Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
J Reina, D Agger, J Enrique, M Skrtel , G Johnson, R Sterling, S Gerrard, N Sahin (J Shelvey , 67), J Allen, L Suarez, F Borini (S Downing, 54)
V Mannone, T Vermaelen (L Koscielny, 89), P Mertesacker , K Gibbs, C Jenkinson, S Cazorla, A Diaby, A Oxlade-Chamberlain (A Ramsey, 73), M Arteta , L Podolski (A Santos, 82), O Giroud
Subs not used: J Carragher, S Coates, J Henderson, M Kelly, B Jones
Subs not used: D Martinez, Gervinho, F Coquelin, T Walcott
Referee: Howard Webb
Kehadiran: 44,932
Stadium: Anfield
Yeahhhhh.....
Berkat kemenangan di match ke-3 Premier League, kini Arsenal
melonjak ke tangga ke-8. Sementara Liverpool
terperosok ke tangga-18 dengan mengumpul satu point setakat ini.
A Begovic, R Huth , A Wilkinson , M Wilson, R Shawcross, G Cameron, G Whelan (W Palacios, 81), M Kightly, J Pennant (C Jerome, 66), J Walters, P Crouch (R Shotton, 79)
V Mannone, T Vermaelen, P Mertesacker, K Gibbs, C Jenkinson, S Cazorla (A Ramsey, 81), A Diaby, M Arteta, L Podolski (A Oxlade-Chamberlain, 72), Gervinho (T Walcott, 72), O Giroud
Subs not used: R Delap, T Sorensen, M Upson, K Jones
Subs not used: F Coquelin, J Djourou, D Martinez, A Santos
Referee: Lee Mason
Kehadiran: 27,072
Stadium: Britannia Stadium
Arsenal sesatunya yang masih ketandusan gol dalam 2 perlawanan awal ini....huh!
Sunderland 1 :2 Arsenal James McClean ('70) : Aaron Ramsey ('75), Thierry Henry ('90 +1) Vanue: Stadium of Light, Sunderland Referee: N Swarbrick
Tidak Ternilai! Hadiah teristimewa yang diberikan King Henry buat The Prof dan Arsenal khususnya sebagai ole-ole di penampilan terakhirnya di kancah EPL.
King Henry yang masuk di babak kedua pada minit ke-66 selepas menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain menjadi kunci kemenangan buat Arsenal ke atas Sunderland. Sekaligus membuka peluang cerah Arsenal mengejar slot Top 4 EPL setelah Chelsea dipaksa tunduk 2-0 kepada Everton.
Bermain di Sunderland, Stadium of Light, Henry membawa Arsenal menang 2-1 hasil jaringan pada minit ke-90. Gol tercipta hasil 'tendangan ala kangkang' setelah memanfaatkan umpanan Andrey Arshavin yang juga masuk menggantikan Theo Walcott di minit ke-87.
Sebelumnya, Kecederaan yang menimpa Per Mertesacker harus dibayar mahal oleh Arsenal. Akibat 'kaki bersimpul' salah aturan ketika melangkah saat mengawal bola, Arsenal tersentap dengan gol pasukan tuan rumah pada minit ke-70.
Gol Sunderland berpunca setelah Mertesacker yang 'tergeliat' saat mengawal bola. James McClean jelas mengambil kesempatan tersebut seterusnya melepas tendangan deras kaki kiri menewaskan Wojciech Szczęsny. Untuk Sunderland memimpin awal 1-0 ke atas Arsenal.
Namun, keunggulan Sunderland tidak bertahan lama. Lima minit berselang Arsenal mengimbangi gol ke atas Sunderland hasil tendangan deras kaki kiri Aaron Ramsey yang masuk menggantikan Per Mertesacker yang cedera. Bola meluncur deras mengenai tiang kiri sebelum melantun ke tiang kanan dan bergolek masuk ke gawang Sunderland yang dikawal Simon Mignolet.
Berikut video yang menampilkan babak Per Mertesacker 'terpeleot' & Gol Ramsey. Enjoy!
Arsenal 3 : 2 Aston Villa Robin van Persie (PEN '54 & '61), Theo Walcott ('56) : Richard Dunne ('33), Darrent Bent ('45) Venue: Emirates Stadium, England Referee: Mike Jones
Tapi kali ini punya menang, memang dasat punya comeback! Arsenal sebentar tadik segera menterbalik keadaan di awal babak kedua selepas tertinggal dua gol di separuh masa. Tiga gol tercipta hasil kerja kurang dari 15 minit, dua hadir dari kaki kiri kapten fantastik kita, Robin Van Persie pada minit ke-54 dan 61 sementara gol penyamaan dari Walcott pada minit ke-56. Sekaligus membawa Arsenal memimpin jaringan 3-2 ke atas Aston Villa dalam pusingan keempat Piala FA.
Seperti biasa, Kapten Arsenal Robin Van Persie memulakan tirai gol kebangkitan dengan mengecilkan kedudukan menjadi 1-2 selepas Ramsey dijatuhkan oleh Dunne di dalam kotak penalti Aston Villa. Pengadil perlawanan, Mike Jones segera memberikan isyarat penalti.
Sayang Unkel Henry...nak dukung
Selang dua minit kemudian, larian individu Walcott dari sayap kanan Arsenal menjadi punca gol penyamaan tercipta, setelah tendangannya di sudut sempit mengenai pemain Aston Villa, namun bola yang segera mahu dikeluarkan melantun pula ke arah Walcott lalu masuk ke gawang Given, seterusnya merubah kedudukan menjadi 2-2.
