Showing posts with label Barcelona. Show all posts
Showing posts with label Barcelona. Show all posts

Monday, August 15, 2011

Pic Of The Day | Cesc Fabregas - Putus Sudah Ikatan Kita?

Cesc - kini kau milik Barcelona...yang ko nak sangat!

Dibawah ini dibawakan beberapa keratan gambar Cesc pada sesi bergambar bersama Barcelona. Ayuh! kita lihat detik-detik gembira buat Cesc bersama jersi belang biru/merah; tapi yang taklih blah untuk aku! Semoga kau berjaya seperti apa yang kau harapkan!

Apa yang aku harap! Arsene akan dapat bawa skuad kini tanpa bayangan Cesc sehingga peringkat kita akan berjumpa Barca sekali lagi di Champions League! Kita musnahkan Barca...!


















Wednesday, March 9, 2011

Match Report | Barcelona 3 - 1 Arsenal; Referee Rosak Program!

Barcelona 3 : 1 Arsenal
Lionel Messi ('45 & pen '71) & Xavi ('69) : Sergio Busquets (gol sendiri '53)
Vanue: Nou Camp, Barcelona
Referee: Massimo Busacca



Match Report | Barcelona 3 - 1 Arsenal; Champions League

Apa nak dikatakan! Jahanam impian dan cita-cita yang kita tuai, Hak The Gunners umpama di rampas di bumi Nou Comp. Nyata Referee merosakkan program permainan keseluruhan game Arsenal!

Lionel Messi sekali lagi muncul 'duri dalam daging' memusnahkan impian dan harapan kita selepas mencipta dua gol untuk menewaskan Arsenal yang bermain 10 pemain selepas van Persie dilayangkan kad merah pada minit ke-56 sesudah menerima kad kuning ketika babak pertama. Keputusan agregat 4-3 ini sekaligus melayakkan Barcelona melangkah ke peringkat selanjutnya dengan The Gunners sekali lagi terus gagal melepasi halangan Barcelona.

Messi melakukan jaringan buat tuan rumah mendahului 1-0 di masa kecederaan babak pertama hasil backheel fabregas kepada rakan yang kunun cool tapi akhir jatuh ke kaki Andres Iniesta yang kemudian melakukan passing kepada Messi yang cam biasalah tak lepas peluang lah terus pantas membuat gerakan sebelum melakukan kuisan cantik melepasi Almunia sebelum menolak bola masuk ke jaring.

Arsenal jelas tidak mempunyai sebarang cubaan dengan senang membiarkan Victor Valdés sekadar bersantai di gawangnya, hanya berpunca dari sepakan sudut, tandukan dari Diaby menuju ke bek Barcelona Sergio Busquets seterusnya tertanduk ke gawangnya sendiri di minit-53. Keputusan berubah kepada 1-1, ia jelas kelebihan lebih memihak ke arah Arsenal.




Hancur: Referee gagal menanggani situasi perlawanan dengan baik

Namun bermula detik ke-56, Striker yang baru dipersiapkan segera untuk game ini, Robin van Persie di perintahkan keluar padang sekaligus menunjukkan 'jalan keluar' awal buat skuad bimbingan Wenger, Selepas keputusan 'luar tabii' Massimo Busacca, semuanya jelas musnah! Untuk berhadapan Barcelona dengan kekurangan seorang pemain di Nou Camp! Giler apa? dan kesempatan kekurangan pemain in pantas di hukum Xavi Hernandez 13 minit kemudian, untuk memberikan Barcelona menyamakan agregat 3-3.

Messi bagaimapun memastikan tidak akan ada masa tambahan buat The Gunners dengan menyempurnakan penalti di minit ke-71, yang juga merupakan gol ke-45 nya untuk musim dan gol ke-33 di untuk di Eropah.

Namun sekalung tahniah buat Almunia yang masuk sebagai pengganti kepada Szczesny yang mengalami kecederaan di jari tangan, apabila muncul watak penyelamat dengan aksi menyelamatnya yang meletakkan The Gunners dari terdedah dengan serangan 'menyelap', lagi-lagi setelah kita kekurangan pemain.

Kesudahannya:

Barcelona vs Arsenal | Clash of Mesti Menang



Percaturannya game hari ini simple:

Menang atau Seri
- kita akan kekal dalam persaingan Champions League ini, dan boleh terus mengejar impian treble musim ini.

