Showing posts with label Friendly Review. Show all posts
Showing posts with label Friendly Review. Show all posts

Wednesday, July 28, 2010

Friendly Review | SC Neusiedl 1919 Pun Tak Terlawan

SC Neusiedl 1919 0 : 4 Arsenal
- : Theo Walcott ('28), Emmanuel-Thomas ('30), Marouane Chamakh (pen'51), Carlos Vela ('65)
Vanue: Sportzentrum Neusiedl, Neusiedl am See


Arsenal meneruskan rentetan kemenangan dalam kempen pra-musim dengan meluncur maju kemenangan 4-0 atas kelab di liga Austria, SC Neusiedl 1919.

Pemain England yang digugurkan namanya saat akhir ke Piala Dunia, Theo Walcott dan Jay Emmanuel-Thomas menjaringkan gol sebelum rehat sebelum pemain gantian Marouane Chamakh dan Carlos Vela menambah gol di babak kedua.

Berikut senarai kesebelasan utama yang diturunkan Arsene Wenger:-

----------- Almunia -----------
----Nordtveit ---- Djourou ---- Koscielny ---- Gibbs ----
----Wilshere ---- Frimpong ---- Nasri ----
---- Walcott ---- Emmanuel-Thomas ---- Arshavin ----

Anak muda, Samir Nasri yang digagalkan haknya dari menyertai Piala Dunia di Afrika Selatan, dilihat sangat dahagakan bola sepak apabila terus menampilkan aksi memikat, yang aku jangkakan beliau akan lebih menyerlah seterusnya memberikan manfaat kepada Arsenal musim ini, beliau berjaya mengeluarkan bola dari menerjah gawang yang dikawal Manual Almunia di minit awal permainan hasil sepakan sudut, sebelum Walcott membuka lembaran gol pada minit ke-28, hasil rembatan kencang separa lutut yang terus mengegar jaring tanpa mampu di halang penjaga gawang lawan, Adolf Kaiser.

Thomas yang sedang berusaha keras untuk menawan hati Arsene Wenger supaya tersenarai dalam skuad utama 25 pemain The Gunners telah menambah jaringan dua minit kemudian selepas menerima hantaran Kieran Gibbs sebelum terkeluar dari garisan.

Dalam perlawanan ini juga, Arsene Wenger telah melakukan tujuh pertukaran termasuk memasukkan Chamakh, Ia juga merupakan hari penuh bermakna buat Chamakh apabila berjaya menzahirkan gol sulung bersama Arsenal pada minit ke-51, dan diharapkan selepas ini akan muncul lagi gol-gol dari penyerang antarabangsa Morocco ini.

Selepas selang 14 minit kemudian, pemilik baru jersi bernombor 11, Carlos Vela telah melakukan lambungan kemas melangkaui jangkauan penjaga gol lawan selepas menerima hantaran pendek dari Nasri yang bersama dengan Jack Wilshere mengendalikan kawasan tengah dengan baik.

SC Neusiedl hampir memusnahkan rekod bersih gawang Arsenal apabila diberikan sepakan penalti selepas handball dari Chamakh, malangnya sepakan kurang kemas di sebelah kiri oleh Juray Skripec berjaya digagalkan Vito Mannone.

Keputusan ini juga meneruskan rekod bersih Arsenal pada kempen pra-musim apabila kekal belum dibolosi, dengan mengumpul jumlah jaringan 11 gol untuk tiga kemenangan, selepas ini anak buah Arsene Wenger akan bergegas pulang dan mengubah perhatian mereka ke Piala Emirates dengan perlawanan yang lebih getir menentang AC Milan dan Celtic.