Arsenal selepas itu dilihat terus bernafsu, sehingga tiba di minit ke-61, sekali lagi Arsenal dihadiahkan penalti kedua, Kali ini tindakan dari Bent menjatuhkan bek Arsenal Koscielny yang membantu serangan di sayap kiri. Mike Jones memang tidak ada sebab untuk tidak memberikan penalti yang tidak disia-siakan oleh Robin Van Persie.
Arsenal memulakan aksi babak kedua dengan ketinggalan 0-2. Dengan Aston Villa menganas mengoyak gawang Arsenal dari gol lewat oleh striker Darren Bent di minit ke-45. Gol berpunca dari serang balas pantas dari Aston Villa.
Bent yang menerima bola di sayap kiri pertahanan Arsenal pantas melepaskan tendangan ke arah gawang Arsenal. Namun, bola sempat ditahan Fabianski, tapi bola muntah tepat di kaki Bent yang kembali menolak ke arah gol. Kedudukan 2-0 melegakan Aston Villa untuk mengakhiri separuh masa pertama.
Aston Villa mengejutkan Arsenal dengan gol awal bermula dari tendangan sudut pada minit ke-33. Gol diciptakan oleh tandukan Richard Dunne. Ironinya kedua-dua penalti yang dihadiahkan kepada Arsenal berpunca dari Dunne dan Bent.
Kalau diikutkan sebenarnya Arsenal lebih banyak menekan di separuh masa pertama lagi. Tapi seperti biasalah kawal permainan, gol tak buat! Padah! Antaranya cubaan Walcott di minit ke-12 dan di minit ke-19 apabila Walcott mencipta peluang dengan mendrible bola melepasi kawalan pertahanan Villa, kemudian membuat umpanan silang tepat melintas di depan gawang Given. Namun tak ada seorang pun pemain Arsenal yang sedia menyambut.
Di minit ke-35, Arsenal juga mengancam kubu Villa dengan cubaan Rosicky selepas menerima bola muntah di luar kotak penalti, tapi tendangan yang dilakukan Rosicky berjaya diselamatkan Shay Given.
Arsenal 0 : 0 Marseille - : - Venue: Emirates Stadium, England Referee: Paolo Tagliavento
Arsenal dipaksa Marseille untuk sekadar berpuashati dengan berkongsi satu mata selepas seri 0-0 di Emirates Stadium bagi game ke-4 UEFA Champions League pagi tadi.
The Prof cuba melakukan beberapa rotation dalam barisan pemain pagi tadi dengan menurunkan Carl Jenkinson dan Thomas Vermaelen. Sementara, striker korea Park Chu-Young diberikan kesempatan untuk merasai kehangatan debutnya di UEFA Champions League bersama The Gunners.
Di awal 10 minit permainan, pasukan lawan Marseille lebih dilihat mendominasi perlawanan. Skuad kendalian Didier Deschamps juga berjaya melakukan beberapa cubaan ke arah gol dan hampir-hampir sahaja menewaskan Szczesny.
Sementara Arsenal juga mempunyai peluang terbaik dari Theo Walcott apabila sepakan leret di minit ke-10 sempat ditepis oleh keeper Marseille, Steve Mandanda.
Arsenal selepas itu secara beransur-ansur mendapat rentak dan mula menguasai permainan dengan serangan-serangan yang dijelmakan Aaron Ramsey, Gervinho, dan Theo Walcott. Namun Arsenal berpeluang paling baik untuk mendahului perlawanan tapi peluang yang diperolehi Ramsey di minit ke-21 dan 30 gagal dijelmakan dengan gol.
Arsenal sekali lagi mendapat peluang sebelum menutup separuh masa pertama hasil tendangan bebas Mikel Arteta, namun sedikit melencong ke sebelah kanan gol gawang Marseille. Ia meletakkan separuh pertama berakhir dengan 0-0.
Memasuki separuh masa kedua, Marseille sekali lagi menunjukkan nafsu awal mereka untuk mencari gol apabila sempat menguji gawang Arsenal melalui cubaan Andrew Ayew tapi sedikit melewati dari gawang Szczesny.
Panaskan bangku simpanan balik: Park gagal memberikan aksi yang diharapkan dan digantikkan pada minit ke-62
Arsenal yang mengharapkan untuk mendapat mata penuh di Emirates segera melakukan dua pertukaran, Tomas Rosicky dan Robin van Persie dimasukkan untuk memberikan tenaga baru yang lebih tajam di barisan serangan.- van Persie sekali lagi diharap mampu menjelmakan sentuhan golnya!
Salah satu peluang terbaik diperoleh Van Persie yang berjaya melepasi kawalan dari bek Marseille selepas menerima hantaran Rosicky, namun dari sudut yang hampir sama ketika menjaringkan gol ke-5 ketika bertemu Chelsea, namun kali ini captain van Persie cuba mengambil pendekatan berbeza dengan tidak merembat kencang tetapi cuba ingin memperdaya Mandanda dengan melakukan lob tapi bijak dibaca oleh keeper Mandanda.
Marseille 2nd Keeper: Ada sentuhan disitu, Sayang takde penalti diberikan!
Sehingga ke penghujung injury time, Arsenal terus menekan ke kubu Marseille namun tetap gagal untuk mencari gol kemenangan dan terpaksa berpuas hati dengan kedudukan 0-0.
Dengan keputusan ini Arsenal dan Marseille masing-masing hanya dibezakan 1 mata dan berada di dua tangga teratas kumpulan F dengan Arsenal di puncak mengumpul 8 mata.