Tewas
- tersingkir dari saingan, tumpuan hanya terarah kepada saingan untuk 2 trofi (EPL & FA Cup) - Tapi Ingat duhai The Gunners, Jangan ada terdetik bisikan kecil untuk gagal sebelum berjuang berhabis-habisan!

Selepas itu kita akan menentang musuh tradisi yang sangat fimiliar, Manchester United di Old Trafford untuk persaingan Piala FA.

Percaturannya? Tetap sama!

Menang
- bakal membawa harapan dan impian untuk melangkah lagi ke Wembley

Seri
- see ya! di Emirates

Tewas
- Hanya tinggal 1 harapan English Premier League!

Kita sudah sejauh ini! kita tidak mahu berpaut pada dahan yang satu, kita sudah lepas satu dahan, tiga dahan lebih utuh!

COME ON YOU, GUNNERS! LET’S DO THIS!


Wednesday, February 16, 2011

Preview Match | Arsenal vs Barcelona, Clash of Mesti Tonton



Preview Match | Arsenal vs Barcelona, Clash of Mesti Tonton

Emirates Stadium, London
Rabu, 17 Februari 2011
Astro (ESPN Match) - Channel: 812
Online: 03:40am (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Nicola Rizzoli (Itali)
* Pertemuan kedua pasukan: 0: Arsenal menang, 3: Barcelona menang, 2: Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-S-M
* Prestasi terkini Barcelona: M-M-M-M-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Szczesny
Eboue - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Nasri
van Persie

Simpanan: Almunia, Gibbs, Squillaci, Rosicky, Arshavin, Bendtner, Chamakh
Denda: Sagna (pergantungan satu perlawanan)
Kecederaan: Diaby (betis), Fabianski (bahu), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Berita paling mengujakan, sudah pastinya tentang Samir Nasri yang di sahkan sudah kembali ke dalam pasukan, sudah kembali sepak-terajang dalam latihan selepas pulih dari kecederaan hamstring yang diterimanya pada 30 Januari di Piala FA. Aku pasti, tidak ada sebarang masalah Nasri akan dimulakan dalam game ini, sekiranya dia berkeadaan 100%.

  • Abou Diaby, yang semakin bengis, pantang diusik! sekarang ini dikhabarkan tidak tersenarai dalam pasukan malam ini, Ia dikatakan mengalami kecederaan betis pada tugasan antarabangsa lalu. Takde angin, takde ribut! injed pulak!

  • Bercakap pasal denda tak boleh main satu game melibatkan abang kachak kita, Sagna, Ia adalah kerana kad merah yang diterima Bacary Sagna ketika melawan Partizan? Aku hampir lupa tentang hal ini? Pastinya Emmanuel Eboue akan mengambil tempat diiringi sokongan 200% dari Sagna.

  • Tomas Rosicky juga akan turut tersenarai dalam pasukan, pastinya di bangku simpanan, Rosicky diharap bersedia untuk sebarang kemungkinan, Tolong, jangan nak cedera tak tentu pasal! Perabih mayonis!

  • Arsenal masih mengekalkan rekod bersih 'tidak terkalah' untuk lapan perlawanan yang dilalui setakat ini.

  • The Gunners juga sudah kembali kebal di Emirates, selepas tidak pernah kalah sejak kali terakhir 20 November.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Barcelona

  • Abang rambut ketak, Carles Puyol akan menonton dari luar padang selepas tidak mampu pulih lagi dari kecederaan lututnya, Eloknya tak boleh pulih sampai leg kedua sok! Ini memaksa bek kiri Eric Abidal ditarik untuk bermain di pusat tengah berpasangan Pique dan memaksa Maxwell untuk berhadapan dengan Theo Walcott. Maxwell pasti masih dihantui kenangan musim lalu, bertapa sukarnya beliau untuk menyaingi pecutan larian bertaraf F1 dari Walcott. Buat Walcott gunakan pecutan mu sebaiknya! Tapi pleaselah crossing jangan ke laut.

  • Setakat yang kita ketahui, hanya Puyol lah sesatu pemain dalam skuad Barcelona yang mengalami kecederaan serius! Ada lagi ker? Untung sungguh nasib Pep Guardiola!

