Showing posts with label Aaron Ramsey. Show all posts
Showing posts with label Aaron Ramsey. Show all posts

Sunday, September 15, 2013

GIF Goals | Sunderland 1 vs 3 Arsenal

Ozil memula doa sebelum memulakan sepak mula.


 Assist Ozil untuk gol Giroud: 1 - 0

Fouls dari Koscielny , penalti 1-1

Gol Ramsey: 2 - 1

Gol Ramsey: 3 - 1

Wednesday, April 11, 2012

Pic Of The Day | Ramsey = =

Memang nasib baik ketika ini Arsenal menang...Kalau tak! Tentu hal ini jadi besar....

Sunday, February 12, 2012

Match Report | Sunderland 1 - 2 Arsenal; Hadiah King Henry Di Penampilan Terakhir EPL

Sunderland 1 : 2 Arsenal
James McClean ('70) : Aaron Ramsey ('75), Thierry Henry ('90 +1)
Vanue: Stadium of Light, Sunderland
Referee: N Swarbrick



Tidak Ternilai! Hadiah teristimewa yang diberikan King Henry buat The Prof dan Arsenal khususnya sebagai ole-ole di penampilan terakhirnya di kancah EPL.

King Henry yang masuk di babak kedua pada minit ke-66 selepas menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain menjadi kunci kemenangan buat Arsenal ke atas Sunderland. Sekaligus membuka peluang cerah Arsenal mengejar slot Top 4 EPL setelah Chelsea dipaksa tunduk 2-0 kepada Everton.

Bermain di Sunderland, Stadium of Light, Henry membawa Arsenal menang 2-1 hasil jaringan pada minit ke-90. Gol tercipta hasil 'tendangan ala kangkang' setelah memanfaatkan umpanan Andrey Arshavin yang juga masuk menggantikan Theo Walcott di minit ke-87.


Sebelumnya, Kecederaan yang menimpa Per Mertesacker harus dibayar mahal oleh Arsenal. Akibat 'kaki bersimpul' salah aturan ketika melangkah saat mengawal bola, Arsenal tersentap dengan gol pasukan tuan rumah pada minit ke-70.

Gol Sunderland berpunca setelah Mertesacker yang 'tergeliat' saat mengawal bola. James McClean jelas mengambil kesempatan tersebut seterusnya melepas tendangan deras kaki kiri menewaskan Wojciech Szczęsny. Untuk Sunderland memimpin awal 1-0 ke atas Arsenal.


Namun, keunggulan Sunderland tidak bertahan lama. Lima minit berselang Arsenal mengimbangi gol ke atas Sunderland hasil tendangan deras kaki kiri Aaron Ramsey yang masuk menggantikan Per Mertesacker yang cedera. Bola meluncur deras mengenai tiang kiri sebelum melantun ke tiang kanan dan bergolek masuk ke gawang Sunderland yang dikawal Simon Mignolet.

Berikut video yang menampilkan babak Per Mertesacker 'terpeleot' & Gol Ramsey. Enjoy!

Monday, October 3, 2011

Pic Of The Day | Gol Ramsey Tak Cukup

Tottenham Hotspur 2 - 1 Arsenal
...Pekak kan telinga jer menempuh hari esok, Ini zaman kemelesetan The Gunners!

Kyle Walker mencatakan nama selaku mamat yang berperanan meletakkan The Gunners terus terperosok di garisan dasar liga EPL selepas menjaringkan gol dari jarak 25 meter sekaligus memberikan skuad bimbingan Harry Redknapp meraih kemenangan 2-1 dalam pertembungan "North London Derby" di White Hart Lane.


Puas :Ramsey nyata teruja meraikan gol sambil rakan sepasukan, Gibbs


Temui sentuhan :Gol Ramsey cukup padu menerjah jaring tanpa mampu dihalang Brad Friedel


Tidak lama :Kegembiraan ketika menyamakan gol yang hanya bertahan untuk seketika sebelum munculnya gol kemenangan dari Kyle Walker

Friday, March 25, 2011

International Break News | Kapten Aaron 'Rambo' Ramsey



Aaron 'Rambo' Ramsey menerima penghormatan tertinggi dari kerajaan Wales apabila diberikan kugiran lengan (armband - Google Translate) pada perlawanan menentang England pada hari Sabtu ini. Congrats, Rambo!

