Sunday, October 31, 2010

Match Report | SonGOL

Arsenal 1 : 0 West Ham United
Alex Song ('88) : -
Vanue: Emirates Stadium, London
Referee: Mike Jones



Match Report | Arsenal vs West Ham, English Premier League

Tandukan minit ke-88 ALEX SONG menjadi pemisah membawa tiga mata berharga sekaligus membenamkan West Ham terdampar di dasar liga - setelah Rob Green mencabar Arsenal dengan mempamerkan tidak kurang empat aksi menyelamat hebat.

Menarik sungguh, sejak tiga perlawanan terakhir Arsenal menjaringkan gol pada minit ke-88, bermula kemenangan ke atas Manchester City hasil jaringan Bendtner, diikuti perlawanan menentang Newcastle hasil jaringan Walcott dan malam semalam menentang West Ham dari Song.

Jika tidak kerana ketangkasan yang di pamerkan Rob Green; Arsenal pasti memperolehi jumlah jaringan yang lebih selesa, antaranya cubaan dari Fabregas pada minit ke-23 selepas berlaku kombinasi menarik yang dijelmakan Song dan Sagna sebelum dilepaskan kepada Fabregas, sepakan deras Fabregas tepat menemui gawang tetapi Green ternyata lebih pantas bertindak balas.

Green terus bertindak cemerlang menyangkal sepakan jarak dekat Song dan kemudian menyelamatkan tandukan kebelakang Squillaci yang berpunca dari sepakan sudut Nasri. Arsenal terus kempunan memecah kebuntuan jaringan sehinggalah tamat babak pertama. West Ham pula semakin konfiden dengan permainan mereka dan cuba mencari gol dengan beberapa cubaan serangan balas, tetapi benteng Arsenal kekal berdisplin menyekat. Dengan Fabianski dilihat semakin jelas tingkat keyakinan diri dari arahan-arahan yang diberikan kepada benteng pertahanan. - Teruskan Fabianski! Arsenal kini mengekalkan rekod bersih tidak bolos dalam tiga perlawanan terakhir! - Green pula pastinya berharap dengan prestasi yang ditonjolkan mampu membuka mata Fabio Capello supaya tersenarai dalam skuad kasta rendah England.

Namun tembok kebal Green akhirnya berjaya dirobohkan dengan hanya berbaki dua minit sebelum perlawanan bakal ditamatkan, Song meluru pantas menanduk hantaran silang dari Gael Clichy.

Jadi kemenangan ini menunjukkan bahawa kita dengan jelas berada pada landasan yang tepat. Walaupun kita tidak menampilkan permainan terbaik kita malam semalam tetapi kemenangan itu lebih penting. Kita masih dianggap calon favorite hari ini walaupun tidak disokong oleh jaringan gol, Dengan musuh terdekat seperti Chelsea dan MU telah memenangi perlawanan masing-masing mereka. Maka sebiji dari Song itu sangat tinggi nilainya.

Dominasi Arsenal: Gambaran perbandingan sasaran ke arah gol antara Arsenal dan West Ham


Sementara Wenger ketika ditanyakan wartawan mengenai prestasi Song berkata:

"Song is amazing, he has added something to his game - he came as a centre back, becomes a defensive midfielder and now he's playing like a striker,"

Dengan kembalinya Jack 'Boy' Wilshere selepas selesai menjalani tiga pergantungan, barisan tengah Arsenal kini dilihat cukup mantap dengan dibarisi Cesc, Nasri, Arshavin, Rosicky, Song, Denilson yang semua bebas dari sebarang kecederaan. Dengan Ramsey pula semakin hampir untuk cergas selepas lama berehat panjang akibat patah kaki, tapi pastinya ia perlukan masa untuk mengembalikan ke prestasi asal!

Sementara itu khabar kecederaan mula kedengaran selepas perlawanan menentang West Ham melibat Fabregas, tapi tiada berita sahih mengenai situasi kecederaan sebenar setakat ini, menurut Wenger Fabregas cukup cergas untuk pertembungan di Liga Juara-Juara menentang Shakhtar Donetsk. Tapi kalau pada pandangan aku, Fabregas tidak perlu dipaksa sangat untuk diturunkan pada perlawanan tersebut kerana kita masih memiliki barisan back-up yang cukup baik untuk memberikan tiga mata ketika berkunjung menentang Eduardo dan rakan-rakannya di Ukraine. Tak berbaloi untuk Fabregas tercedera pada perlawanan 03 November itu.

Enjoy! Sedutan video game semalam...

Carling Cup News | Undian Suku Akhir


Arsenal telah ditarik ditemukan dengan Wigan Athletic pada suku akhir Piala Carling.

The Gunners menempah tempat selepas melapah Newcastle United dengan kemenangan selesa 4-0 minggu ini.

Manakala anak buah Roberto Martinez, yang mengalahkan Swansea di pusingan keempat, akan berkunjung ke Stadium Emirates pada 29 November 2010 nanti.

Berikut adalah senarai lengkap undian perlawanan Piala Carling peringkat suku akhir:-

Arsenal vs Wigan
Birmingham vs Aston Villa
West Ham vs Manchester United
Ipswich vs West Brom

Saturday, October 30, 2010

Preview Match | Mencari Kemenangan Ke-5 Berturut-turut


Preview Match | Arsenal vs West Ham, English Premier League

Emirates Stadium, London
Sabtu, 30 Oktober 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832
Online: 2155-0000 hrs (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mike Jones
* Pertemuan terakhir: Arsenal 2-0 West Ham
* Pertemuan kedua pasukan: 52 kemenangan berpihak Arsenal, 33 kemenangan berpihak West Ham, 38 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-K-M-M-M-M
* Prestasi terkini West Ham:
M-M-S-S-K-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up


Simpanan: Szczesny, Djourou, Eboue, Rosicky, Arshavin, Bendtner, Vela
Denda: Wilshere (Pergantungan 3 perlawanan)
Kecederaan: Gibbs (lutut), Diaby (pergelangan kaki), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (patah kaki)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Kieran Gibbs diragui kecergasannya, apabila sering mudah dilanda kecederaan. Kali ini Gibbs mengutip satu lagi MC pada Rabu lepas dan akan kehilangan "beberapa minggu," dan keputusan penuh akan ditentukan oleh scan pada hari Jumaat.

  • Abou Diaby juga ditunjuk jalan keluar dari skuad utama akibat kecederaan pergelangan kakinya, setelah mengambil kecederaan ketika melawan Bolton pada bulan September. Dengan sebahagian besar pemain di tengah sudah kembali dari kecederaan, Diaby diistirehatkan mungkin sebagai langkah pencegahan bagi memberikan ia peluang benar-benar cukup cergas.

  • Manuel Almunia masih perlu satu atau dua minggu lagi untuk puluh dari cedera siku, pada saat ia cergas nanti, Almunia pasti sukar mendapatkan tempatnya kembali.

  • Robin van Persie dan Aaron Ramsey dijangka akan kembali ke latihan penuh pada minggu depan.

  • Thomas Vermaelen dilihatkan agak lambat dalam proses pemulihan. - unit fisioterapi Arsenal perlu kuat kerja.

  • Ini adalah pergantungan terakhir dari keseluruhan tiga pergantungan yang dikenakan terhadap Jack Wilshere.

  • Arsenal telah memenangi empat perlawanan terakhir liga domestik.

  • The Gunners tidak merakam kekalahan dalam tiga pertemuan dengan West Ham musim lepas. Yang menarik! Semua tiga pertemuan tersebut gawang Arsenal di dokong oleh tiga keeper yang berbeza, (25 Okt 2009 - Mannone, 03 Jan 2010 - Fabianski & 20 Mac 2010 - Almunia)



  • Info Terkini Disebalik Tabir West Ham

  • Matthew Upson juga ex-Arsenal telah membuat semua penampilan dalam tiga pertemuan dengan Arsenal, dan mungkin terlepas aksi sabtu ini akibat hamstring, Striker Frederic Piquionne, juga dilihat tidak cukup cergas selepas dikhabar mengalami kecederaan dan dikeluarkan pada minit ke-68 ketika melawan Newcastle minggu lalu.

  • Miliki senarai pemain yang mengalami kecederaan jangka panjang meliputi Jack Collison (lutut), Zavon Hines (lutut), dan Thomas Hitzlsperger (paha)

  • West Ham mendapat 'tonik semangat' tambahan selepas berjaya membenam Stoke keluar dari Piala Carling, 3-1 pada hari Rabu.

  • West Ham ketika ini duduk di dasar Liga Perdana, dengan berkonsi 6 mata cuma dipisahkan jaringan gol dengan Wolverhampton Wanderers.

