Showing posts with label Liverpool. Show all posts
Showing posts with label Liverpool. Show all posts

Monday, September 3, 2012

Match Report | Liverpool 0 - 2 Arsenal


Match Report
English Premier League, 02 Sept 2012
0 - 2
Lukas Podolski (31), Santi Cazorla (68)


Liverpool
Arsenal
J Reina, D Agger, J Enrique, M Skrtel yellow card, G Johnson, R Sterling, S Gerrard, N Sahin (J Shelvey yellow card, 67), J Allen, L Suarez, F Borini (S Downing, 54) V Mannone, T Vermaelen (L Koscielny, 89), P Mertesacker yellow card, K Gibbs, C Jenkinson, S Cazorla, A Diaby, A Oxlade-Chamberlain (A Ramsey, 73), M Arteta yellow card, L Podolski (A Santos, 82), O Giroud
Subs not used: J Carragher, S Coates, J Henderson, M Kelly, B Jones Subs not used: D Martinez, Gervinho, F Coquelin, T Walcott
Referee: Howard Webb
Kehadiran: 44,932
Stadium: Anfield
 
Yeahhhhh.....
Berkat kemenangan di match ke-3 Premier League, kini Arsenal melonjak ke tangga ke-8. Sementara Liverpool terperosok ke tangga-18 dengan mengumpul satu point setakat ini.
 

Friday, August 31, 2012

Preview Match | Liverpool vs Arsenal, 02 Sept 2012

Preview Match
English Premier League, 02 September 2012

                            Liverpool     vs      Arsenal

Rekod Perlawanan Terakhir         Last Head-To-Heads @ Anfield       Rekod Perlawanan Terakhir
W  W  L  W  D  D

  • Liverpool 1 - 2 Arsenal
  • Liverpool 1 - 1 Arsenal
  • Liverpool 1 - 2 Arsenal
  • Liverpool 4 - 4 Arsenal
 D  D  D  W  D  D



Statistik perlawanan: Arsenal kini dalam mood syok seri, apabila dilihat mencatatkan 5 keputusan seri dalam 6 perlawanan liga terakhir.



Arsenal kelihatan "berkarat" dalam dua perlawanan pembukaan liga EPL kali ini, gagal menemui sentuhan gol - Dengan Liverpool menjadi lawan seterusnya, dijangka ini akan menjadikan ujian jauh lebih berat buat anak buat Wenger berbanding perlawanan sebelum ini (Sunderland atau Stoke). The Reds tampak positif dengan pengenalan taktik tiki-taka tic-tac ala Barca mereka selepas seri 2-2 dengan Manchester City dan pasti bakal menuntut kemenangan liga pertama mereka sementara kita terus membina semula pasukan sejak 7 tahun lalu selepas kehilangan Robin van Persie dan Alex Song.


Jangkaan keputusan perlawanan: Liverpool mungkin mampu memberikan kita 'pengajaran'. Namun aku masih mengharapkan agakkan aku ini silap!


REFEREE: Howard Webb

Monday, August 16, 2010

Match Report | Reina Signing Baru Arsenal

Liverpool 1 : 1 Arsenal
David Ngog ('46) : Pepe Reina (og'90+1)
Vanue: Anfield Stadium
Referee: Martin Atkinson



SERI yang biasanya sinonim dengan sesuatu yang bercahaya, bersinar, keindahan sehingga mampu dizahirkan ke pantun:

Marouane Chamakh jambul tercacak,
Disergahnya si Reina, dapat gol seri 1 sama;
Hati di dalam rasa nak kocak,
Rasa nak balik ke janda lama.

Tapi perlawanan yang ditonjolkan barisan Arsenal, tiada yang bersinar, yang indah dengan barisan yang tidak cukup sifat kerana masalah-masalah kecederaan dan kesihatan yang sering membelenggu kem Arsenal, sehingga gagal untuk mendapatkan 'first eleven' yang lengkap.

