Showing posts with label Shakhtar Donetsk. Show all posts
Showing posts with label Shakhtar Donetsk. Show all posts

Wednesday, November 3, 2010

Preview Match | Layak Awal-Awal, Senang Cer...


Preview Match | Shakhtar Donetsk vs Arsenal, Champions League Group Matchday 4

Donbass Arena, Donetsk
Rabu 3 November 2010
Astro (ESPN Match Fixtures) - Channel: 812
Delay: 05:30 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Massimo Busacca (Switzerland)
* Pertemuan terkini: Arsenal 5 - 1 Shakhtar Donetsk
* Pertemuan kedua pasukan: 2 kemenangan berpihak Arsenal, 1 kemenangan berpihak Shakhtar Donetsk, Tiada keputusan seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-M-M
* Prestasi terkini Donetsk: M-K-M-M-M-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabiański
Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
Wilshere - Eastmond
Walcott - Nasri - Bendtner
Chamakh

Simpanan: Szczesny, Djourou, Eboue, Rosicky, Vela, Lansbury, Emmanuel-Thomas
Kecederaan: Fabregas (hamstring), Song (betis), Denilson (groin), Arshavin (???), Gibbs (lutut), Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey ( patah kaki)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Cesc Fabregas disahkan mengalami kecederaan hamstring pada hari Sabtu lepas dan tidak tersenarai bagi perjalanan ke Ukraine. Ini juga merupakan strategi pencegahan dari mengalami kecederaan yang lebih memudaratkan. Untuk rekod, Fabregas memang sudah mempunyai masalah hamstring sejak perlawanan dengan Burnley Disember lalu. - unit perubatan Arsenal apa korang buat? Check betul2 lah!

  • Denilson, Alex Song, Abou Diaby, dan Andrei Arshavin semua diketepikan dengan pelbagai masalah kecederaan. Peliknya Arshavin! Jadi tanda tanya pada aku? korang tau ke?

  • Dengan ketidakhadiran mereka, tuah buat anak muda Gunners Craig Eastmond dan Jay Emmanuel-Thomas untuk merasa duduk di dalam pesawat ke Ukraine. Jack Wilshere yang sudah selesai pergantungan perlawanan di liga domestik pasti akan diberikan peranan mengalas tanggungjawab yang ditinggalkan Fabregas. Henri Lansbury yang terlepas pada perlawanan di Piala Carling juga kali ini tersenarai dalam rombongan.

  • Arsenal dari sudut logik matematik pastinya layak ke pusingan kalah mati seandainya mencatatkan kemenangan ke atas Donetsk hari ini, sekiranya tidak tercapai kemenangan mutlak yang dicari! kemenangan sudah tentu akan mampu dilaksanakan dengan menang ke atas Braga dan tambahan mata kemenangan melawan Partizan.

  • The Gunners telah mencatatkan lima kemenangan berturut-turut dalam semua kejohanan. Kemenangan yang bakal diraihkan pagi ini akan menyamai pencapaian enam kemenangan berturut-turut musim lalu bermula 20 Feb 2010 menentang Sunderland sehingga 20 Mac 2010 mennetang West Ham. Selepas itu seri 1-1 dengan Birmingham. - Kasi Pecah Rekod! ada peluang buat tujuh la! lepas ini Newcastle.

  • Arsenal ketika ini sedang mengumpul 14 gol dalam tiga perlawanan dalam peringkat kumpulan H ini. 14 gol dalam tiga perlawanan adalah satu rekod Liga Champions. Cukup ker? Tidak! Rekod dicatat adalah untuk dipecahkan! Apa lagi kasi pecah laaaa! huhuh!

  • Menarik dari Marouane Chamakh, dia telah mencetak setiap gol dalam enam perlawanan berturut-turut dalam kejohanan Liga Juara-Juara; tiga dengan Bordeaux musim lalu.

  • Permainan dimainkan Marouane Chamakh di Liga Juara-Juara dalam 2009/2010 - (Gol)

    17-03-2010 - Bordeaux 2-1 Olympiakos - (1)
    30-03-2010 - Lyon 3-1 Bordeaux - (1)
    07-04-2010 - Bordeaux 1-0 Lyon - (1)
    15-09-2010 - Arsenal 6-0 Braga - (1)
    28-09-2010 - Partizan 1-3 Arsenal - (1)
    19-10-2010 - Arsenal 5-1 Shakhtar - (1)



    Info Terkini Disebalik Tabir Shakhtar Donetsk

  • Shakhtar Donetsk kini sedanga memimpin carta liga Ukraine mendahului lima mata ke atas Dynamo Kyiv.