Barisan pemain: Arsenal: Szczesny, Mertesacker, Vermaelen, Andre Santos, Jenkinson, Arteta, Ramsey (Rosicky), Song, Park (Van Persie), Walcott, Gervinho (Arshavin)
Marseille: Mandanda, N'Koulou, Morel, Diawara, Fanni, Diarra, Cheyrou, Valbuena (Lucho Gonzalez), Remy (Amalfitano), A. Ayew, J. Ayew (Gignac)
Arsenal 2 : 1 Bolton Wanderers Andrey Arshavin ('53), Park Chu-Young ('57) : Fabrice Muamba ('47) Venue: Emirates Stadium, England Referee: A Taylor
Striker Korea Selatan, Park Chu Young memastikan tempat buat Arsenal dalam Piala Liga (Carling Cup) suku akhir selepas menjaringkan gol pertamanya untuk Arsenal dalam kemenangan 2-1 ke atas Bolton di Stadium Emirates pagi tadi.
Park yang baru hanya melakukan dua penampilan selepas berpindah dari Monaco pada bulan Ogos lalu pantas memberikan aksi dan potensi terbaiknya setakat ini. Ia sekaligus memberikan pilihan yang baik buat The Prof untuk mengisi ruang dan saingan di bahagian depan Arsenal yang waktu ini kerap mengharapkan one-man show dari captain van Persie, sedang Chamakh dilihat masih mati kutu mencari performance terbaiknya.
Walaubagaimanapun, berbalik pada game pagi tadi, Wenger menurunkan barisan berbeza dengan campuran pemain pelapis dan beberapa pemain senior yang seperti Arshavin, Vermaelen dan Benayon ketinggalan awal hasil gol dari bekas pelatih Arsenal Fabrice Muamba pada minit ke-47. - Namun berita yang kurang sedap Vermaelen dikeluarkan pada minit ke-84 dikhabarkan akibat kecederaan yang mungkin ada hubungkait dengan Achillesnya sebelum ini.
Wenger mengulas mengenai Vermaelen:
"He did very well. He had to come off for a calf problem, but I hope it's not too bad."
Namun Arsenal pantas melakukan respond tidak lama selepas itu di minit ke-53 hasil gol Andrei Arshavin mengikat kedudukan kepada 1-1 sebelum selang 4 minit kemudian satu finishing lencong dari Park memberikan Arsenal mendahului 2-1 dan kekal sehingga wisel penamat.
Ketika mengulas mengenai performance dari Park, Wenger dipetik berkata:
"For me, I’m very pleased with his performance.
"He showed intelligent link play and the quality of his goal was exceptional. His finishing is absolutely fantastic. For me he has shown tonight that he is a very good player.
"He’s ready to play for league games, compared to the player who played in the first league game, where he was a bit inhibited; tonight he played with freedom and showed what a good player he is."
Barisan pemain diturunkan:
Arsenal: Fabianski; Squillaci, Vermaelen (Boateng min '84), Miquel; Benayoun, Arshavin, Coquelin, Frimpong (Ozyakup min '76), Chamberlain (Ryo min '73), Yennaris; Park
Arsenal 3 : 1 Bolton Wanderers Stoke City Gervinho ('27), Robin van Persie ('73) & ('82) : Peter Crouch ('34) Venue: Emirates Stadium, England Referee: Lee Mason
Robin van Persie melangkah masuk dari bangku simpanan dan menjaringkan dua gol untuk memberikan Arsenal kemenangan 3-1 ke atas Stoke di Emirates.
Permata hitam dari bumi Ivory Coast, Gervinho membuka jaringan selepas 27 minit perlawanan bermula sebelum mantan penyerang Tottenham Peter Crouch menyamakan kedudukan 1-1 pada minit 34 buat Potters.
Arsene Wenger terpaksa melanggar pantang merehatkan kapten Vantasic pada awalnya, namun pelaburan beliau tidak sia-sia kali ini apabila Van Persie sekali lagi muncul wira, kali ini dengan dua golnya pada minit ke-73 dan 82 yang mana gol ke-25 dari 26 perlawanan musim 2011 ini secara langsung juga mencatatkan gol ke-200 di Emirates.
Kemenangan ini melonjakkan Arsenal ke tangga ketujuh di belakang jiran tetangga Spurs yang kekurangan bermain satu perlawanan.
Boleh harap:Van Persie menjaringkan dua gol untuk Arsenal terus maju memanjat tangga Premier League
Puncak Prestasi:Van Persie mesin gol Arsenal, tapi sampai bila dia mampu kekal fit dalam 1 musim, Chamakh gagal memainkan peranan sebagai pengalas tugas mencari gol, Park Chu masih belum mampu mendapat kepercayaan Wenger
Temui sentuhan:Gervinho membuka gol awal untuk Arsenal
Si Galah:Mantan penyerang Tottenham Peter Crouch meraih gol penyamaan bersama teman sepasukan
Arsenal 3 : 0 Bolton Wanderers Robin van Persie ('46) & ('71), Alex Song ('89) : - Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Mark Clattenburg
Macam dan lama sangat rasanya tak merasa nikmat kemenangan 3 mata...huhu! akhirnya termakbul juga ...Berikut senarai pemain yang diturunkan:-
Line-up Arsenal (4-2-3-1): ----Szczesny---- ----Sagna----Mertesacker----Koscielny----Gibbs ----Arteta----Song---- ----Gervinho----Ramsey----Walcott---- ----Robin van Persie----
Pertama sekali pastinya, Tahniah buat kapten Arsenal, Robin van Persie yang menjaringkan dua gol sekaligus merupakan gol ke-100 untuk Asenal. Ini tak langsung menjadikan van Persie insan ke-17 yang berjaya menuruti jejak-jejak penjaring hebat sepanjang zaman dalam sejarah Arsenal yang mencapai tanda aras 'Penjaring Unggul Arsenal'. - Bukan mudah sebenarnya untuk van Persie mengapai tahap dewa skorer ini, yang kita tahu beliau punya rekod banyak injed dari main bola sepanjang kariernya di Arsenal.