Walau bagaimanapun, Kekhuatiran dan keresahan mula meyelubungi Wenger apabila menuju sepak mula musim ini apabila anak muda Johan 'berkaki kaca' Djourou kembali mengalami kecederaan di babak pertama dan digantikan Thomas Vermaelen, Untuk rekod Djourou juga telah menghabiskan sebahagian besar duit SOCSO musim lepas akibat kecederaan lutut. Ini meninggalkan Arsene Wenger dengan 2 pilihan untuk bek tengah boleh harap iaitu Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny. Dengan khabaran yang Sol Campbell sedang menjalani pemeriksaan kesihatan ke Newcastle, Menunjukkan yang Arsenal agak pincang di bahagian pertahanan seandainya berlaku lagi beberapa kedcederaan yang tidak diingini terutamanya ke atas Thomas Vermaelen. Keadaan ini perlu diselesaikan segera dengan situasi kebanyakan pemain muda Arsenal yang mudah mengalami kecederaan, cenderung aku katakan adalah lebih molek 'The Professor' terus aktif di pasaran perpindahan pemain dan bertindak mebawa masuk segera seorang bek tengah yang cukup kental dan tidak memiliki rekod kaki mudah rapuh kerana Arsenal akan bakal menempuh musim panjang nanti.

Sedikit tatapan highlight perlawanan ketika Arsenal menentang SC Neusiedl 1919 untuk kita bersama:-



Thursday, July 22, 2010

Friendly Review | SK Sturm Graz Tak Melawan

SK Sturm Graz 0 : 3 Arsenal
- : Samir Nasri ('16, '43), Henri Lansbury ('57)
Venue: Arnold Schwarzenegger Stadium


Pemain 'pinggiran' antarabangsa Perancis yang ditidakkan haknya di Piala Dunia, Samir Nasri menyinar apabila mencetak dua gol untuk Arsenal ketika menundukkan Sturm Graz 3-0 di pra musim-ramah-tamah di Austria diawal pagi tadi.

Nasri menemui sasaran dengan melakukan sepakan rendah dari luar kotak penalti pada minit ke-16 untuk meletakkan skuad Arsene Wenger itu memimpin perlawanan sebelum menambah jaringan kedua di minit ke-43 dengan tendangan bebas yang melengkung ke sudut kiri atas jaring yang terus mengamamkan penjaga gol lawan Cavlina tanpa mampu bertindak menidakkan jaringan itu.

Samir Nasir mendahului senarai penjaring Arsenal apabila mengumpul tiga gol dalam kempen pra-musim ketika ini, dimana dia juga menperolehkan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Barnet pada hari Sabtu lepas.

Sementara itu, pemain gantian Henri Lansbury menambah gol ketiga diminit ke-57 seterusnya menutup jumlah jaringan setakat itu dan membungkus pihak lawan yang juga pemegang Piala Austria.

Berita lain, Arsenal mengesahkan pemain antarabangsa Crotia berusia 27 tahun Eduardo selamat diijab kabulkan dan sah menyertai juara Ukraine Shakhtar Donetsk musim depan, Sementara pada perlawanan semalam, beberapa perkembangan yang ditunjukkan dari pemain pemuda 'The Gunners' seperti Emmanuel Frimpong dan Jack Wilshere yang mengawal baik kawasan tengah tengah sangat mengujakan yang menunjukkan Arsenal mempunyai pilihan yang banyak untuk pembukaan tirai Liga Inggeris nanti yang seterusnya bakal memeningkan kepala otak 'The Professor' untuk memilih kesebelasan utamanya nanti.

Nasri jelas pada perlawanan semalam diberikan watak mendorong dalam menyokong pemain baru dibawa masuk Arsenal, Marouane Chamakh, sementara Thomas Vermaelen diberikan peranan besar sebagai kapten untuk pertama kalinya dalam kerjaya di Arsenal.

Ujian seterusnya bagi The Gunners adalah pada Selasa depan, saat Arsenal akan menghadapi pasukan lain dari Austria iaitu SC Neusiedl 1919.

