Showing posts with label Chelsea. Show all posts
Showing posts with label Chelsea. Show all posts

Saturday, October 29, 2011

Pic Of The Day | AR53NAL vs CH3L5EA

LONDON IS RED TONIGHT!!! It's Wonderful Day!!!!!

Tuesday, December 28, 2010

Match Report | The Gunners Tumbangkan The Blues, Drogba Tidak Skor lagi

Arsenal 3 : 1 Chelsea
Alex Song ('44), Cesc Fabregas ('51) & Theo Walcott ('53) : Branislav Ivanovic ('57)
Vanue: Emirates Stadium
Kehadiran: 60,112
Referee: Mark Clattenburg



Match Report | Arsenal 3 vs 1 Chelsea, English Primier League

Arsenal menamatkan igauan hitam 'sukar menang ketika bertembung tim berkelas besar', setelah hampir tiga tahun gagal meraih kemenangan katas skuad julukan the Blues ini! Kemenangan Arsenal pagi ini juga sekaligus menambah burukkan lagi krisis dalaman yang menimpa skuad bimbingan Blues Carlo Ancelotti. Itu aku tak pedulik hal-ehwal dalaman kain skuad tua Chelsea ini. Yang aku tahu! Arsenal Menang!

Kedua-dua belah pihak memulakan aksi dengan masing-masing menyimpan azam untuk meraih mata untuk terus memperkasakan kedudukan pasukan masing-masing dalam liga bagi mengelakkan keciciran mata terlalu jauh dengan pendahulu liga terkini, Manchester United.

Tangkas: Petr Cech melonjak tinggi mengagalkan cubaan Nasri

Chelsea yang hadir bertandang ke Emirates bersama reputasi 'suam-suam kuku' setelah gagal mengecap nikmat kemenangan sejak pertengahan November, sedangkan di kem Arsenal, Cesc Fabregas mula perangat rakan-rakan dibawah bimbingannya dengan lantang bersuara bahawa Arsenal kini sangat berbeza kerana memiliki 'mental hurdle' untuk turun dan memberikan saingan terhadap kejuaraan musim ini dan bersedia melupakan kegagalan ke atas Manchester United dua minggu lalu. Ia diperkuatan lagi dengan kenyataan Arsene Wenger lebih awal turut declare, perlawanan pagi tadi 'wajib menang' dan hasilnya ia disambut oleh anak buahnya dengan memberikan persembahan terbaik dan meraih kemenangan 3-1 ke atas Chelsea.

Walau bagaimanapun, Perlawanan semalam Chelsea yang dilihat mula-mula memberikan ancaman awal melalui Frank Lampard yang kali pertama diturunkan sejak Ogos, Dengan pendekatan untuk menang dengan cara apa sekalipun, Wenger telah melakukan beberapa percaturan awal dengan menurunkan kedua tonggaknya untuk kali pertama musim ini dalam kesebelasan utama, Robin van Persie dan Fabregas, dengan menolak Chamakh di bangku simpanan. Sementara di bahagian pertahanan tengah, Wenger lebih selesa mengunakan gandingan Koscielny dan Djourou, nyata persembahan dari Djourou sangat tidak mengecewakan dengan dipakej bentuk fizikal yang ada, dia adalah pilihan tepat untuk mengimbangi fizikal dari Chelsea.

Pada setengah jam pertama, hasil paduan Robin van Persie, Samir Nasri dan Theo Walcott di barisan depan mula menampakkan 'bunga-bunga' awal dengan mereka mula menekan Terry dan Ivanovic, sehingga Terry dilihat mulai goyah dengan melakukan kekasaran terhadap van Persie. Dilihat pengadil perlawanan, Clattenburg juga tidak mengizinkan kelakuan sebegitu telah memberikan amaran awal kepada Terry, walau bagaimana pun! segala usaha yang dilakukan masih belum mampu menghasilkan produk 'gol'.

Didier Drogba nyaris menambah koleksi golnya dari 13 gol ketika melawan Arsenal, ketika dia yang ditinggalkan sendirian berjaya melepaskan rembatan deras dari 20 meter, namun nasib tidak berapa baik pagi tadi apabila tendangannya meliar.