Statistik 100 gol : Robin van Persie 71 : Kaki kiri, 23 : Kaki kanan, 6 : Tandukan. 12 : Luar kotak Penalti, 88 : dalam kotak penalti (12 penalti)
Seperti biasa juga, Siapalah Arsenal kalau tidak tampil dengan mendominasi penguasaan bola, tapi gagal diterjemahkan dengan medominasikan kemenangan. Di awal babak Arsenal terus menunjukkan rhythm permainan nak menang, dengan Bolton masih terkial-kial mencari lenggok yang senada dengan irama yang dimainkan Arsenal.
Bolton tiba-tiba sempat menyelit dengan cubaan bahaya dari Darren Pratley hasil umpanan David Wheater dari luar kotak penalti, namun berjaya dipatah Wojciech Szczesny. - Keputusan pastinya akan berbeza jika Szczesny gagal menyelamatkan situasi tersebut. Aksi terpuji dipamerkan Szczesny ini patutnya sudah cukup menjadi penunjuk jalan keluar buat Almunia bawa diri pada jendela perpindahan bulan Januari akan datang, untuk apalah Wenger membazirkan bayar gaji pokok untuk membiayai Alumina, rasanya kita tidak perlu sampai 4 keeper sekarang ini!
Selepas itu, Arsenal bangkit bermula di minit ke-8, Robin Van Persie tiba dulu menguji gawang pasukan pelawat menerusi tendangan bebasnya namun sayang bola sedikit menyilang di tepi; dengan Jaaskelainen dilihat takde peluang untuk menampan cubaan tersebut. Tuah terus berpihak Bolton!
Arsenal berterusan memanjangkan dominasi permainan dengan aksi mengancam yang dipamerkan Gervinho. Namun dua peluang awal yang diperolehi bintang antarabangsa Ivory Coast itu gagal dijelmakan dengan gol. Selepas itu, Arsenal terus dikecewakan dengan dua blok dari Paul Robinson dan Wheater yang memastikan kubu Bolton kebal tanpa dibolosi sehingga tamat wisel babak pertama. Kedudukan kekal 0-0.
Di babak kedua, Arsenal turun dengan barisan yang sama tapi dengan semangat yang sama sekali berbeza. Hanya 40 saat saja diperlukan untuk Arsenal menjaringkan gol, apabila Robin Van Persie sekali lagi memperagakan skil menjaringkan gol menerusi kaki kiri dari sudut sukar membolosi di celahan tiang gol menewaskan Jaaskelainen. - Gol jaringan van Perisie itu nampak 'saling tak tumpah' macam jaringan ketika Arsenal menumbangkan Barcelona 2-1 di Emirates musim lepas.
Lu mantap bro!: Robin van Persie mengucapkan terima kasih kepada Walcott kerana membuka peluang untuknya mencatatkan gol ke-100 peribadi di Arsenal
Bolton yang sedang cuba mencari gol penyamaan, tiba-tiba menerima musibah di minit ke-55 apabila kehilangan satu pemain selepas David Wheater dikenakan kad merah kerana didapati bersalah menarik Walcott berhampiran kotak penalti Bolton.
Berkelebihan seorang pemain skuad bimbingan Wenger segera memanfaatkan peluang terhidang dengan semakin bermaharajalela. Ohh! Inilah nikmatnya perasaan apabila dapat bermain dengan kelebihan seorang pemain yang mana kita tewas kepada Newcastle dan Liverpool akibat kekurangan pemain selepas pemain kita dikenakan kad merah. Namun ia tidak kelihatan semudah dijangka, Arsene Wenger perlu menunggu sehingga minit ke-71, barulah muncul tambahan gol melalui gol yang dicetak Robin Van Persie, selepas Walcott melakukan dribling melepasi beberapa pemain pertahanan Bolton sebelum melepaskan umpanan silang, mudah bagi van Persie menolak masuk.
Di akhir babak, Arsenal terus menambah sengsara skuad kendalian Owen Coyle terperosok didasar liga dengan hanya mengumpul 3 mata setakat ini, dengan Alexandre Song mencetak gol selepas memanfaatkan umpan Bacary Sagna.
Kemenangan 3-0 ini membuat Arsenal melonjak ke posisi ke-12 dengan mengumpulkan 7 mata. Namun ketinggalan 5 mata dengan pasukan di tangga ke-4, Newcastle.
Arsenal 3 : 1 Shrewsbury Town Kieran Gibbs ('33), Alex Oxlade-Chamberlain ('58), Yossi Benayoun ('78) : James Collins ('16) Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Tony Bates
Line-up Arsenal: Lukasz Fabianski Carl Jenkinson, Johan Djourou (Kapten), Ignasi Miquel, Kieran Gibbs Francis Coquelin, Emmanuel Frimpong (Oguzhan Ozyakup, 77), Alex Oxlade-Chamberlain (Chukwuemeka Aneke, 90), Yossi Benayoun Park Chu-Young (Ryo Miyaichi, 71), Marouane Chamakh
Ok!...pada dasarnya aku langsung tak tengok game pagi ini, setakat dengar audio jer sambil baring! haram, dalam banyak-banyaj Stesen TV di muka dunia ini, boleh katakan satu pun tak berkenan nak tunjuk game Arsenal dengan Shrewsbury ini, kebanyakan lebih berminat menyiarkan games Leeds-Man U. Huh! Penyiar TV pun boikot Arsenal. huhu
Oleh kerana tidak ada siaran televisyen, aku tak nampak apa-apa! jadi janganlah diharapkan laporan mendalam dari aku.
Permulaan babak awal, pasukan pelawat lebih awal serasi dengan padang dulu, mengejutkan Arsenal di Emirates di minit ke-16 apabila James Collins melonjak tinggi menanduk masuk melepasi jangkauan Fabianski, dengan Johan Djourou kelihatan digambar tercegat, haram tak lonjak langsung - kapten??!!!