Monday, December 20, 2010

Young Gun's Loanees News | Ramsey Berkarat

Ada rakan kita 'ata' mohon entri mengenai Ramsey! Jadi alang-alang korek cerita pasal Ramsey saya terus tapaw sekali tentang bintang-bintang muda Wenger lain yang sedang diloankan keluar untuk menjelajah mencari ilmu sekaligus mendapatkan peluang bermain dan mengasah bakat di kelab 'angkat mereka di luar Arsenal. Berikut adalah analisis & buku laporan terkini tentang kemajuan bintang muda muda di luar Emirates:-

Henri Lansbury bermain untuk 90 minit penuh untuk Norwich City sebagai ketika mengalahkan Coventry City 3-1. Lansbury juga menyumbang kepada gol pembukaan Norwich itu, terlibat dalam sebahagian daripada gerakan sebelum mengumpan kepada Grant Holt untuk gol pertama dari dua gol yang dijaringkan.

Aaron Ramsey hanya sempat untuk bermain 16 minit terakhir ketika Nottingham Forest menang 3-0 atas Crystal Palace. Ramsey yang masuk sebagai pemain di bahagian tengah tetapi gagal membuat impak pada pasukan angkatnya. Billy Davies dipetik berkata kepada media selepas perlawanan, sebab beliau tidak memainkan Ramsey adalah kerana faktor padang yang buruk yang membahayakan Ramsey yang masih dalam proses pemulihan kaki.

Vito Mannone terus diberikan kepercayaan penuh apabila bermain 90 minit penuh dan merekodkan 'clean sheet' ketika Hull City mengalahkan Bristol City 2-0. boleh dikatakan sebahagian besar kedudukan Mannone tidak dicabaran dengan cubaan yang cukup merbahaya, cuma hanya satu cubaan dari Jon Stead yang mampu mengancam tetapi masih belum cukup untuk menembusi kekebalan Mannone. Nampaknya Mannone juga tidak mahu ketinggalan dalam perebutan untuk mencabar kedudukan Keeper No.1 di Arsenal. Ini pastinya akan menambahkan pening kepala buat Wenger! huhu! Lantakkan...Go! Mannone

Kyle Bartley bermain 90 minit penuh di barisan pertahanan Sheffield United dan berakhir dengan kemenangan 1-0 atas Swansea. Bartley dilihat menampilkan beberapa aksi pertahanan yang cemerlang dengan mengendali baik cubaan bola tinggi.

Sanchez Watt tidak tersenarai dalam skuad United Leeds yang mengalahkan Queens Park Rangers 2-0.

Benik Afobe tidak berkesempatan untuk turun bermain selepada perlawanan dengan Huddersfield Town ditunda akibat salji yang mengila ketika ini.

Cédric Evina juga tidak turun bermain selepas perlawanan dengan Oldham Athletic ditunda juga akibat masalah salji.

Thomas Cruise tidak terkecuali menerima nasib yang sama seperti Evia dan Cruise apabila perlawanan dengan Carlisle United juga ditunda.

Mark Randall baru melaporkan diri kembali ke Rotherham pada hari Isnin selepas pulih kecederaan patah tulang pipi.

Gavin Hoyte tidak turun bermain dalam perlawanan dengan Lincoln City ditunda kerana masalah salji.

Francis Coquelin bermain 90 minit penuh untuk Lorient ketika dibelasah teruk 3-0 oleh Toulouse. Coquelin bertindak sebagai 'holding midfield' tetapi gagal memberikan aksi terbaiknya sekaligus memberikan kesan kepada permainan Lorient.