  • The Hammers hanya mencatatkan hanya satu kemenangan musim ini di Liga Perdana menundukkan Tottenham 1-0, tetapi nasib mereka agak berbeza di Piala Carling apabila masih gagah meneruskan cabaran sehingga ke saat ini (suku akhir).



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal dipertemukan dengan West Ham tiga kali musim lalu dua kali di liga dan sekali di Piala FA (Pusingan ke-3). Arsenal menang 2-0 di Stadium Emirates hasil jaringan Denilson dan penalti Fabregas, manakala Vermaelen dikenakan kad merah.

  • West Ham berjaya bangkit menyamakan kedudukan 2-2 di babak kedua perlawanan selepas ketinggalan 2-0 di babak pertama di Upton Park musim lalu.

  • West Ham mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pelawat pertama yang berjaya memenangi di Emirates, unggul 1-0 pada tarikh 7 April 2007 hasil jaringan Robert Zamora. Antara pemain yang berada dalam skuad itu dan masih bersama Arsenal sekarang adalah Fabregas, Diaby, Rosicky, Clichy, Almunia dan Eboue.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil adalah Mike Jones.

  • Ia memulakan tugas awal ketika Arsenal berpesta menang 6-0 melawan Blackpool pada bulan Ogos. Ini adalah tugasan pertamanya dalam mengendalikan perlawanan melibatkan West Ham musim ini.

  • Musim lalu, dia hanya ditugaskan mengendalikan dua perlawanan Arsenal: ketika menjadi tuan rumah mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas Wigan dan Fulham. Arsenal dilihat memiliki rekod yang sangat baik ketika Mike Jones yang mengendalikan perlawanan, hasil keseluruhan tiga perlawanan yang dikendalikannya, Arsenal telah merakamkan gabungan 14-0 keseluruhannya. - Fantastik!

  • Untuk West Ham, ia bertugas ketika seri 0-0 di Aston Villa dan menang 1-0 melawan Sunderland musim lalu.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Blackburn Rovers vs Chelsea, Ewood Park, Blackburn

  • Sabtu: Everton vs Stoke City; Liverpool Goodison Park,

  • Sabtu: Fulham vs Wigan Athletic; Craven Cottage, London

  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs Manchester City; Molineux, Wolverhampton

  • Sabtu: Manchester United vs Tottenham Hotspur, Old Trafford, Manchester

  • Ahad: Aston Villa vs Birmingham City, Villa Park, Birmingham

  • Ahad: Newcastle United vs Sunderland; St James 'Park, Newcastle

  • Ahad: Bolton Wanderers vs Liverpool, Stadium Reebok, Bolton

  • Isnin: Blackpool vs West Bromwich Albion; Jalan Bloomfield, Blackpool

  • Friday, October 29, 2010

    Match Report | Arsenal Tunjuk Jalan Keluar Kepada Newcastle

    Newcastle United 0 : 4 Arsenal
    - : Tim Krul (og '45), Theo Walcott ('53 & '88) , Nicklas Bendtner ('83)
    Vanue: St James Park Stadium, England
    Referee: Andre Marriner



    Match Report | Newcastle United vs Arsenal, English Carling League Cup 4th Round

    Newcastle United ditunjukkan jalan keluar dalam perebutan ke suku akhir Piala Carling ditangan Arsenal malam kelmarin St James Park.

    Sebiji gol bunuh diri dari keeper Tim Krul, dua datangnya dari usaha Theo Walcott, dan satu dari Nicklas Bendtner membukukan Arsenal untuk layak ke peringat seterusnya dengan 4-0.

    Pengurus Newcastle Chris Hughton telah melakukan sembilan perubahan dalam kesebelasan pemainnya untuk melayan kunjungan anak buah Wenger, pilihan pasukannya telah menunjukkan dengan jelas keutamaannya adalah pertembungan minggu ini menentang Sunderland bagi mengukuhkan kedudukan Newcastle dalam carta liga musim ini, memandang jurang diantara pasukan-pasukan bawahan dan pertengahan dan top 4 di EPL semakin mengecil dan setiap pasukan agak sukar untuk mendapat permainan yang mudah dalam setiap perlawanan.

    Namun, para pemerhati juga penyokong-penyokong Newcastle yang mengerumuni stadium St James Park dianggarkan sekitar 33,157 meninggalkan stadium dengan tanda-tanya apakah yang mampu Hughton lakukan dengan menamakan kesebelasan sedemikian rupa.- hanya cabaran Piala Liga inilah sesatu kejuaraan logik yang mampu diterima akal untuk digapai seandainya mampu mengejutkan The Gunners.

    Perlawanan semalam bermula dengan kedua pasukan mempamerkan gerakan pantas dengan beberapa ancaman yang mampu menghadirkan gol, Walaupun permainan semalam tidak cukup menarik perhatian seperti perlawanan menentang Tottenham di pusingan ssebelumnya, tetapi di kem Arsenal terdapat banyak hal positif dan menarik dipertonton oleh beberapa anak muda Wenger yang diberikan kesempatan menonjolkan kemampuan, antaranya prestasi keeper muda Poland Wojciech Szczesny, yang juga merupakan rakan senegara Lukasz Fabianski, ia merupakan aksi keduanya untuk pasukan utama musim ini, juga menghasilkan beberapa aksi hebat untuk 'menyimpan' clean sheet. Nampaknya Wojciech Szczesny, tidak mensia-siakan peluang yang diberikan, dan ini pasti menjadi tanda positif di bahagian keeper Arsenal di mana Wenger akan mendapat manfaat dari persaingan yang sihat dari kedua-dua keeper berbangsa Poland ini. Dan kedudukan Almunia yang kini dilanda kecederaan pasti sangat terancam dengan prestasi yang ditunjukkan Lukasz Fabianski dan Wojciech Szczesny ketika ini.

    Wenger kelihatan suram, kedudukan masih berkesudahan 0-0

    Bagaimanapun prestasi di awal permainan pemain muda [Szczesny] agak membimbangkan, Setelah dia tersilap percaturan dengan mengambil keputusan kurang tepat bergegas keluar dari kubunya dalam usaha untuk menyangkal gerakan yang dihadirkan Nil Ranger, selepas itu, ia mula fokus dan bertindak baik dengan aksi yang lebih segar dan cemerlang berikutnya antaranya menghalang sepakan kencang dari Alan smith dari luar kotak penalti dan menidakkan usaha Andy Carroll dari jarak dekat.

    Berikut klip video kompilasi Szczesny di St James Park



    Johan Djourou dan Laurent Koscielny juga dilihat kental mengunci serangan dari tuan rumah - terutamanya Djourou yang aku nampak semakin baik persembahannya dari satu game ke satu game! Craig Eastmond pula berjaya untuk bermula pertama kalinya musim ini, aksi awalnya kelihatan agak lambat dalam menyalurkan bola kepada rakan sepasukan, tapi pulih sedikit di babak kedua sebelum terpaksa mengalah akibat kecederaan.

    Di awal minit ke-19, Wenger kehilangan Kieran Gibbs akibat kecederaan dan digantikan Bacary Sagna. - Wenger pasti sedikit resah dengan keadaan Gibbs yang merupakan back-up terbaik Clichy

    Sebuah sepakan sudut lambung yang diambil Walcott berlaku sedikit kucar-kacir di dalam kotak penalti dari tandukan Bendtner, Krul yang terhalang teraba-raba untuk gagal menyekat, tapi Ryan Taylor berada pada situasi yang tepat malangnya dari clearance yang ingin dilakukan Ryan Taylor dari situasi merbahaya memakan diri apabila terkena bahagian belakang kepala Krul dan melantun semula ke dalam jaring. Babak pertama tamat dengan kedudukan terus kekal 1-0 memihak Arsenal.

    Masuk babak kedua, Newcastle segera melancarkan serangan balas untuk mencari gol penyamaan, tapi tuan rumah tidak dibiarkan bebas untuk sewenang-wenangnya bermain, Arsenal juga bertindak balas dengan mempertingkat serangan, tekanan yang dikenakan ke pertahanan tuan rumah akhirnya berhasil pada minit ke-53, apabila Walcott pantas memanfaat dari satu serangan balas melepasi dari kedudukan offside menjadikan kedudukan Arsenal semakin kukuh 2-0, walaupun berlaku sedikit kontroversi dari gol tersebut. - yang penting gol sudah dikira. huhu!

    Kemudian dari serangan di sebelah sayap kiri dimulakan Cesc Fabregas yang menggantikan Carlos Vela, melepaskan ke Nicklas Bendtner, striker antarabangsa Denmark melepaskan satu sepakan walaupun dalam keadaan ruang kelihatan sempit, percubaannya nyata membuahkan hasil untuk memberikan gol terkumpul peribadi keduanya dalam 2 perlawanannya setakat ini tidak sampai 150 minit.