  • Sporting Gijon nyaris berjaya memalukan kelab dari Catalan di perlawanan minggu lalu, untuk menamatkan rentetan kemenangan ke-16 perlawanan Barca. Nasib baik Villa buat jaringan penyamaan. Kita harap nasib mereka tidak terus baik seperti itu.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Ini adalah pertemuan keenam antara Arsenal dan Barcelona. Arsenal tidak pernah menang dari lima pertemuan sebelum ini.

  • Untuk rekod, Tidak ada mana-mana kelab asing yang mampu memenangi perlawanan Liga Champions di Emirates, sudah 27 perlawanan.

  • Musim lalu, Arsenal berjaya mengikat Barcelona 2-2 di Emirates pada leg pertama babak suku akhir. sebelum Nicklas Bendtner memberikan gol awal buat Arsenal di Nou Camp pada leg kedua, tapi entah camana Lionel Messi muncul dengan 'sakti'nya untuk mencetak empat gol sekaligus menamatkan perjuangan The Gunners.

  • Di pentas final Champion League tahun 2006. Sol Campbell memberikan gol pembukaan untuk Arsenal mendahului 1-0 ketika bermain dengan 10 orang, tapi Samuel Eto'o dan Juliano Belletti hadir mencetak gol di lima belas minit akhir perlawanan untuk memusnahkan defisit gol tersebut sekaligus menjulang gelaran juara buat Barcelona. Terlepaslah kita mengengam trofi bertelinga besar tu! skit jerk lagi! Sejarah biarlah! ayuh! kita cipta sejarah baru...mulai game ini.

  • Pada tahun 1999/2000, kedua-dua belah pihak juga dipertemukan, waktu itu di peringkat kumpulan. Arsenal mengikat keputusan seri 1-1 di Nou Camp, tetapi kemudian disental 4-2. game tersebut tak silap berlangsung di Wembley.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil yang bakal mengendalikan perlawanan ini datangnya dari liga Serie A Nicola Rizzoli. Ini juga adalah tugasan pertama Rizzoli melibatkan Arsenal.

  • Rizzoli mengendalikan final Liga Europa musim lalu, ketika Atletico Madrid mengalahkan Fulham dalam masa tambahan.

  • Untuk Barca, Rizzoli mengendalikan perlawanan mereka ketika Barcelona membelasah Panathinaikos 5-1 di babak penyingkiran kumpulan awal musim ini.

  • Sekitar keputusan dan jadual perlawanan lain Champion League

  • Selasa: AC Milan 0 - 1 Tottenham Hotspur
  • Selasa: Valencia 1 - 1 Schalke 04
  • Rabu: AS Roma vs Shakhtar Donetsk; Stadio Olimpico, Roma
  • Selasa (minggu depan): Copenhagen vs Chelsea, Stadium Parken, Copenhagen
  • Selasa (minggu depan): Lyon vs Real Madrid; Stade de Gerland, Lyone
  • Rabu (minggu depan): Inter Milan vs Bayern Munich, San Siro, Milan
  • Rabu (minggu depan): Marseille vs Manchester United, Stade Vélodrome, Marseille
  • Tuesday, February 15, 2011

    Injury News | Puyol terlepas aksi pertama di Emirates,




    Bek Barcelona, abang rambut ketak, Carles Puyol diyakini tidak mampu untuk pulih dari kecederaan lutut dan pastinya akan terlepas aksi pertembungan di Liga Champions melawan Arsenal. Aksi terakhirnya adalah pada 22 Jan, ketika menang 3-0 ke atas Racing Racing Santander di Spanish Primera División.

    Dua pasukan ini akan disaingkan di Stadium Emirates pada Rabu malam ini di leg pertama bagi 16 pasukan di pusingan kalah mati, Barca tentu masih bermegah bersandarkan kepada kenangan musim lalu ketika menggulingkan The Gunners dengan kemenangan agregat 6-3.

    Dengan ketiadaan Puyol, Eric Abidal akan memangku galas untuk berpasangan dengan Gerard Pique di pertahanan tengah kelab Catalan itu.

    Bagi aku! pasukan Pep Guardiola pastinya terkesan dengan ketiadaan abang rambut ketak ini, kalau tak banyak pun skit lah! Ayuh, sebat peluang yang ada?

    Thursday, October 14, 2010

    Al-Kisah News | Melayan Mimpi


    Letih! Letih! Asyik melayan mimpi jer lah dengan Cesc Fabregas ini, Aduyai!! Tak habis-habis! Asal elok dari kecederaan berbalik pasal mimpi dia nak join Barcelona Boocelona itu! Kecoh!