Armand Traoré dimainkan saat-saat terakhir ketika seri 1-1 Juventus dengan Chievo. Traore, juga dilihat bermain baik ketika melawan Manchester City di Liga Europa di minggu lalu ketika menggantikan Simone Pepe.

Nacer Barazite bermain untuk baki 21 minit terakhir dari ketika Vitesse Arnhem's 1-1 dengan NAC Breda. Barazite mengantikan striker Marcus Pedersen.

Pedro Botelho bermain 90 minit penuh untuk FC Cartagena ketika mengalahkan Las Palmas 5-2. Botelho menampilkan prestasi yang cemerlang dan berperanan kepada dua gol yang terhasil pada perlawanan tersebut.

Samuel Galindo tidak beraksi apabila masih lagi dalam proses pemulihan selepas mengalami patah di pergelangan kaki. Oit! bila pula masanya Galindo kena patah kaki ini?

Wednesday, October 6, 2010

Injury News | Ramsey Kembali Oktober


Bos Welsh Brian Flynn penuh yakin dengan 'ilmu bomohnya' telah mendedahkan bahawa bintang muda masa depan Arsenal bakal bersinar hampir membuat kemunculan ke latihan penuh.

Pemain tengah Welsh berusia 19 tahun telah beristirehat panjang setelah mengalami penderitaan patah kaki semasa perlawanan Liga Perdana menentang Stoke City pada bulan Februari lalu.

Ramsey terpaksa menghabiskan masa panjang di pusat pemulihan selepas menerima terjah bodoh dari bek Potters Ryan Shawcross yang hampir meragut kerjayanya.

Ngeri Seram: Saat kaki Ramsey di patahkan Ryan 'Bunguk' Shawcross

Namun, selepas mengikut segala sesi pemulihan di unit perubatan Arsenal ia dijangka boleh kembali dalam latihan pada akhir Oktober ini.

Disamping itu, Bos Arsenal Arsene Wenger juga menyarankan Ramsey boleh kembali ke latihan pada bulan November ketika ditanyakan mengenai status kecergasan terkini Ramsey.

Menurut Flynn:

"I've spoken with Aaron and he's making great progress,

"He told me he will be back in full training in three weeks.

"He's a great talent and we all want him back playing again.

"It's great news for Arsenal, Wales and of course for Aaron himself."

Friday, September 17, 2010

PenCinta Arsenal FC (Malaysia) News | Wenger - Kenapa Aku Keras Kepala dan Kedeng Melabur !


PenCinta Arsenal FC (Malaysia) | Tegas Pada Polisinya Tidak Ingin Membawa Masuk Pemain Tengah Baru ke Emirates

Beberapa hari ini ini, kita sering dihebahkan dengan media massa, media cetak, media maya terustamanya blog-blog dari Pencinta Arsenal di Malaysia yang terus tidak henti-henti memuji persembahan hebat dari Kapitan muda Arsenal Cesc Fabregas, di samping perkembangan dan persembahan yang tidak kurang memukaunya Jack Wilshere ketika berganding dengan Fabregas dan Alex Song menguasai bahagian tengah ketika menentang SC Braga. Apa yang ditonjolkan itu, sebenarnya mempunyai cerita disebaliknya! Apabila Wenger terpaksa berpendirian tegas untuk mempertahankan polisinya..."memperkembangkan, memberi peluang/ kesempatan, mempercayai, melahirkan pemain muda di Arsenal untuk menjadi bintang"

Arsene Wenger menjelaskan pendiriannya untuk tidak membeli pemain tengah baru selama jendela transfer musim ini ini adalah tepat, Ia sebenarnya bertunjangkan kepada faktor dia ingin mencipta ruangan yang lebih bagi pemain mudanya seperti Jack Wilshere untuk kembang mekar di pasukan utama.

Bos Arsenal ini dilihat cukup aktif dan agresif di pasaran musim panas ini berbanding beberapa musim terdahulu, dengan merekrut Marouane Chamakh dalam unit serangan dan duo Perancis Laurent Koscielny dan Sebastien Squillaci di unit pertahanan. Tapi terdapat juga beberapa PenCinta Arsenal juga berteriak-teriak hesteria untuk Wenger menrekrut pemain tengah pertahanan berkualiti bagi mem'back-up' Alex song sekirangnya sesuatu yang tidak diingini berlaku terhadap Song contohnya kecederaan.