Selepas itu beberapa usaha dari Nasri dan Walcott yang memungkin jelmaan gol berjaya dihalang oleh Keeper Chelsea Petr Cech. barisan serangan dilihat buntu untuk menembusi kawalan Cech, Tibalah pada minit ke-44, kekebalan Cech akhirnya berjaya dirobohkan sebelum berhenti rehat, tidak ada keajaiban yang mampu dilakukan Cech untuk menghentikan Song bagi mencetak nama selaku penjaring gol pembukaan selepas Song berjaya mencuri kesempatan didalam kotak penalti Chelsea yang sedang caca-marba. Gol Song cukup untuk meletakkan Arsenal keluar menamatkan babak pertama dengan mendahului Chelsea.

Padu: Rembatan rendah Song yang menghasilkan gol pembukaan perlawanan


Selesai babak pertama: Arsenal memimpin perlawanan 1-0 hasil sumbangan Alex Song

Chelsea yang ketinggalan, memulakan babak kedua dengan memasukkan Ramires bagi menggantikan John Mikel Obi, Sementara Wenger masih terus selesa dengan kesebelasan yang ada! Enam minit selepas wisel babak kedua bermula, bermula dari kegagalan cabaran yang mahu dilakukan Essien terhadap Walcott, Walcott bertindak bijak melorongkan bola selepas melihatkan Fabregas yang jelas tidak dikawal, Fabregas yang hanya berhadapan jaring kosong berjaya mencetak gol kedua, selepas Cech yang keluar untuk cuba menghalang kemaraan Walcott.

Selang dua minit kemudian, Walcott kembali memperagakan kelicikan pecutan F1nya, kali ini kapten, Fabregas pula membalas budi dengan melorongkan umpanan sebelum Walcott melepaskan rembatan rendah tanpa mampu dihalang Ivanovic dan digapai Cech. Ia berpunca dari hantaran John Terry yang kurang kemas kepada Florent Malouda berjaya dicuri Walcott yang melebar kepada Fabregas.

Tak tercapai: Ivanovic dan Cech hanya mampu melihat bola sepakan Walcott menerjah jaring gol untuk gol ke-3 Arsenal

Selesa dengan tiga gol, Arsenal seperti biasa masih gagal mematikan cubaan dari 'set-piece'. Kali ini berpunca dari satu sepakan percuma dari Drogba tepat menuju ke Branislav Ivanovic yang menanduk masuk untuk menewaskan Fabianski dan ini sekaligus menaikkan semangat melawan pasukan pelawat. Tapi itulah! Drogba tetap Drogba, "tak dapat melantak nasi sepinggan sorang-sorang share sepinggan pun jadi la", dia tetap menyumbangkan kepada gol ketika menentang Arsenal.

Cubaan antara beberapa cubaan: Nasri cuba memperdayakan Cech, sayangnya gagal

Carlo Ancelotti selepas itu mula membuat beberapa pertukaran untuk menekan benteng Arsenal dengan memasukkan tenaga baru Gael Kakuta dan Bosingwa menggantikan Malouda dan Ferreira. Tapi Koscielny, Djourou, sambil dibantu Clichy dan Sagna kental mempertahankan kedudukan 3-1 sehingga wisel penamat. Kemenangan pagi ini, meletakkan Arsenal berada di kedudukan kedua dengan mata keseluruhan 35 mata bersama 1 perlawanan dalam tangan ketinggalan 2 mata kepada pendahulu liga, Machester United yang berkelebihan 2 perlawanan.

Dua minit masa kecederaan: Jurang Indon nak menang Piala AFF Suzuki 2010 besarlah! begitulah agaknya kata-kata Wenger kepada van Persie, yang mula santai dan tidak lagi fokus kepada perlawanan

Kapten Arsenal, Cesc Fabregas ketika ditemubual Sky Sports selepas perlawanan dipetik berkata:-

"Belief was the difference,"

"The difference between a good team and a great team is very little. We did what a great team does. We were fantastic."