    Dengan di minit-minit akhir perlawanan bakal ditamatkan. Walcott menambah derita skuad bimbingan Hughton apabila mengesahkan gol keduanya pada malam itu dengan memanfaatkan kuasa torpedonya melarikan bola dan meninggalkan dua pertahanan tuan rumah terkapai-kapai mengejarnya, memberikan kedudukan penuh 4-0 memihak Arsenal.

    Wenger masih kelihatan suram, kedudukan sudah 4-0, Nak berapa ekk?

    Thursday, October 28, 2010

    Video Goals | Newcastle United 0-4 Arsenal



    Carling League Cup, Rabu, 27hb Oktober 2010 @ 02:45am





    Click for Newcastle United squad listNewcastle United
    v
    Arsenal
    Click for Arsenal squad list








    Kesebelasan Utama
    53 Szczesny
    6 Koscielny
    27 Eboué
    40 Eastmond
    20 Djourou
    28 Gibbs
    14 Walcott
    7 Rosicky
    15 Pereira Neves
    11 Vela
    52 Bendtner
    Simpanan
    3 Sagna
    50 Nordtveit
    21 Fabianski
    4 Fabregas
    46 Lansbury
    41 Emmanuel-Thomas
    23 Arshavin
    0-1 Tim Krul (o.g)




    0-2 Theo Walcott



    0-3 Nicklas Bendtner



    0-4 Theo Walcott

    Wednesday, October 27, 2010

    Preview Match | Rekod Baik Menentang Ex-Arsenal Perlu Diteruskan


    Preview Match | Newcastle United vs Arsenal, English Carling League Cup 4th Round

    Dalam tiga game terakhir ini ketika menentang bekas pemain Arsenal (Hleb-Birmingham; Eduardo-Shartak Donestk, Adebayor-Manchester City) nampaknya Arsenal memiliki rekod yang baik setakat ini, Kali ini kita akan sekali lagi dipertemukan berdepan seorang lagi bekas pemain 'Invisible' Arsenal yang masih aktif bermain, Sol Campbell; dan harapan tetap sama, rentetan dan rekod kemenangan yang baik menentang bekas-bekas Arsenal ini dapat diteruskan. Sekaligus meneruskan langkah kepada peringkat seterusnya dalam kempen Piala Liga ini, dan kita bakal mempunyai peluang yang cerah untuk mengakhiri penantian mengenggam Piala utama selepas ketandusan selama 5 tahun terakhir ini.

    St James 'Park, Newcastle upon Tyne
    Rabu, 27 Oktober 2010
    Astro (SuperSport 2) - Channel: 816
    Online: 2.40 am LIVE (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Andre Marriner
    * Pertemuan terakhir: Newcastle 1 - 3 Arsenal; 21 Mac 2009
    * Pertemuan keseluruhan kedua pasukan: 64 kemenangan berpihak Arsenal, 65 berpihak Newcastle, 36 berkesudahn seri
    * Pertemuan keseluruhan kedua pasukan di Piala Liga: 3 kemenangan berpihak Arsenal, tiada kemenangan buat Newcastle, tiada juga keputusan seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-S-K-K-M-M
    * Prestasi terkini Newcastle: M-M-K-K-S-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Jack Wilshere akan melayari perlawanan ini dari luar padang akibat digantung tiga perlawanan untuk kad merah yang diterimanya ketika melawan Birmingham City.

  • Arsene Wenger telah menyatakan bahawa kekuatan pasukannya akan setara dengan kekuatan pasukanya ketika menghantar keluar Spurs dari pertandingan ini di White Hart Lane pada pusingan ke-3 lalu.

  • Akan ada bakal beberapa pemain dari 18 pemain pasukan utama akan mendapat game hari ini, kita mungkin bakal disajikan kelibat Kieran Gibbs, Emmanuel Eboue, Carlos Vela, ada kemungkinan juga Abou Diaby, dan tidak mustahil Denilson dan Tomas Rosicky juga mendapat tempat dalam pasukan hari ini.

  • Nicklas Bendtner dan Theo Walcott, yang baru pulih dari kecederaan, kali ini mungkin akan mendapatkan tempoh masa yang lebih panjang untuk bermain di St James Park.

  • Wojciech Szczesny mempunyai harapan untuk mengawal gawang Arsenal di kempen ini, andai dia tidak diturunkan untuk malam ini, dia mungkin tidak akan mempunyai peluang bermain untuk sepanjang musim ini melainkan kecederaan melanda Almunia dan Fabianski.

  • Henri Lansbury, Craig Eastmond, dan Jay Emmanuel-Thomas juga ada peluang yang sama sekiranya Wenger berhasrat untuk memberikan pengalaman kepada anak mudanya pada pertandingan yang lebih kompetatif.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal dan Newcastle sudah ditemukan tiga kali dalam kempen Piala Liga, semua kemenangan berpihak kepada Arsenal (2-0 di 2007/08, 2-0 di 1995-1996, dan 4-0 di 1971-1972.)

  • Arsenal mengumpul mata penuh enam mata dari Newcastle pada musim 2008/09, menang 3-0 di Emirates dan 3-1 di St James 'Park.

  • Arsenal juga tidak gagal membenam Newcastle di kedua-dua pada pertandingan domestik di 2007/08.

  • Kali terakhir Arsenal tewas ketika melawan Newcastle dalam perebutan Piala adalah pada Final Piala FA 1952. Pada waktu itu, di mana tidak ada peraturan membenarkan pemain simpanan diguna pakai dalam sesuatu perlawanan, Arsenal terpaksa mengharungi perlawanan tersebut dengan tujuh pemain dipaksa bermain walaupun sedang mengalami kecederaan, Arsenal tewas perlawanan akhir itu 1-0.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Perlawanan adalah Andre Marriner.

  • Ini adalah merupakan tugasan pertama kalinya ia mengendalikan perlawanan melibatkan Arsenal musim ini, musim lalu dia mengendalikan perlawanan ketika Arsenal tewas 3-0 ke atas Chelsea di Emirates dan mengendalikan lagi dua perlawanan yang berpihak Arsenal dengan Nicklas Bendtner menjadi wira pada injury time: 2-1 di Hull dan 1-0 melawan Wolves.

  • Awal tahun ini, Marriner mengendalikan perlawanan ketika Newcastle menang 1-0 di Goodison Park. dan satu ketika seri 0-0 dengan Geordies di Leicester.

  • Sekitar lain-Lain perlawanan dan keputusan di Pusingan ke-4 Piala Liga
    (Liga Perdana = LP, Championship = C, Liga Satu = L1, Liga 2 = L2)

  • Selasa: Manchester United (LP) 3 - 2 Wolverhampton Wanderers (LP); Old Trafford, Manchester

  • Selasa: Birmingham City (LP) 1 - 1 Brentford (L1); Birmingham St Andrew's,

  • Selasa: Ipswich Town (C) 3 - 1 Northampton Town (L2); Portman Road, Ipswich

  • Selasa: Leicester City (C) 1 - 4 West Bromwich Albion (LP); Walkers Stadium, Leicester

  • Selasa: Wigan Athletic (LP) 2 - 0 City Swansea (C); Stadium DW, Wigan

  • Rabu: Aston Villa (LP) v. Burnley (C); Villa Park, Birmingham

  • Rabu: West Ham United (LP) v. Stoke City (LP); Boleyn Ground, London
  • Tuesday, October 26, 2010

    Al-Kisah News | Maafkan Kami..Maafkan kami...Maafkan kami


    Fabianski Kamu kini dari Flappyhandski bertransfomasi ke Safehandski? Syabas!

    Sejujur-jujur kata; Apakah ada PenCinta Arsenal di luar sana yang boleh dengan jujur mengatakan bahawa mereka tidak pernah mengkritik, mengkondem, mencaci-caci sayang Lukasz Fabianski sejak akhir musim lalu? Semua orang tahu samada kawan lawan mahupun lawan, sering kita tidak pernah mempercayai apa yang istimewa pada pada Lukasz Fabianski ini, serius la aku katakan, aku sendiri tak nampak! walaupun Wenger sering mengatakan ketika training mamat ini sering memberikan aksi-aksi 'berkelas dunia' tapi tu la dia bila bagi main, cuma bayangan kelas Tadika yang dihidangkan kat aku? Mau tak mensirap aku! huhuh...Yang jelas kelihatan aku nampak muka gelabah, cuak, ragu-ragu, serba salah, sindrom down, goyang, gigil dan pelbagai lagi sehingga ada PenCinta Arsenal yang mengelarkannya dengan pelbagai nama samaran seperti Flappyhandski, Flipskipping, Silap-silap Tak Skit banyak itu Fabianski.

