Monday, March 28, 2011

Video | Shaqueel van Persie : Arsenal Future




Shaqueel van Persie ketika melalui masa bersama ayahandanya, Robin van Persie - nampaknya van Perise cuba memupuk minat awal anaknya terhadap dunia bola sepak!
Semasa sesi training skuad Belanda (27 March 2011)

Boring giler time Internetional break ini!

Sunday, March 27, 2011

Video | Arsenal : "We Down But Not Out"



“Either we heal now as a team, or we will die as individuals”

"When you lose, I am a loser. When you fight, I am a fighter. When you win, I am a winner. When you and I work together, we are a team."

Mampu atau tidak Arsenal untuk menamatkan kegagalan meraih kejuaraan utama dalam tempoh 6 tahun sebelumnya? Semua terserah kepada pemain-pemain yang beraksi untuk skuad Arsenal kali ni. Sejauh mana keazaman mereka untuk menjulang Kejuaraan EPL yang merupakan sesatunya kejuaraan yang masih terhidang di depan mata.

Namun, kali ini dengan turun naik persembahan bukan hanya dari skuad Arsenal kita, juga pada skuad lawan yang lain.

Selepas mencapai tahap setakat ini, analisis di atas kertas kertas saja tidak boleh di ambil kira, semuanya bergantung pada permainan di atas padang. Dalam setiap tempoh 90 minit untuk baki 11 perlawanan yang tinggal, Itulah yang akan menentukan nasib pasukan kita. Apa yang diharapkan adalah semua pemain yang beraksi menunjukkan aksi paling menarik mereka berserta semangat mahu menang yang kuat dan keazaman yang tinggi.

Selamat berjuang The Gunners dan semoga kejayaan mengiringi kita. Go! Gunners

"Kegagalan dan kekecewaan Arsenal selama ini adalah laksana musim dingin, basah dan lembab, tidak disukai PenCinta Tegar Arsenal. tetapi sesudah tiba musim sejuk itulah tumbuh bunga-bunga yang harum dan buah-buahan yang subur."

Saturday, March 26, 2011

Video Goals | Robin van Persie assist & goal vs Hungary (25 March 2011)

Robin van Persie terus menjalankan kerjanya yang mengagumkan di persada antarabangsa setelah mencetak gol dan melakukan assist ketika menyarung jersi kebangsaan skuad Belanda ketika menang 0-4 atas Hungary.

Kemenangan yang diraih Belanda kini meletakkan mereka terus kekal mengungguli Kumpulan E di kelayakan 2012 European Championship yang diletakkan bersama-sama dengan Hungary, Sweden, Moldova, Finland dan San Marino.

van Persie nyata tidak selfish apabila membantu pemain tengah Liverpool Dirt Kuyt di minit 53, walaupun beliau mampu untuk meletakkan bola ke dalam jaring ketika hanya berhadapan keeper Hungary, Gabor Kiraly. Namun reseki beliau untuk mencipta nama tetap ada, selepas menutup tirai gol Belanda pada minit ke-61.



Friday, March 25, 2011

International Break News | Kapten Aaron 'Rambo' Ramsey



Aaron 'Rambo' Ramsey menerima penghormatan tertinggi dari kerajaan Wales apabila diberikan kugiran lengan (armband - Google Translate) pada perlawanan menentang England pada hari Sabtu ini. Congrats, Rambo!

Wednesday, March 23, 2011

Injury News | Djourou Beri Khabar Positif



Dalam kesuraman kita setelah dipaksa berkeputusan seri 2-2 ketika menentang West Brom tempohari, sementara saingan utama untuk kejuaraan Liga EPL kita musim ini, Manchester United pula mengutip tiga mata sekaligus menjarakkan jurang kepada lima mata. Jelas bahagian bawah kita nampak longgar dengan masalah kecederaan.

Tapi bukan segala-galanya sudah berakhir! Arsenal telah menerima khabar positif, apabila bek tengah tempat bergantung harap, Johan Djourou dikatakan mampu untuk kembali sebelum berakhir saingan musim ini selepas mengalami masalah kecederaan di bahunya.

Djourou yang menempah kecederaan pada babak kedua ketika tumpas 2-0 ke atas Man Utd di Old Trafford pada saingan Piala FA lalu. Awalnya diberitakan 'takde harapan' dan dikhuatiri akan terlepas aksi pada keseluruhan baki musim ini.