    Tak pun ini kes pasal Denilson! Fabregas gelabah takut Denilson pergi Boocelona dulu! huhuu

    Kali ini, Kapten Arsenal Cesc Fabregas telah kembali membuka 'pekung' dan berkeras bahawa ia tetap puas dan senang bersama dengan The Gunners tapi yang tak sedap didengar ditambah pulak dia juga tidak dapat menghalang kemungkinan dia mungkin kembali ke Barcelona Boocelona pada musim panas tetap ada.

    Bintang tengah Sepanyol berusia 23 tahun ini masih mengharap untuk pulang ke Nou Camp pada akhir musim ini - kuat benar DNA Barcelona Boocelonanya, tetapi Fabregas menyatakan bahawa dia masih akan tetap kekal setia menempatkan dirinya di Arsenal setidak-tidaknya untuk masa ini. - Ini kes 'balas budi' jer bagi aku! Tiba masanya, PenCinta Arsenal di Malaysia dan seantero dunia tetap harus redha pemergiannya [Fabregas] ke kampung halamannya.

    Fabregas dipetik berkata kepada stesen radio Cadena Cope:

    "I maintain that I was right because to play for Barcelona is a dream I have had since childhood.

    "The truth is that the coach (Arsene Wenger) is like a second father to me. I told him what I thought. There were difficult moments.

    "In the end, when I spoke to Wenger he told me 'no' – he was very emphatic, that the transfer was impossible.

    "I am satisfied for all parties. It wasn't to be and that's that, though in my head I keep thinking it could have been a good opportunity.

    "But here at Arsenal I have everything. I am still happy. I am very comfortable here, I like the club, lead the team, play football."

    Monday, October 11, 2010

    Biar Betik News | Barcelona Taruh Minat Pada Denilson


    Tidak Ku Jangka, Tidak Ku Duga...Nak Percaya ker, Tak Nak Percaya dengan sumber berita ini, Aku sebagai PenCinta Denilson Arsenal baca je la ekk! - Pengarah Sukan Barcelona Andoni Zubizarreta dikatakan menaruh harapan 'diam-diam ubi' terhadap bintang tengah Arsenal kelahiran Brazil Denilson, menurut laporan dari Sepanyol. - Amik ko! Terkezut!

    Bintang kelahiran Brazil itu dikatakan juga merupakan pemain yang sangat dikagumi Zubizarreta, dan langkah seterusnya untuk membincangkan bagi membawa masuk pemain itu ke dalam skuad pelatih Pep Guardiola akan diambil, dan apakah perancangan untuk menyuntingnya pada musim panas akan menjadi nyata? bagaimana pula perancangan asal mereka yang diketahui umum untuk membawa masuk 'bintang DNA' mereka, Cesc Fabregas kembali ke Catalan?

    Denilson yang merupakan bekas kapten pasukan bawah-20 tahun Brazil mula mengembangkan karier awalnya dengan berpindah ke kelab London pada musim panas 2006, dan telah membuat 122 penampilan bagi The Gunners di semua pertandingan, tetapi hanya berkesempatan membuat satu penampilan sahaja musim ini terbatas akibat kecederaan. Beliau kini masih memiliki kontrak dengan skuad The Gunners sehingga tahun 2014.

    Kemampuan Denilson untuk bermain di setiap posisi di tengah memberikan kelebihan yang menarik untuk menampung bahagian tengah bagi skuad julukan Blaugrana itu, juga bagi menampung masalah kecederaan yang menimpa Pedro Rodriguez dan Xavi.

    Namun bagi bekas rekrut dari Sao Paulo ini, ada kemungkinankah beliau mempertimbangkan berpindah ke Nou Camp? di mana pengalaman yang diperolehi di Arsenal sangat signifikan untuk beliau mampu beraksi di Catalonia. tetapi kejayaannya belum pasti kerana ada beberapa bekas pemain Arsenal yang berhijrah ke Barcelona tetapi gagal seperti Alexander Hleb, Emmanuel Petit termasuklah Legenda Hebat Sepanjang Zaman Arsenal Thierry 'King' Henry.

    Jadi Lu, Lu, Lu dan Lu Pikir Lah Sendiri.....Denilson sekarang dah Glamour! huhuh

    Friday, July 30, 2010

    PenCinta Arsenal FC News | Kisah Mulut Longkang


    Pemain Boocelona terus-terusan mengeluarkan kenyataan mengenai Cesc Fabregas. apabila Fabregas akhirnya membuka bicara yang beliau akan terus kekal bersama Arsenal musim ini.

