggu lepas!

    Arsenal berada dibawah par prestasi sebenar dengan Ipswich gigih menampilkan aksi terbaik yang ada pada mereka. Sejumlah peluang yang terhidang digagalkan dengan barisan serangan Arsenal yang gagal mencari sentuhan gol, permainan bola sepak bukanlah sekadar menguasai bola semata-mata, keutamaannya adalah jaringkan gol!

    Bos Gunners Arsene Wenger awal-awal lagi dilihat menampakkan keseriusannya terhadap kejohanan Piala Carling ini apabila menerjunkan senarai nama pemain yang kuat dalam perlawanan pagi tadi tetapi mereka gagal untuk menampilkan aksi sebenarnya di Portman Road - dengan kapten Cesc Fabregas juga mensia-siakan peluang terbaik mendahului perlawanan dari cubaannya pada jarak enam meter.

    Kredit buat keeper muda Szczesny yang menyelamatkan usaha akhir Carlos Edwards dan jika tidak pastinya situasi pasukan Arsene Wenger akan bertambah buruk untuk memadamkan defisit gol di Emirates pada leg kedua 25 Januari 2011 nanti.

    Bos Wenger, ketika mengulas selepas perlawanan, dimana kini Arsenal perlu gigih untuk merebut tiket ke Wembley, hanya memberikan ucapan tahniah kepada Ipswish:-

    “Ipswich did fine for this win. I congratulate them,”

    “Of course I am disappointed with the performance. Ipswich defended with heart and intelligence, and they gave us problems on the counter-attack.

    “You have to give a lot of credit to Ipswich. We were not sharp and we were not creative, but I don’t think that we were complacent.

    “Every single pass was a problem for us. We were below our usual level in every department.

    “I believe that we will turn it around in the second leg, but we have had a warning tonight.

    “We need an improved performance in the second leg,”

    Selepas ini, setiap perlawanan akan bertambah padat dan penting, kita nampaknya mencari jalan sukar! Ia berlaku di Champion League apabila bermula dengan cemerlang tetapi menamatkan perlawanan peringkat kumpulan dengan cara sukar! dan akhirnya kita menempah laluan bertemu Barcelona! begitu juga di Piala FA, apabila menambahkan aksi untuk pusingan ke-2 selepas seri dengan Leeds di Piala FA. Kini berlaku di Piala Carling, perlu gigih di Emirates!
    Bek tengah yang sihat ada dua jer, Djourou dan Koscielny! Kot kalau salah sorang pulak yang injed! Cemano!

    Barisan pemain kedua pasukan:

    IPSWICH (4-1-4-1): Fulop; Peters, McAuley, Delaney, O'Dea; Kennedy; Edwards, Norris, Healy, Wickham; Priskin (Murray '89). Sub (tidak digunakan): Lee-Barrett, Smith, Eastman, Civelli, Lambe, Hourihane.

    ARSENAL: (4-2-3-1): Szczesny; Eboue, Djourou, Koscielny, Gibbs; Wilshere (Song '68), Denilson ; Walcott, Fabregas, Arshavin (Vela '81); Bendtner (Chamakh '69). Sub (tidak digunakan): Ramsey, Eastmond, Miquel, Shea.

    Kehadiran penonton: 29,146


    Wednesday, January 12, 2011

    Preview Match | Ipswich Town vs Arsenal: Menuju Wembley


    Preview Match | Ipswich Town vs Arsenal, Carling Cup

    Portman Road, Ipswich
    Khamis, 13 Januari 2011
    Astro (SuperSport 3) - Channel: 817
    Online: 03:40 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Martin Atkinson
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 2-0 Ipswich Town (21 April 2002)
    * Pertemuan kedua pasukan: 29: Arsenal menang, 17: Ipswich Town menang, 11: Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-S-M-S-S
    * Prestasi terkini Ipswich Town: K-K-S-K-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Piala Liga (Separuh akhir : Leg Kedua):
    Selasa, 25 Januari 2011 di Stadium Emirates

    Ramalan Line-Up

    Szczesny
    Eboue - Koscielny - Djourou - Gibbs
    Denilson - Wilshere
    Bendtner - Rosicky - Arshavin
    Chamakh

    Sub: Fabianski, Miquel, Song, Ramsey, Nasri, Fabregas, van Persie
    Denda: Sagna (pergantungan kedua dari tiga)
    Kecederaan: Squillaci (hamstring), Diaby (betis), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kapten dari skuad simpanan juga selaku centre-back Ignasi Miquel dijangkakan akan dipanggil untuk pasukan utama, setelah Sebastien Squillaci mengalami kecederaan hamstring pada hari Sabtu lepas.