Nampaknya selepas di baikpulih dari kecederaan berpanjangan musim lalu, kini Djourou dilihat beberapa kali musim ini pantas pulih dari kecederaan yang dialaminya. Ini secara tidak langsung ada kena-mengena dengan unit fisio Arsenal yang melakukan tugas dengan baik. Mungkin DNA kerbau balau telah diberikan pada Djourou. Tahniah! Pastinya kita harapkan perkara yang sama juga boleh diperlakukan pada Thomas Vermaelen.

Hal ini juga disahkan dalam laman sesawang Arsenal.com dengan kenyataan yang mengatakan Johan tidak memerlukan econstructive surgery dan harus mampu kembali ke latihan dalam tempoh 4 minggu lagi.

Wednesday, March 16, 2011

Happy Birthday | Speedy Theo

Moga cepat recovery!
We miss you and your pace on pitch!

Tsunami Jepun | Mesej Ryo Miyaichi



Bakal bintang yang mungkin menyinar suatu hari kalau takde aral melintang yang menghalang, yang kini sedang menabur bakti secara pinjaman di kelab Feyenoord.

Ryo Miyaichi telah memperagakan mesej di t-shirtnya ketika meraikan golnya di minit-minit terakhir ketika melawan NAC Breda hari Ahad lalu, mesej yang bertulis tangan dalam bahasa Jepun bermaksud "Saya berharap bahawa banyak orang mungkin mampu diselamatkan."

Ryo juga diberi keizinan untuk memakai 'black armband' sebagai tanda ingatannya terhadap mangsa korban bencana. Menurut pelatih Feyenoord Mario Been:

"Mereka dalam pasukan juga mahu menunjukkan sokongan kepada Ryo dan semua pemain dibenarkan memakai black armband tersebut."

Tambahnya lagi, Ryo telah jelas sedih oleh bencana yang berlaku di Jepun itu. Mujurlah, keluarganya tidak terlibat dalam bahaya tersebut, tetapi apa yang terjadi jelas mempengaruhinya. Kami akan terus melakukan segala daya untuk membantunya melalui "

Tuesday, March 15, 2011

Transfer Rumours | Lehmann Bakal Kembali?

Arsenal kini berdepan krisis keeper? Nampaknya tersebar rumour bahawa Arsenal dalam plan untuk kembali menandatangani bekas keeper yang masih sihat wal-afiat, Jens Lehmann.

Untuk rekod, Lehmann sudah mengabadikan diri lima tahun di Arsenal, Ia memulakan karier dengan musim 'Invincibles' dari 2003/04, selain juga memenangi Piala FA 2005 yang merupakan piala utama terakhir buat Arsenal, pastinya paling kita ingat tentunya masa beliau menyelamatkan sepakan penalti dari Paul Scholes.

Setelah posisi no.1 kepada Almunia selama 2007/08, Lehmann meninggalkan Arsenal pada akhir tahun tersebut dan bergabung dengan Stuttgart, di mana ia bermain untuk dua musim sebelum bersara musim panas lalu. Namun kini, dia dikatakan akan kembali menyarung glove? Mampukah Lehmann.

Lehmann yang bermain sebanyak 194 game untuk Arsenal dan memiliki 61 caps dengan Jerman.

Ketika ditemubual dengan Lehmann mengenai perkara ini, beliau menjawab:

“Arsenal currently have a goalkeeping crisis and I jumped at the chance to help them,”






Aku rasa pasukan bimbingan Wenger ini, memiliki segala faktor untuk menjadi juara, tapi apakah halangannya, Boleh dikatakan pasukan Wenger ini seperti masih lagi dibayangi pasukan 'Invincibles' 2003/04. Sememangnya memang berat berbudak ini untuk mengejar atau menyamai 'batu asas' yang telah ditinggal King Henry & Co. Paras yang ditinggalkan mereka ini terlalu hebat.

Dengan baki satu lagi kejuaraan yang tinggal, walaupun bermula dengan empat sebelum ini, kita masih perlu berusaha. kepulangan Lehmann sekiranya berlaku, mungkin bisa memberikan 'sesuatu' kepada berbudak yang ada dalam Arsenal ketika ini. Go! Gunners! Aku pula takkan terus gagal memberikan sokongan kepada kelab yang aku cintai ini.


Lehmann ketika melakukan rutin latihannya

Friday, March 11, 2011

Quote of the Day | Arsene Wenger

Two kinds of people can be unhappy; those who love Arsenal and those who love football can be frustrated with the referee’s decisions. When he made the decision it was a very promising game, very interesting. That’s the regret. We lost against a very good Barcelona side, congratulations to them and good luck for the future. We have many regrets tonight because we didn’t expect to lose the game like that. I feel sorry for people who watched the game tonight. Arsène Wenger

Korang tengok molek-molek kat gambar (.gif) ni, bertapa 'hangin'nya si rosciky pada keputusan pengadil

Wednesday, March 9, 2011

Match Report | Barcelona 3 - 1 Arsenal; Referee Rosak Program!