Baru 9 minit sepak mula, Wenger sudah kelihatan gusar, apakah dia sudah dapat membaca kesukaran yang bakal dihadapi anak buahnya? Tapi ngape tak lakukan sesuatu? Apasal sayang sangat duit tabung tu? Aduyaiii...

Berikut adalah skuad yang diturunkan Wenger yang hampir 90% sama klik sini dengan apa yang aku bayangkan...huhu


Anak buah wenger sepatutnya harus mengucapkan sekalung terima kasih pada Papa Reina kerana sudi menghasilkan gol ihsan selepas tertampan bola ke gawang sendiri, Ini mungkin disebabkan ingin menarik perhatian Wenger yang sebelum ini bertiup rumours dikhabarkan menaruh perasaan terhadap Papa Reina ini untuk dibawa ke Emirates, Jadi dengan tindak balas dari Reina ini, adalah Wenger akan membuka mata? huhu

Tampanan bola ke gawang sendiri dari Reina pada minit ke-90, membantu Arsenal untuk mengikat kedudukan 1-1 di Anfield, berkongsi 1 mata adalah keputusan yang cukup bernasib baik buat Arsenal berbanding berputih mata.

Sedutan video jaringan gol Arsenal hasil usaha Papa Reina...Terima kasih Papa :-



Berikut adalah statistik perlawanan semalam:-

Statsistik: (Liverpool – Arsenal)
Penguasaan bola: 42% – 58%
Sepakan Tepat ke arah gol: 4 – 6
Sepakan Tersasar: 2 – 6
Sepakan Sudut: 8 – 10
Kesalahan: 11 – 10

Arsenal sering menguasai perlawanan seperti apa yang berlaku musim lepas, tapi ia tidak mampu dijelmakan dengan kemenangan, Walaupun dengan kelebihan beraksi seorang pemain selepas 'Messi Leverpool', kata Gerrard; dihadiahkan kad merah oleh pengadil perlawanan Martin Atkinson pada minit-minit akhir masa penamat babak pertama selepas melakukan asakan keras terhadap Laurent Koscielny, Penampilan pertama Joe Cole bersama Liverpool pasti tidak akan diingatinya!

Adakah tindakan pengadil, Martin Atkinson menghadiahkan kad Merah kepada Joe Cole patut?

Koscielny ketika diusung akibat terjahan keras Joe Cole, fuh! lega oiii...nasib baik budak kaki Koscielny ni bukan jenis rapuh macam budak Arsenal yang lain

Berikut rekod Martin Atkinson ketika mengendalikan perlawanan samada Arsenal dan Liverpool:-

* Musim lalu, dia adalah pengadil yang menghadiahkan kad merah kepada Thomas Vermaelen, ketika Arsenal menang 2-0 menentang West Ham.
* Atkinson juga bertugas ketika Arsenal menang 1-0 di Fulham, tewas Piala FA di Stoke City, dan tewas 2-1 di Blackburn pada bulan Mei.
* Liverpool pula menang hanya satu perlawanan dengan Atkinson musim lepas, tewas dua dan seri tiga.

Namun Arsenal tidak menggunakan segenap peluang 45 minit menentang 10 pemain Liverpool selepas itu, malah Arsenal pula yang tersentak dengan jaringan pantas yang berkualiti dari David Ngog selepas babak ke dua baru sahaja bermula. Pada pandangan aku, jaringan itu sepatutnya mampu digagalkan sekiranya Arsenal memiliki seorang keeper yang berkualiti dan 'Top Class', Tapi kita harus akur kesalahan 100% tidak boleh diletakkan kepadanya, itulah tahap yang ada pada Manuel Almunia, semenangnya telah diketahui oleh Pencinta Arsenal yang Almunia tidak menepati tahap yang sepatutnya untuk mengengam peranan selaku keeper No.1 di Arsenal selepas aksi tidak konsisten musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya, dia tidak cukup bagus untuk Arsenal sebenarnya.

Wenger sebenarnya yang bertanggungjawab diatas faktor ini, selepas petikannya ketika ditemubual sebelum berangkat ke Liverpool:-

"whoever was in goal today would be our “No.1” keeper."