  • Jay Emmanuel-Thomas, Craig Eastmond, dan Conor Henderson semua terlibat dalam kekalahan besar 10-1 dalam skuad simpanan Arsenal hari Isnin, sebahagian besar skuad simpanan Arsena perlu bermain 10 orang selepas George Brislen-Hall dikenakan kad merah pada minit ke-11 ketika melawan skuad simpanan Aston Villa.

  • Wenger masih belum membuka mulut, pasukan yang akan diturunkan samada ingin memulakan skuad penuh pemain utama atau menurunkan skuad B yang mencatatkan keputusan seri dengan Leeds, aku menjangkakan Wenger akan meletakkan skuad B, sementara beberapa pemain utama akan diletakkan di bangku simpanan, untuk memberikan tempoh rehat secukupnya kepada pemain utamanya bagi menempuh tempoh pertandingan yang padat selepas ini.

  • Selain Squillaci, tidak ada sebarang kecederaan pemain yang menyelubungi kem Arsenal setakat ini.

  • Arsenal mencatatkan tiga keputusan seri dalam empat perlawanan terakhir terkini, selepas mengharungi 21 perlawanan liga setakat ini.

  • Memori: Sudah terlalu lama, Piala FA 2005 yang merupakan piala terakhir yang dibawa Wenger buat Arsenal



    Info Terkini Disebalik Tabir Ipswich Town

  • Setelah pemecatan pengurus, Roy Keane pada beberapa minggu lalu, Ipswich bertandang ke Stamford Bridge untuk perlawanan Pusingan 3 di Piala FA menentang Chelsea pada hari Ahad, keputusan akhir Ipswich dibelasah 7-0.

  • Ipswich Town hanya mencatatkan satu kemenangan dari lima perlawanan terkini di Liga Championship. Satu kemenangan yang dimenangi ketika menewaskan Leceister dengan 3-0.

  • Sebelum mereka menang 3-0 atas Leicester City pada 18 Disember 2010, Ipswich telah mengalami tujuh kekalahan secara berturutan.

  • Ipswich memerlukan masa tambahan dalam dua pusingan pertama kejohanan Piala Carling ini, ketika mengalahkan Exeter City dan Crewe Alexandra. David Norris muncul wira selepas menyumbat gol kemenangan pada kedua perlawanan tersebut.

  • Perjalanan Ipswich dalam Piala Carling ini boleh dianggap mudah apabilla Ipswich hanya dipertemukan dengan West Bromwich Albion yang merupakan satu-satu kelab dari Premier League.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Ini adalah kali ketiga Arsenal akan bertemu Ipswich Town di Piala Carling. Kali terakhir berlalu pada tahun 1970, Arsenal mencatatkan seri 0-0 di Ipswich sebelum menang 4-0 di Highbury.

  • Pertembungan terakhir Arsenal dengan Ipswish adalah ketika di Liga Perdana pada musim 2001/02. Arsenal memenangi kedua-dua perlawanan dengan 2-0. Freddie Ljungberg muncul pemusnah apabila menjaring tiga daripada empat gol. satu hadir dari gol Thierry Henry menerusi sepakan penalti di Portman Road.

  • Kejayaan terakhir Ipswich Town ke atas Arsenal pada 01 November 2000 dengan kemenangan 2-1 di Highbury. James Scrowcroft melakukan jaringan minit-minit akhir perlawanan pada minit ke--89. The Gunners waktu itu dianggotai Sylvain Wiltord, Matthew Upson, Ashley Cole dan Christopher Wreh.