Barcelona 3 : 1 Arsenal
Lionel Messi ('45 & pen '71) & Xavi ('69) : Sergio Busquets (gol sendiri '53)
Vanue: Nou Camp, Barcelona
Referee: Massimo Busacca



Match Report | Barcelona 3 - 1 Arsenal; Champions League

Apa nak dikatakan! Jahanam impian dan cita-cita yang kita tuai, Hak The Gunners umpama di rampas di bumi Nou Comp. Nyata Referee merosakkan program permainan keseluruhan game Arsenal!

Lionel Messi sekali lagi muncul 'duri dalam daging' memusnahkan impian dan harapan kita selepas mencipta dua gol untuk menewaskan Arsenal yang bermain 10 pemain selepas van Persie dilayangkan kad merah pada minit ke-56 sesudah menerima kad kuning ketika babak pertama. Keputusan agregat 4-3 ini sekaligus melayakkan Barcelona melangkah ke peringkat selanjutnya dengan The Gunners sekali lagi terus gagal melepasi halangan Barcelona.

Messi melakukan jaringan buat tuan rumah mendahului 1-0 di masa kecederaan babak pertama hasil backheel fabregas kepada rakan yang kunun cool tapi akhir jatuh ke kaki Andres Iniesta yang kemudian melakukan passing kepada Messi yang cam biasalah tak lepas peluang lah terus pantas membuat gerakan sebelum melakukan kuisan cantik melepasi Almunia sebelum menolak bola masuk ke jaring.

Arsenal jelas tidak mempunyai sebarang cubaan dengan senang membiarkan Victor Valdés sekadar bersantai di gawangnya, hanya berpunca dari sepakan sudut, tandukan dari Diaby menuju ke bek Barcelona Sergio Busquets seterusnya tertanduk ke gawangnya sendiri di minit-53. Keputusan berubah kepada 1-1, ia jelas kelebihan lebih memihak ke arah Arsenal.




Hancur: Referee gagal menanggani situasi perlawanan dengan baik

Namun bermula detik ke-56, Striker yang baru dipersiapkan segera untuk game ini, Robin van Persie di perintahkan keluar padang sekaligus menunjukkan 'jalan keluar' awal buat skuad bimbingan Wenger, Selepas keputusan 'luar tabii' Massimo Busacca, semuanya jelas musnah! Untuk berhadapan Barcelona dengan kekurangan seorang pemain di Nou Camp! Giler apa? dan kesempatan kekurangan pemain in pantas di hukum Xavi Hernandez 13 minit kemudian, untuk memberikan Barcelona menyamakan agregat 3-3.

Messi bagaimapun memastikan tidak akan ada masa tambahan buat The Gunners dengan menyempurnakan penalti di minit ke-71, yang juga merupakan gol ke-45 nya untuk musim dan gol ke-33 di untuk di Eropah.

Namun sekalung tahniah buat Almunia yang masuk sebagai pengganti kepada Szczesny yang mengalami kecederaan di jari tangan, apabila muncul watak penyelamat dengan aksi menyelamatnya yang meletakkan The Gunners dari terdedah dengan serangan 'menyelap', lagi-lagi setelah kita kekurangan pemain.

Kesudahannya:

Barcelona vs Arsenal | Clash of Mesti Menang



Percaturannya game hari ini simple:

Menang atau Seri
- kita akan kekal dalam persaingan Champions League ini, dan boleh terus mengejar impian treble musim ini.

Tewas
- tersingkir dari saingan, tumpuan hanya terarah kepada saingan untuk 2 trofi (EPL & FA Cup) - Tapi Ingat duhai The Gunners, Jangan ada terdetik bisikan kecil untuk gagal sebelum berjuang berhabis-habisan!

Selepas itu kita akan menentang musuh tradisi yang sangat fimiliar, Manchester United di Old Trafford untuk persaingan Piala FA.

Percaturannya? Tetap sama!

Menang
- bakal membawa harapan dan impian untuk melangkah lagi ke Wembley

Seri
- see ya! di Emirates

Tewas
- Hanya tinggal 1 harapan English Premier League!

Kita sudah sejauh ini! kita tidak mahu berpaut pada dahan yang satu, kita sudah lepas satu dahan, tiga dahan lebih utuh!

COME ON YOU, GUNNERS! LET’S DO THIS!


