Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Wolverhampton Wanderers 0 : 2 Arsenal - : Marouane Chamakh ('37sec & '90) Vanue: Molineux, Wolverhampton Referee: Mark Halsey
Match Report | Wolverhampton Wanderers vs Arsenal, English Premier League
Arsenal tidak mudah putus harapan apabila bangkit semula selepas mengalami kekalahan dalam dua perlawanan sebelumnya kepada shaktar Donestsk dan Newcastle United yang menjadikan skuad bimbingan Arsene wenger itu mula dikritik kemampuannya bagi mengejar kejuaran Liga Perdana musim ini. Sepasang gol datangnya dari striker Maghribi Marouane Chamakh pada di awal-awal permaianan dan di hujung permainan memberikan tiga mata berharga buat Arsenal.
Permainan ini sebenarnya tidak semudah yang dijangkakan kalau dilihatkan kepada catatan gol yang tertera di Papan mata. The Gunners kerap dipaksa berkerja keras sepanjang 90 minit dari Wolves apabila mereka memberikan aksi melawan yang bertenaga.
Arsenal seperti biasa, cuba menekan tempo permainan lancar dengan lebih awal melalui hantaran pendek, berbekal dengan gaya permainan tersebut, Gol pertama berjaya di jelmakan hanya 37 saat selepas wisel permulaan dibunyikan Mark Halsey. Dari tindakan sebelah sayap kanan, Song menyilang bola lambung sempurna tepat ke dalam kotak penalti Wolves, dan Chamakh yang berada pada situasi dan masa yang tepat langsung menggunakan kemahiran tandukannya untuk memberikan Arsenal gol awal yang juga mencatatkan rekod sebagai antara gol terawal di Liga Perdana. Kedudukan terus kekal 1-0 sehingga tamat babak pertama.
Dia awal 20 minit pertama berlalu dengan Wolves hanya banyak mengejar bola dengan Arsenal mengawal sepenuhnya penguasaan bola. Namun, selepas itu, pasukan tuan rumah mula mendapat rentak dengan permainan berbeza dengan beberapa permainan keras di tengah padang terutamanya dari Karl Henry, dan wolves juga memperolehi beberapa peluang baik untuk mendapatkan gol penyamaan tapi tidak berjaya disempurnakan termasuk digagalkan pertahanan Arsenal dan aksi hebat Fabianski.
Masuk di awal babak kedua, rentak permainan masih mirip dengan permainan akhir babak pertama, dengan wolves hampir mendominasi peluang, sementara Arsenal terus kekal dengan permainan hantaran-hantaran pendek seperti mahu bergantung harap kepada gol yang satu untuk memberikan bekalan tiga mata di bawa pulang ke Emirates.
Namun Fabregas nyata beruntung apabila nyaris-nyaris tidak dikenakan tindakan buang padang apabila melakukan terjahan lambat ke atas Ward di 5 minit terakhir permainan. Terjahan yang sepatutnya menghadiahkan kad merah tapi Fabregas hanya dikenakan kad kuning. - Terima kasih Mark Halsey!
Sehingga ke akhir-akhir minit permainan, Wolves terus mengancam kubu Arsenal. Dan Clichy dilihat bermain dengan baik untuk menghalang cubaan Ebanks-Blank, dan tindakan kemas berkelas dunia Fabianski apabila menyelamat cubaan dari Doyle yang mampu menghadirkan gol buat Wolves.
Setelah itu, hasil dari satu gerakan berpunca dari Fabregas yang mengumpan kemas ke Chamakh yang tenang menyumbat bola melewati Hahnemann. Arsenal menutup permainan 2-0 dan meletakkan Arsenal menambah ke 23 mata keseluruhan untuk berkedudukan di tangga ke tiga ketinggalan satu mata di belakang Manchester United yang seri tanpa jaring dengan Manchester City - Boring! Boring!. Ketinggalan lima mata kepada pendahulu liga Chelsea.
Fabianski Kamu kini dari Flappyhandski bertransfomasi ke Safehandski? Syabas!
Sejujur-jujur kata; Apakah ada PenCinta Arsenal di luar sana yang boleh dengan jujur mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengkritik, mengkondem, mencaci-caci sayang Lukasz Fabianski sejak akhir musim lalu? Semua orang tahu samada kawan lawan mahupun lawan, sering kita tidak pernah mempercayai apa yang istimewa pada pada Lukasz Fabianski ini, serius la aku katakan, aku sendiri tak nampak! walaupun Wenger sering mengatakan ketika training mamat ini sering memberikan aksi-aksi 'berkelas dunia' tapi tu la dia bila bagi main, cuma bayangan kelas Tadika yang dihidangkan kat aku? Mau tak mensirap aku! huhuh...Yang jelas kelihatan aku nampak muka gelabah, cuak, ragu-ragu, serba salah, sindrom down, goyang, gigil dan pelbagai lagi sehingga ada PenCinta Arsenal yang mengelarkannya dengan pelbagai nama samaran seperti Flappyhandski, Flipskipping, Silap-silap Tak Skit banyak itu Fabianski.