    Tapi itulah hukum dunia begitu dalam sukan bola sepak kan, "bila di atas kau akan sering diangkat dan dipuji, tapi apabila dibawah kau akan dipijak dan dihina nestapa". sama ketika Almunia ketika ingin merampas jersi no.1 dari Jens Lehman, memang terbaik hanya dari Almunia, dah tak nampak sapa dah! tapi sekarang sudah ada suara-suara yang kedengaran, Almunia harus dilepaskan pergi pada tertingkap perpindahan Januari yang bakal dibuka nanti untuk memberikan jersi no.1 secara tetap kepada wira baru Lukasz Fabianski.

    Sebelum ini, Walau dengan azimat "In Arsene We Trust" terpahat dijiwa raga - untuk hal ini, Aku juga payah sangat nak percayai dengan kenyataan penuh muka yakin Wenger yang sering berulang tayang menegaskan penjaga gol berbangsa Poland itu ber"Kelas Dunia" dan mengatakan bahawa ia akan membuktikannya satu hari nanti. Bahkan ketika Wenger mengatakan Lukasz akan berada di gawang menggantikan Almunia samada kerana kecederaan atau untuk direhatkan terutamanya selepas Wenger memberikan kesempatan pada Fabianski selepas aksi lunyai dari Almunia dengan West Brom.

    Berikut adalah antara kata-kata Wenger mengenai Fabianski yang akan diberikan kesempatan bermain menentang Partizan Belgrade, ketika PenCinta Arsenal terus ragu-ragu untuk mempercayai krebiliti yang ada pada anak buahnya itu: -

    "Dia mendapat kesempatan lagi untuk menunjukkan betapa baiknya dia.

    "Hanya ada satu cara untuk menunjukkan kepercayaan pada seorang pemain itu dengan menempatkan dia bermain dan memberinya kesempatan. Saya mempunyai keyakinan dalam dirinya.

    "Sebagai pengurus, anda dapat memberikan peluang untuk pemain yang cukup baik - saya percaya bakatnya.

    "Ini adalah kesempatan besar tetapi anda ingin kiper atau lain-lain pemain untuk diberikan kesempatan sedangkan anda sudah memilikinya."

    Aku membalas "Ahhh! Bagi peluang pada Vito Mannone & Wojciech Szczesny la, alang-alang nak bagi kesempatan...sama rata laa....Aku tak nampak sesuatu apa kat Lukasz Fabianski ini...huhuh!" (pada suatu masa dulu la!)

    Sekarang aku harus segera segan dan tersipu-sipu malu bak kumbang yang ingin dilamar rombangan sang bunga ke rumah...huhuhu! Permohonan kesilapan aku secara terbuka buat Wenger dan Fabiański, sama juga apa yang berlaku pada pemain kepercayaan Arsene Wenger sebelum ini seperti Diaby, Song. Denilson dan Eboue, The Professor tahu apa yang terbaik! Apa pun jika aku masih ada mengkritik pemain kepercayaan Wenger pada masa depan, itu hanyalah kritik-kritik sayang - dengan sekali nafaz, aku lafaz "In Arsene I Trust U Plus-Plus" huhuhu!

    Sementara buat Fabianski, aksi ketika ini harus terus konsisten untuk terus menyakinkan aku dan PenCinta Arsenal yang dah mula berputik sayang ni kat ko! huhuhu

    Jadi Ku Dendangkan Lagu ini, Untuk Wenger dan Fabianski Khasnya...huhuhu

    Monday, October 25, 2010

    Match Report | Arsenal Lonjok Tangga ke-2 Liga, Aksi Best Lukasz Fa'Best'ski, Hadiah Arsenal Clean Sheet

    Manchester City 0 : 3 Arsenal
    - : Samir Nasri ('20), Cesc Fábregas (pen miss '40), Alex Song ('66) & Nicklas Bendtner ('88)
    Vanue: City of Manchester Stadium, England
    Referee: Mark Clattenburg



    Match Report | Manchester City vs Arsenal, English Premier League



    Aksi dua budak nakal Samir Nasri dan Alex Song pedajal Emmanuel Adebayor...huhu

    Samir Nasri, Alex Song dan Nicklas Bendtner masing-masing menghentam sasaran gol memberikan kelebihan buat Arsenal ke atas 10 pemain Manchester City, 3-0 di Eastlands.

    Money City yang turun dengan reputasi tinggi sebagai pasukan di kedudukan kedua di Barclays Premier League, kelihatan seperti 'tidak boleh dihalang' untuk terus kekal mengapit rapat Chelsea yang terlebih awal memulakan aksi dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolverhampton Wanderers, Harapan mengunung setinggi duit Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan, City tiba-tiba dikejutkan 'taufan megi kari' saat kad merah yang diterima Dedryck Boyata di awal 5 minit permainan selepas melakukan kekasaran terhadap Marouane Chamakh saat dia sedang berlari mengejar bola hantaran Cesc Fabregas.

    Keadaan itu, terus memaksa City mengubah taktikal dengan ketiadaan bek tengah mereka - dengan James Milner kelihatan turun ke bawah sedikit mengisi slot bek kanan dengan Micah Richards dan Yaya Toure kelihatan bertukar ganti mengisi ruang di bek tengah, dan kemudiannya dilihat Boateng beralih ke posisi bek kanan, dan Gareth Barry pula bermain di bek kiri. City dilihat mempunyai banyak pilihan untuk menyelesaikan masalah di posisi belakang mereka kerana seperti kita tahu pemain City nampak 'serbaguna' mampu bermain pelbagai posisi.

    Kekurangan seorang pemain tidak menunjukkan tanda-tanda Money City mengangkat bendera putih, mereka masih menawarkan ancaman dengan beberapa serangan dengan formasi 4-3-1-1, David Silva dilihat kunci kepada nakhoda untuk mengerakkan enjin City bersama Milner, Taktikal Mancini nampak berjaya apabila dilihatkan Arsenal yang dikepalai Cesc Fabregas, Alex Song dan Denilson dilihat sukar untuk bergerak, ia nampak sulit apabila jentera tengah Arsenal dikenakan kad kuning masing-masing Denilson di minit ke-8, Cesc Fábregas minit ke-27 dan Alex Song minit ke-33.

    Arsenal selepas itu secara beransur-ansur mengatur gerak dan akhir Samir Nasri membuat The Gunners unggul 20 minit selepas bermain satu-dua dengan Andrey Arshavin sebelum melepaskan rembatan padu tanpa mampu dihalang Joe Hart. Gol itu ternyata mula memberikan 'nyawa' kepada permainan Arsenal secara keseluruhan dengan anak buah Wenger mula memperlihatkan hantaran yang menarik. Jelas berdasarkan gambaran dibawah Arsenal dilihat menguasai hantaran-hantaran bola penuh berbanding tuan rumah.


    Fabregas hampir-hampir mengugurkan semangat Money City dengan lebih awal, apabila di hadiahkan sepakan penalti selepas dijatuhkan Vincent Kompany pada minit ke-40, Nasib kurang baik buat Fabregas atau Joe Hart yang ketika itu berada dalam prestasi terbaik - gol gagal dijelmakan, bila Joe Hart bijak menghidu arah bola yang mahu ditujukan Fabregas. Bila dah jadi camni; aku mula teringatkan apa yang pernah diperkatakan Samir Nasir kenapa dia menolak untuk mengambil sepakan penalti ketika beliau dijatuhkan pada perlawanan dengan Sunderland (19 Sept 2010). Menurut Nasri; "kalau kita yang dijatuhkan guru bola dia pernah berpesan, jangan kita yang ambil sepakan penalti tersebut"; dan akhirnya Roscisky yang memikul tanggungjawab mengambil sepakan penalti tapi gagal. Aku rasa Fabregas patut memikirkan pendirian yang diguna pakai Samir Nasri ini. Aku juga merasakan Nasri wajib dikekalkan sebagai pengambil sepakan penalti no.1 Arsenal dan mungkin Fabregas ke.2. Tapi entahlah kan! kalau Nasri yang ambil sepakan itu dan kemudiannya gagal. Apa pulak ulasan aku ekk? huhuh!

    Money City 0 - 1 Arsenal : Kedudukan selepas separuh masa pertama, hasil jaringan Samir Nasir yang merupakan gol ke tujuh peribadi dari sembilan penampilan.

    Masuk babak kedua; Selepas dijampi Wenger di bilik persalinan, Arsenal mula menampakkan pengawalan bola yang besar, Dengan Tevez kelihatan kurang bermaya dan bernyawa! Jadi Mancini mengambil jalan mengeluarkan Tevez dan digantikan dengan Emmanuel Adebayor dengan harapan untuk mengulangi aksi berlari separuh gelanggang meraikan gol. huhu! Taktikal Mancini ini adalah sangat-sangat sesuai dengan situasi yang menimpa anak buahnya ketika itu selepas kekurangan seorang pemain, seperti yang kita ketahui type Tevez; dia ni striker yang perlukan sokongan tapi bilamana kekurangan seorang pemain Tevez sukar mendapat support untuk menembusi ke kubu Arsenal, sementara type Adebayor lebih kepada hold bola lebih kurang macam type Chamakh.