Nampaknya Pencinta Arsenal akan terus dihidangkan dengan aksi dari Almunia sepanjang musim ini kerana dia keeper No.1 Arsenal ketika ini, melainkan ada muka baru yang akan dibawa masuk Wenger sebelum jendela perpindahan pemain tamat.

Percaturan Wenger meletakkan Jack Wilshere sebagai kesebelasan utama, tidak menampakkan ia pertaruhan yang diharap-harapkan kerana Wilshere dilihat gagal untuk menampilkan aksi yang diharapkan seperti mana yang ditampilkan ketika kempen Piala Emirates. Tapi, ia baik untuk Wilshere bagi proses kematangannya..Pergh! aku cam Wenger siot! huhuh! Namun kemasukan Rosicky menggantkan Wilshere mula merubah corak serangan Arsenal yang kelihatan bernyawa, Rosicky nyaris menemui sentuhan gol tetapi tidak bernasib baik apabila cubaan beliau berjaya digagalkan Papa Reina. Secara keseluruhan Arsenal jelas merindui sentuhan emas ketua pasukan, Cesc Fabregas yang dikhabarkan belum cukup cergas untuk diturunkan, sementara Robin van Persie yang dilaporkan tidak cukup cergas juga turut diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75, tapi ia belum cukup melakukan impak dalam perlawanan semalam kerana tempoh masa yang terhad. Ironinya, rakan senegara Persie di Liverpool, Kuyt boleh pula menempoh aksi 90 minit!

Selang beberapa minit selepas Roy Hodgson memasukkan Juara Piala Dunianya, Torres, Wenger bingkas tidak mengalahkan membawa masuk Naib Juara Piala Dunianya pula, Robin van Persie....Yeah!!! Terjah!


Arshavin, bintang yang ku harap akan buat 'magic' nampaknya tidak menjadi, Ia sekadar menjadi 'dukun hujan'...Come on! Cebin, please kambek bro!!!


Koscielny yang menunjukkan penampilan pertama dengan Arsenal juga menerima nasib yang sama seperti Joe Cole apabila dilayangkan kad merah selepas menerima 2 kad kuning, walaupun telah menghidangkan aksi yang cukup baik berganding bersama Vermalen, dan akan terlepas perlawanan seterusnya. Jadi siapakah pilihan wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Koscielny untuk perlawanan di Emirates nanti? Lawan yang akan ditentang adalah merupakan adik tiri Liverpool iaitu Bladifool Blackpool yang baru saja dinaikkan taraf dan telah menampilkan aksi memukau ketika membenam Wigan 4-0. Awas! salah percaturan kita bakal berputih mata....amakkk!!!!

Full Highlights. Enjoy!

Sunday, August 15, 2010

Match Preview | Arsenalfield


"Disana berdebar Disini pun berdebar" - Perlawanan pembuka tirai Liga Perdana bagi Arsenal akan bermula hari ini, Kali ini kita akan berangkat ke Anfield menentang musuh tadisi yang 'berwajah baru' telah mengalami banyak perubahan dari segi pengendalinya sehingga ke pemain-pemain yang dibawa masuk walaupun terus mengekalkan tunjung mereka seperti Gerrard, Torres, Carragher dan Reina. Apakah Revolusi dari Roy Hodgson akan memberikan ancaman kepada Arsenal dan mampu bangkit tergolong sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana selepas mempamer aksi buruk musim lepas?

Walaupun sejak kebelakangan ini, Arsenal mempunyai rekod yang baik dalam pertembungan dengan Liverpool ini, Tapi kita harus akur dengan sepak mula setiap pasukan akan bermula dengan mata 'kosong', jadi rekod baik terdahulu tidak menjaminkan anak buah Arsene Wenger ini memperolehi tiga mata. Rekod persembahan pra-musim yang agak baik ditempuh Arsenal sehingga agak sedikit sumbang dipamer di bahagian pertahanan Arsenal pada perlawanan terakhir pra-musim ketika bertemu Legia Warsaw, sedikit mengusarkan 'kipas tak mati-mati' Arsenal.