Tapi itulah hukum dunia begitu dalam sukan bola sepak kan, "bila di atas kau akan sering diangkat dan dipuji, tapi apabila dibawah kau akan dipijak dan dihina nestapa". sama ketika Almunia ketika ingin merampas jersi no.1 dari Jens Lehman, memang terbaik hanya dari Almunia, dah tak nampak sapa dah! tapi sekarang sudah ada suara-suara yang kedengaran, Almunia harus dilepaskan pergi pada tertingkap perpindahan Januari yang bakal dibuka nanti untuk memberikan jersi no.1 secara tetap kepada wira baru Lukasz Fabianski.
Sebelum ini, Walau dengan azimat "In Arsene We Trust" terpahat dijiwa raga - untuk hal ini, Aku juga payah sangat nak percayai dengan kenyataan penuh muka yakin Wenger yang sering berulang tayang menegaskan penjaga gol berbangsa Poland itu ber"Kelas Dunia" dan mengatakan bahawa ia akan membuktikannya satu hari nanti. Bahkan ketika Wenger mengatakan Lukasz akan berada di gawang menggantikan Almunia samada kerana kecederaan atau untuk direhatkan terutamanya selepas Wenger memberikan kesempatan pada Fabianski selepas aksi lunyai dari Almunia dengan West Brom.
Berikut adalah antara kata-kata Wenger mengenai Fabianski yang akan diberikan kesempatan bermain menentang Partizan Belgrade, ketika PenCinta Arsenal terus ragu-ragu untuk mempercayai krebiliti yang ada pada anak buahnya itu: -
"Dia mendapat kesempatan lagi untuk menunjukkan betapa baiknya dia.
"Hanya ada satu cara untuk menunjukkan kepercayaan pada seorang pemain itu dengan menempatkan dia bermain dan memberinya kesempatan. Saya mempunyai keyakinan dalam dirinya.
"Sebagai pengurus, anda dapat memberikan peluang untuk pemain yang cukup baik - saya percaya bakatnya.
"Ini adalah kesempatan besar tetapi anda ingin kiper atau lain-lain pemain untuk diberikan kesempatan sedangkan anda sudah memilikinya."
Aku membalas "Ahhh! Bagi peluang pada Vito Mannone & Wojciech Szczesny la, alang-alang nak bagi kesempatan...sama rata laa....Aku tak nampak sesuatu apa kat Lukasz Fabianski ini...huhuh!" (pada suatu masa dulu la!)
Sekarang aku harus segera segan dan tersipu-sipu malu bak kumbang yang ingin dilamar rombangan sang bunga ke rumah...huhuhu! Permohonan kesilapan aku secara terbuka buat Wenger dan Fabiański, sama juga apa yang berlaku pada pemain kepercayaan Arsene Wenger sebelum ini seperti Diaby, Song. Denilson dan Eboue, The Professor tahu apa yang terbaik! Apa pun jika aku masih ada mengkritik pemain kepercayaan Wenger pada masa depan, itu hanyalah kritik-kritik sayang - dengan sekali nafaz, aku lafaz "In Arsene I Trust U Plus-Plus" huhuhu!
Sementara buat Fabianski, aksi ketika ini harus terus konsisten untuk terus menyakinkan aku dan PenCinta Arsenal yang dah mula berputik sayang ni kat ko! huhuhu
Jadi Ku Dendangkan Lagu ini, Untuk Wenger dan Fabianski Khasnya...huhuhu
Manchester City 0 : 3 Arsenal - : Samir Nasri ('20), Cesc Fábregas (pen miss '40), Alex Song ('66) & Nicklas Bendtner ('88) Vanue: City of Manchester Stadium, England Referee: Mark Clattenburg
Match Report | Manchester City vs Arsenal, English Premier League
Aksi dua budak nakal Samir Nasri dan Alex Song pedajal Emmanuel Adebayor...huhu
Samir Nasri, Alex Song dan Nicklas Bendtner masing-masing menghentam sasaran gol memberikan kelebihan buat Arsenal ke atas 10 pemain Manchester City, 3-0 di Eastlands.
Money City yang turun dengan reputasi tinggi sebagai pasukan di kedudukan kedua di Barclays Premier League, kelihatan seperti 'tidak boleh dihalang' untuk terus kekal mengapit rapat Chelsea yang terlebih awal memulakan aksi dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, Harapan mengunung setinggi duit Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, City tiba-tiba dikejutkan 'taufan megi kari' saat kad merah yang diterima Dedryck Boyata di awal 5 minit permainan selepas melakukan kekasaran terhadap Marouane Chamakh saat dia sedang berlari mengejar bola hantaran Cesc Fabregas.
Keadaan itu, terus memaksa City mengubah taktikal dengan ketiadaan bek tengah mereka - dengan James Milner kelihatan turun ke bawah sedikit mengisi slot bek kanan dengan Micah Richards dan Yaya Toure kelihatan bertukar ganti mengisi ruang di bek tengah, dan kemudiannya dilihat Boateng beralih ke posisi bek kanan, dan Gareth Barry pula bermain di bek kiri. City dilihat mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah di posisi belakang mereka kerana seperti kita tahu pemain City nampak 'serbaguna' mampu bermain pelbagai posisi.
