Showing posts with label Match Preview. Show all posts
Showing posts with label Match Preview. Show all posts

Sunday, February 26, 2012

Match Preview | Pertembungan North London Derby; Arsenal vs Tottenham



NORTH LONDON DERBY
English Premier League
Ahad, 25-02-2012
Emirates Stadium, England

Kondisi Semasa Pasukan




Arsenal kini dalam kondisi yang tak brape nak stabil dalam 5 (lima) perlawanan terakhir, Kini Arsenal dipastikan boleh berkira-kira ucap bye-bye untuk menggondol sebarang trofi musim ini - selepas di'ayam' Milan di Champions League dan di'tendang' keluar Sunderland di kempen Piala FA. Namun apa-apa pun peluang kita untuk menembusi top 4 di EPL tetap masih terbuka. Untuk memulihkan reputasi kita, bermula dengan kemenangan ke atas Spurs dan games seterusnya pastinya akan meningkatkan motivasi dan reputasi kita yang kini tercalar.

Spurs pula kini dilihat tengah 'sedap' dengan perform mereka di tangga ke-3 EPL, lagi-lagi selepas menang besar 5-0 atas Newcastle, namun agak tidak stabil ketika dipaksa seri tanpa gol dengan Stevenage di Piala FA sekaligus memaksa mereka untuk terlibat dalam perlawanan ulangan. Mungkin sedikit terganggu dengan rumours bakal kehilangan Harry Redknapp yang akan dipinang untuk duduk di kerusi panas pasukan England, Setuju @ tidak, kita kena terima hakikat bahawa pemain yang kini ada dalam skuad Spurs nampak selangkah lebih baik dari skuad semasa Arsenal kini.

Lima Pertemuan Terakhir

Liga Premier
02-10-2011
Tottenham - Arsenal
2 - 1
Liga Premier
20-04-2011
Tottenham - Arsenal
3 - 3
Liga Premier 20-11-2010
Arsenal - Tottenham
2 - 3
Piala Carling
22-09-2010
Tottenham - Arsenal
1 - 4
Liga Premier 15-04-2010
Tottenham - Arsenal
2 - 1

Pemain Tumpuan



Nama : Robin van Persie
Usia : 29
RVP akan meneruskan usahanya menambah jumlah golnya di kempen EPL musim ini. Menurut sumber terkini diperkatakan pihak atasan Arsenal bersedia menawarkan kontrak baru sekitar £150,000/ seminggu

Nama : Emmanuel Adebayor
Usia : 28
Adebayor kini tampak sudah jadi bintang kesayangan 'fan Spurs', dijangka bakal diturunkan dan menjadi mesin memburu gol ketika menghadapi Arsenal di Stadium Emirates.

Ramalan Perlawanan: Arsenal 2 - 2 Tottenham

Tuesday, October 25, 2011

Match Preview | Arsenal vs Bolton Wanderers: Carling Cup



Arsenal vs Bolton Wanderers
Carling Cup Pusingan Keempat, Emirates Stadium
Kickoff: 19:45 - 25 Oktober 2011
Prestasi terkini: Arsenal WLWWW | Bolton Wanderers WLLWL


Hari ini, Arsenal akan mengalu-alukan kehadiran Bolton ke Emirates bagi perlawanan pusingan keempat Piala Carling. sehingga ke game dua hari yang lepas, kita dapat lihat banyak tanda-tanda positif dari team kesayangan kita ini - harap ia akan berkekalan hendaknya

Bolton pula akan bertandang ke Emirates dengan rekod tak berapa baik selepas tumbang kepada Bendtner dan rakan loannya di Sunderland. Tetapi Arsenal dijangkakan akan membuat beberapa perubahan yang besar.

Bayangan barisan yang dijangkakan:

---Fabianski---
Djourou---Squillaci---Miquel---Santos
Benayon---Frimpong---Coquelin
Oxlade-Chamberlain----Chamakh---Chu-Young


Senarai 18 pemain yang disenaraikan:

Goalkeepers
Lukasz Fabianski
Vito Mannone

Defenders
Daniel Boateng
Ignasi Miquel
Sebastien Squillaci
Thomas Vermaelen
Nico Yennaris

Midfielders
Emmanuel Frimpong
Yossi Benayoun
Francis Coquelin
Chuks Aneke
Oguzhan Ozyakup
Jernade Meade

Attackers
Andrey Arshavin
Alex Oxlade-Chamberlain
Ryo
Ju Young Park
Sanchez Watt

Sunday, August 15, 2010

Match Preview | Arsenalfield


"Disana berdebar Disini pun berdebar" - Perlawanan pembuka tirai Liga Perdana bagi Arsenal akan bermula hari ini, Kali ini kita akan berangkat ke Anfield menentang musuh tadisi yang 'berwajah baru' telah mengalami banyak perubahan dari segi pengendalinya sehingga ke pemain-pemain yang dibawa masuk walaupun terus mengekalkan tunjung mereka seperti Gerrard, Torres, Carragher dan Reina. Apakah Revolusi dari Roy Hodgson akan memberikan ancaman kepada Arsenal dan mampu bangkit tergolong sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana selepas mempamer aksi buruk musim lepas?