Monday, March 7, 2011

Pic Of The Day | Cesc Fabregas on training 7 March 2011

Cesc Fabregas kelihatan pada latihan dengan Arsenal pada 7 Mac 2011, prepare untuk pertembungan "Clash of Mesti Tonton II" menentang Barcelona di Champion League. Ini signal yang sudah cukup baik!


Selain kelihatan juga, kapten pasukan reserve; Ignasi Miquel yang turut sama berlatih dengan skuad utama Arsenal di London Colney pagi tadi sebelum berangkat esok ke Sepanyol.

Tidak cukup setakat itu, Paling mengujakan dalam sesi training yang berlangsung, kemunculan Robin van Persie yang telah membangkitkan sekelumit harapan akan kembalinya secara mengejut lebih awal dari dijangkakan dari masalah kecederaan ligamen lututnya, van Persie dilihat di dalam gambar yang dikeluarkan di laman sesawang rasmi tampaknya mengikuti latihan penuh.

Menurut Talksport, Van Persie dilaporkan sudah mampu berlari kencang dan bergerak bebas dan selesa bersama dengan pelatih kecergasan Arsenal.

Walau apa pun, Wenger dan Arsenal masih belum mengeluarkan kata putus senarai skuad penuh mereka untuk selasa ini. Yeah!

Walaupun van Persie tidak diturunkan nanti, tapi dengan situasi yang berlaku sekarang ia cukup bagus, payah sekali sebenarnya untuk van Persie kembali awal selepas mengalami kecederaan. Syabas buat unit perubatan/fisio Arsenal.

Gambar Kenangan | Samir Nasri



Samir Nasri (di kanan dalam gambar), ketika berusia 12 tahun sewaktu di zaman beliau sebagai seorang anak 'pengutip bola' di Stade Vélodrome di Marseille, matanya yang penuh mimpi ketika melihat pemain-pemain Marseille keluar dari pintu masuk. Kini setelah beberapa tahun kemudian, dia merupakan bintang utama di Arsenal dan negaranya Perancis!
(Source: Stade Vélodrome de Marseille)

Sunday, March 6, 2011

Match Report | Arsenal 0 - 0 Sunderland; Tolak Tuah!

Arsenal 0 : 0 Sunderland
- : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Anthony Taylor



Match Report | Arsenal 0 - 0 Sunderland; English Premier League

Punyalah berkoyan peluang, haram jadah satu pun tak singgah dalam jaring gol! adoi...Adakah Arsenal tak boleh skor kalau takde van Persie. Sampai bila nak jadi camni?

Line Up diturunkan Wenger

Semalam! Arsenal mempunyai banyak peluang untuk mencetak gol, terutama sekali di sekitar 20 minit terakhir, Bolehkah ini dikatakan takde nasib! anda tentukanlah sendiri! Tapi kerap sangat berlakunya pun! seperti kebiasaannya, asal datang Emirates jer, keeper pasukan pelawat time-time itulah jugaknya nak perform melampau-lampau. Begitulah yang terjadi pada Simon Mignolet. Referee pun satu sebab, penentu segala keputusan di atas padang. Kita tak punya pemain ke-12 diatas padang seperti mana Man United punya Howerd Webb dan Chelsea punya Martin Atkinson.

Nicklas Bendtner yang sebelum ini diangkat sebagai sang pewira selepas hatriknya menentang Leyton Orient, gagal untuk melaksanakan tugas, peluang dalam masa sebelum tamat permainan, satu lambungan dari Rosicky (kalau tak silap), tandukan Bendtner di depan pintu tidak cukup mengancam dan padu, mudah buat Mignolet.

Black Cats juga boleh dikatakan bernasib baik, gol dari Andrei Arshavin yang dicipta di minit-87 tidak dikira kerana dikatakan offside. Walaupun dari ulang-tayang, tidak nampak cacat celanya berlaku offside itu! Tapi referee membuat keputusan.

Sunderland juga punyai peluang terhidang yang mampu menghukum The Gunner pada minit ke-84, namun seperti mahu melakukan ala-Obafemi Martin melakar nama selepas dimasukkan, sepakan pemain gantian, Danny Welbeck berjaya ditampan cemerlang Wojciech Szczesny untuk mengelakkan tragedi menconteng arang berlaku di Emirates. Kemudian hasil dari sepakan sudut, Szczesny sekali lagi bertindak pantas menghalang.

Pada minit ke-80, Nasri membuat passing yang hampir sempurna untuk Arshavin yang pantas membawa bola masuk ke dalam kotak penalti, namun dalam masa detik menjanakan sepakan beliau telah ditolak dari belakang oleh Titus Bramble yang menyebabkan keseimbangannya tidak terkawal lalu sepakannya mencondong jauh dari gol, tapi jelas pengadil 'buta hati' membiarkan ketidakadilan berlaku di situ, tidak ada sepakan penalti atau isyarat berlaku kekasaran di situ. Nasib kita semalam kita diberikan jenis 'Masuk air' punya referee dan pembantunya skali!

