Thursday, June 30, 2011

Special Video | Wenger on the Asia Tour 2011



Wednesday, June 29, 2011

Transfer Rumours | Gervinho & Cahill Menuju Pusat Pemeriksaan Perubatan di Colney

Penantian Itu Satu Penyiksaan....


Entah betul ke tidak! Sayup-sayup kedengaran yang akan ada pemain dalam 'pinangan' Arsenal akan menjalani ujian perubatan berhampiran pusat latihan Arsenal di Colney "HARI INI"

Menurut apa yang dilaporkan di L'Equipe, Ia berkemungkinan besar - pemain ini adalah Gervinho. Walau bagaimanapun terdapat juga khabar 'sedapkan hati pencinta tegar Arsenal' bahawa ia mungkin juga Gary Cahill.

Apa-apa pun! Kita mengharapkan yang terbaik akan muncul. Tak tahan dah asyik tengok team lawan jerk yang angkut player baru...Kita pun nak jugak? Moga kita bakal mengetahui lewat malam hari ini.

Friday, June 24, 2011

Transfer Rumours | Vela Kekal Di Emirates Tegas Agen



PenCinta Arsenal.blog - Arsenal mengesahkan bahawa tidak ada niat untuk menjual striker mereka berasal dari Mexico, Carlos Vela bagi tetingkap perpindahan musim panas kali ini, atau lebih senang cakap "not for sale".

Pemain yang kini menjangkau usia 22 tahun itu dilaporkan masih dikelaskan sebagai bernilai untuk disimpan di Emirates dan tetap merupakan sebahagian dari projek yang sedang dikerjakan Wenger untuk The Gunners. Namun, Vela dilihat banyak menghabiskan separuh musim kedua lalu apabila diperpinjamkan ke West Brom.

Dan sepanjang tempoh pinjaman tersebut di The Baggies, ia hanya mampu tampil sebanyak 8 kali di Liga, dan berkesempatan mencetak dua gol.

Menurut agennya; Eduardo Hernandez ketika ditemubual ESPN Radiofórmula:

“I’ve had eight conversations with Arsenal, the most recent was last Friday, and Carlos is an Arsenal player, he’ll stay at Arsenal and is not for sale.”
Namun agennya mengakui yang proses perkembangan karier Vela dilihat sedikit agak lembab dan mendatar tidak seperti rakan senegara yang bermain di Manchester United, Javier Hernandez. Tapi hal itu mendapat perhatian Wenger apabila meminta para pelatih untuk bekerja lebih keras untuk mengilap Vela. Walaupun ia dipinjamkan selama 6 bulan ke West Brom namun hasilnya masih jauh dari memuaskan, tapi selain dari itu semua masih berjalan seperti yang dirancangkan.
sumber asal: The Sun

Monday, June 20, 2011

Pic Of The Day | Cesc Fabregas Bersama WAG nya!

Bosan gak, asyik melayan pasal skandal Barcelona yang tak sudah-sudah nak angkut Cesc Fabregas pulang ke Nou Camp. Sementara itu, si kapten Arsenal kita ini pula sedang asyik menghabiskan musim cuti bersama cikaronya....Siapakah cikaro si cesc ini, WAG baru ker?

Gambar di bawah ini terdapat unsur-unsur yang kurang manis untuk tatapan umum, jadi pada pelawat yang melawat blog ini di bawah 13 tahun perlu mendapatkan bimbingan ibu bapa.














Sunday, June 19, 2011

Arsenal's Fixtures | Musim Liga Perdana Inggeris 2011-12

Berikut adalah semua perlawanan Arsenal untuk Barclays musim akan datang Liga Perdana Inggeris...
Arsenal Fixtures

Tuesday, June 14, 2011

Transfer Rumours | Lille Sahkan Arsenal Sedang Slow-Talk Dengan Gervinho

Sudah sah bincang jer...Tapi belum sah join!


Sudah jelak juga berminggu-minggu kita layan spekulasi dengan bintang kelahiran Ivory Coast, Gervinho dari Lille yang "dikenen-kenenkan" dengan Arsenal, akhirnya ada laporan sudah sahkan bahawa Arsenal kini sedang giat mengadakan perbincangan dengan Gervinho mengenai perpindahan ke Emirates. Samada warga senegara sebenua Adebayor ini jadi sarung jersi keramat 125 tahun The Gunners musim depan blom tentu lagi!, tengokkan pada bijaksananya perbincangan tersebut la...huhu

Dilaporkan pemain berusia 24 tahun ini juga sedang didekati oleh beberapa kelab Liga Premier lain antaranya Tottenham Hotspur dan Newcastle United yang condong untuk membuat tawaran wang yang lebih lebat bagi mendapatkan khidmat Gervinho.