Kekurangan seorang pemain tidak menunjukkan tanda-tanda Money City mengangkat bendera putih, mereka masih menawarkan ancaman dengan beberapa serangan dengan formasi 4-3-1-1, David Silva dilihat kunci kepada nakhoda untuk mengerakkan enjin City bersama Milner, Taktikal Mancini nampak berjaya apabila dilihatkan Arsenal yang dikepalai Cesc Fabregas, Alex Song dan Denilson dilihat sukar untuk bergerak, ia nampak sulit apabila jentera tengah Arsenal dikenakan kad kuning masing-masing Denilson di minit ke-8, Cesc Fábregas minit ke-27 dan Alex Song minit ke-33.
Arsenal selepas itu secara beransur-ansur mengatur gerak dan akhir Samir Nasri membuat The Gunners unggul 20 minit selepas bermain satu-dua dengan Andrey Arshavin sebelum melepaskan rembatan padu tanpa mampu dihalang Joe Hart. Gol itu ternyata mula memberikan 'nyawa' kepada permainan Arsenal secara keseluruhan dengan anak buah Wenger mula memperlihatkan hantaran yang menarik. Jelas berdasarkan gambaran dibawah Arsenal dilihat menguasai hantaran-hantaran bola penuh berbanding tuan rumah.
Fabregas hampir-hampir mengugurkan semangat Money City dengan lebih awal, apabila di hadiahkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Vincent Kompany pada minit ke-40, Nasib kurang baik buat Fabregas atau Joe Hart yang ketika itu berada dalam prestasi terbaik - gol gagal dijelmakan, bila Joe Hart bijak menghidu arah bola yang mahu ditujukan Fabregas. Bila dah jadi camni; aku mula teringatkan apa yang pernah diperkatakan Samir Nasir kenapa dia menolak untuk mengambil sepakan penalti ketika beliau dijatuhkan pada perlawanan dengan Sunderland (19 Sept 2010). Menurut Nasri; "kalau kita yang dijatuhkan guru bola dia pernah berpesan, jangan kita yang ambil sepakan penalti tersebut"; dan akhirnya Roscisky yang memikul tanggungjawab mengambil sepakan penalti tapi gagal. Aku rasa Fabregas patut memikirkan pendirian yang diguna pakai Samir Nasri ini. Aku juga merasakan Nasri wajib dikekalkan sebagai pengambil sepakan penalti no.1 Arsenal dan mungkin Fabregas ke.2. Tapi entahlah kan! kalau Nasri yang ambil sepakan itu dan kemudiannya gagal. Apa pulak ulasan aku ekk? huhuh!
Money City 0 - 1 Arsenal : Kedudukan selepas separuh masa pertama, hasil jaringan Samir Nasir yang merupakan gol ke tujuh peribadi dari sembilan penampilan.
Masuk babak kedua; Selepas dijampi Wenger di bilik persalinan, Arsenal mula menampakkan pengawalan bola yang besar, Dengan Tevez kelihatan kurang bermaya dan bernyawa! Jadi Mancini mengambil jalan mengeluarkan Tevez dan digantikan dengan Emmanuel Adebayor dengan harapan untuk mengulangi aksi berlari separuh gelanggang meraikan gol. huhu! Taktikal Mancini ini adalah sangat-sangat sesuai dengan situasi yang menimpa anak buahnya ketika itu selepas kekurangan seorang pemain, seperti yang kita ketahui type Tevez; dia ni striker yang perlukan sokongan tapi bilamana kekurangan seorang pemain Tevez sukar mendapat support untuk menembusi ke kubu Arsenal, sementara type Adebayor lebih kepada hold bola lebih kurang macam type Chamakh.
Leading time: Wenger...Wenger nengok tu kat skrin besar, gamba kita masuk TV la.....huhuhu!
Akhirnya gol kedua muncul yang dianggap sebagai gol pembunuh pemainan hadir pada minit ke-66 menerusi sepakan deras Alex Song, umpanan yang bermula dari Samir Nasri yang dituju buat Chamakh, ia tidak tepat ke arah Chamakh dan bola tersebut terkena halangan pertahanan City dan melantun, Song yang berada pada situasi tepat pantas memanfaatkan peluang tersebut. Pada kedudukan selesa 2-0 Arsenal mula mengubah gaya permainan yang lebih santai dengan banyak mengawal bola. Mancini jelas tidak seronok melihat permainan santai Arsenal itu, lalu mengambil langkah mengeluarkan Gareth Barry dan memasukkan bintang bernilai £23 juta Mario Balotelli bagi meningkatkan serangan City, keputusan mengikutkan hati Mancini itu itu memberikan kelebihan sebaliknya kepada Arsenal apabila ia membuka ruang tengah yang lebih luas untuk didominasi Arsenal.
WuYooo!!!! Fa'Best'ski : Salah satu aksi menyelamat tahap World Class daripada tiga aksi World Class Lukasz Fabianski yang diperkatakan di dada-dada akbar dan media massa dan mesia cetak. Konsisten Terus, Anda pasti mampu capai Keeper No.1. Terima kasih Fabianski! Kalau idak! pasti ada lagi aksi meraikan gol berlari separuh padang....huhu
Situasi itu jelas memberikan hasil buat Arsenal, hanya melalui satu hantaran dari Fabianski terus ke tengah ke arah Samir Nasri yang kemudian bijak mengawal bola dari garisan sebelum membuka ruang buat Nicklas Bendtner, Dengan ruang terbuka luas Bendtner hanya berdepan Joe Hart untuk ditewaskan, bintang Denmark itu mudah melorongkan bola ke ruang kiri Joe Hart untuk menempa nama sebagai penjaring gol ketiga Arsenal pada minit ke-88.