    Leading time: Wenger...Wenger nengok tu kat skrin besar, gamba kita masuk TV la.....huhuhu!

    Akhirnya gol kedua muncul yang dianggap sebagai gol pembunuh pemainan hadir pada minit ke-66 menerusi sepakan deras Alex Song, umpanan yang bermula dari Samir Nasri yang dituju buat Chamakh, ia tidak tepat ke arah Chamakh dan bola tersebut terkena halangan pertahanan City dan melantun, Song yang berada pada situasi tepat pantas memanfaatkan peluang tersebut. Pada kedudukan selesa 2-0 Arsenal mula mengubah gaya permainan yang lebih santai dengan banyak mengawal bola. Mancini jelas tidak seronok melihat permainan santai Arsenal itu, lalu mengambil langkah mengeluarkan Gareth Barry dan memasukkan bintang bernilai £23 juta Mario Balotelli bagi meningkatkan serangan City, keputusan mengikutkan hati Mancini itu itu memberikan kelebihan sebaliknya kepada Arsenal apabila ia membuka ruang tengah yang lebih luas untuk didominasi Arsenal.

    WuYooo!!!! Fa'Best'ski : Salah satu aksi menyelamat tahap World Class daripada tiga aksi World Class Lukasz Fabianski yang diperkatakan di dada-dada akbar dan media massa dan mesia cetak. Konsisten Terus, Anda pasti mampu capai Keeper No.1. Terima kasih Fabianski! Kalau idak! pasti ada lagi aksi meraikan gol berlari separuh padang....huhu

    Situasi itu jelas memberikan hasil buat Arsenal, hanya melalui satu hantaran dari Fabianski terus ke tengah ke arah Samir Nasri yang kemudian bijak mengawal bola dari garisan sebelum membuka ruang buat Nicklas Bendtner, Dengan ruang terbuka luas Bendtner hanya berdepan Joe Hart untuk ditewaskan, bintang Denmark itu mudah melorongkan bola ke ruang kiri Joe Hart untuk menempa nama sebagai penjaring gol ketiga Arsenal pada minit ke-88.

    Hanya 5 minit: 1 peluang & 1 gol, satu comeback yang menarik Bendtner

    Kesimpulan - Dengan prestasi Arsenal terkini kita masih belum boleh mengatakan yang kita sudah mempu untuk menakluki kejuaraan musim ini seperti yang diperkatakan Fabregas.

    Berikut kenyataan yang dikeluarkan Fabregas ketika ditemubual Arsenal TV Online:

    "It looks like after every win you have to say 'oh, you are more mature than last year', but it is just one more game, let's not get carried away,"

    "Now we have the [Carling Cup] game against Newcastle, which is the most important one at the moment.

    "The time to talk about if we have matured or are better than before will be at the end of the season.

    "In football, you know what people will say when you win, and you know what people will say when you lose.

    "You just have to keep focused on what you do, in training and in the game, give everything for the team and the rest is not up to you.

    "We have a very good team, with lots of young players. We have to make it a great time by winning things."

    Tapi kedudukan awal ini sudah kira cukup baik kerana kita masih dalam posisi sebagai salah sebuah pasukan pencabar untuk menjuarai Liga Perdana musim ini. - Mari kita akhirnya musim kemarau tanpa piala! Berbanding rekod terdahulu, kini kita memiliki tujuh mata dari pertemuan terakhir dengan Blackburn, Sunderland, Chelsea dan Manchester City. Musim lalu dari empat pertemuan awal dengan pasukan terbabit kita hanya mampu memiliki tiga mata sahaja:-
    12-09-2009 - Man City 4-2 Arsenal
    04-10-2009 - Arsenal 6-2 Blackburn
    21-11-2009 - Sunderland 1-0 Arsenal
    29-11-2009 - Arsenal 0-3 Chelsea

    Kemenangan ini bermakna lif buat Arsenal kembali melonjak kedudukan top 4 pada posisi kedua liga, dibezakan dengan jumlah gol dengan City dengan kutipan mata yang sama.

    Full Match Extended Highlights – 18:22 minutes [HD Autoplay]

    Sunday, October 24, 2010

    Video | Un dia en la vida de Cesc Fabregas

    "Un dia en la vida de Cesc Fabregas" - Sehari dalam kehidupan kapten Arsenal Cesc Fabregas

    Sekitar sedutan dari siaran sebuah stesen TV Sepanyol VEO 7 yang menayangkan sebuah filem dokumentari pendek mengenai perjalanan sehari dalam kehidupan kapten Arsenal Cesc Fabregas di ibu kota London.

    Fabregas juga berbicara mengenai hubungannya dengan Bos Arsenal Arsene Wenger, ia menggambarkan yang 'ayah kandung ke-2nya' itu sebagai seorang cool, lucu (kat mana lucunya ni, cam Mr Bean ker? huhuh)dan sangat mudah mesra.

    Kapten Arsenal juga menambah bahawa ia memiliki hubungan baik dengan Carlos Vela dan Tomas Rosicky dan menyatakan dia sangat mengemari makanan Jepun.

    Friday, October 22, 2010

    Preview Match | Jumpa Hleb, Eduardo - Kita Menang; next Ade'Bongok'


    Preview Match | Manchester City vs Arsenal, English Premier League

    Stadium City of Manchester, Manchester
    Ahad, 24 Oktober 2010
    Astro (Stadium Astro) - channel: 817/831
    Online: 2200-0130hrs (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg
    * Pertemuan terakhir: Manchester City 4 - 2 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 91 kemenangan berpihak Arsenal, 45 kemenangan berpihak Manchester City, 39 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-M-S-K-K-M
    * Prestasi terkini Manchester City: K-S-M-M-M-M
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up


    Denda: Wilshere (Pergantungan 3 perlawanan)
    Kecederaan: Koscielny (belakang badan), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Bacary Sagna akan kembali pulih dari masalah cedera paha, Arsene Wenger kebiasaanya tidak mahu menggunakan pemain yang baru saja pulih dari kecederaan, tapi ia tidak mustahil Wenger akan melakukan kejutan untuk melihat Sagna kembali merampas posisi asalnya di pertahanan kanan.

  • Laurent Koscielny mungkin masih samar-samar dengan kecederaan belakangnya, Arsene Wenger meletakkan Koscielny 20% untuk diturunkan.

  • Manuel Almunia masih belum cukup bersedia diturunkan dengan kecederaan sikunya dan ada kemungkinan sukar untuk mendapat posisinya melainkan Fabianski melakukan kesilapan 'kurang bijak'.

  • Thomas Vermaelen tampaknya terus menjadi tanda tanya dengan perjalanan pemulihan masih berjalan. Van Persie dan Ramsey akan kembali bulan depan.

  • Dalam kempen Liga Perdana Inggeris! 28 Ogos 2010 di Emirates ketika menang 6-0 ke atas Blackpool, kali terakhir Arsenal menang dengan clean sheet, selepas itu Arsenal sering gagal dalam mempertahankan gawangnya dari bolos.

  • Musim lalu, Arsenal gagal mencatatkan keputusan menang dalam tiga pertemuan ketika menentang Manchester City; 12 September 2009 - tewas 4-2, 02 Disember 2009 (Piala Carling - Suku Akhir) - tewas 3-0 dan 24 April 2010 seri 0-0. Dengan dua perlawanan terakhir gawang Arsenal digalas Fabianski.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Manchester City

  • Mantan pemain a.k.a kapten The Gunner Kolo Toure khabarnya telah diistirehatkan dari dua perlawanan terakhir kerana masalah kecederaan hamstring.

  • Jo dilaporkan mendapat kecederaan pergelangan kaki dalam latihan, tetapi juga dilaporkan akan bersedia di letakkan di bangku simpnan nanti.

  • City telah menang dalam Liga Europah di perlawanan peringkat kumpulan ketika melawan Lech Poznan 3-1. Seorang lagi bekas pemain 'mangkuk hayun' Arsenal telah melakukan hat trick. - bertambah 'naik tocang' mamat Togo ini

  • Mario Balotelli (lutut) dan Aleksandar Kolarov (pergelangan kaki) ada kemungkinan diturunkan dalam kesebelasan utama, kerana sudah pulih katanya!

  • Musim ini City belum lagi mengecapi 'perasaan' dikalahkan digelanggang sendiri, cuma dua pasukan yang berjaya mencuri satu mata di Stadium City of Manchester; seri dengan Blackburn 1-1 dan di kempen Liga Eropah 1-1 dengan Juventus

  • City telah kehilangan mata dalam tiga daripada 14 perlawanan kompetitif musim ini. Sementara, Arsenal hanya kalah dua daripada 12 perlawanan kompetatif musim ini.