Di minit ke-62, Marouance Chamakh yang masuk menggantikan Diaby, cepat membuat kehadirannya di padang terasa. Dari satu hantaran silang tepat pada Arshavin, tapi tolakan Arshavin sekadar tepat kedakapan Mignolet! Selepas itu beliau pula punyai kesempatan, namun tandukannya di minit-75 mengenai palang atas gol walaupun Mignolet sudah tertewas hasil umpanan dari sayap kiri oleh Jack Wilshere. Sangat menarik untuk aku menyaksikan performance yang ditonjolkan Wilshere, sikap dan attitude beliau untuk mendapat kemenangan sangat tinggi.

Nasri jelas menjalankan peranan selaku enjin The Gunners untuk menutup segala kepincangan selepas ketiadaan Cesc Farbregas dan Robin van Persie. Nyata beliau sudah melakukan segalanya, kombinasi gelecek, gentelan dan larian pantas memecah kubu lawan dipertonjolkan pada minit ke-35, aksinya yang menyelinap masuk dengan mengelecek lawan di depannya sehingga ke sudut garisan gawang sebelum melepas sepakan, sangat menarik!

Tapi apalah ertinya semua itu dengan kesempatan demi kesempatan, peluang demi peluang, harapan demi harapan, tapi gol gagal dicernakan. Kemenangan gagal dizahirkan! Kita sekali lagi gagal untuk mehimpit pendahulu liga, Manchester United. Kita memang perlukan Liverpool menyekat Manchester United malam ini, tapi sebenarnya kita sendiri lebih sepatutnya menjalankan 'kerja sendiri' untuk tidak mensia-siakan saki baki 30 mata di 10 perlawanan EPL selepas ini.

Dalam nada yang lebih positif dari Wenger ketika ditemubual BBC Sport, beliau dipetik berkata:

''We have played 11 games, with eight wins and three draws, so we are quite consistent with our results,''

''Today's result comes at a bad moment. Will it psychologically have such a big impact on the championship? I don't think so.''

The Gunners kini dijarakkan tiga mata di belakang Manchester United, yang akan berkunjung ke Anfield menentang Liverpool hari ini, jika menang, anak buah Ferguson akan terus berjaya melebarkan kedudukan ke 6 mata. Inikah yang kita mahukan....Arghhh!

Pastinya! semua mamak dan sekutu akan berpakat menyiarkan perlawanan team kegemaran mereka, si setan merah! Jadi marilah kita memeriahkan mamak stall beramai-ramai, menyaksikan game Man United dan Liverpool malam ini, dan memberikan sokongan geli-geli buat si 'bangau' demi menyedapkan hati kita buat kesenangan kita juga di game akan datang nanti.

Friday, March 4, 2011

Video | Arsenal Goal of the Month (February)



Memang 'masyok' gol-gol bulan fenruari ini terutama sekali time vs Newcastle, tapi sayang, kene 'tiaw' balik..huhu!

Thursday, March 3, 2011

Match Report | Melangkah ke Old Trafford, Bendtner hat-trick

Arsenal 5 : 0 Leyton Orient
Marouane Chamakh ('7), Nicklas Bendtner ('30, '43, pen '62), Gael Clichy ('75) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Lee Mason



Match Report | Arsenal 5 - 0 Leyton Orient; FA Cup, 5th round (replay)

Awalnya pertemuan menentang Leyton Orient FC ini dalam jadual kita bukanlah satu game yang dihiraukan sangat! Tapi selepas kecuaian kita di minit-minit akhir pada 10 hari lalu Brisbane Road sehingga dipaksa seri 1-1 telah membawa kepada malapetaka tambahan dalam jadual perlawanan kita. Namun perlawanan ulang-siar ini menjadi 'tonik' sangat penting selepas kita kecewa teruk di Wembley lalu. Game ini secara tidak langsung menjadi pemangkin tahap tindak balas anak buah Wenger untuk kembali fokus kepada baki tiga saingan Piala yang masih dalam laluan kita. Dengan rentetan kecederaan yang mula menjangkiti kem Arsenal, Wenger dapat menggunakan peluang ini untuk mencuba skuad yang beliau ada!