    Yang terbaru, yang sebenarnya bukan barulah, sebelum ini si Puyol ini pernah buat kenyataan tapi yang ini kenyataan susulan ketika ditembual The Sun

    "He is having to stay at a club where he no longer wants to be for another year.

    "I wonder how intelligent it is keeping a player who doesn't want to be there.

    "After seven years of great service, I thought Arsenal could have granted him his dream move."

    "Cesc has given everything to Arsenal to try to win a trophy but they haven't matched his expectations.

    "I won't say he is in a prison, as we know how privileged we are as football players.

    "But after how clear Cesc made it that he wanted to be in Barcelona, I thought they would have granted him that.

    "We all thought a deal would be done this summer.

    "But Arsenal have refused to talk and we are going to have to wait another year to get Cesc home.

    "He is far too classy a guy to say it but the truth is he doesn't want to be at Arsenal this season. His heart is already in Barcelona, even though we must wait another year for his body to be here.

    "We know he is arriving next season. Barcelona have a whole year to sort the deal out.”
    Tambahan Puyol lagi, fuh! punyalah tak puas hati...huhuhu

    "But anybody who tries to convince themselves he wanted to stay at Arsenal is wrong."

    Berikut adalah sekadar ulasan aku mengenai hal Cesc Fabregas ini yang mana menengelamkan segala hal mengenai persiapan pemain-pemain Arsenal lain untuk Piala Emirates 2010 ini. Juga menenggelamkan hal perpindahan pemain yang bakal dibawa Arsene Wenger ke Arsenal.

    Kemaruk sangat mereka (Boocelona) ini, Aku tengok kelab-kelab lain tidak seteruk camni kalau mahukan seseorang pemain tu, sampai ker pemain-pemain pun menyibuk sama! Kenapa lah dia takmo kutip pemain-pemain yang kununnya ber'DNA' Boocelona yang merantau entah kat mana-mana kelab kat dunia ini dulu. sok lusa tanyalah balik kat Arsenal nak jual ker?

    Aku tak kisahlah sangat tapi kisahlah jugak skit kalo diorang nak sangat Fabregas ni, dah memang mengidam sangat terhadap pemain yang mendapat asuhan terbaik dari Arsene Wenger ni, tapi kasi tawarlah harga berpatutan sikit, dahlah abis duit besarkan budak ini, duit gula, petrol, pinjaman PTPTN pun budak ni tak langsai lagi. Melatih budak Fabregas ni dari usia 16 tahun, sampai dah jadi teraju utama kat Arsenal, kalau dalam filem boleh diklasifikan watak 'hero' lah. Itu semua kena amik kiralah!

    Asal ada ber'DNA' Boocelona, kira mau amik timbang kati, aduyai! susahlah mau bisnes ini macam?

    Dah beberapa pemain dari Arsenal yang Wenger setujui jual kat Boocelona, Emmanuel Petit, Marc Overmars, Alexander Hleb, Giovanni Van Bronckhurst dan Thiery 'King' Henry - tu semua tak ber'DNA' Boocelona tu? Tapi Boocelona punya hangkut cam ber'DNA' Boocelona...

    Rileks la Boocelona, bawa-bawa isytifar! tiba masa yang sesuai, pasti Arsene Wenger akan lepaskan Fabregas pergi, Jadi tunggu lah ok! Jangan mengelupur rhino lah?

    Monday, July 19, 2010

    Transfer Rumours | Rosell " Si Kepala Batu"


    Arsene Wenger terus ditekan, Cesc Febregas terus diberikan harapan untuk kembali ke pangkuan pasukan idamannya sejak kecil, Barcelona. Khabar angin terus betiup kencang, apabila Presiden Barcelona Sandro Rosell tidak putus berharap apabila beliau dikhabarkan akan berkunjung ke London dalam usaha untuk memujuk rayu Arsenal untuk menjual Cesc Fabregas.

    Akhbar Sepanyol AS pula mendakwa bahawa Rosell akan membuat usaha 'berani mati' terakhir untuk menandatangani Fabregas selepas menabur janji akan mengembalikan Fabregas ke pangkuan Barcelona ketika berkempen untuk pilihan raya persiden Barcelona yang lalu. Beliau memang terdesak untuk merealisasikan kata-katanya itu kepada pelabur-pelabur dan 'kipas tak mati-mati' Barcelona yang dia tidak bercakap kosong.