Walaupun terdapat kebimbangan dari PenCinta Arsenal seluruh dunia mengenai kemungkinan Arsenal bakal kehilangan tonggak utamanya Cesc Fabregas ke Barcelona musim ini, Jelas Wenger terus utuh untuk mempertahankan khidmat kaptennya, Cesc Fabregas. Berbicara di Shareholders Q&A pada Khamis semalam, ia menjelaskan mengapa ia tidak cuba untuk menambah kestabilan di posisi tengah Arsenal.

Bos Arsenal itu dipetik mengulas panjang lebar:-

"I believe that I always wanted to develop the players I have,"

"For example we have Diaby, we have Song, we have Denilson in this position, we have bought Aaron Ramsey - 18 years old - in this position, and now Jack Wilshere develops in this position.

"The problem when you develop a young team, for example we have Jack who was born in 1992 - 18 years old - is that if I don't make room for him he will go somewhere.

"People will say to me: 'Why did you let him go? Look at what a good player he is.' But if you don't play him [he will go] and that's the tricky situation of developing young players. First you have to scout them, then give them a good education but the final part is to be strong enough to say 'I will give this boy a chance to play'.

"The first two stages are not too difficult but the third stage you have to be strong, to face the critics and the people who want always the best players in the world and to say 'No, I believe in you, I will give you a chance.' And I believe if we can be proud of one thing we did in recent years, it is that we have done that very well with a lot of support from the Board.

"But it is time now for us to keep these players together and to develop them and to win. Then we can say we have created something special with a style of play we wanted to create, that is unique, with the values that we want to put forward at the Club, and as well with an expectation level to have a team together for a few years.

"That is why we were absolutely adamant to keep Fabregas as well because we have worked hard in the last five years to get this team together."

Tragis! Terjahan badigol soot! Ryan Shawcross (Stoke city) terhadap Aaron Ramsey

Walau bagaimanapun dipihak aku, Aku benar-benar percaya bahawa Aaron Ramsey dan Wilshere adalah masa depan di lini tengah kita, manakala buat Fabregas mungkin tidak! walaupun usianya baru 23tahun, kerana aku juga agak terkilan, muak, bosan kerana sering dihidangkan keinginannya yang bakal berpindah dan hasratnya yang tidak pernah padam untuk angkat kaki ke Barcelona Boocelona itu;

Adakah Fabregas ini akan terus men'sarkas'kan dirinya setiap kali musim permindahan pemain dibuka? Sementara itu dalam buat Ramsey dan Wilshere! kita bergantung harap dan bertuah lerana memiliki dua anak muda Inggeris yang sedang lapar untuk mengegar dengan kekal di Arsenal, kita harus mengangkat mereka (Wilshere terutama), Wenger pastinya akan terus membantu mengembangkan bakat mereka dan yang paling penting mereka tidak memiliki "Barca DNA".

Aku bagaimanapun tidak mengharapkan sesuatu yang ghaib mahupun ajaib dari Ramsey musim ini, tapi aku punya harapan tinggi bahawa ia dapat menyumbang sesuatu menjelang akhir musim ini. Sebenarnya apa yang sangat penting bagi dia untuk diperkenalkan dan dipulihkan kembali ke pasukan tanpa sebarang tekanan lekas-lekas melakukan impak.

Ramsey perlu dipermudahkan untuk ia kembali, terutama dari segi permainannya bagi ia mendapatkan dan membina semula kepercayaan dirinya. Aku juga benar-benar berharap dia bakal mula menjadi seorang pesaing dan penjuang di Arsenal yang hebat jika ia dapat kembali ke tahap asalnya sebelum ia mengalami kecederaan (patah kaki) akibat terjahan Ryan Shawcross yang buduh itu.

Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)
Related Posts with Thumbnails