Kecederaan yang menimpa van Perise, membuka laluan luas buat Nicklas Bendtner menampilkan aksi, beliau nyata tidak persiakan peluang tersebut dengan mencipta hat-trick, sekaligus membuka nostalgia selaku penjaring hatrik pertama di FA sejak kali terakhir dilakukan Ian Wright ketika menumbangkan Yeovil pada tahun 1993. Dan pada tahun tersebut juga The Gunners menjulang tropi FA. Diharap tuah itu akan kembali!

Line-up diturunkan Wenger.

---------------- Almunia ----------------
---Eboue--------Miquel--------Squillaci--------Gibbs----
--------Diaby (Clichy '65)-------------Denilson --------
---Bendtner (Wilshere '65)-----Rosicky (Nasri '62)-----Henderson----
--------Chamakh--------

Simpanan (tidak digunakan): Sagna, Djourou, Arshavin, Szczesny

Seperti jangkaan awal, Wenger mengubal kesebelasannya berbanding line-up yang diturunkan pada final Piala Carling lalu, dengan hanya Rosciky satu-satu sahaja yang ada dalam pasukan lepas, manakala Miquel sekali lagi berpeluang menyelesaikan tugasnya di Brisbane Road, selain Henderson mengecap debut pertama dalam skuad utama - kredit buat kedua mereka tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, konifden level mereka juga sangat bagus! terutamanya Henderson yang dilihat sangat yakin menyimpan bola dan memperlihatkan keyakinan dirinya ketika mengambil free-kick di minit ke-38. Walaupun Rosicky ada dalam pasukan.

Arsenal akhirnya berjaya menunjukkan jalan keluar buat Leyton Orient dari saingan Piala FA dan menutupkan kisah dongeng yang ingin dicipta oleh pasukan yang dikenali julukan The O's ini untuk layak ke slot quarter-final dimana Manchester United sudah tersedia menanti di Old Trafford.

Marouane Chamakh melaku pesta jaringan selepas hanya tujuh minit perlawanan dan selepas itu ia tampak mudah buat Arsenal bagaikan pintu air yang sedang dibuka. The Gunners nyata menguasai penguasaan bola sepenuhnya. Bendtner kemudian mula membuka akaun hatriknya dengan jaringan kedua Arsenal menerusi tandukan yang melingkar menerjah masuk ke gawang dari tepi kawasan penalti. Tiada cara celebrate ala-Obafemi Martins diraikan Bendtner! Cool jerk, macam takde apa yang berlaku.

Bendtner kemudian menambah gol ketiga; tiga minit sebelum babak pertama ditamatkan, menerusi satu potongan cantik di sebelah kanan kotak penalti Orient seterusnya dari kaki kanannya merembat terus menghalakan bola jauh ke hujung kiri gol.


Striker gadang berbangsa Denmark itu memastikan hatriknya dengan sepakan penalti selepas Gibbs dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Revell sebelum digantikan Wilshere pada minit ke-65, Gael Clichy yang masuk mengantikan Diaby diminit ke-69, juga tidak malu-malu untuk mengukir nama selaku penjaring gol ke-5 Arsenal menerusi sepakan deras. Ia merupakan gol pertamanya musim ini sejak November 2008. Selepas itu, baki perlawanan nampak berat sebelah; The Gunners seperti sedang berada dalam tempo mood sesi latihan.

Sementara Orient nampak seakan berserah dan kembali berpijak ke bumi yang nyata, Kita telah menunjukkan mereka cukuplah menumpukan fokus pada League One dan siap sedia packing beg untuk perjalanan mereka ke Las Vegas, sebagai hadiah dari Chairman mereka Barry Hearn selepas layak ke pusingan replay ini. Enjoy!

Kemenangan 5-0 ini memastikan anak buah Wenger akan berpeluang dipertemukan lebih awal sebelum pertembungan 'Clash of Siapa Menang dia Juara EPL' kedua pasukan di saingan Barclays Premier League di Old Trafford pada 12 Mac.


MAN OF THE MATCH:
Nicklas Bendtner (Arsenal): Ketiadaan RvP menjadikan dia sebagai pilihan terbaik buat Wenger, mempunyai deria untuk mencuba dari kesempatan yang ada, berani melakukan cubaan-cubaan dari luar kotak penalti. Menarik hatriknya semalam apabila mempunyai tiga kombinasi - header, sepakan dari luar kotak dan sepakan penalti.

NEXT UP:
Arsenal vs Sunderland (home), Premier League, 05/03, 1500 GMT

Wednesday, March 2, 2011

Permainan Emosi di Bulan Februari | Roller coaster

Kita kerap dihidangkan dengan graf statistik skuad Arsenal kita. dah biasa sangatkan! Tapi pernah Wenger tengok kan pula graf statistik PenCinta Arsenal terutamanya di bulan Februari ini. Kalau lihatkan kepada gambarajah yang aku postkan dibawah ini dapat kita simpulkan bagaimana emosi kita dibawa bak roller coaster!