Hanya 5 minit: 1 peluang & 1 gol, satu comeback yang menarik Bendtner
Kesimpulan - Dengan prestasi Arsenal terkini kita masih belum boleh mengatakan yang kita sudah mempu untuk menakluki kejuaraan musim ini seperti yang diperkatakan Fabregas.
Berikut kenyataan yang dikeluarkan Fabregas ketika ditemubual Arsenal TV Online:
"It looks like after every win you have to say 'oh, you are more mature than last year', but it is just one more game, let's not get carried away,"
"Now we have the [Carling Cup] game against Newcastle, which is the most important one at the moment.
"The time to talk about if we have matured or are better than before will be at the end of the season.
"In football, you know what people will say when you win, and you know what people will say when you lose.
"You just have to keep focused on what you do, in training and in the game, give everything for the team and the rest is not up to you.
"We have a very good team, with lots of young players. We have to make it a great time by winning things."
Tapi kedudukan awal ini sudah kira cukup baik kerana kita masih dalam posisi sebagai salah sebuah pasukan pencabar untuk menjuarai Liga Perdana musim ini. - Mari kita akhirnya musim kemarau tanpa piala! Berbanding rekod terdahulu, kini kita memiliki tujuh mata dari pertemuan terakhir dengan Blackburn, Sunderland, Chelsea dan Manchester City. Musim lalu dari empat pertemuan awal dengan pasukan terbabit kita hanya mampu memiliki tiga mata sahaja:- 12-09-2009 - Man City 4-2 Arsenal 04-10-2009 - Arsenal 6-2 Blackburn 21-11-2009 - Sunderland 1-0 Arsenal 29-11-2009 - Arsenal 0-3 Chelsea
Kemenangan ini bermakna lif buat Arsenal kembali melonjak kedudukan top 4 pada posisi kedua liga, dibezakan dengan jumlah gol dengan City dengan kutipan mata yang sama.
Full Match Extended Highlights – 18:22 minutes [HD Autoplay]
Partizan Belgrade 1 : 3 Arsenal Cléo (pen '33) : Andrei Arshavin ('15), Marouane Chamakh ('71), Sebastien Squillaci ('82) Vanue: Stadion FK Partizan Referee: Wolfgang Stark
Match Report | Partizan Belgrade vs Arsenal, Champions League Group Matchday 2
Roar! Roar! Whofh! Whooffh! Meowww!!! Fuih! Keeper siapakah yang garang sangat tu? huhuhu! ehh..Paranormal mana yang merasuk Lukasz Fabianski?
Belum! Belum untuk aku mengatakan Fabianski sudah bersedia sepenuhnya mengenggam glove No.1 di Arsenal, aku tak kira berapa ramai atau beberapa blog lain yang mengatakan Fabianski harus diberikan peranan No.1 itu. Walau bagaimanapun, aku tetap akui dengan apa yang ditunjukkan Fabianski pada perlawanan semalam, Ia memang malam yang menjadi buat Fabianski. Satu permainan darinya yang sangat bagus! Kalau dah bagus! aku akan puji dan katakan ia memang bagus! Aku mahukan konsisten!
Satu malam yang serba menjadi buat Fabianski - menyelamatkan penalti Cleo
Setelah bencana Sabtu lalu, Arsenal memerlukan hembusan semangat baru, nafas baru!, yang tidak selalu semudah yang disangkakan ketika Wenger dan anak buahnya harus menempuh perjalanan yang panjang di kempen Liga Juara-Juara Eropah. Walau dalam suasana gundah-gulana kerana diselubungi beberapa tonggak utama yang tercedera, kita mampu mememenangi perlawanan di Serbia dengan pemain yang sedia ada yang bersedia menggalas tanggungjawab.
Arsene Wenger melakukan enam perubahan dalam kesebelasan utama berbeza dengan kesebelasan yang 'gagal' ketika tampil di Emirates menentang West Bromwich Albion hari Sabtu lepas. Berkat atau cuba meng'ada'kan kecederaan siku, Manuel Almunia memberikan Lukasz Fabianski bermula di gawang gol. Kieran Gibbs kembali dari cedera kaki dan bermula di benteng kiri kembali mengambil tempat Gael Clichy. Laurent Koscielny pula terperuk ke bangku simpanan bagi memberikan peluang buat Johan Djourou, satu percaturan mengejutkan lagi tidak dijangkakan dari Wenger. Abou Diaby tidak dibawa ke Serbia dan digantikan dengan Denilson, Jack Wilshere kembali diberikan peranan mengemudi jentera tengah mengambil tempat Emmanuel Eboue, dan Samir Nasri dikekalkan bagi membawa dimensi kreatif di bahagian serangan disamping menyokong Tomas Rosicky, yang dipertanggungjawabkan memakai lilitan kapten.