  • Di Liga Perdana Inggeris; Joe Hart sudah bolos empat gol dalam 5 perlawanan terakhir Manchester City musim ini.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal gagal mengecapi perasaan sebagai sang pemenang dalam 3 pertemuan dengan kelab dari Eastlands ini, dua kali di liga dan sekali di Piala Carling tahun lalu.

  • Kali terakhir The Gunners menang ke atas Manchester City di Stadium Emirates 2-0 pada 04 April 2009. Kedua-dua gol dijaringkan pemain 'tak kenang budi' Ade 'Bongok' Bayor.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Phil Dowd.

  • Pengadil Mark Clattenburg.

  • Secara kerbetulan atau tidak; Clattenburg adalah pengadil yang juga mengendalikan perlawanan musim lalu antara Arsenal dengan Manchester City juga di Stadium City of Manchester. Bagaimana Ade 'Bongok' bayor tidak dikenakan apa-apa tindakan kad merah walaupun meraikan golnya secara melampau DAN mengasari secara sengaja dengan menendang van Persie di muka?

  • Juga mengendalikan perlawanan Arsenal ketika membenam Stoke City 2-0 hasil jaringan Arshavin dan Ramsey.

  • Selain itu, Clattenburg juga mengendalikan perlawanan Arsenal di Piala FA ketika menentang West Ham pada 03 Januari 2010, dengan Ramsey dan Eduardo penyumbang gol buat Arsenal.

  • Untuk City, Clattenburg mengendalikan ketika City dipaksa bermain seri 1-1 dengan Blackburn Rovers awal tahun ini.

  • Musim lalu, selain menang atas Arsenal, Clattenburg juga mengendalikan perlawanan City ketika seri 3-3 dengan Bolton dimana Bellamy dikenakan kad merah, seri 1-1 dengan Stoke dan menang 3-1 atas Aston Villa untuk di Stadium City of Manchester.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Tottenham Hotspur vs Everton; White Hart Lane, London

  • Sabtu: Birmingham City vs Blackpool; Birmingham St Andrew's,

  • Sabtu: Chelsea vs Wolverhampton Wanderers, Stamford Bridge, London

  • Sabtu: Aston Villa vs Sunderland; Stadium of Light, Sunderland

  • Sabtu: West Bromwich Albion vs Fulham, The Hawthorns, West Bromwich

  • Sabtu: Bolton Wanderers vs Wigan Athletic; Stadium DW, Wigan

  • Sabtu: West Ham United vs Newcastle United, Boleyn Ground, London

  • Ahad: Stoke City vs Manchester United, Stadium Britannia, Stoke-on-Trent

  • Ahad: Blackburn Rovers vs Liverpool, Anfield, Liverpool

  • Thursday, October 21, 2010

    Ex-Arsenal News | Terima Kasih PenCinta Arsenal


    Menurut The Sun, Eduardo telah memuji penCinta Arsenal kerana menyambut kehadiran semulanya ke Emirates dengan berdiri dan bertepuk tangan .

    Striker berbangsa Brazil-Croatia, 27, yang diturunkan sebagai pemain simpanan pantas mencuri tumpuan untuk mencetak gol 'sentimental' memberikan Shakhtar Donetsk gol saguhati meletakkan kedudukan memihak Arsenal 5-1.

    Meskipun beliau seperti sebelumnya ada menyatakan tidak akan meraya sakan sekiranya berkesempatan menjaring gol di Emirates, ia dikotakannya dengan sikapnya yang sangat bersahaja seperti sebelum-belumnya ketika menyarung jersi Arsenal, Eduardo tetap disambut dengan tepuk tangan dari semua PenCinta Arsenal di Emirates. - Tak macam Ade'Bongok'Bayor yang meraikan gol ketika menentang Arsenal cam 'orang tak siuman'...buduh!

    Eduardo ketika diminta mengulas berkata:

    "It was great to come back here. It was unbelievable — it was like I still play for Arsenal. They called my name and it was fantastic."

    Ditanya pula tentang tindak balas dirinya untuk tidak meraikan jaringan golnya, Eduardo membalas:

    "I had a great time with many of the players and supporters and I had to respect that."


    Match Report | Arsenal 5 – 1 Eduardo

    Arsenal 5 : 1 Shakhtar Donetsk
    Alex Song ('19), Samir Nasri ('42), Cesc Fábregas (pen '60), Jack Wilshere ('66), Marouane Chamakh ('69) : Eduardo ('82)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Svein Oddvar Moen



    Match Report | Arsenal vs Shakhtar Donetsk, Champions League Group Matchday 3

    Aku percaya kebanyakan PenCinta Arsenal sebenarnya dalam diam-diam atau ada yang tidak diam-diam ingin melihat kelibat mantan striker kelahiran Brazil-Croatia Eduardo untuk mencetak gol ketika kembali untuk pertama kalinya ke Stadium Emirates selepas berhijrah ke Shakhtar Donetsk awal musim ini. Tentu saja, beliau sudah bermain untuk pasukan lain, tetapi kita semua ingin hal itu [jaringan gol dari Eduardo] terjadi sementara Arsenal sedang selesa mendahului. Semalam, perasaan aku bercampur baur memori-memori Eduardo di Arsenal mula berputar kembali. - Rasa sayang tu ada! huhuh! Sentimental tul la... Sementara itu, The Gunners kini tiga mata mendahului di puncak carta Kumpulan H.

    Sementara kapitan muda Cesc Fabregas sudah kembali, sedikit mengejutkan kerana dia dibenarkan Wenger untuk bermula dalam kesebelasan, selepas diistirehatkan dari cedera hamstring yang dideritanya selepas mencetak gol hasil kerjasama dengan benteng pihak lawan, Anton Ferdinand di Sunderland bulan lepas. Tomas Rosicky juga terjebak sama masuk di kesebalasan, bererti Abou Diaby dan Andrei Arshavin jatuh terduduk berperanan memanaskan bangku simpanan. Dengan Fabregas kembali ke pasukan utama. Carlos Vela tercicir keluar dari pasukan 18-orang yang berada di Emirates.

    Tepuk Ramai-Ramai Belalang Kupu-Kupu: Chamakh meraikan gol bersama teman-teman

    Dengan reputasi terkini mengepalai carta liga di di Kumpulan H Liga Juara-Juara UEFA, ia bukan sesuatu yang dapat dimegahkan Arsenal kerana mungkin kerana pasukan yang diletakkan sekumpulan bersama Arsenal tidak berkemampuan untuk menyaingi mutu permainan yang dipamerkan oleh anak buah Wenger.

    The Gunners kelihatan seperti cukup kejam dalam membenamkan Shakhtar Donetsk di Emirates, yang hadir dengan reputasi cukup baik apabila mereka telah mengalahkan Partizan 1-0 dan Braga 3-0 dan dengan kekalahan terbaru kepada Arsenal ia telah mencacat rekod baik mereka di dua perlawanan kumpulan sebelum ini.

    Kemenangan itu bermakna Arsenal telah mempunyai rekod baru dicatatkan apabila berjaya layak di peringkat penyisihan kumpulan untuk 11 tahun berturut-turut. Dengan 14 gol yang dicetak dalam tiga perlawanan, Arsenal kini berada pada landasan yang tepat meneruskan kemaraan di kempen Liga Juara-Juara UEFA.

    Korang enjoy jer lah gol-gol perlawana semalam ok!


    Arsenal 5 – 1 Shakhtar Donetsk [Match Highlight]


    Preview Match | Arsenal vs Shakhtar Donetsk

    ~ Hampeh! Aku dah Taip penat-penat, Aku Tak Sempat Post Preview Match ni....
    Aku bubuh jer la......Hampehhhh!!!!


    Preview Match | Arsenal vs Shakhtar Donetsk, Champions League Group Matchday 3


    Emirates Stadium, London
    Rabu, 20 Oktober 2010

    Astro (Star Sports Match Fixtures) - channel: 813
    Online: 02:40 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Svein Oddvar Moen (Norway)
    * Pertemuan kedua pasukan: 1 kemenangan berpihak Arsenal, 1 kemenangan berpihak Shakhtar Donetsk, Tiada keputusan seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-M-S-K-K-M
    * Prestasi terkini Donetsk: M-M-M-M-M-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up


    Kecederaan: Koscielny (belakang badan), Sagna (paha), Almunia (siku), Vermaelen (Achilles), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Tidak ada berita kecederaan baru untuk di kem Arsenal, ditambah bakal kembali Cesc Fabregas dan ada kemungkinan bermula di bangku simpanan.

  • Jack Wilshere hanya akan digantung untuk bermain dalam liga domestik sahaja; dia masih boleh bermain di Liga Liga Juara-Juara Eropah.