Gol awal: James Collins membuka tirai gol awal pasukan pelawat, Shrewsbury
Bagaimanapun, Kieran Gibbs menyamakan kedudukan pada ke-33 selepas menerima hantaran dari Carl Jenkinson. Jadi Arsenal sekurang sedikit lega meninggalkan babak pertama dengan mengikat kedudukan 1-1.
Masuk babak kedua, Arsenal mula mendominasi permainan, bintang muda berharga £15 juta, Alex Oxlade-Chamberlain meletakkan Arsenal di depan dengan 2-1 sekaligus membuka akaun gol peribadi pertama dengan Arsenal.
Budak Ajaib: Alex Oxlade-Chamberlain diraikan Francis Coquelin selepas meletakkan Arsenal mendahului 2-1
Seperti biasa, 20 minit terakhir adalah 'habitat' biasa Wenger untuk memasukkan pemain-pemain segar, nyata kemasukan Oguzhan Ozyakup yang menggantikan Emmanuel Frimpong segera memberikan kesan apabila segera membuka peluang gol buat pemain Israel, Yossi Benayoun untuk bersama Kieran Gibbs dan Alex Oxlade-Chamberlain membuka akaun gol awal musim ini. Mendahului 3-1 ia meletakkan laluan Arsenal lebih tenang untuk terus ke Pusingan Keempat Piala Carling.
Jadi, kita telah memenangi perlawanan dan layak ke pusingan ke-4 . Nampaknya ok buat aku. Apa lagi aku nak kan...kan...tak kiralah menang dengan Shrewsbury sekalipun.
Udinesel 1 : 2 Arsenal Di Natale ('38) & miss pen ('59) : Robin van Persie ('55) & Theo Walcott ('69) Vanue: Stadio Friuli Referee: Olegario Benquerenca
UEFA Champions League Qualifier, Leg 2: Udinese 1 - 2 Arsenal
Arsene Wenger dan Arsenal segera menutup kritikan selepas tumpas 2-0 kepada Liverpool tempohari.
Dengan masalah kecederaan, masalah pergantungan pemain dan isu perpindahan pemain tonggak; Fabregas dan terkini Samir Nasri yang akhirnya memilih Manchester City dengan yuran perpindahan sekitar £24 juta dengan hidangan gaji lumayan £180,000. Skuad muda Arsenal perlu segera berjuang menghadapi 'peperiksaan besar' mereka ini. Namun ujian ketika hadir ke Itali bukan calang-calang dengan sambutan lautan penyokong tuan rumah yang memenuhi segenap ruang Stadio Friuli.
Arsenal akhirnya berjaya melangkah untuk tahun ke-14 berturut-turut ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan cara yang mengagumkan berkat gol dari Robin van Persie dan Theo Walcott meleburkan Udinese dengan agregat 3-1 selepas mencatatkan keputusan 2-1 di Friuli.
Mendahului 1-0 dari leg pertama, Arsenal masih goyah untuk mejamin tiket ke Liga Juara-Juara dalam gengaman, peluang kedua-dua pasukan dilihat masih terbuka! nyata ianya berasas apabila Arsenal menempatkan diri dalam mood penuh tekanan selepas Antonio Di Natale tampil pada minit ke-39 untuk memimpin perlawanan dengan kedudukan 1-0 sekaligus menutup babak pertama pada kepada kedudukan agregat 1-1 selepas melakukan tandukan lambung, mengamamkan Szczesny di pintu gol tanpa dapat dihitung ke mana hala arah bola.
Masuk babak kedua, Wenger, yang berjaya dalam rayuannya terhadap pengharaman untuk berada di barisan tepi pemain dari UEFA bagi membolehkannya untuk berperanan dalam perlawanan sepenting ini, segera menambah kreativiti di barisan tengah dengan memasukkan Rosicky menggantikan Frimpong. Nyata percaturan Wenger berhasil, corak serangan Arsenal kembali 'hidup' dan membuat Arsenal berhasil mencari gol penyamaan di minit ke-55 menerusi Robin van Persie hasil umpanan menarik dari Gervinho dari sudut kiri sebelum menolak bola tepat ke arah pusat petak penalti yang segera ditamatkan van Persie dengan sempurna. Gol tersebut segera meletakkan tuan rumah dalam keadaan rapla-jingga kerana mereka harus mencetak 2 gol untuk melayakkan mereka peringkat seterusnya di Liga Juara-Juara.
Gol penyamaan: Bola hinggap dikaki VIP Persie, pasti tidak mengecewakan
Udinese punya peluang terbaik selepas pengadil perlawanan, Olegario Benquerenca dari Portugal pantas melihatkan kesalahan Thomas Vermaelen yang bola terkena tangan dan menghadiahkan sepakan penalti. Wenger seharusnya juga patut mengucapkan terima kasih kepada keeper muda Wojciech Szczesny yang menampilkan aksi mantap untuk menidakkan penalti dari Di Natale ketika berkedudukan 1-1.
Selepas itu, Walcott segera menguburkan sisa harapan Udinese pada minit ke-70 - Gol yang berpunca dari permainan 1-2 Walcott dan Sagna seterusnya Walcott mengunakan larian kencangnya melarikan bola melepasi kekangan pertahanan lawan dan melepaskan tendangan tanpa mampu dihalang Handanovic yang tampil mantap pada perlawanan tersebut
Dan tidak semedang itu juga, Wilshere yang di tinggalkan di London akibat kecederaan segera meng'update' status twitternya dengan:
Champions league football for another year....yes please!
Kedudukan 1-2 bertahan sehingga wisel penamat.