Tampak Arsene Wenger kali ini lebih bijak 'mencuri' kesempatan untuk mendapatkan perbincangan awal dengan kesepakatan nilai sekitar £10 juta untuk penyerang serba boleh ini.

Perkara ini bertambah nampak real selepas pengarah kelab Lille, Freddy Paquet sendiri mengesahkan ketika ditemubual stesen radio RMC Perancis:-

"He actually wants to go. We have developed contacts with Arsenal. We will soon discuss with them to see what they want. He expressed his desire to leave for England so we’ll see what will happen.

“Gervinho chose to leave for England, so that limits the scope of the situation. We will meet soon with Arsenal, see what they offer – but he is a player of value.”

Sementara itu di kysports.com, pada minggu lalu Gervinho sendiri secara 'berlapik' menyatakan keinginan untuk mencabar dirinya bermain di liga Inggeris yang lebih kompetatif.

“My mind is made up, I am leaving,”

“I have made my mind up. I will soon meet the club and let them know, but they understand my feelings that I want to prove myself in a top league in Europe.

“My agents are moving things as I want, people know where my future lies, it is in England.”

Monday, June 13, 2011

Transfer Rumours | Nasri & Fabregas Tak Pi Mana-Mana - Wenger

Selagi daya...


Arsene Wenger kekal menegaskan yang beliau akan melakukan segala apa yang terdaya untuk menjaga dua bintangnya Samir Nasri dan Cesc Fabregas dari disambar keluar dari Arsenal.

Nasri yang kini hanya tertinggal berbaki satu musim dalam kontraknya dilihat masih 'liat' untuk memperpanjangkan kontrak perjanjian baru, menambah hangatkan lagi dengan spekulasi yang dia akan packing beg keluar dari Emirates.

Dimana tersebar pula desas-desus yang mengaitkannya ke Manchester United namun Wenger pantas menepis dan yakin bintang berusia 23 tahunnya itu tidak semudah itu untuk dilepaskan kepada sang juara liga itu.

"We will do everything to keep Nasri at the club. My wish is that he stays here," Wenger revealed.

"If he looks back he can see that he's come quite a long way with us, and I think there is still a bit to do.

"It's the club that makes the player's career."
Fabregas yang setiap akhir musim kita akan dengar hal yang sama...Nak Balik kampung Barcelona! Rindu kampung Barcelona! seperti musim lalu dijangka sangat-sangat hampir untuk beliau ke Barcelona, namun Wenger berjaya menggunakan kusa veto untuk terus mengekalkan kapten itu untuk tinggal di London. Musim ini, kedengaran episod yang sama....

Memang sudah terang-terang kita tahu keinginan Fabregas ini untuk kembali ke kelab zaman kanak-kanaknya dan rumours-rumours menghubungkan dia berpindah kembali ke negara kelahirannya Sepanyol terus beredar.

Barcelona pula tidak habis-habis claim Fabregas DNA Barcelona, Itu kita tahu? Tapi bagaimana pula jika Fabregas tidak sebagus sekarang, adakah Barcelona akan amik peduli pasal DNA ini...WTF!

Dipetik The Sun - Wenger bagaimanapun, tetap konfiden The Gunners masih mampu memujuk dan mempertahankan Fabregas untuk tinggal di Emirates di masa mendatang.

"I will be pretty clear about this. For me, Fabregas is with Arsenal for a long time and he will stay with Arsenal,"

"It sometimes happens that the rumour can make the transfer.

"Next year will see the introduction of the financial fair play system, which will limit the big transfers.

"I think this is the last year that the summer will be hot - very hot."

Transfer Rumours | Arsenal Tawar Ignasi Miquel, Pancing Bolton Lepaskan Gary Cahill

Layankan saja!
Segala rumours yang keluar mengaitkan Arsenal ketika ini, memang panjang senarai nama yang keluar ketika ini. Tak terkejar aku, untuk post di blog ini. Namun hari ini rasanya aku teringin nak postkan rumours yang tak sudah-sudah sejak beberapa menjak pasal Cahill ini. Pindahnya tak jugak! Kali ini cemana....