  • Theo Walcott mungkin akan kembali ke kesebelasan utama, ada kemungkinan Diaby bakal direhatkan untuk kembali cergas pada perlawanan dengan Manchester City nanti?

  • Arsenal tidak gagal dalam mengumpul mata ketika di perlawanan peringkat kumpulan di Emirates ketika kempem Liga Liga Juara-Juara Eropah sejak seri 0-0 dengan Fenerbahce pada November 2008.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Shakhtar Donetsk

  • Eduardo telah mencetak empat gol dengan pasukan barunya ini dan berjaya muncul di dalam 11 perlawanan musim ini, tujuh daripadanya berada dari bangku simpanan.

  • Shakhtar memiliki beberapa pemain yang baru saja cergas dari masalah kecederaan seperti Dmytro Chygrynskiy dan Yaroslav Rakytskiy, dan kemungkinan juga Douglas Costa akan kembali memulakan aksi pada perlawanan ini.

  • Shakhtar hanya memiliki seorang pemain dalam senarai kecederaan jangka panjang iaitu playmaker berbangsa Brazil Fernandinho .

  • Shakhtar sudah memiliki enam mata maksimum daripada dua perlawanan pada peringkat Liga Juara-Juara Eropah ini sama mata dengan ada cuma dibezakan jumlah jaringan gol, mereka mengalahkan Partizan 1-0 dan Braga 3-0.

  • Pada 13 perlawanan liga domestik, Shakhtar telah memenangi 11, tewas satu, dan seri satu. Mereka kini memimpin liga dengan kelebihan lima mata di atas Dynamo Kyiv.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Arsenal dan Shakhtar hanya mempunyai dua rekod pertemuan sebelum ini pada musim 2000. Arsenal menang 3-2 di Highbury dan kecundang 3-0 di Ukraine.

  • Pertemuan terakhir Shakhtar menentang kelab dari Liga Inggeris adalah pada Piala UEFA tahun 2009, mereka mengalahkan Tottenham dengan agregat 3-1.

  • Pertemuan terakhir Arsenal menentang kelab dari Liga Ukraine pada tahun 2008 ketika menentang Dynamo Kyiv. Arsenal menang 1-0 di gelanggang sendiri dan berkesudahan seri 1-1 di Kiev.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Svein Oddvar.

  • Pengadil adalah Svein Oddvar Moen dari Norway.

  • Ini adalah musim pertamanya bertugas di Liga Juara-Juara Eropah dan juga adalah perlawanan pertama beliau bertugas melibatkan Arsenal.
  • Sekitar keputusan dan perlawanan lain yang melibatkan kelab di EPL

  • Selasa: Spartak Moscow vs. Chelsea, Stadium Luzhniki, Moscow

  • Rabu: Manchester United vs. Bursaspor; Old Trafford, Manchester

  • Rabu: Internazionale vs. Tottenham Hotspur, San Siro, Milan

  • Tu, dia sayup duduk ataih: Carta terkini setakat ini (sebelum menanag 5-1) Liga Juar-Juara Eropah Kumpulan H

    Sunday, October 17, 2010

    Match Report | Chamakh Letak 'The Gunners' Terus Relevan Menekan Chelsea di Takhta Liga BPL

    Arsenal 2 : 1 Birmingham City
    Samir Nasri (pen '41), Marouane Chamakh ('47) : Nikola Zigic ('33)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Martin Atkinson



    Match Report | Arsenal vs Birmingham City, English Premier League Pusingan ke-8

    Pembelian Berbaloi-baloi! Marouane Chamakh berikan gol kemenangan untuk membawa 'The Gunners' mendaki ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris. Juga hadiah istimewa buat Arsene Wenger yang meraikan penglibatannya yang ke-800 sebagai Bos Arsenal selepas secara rasmi mula menjawat jawatan Bos Arsenal pada 10 Oktober 1996 ketika mengendalikan perlawanan menentang Blackburn Rovers. Kala itu hasil dua gol dari Ian Wright memberikan tiga mata pertama buat Arsene Wenger dan Arsenal.

    Bukan satu corak permainan yang paling menyerlah musim ini di Emirates tetapi ia sudah cukup memberikan Arsenal memenangi tiga mata yang sangat berharga dengan musuh terdekat Manchester United dan Chelsea masing-masing keciciran dua mata apabila dipaksa seri dengan pasukan lawan masing-masing.

    Arsenal dipaksa rela berkerja 'setengah nyawa' sebelum akhirnya menang dengan 2-1 ke atas Birmingham - tetapi diselubungi insiden terjahan keras 'hampir mampu mematahkan kaki' dari Jack Wilshere ke atas Nikola Zigic dan akibat dihadiahkan kad merah berserta pergantungan tiga perlawanan berikutnya melibatkan perlawanan dengan Manchester City, Newcastle dan West Ham. Juga kembalinya bekas jentera tengah 'The Gunners' Alexander Hleb ke Emirates selepas berkelana membawa diri ke Sepanyol mewakili Boocelona, tapi khidmatnya di sana hanya sekadar memanaskan bangku simpanan, dan kini kembali ke England menyarung jersi Birmingham City. - Menang pingat kejuaran dengan Boocelona tapi jiwa kosong! Untung makan gaji buta jer! huhu!

    Berbalik kepada perlawanan semalam, Pasukan pelawat 'The Blues' bermula garang apabila berjaya melakukan kejutan awal memimpin perlawanan melalui tandukan pemain kelahiran Serbia Nikola Zigic yang berketinggian 202 cm, setara Peter Crouch pada minit ke-33. Gol yang berpunca dari sepakan lambung dari Keith Fahey tepat ke tengah kotak penalti yang sedia menanti Zigic menyambut cantik dan menghalakan tandukan ke penjuru bawah kanan Fabianski walaupun disaingi Djourou - Tiada pihak yang aku harus persalahkan; usaha Djourou dan Fabianski sudah ada tapi tidak cukup baik untuk menyekatnya. Tahniah buat Fabianski sejak 3 game terakhir ini, semakin menampakkan keyakinan yang membuak-buak! Konsisten please!

    Hup! Hup! Lonjakan dari pemain berketinggian 202 cm: Djourou gagal menyaingi lonjakan Nikolas Zigic dari memberikan gol awal pasukan pelawat.

    Arsenal sebenarnya hampir mengembirakan PenCinta Arsenal yang hadir di Emirates apabila tandukan pada minit ke-17 dari Sebastien Squillaci yang sudah menerjah jaring berpunca satu sepakan bebas Samir Nasri - tapi ia dibatalkan kerana dikatakan sudah berkedudukan offside.

    Namun untuk tewas sekali lagi di Emirates - Tidak sama sekali!, Samir Nasri nampak diberikan peranan dari Wenger untuk menjawat jawatan tetap sebagai pengambil sepakan penalti sejak kebelakangan ini, dan ianya nyata tidak mengecewakan. Kedudukan mula berubah apabila sepakan penalti Nasri jelas menjadi lagi untuk mengikat kedudukan selepas pengadil perlawanan Martin Atkinson menghadiahkan sepakan penalti buat Arsenal, Ia menjadi satu keputusan yang agak kontroversi dari tindakan rebah badan dari Marouane Chamakh dikatakan hanya berlaku sedikit sentuhan lembut dari Scott Dann, tapi Atkinson memutuskan ianya penalti.

    Auww! auww! Ops! Patin: Kontroversi; Bentesan dikatakan lembut Scott Dann ke atas Marouane Chamakh yang harus dibayar mahal, membawa kepada sepakan penalti buat Arsenal.


    Ermmm! Nah! Penuh Makrifat: Sepakan penalti dari penjawatan jawatan tetap Penyepak Sepakan Penalti 'The Gunners' Samir Nasri.

    Selepas masuk babak kedua, satu gerakan pantas dari anak muda Wenger men'terencatkan' pasukan pelawat, hasil gerakan menarik di depan kawasan penalti Birmingham percaturan gerakan menarik Wilshere dan Song memberikan ruang buat Marouane Chamakh melakukan gerakan menarik disulami turning 360 darjah sebelum menewaskan Ben Foster, dan gol itu sudah cukup untuk menghadiahkan Arsenal tiga mata penuh.

    Tidak Terkapai Tangan: Marouane Chamakh melarikan bola dari Ben Foster sebelum melepaskan rembatan, yang merupakan gol kemenangan Arsenal.

    Dengan berbaki 20 minit, Arsenal mula membuat beberapa perubahan dengan mengeluarkan Andrey Arshavin yang dilihatkan kurang bermaya sepanjang 70 minit dan digantikan oleh pemain sayap antrabangsa Czech Tomas Rosicky.

