Showing posts with label Latest News. Show all posts
Showing posts with label Latest News. Show all posts

Wednesday, July 21, 2010

Latest News | Penjenamaan Baru 'Emirates Stadium Stand'

Perubahan terbaru telah dilaksanakan Arsenal, apabila Arsenal memutuskan untuk menukar nama tempat duduk di Stadium Emirates sebagai: Clock End, North Bank, East Stand dan West Stand. Pejenamaan baru ini hanya akan berkuatkuasa ketika Arsenal menjadi tuan rumah pada perlawanan Liga Premier Arsenal musim 2010/2011 ketika menentang Blackpool pada hari Sabtu 21 Ogos.

Dalam membuat pengumuman itu, Arsenal mengumumkan bahawa new Clock End, yang di sebelah selatan stadium, di seberang new North Bank, akan menjadi tempat terbaru untuk Jam baru di Stadium Emirates pada musim depan.

'Kipas Tak Mati-mati' Arsenal akan dapat melihat Jam baru di stadium ketika Piala Emirates nanti, tapi kelab merancang untuk melaksanakan 'official welcoming' untuk Jam baru ini sebelum perlawanan dengan Blackpool untuk memperingati hari bersejarah ini.

Dilampirkan manual susun atur stadium untuk tatapan dan rujukan korang:-



Tuesday, July 20, 2010

Latest News | Nasib Du Du & Vu Vu


Setelah kehilangan Du Du, kali ini Vu Vu pun tidak akan kedengaran di Emirates.

Perdebatan penggunaan Vuvuzela yang meluas dipergunakan untuk memeriahkan dengan mengeluarkan bunyi bingitnya ketika Final Piala Dunia di Afrika Selatan nampaknya tidak akan berpanjangan di Emirates Stadium , apabila Arsenal Football Club secara rasminya memutuskan untuk melarang penggunaan vuvuzelas di Stadium Emirates dengan segera seperti apa yang dilakukan di Birmingham City.

Keputusan ini telah diambil sebulat suara dengan sebab untuk memastikan pemenuhan dan keselamatan penyokong pada perlawanan yang berlangsung, yang sangat penting dan menjadi keutamaan bagi Arsenal FC sendiri. Al-maklum dan sedia maklum lah, penyokong-penyokong 'kipas tak mati-mati' di England ni fanatik sikit ditambah pula kuat minum lagi, kot tengah hangat Arsenal membelasah, penyokong lawan yang hangat hati ditambah pula mabuk tak sedar diri, diguna pulak Vuvuzela tu untuk dihempok di kepala-kepala sahabat kita yang tak bernasib baik di Emirates nanti. Kan ker naya tu....huhuhu

Latest News | RvP10 : CV11


Robin van Persie akan dikenali sebagai RVP10 selepas diumumkan secara rasmi di Arsenal.com yang RvP akan beralih mengenakan jersi nombor 10 Arsenal musim depan.

Pemain bintang Belanda ini telah menjadi empunya jersi bernpmbor 10 selepas ditinggalkan pemilik sebelumnya William Gallas, yang telah bertindak tidak mahu kekal bersama Arsenal selepas berakhirnya kontrak beliau pada tarikh 30 Jun.

Van Persie yang diketahui sangat teruja untuk mengikut jejak langkah idolanya yang juga rakan senegaranya Dennis Bergkamp, yang menyarung jersi nombor 10 itu selama mengabadikan kariernya di Arsenal.

Sementara, Carlos Vela juga telah berubah sebagai pemilik baru nombor 11. seterusnya ini akan menamatkan spekulasi pemain antarabangsa Mexico ini bahawa masa depannya di Emirates diragukan setelah rumours mengatakan beliau bakal berpindah ke Sepanyol yang diperdebatkan selepas tamak Piala Dunia.

Menurut Arsenal.com, kepada 'kipas tak mati-mati Arsenal' yang telah memiliki dan membeli baju Arsenal baru dengan 'Vela 12' dari Arsenal.com boleh mengembalikan baju mereka untuk pertukaran dengan baju baru yang telah dikemaskini. Bukti pembelian akan diperlukan.
Related Posts with Thumbnails