Nyatanya, Wilshere tampil dengan interaktif. Dialah yang menjadi creator kepada gol pembuka oleh Andrey Arshavin. "Aku mendapatkan bola dari Arshavin. Kemudian aku berusaha mengembalikannya. Ternyata ia berhasil," komen Wilshere untuk gol pertama Arsenal.
Tolakan ke belakang, sambil diperhatikan 5 pemain Partizan terkaku kagum! - Umpanan Jack Wilshere buat Arshavin untuk gol pertama
Arsenal sekadar mampu memimpin kira-kira lapan belas minit, Partizan pantas memanfaatkan peluang menyamakan kedudukan 1-1 selepas memperolehi sepakan penalti hasil belas ihsan Denilson. Cleo, striker dianggap maraberbahaya Partizan kelahiran Brazil, tenang melakukan tendangan ke sudut kanan sementara Fabianski gagal menduga tepat. Tidak ada kesalahan dari tindakan Fabianski itu, itu adalah merupakan sepakan penalti yang sempurna dari Cleo.
Arus mula membadai membawa bencana buruk buat pasukan tuan rumah pada minit ke-56, selepas Marouane Chamakh dikasari bek Partizan Marko Jovanovic seterusnya dikenakan kad merah. Menurut video ulang tayang, ia dilihat seperti satu bentesan kecil lagi lembut di antara kaki mereka, tetapi hanya pengadil yang menentu! kena pada kita redha la, kalau kena pada pihak lain begitu jugak kan! Partizan dipaksa meneruskan permainan dengan kekurangan seorang pemain. Bagaimanapun, Arsenal tidak bingkas mengambil keuntungan dari situasi tersebut, Andrei Arshavin gagal memainkan peranan selaku penendang sepakan penalti. Tak berkat kot! huhuhu!
Huh! Jatuh pun dalam kotak penalti...huhuu
Arsenal akhirnya berjaya juga memimpin lawan pada minit ke-70 selepas satu lambungan dari Rosicky tepat mencari kepala Marouane Chamakh. Tandukan Chamakh bagaimanapun tepat mengenai palang, tetapi ia melantun kembali dan diberikan kesempatan kedua Chamakh tidak mensia-siakan. Setelah itu, Chamakh digantikan oleh Carlos Vela.
Dari detik itu, Arsenal terus kekal kaku dengan 2-1 memimpin perlawanan tanpa adanya tambahan gol, walaupun memiliki penguasaan bola, tetapi masuk minit ke-82 satu sepakan sudut dari Samir Nasir pantas disambar Sebastien Squillaci dengan tandukan ke penjuru tiang, itu juga merupakan gol pertamanya sebagai The Gunner. dan kedudukan Arsenal mulai berubah memimpin 3-1.
Dua minit berselang, Partizan sekali lagi diberikan kesempatan merapatkan kedudukan, selepas pengadil perlawanan menunjukkan tanda sepakan penalti selepas Kieran Gibbs ditangkap melakukan kekasaran terhadap penyerang Partizan di kotak penalti. Ulang tayang video sekali lagi menunjukkan bahawa kekasaran itu terjadi di luar daerah, tetapi Wolfgang Stark, tetap bertegas pada keputusannya. Kali ini tidak buat penyokong Partizan untuk meraikan jaringan gol, apabila Fabianski kini sangat-sangat bersedia meneka ke kanan menghalang sepakan penalti Cleo.
Adeh! kan dah jatuh: Gibbs menjatuhkan pihak lawan di kotak penalti, jawabnya sepakan penalti la
Jadi, apa yang kita pelajari dari perlawanan di Stadion FK Partizan ini? Jack Wilshere sekali lagi, hebat, sementara Marouane Chamakh satu pembelian yang sangat berbaloi, memainkan peranan yang ditinggalkan Robin van Persie dengan baik, lagi pulak kakinya cukup keras dan kuat tak seperti van Persie - ini yang paling aku suka! Fabianski benar-benar berjaya menutupi dirinya dari di'kambing hitam'kan apabila menampilkan aksi yang penuh konfiden, tiada lagi mimik-mimik muka gelabahnya - konsisiten huh! Jangan satu hari hero esok lusa jadi zero! Kita tidak banyak masa sebelum berkunjung ke Stamford Bridge, perlu sedikit suntikan di benteng pertahanan dapat diselesaikan dengan kembalinya Thomas Vermaelen (tapi belum ada berita lagi Vermaelen bersedia untuk diturunkan ketika lawan Chelsea?) Apakah kita cukup belajar selepas melalui musim baru ini? Kesebelasan bagaimana dan corak pola apa yang bakal diguna pakai Wenger pada perlawanan penting ke Stamford Bridge pada hari minggu nanti.
Highlights setiap gol di Stadion FK Partizan. Enjoy!