    Bendtner kemudian diberikan kesempatan membuat penampilan perdananya yang juga kali pertama musim ini mengantikan Chamakh pada minit ke-79 dengan selang seminit Garry O'Connor menggantikan Lee Bowyer untuk pasukan pelawat.

    Kehadiran Striker Denmark itu kurang memberikan impak dengan tempoh singkat. Walau bagaimanapun, sesatunya kesempatan yang berpunca dari Rosicky hampir memberikan gol buat Bendtner tapi jelas Ben Foster berada dalam prestasi terbaiknya malam itu.

    Kelebihan satu gol yang harus dipertahankan tiba-tiba diakhir-akhir perlawanan akan ditamatkan; hadir detik buruk dari tindakan yang kurang matang dari anak remaja Inggeris dengan melakukan asakan secara semberono ke atas Zigic yang jelas dan bersuluh membuatnya menerima kad merah.

    Ouww! Ouww! Patah Kang!: Mungkin itu kata-kata dari Nikolas Zigic yang jelas sangat serius mengerang kesakitan dari asakan 'kamekazi' anak muda Arsenal Jack Wilshere yang membawa kepada kad merah.

    Dipetik ketika ditanya tindakannya ke atas Nikola Zigic, Wilshere menjawab:

    “I just want to say that I mistimed the challenge on Zigic and accept that I deserved to be sent off, I have no complaints about getting the red card and I will learn from this. I’m missing three matches now which I’m really disappointed about, but I just want to say that I deserved the red card.” – Jack Wilshere.

    Bos Arsenal, Arsene Wenger dipetik berkata mengenai insiden melibatkan Wilshere:

    “But it was his first tackle in the game and you have to acknowledge that he got a red card and he deserved it but he didn’t spend the whole game kicking people. He was one of the best players on the pitch, unfortunately it happened to him but I think it was more frustration. He didn’t want to harm the player. We do not complain about his red card but you cannot say he had a dirty game.”

    "Wilshere is a complete player. He played defensively well, offensively well, and overall he had a very influential game."

    Sementara Bos Birmingham, Alex McLeish dipetik mengulas:

    “It was a bad tackle but we know Jack Wilshere is not a dirty player. For me, that should draw a line under the Martin Taylor tackle on Eduardo a couple of years ago because for weeks we bleated on that Taylor was innocent and he was not a nasty player and it’s the same as Jack Wilshere.”

    Aku pula nak ulas sikit kata-kata si Alex McLeish:

    Setuju dan sangat setuju terjahan Wilshere tu tersangat teruk dan merbahaya kesihatan!....tapi untuk menyamakan insiden Wilshere dengan insiden Edurdo yang patah kaki adalah kurang berotak dari McLeish! Dengan Eduardo dipaksa berehat hampir satu musim setengah dan hampir melumpuhkan kariernya! Manakala Jack tidak mematahkan kaki sesiaapa termasuk juga Zigic.

    Buat Jack diharap insiden ini akan menjadi pengajaran yang baik untuk mematangkan kariernya supaya dapat menilai dimana dan bagaimana harus melakukan bentesan atau asakan? bila masa dan tempat yang tepat? Jangan main harung jer! - DS@pencintaarsenal

    Seperti kebiasan, Mari kita tengok full highlights perlawanan semalam:

    Friday, October 15, 2010

    Preview Match | Bukan Saja Berdepan Birmingham Tapi Juga Atkinson


    Preview Match | Arsenal vs Birmingham City, English Premier League

    Emirates Stadium, London
    Sabtu, 16 Oktober 2010
    Astro (Stadium Astro) - channel: 813
    Online: 2155-0000hrs (waktu Malaysia)


    * Pengadil Perlawanan: Martin Atkinson
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 1 Birmingham City
    * Pertemuan kedua pasukan: 57 kemenangan berpihak Arsenal, 38 kemenangan berpihak Birmingham, 35 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-S-K-K
    * Prestasi terkini Birmingham: M-S-S-K-S-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up


    Kecederaan: Sagna (paha), Almunia (siku), Fabregas (hamstring), Vermaelen (Achilles), Walcott (pergelangan kaki), Van Persie (pergelangan kaki), Ramsey (patah kaki)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Perkhabaran sebelum ini, dijangkakan Cesc Fabregas mampu diturunkan ketika bertemu Birmingham. Tup! Tup! dah dekat tak cukup cergas pula! Tarikh baru dijangka ketika kempen di Liga Champions bertemu Shaktar Donestk.

  • Manuel Almunia terus dikuarintin akibat kecederaan, jadi mari kita mengharapkansatu lagi persembahan mantap dan tanpa gelabah dari Fabianski.

  • Thomas Vermaelen dan Bacary Sagna masing-masing dianggarkan akan kembali sekitar sepuluh hari dari sekarang, kalau tiada halangan sempatlah muncul ketika jumpa Manchester City pada 24hb ini. - Cantekkk!

  • Khabar penuh bahagia dengan senarai yang bakal kembali: Nicklas Bendtner! Begitu juga Kieran Gibbs! Theo Walcott juga hampir kembali, bergantung kepada sesi ujian kecergasan terakhir. Dan sekurang-kurangnya lagi dua minggu untuk Striker utama kita Robin van 'Glass' Persie. Aaron Ramsey pula sudah mula menjalani sesi sepak terajang dengan bola! Syabas!

  • Arsenal telah kemarau mencatat tiga mata penuh dalam Liga Perdana sejak tiga perlawanan terakhir ini. - Akhiri nya segera!



  • Info Terkini Disebalik Tabir Birmingham

  • Pasukan 'The Blues' agak bernasib baik kerana hanya memiliki satu kecederaan saja! Jeles aku! James McFadden.

  • Birmingham hanya menang sekali dalam tujuh perlawanan musim dengan Blackburn pada 21 Ogos 2010, dan mencatatkan empat keputusan seri dengan Sunderland, Bolton, Liverpool dan Wigan.

  • Kekalahan dua minggu lalu ke atas Everton adalah kekalahan pertama mereka di gelanggang sendiri musim ini.

  • Namun, mereka belum memenangi sebarang perlawanan di gelanggang lawan sejak kali terakhir menang 2-1 ke atas Portsmouth pada 9 Mac hasil dua gol sumbangan Cameron Jerome.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir seri 1-1 musim lalu: Hasil jaringan minit-minit perlawanan Samir Nasir pada minit ke-81, sebelum Kevin Phillips menyamakan kedudukan pada minit ke-90.

  • Untuk rekod kali terakhir Birmingham City menang ke atas Arsenal adalah pada 15 Mei 2005 di St Andrews, dengan kedudukan 2-1 yang juga hasil jaringan pada minit ke-90 sumbangan Emile Heskey.

  • Birmingham juga belum pernah memenangi pertemuan di gelanggang Arsenal sejak kemenangan terakhirnya 3-1 pada tarikh 19 Oktober 1957. Sejak itu, Arsenal telah memenangi 18 kali di gelanggan sendiri terhadap Blues dan 8 berkesudahn seri.



  • Info menarik pengadil perlawanan, Martin Atkinson.

  • Pengadil adalah Martin Atkinson (W. Yorkshire)

  • Kali terakhir kali Atkinson dilihat bertugas pada perlawanan melibatkan Arsenal, ketika dia merangkap pegawai pengadil keempat di Tottenham, kontroversi mengenai injury time yang menyebabkan 'Kucing Hitam' [Sunderland] berjaya menyamakan kedudukan. Kemudian, Arsene Wenger didapati FA bersalah dan dikenakan tindakan gantung satu perlawanan kerana dikatakan men'saiko' dengan cuba mencuit-cuit Atkinson.

  • Beliau juga terlibat ketika menunjukkan jalan keluar buat Thomas Vermaelen setelah diberikan kad merah pada minit ke-44, ketika pertemuan menentang West Ham yang berkesudahan Arsenal menang 2-0. Jadi, nampak kelihatan seperti anak buah Wenger harus berhati-hati dengan Atkinson sabtu ini. Bolehlah bertaruh siapa pemain Arsenal yang bakal terima kad merah nanti...huhu! Tak kena bayar.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Bolton Wanderers vs Stoke City, Stadium Reebok, Bolton

  • Sabtu: Fulham vs Tottenham Hotspur, Craven Cottage, London

  • Sabtu: Manchester United vs West Bromwich Albion, Old Trafford, Manchester

  • Sabtu: Newcastle United vs Wigan Athletic; St James 'Park, Newcastle uponTyne

  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs West Ham United; Molineux, Wolverhampton

  • Sabtu: Aston Villa vs Chelsea, Villa Park, Birmingham

  • Ahad: Everton vs Liverpool, Goodison Park, Liverpool

  • Ahad: Blackpool vs Manchester City, Jalan Bloomfield, Blackpool

  • Isnin: Blackburn Rovers vs Sunderland, Ewood Park, Blackburn

  • Related Posts with Thumbnails