Selepas tamat perlawanan, Wenger mengulas panjang lebar ketika ditemubual ITV1:
"There are many questions around our club, if we had gone out tonight it would have been much worse. It was important not financially, like many people have said, but more for the fact we want to play at the top level."
Speculation has surrounded Arsenal's ability and intent to compete in the transfer market ahead of next Wednesday's deadline, but Wenger said: "We work very hard, I have said that many times, but we have many players out as well so I think we can be very positive as well.
"There may be signings but I cannot give you any names tonight. I cannot lie and say we sign somebody tomorrow."
VIDEO: All goals, Udinese 1-2 Arsenal, Leg 2, Champions League 2011/12
MAN OF THE MATCH: Gervinho (Arsenal): Szczesny sesatunya pencabar terhampir buat Gervinho apabila aksi menyelematkan sepakan penalti menjadi titik tolak kepada kebangkitan emosi dan semangat pemain Arsenal. Pemilihan Gervinho sebagai MOTM bukan semata-mata sumbangan alam gol pembukaan. Tapi juga peranan yang dimainkan dalam memberikan Arsenal satu dimensi corak serangan yang bervariasi.
Aksi awal permainan terus cepat panas dalam tempo permainan yang pantas, buktinya di awal seminit permainan bermula satu kad kuning sudah dikeluarkan pengadil perlawana, Kevin Blom terhadap pemain Udinese, Joel Ekstrand.
Gol pantas terus dijelmakan Arsenal sekaligus mengembirakan sekalian penonton yang hadir di Emirates, bermula dari satu serangan balas yang cukup menarik yang dibangunkan pemain-pemain Arsenal, yang diakhiri dengan sentuhan Theo Walcott di depan gawang Udinese selepas memanfaatkan umpan kemas dari Aaron Ramsey, 1-0 untuk Arsenal di minit ke-4.
Raikan gol nan sebijik: Sagna, Ramsey, Walcott & Gervinho saling berpelukan selepas Walcott membuka tirai gol
Mengembalikan kepercayaan diri The Gunners tanpa bayangan Cesc Fabregas yang selama 6 tahun kebelakangan ini banyak membuat pengaruh besar terhadap permainan Arsenal bukannya mudah! namun kerja sama Song, Ramsey & Rosicky di bahagian tengah tampak masih tetap terjalin kemas.
Permainan Arsenal terus berkembang, tekanan yang diberikan terhadap pasukan pelawat terus meningkat, namun Arsenal dilihat perlu banyak-banyak bersabar untuk menambah gol, jelas ketiadaan kapten baru, Robin van Persie yang sedang menjalani tempoh pergantungan satu perlawanan dirasai bila mana serangan Arsenal kelihatan pudar dan tumpul. Chamakh jelas seperti penumpang di tengah padang - tidak mampu mengalas tanggungjawab yang ditinggalkan van Persie (adakah akibat faktor puasa!).
Jadi persoalan mungkin mula berlegar - Mungkinkah van Persie mampu terus fit sepanjang musim ini jika berdasarkan rekod perubatannya yang banyak MC? Siapa lagi yang boleh mengambil alih peranan mencari gol buat Arsenal dengan Bendter sudah tidak punya jati minat bermain dengan Arsenal, Vela dilepaskan secara pinjaman ke Real Socided...Tinggal anak muda Joel Campbell yang belum pasti kemampuannya di peringat tertinggi seperti ini.
Pongeh!: Benteng Udinese gigih menghalang cubaan dari Chamakh
Nasib serupa juga dengan Udinese, pemergian Alexis Sanchez ke Barcelona, kelab yang sama dengan Cesc, tidak membuat Udinese mati kutu.
Meskipun ketinggalan satu gol, Udinese yang layak ke peringat play-off Champion League atas tiket menduduki posisi keempat di Serie A terus cuba memberikan kualiti terbaik yang mereka ada.
Hampir saja dari satu tendangan bebas dari Antonio Di Natale dari jarak 30 meter membuat pemain Arsenal tergamam kaku, nyata tiang gol menjadi penyelamat membuat Wojciech Szczesny menarik nafas lega.
Babak pertama, permainan dilihat terbuka dengan kedua pasukan cuba untuk memenangi perlawanan pertama ini dengan silih berganti melancarkan serangan - Arsenal menggunakan formasi 4-1-2-3 manakala Udinese dengan 4-1-4-1.
Udinese sekali lagi menerusi gerakan solo dari Pablo Armero dari tengah padang menggunakan kemampuan gelecek dan kelincahannya memecah benteng Arsenal, namun sayang! produk akhir Armero kurang sempurna, bola mudah dipatahkan Szczesny.
Arsenal terus kebal mempertahankan kedudukan 1-0 sehingga minit ke-30. Tapi Di Natale hadir lagi menguji Szczesny dengan cubaan kaki kirinya, tapi cubaannya sedikit melencong di sebelah kiri gawang Arsenal.
Perlawanan terus berlangsung kompetatif! Arsenal keluar lega ke bilik rehat selepas selesai mengharungi 45 minit babak pertama dengan kedudukan 1-0.
Awal babak kedua, Arsenal segera menggantikan Kieran Gibbs dan digantikan Djohan Djorou akibat cedera. - Mudah benar si Gibbs ini mengalami kecederaan! Adoiyai, Ini baru awal musim! cemana nak harungi musim yang masih panjang ini.
Keputusan memasukkan Djorou amat tepat, lima minit kemudian, Djorou muncul sebagai penyelamat menutup peluang besar Udinese melalui tendangan Di Natale.
Namun sayang, kelibat Djorou tidak bertahan lama! tak sampai 10 minit panaskan padang, Djorou pula segera dikeluarkan dilaporkan mengalami masalah hamstring dan digantikankan Carl Jenkinson yang merupakan penampilan pertamanya di perlawanan kompetatif - Tahniah Jenkinson.
