Friday, July 18, 2014

Mathieu Debuchy Pembelian ke-2 Wenger Musim Ini


Berita gembira di kem Arsenal pagi ini, Newcastle United F.C. telah bersetuju menjual bek kanan Mathieu Debuchy untuk Arsenal FC dengan bayaran yang tidak didedahkan, walaubagaimanapun ia dianggarkan sekitar £12 juta.

Pemain antarabangsa Perancis berusia 28 tahun baru saja membantu Perancis ke peringkat suku akhir Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil selepas ditunjukkan jalan keluar oleh sang juara Jerman. Debuchy juga merupakan pilihan utama Deschamps mengisi slot bek kanan dalam skuad Piala Dunia Perancis di Brazil berbanding Sagna.

Debuchy menjadi pembelian ke-2 "The Gunners" selepas pembelian sulung Alexis Sanchez dari FC Barcelona. Sudah tentunya kehadiran Debuchy adalah sebagai galang ganti kepada Bacary Sagna yang memilih ke Manchester City untuk bertemu rakan lama Samir Na$ri & Clichy.

Menurut Debuchy ketika ditemubual dalam laman web rasmi Arsenal.
“I’m very proud to be joining a great club like Arsenal and to wear its colours, it’s one of the biggest clubs in the whole world,”

“I’m looking forward to working with Arsene Wenger and to helping the team build on last season’s FA Cup success. Playing again in the Champions League is a big excitement for me and I will do my best to help Arsenal compete for trophies.


Disebalik kegembiraan ini, kita juga digemparkan dengan trajedi terhempasnya pesawat MAS jenis Boeing 777 MH17 yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dekat bandar Donetsk, kubu kuat pemisah pro Russia, Anton Gerashchenko.

Sama-sama kita doakan yang terbaik.

Friday, July 11, 2014

Alexis Sanchez kini Sah Milik Arsenal

Salam Ramadhan,

Akhirnya! Wenger membuat rekod pembelian termahal ke-2 di Arsenal selepas Ozil.

Alexis Sanchez disahkan "The Gunners" sebaik sahaja selesai dengan rekod perpindahan £30million dari Barcelona.

Pemain sayap Chile telah disahkan sebagai pemain Gunners awal pagi ini (waktu malaysia) selepas menolak berpindah ke Liverpool, Juventus dan AC Milan. Ia juga atas minat dan cinta beliau dengan bandar london dan Stadium Emirates yang mampu memuat hampir 60 ribu sekali harung.

Sanchez akan menerima gaji kira-kira £ 150,000 seminggu yang merupakan antara yang tertinggi di Arsenal.

Menurut laporan yang belum sahih, beliau dijangka akan menyarung jersi nombor 17 yang diambil dari Nancho Monreal.

Diikutkan akal logik 12 bulan yang lalu, memang tak terfikirkan wenger & Arsenal mampu membawa Ozil dan Sanchez sebagai The Gunners.

Pencinta Arsenal mengucapkan selamat datang & maju jaya buat Sanchez. Semoga pemain 'chili' ini akan menambah 'pedas' lagi skuad Arsenal untuk mengharungi musim 2015 nanti.

Related Posts with Thumbnails