Showing posts with label Per Mertesacker. Show all posts
Showing posts with label Per Mertesacker. Show all posts

Tuesday, May 1, 2012

Signing Baru | Per Mertesacker ucap "Welcomes Lukas Podolski to Arsenal"

 Welcome Podolski....

Semua sudah tahu....Lukas Podolski akhirnya dengan rasmi ke Arsenal untuk menganas pada kempen musim depan. Harapnya la! Ini merupakan pembelian awal dari Prof! Setelah rumours ini menajdi bualan hangat di media dalam beberapa bulan terakhir ini, striker yang memiliki 95 caps antarabangsa bersama Jerman ini akhirnya memutuskan berlabuh ke Emirates dengan nilai £11 juta.

Harap keseriusan yang ditunjuk The Prof ini...membuat suntikan awal yang berkualiti dengan kemasukan Lukas ini sekaligus akan menaikkan semangat berpasukan, meningkatkan persaingan dan  memberi kita harapan untuk mencabar dan menyambar saingan kejuaraan musim depan dengan lebih padu.

Ikut statistik memang sedap mata memandang...Statistik beliau pun bukan calang-calang! Kira menakjubkan jugalah!. Dalam dua musim terakhir dengan Cologne dia dimainkan 63 kali, dan mampu menjaringkan 33 gol dan membuat 13 asisst. Walaupun bila kita sorotkan sedikit sejarah beliau di Bayern Munich, ketika ini beliau agak tenggelam! namun dengan 32 permainan dalam dua musim terakhir, beliau mampu milik menjaringkan 19 gol dan melakukan 12 asisst.  Bila kita buat skit perbandingan, 60 penampilan terakhir Theo Walcott, Enjin pemecut kita ini telah berjaya melakukan 22 gol dan 16 asisst.

Walau bagaimanapun. ketibaan Podolski ini diharap bukan hanya menjadi satu isyarat kepada para penyokong. Kita harus menamatkan penantian 7 tahun tanpa "cawan" (cup)





Kini Ia pasti: Podolski ketika mengenakan jersi Arsenal selesai perlawanan persahabatan musim lalu

 

Saturday, January 28, 2012

Pic Of The Day | Mertesacker's BRILLIANT Goal Line save! vs Man. United

Super duper clearance dari Per Mertesacker. PErgh...Ingat Tony Adams...huhu





Friday, October 28, 2011

Pic Of The Day | Training The Gunners vs Chelsea

Training The Gunners vs Chelsea @ 29.10.2011

  • The Prof kelihatan seperti merangka taktikal untuk menggunakan kepantasan OX Chambo! bagi memerangkap barisan tua Chelsea

  • Captain van Persie nampak ceria dan santai! - Aku cuma harap dia tak injed jerk!

  • Vice Captain, Vermaelen dilihat berada dalam sesi latihan penuh, adakah kita akan melihat kombinasi Per Mertesacker + Vermaelen

  • Arshavin mungkin aku rasakan lebih relevan diturunkan melihatkan formnya sejak game mutakhir ini, berbanding Walcott yang hanya lari cam tak cukup tanah, tapi zero impak! buntu...

  • Jenkinson sudah boleh berlari - berita baik! Djourou sebagai alternatif mengisi slot Sagna, aku masih rasa kubu Arsenal tak berapa nak selamat...entahlah!

  • kredit: arsenal.com

    Wednesday, September 7, 2011

    Injury News | Vermaelen MC lagi

    Bencana!


    Santau hantu bonceng terus menyelubungi kem Arsenal selepas episod malang di'rendang' raya dek Manchester United 8-2 tempohari, ditambah pula khabar berita dengan kehilangan anak muda harapan Jack Wilshere yang cedera dan perlu rehat antara 2-3 bulan. Dan terkini mari pula satu lagi berita kecederaan pada bek boleh harap Thomas Vermaelen yang diimpikan dapat dipasangkan dengan pembelian baru Wenger Per Mertesacker pada game akan datang menentang Swansea - nampak tidak menjadi kenyataan.

    Vermaelen dilaporkan mengalami kecederaan otot lanjutan dari kecederaan Achilles panjang sebelum ini dan dijangka sukat mungkin rehat setidak-tidaknya selama sebulan.