Pernah mencuba roller coaster, camana rasanya jiwa melayang ketika roller coaster dari paras tinggi menjunam ke bawah! Itulah perasaannya! Kalau tak pernah cuba, pegilah try!



Itu yang kadang-kadang kita tengok, ada PenCinta Arsenal dalam mana-mana forum, chatbox Arsenal atau blog-blog Arsenal yang ngamuk, menyumpah seranah, memaki hamun, ada tu! sesama PenCinta Arsenal pun selisih paham - itulah warna-warna emosi tidak terkawal.

Anda kalau bukan PenCinta Arsenal berjiwa kental, sudah pasti angkat kaki awal-awal. Untuk menyokong Arsenal, anda akan sering bermain dengan emosi! Anda tidak akan dapat menjangkakan apakah permainan yang bakal dihidangkan Arsenal dalam sesebuah perlawanan.

Bila kita jangka kita boleh bungkuskan team lawan dengan selamba, tapi kita dikecewakan dengan permainan yang tidak bermaya, silap-silap nasib kita dapatlah kolek satu mata, kalau tak baik, putih mata tanpa sebarang mata!

Emosi dan jiwa kita ada kalanya dibuai mimpi yang melangit, ada kala emosi kita bagai kaca terhempas berkecai.

Walau apa pun, Arsenal. Kau tetap di hati.

Menjelang 5th Round Replay FA Cup | Kasi chance Ignasi Miquel


Kapten pasukan Reserve, Ignasi Miquel dijangka sekali lagi diberikan amanat untuk bermula di pusat pertahanan Arsenal ketika melayan kunjungan Leyton Orient awal pagi esok.

ESPN Match Fixtures (Channel 812)
FA Cup 2010/11 (Live)
Rabu 03-Mar 03:40 Arsenal vs Leyton Orient - 5th Round Replay

Miquel yang diberikan peluang merasai nikmat debut pertama dalam skuad utama di Brisbane Road nyata tidak mengecewakan - walaupun dia merupakan sebahagian dari pasukan yang bertanggungjawab ke atas replay Piala FA ini selepas jaringan penyamaan dari Jonathan Tehoue, bek berDNA Catalan ini nampak mula meneroka setapak lagi untuk kejayanya dalam pasukan utama Arsenal.

Replay pusingan ke-5, Piala FA ini juga akan menjadi debut pertama Miquel di Emirates, Miguel akan mengisi slot yang ditinggalkan Laurent Koscielny yang dibayangi emosi masih tidak stabil selepas 'salah faham' bersama Wojciech Szczesny yang menyebabkan gol kemenangan buat Birmingham di final Piala Carling, sementara Sebastian Squillaci akan menggantikan Johan Djourou untuk diperehatkan.

Ini adalah cara Wenger menangani motivasi pemainnya. Harap Koscielny dan Szczesny akan kembali kuat untuk terus menampilkan aksi yang lebih konsisten dan mantap selepas ini.

Petikan Wenger mengenai situasi Koscielny:-

"I have spoken to them [Koscielny & Szczesny], not too much, More to Laurent Koscielny because he suffered more.

"You have to be realistic, analyse in a realistic way what you did wrong. But, as well, Koscielny has been a great player for us since the start of the season so it’s important he keeps his confidence level well and that he gets encouragement.

"He takes everything on board and we do not want that his confidence drops because he made certainly a mistake, he is really angry about it. We have, as well, to show that we support him and that we believe he is a fantastic defender.

"Wojciech is alright, there was more a misunderstanding. Because in the last second, Koscielny didn’t follow through [with his clearance] because he thought he saw Wojciech coming out. Then he had a hesitation and that hesitation was fatal for us."

Dengan dikurniakan tinggi 6 kaki 4 inci, Ia juga merupakan faktor penyebab yang dinilai Wenger sebagai alasan mengapa Arsenal tidak masuk dalam bursa transfer di tetingkap Januari lalu, walaupun tidak ada kepastiaan kukuh Thomas Vermaelen akan pulih dari kecederaan.

Miquel juga dikhabarkan turut serta menyaksikan perlawanan final Piala Carling di Wembley bersama ayahnya, dan sekarang dia bersedia untuk membantu Arsenal sekali lagi kembali ke final dan menuju ke Wembley.

Video | Arsene Wenger Injury update

Kata putus sudah diberikan Arsene Wenger dengan update terkini kecederaan di kem Arsenal menjelang replay Gunners dengan Leyton Orient di Piala FA.