Perlawanan berterusan menarik dipertonton kedua pasukan yang silih menyerang balas -
Kali ini muncul pula Szczesny menampilkan aksi melayakkan beliau pilihan tepat sebagai "Keeper No.1 Arsenal" apabila menghalang peluang Udinese mencuri 'gol away' dari tendangan deras Mauricio Isla yang melewati kekangan Jenkinson.
Kembali sekali lagi Antonio Di Natale terus memainkan watak duri dalam kurma yang cuba untuk mencatatkan nama selaku penjaring gol di Emirates, mencuba nasib dari tendangan bebas cantiknya yang hampir membuahkan gol penyamaan, namun semalam 'hari unggul' buat Szczesny yang berjaya menepis keluar tendangan deras Di Natale.
Di baki akhir 10 minit babak kedua, Udinese terus memberikan tekanannya pada Arsenal, peluang berikutnya tiba melalui cubaan deras Giampiero Pinzi tapi meliar di sebelah kiri gawang Szczesny.
Hampir-hampir saja satu kesalahfahaman berlaku, pengadil perlawanan Kevin Bloom yang sepatutnya menunjukkan isyarat untuk tendangan gawang untuk Udinese, tapi 'masuk air' apabila memberikan isyarat tendangan penalti.
Di minit-minit akhir perlawanan satu gerak kerjasama antara Gervinho dan Theo Walcott hampir-hampir saja mampu membuahkan hasil gol tambahan dengan pencinta Arsenal di Emirates sudah bersedia untuk bersorak, penamat lemah dari Walcott mengecewakan! , Samir Handanovic kekal fokus dan berhasil mengagakkan cubaan tersebut. - Kedudukan tamat Arsenal menang tipis 1-0 atas Udinese.
Arsenal 1 : 2 Aston Villa Robin van Persie ('89) : Darren Bent ('11) & ('15) Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Michael Oliver
Match Report | Arsenal 1 - 2 Aston Villa; English Premier League
Itu dia! Bungkus lagi dan lagi...lagi....Apa kesudahannya babak seram ini! Aku dah nak nazak mikir apa report yang nak muncul dari papan kekunci aku ini, dah naik kebas jari-jemari aku! Apa yang nak aku karang atau aku taipkan! Hati aku bengkek! Bengang siot! Mula-mula tu dia hidangkan berita gembira bila melihatnya orang besi Thomas Vermaelen sudah kembali dalam kesebelasan utama selepas hampir lapan bulan berehat!
Rupanya! Ia hanyalah sekadar penyedap rasa saja. Bermula saja sepak mula, episod hitam bermula! Dua gol Bent dalam 15 minit, buat aku tergamam! Sekaligus kemenangan 1-2 buat Aston Villa di Stadium Emirates hari ini bererti Manchester City mempunyai kesempatan emas untuk 'tapaw' Arsenal di tangga ketiga liga apabila akan bertemu Stoke City selepas ini.
Memang gila semuanya! bermula dengan bergaya di musim ini, berada dalam EMPAT saingan kejuaraan yang melibatkan Piala Carling, Piala FA, Piala EPL dan Champion League! Kemudian segala-galanya hilang dengan sedetik masa saja!
Kini yang terbaru The Gunners bakal kehilangan tiket ke Champions League secara automatik, sekiranya gagal menempatkan diri di tangga ketiga EPL musim ini. Kedudukan kini memang terancam sangat-sangat oit! Peluang besar buat anak buah Roberto Mancini yang sedang diulit kegembiraan selepas berjaya menang kejuaraan utama, Piala FA selepas menanti hampir 35 tahun dan seandainya menang ke atas Stoke City sekali lagi di saingan EPL selasa ini.
Tempat ketiga EPL akan beralih tangan? Arghhh.....aku tension siot!
Stoke City 3 : 1 Arsenal Kenwyne Jones ('28), Jermaine Pennant ('40), Jonathan Walters ('82) : Robin van Persie ('81) Vanue: Britannia Stadium, England Referee: Mark Halsey
Match Report | Stoke City 3 - 1 Arsenal; English Premier League
Baru nak berputik mekar harapan aku! Tapi....Kesudahannya! Aduyai, Citer banyak pun tak guna, Ingatkan mampu lambung Stoke pastu tapaw pulang 3 point!
Hadir ke Stadium Britannia dengan membawa sisa harapan kejuaraan yang menipis sekadar 5% - itu kata Wenger!, tapi tetap aku menaruh harapan!, Aku ingatkan The Gunners musti nak mengamuklah sakan selepas terkasima bedal Manchester United tempohari, Akhirnya tergolek 'dilambung' dengan kekalahan 3-1 kepada Stoke. Jelas perlawanan tersebut berpunca dari kegagalan di benteng pertahanan The Gunners yang membawa padah yang tak sudah-sudah. Aku frust.....tapi masih ada sayang!
Dengan keputusan tersebut maka The Gunners akan tetap 'tepu' di tempat ketiga, ketinggalan enam mata kepada Manchester United dan tiga mata kepada Chelsea.
Sementara United dan Chelsea akan bertembung sesama sendiri, setakat separuh masa waktu aku buat posting ini, Manchester United sudah pun mendahului 2-0 ke atas Chelsea. andai keputusan ini kekal, toksah pikir banyak, FA silakan bagi terus Piala Liga Perdana tersebut kepada Manchester United.
Jaringan dari Kenwyne Jones, Jermaine Pennant dan Jonathan Walters seterusnya menjulang Stoke empat tempat ke tangga kelapan. Sementara jaringan tunggal Robin van Persie terus meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak The Gunners musim ini.