    Vermaelen mula mendapat kecederaan itu ketika The Gunners meraih kemenangan ke atas Udinese pada play-off Liga Champions, dua minggu lalu. Akibatnya dia juga tidak turut bermain ketika Arsenal dilaukkan United 8-2.


    Sunday, September 4, 2011

    Arsenal Squad | Arsenal FC senarai pemain musim 2011-2012

    Mengharungi Cabaran 2011/12...


    Arsenal akhirnya memuktamadkan senarai daftar 22 pemain seniornya bagi membawa cabaran untuk musim 2011-12. Ini termasuklah 5 signing terbaru saat akhir iaitu Mikel Arteta, Yossi Benayoun, Per Mertesacker, Andre Dos Santos dan Park Chu Young. Barisan kali ini menampilkan beberapa perubahan dalam skuad bimbingan Arsene Wenger musim ini dengan pemergian juga pelepasan beberapa tonggak yang sentiasa dipercayai The Prof sebelum ini seperti Cesc Fabregas, Samir Nasri, Clichy serta lain-lain Eboue, Bendtner & Denilson.

    Sementara, pemain yang dilahirkan pada atau selepas 1 Januari 1990 pula tidak perlu dimasukkan ke dalam skuad dan boleh digunakan sesuka hati pada bila-bila masa.

    Skuad Arsenal (simbol (*); pada nama adalah pemain berstatus 'Home Grown' dan berumur lebih 21 tahun):

    Keeper: Manuel Almunia, Mannone * Vito, Lukasz Fabianski
    Pertahanan: Johan Djourou * Kieran Gibbs *, Laurent Koscielny, Per Mertesacker, Bacary Sagna, Thomas Vermaelen, Andre Santos, Sebastien Squillaci
    Tengah: Andrei Arshavin, Mikel Arteta, Yossi Benayoun, Abou Diaby, Tomas Rosicky, Alex Song *
    Serangan: Gervinho, Robin van Persie, Marouane Chamakh, Park Chu-Young, Theo Walcott *

    Wojciech Szczesny, Aaron Ramsey, Jack Wilshere, Emmanuel Frimpong dan Carl Jenkinson pula diletak pada senarai pemain bawah 21 tahun untuk menjimatkan senarai 25 pemain.

    sumber: premierleague

    Thursday, September 1, 2011

    Transfer News | Welcome Mikel Arteta, Per Mertesacker, Andre Santos, Chu Young Park & Yossi Benayoun

    Sulah Mali.....amekawww sekaligus 5

    Dua hari punya kerja, lima nama Wenger hangkut lepas geram - Mikel Arteta, Per Mertesacker, Yossi Benayoun, Andre Santos & Chu Young Park.

    Paling best ini Arteta, ada darah 'Barcelona DNA' mau nanti kena claim balik dengan Barcelona..chisss, Untuk rekod signing musim ini, yuran perpindahan tertinggi di buat Wenger & Co jatuh kepada Chamberlain


    8. Mikel Arteta




    4. Per Mertesacker




    11. Andre Santos



    9. Chu Young Park



    30. Yossi Benayoun



    Sementara itu, budak signing baru Joel Campbell telah dihantar atas terma pinjaman untuk FC Lorient, manakala beberapa anak muda lain termasuklah Gilles Şunu yang kelab Perancis dan Nicklas Bendtner dipinjamkan ke Sunderland.

    Semoga berjaya Arsenal FC

    Monday, August 8, 2011

    Transfer News | Arsene Bersiap Bawa Pemain Super Quality ke Emirates


    Super Quality?: Kehadiran Per Mertesacker dijangkakan mampu tampung kerapuhan benteng Arsenal

    Ditanya tentang transfer, Wenger menjawab:

    "Ideally I would have finished all [our business], but it doesn't work like that, We work very hard, we are non-stop working throughout the summer."

    "It's all kinds of things you meet during the transfer market, but I can understand the impatience of people."

    Wenger juga menambah;

    "We want to add not quality, but super quality. We hope to give you some good news soon. Next week, something might happen."
    Berikut ada beberapa senarai pemain yang dikaitkan dengan Arsenal sejak kebelakangan ini:-

    Phil Jagielka (Everton), Gary Cahill (Bolton), Christopher Samba (Blackburn), Scott Dann (Birmingham), Joel Campbell (Saprissa) dan terkini Per Mertesacker (Werder Bremen)- Adakah senarai ini cukup menepati piawaian status 'super quality' yang dinyatakan Wenger untuk dibawa ke Emirates!