Menurut Wenger antara pemain yang terlibat adalah Robin van Persie, Cesc Fabregas, Theo Walcott, Alex Song dan Abou Diaby.



Penerbangan ke Nou Camp?

Tidak ikut:

Robin van Persie - lutut.
Direhatkan minimum selama tiga minggu.

Theo Walcott - Pergelangan kaki.
Direhatkan minimum selama dua minggu.

Thomas Vermaelen - Masih bergelumang dengan kecederaan Achilles.
Main dengan skuad reserve pun tak mampu, seperti perancangan awalnya

Lukasz Fabianski - Bahu.
Terus rehat sampai habis musim, makan gaji buta!

Ada kemungkinan:

Cesc Fabregas - Hamstring.
Menurut Wenger - ada "kemungkinan" mampu disediakan untuk menghadapi Barcelona.

Alex Song - lutut.
Menurut Wenger - Juga mempunyai kesempatan bermain di Barcelona, menurut Wenger.

Tuesday, March 1, 2011

Injury News | Khabaran RVP + 'Si Capik' Vermaelen


Tropi yang melepas usah dikenang! Chis, baru nak recover dari dari mood duka! Keluar pula statement kacau emosi, penjaring gol penyamaan ketika Carling Cup kita, Robin van Persie pula dikhabarkan dalam situasi tak pasti, Ia dikatakan hampir pasti terlepas aksi pertemuan Arsenal di Champions League menentang Barcelona, selasa depan.

van Persie menerima musibah ketika di aksi Piala Carling, dari laporan awal van Perise mengalami kecederaan lutut kanannya dalam mencetak gol ke-13 peribadinya dalam 11 perlawanannya musim ini. Walau bagaimanapun, pasukan perubatan The Gunners ketika ini terus gigih menilai secara serius perkembangan striker on-form kita ini, mungkinkah ada keajaiban untuk beliau diterbangkan bersama-sama dalam perjalanan ke Sepanyol nanti. Kita mengharapkan kecederaan ini bukanlah kecederaan melarat untuk tempoh panjang! Tapi kita sangat paham, bintang kita ini kalau kena injed memang payah nak pulih cepat! Adanya van Perise dalam pasukan sangatlah penting dalam skuad Wenger ketika ini dalam situasi kecederaan dalam kem The Gunners yang mula membiak! Inilah penangan yang kita harus kita terima pabila berhadapan dalam jadual yang semakin memadat!

Sementara itu bek kental tahun lepas kita, Thomas Vermaelen masih tidak cukup cergas lagi untuk membuat comeback yang ditunggu-tunggu di perlawanan untuk skuad reserve ketika menentang West Ham pada hari Selasa ini. Maka, kempunan lagilah kita?

Nampaknya Wenger gagal untuk melihat kelibat Vermaelen diturunkan selepas tidak beraksi secara kompetatif sejak Ogos dengan kecederaan Achillesnya, penampilannya dalam skuad reserve di Bishop's Stortford pada hari Selasa ini adalah penting untuk Wenger menilai perkembangan Vermaelen, tetapi dengan laporan terbaru ini, Wenger perlu akur Vermaelen masih belum bersedia.

Benar error yang dilakukan Laurent Koscielny ketika menentang Birmingham mengundang kegagalan kita menamatkan penantian 6 tahun tanpa trofi, Tapi Wenger tidak cukup terdesak untuk segera mencampak Vermaelen kembali ke pasukan utama tanpa melihat aksi awalnya.

Dalam perkembangan lain, seharusnya kapten Cesc Fabregas dijangka harus pulih dari cedera hamstring selepas direhatkan pada aksi di Wembley, tapi Wenger mengeluarkan nada yang berbeza tentang Theo Walcott, adalah 'sangat majik' untuk beliau siap menghadapi Barcelona selepas 'terpeleot' pergelangan kaki ketika menang ke atas Stoke.

Arsenal selepas ini akan turun bertemu Leyton Orient dalam perlawanan replay pada hari Rabu untuk Piala FA. Jadi ini adalah perlawanan penting untuk melihat respon anak buah Wenger selepas frust dalam Piala Carling.

Bangkit The Gunners! Lupakan 'Mickey Cup'. Buang jauh-jauh mood kecewa! Jangan pasal terlepas satu ditangan yang tiga lagi juga keciciran! kerana kita masih relevan dalam tiga saingan lagi - Piala FA, Premier League dan Champion League! Semua tu telinga lebih besar dari yang kita lepaskan tempoh hari.

Related Posts with Thumbnails