Seperti yang sedia maklum, Arsenal pastinya akan bergantung harap pada gandingan Koscielny dan Vermaelen sambil dibantu Sagna dan Clichy untuk mengekang asakan yang bakal dijelmakan Gerrard, Cole, Kuyt dan Torres berkemungkinan diturunkan masih tidak dapat dipastikan. Tapi samada Torres turun atau tidak itu bukan faktornya, yang penting Arsenal harus bersedia dalam apa situasi pun.

Manakala di tengah dan ke atas, kita boleh dikatakan memiliki barisan yang cukup mantap untuk mengerunkan pihak lawan, walaupun situasi samada Fabregas dan RvP yang dikatakan masih belum cukup 'fit' untuk diturunkan selepas bercuti panjang sempena Piala Dunia. Namun muka baru Chamakh yang baru dibawa masuk sudah pasti akan diturunkan, pastinya akan mendapat perhatian terutamanya pada 'kipas tak mati-mati' Arsenal. Arshavin yang mempunyai rekod yang baik dalam kunjungan di Anfield dalam Liga Perdana musim lepas apabila mencetak lima gol dari enam cubaan ke sasaran sudah tentu merupakan calon sesuai yang akan mengapit Chamakh dan Walcott dijangka bakal mencuri slot apabila menonjolkan aksi baik ketika perlawanan persahabatan menentang Hungary ketika menyarung jersi England. Tapi anak muda ini, aku agak gusar sikit pasal permainannya kurang konsisten adakala mantap mencacak-cacak kekadang tu lari cam tak cukup tanah tapi hampeh! harap esok adalah hari terbaiknya. huhuh

Pemain terbaik untuk pra-musim ini, Samir Nasri tidak syak lagi pasti akan mengemudi kawasan tengah Arsenal untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Fabregas. Alex Song sudah pastinya tidak akan berangkat ke Anfield akibat masalah kecederaan betis, Jadi aku lebih mengharapkan Diaby akan diturunkan berbanding Denilson yang baru menghadapi ujian kecergasan. Sementara Jack Wilshere yang berjaya membuat debutnya untuk England pada hari Rabu lepas, tetapi terbatas untuk bermain, kerana dikatakan mengalami masalah sakit perut. Nah, itu baru satu ... Pemain Arsenal ini tidak akan pernah berhenti untuk memuat kecederaan aneh-anrh...macam-macam daa! Tapi Wilshere dilaporkan cukup cergas untuk diturunkan yang aku jangka akan bersama Samir Nasri dan Arshavin melengkapkan posisi tengah Arsenal.

Diposisi gawang pula kita 'kipas tak mati-mati' Arsenal masih lagi dalam situasi 'keawang-awangan' apabila 'The Professor' terus berteka-teki siapakah yang bakal menyarung jersi no.1 Arsenal musim ini. Dengan rumours perpindahan Mark Schwarzer dan Shay Given ke Arsenal masih tidak menampakkan jalan positif. Aku pilih Almunia berdasarkan pengalaman yang ada walaupun prestasinya kurang konsisten di musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatuntnya bagi seorang penjaga gawang untuk kelab berprestasi tinggi seperti Arsenal, berbanding Lukasz 'Goyang' Fabianski. huhuhu!

Berdasarkan petikan Wenger semasa ditemubual ketika trip ke Anfield:-

"The goalkeepers are great, all ready to play,"

"I just wait for my decision and you will get it soon.

"The guy who plays on Sunday will be No 1. It is never for definite but it will be a consequence of what I have seen in pre-season."

However, the manager has admitted that handing the gloves to Szczesny would be a 'great gamble'.

"He has not played one game in the Premier League,"

"I believe he has huge quality but I believe it would be a great gamble to play him.

"Man United play with a goalkeeper who is 40 years old and Chelsea with a keeper with seven years in the Premier League. You need experience at the back."
Barisan bayangan yang aku jangkakan:-

Predict: Liverpool 1 : 2 Arsenal.........beng...beng!!!