    Mertesacker dilaporkan sekitar £6 juta

    Werder Bremen secara kasar menyatakan sedia mendengar sebarang tawaran dari kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Per Mertesacker yang bakal memasuki tahun akhir kontraknya, Ini termasuklah Arsenal yang sebelum ini penah meluahkan hasrat serius untuk membawa bintang yang sudah mengkoleksikan penampilan 75 caps bersama skuad kebangsaan Jerman.

    Dalam situasi serba payah dalam menyelesaikan kemelut untuk memperoleh persetujuan bagi mendapatkan Phil Jagielka dari Everton dan Chris Samba dari Blackburn. Oleh itu! Nampaknya, mungkin Arsene dan Arsenal boleh mengalih tumpuan yang tampak agak baik untuk menandatangani bintang antarabangsa Jerman yang berusia 26 tahun ini.

    Merujuk kepada kenyataan Bremen General manager, Klaus Allofs:

    “We are willing to discuss a transfer for Per.

    “We have promised him we will listen to serious offers.”

    Monday, January 10, 2011

    Transfer Rumours + Injury News | Squillaci Cedera, Jadi Siapa Bek Baru Wenger Perlu Angkut?


    Pengurus Arsenal Arsene Wenger berkemungkinan akan memasuki pasaran pemain untuk bulan januari secara aktif untuk membeli centre-back baru selepas perkhabaran terkini masalah kecederaan hamstring Sebastien Squillaci membuktikan ada kemungkinan ia serius.

    The Gunners yang bakal berhadapan Ipswich di Piala Carling untuk leg pertama semifinal di Portman Road pada Rabu malam kini hanya bergantung harap hanya dua bek tengah yang cukup sihat [Laurent Koscielny dan Johan Djourou], ia setelah Squillaci disahkan mengambil kecederaan hamstring ketika seri 1-1 di pusingan ketiga Piala FA ketika melawan Leeds , Arsenal terlepas dari menerima aib setelah diselamatkan penalti dari kapten Cesc Fabregas untuk menyelamatkan Arsenal terkeluar dari kejohanan Piala Carling.

    Memandangkan Thomas Vermaelen masih belum cukup terbukti fit, Wenger harus bertindak pantas untuk memback-up kekurangan di bahagian centre back sekiranya Squillaci bakal terlepas aksi untuk jangka panjang.

    Wenger ketika mengulas mengenai keadaan terkini yang melanda bahagian pertahanannya itu:-

    "If we only have two centre-backs then that cannot work with the number of centre-backs we have,"

    "If Squillaci has a problem then we must quickly go out for a player."

    Walaubagaimanapun, Arsenal telah dikaitkan dengan beberapa nama yang berkemungkinan antaranya:

    Gary Cahill
    Bek dari Bolton ini telah sering kali dikaitkan dengan perpindahannya ke Emirates, tetapi kehadiran ke Emirates berkemungkinan tipis ini kerana Trotters telah awal-awal menyatakan bahawa mereka tidak akan bersedia untuk menjual Cahill kurang daripada £ 20 juta.

    Per Mertesacker
    Arsenal juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan bintang pertahanan tengah tinggi lampai Jerman, Per Mertesacker ini di jendela perpindahan pemain musim panas lalu, bek Bremen mempunyai kelebihan dari faktor pengalamannya tetapi terkekang kerana sekiranya beliau dibawa masuk, Mertesacker tidak layak untuk bermain di Liga Champions kerana telah bermain dengan Bremen.

    Phil Jagielka
    Merupakan satu lagi pilihan yang berpotensi yang juga sekian lama dikaitkan dengan Arsenal ialah bek Everton Phil Jagielka yang mungkin akan menjadi alternatif termurah dan bersesuaian dengan plan 'penjimatan berbelanja' Wenger selain juga bersedia untuk dimainkan di Liga Champions.

    Sol Campbell
    Oh! Tidak! Tapi Sol dinamakan mempunyai potensi dibawa masuk sekali lagi selepas bekas bek Arsenal ketika ini dikatakan tidak 'bahagia' di Newcastle, Wenger mungkin merasakan menandatangani bekas bek Gunners sesuai untuk prospek jangka pendeknya, mirip dengan situasi ketika ia ditandatangani pada akhir musim lalu.











    Related Posts with Thumbnails