  • Musim ini, Shakhtar hanya mengalami satu kekalahan ke atas Volyn dan satu berkeputusan seri 1-1 dengan Metalurh Z; selain kekalahan 5-1 di Emirates.

  • Peneraju semasa liga Ukraine ini belum melepaskan sebarang gol dalam tiga perlawanan terkini, begitu juga Arsenal! sejak menempa kekalahan mereka di London.

  • Donetsk juga sangat inzal apabila bermain di gelanggang mereka di Donbass Arena, sejak musim bermula dan tidak pernah melepaskan lebih dari satu gol kepada lawan yang bertandang.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal belum pernah mencatatkan kemenangan di Ukraine, Arsenal tewas 3-0 pada kejohanan yang sama dengan Donetsk pada 07 Nov 2000.

  • Yang terkini! Arsenal bertembung dengan pasukan dari Ukraine, keputusannya hanya seri 1-1 di Dynamo Kyiv pada 2008.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Massimo Busacca dari Switzerland.

  • Busacca pernah mengendalikan perlawanan Arsenal ketika 2-2 di pusingan pertama (suku akhir) melawan Barcelona di Emirates musim lalu.

  • Busacca juga bertugas di Piala Dunia melibatkan: Uruguay menang 3-0 ke atas tuan rumah Afrika Selatan. Dia punya pengalaman mengendalikan Final Liga Juara-Juara edisi 2009, ketika Manchester United kalah 2-0 kepada Barcelona. - fuih1 nampaknya ini bukan refree yang koman! banyak pengalaman.

  • Sekitar keputusan dan perlawanan lain yang melibatkan kelab di EPL

  • Selasa: Bursaspor 0 - 3 Manchester United

  • Selasa: Tottenham Hotspur 3 - 1 Internazionale

  • Rabu: Chelsea vs Spartak Moscow, Stamford Bridge, London
  • Thursday, October 21, 2010

    Match Report | Arsenal 5 – 1 Eduardo

    Arsenal 5 : 1 Shakhtar Donetsk
    Alex Song ('19), Samir Nasri ('42), Cesc Fábregas (pen '60), Jack Wilshere ('66), Marouane Chamakh ('69) : Eduardo ('82)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Svein Oddvar Moen



    Match Report | Arsenal vs Shakhtar Donetsk, Champions League Group Matchday 3

    Aku percaya kebanyakan PenCinta Arsenal sebenarnya dalam diam-diam atau ada yang tidak diam-diam ingin melihat kelibat mantan striker kelahiran Brazil-Croatia Eduardo untuk mencetak gol ketika kembali untuk pertama kalinya ke Stadium Emirates selepas berhijrah ke Shakhtar Donetsk awal musim ini. Tentu saja, beliau sudah bermain untuk pasukan lain, tetapi kita semua ingin hal itu [jaringan gol dari Eduardo] terjadi sementara Arsenal sedang selesa mendahului. Semalam, perasaan aku bercampur baur memori-memori Eduardo di Arsenal mula berputar kembali. - Rasa sayang tu ada! huhuh! Sentimental tul la... Sementara itu, The Gunners kini tiga mata mendahului di puncak carta Kumpulan H.

    Sementara kapitan muda Cesc Fabregas sudah kembali, sedikit mengejutkan kerana dia dibenarkan Wenger untuk bermula dalam kesebelasan, selepas diistirehatkan dari cedera hamstring yang dideritanya selepas mencetak gol hasil kerjasama dengan benteng pihak lawan, Anton Ferdinand di Sunderland bulan lepas. Tomas Rosicky juga terjebak sama masuk di kesebalasan, bererti Abou Diaby dan Andrei Arshavin jatuh terduduk berperanan memanaskan bangku simpanan. Dengan Fabregas kembali ke pasukan utama. Carlos Vela tercicir keluar dari pasukan 18-orang yang berada di Emirates.

    Tepuk Ramai-Ramai Belalang Kupu-Kupu: Chamakh meraikan gol bersama teman-teman

    Dengan reputasi terkini mengepalai carta liga di di Kumpulan H Liga Juara-Juara UEFA, ia bukan sesuatu yang dapat dimegahkan Arsenal kerana mungkin kerana pasukan yang diletakkan sekumpulan bersama Arsenal tidak berkemampuan untuk menyaingi mutu permainan yang dipamerkan oleh anak buah Wenger.