Arsenal dilaporkan dailymail.uk akan mempertimbangkan menawarkan khidmat Ignasi Miquel secara pinjaman ke Bolton sebagai sebahagian daripada syarat perjanjian untuk membawa bek Inggeris Gary Cahill ke Emirates.

Arsene Wenger memang kita akui tidak berselindung sejak 2-3 musim lalu tentang minat mendalamnya terhadap Cahill selain dilaporkan juga melahirkan minat kepada pertahanan tengah 'mutiara hitam' Blackburn Chris Samba, Ini bererti sekiranya salah satu atau kedua bintang itu berjaya dipujuk ke Emirates, sudah pastinya kesempatan terhad buat Miquel pada musim depan yang perlu bersaingan dengan senior sedia ada lain seperti Vermaelen, Djourou, Koscienly & Squillaci (mungkin akan angkat kaki musim ini).


Miquel telah menarik minat beberapa pasukan di Liga Premier selepas melakukan beberapa kemunculan dalam pasukan utama Arsenal musim ini, asas ini meletakkan Bolton mungkin boleh mempertimbangkannya selain perolehan hasil tunai dari jualan langsung untuk Cahill.

Ada Kemungkinan? Pengurus Bolton Owen Colye akan merelakan pemergian bintang pertahanan tengahnya atas dasar hubungan diplomatik yang utuh yang terjalin antara dia dan Wenger, Ia berdasarkan 'jasa' The Gunners buat Coyle ketika menawarkan bintang sensasi remaja dan Arsenal Player of the Season Jack Wilshere secara pinjaman pada 2009/2010.

Namun masih tidak jelas apakah Coyle akan menerima hanya berdasarkan kesepakatan yang terjalin itu kerana apa yang ditawarkan Arsenal hanya pinjaman pemain yang kurangnya pengalaman dan mungkin Bolton hanya akan menuntut bayaran secara langsung. Persoalannya yang utama? Adakah Wenger bersedia menerima harga sekitar £17m yang diletakkan Coyle.

Wednesday, June 8, 2011

Special Video | Asia Tour 2011

The Prof...



Persediaan Arsenal dalam jelajah ke Asia 2011. 


Sempena menantikan detik kunjungan Arsenal ke China dan Malaysia musim panas ini, arsenal.com telah membuat video khusus persiapan kunjungan mereka ke Asia yang menampilkan Thomas Vermaelen dan Arsene Wenger.
sumber asal: arsenal.com

Monday, June 6, 2011

Video Goals | Gol 'Classy' Chamakh Buat Maghribi

Chamaldo...Moroccan-Rolla


Kini nampak bersepah-sepah rumours di laman sesawang yang mengaitkan dan terkait dengan Arsenal, yang nak pindah ke Arsenal yang nak keluar pindah dari Arsenal! Macam-macam hal..satu-satu nama muncul sampai tak tahu mana satu nak 'trust'....

Sementara itu ada beberapa perlawanan antarabangsa yang berlangsung, dan ada beberapa pemain Arsenal yang beraksi dan mencuri tumpuan, Jadi untuk entri kali ini, aku share pasal pemilik jersi no.29 Arsenal - Marouane Chamakh.

Pembelian berbaloi Arsenal dari Wenger 2010/11 'tanpa perlu keluar yuran perpindahan' Marouanne Chamakh mungkin bukanlah yang menjadi bualan di bibir para Pencinta Arsenal diluar sana, namun dia adalah pembelian yang terbaik dari Arsenal terutamanya dalam tempoh awal penampilannya ketika kita kehilangan khidmat Robin van Persie akibat kecederaan. Selepas kemunculan 'on-form' dari RvP ; Chamakh dilihat agak terpinggir selepas itu...Dengan 28 penampailan dengan 12 gol dalam semua kejohanan, ia tidaklah seteruk mana untuk penampilan kali pertama di EPL.

Chamakh dilihat lebih tajam melalui tandukan namun agak 'capless' dari segi tendangan, namun dalam kelayakan 2012 Piala Negara Afrika, Chamakh memperlihatkan yang dia masih tahu bagaimana pakai kaki untuk menghalakan ke arah gol apabila mencatat nama selaku penjaring ketika Magribi menumbangkan Algeria 4-0.

Harap musim depan, Chamakh akan lebih tajam memburu gol...

Untuk melihat jaringan chamakh, lihat video dibawah:

Related Posts with Thumbnails