Lagi Fabianski dapat Peluang Lagi dan Lagi, PenCinta Arsenal pula sentiasa dihantui..Ohh! Tidak
"Adakah ia secara kebetulan" - Selepas aksi 'lunyai' dari Manuel Almunia ketika tewas mengejut di tangan West Brom, Kemudian terkeluar berita kecederaan yang menimpa keeper utama Arsenal itu, Ini seterusnya membuka ruang kesempatan yang tidak terhingga, sekali lagi kepada Fabianski untuk membuktikan dirinya. Sudah berapa kali mau bukti daaa! Aduyai! Aku dah tak sanggup dah ini. Keeper kelahiran Poland ini dijangkakan akan menjadi keeper utama ketika saat Arsenal bermain di Serbia menentang Partizan Belgrade (Rabu ini)
Fabianski yang kini berusia 25 tahun, memang diakui mempunyai tahap kepercayaan diri sendiri yang sangat-sangat tinggi, begitulah juga tahap ketidakpercayaan dan keraguan PenCinta Arsenal di seluruh dunia juga sangat-sangat lah tinggi, Aksi terakhir yang dipertontonkannya ketika bersama Arsenal di Liga Champions ketika menghadapi Porto, dimana dia gugup dan jelas nampak kurang pengalaman untuk mengawal situasi diri dalam kancah yang lebih tinggi sehingga mengakibatkan Arsenal dibolosi dua gol mudah di kandang Porto.
Demikian juga kesinambungan aksi longlainya berterusan apabila tidak cukup menyakinkan ketika menghadapi Wigan dan Blackburn di musim lalu dan aksi terakhirnya juga tidak mampu meletakkannya sebagai keeper utama masa depan Arsenal untuk mengisi slot No.1, Fabianski ketika menghadapi Tottenham beberapa minggu lalu dilihat tidak mampu menonjol aksi keeper berkelas dunia selepas gagal mengetis tendangan dari Robbie Keane - Dan membuat banyak orang khuatir.
Tapi sang manager, Arsene Wenger terus mencuba 'menegakkan benang yang basah kuyup', apabila terus untuk membela keeper dalam simpanannya itu dengan mengatakan:
"Posisi keeper sering menjadi bahan untuk melepaskan kekecewaan apabila berlaku sesuatu kekalahan, mereka [keeper] amat mudah dijadikan sebagai kambing hitam."
"Walaupun banyak pihak yang berterusan mengatakan dia (Almunia) yang bersalah atas gol kedua (ketika lawan WBA), kita sebenarnya harus mempertanggungjawabkan kekalahan dibahu satu pasukan. Kita raikan kemenangan bersama dan menanggung kekalahan juga mesti bersama."
"Saya tidak punyai masalah dengan Fabianski, hanya kalian (media) yang mempunyainya. Dia membuat kesalahan ketika melawan Porto, tapi dia akan dapat memperlihatkan kemampuan sebenarnya bahawa dia masih belajar dari kesalahannya."
Bagi aku! kenapa tidak diberikan peluang kepada keeper ke-3 dan ke-4 (Vito Mannone & Wojciech Szczesny) kita kalau benar ingin memberikan mereka pengajaran, kalau Wenger berani mengambil risiko menerima hakikat berkemungkinan akan ada kesilapan dan kegugupan dari Fabianski, apa kata berikan peluang yang sama rata pada mereka yang lain.
"Untuk Fabiansi ini akan menjadi satu kesempatan besar untuknya lagi. Sebagai manager anda harus bersedia memberikan kesempatan kepada pemain yang memiliki kemampuan yang bagus dan saya percaya dengan kemampuannya. Dia mendapat kesempatan kembali untuk membuktikan betapa bagusnya dia. Saya mahu dia segera membuktinya"
Fabianski juga dijangkakan tidak hanya akan tampil di Liga Juara-Juara Eropah nanti, tapi dengan kecederaan siku tangan yang dialami Almunia, ada kemungkinan besar keeper kedua Arsenal ini akan terus diberikan kepercayaan besar untuk diturunkan ketika Arsenal mengunjungi Stamford Bridge pada hari minggu berikutnya (3 Oktober 2010) - Arghh! Aku makin gelabah dan goyang jika Silapski ini diturunkan di Stamford Bridge! Biarpun ada dua Vermaelen mengawal pertahanan tengah Arsenal...huhuh!
Lukaz Silapski tiba-tiba muncul bak 'hero tamil' di sebalik media massa hangat mengatakan Arsenal mungkin membawa masuk samada Mark Schwarzer dari Fulham atau Shay Given dari Manchester City ke Emirates, apabila terus mencanangkan diri untuk mengambil alih peranan Keeper No.1
Ini merupakan strategik yang boleh dianggap bijak dari Lukaz Silapski yang cuba menangguk di air yang keruh, sedang Arsene Wenger dikhabarkan sedang hangat meneroka mencari keeper baru No.1 Arsenal, kerana sudah tawar hati dengan Manuel Almunia. Kononya dengan cara ini dapatlah Wenger membuka mata yang Keeper No.1 yang ingin dicarinya sudah ada didepan mata.
Dengan rentetan 'rekod hebat' peribadi melakukan kesilapan, kesalahan, kegugupan, kegoyahan, kegayahan tahap profil tinggi - termasuk ketika tewas kepada Chelsea pada semi final Piala FA 2009 yang juga pada hari yang sama sambutan ulangtahun kelahirannya dan ketika dalam kempen Champions League di Porto musim lalu - Lukas Silapski terus mendapat kepercayaan penuh kasih sayang lagi dibelai manja dari Wenger.