    The Gunners kelihatan seperti cukup kejam dalam membenamkan Shakhtar Donetsk di Emirates, yang hadir dengan reputasi cukup baik apabila mereka telah mengalahkan Partizan 1-0 dan Braga 3-0 dan dengan kekalahan terbaru kepada Arsenal ia telah mencacat rekod baik mereka di dua perlawanan kumpulan sebelum ini.

    Kemenangan itu bermakna Arsenal telah mempunyai rekod baru dicatatkan apabila berjaya layak di peringkat penyisihan kumpulan untuk 11 tahun berturut-turut. Dengan 14 gol yang dicetak dalam tiga perlawanan, Arsenal kini berada pada landasan yang tepat meneruskan kemaraan di kempen Liga Juara-Juara UEFA.

    Korang enjoy jer lah gol-gol perlawana semalam ok!


    Arsenal 5 – 1 Shakhtar Donetsk [Match Highlight]


    Preview Match | Arsenal vs Shakhtar Donetsk

    ~ Hampeh! Aku dah Taip penat-penat, Aku Tak Sempat Post Preview Match ni....
    Aku bubuh jer la......Hampehhhh!!!!


    Preview Match | Arsenal vs Shakhtar Donetsk, Champions League Group Matchday 3


    Emirates Stadium, London
    Rabu, 20 Oktober 2010

    Astro (Star Sports Match Fixtures) - channel: 813
    Online: 02:40 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Svein Oddvar Moen (Norway)
    * Pertemuan kedua pasukan: 1 kemenangan berpihak Arsenal, 1 kemenangan berpihak Shakhtar Donetsk, Tiada keputusan seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-M-S-K-K-M
    * Prestasi terkini Donetsk: M-M-M-M-M-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up


    Kecederaan: Koscielny (belakang badan), Sagna (paha), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Tidak ada berita kecederaan baru untuk di kem Arsenal, ditambah bakal kembali Cesc Fabregas dan ada kemungkinan bermula di bangku simpanan.

  • Jack Wilshere hanya akan digantung untuk bermain dalam liga domestik sahaja; dia masih boleh bermain di Liga Liga Juara-Juara Eropah.

  • Theo Walcott mungkin akan kembali ke kesebelasan utama, ada kemungkinan Diaby bakal direhatkan untuk kembali cergas pada perlawanan dengan Manchester City nanti?

  • Arsenal tidak gagal dalam mengumpul mata ketika di perlawanan peringkat kumpulan di Emirates ketika kempem Liga Liga Juara-Juara Eropah sejak seri 0-0 dengan Fenerbahce pada November 2008.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Shakhtar Donetsk

  • Eduardo telah mencetak empat gol dengan pasukan barunya ini dan berjaya muncul di dalam 11 perlawanan musim ini, tujuh daripadanya berada dari bangku simpanan.

  • Shakhtar memiliki beberapa pemain yang baru saja cergas dari masalah kecederaan seperti Dmytro Chygrynskiy dan Yaroslav Rakytskiy, dan kemungkinan juga Douglas Costa akan kembali memulakan aksi pada perlawanan ini.

  • Shakhtar hanya memiliki seorang pemain dalam senarai kecederaan jangka panjang iaitu playmaker berbangsa Brazil Fernandinho .

  • Shakhtar sudah memiliki enam mata maksimum daripada dua perlawanan pada peringkat Liga Juara-Juara Eropah ini sama mata dengan ada cuma dibezakan jumlah jaringan gol, mereka mengalahkan Partizan 1-0 dan Braga 3-0.

  • Pada 13 perlawanan liga domestik, Shakhtar telah memenangi 11, tewas satu, dan seri satu. Mereka kini memimpin liga dengan kelebihan lima mata di atas Dynamo Kyiv.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal dan Shakhtar hanya mempunyai dua rekod pertemuan sebelum ini pada musim 2000. Arsenal menang 3-2 di Highbury dan kecundang 3-0 di Ukraine.

  • Pertemuan terakhir Shakhtar menentang kelab dari Liga Inggeris adalah pada Piala UEFA tahun 2009, mereka mengalahkan Tottenham dengan agregat 3-1.

  • Pertemuan terakhir Arsenal menentang kelab dari Liga Ukraine pada tahun 2008 ketika menentang Dynamo Kyiv. Arsenal menang 1-0 di gelanggang sendiri dan berkesudahan seri 1-1 di Kiev.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Svein Oddvar.