Perlawanan sebelum itu, Wolverhampton Wanderers mengalahkan West Bromwich Albion 3-1, sekaligus membawa keluar dari kedudukan relegation dengan dua perlawanan berbaki.
Dibawah ini, dikongsikan highlights perlawanan. Enjoy! boleh ke enjoy!
Arsenal 0 : 0 Sunderland - : - Vanue: Emirates Stadium, England Referee: Anthony Taylor
Match Report | Arsenal 0 - 0 Sunderland; English Premier League
Punyalah berkoyan peluang, haram jadah satu pun tak singgah dalam jaring gol! adoi...Adakah Arsenal tak boleh skor kalau takde van Persie. Sampai bila nak jadi camni?
Line Up diturunkan Wenger
Semalam! Arsenal mempunyai banyak peluang untuk mencetak gol, terutama sekali di sekitar 20 minit terakhir, Bolehkah ini dikatakan takde nasib! anda tentukanlah sendiri! Tapi kerap sangat berlakunya pun! seperti kebiasaannya, asal datang Emirates jer, keeper pasukan pelawat time-time itulah jugaknya nak perform melampau-lampau. Begitulah yang terjadi pada Simon Mignolet. Referee pun satu sebab, penentu segala keputusan di atas padang. Kita tak punya pemain ke-12 diatas padang seperti mana Man United punya Howerd Webb dan Chelsea punya Martin Atkinson.
Nicklas Bendtner yang sebelum ini diangkat sebagai sang pewira selepas hatriknya menentang Leyton Orient, gagal untuk melaksanakan tugas, peluang dalam masa sebelum tamat permainan, satu lambungan dari Rosicky (kalau tak silap), tandukan Bendtner di depan pintu tidak cukup mengancam dan padu, mudah buat Mignolet.
Black Cats juga boleh dikatakan bernasib baik, gol dari Andrei Arshavin yang dicipta di minit-87 tidak dikira kerana dikatakan offside. Walaupun dari ulang-tayang, tidak nampak cacat celanya berlaku offside itu! Tapi referee membuat keputusan.
Sunderland juga punyai peluang terhidang yang mampu menghukum The Gunner pada minit ke-84, namun seperti mahu melakukan ala-Obafemi Martin melakar nama selepas dimasukkan, sepakan pemain gantian, Danny Welbeck berjaya ditampan cemerlang Wojciech Szczesny untuk mengelakkan tragedi menconteng arang berlaku di Emirates. Kemudian hasil dari sepakan sudut, Szczesny sekali lagi bertindak pantas menghalang.
Pada minit ke-80, Nasri membuat passing yang hampir sempurna untuk Arshavin yang pantas membawa bola masuk ke dalam kotak penalti, namun dalam masa detik menjanakan sepakan beliau telah ditolak dari belakang oleh Titus Bramble yang menyebabkan keseimbangannya tidak terkawal lalu sepakannya mencondong jauh dari gol, tapi jelas pengadil 'buta hati' membiarkan ketidakadilan berlaku di situ, tidak ada sepakan penalti atau isyarat berlaku kekasaran di situ. Nasib kita semalam kita diberikan jenis 'Masuk air' punya referee dan pembantunya skali!
Di minit ke-62, Marouance Chamakh yang masuk menggantikan Diaby, cepat membuat kehadirannya di padang terasa. Dari satu hantaran silang tepat pada Arshavin, tapi tolakan Arshavin sekadar tepat kedakapan Mignolet! Selepas itu beliau pula punyai kesempatan, namun tandukannya di minit-75 mengenai palang atas gol walaupun Mignolet sudah tertewas hasil umpanan dari sayap kiri oleh Jack Wilshere. Sangat menarik untuk aku menyaksikan performance yang ditonjolkan Wilshere, sikap dan attitude beliau untuk mendapat kemenangan sangat tinggi.
Nasri jelas menjalankan peranan selaku enjin The Gunners untuk menutup segala kepincangan selepas ketiadaan Cesc Farbregas dan Robin van Persie. Nyata beliau sudah melakukan segalanya, kombinasi gelecek, gentelan dan larian pantas memecah kubu lawan dipertonjolkan pada minit ke-35, aksinya yang menyelinap masuk dengan mengelecek lawan di depannya sehingga ke sudut garisan gawang sebelum melepas sepakan, sangat menarik!
Tapi apalah ertinya semua itu dengan kesempatan demi kesempatan, peluang demi peluang, harapan demi harapan, tapi gol gagal dicernakan. Kemenangan gagal dizahirkan! Kita sekali lagi gagal untuk mehimpit pendahulu liga, Manchester United. Kita memang perlukan Liverpool menyekat Manchester United malam ini, tapi sebenarnya kita sendiri lebih sepatutnya menjalankan 'kerja sendiri' untuk tidak mensia-siakan saki baki 30 mata di 10 perlawanan EPL selepas ini.
Dalam nada yang lebih positif dari Wenger ketika ditemubual BBC Sport, beliau dipetik berkata:
''We have played 11 games, with eight wins and three draws, so we are quite consistent with our results,''
''Today's result comes at a bad moment. Will it psychologically have such a big impact on the championship? I don't think so.''
The Gunners kini dijarakkan tiga mata di belakang Manchester United, yang akan berkunjung ke Anfield menentang Liverpool hari ini, jika menang, anak buah Ferguson akan terus berjaya melebarkan kedudukan ke 6 mata. Inikah yang kita mahukan....Arghhh!
Pastinya! semua mamak dan sekutu akan berpakat menyiarkan perlawanan team kegemaran mereka, si setan merah! Jadi marilah kita memeriahkan mamak stall beramai-ramai, menyaksikan game Man United dan Liverpool malam ini, dan memberikan sokongan geli-geli buat si 'bangau' demi menyedapkan hati kita buat kesenangan kita juga di game akan datang nanti.