Wednesday, October 28, 2009

Muda-mudi Arsenal, Sila Jalankan Tanggungjawab Anda


TEAM NEWS

Arsene Wenger dijangka pasti sekali lagi akan membariskan beberapa player muda-mudinya untuk Carling Cup.

Penampilan hebat Sanchez Watt, Gilles Sunu, Mark Randall dan Francis Coquelin, yang dipromotkan dalam pusingan ketiga, dijangka akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Liverpool juga mungkin akan turut serta membuat perubahan selepas menempa kemenangan mereka pada Manchester United pada hari Ahad lalu.

Pemain sayap Albert Riera masih tidak berkelayakan untuk bermain kerana kecederaan hamstring.

Sementera, ada berita gembira dari kem Liverpool dijangkakan pemain tengah berbangsa Itali Alberto Aquilani yang dibeli diawal musim dengan nilai harga £20million akan bakal membuat penampilan sulungnya di Emirates.

MATCH PREVIEW


Skuad muda-mudi Arsenal yang memperlihatkan kehebatan dalam pusingan sebelumnya ketika menentang West Brom dan kini akan berpeluang sekali lagi untuk menunjukkan potensi mereka kepada 'The Professor'.

Arsene Wenger yang kerapkali dilihat menggunakan Carling Cup bagi menilai prospek player muda-mudinya dan perlawanan ini mungkin dapat memberi satu petunjuk berapa baik sesetengah daripada mereka untuk mara dan berkembang menjadi player utama Arsenal di masa depan. Please! mintak-mintak janganlah lahir seorang lagi Diaby, lambat benar progressnya.

Liverpool, selepas menumbangakan Manchester United pada hari Ahad lepas, adalah kelab paling berjaya dalam sejarah League Cup dan merekodkan tujuh kejuaraan trofi.

Sejarah lampau jugak tidak menyebelahi Liverpool apabila telah diketuk daripada kejohanan League Cup dimana mereka telah ditunjukkan ‘Jalan keluar’ untuk lima musim berturut-turut, kekalahan ke atas Chelsea (dua kali), Arsenal, Tottenham dan Crystal Palace.

MATCH FACTS
Head-to-head


Liverpool tidak pernah kalah dan liat pula dalam tujuh pertemuan dengan Arsenal samada dalam Premier League mahupun Champions League. Sila lihat rekod pertemuan antara kedua pasukan seperti dibawah:-

2008/2009-----21 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 4 ) Arsenal-----Premier League
2008/2009-----21 Dec-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----08 Apr-----(H) Liverpool ( 4 - 2 ) Arsenal-----Champions League
2007/2008-----05 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Premier League
2007/2008-----02 Apr-----(H) Arsenal ( 1 - 1 ) Liverpool-----Champions League
2007/2008-----28 Oct-----(H) Liverpool ( 1 - 1 ) Arsenal-----Premier League
2006/2007-----31 Mar-----(H) Liverpool ( 4 - 1 ) Arsenal-----Premiership


kemenangan terakhir yang digapai Arsenal pada Liverpool adalah 6-3 di Anfield dalam suku akhir League Cup yang berlangsung pada bulan Januari 2007.

Kem Arsenal


Arsenal, yang menjuarai trofi pada 1987 dan 1993, telah mencapai sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat lapan terakhir dalam enam musim berturut-turut.

The Gunners mempunyai rekod bersih lagi suci 100% di gelanggang sendiri musim ini, dengan memenangi kesemua tujuh perlawanan yang berlangsung di Emirates Stadium. Jadi! Takutilah! huhuhu...

Kem Liverpool

Liverpool dalam musim ini belum memenangi sebarang perlawanan ketika bertandang ke gelanggang lawan sejak kemenangan terakhir di Leeds dalam pusingan sebelumnya.

Liverpool juga belum mampu lagi meraih sebarang gol ditempat lawan sejak di Elland Road.

Predict aku: 2 - 1

Related Posts with Thumbnails