Mari kita lihat video 'kehebatan' Lukaz Silapski itew, untuk kita sama -sama nilaikan; bukanlah tidak boleh buat silap langsung, tapi agak-agaklah, ini banyak sangat ni, kerap sangat ni, dah tu kesilapan tahap 'chap ayam'lah...Aduyai! ni kang aku mengata banyak lagi kang, memang wajib aku kena minum air jer kang...bulan puasa camni kena banyak sabar....sabar..sabar!
"Arsenal Bring Me & All Arsenal fans in the World...Cup! Cup!...K.A.P....bukannya cupcake....huhuhu"
Lukas Silapski yang digelar Pencinta Arsenal dengan pelbagai gelaran seperti Flappyhandski, Flipskipping, Silap-silap Skit itu FlapSki...tapi terus bertekad dan mengharapkan suatu masa nanti dia akan berjaya memenangi 'jiwa dan perasaan Pencinta Arsenal dan mendiamkan para pengkritik yang sering tidak mempercayai kebolehannya. termasuklah aku, jujur woo.., ni bulan ramadhan...huhu
Fabianski dipetik berkata di Arsenal TV Online:
"As a player you have to prove you deserve a chance.
"I can understand every single shout against me and it can only motivate me to play better and work harder.
"But of course I am going to do everything in my power to show that I deserve to be respected, then maybe they [the Arsenal fans] will start singing my name - that would be wonderful."
Dilaporkan inilah lagu yang bakal hangat dinyanyikan 'Pencinta Arsenal' buat Lukaz Silapski:-
Legia Warsaw 5 : 6 Arsenal Alejandro Ariel Cabral ('17), Laurent Koscielny ('33- og), Artur Jedrzejczyk ('36), ('75), Maciej Iwanski ('90) : Marouane Chamakh ('38), Emmanuel Eboue ('52),('60), Kieran Gibbs ('63), Emmanuel-Thomas ('81), Samir Nasri ('84) Vanue: Wojska Polskiego Stadium
Siapa Legia Warsaw? Tapi lihat apa yang ada pada mereka, Kredit patut diberikan pada Legia Warsaw mempamerkan satu permainan yang menghibur.
Anak didik Wenger mendapati diri ditinggal tiga gol di belakang selepas hanya 37 minit, ia satu keputusan yang benar-benar menyentakkan 'jantung', bayangkan kalau ia berlaku pada perlawanan dengan Liverpool? huhuhu
Flappianski terus membuat 'kipas tak mati-mati' Arsenal khuatir? apabila berbalik ke tabiat lamanya, Jelas tiada ada perbaikan, tiada peningkatan yang besar dan tidak belajar dari pengalaman dari kesilapan yang lalu dari keeper berusia 25 tahun itu,
Flappianski masih dilihat gagal membuat keputusan tepat ketika 'set-pieces'. Aku agak meragui sekiranya Wenger terus berpegang kepada pendiriannya bahawa Flappianski ini adalah keeper no.1 Arsenal musim ini. Nampaknya kita akan terus perlu mengharapkan Manual Almunia! Aduyai!!!
Inilah ekspresi langsung Arsene Wenger terhadap aksi Lukasz Flappianski yang ditampilkan ketika Arsenal kena titik 2-0. Marah betul ekkk! huhuhu
Tapi pembelian berbaloi Wenger, Marouane Chamakh muncul memberikan gol semangat pada rakan-rakan lain untuk berjuang dan ia diterjemahkan Emmanuel Eboue apabila menjaringkan 2 gol untuk meletakkan Arsenal lega dengan skor 3-3 sebelum Kieran Gibbs meningkat skor ke 4-3 untuk Arsenal memimpin perlawanan. Seterusnya berakhir dengan kedudukan 6-5 menjadikan Arsenal mengekalkan rekod bersih tidak tewas dalam semua perlawanan pra-musim ini.
Dengan Liverpool menunggu minggu depan, perlawanan persahabatan menentang Legia Warsaw ini adalah yang terakhir untuk Arsenal - seharusnya ia memberikan isyarat penting tentang bagaimana kita akan menghadapi pasukan baru bimbingan Roy Hodgson di Anfield nanti tetapi berdasarkan apa yang telah kita lihat? kita akan berputar-putar dengan berguni-guni pertanyaan selapas apa yang berlaku stadium Polskiego Wojska? Walaupun ini adalah sebuat perlawanan 'ramah-tamah'.
Di kawasan tengah kita juga dilihat agak lemah dengan kedua-dua Jack Wilshere dan Emmanuel Frimpong gagal untuk menunjukkan mutu permainan yang mantap seperti apa yang dipertontonkan ketika di Piala Emirates.
Untungnya, dalam apa yang kurang enak berlaku masih terdapat faktor-faktor positif dari game tersebut seperti Samir Nasri, yang untuk terus menyerlah dalam permainan dan merupakan salah satu permain terbaik sekitar perlawanan pra-musim ini, Marouane Chamakh juga sangat mengujakan di depan pintu gol dan begitu juga Carlos Vela yang masuk sebagai pemain gantian, kemasukannya telah membantu untuk Arsenal memulakan 'comeback' selepas ketinggalan 3-0.
Berikut adalah barisan yang diturunkan pada perlawanan menentang Legia Warsaw:
Selepas ini, 'The Proffesor' terus harus memberikan tumpuan yang lebih dengan kita akan menghadapi Liverpool di pembukaan Liga Primier, sangat sulit untuk mempredikasikan apa yang akan terjadi di Anfield.