LINE-UP (Halftime subs):
Fabianski (Szczesny), Vermaelen (Koscielny), Nordtveit, Djourou, Traore (Gibbs), Nasri (Eastmond), Walcott, Frimpong (Lansbury), Wilshere, Arshavin (Rosicky). Chamakh (Emmanuel-Thomas)

Sedikit sedutan ihsan dari youtube perlawanan persahabatan Arsenal dengan SK Sturm Graz, Selamat menonton!

Sunday, July 18, 2010

Friendly Review | Langkah Kanan Untuk Pra-Musim

Friendly Review | Barnet 0 : 4 Arsenal
Barnet 0 : 4 Arsenal
- : Andrey Arshavin ('2), Jay Simpson ('16, '45), Samir Nasri ('75)
Venue: Underhill Stadium

Arsenal memukul gendang, menari tak sumbang ketika menang 4-0 di perlawanan pertama mereka dalam kempen pra-musim melawan Barnet petang kelmarin. Jelas dari segenap sudut Arsenal cukup gah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri untuk di saingi oleh' sang lebah' Barnet, kerana sang lebah tak mampu untuk menyengat.

Arsenal jelas pada petang itu adalah pasukan yang kuat sebelum memulakan perlawanan, diseimbangkan dengan beberapa pemain-pemain pasukan muda remaja. JET dan Frimpong tampak sangat berkualiti menguasai di lini tengah. TV5 dan LK6 tampak padat dan ketat bersama dan Jay Simpson memainkan watak pemburu a.k.a pembedil yang berkesan.

Hanya ada 90 saat pada jam ketika Rosický mencari Andrey dengan permainan penuh rapi satu-dua di luar kotak penalti. Andrey kelihatan sudah jelas memperlihatkan keistimewaanya, melakukan sentuhan menarik dengan memperdaya penjaga gol lawan untuk menolak mudah ke gawang untuk tirai gol Arsenal.

Arsenal jelas mengawal kemas tempo perlawanan apabila umpanan Jack Wilshere dalam kotak penalti sebelah kanan sebelum menolak lembut ke Simpson, dari jarak 8 meter, Simpson tidak mensia-siakan peluang terhidang untuk meletakkan Arsenal selesa dengan 2-0.

Sebelum menutup babak pertama, Simpson menerkam mudah untuk gol ke-3 Arsenal selepas menerima hantaran dari Jack Wilshere.

Babak kedua 'The Proffesor' memperlihatkan kembalinya Djourou dan Gibbs yang sudah cergas untuk beraksi selepas lama 'memerap' akibat kecederaan, Marouane Chamakh, penandatanganan baru dari Bordeaux yang mencetak 56 gol ketika di Liga Perancis dengan 230 penampilannya, juga diberikan peluang melakukan debut dengan Arsenal di babak kedua. Dan meskipun ia tidak menemukan sentuhan jaringan, ia jelas tampak bersemangat berjuang, sangat cergas, kuat dan jelas menampakkan komitmen untuk berjaya bersama Arsenal dan ingin pantas menarik perhatian dan kepercayaan 'kipas susah mati' Arsenal seperti apa yang dilakukankan Thomas Vermalen.

Satu kesilapan ngeri dari pertahanan Barnet pada minit ke-75, akibat kehilangan keseimbangan kawalan pantas dimanfaatkan Samir Nasri menutup permainan yang boleh dikatakan mudah untuk Arsenal.

Kesebelasan babak Pertama: Lukasz Fabianski, Havard Nordtveit, Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, Armand Traore, Emmanuel Frimpong, Tomas Rosicky, Jack Wilshere, Andrey Arshavin, Jay Simpson, Jay Emmanuel-Thomas.

Kesebelasan babak Kedua: Vito Mannone (Wojciech Szczesny 68), Ignasi Miquel, Johan Djourou, Kieran Gibbs, Craig Eastmond, Samir Nasri, Conor Henderson, Henri Lansbury, Nacer Barazite, Theo Walcott, Marouane Chamakh.

Sedikit sedutan video perlawanan tersebut. Nikmatilah!

Related Posts with Thumbnails