  • Info menarik pengadil perlawanan, Phil Dowd.

  • Pengadil adalah Martin Atkinson (West Yorkshire).

  • Paling diingati! Atkinson mengendalikan perlawanan Arsenal ketika seri 1-1 Arsenal di Liverpool (Laurent Koscielny dikenakan kad merah) dan menang ke atas Birmingham dengan 2-1 (Jack Wilshere dikenakan kad merah).

  • 18 Februari 2009 adalah perlawanan terakhir kali Atkinson mengawal perlawanan melibat Ipswich Town di Portman Road, Ipswich Town menang ke atas Nottingham Forest 2-1.

  • Sekitar perlawanan lain

  • Selasa: Piala Carling (Separuh akhir): West Ham United vs Birmingham City; Boleyn Ground, London
  • Rabu: Liga Perdana: Blackpool vs Liverpool; Bloomfield Road Blackpool
  • Monday, January 10, 2011

    Transfer Rumours + Injury News | Squillaci Cedera, Jadi Siapa Bek Baru Wenger Perlu Angkut?


    Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkemungkinan akan memasuki pasaran pemain untuk bulan januari secara aktif untuk membeli centre-back baru selepas perkhabaran terkini masalah kecederaan hamstring Sebastien Squillaci membuktikan ada kemungkinan ia serius.

    The Gunners yang bakal berhadapan Ipswich di Piala Carling untuk leg pertama semifinal di Portman Road pada Rabu malam kini hanya bergantung harap hanya dua bek tengah yang cukup sihat [Laurent Koscielny dan Johan Djourou], ia setelah Squillaci disahkan mengambil kecederaan hamstring ketika seri 1-1 di pusingan ketiga Piala FA ketika melawan Leeds , Arsenal terlepas dari menerima aib setelah diselamatkan penalti dari kapten Cesc Fabregas untuk menyelamatkan Arsenal terkeluar dari kejohanan Piala Carling.

    Memandangkan Thomas Vermaelen masih belum cukup terbukti fit, Wenger harus bertindak pantas untuk memback-up kekurangan di bahagian centre back sekiranya Squillaci bakal terlepas aksi untuk jangka panjang.

    Wenger ketika mengulas mengenai keadaan terkini yang melanda bahagian pertahanannya itu:-

    "If we only have two centre-backs then that cannot work with the number of centre-backs we have,"

    "If Squillaci has a problem then we must quickly go out for a player."

    Walaubagaimanapun, Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa nama yang berkemungkinan antaranya:

    Gary Cahill
    Bek dari Bolton ini telah sering kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Emirates, tetapi kehadiran ke Emirates berkemungkinan tipis ini kerana Trotters telah awal-awal menyatakan bahawa mereka tidak akan bersedia untuk menjual Cahill kurang daripada £ 20 juta.

    Per Mertesacker
    Arsenal juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan bintang pertahanan tengah tinggi lampai Jerman, Per Mertesacker ini di jendela perpindahan pemain musim panas lalu, bek Bremen mempunyai kelebihan dari faktor pengalamannya tetapi terkekang kerana sekiranya beliau dibawa masuk, Mertesacker tidak layak untuk bermain di Liga Champions kerana telah bermain dengan Bremen.

    Phil Jagielka
    Merupakan satu lagi pilihan yang berpotensi yang juga sekian lama dikaitkan dengan Arsenal ialah bek Everton Phil Jagielka yang mungkin akan menjadi alternatif termurah dan bersesuaian dengan plan 'penjimatan berbelanja' Wenger selain juga bersedia untuk dimainkan di Liga Champions.

    Sol Campbell
    Oh! Tidak! Tapi Sol dinamakan mempunyai potensi dibawa masuk sekali lagi selepas bekas bek Arsenal ketika ini dikatakan tidak 'bahagia' di Newcastle, Wenger mungkin merasakan menandatangani bekas bek Gunners sesuai untuk prospek jangka pendeknya, mirip dengan situasi ketika ia ditandatangani pada akhir musim lalu.











    Related Posts with Thumbnails