  • Pengadil adalah Svein Oddvar Moen dari Norway.

  • Ini adalah musim pertamanya bertugas di Liga Juara-Juara Eropah dan juga adalah perlawanan pertama beliau bertugas melibatkan Arsenal.
  • Sekitar keputusan dan perlawanan lain yang melibatkan kelab di EPL

  • Selasa: Spartak Moscow vs. Chelsea, Stadium Luzhniki, Moscow

  • Rabu: Manchester United vs. Bursaspor; Old Trafford, Manchester

  • Rabu: Internazionale vs. Tottenham Hotspur, San Siro, Milan

  • Tu, dia sayup duduk ataih: Carta terkini setakat ini (sebelum menanag 5-1) Liga Juar-Juara Eropah Kumpulan H

    Friday, August 27, 2010

    Champions League News | Tak Juara Tak Boleh Lah


    Aku tidak memilih untuk menonton secara live pengundian bagi Champion League, Letih lah!. Tapi dalam kes apapun, Arsenal telah diundi dan diletakkan dalam Kumpulan H musim ini, seperti mana tahun sebelumnya.

    Dari Pot 2, Arsenal telah diundi bertemu juara Ukraine Shakhtar Donetsk, ia juga merupakan pasukan dimana Arsenal melepaskan Eduardo bulan lepas dengan yuran perpindahan sebanyak £6 juta. caranya masih sama seperti tahun-tahun sebelumnya setiap pasukan dari setiap pot akan menempuh perjalanan antara satu sama lain (timbal balik), Pastinya, Eduardo akan melangkah kaki kembali ke Emirates (hari sebelum Arsenal menentang Chelsea di Stamford Bridge.

    Shakhtar Donetsk merupakan sesatu pasukan yang pernah ditemui Arsenal dalam peringkat kumpulan di Champion League 2000-01. Arsenal menang 3-2 di Highbury, namun tewas 3-0 di Ukraine.

    Shakhtar Donetsk juga pernah mengecap kegemilangan dengan memenangi Piala UEFA (sekarang dikenali UEFA Europa League) pada tahun 2009.



    Dari Pot 3, Arsenal telah diundi bertemu Sporting Braga dari Portugal, sebuah pasukan yang digelar "The Arsenalists" kerana jersi hampir mirip gaya untuk jalur The Gunners '. Braga layak selepas mengalahkan Sevilla dari Sepanyol dalam perlawanan mendebarkan dengan agrerat 5-3. Braga merupakan naib juara liga di Portugal musim lalu di belakang juara Benfica. Arsenal akan bermain Braga pada pertengahan bulan Oktober dan awal November. Ini juga merupakan penyertaan kancah pertama Braga ke babak penyisihan peringkat kumpulan.

    Untuk rekod, Arsenal pernah menghadapi persaingan dari kelab Portugal pada tahun lalu Champion League, dengan menumbangkan FC Porto dengan agregat 6-2 dalam Pusingan 16, dimana Bendtner berjaya melakukan hat trick.



    Dari Pot 4, Arsenal diundi bertemu dengan juara Serbia Partizan Belgrade. Partizan telah selamat melalui ranjau panjang selepas menempuh tiga babak kelayakan untuk maju ke babak penyisihan peringkat kumpulan ini. Pada babak kualifikasi kedua, Partizan menang dengan agregat 4-1 ke atas juara Armenia Pyunik. Pada babak kualifikasi ketiga, mereka menumbangkan kelab dari Findland HJK Helsinki dengan agregat 5-1, dan di babak play-off memastikan tempat ke babak penyisihan peringkat kumpulan selepas membenam juara Belgium Anderlecht melalui sepakan penalti. Arsenal akan membuka kempen Champion League di Belgrade pada pertengahan September,
    selepas itu menjadi tuan rumah kepada Partizan pada akhir November.

    Tidak dilupakan jiran kita yang bercakap besar sebelum undi dengan mencanangkan mampu mara lebih jauh berbanding Arsenal dalam Kempen sulung mereka di Champion League ini, mari kita semua lihat kemaraan Tottenham itu...mereka telah diundi bersama Juara bertahan Inter Milan, Werder Bremen, dan kelab dari Belanda FC Twente dalam kumpulan mereka....huhuhu! Simpati plak! huhu! (Jauhi Takbur!)

    Berikut adalah keputusan penuh setiap kumpulan 2010-11 UEFA Champions League:

    Related Posts with Thumbnails