Walaupun sejak kebelakangan ini, Arsenal mempunyai rekod yang baik dalam pertembungan dengan Liverpool ini, Tapi kita harus akur dengan sepak mula setiap pasukan akan bermula dengan mata 'kosong', jadi rekod baik terdahulu tidak menjaminkan anak buah Arsene Wenger ini memperolehi tiga mata. Rekod persembahan pra-musim yang agak baik ditempuh Arsenal sehingga agak sedikit sumbang dipamer di bahagian pertahanan Arsenal pada perlawanan terakhir pra-musim ketika bertemu Legia Warsaw, sedikit mengusarkan 'kipas tak mati-mati' Arsenal.

Seperti yang sedia maklum, Arsenal pastinya akan bergantung harap pada gandingan Koscielny dan Vermaelen sambil dibantu Sagna dan Clichy untuk mengekang asakan yang bakal dijelmakan Gerrard, Cole, Kuyt dan Torres berkemungkinan diturunkan masih tidak dapat dipastikan. Tapi samada Torres turun atau tidak itu bukan faktornya, yang penting Arsenal harus bersedia dalam apa situasi pun.

Manakala di tengah dan ke atas, kita boleh dikatakan memiliki barisan yang cukup mantap untuk mengerunkan pihak lawan, walaupun situasi samada Fabregas dan RvP yang dikatakan masih belum cukup 'fit' untuk diturunkan selepas bercuti panjang sempena Piala Dunia. Namun muka baru Chamakh yang baru dibawa masuk sudah pasti akan diturunkan, pastinya akan mendapat perhatian terutamanya pada 'kipas tak mati-mati' Arsenal. Arshavin yang mempunyai rekod yang baik dalam kunjungan di Anfield dalam Liga Perdana musim lepas apabila mencetak lima gol dari enam cubaan ke sasaran sudah tentu merupakan calon sesuai yang akan mengapit Chamakh dan Walcott dijangka bakal mencuri slot apabila menonjolkan aksi baik ketika perlawanan persahabatan menentang Hungary ketika menyarung jersi England. Tapi anak muda ini, aku agak gusar sikit pasal permainannya kurang konsisten adakala mantap mencacak-cacak kekadang tu lari cam tak cukup tanah tapi hampeh! harap esok adalah hari terbaiknya. huhuh

Pemain terbaik untuk pra-musim ini, Samir Nasri tidak syak lagi pasti akan mengemudi kawasan tengah Arsenal untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Fabregas. Alex Song sudah pastinya tidak akan berangkat ke Anfield akibat masalah kecederaan betis, Jadi aku lebih mengharapkan Diaby akan diturunkan berbanding Denilson yang baru menghadapi ujian kecergasan. Sementara Jack Wilshere yang berjaya membuat debutnya untuk England pada hari Rabu lepas, tetapi terbatas untuk bermain, kerana dikatakan mengalami masalah sakit perut. Nah, itu baru satu ... Pemain Arsenal ini tidak akan pernah berhenti untuk memuat kecederaan aneh-anrh...macam-macam daa! Tapi Wilshere dilaporkan cukup cergas untuk diturunkan yang aku jangka akan bersama Samir Nasri dan Arshavin melengkapkan posisi tengah Arsenal.

Diposisi gawang pula kita 'kipas tak mati-mati' Arsenal masih lagi dalam situasi 'keawang-awangan' apabila 'The Professor' terus berteka-teki siapakah yang bakal menyarung jersi no.1 Arsenal musim ini. Dengan rumours perpindahan Mark Schwarzer dan Shay Given ke Arsenal masih tidak menampakkan jalan positif. Aku pilih Almunia berdasarkan pengalaman yang ada walaupun prestasinya kurang konsisten di musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatuntnya bagi seorang penjaga gawang untuk kelab berprestasi tinggi seperti Arsenal, berbanding Lukasz 'Goyang' Fabianski. huhuhu!

Berdasarkan petikan Wenger semasa ditemubual ketika trip ke Anfield:-

"The goalkeepers are great, all ready to play,"

"I just wait for my decision and you will get it soon.

"The guy who plays on Sunday will be No 1. It is never for definite but it will be a consequence of what I have seen in pre-season."

However, the manager has admitted that handing the gloves to Szczesny would be a 'great gamble'.

"He has not played one game in the Premier League,"

"I believe he has huge quality but I believe it would be a great gamble to play him.

"Man United play with a goalkeeper who is 40 years old and Chelsea with a keeper with seven years in the Premier League. You need experience at the back."
Barisan bayangan yang aku jangkakan:-

Predict: Liverpool 1 : 2 Arsenal.........beng...beng!!!
Related Posts with Thumbnails