    Barcelona telah gagal dengan tawaran £ 30m untuk Fabregas, dengan laporan pada hari Ahad menyarankan mereka bersedia pula untuk meningkatkan tawaran ke angka £ 40m untuk kapten Arsenal itu. Tapi Arsenal tidak akan mengendahkan sebarang tawaran yang kurang dari £ 50m.

    "Saya benar-benar berharap Cesc menjadi pemain Arsenal musim ini," kata Arsene Wenger pada hari Sabtu ketika ditemubual selepas perlawanan pra-musim dengan Barnet.

    Wenger terus menegaskan lagi:-

    "He is our captain and we want to keep him and that is why we didn't listen to any offers.

    "We do not just give in because somebody wants somebody from us."

    Monday, November 16, 2009

    Rumours | Barcelona Kian Kemaruk

    Barcelona yang kian terdesak untuk memeterai satu perjanjian dengan Arsenal untuk merekrut semula Cesc Fabregas untuk musim panas depan ke Barcelona, dan menawarkan duo pasangan yang mengiurkan sebagai pertukaran perjanjian yang melibatkan Yaya Toure dan Bojan Krkic.

    Semenjak Joan Laporta yang mula mengambil alih tampok pemerintahan Barcelona pada 2003, supremo Nou Camp tidak putus-putus menganggu ketenteraman kem Arsenal dengan hal-hal yang menjengkelkan dengan pelbagai langkah untuk menjerat Gunners bagi mereka menandatangani semula Fabregas yang lahir daripada sistem belia Barcelona.

    Walaupun Arsenal telah menolak mentah-mentah dengan pelbagai pendekatan, tetapi kelab dari Sepanyol ini semacam 'tuli' dan terus berusaha termasuklah dengan usaha terbaru ini.

    Yaya Toure dan Bojan Krkic, kedua pasangan yang ditawarkan ini jelas dilihat kurang peluang mereka di musim ini memperagakan aksi berbanding bintang-bintang lain. Dimana pemain tengah Ivory Coast perlu bersaing sengit untuk merebut tempat dengan Seydou Keita, manakala Bojan dilihatnya sering dibayangi Pedro dan Jeffren Suarez yang lebih mendapat perhatian dan keutaamaan dalam kesebelasan skuad Pep Guardiola.

    Menurut akhbar tempatan Sepanyol, El Mundo Deportivo, Arsenal Wenger dikhabarkan bersungguh-sungguh menilai kedua pasangan dan sangat berminat untuk membawa kedua-dua pemain itu ke Emirates.

    Pandangan aku terhadap Arsene Wenger, Tok Wenger perlu mengeluarkan satu kenyataan balas yang boleh membuat pihak Barcelona panas punggung, dengan menyatakan secara jelas, sekiranya Cesc Fabregas yang mereka mahukan, pertukarannya ada Lionel Messi. Kita buat seperti apa yang Inter Milan lakukan apabila menyatakan keinginan untuk melamar bintang mereka itu, Biar kasi mengelupur tapir, Bengkek lak aku tengok asik menganggu 'rumah tangga' orang jer kerjenya - Dial Square (Kelab Pencinta Arsenal FC)

    Wednesday, September 9, 2009

    Cesc Fabregas Ulangi "Seronok di Arsenal"


    Kapten Muda Remaja Gudang Senjata Cesc Fabregas sekali lagi yang entah berapa kali telah bersuara yang tidak membayangkan dirinya bakal pindah balik ke Sepanyol tidak lama lagi. Khabar-khabar angin terus-menerus bertiup dengan beberapa rumours yang pemain tengah Sepanyol yang dikaitkan dengan Real Madrid dan Barcelona, kelab dia sentiasa sokong dan kelab dimana dia memulakan kerjayanya sebelum berpindah ke Arsenal.

    Berikut adalah petikan Fabregas ketika ditemubual Radio Marca

    "I haven't spoken to anyone,". "Whatever happens, happens, but at the moment there is nothing.

    "I don't know if I'll leave the Premier League next year. I'm happy there and it is an important year for the club.

    "Two or three years ago there was some interest (from Real Madrid), but there has never been anything serious with another team since I joined Arsenal."

    Related Posts with Thumbnails