Walau apa pun kita harus terus positif kerana skuad yang diturunkan Arsene Wenger bukanlah skuad utama kita dengan ketiadaan Song, Fabregas dan Robin Van Persie yang masih diperam, yang pastinya akan dirasmikan Wenger pada tirai pembukaan Liga nanti. Secara perbandingannya prestasi kita pada pra-musim ini jelas baik berbanding Chelski.
Pra-musim
Menang 5 Tewas 0 Seri 1
Chelsea (faberet untuk menang Jore Liga musim ini...huh) Tewas 3 Menang 1 Seri 0
Mereka tewas 2 daripada perlawanan dengan skuad penuh dengan semua pemain terbaik yang mereka ada ketika menentang Hamburg dan Frankfurt.
Tapi apa yang kita peduli jika chelski hancur ke? longgar ke? terlingkup ker? pada pra-musim perlawanan mereka? Yang penting ini semua tentang Arsenal FC & 'kipas tak mati-mati' Arsenal. kan...kan...kan..
Sedikit Full Highlights untuk tatapan bersama, Enjoy!
Pengendali Arsene Wenger terus berteka-teki mengenai status Keeper no.1 Arsenal musim ini?
Ketika ini Wojciech Szczęsny berdarah Poland juga tersenarai dalam saingan untuk merebut menjadi penjaga gawang no. 1 Arsenal. Arsène Wenger menegaskan ketika sidang akhbar semasa membicarakan mengenai perlawanan persahabatan terakhir The Gunners menentang Legia Warsaw sebelum sepak mula Liga menentang Liverpool, bahawa dia tidak memiliki perencaanan untuk menambah masuk keeper baru, demi menjaga perkembangan keeper muda yang ada ketika ini.
Wenger juga menegaskan terdapat tiga tempat di dalam pasukan yang menjadi perebutan di posisi keeper sementara salah satu daripada empat keeper yang sedia ada sekarang bakal dipinjamkan keluar untuk proses membina pengalaman. Namun begitu, Szczęsny disahkan mula bersuara terlebih dahulu keinginannya untuk sedia dipinjamkan jika dia bukan pilihan pertama, namun pengendali berbangsa Perancis itu juga menginginkan keeper berusia 22 tahun, Vito Mannone untuk mendapatkan pemerhatian dan tindakan yang berpadanan untuk sama-sama mendapatkan pengalaman dalam permainan. Kedua Vito dan Wojciech sangat bagus ketika majlis 'Arsenal’s members day' hari Khamis lepas, dengan Szczęsny menerima cabaran 'cross bar challenge'.
Aku rasa kemungkinan besar salah seorang dari Vito dan Wojciech yang bakal keluar untuk dipinjamkan, sementara Lukaz "Gelabah" Fabianski akan mendapat kepercayaan untuk menjadi tembok terakhir Arsenal musim ini, Aku masih belum nampak lagi apa yang ada kat Fabianski ini.....Tunggu dan Lihat! - Dial Square
Korang boleh menonton video di bawah ini.
Mengulas mengenai posisi keeper, Wenger berkata:
"Still players fight for their place,
Tomorrow Fabianski has another opportunity to show that he can play No 1.
Wojciech is a goalkeeper of huge quality. At the moment we want to play for the title so I believe he needs some more experience to compete directly for the first goalkeeper position.
But it depends a little bit. We have four goalkeepers, one of them will go out on loan, three have to stay so we do not know yet who will go out."
Nasri bakal membuat penampilan pertama untuk Arsenal permulaan musim ini
Pemain tengah berbangsa Perancis Samir Nasri yang telah cergas selepas pulih dari kecederaan dijangka akan turun untuk kesebelasan utama Arsenal dalam Carling Cup pada malam Rabu nanti ketika mereka menanti bertandangnya skuad Liverpool yang baru segar-bugar dari mimpi indah selepas menunduk malukan Manchester United tempoh hari.
Nasri yang baru pulih dari derita patah kaki semasa sesi latihan pra-musim pada Julai lepas, tetapi sudah mula diberikan kesempatan oleh 'The Professor' untuk berada dibangku simpanan pada Ahad lepas ketika Arsenal dipaksa untuk berkedudukan seri 2-2 dengan West Ham, Jadi! Nasri kini sudah pasti sangat merindui dan bersedia untuk melakukan kemunculan musim pertamanya.
Sementara, Penjaga gol Lukasz Fabianski juga boleh turut membuatkan kemunculan musim pertamanya rabu ini, sebagaimana dia mengharapkan tempatnya dalam kesebelasan utama Arsenal setelah pulih daripada kecederaan lutut. Berikut kata-kata nukilan beliau:-
"It has been a frustrating time for me because of the injury but it's gone now and I need to look forward to the future, I want to get back into the team, fighting for my place really hard".
"I want to show my quality and, hopefully, win a trophy with Arsenal. I can think about this now that I am completely fit, which is the main thing. I want it to stay that way."
Philippe Senderos dan Mikael Silvestre juga dijangka akan diturunkan di samping kalangan skuad muda-mudi seperti Jack Wilshere, Aaron Ramsey, Carlos Vela dan Fran Merida.