BARISAN KEDUA PASUKAN:
Arsenal (4-3-3): Fabianski 7 - Sagna 6, Koscielny 8, Djourou 6, Clichy 7 - Song 7, Fabregas 9 (Rosicky 86), Wilshere 8 - Nasri 7, Van Persie 8 (Chamakh 76), Walcott 8 (Diaby 74)
Subs (tidak digunakan): Szczesny, Squillaci, Arshavin, Bendtner

Chelsea (4-3-3):
Cech 5 - Ferreira 6 (Bosingwa 61, 6), Ivanovic 6, Terry 5, Cole 6 - Mikel 6 (Ramires 46, 7), Lampard 6, Essien 6 - Kalou 6, Drogba 7, Malouda 6 (Kakuta 55, 6)
Subs (tidak digunakan): Turnbull, Van Aanholt, Bruma, McEachran










Saturday, December 25, 2010

Preview Match | Hentikan Pesta Liar Bung Drog


Preview Match | Arsenal vs Chelsea, English Premier League

Emirates Stadium, London
Isnin, 27 Disember 2010
Astro (Stadium Astro) - Channel: 812/832
Online: 0330-0600 hrs (Selasa - waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg
* Pertemuan terakhir: Chelsea 2 - 0 Arsenal
* Pertemuan kedua pasukan: Arsenal 69 menang, Chelsea 54 menang, 51 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: M-M-M-M-K
* Prestasi terkini Chelsea: M-S-S-K-S
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Fabianski
Sagna - Koscielny - Squillaci - Clichy
Song - Denilson
Nasri - Fabregas - RvP
Chamakh

Subs: Szczesny, Eboue, Djourou, Diaby, Wilshere, Arshavin, Walcott, Rosicky, Bendtner, Vela
Kecederaan: Gibbs (pergelangan kaki), Almunia (pergelangan kaki), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Lukasz Fabiański (pinggul) dan Abou Diaby (pergelangan kaki) kembali ke dalam skuad selepas pulih dari kecederaan masing-masing. Kedua-duanya dijangkakan sudah boleh diturunkan. Diaby masih belum merasai nikmat bermain sejak awal Oktober.

  • Johan Djourou yang mengalami masalah paha juga dijangka akan muncul di bangku simpanan.

  • Kembali semula dua tonggak utama Cesc Fabregas dan Robin van Persie yang sudah fit dan mampu untuk dimulakan dalam kesebelasan utama.

  • Kieran Gibbs akan kekal keluar dengan kecederaan pergelangan kaki sampai awal Januari. Mungkin sampai pertengahan atau akhir Januari untuk Thomas Vermaelen, namun kalau lebih awal siapa tahu kan!.

  • Namun situasi Manuel Almunia masih terus samar, mungkin kita tidak akan melihat kelibat Almunia menyarung jersi Arsenal lagi?

  • Paling tak menariknya, dalam Liga Perdana yang berlangsung di Emirates, Arsenal gagal untuk menang dengan selesa kecuali bertemu Blackpool (6-0) dan Bolton (4-1), Sementara kita dimalukan dengan tewas ditangan West Brom (2-3), Newcastle (0-1) dan Spurs (2-3) dan kemenangan yang diraih dengan penuh azab ketika bertemu Birmingham (2-1), West Ham (1-0) dan Fulham (2-1). Situasi ini perlu kita pulihkan segera!

  • Apa-apa pun yang tetap ada yang membanggakan, Arsenal meraih 10 kemenangan di Liga Perdana setakat ini dan merupakan yang terbanyak berbanding semua pasukan.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Chelsea

  • Arsenal nampak berterusan memiliki nasib yang kurang baik ketika bertemu Chelsea, apabila setiap kali berjumpa, pasukan Chelsea sering pula mendapatkan kembali pemain mereka yang sihat! Chelsea pasti kembali terdorong dengan kembalinya Didier Drogba dan paling penting lagi Frank Lampard. Tapi tak per? untuk menjadi pasukan yang baik kita mesti menempuh juga pasukan yang baik, jangan menang esok dikatakan pasukan lawan tidak lengkap kerana pemain utama ramai yang cedera, itu pasal kita menang...takmo! takmo! huhuh

  • Yuri Zhirkov terus diragui untuk pulih dari kecederaan betis. Jose Bosingwa (hamstring) juga mungkin masih samar-samar untuk diturunkan.

  • Antara yang tersenarai dalam koleksi kecederaan jangka panjang termasuk Alex (lutut) dan Yossi Benayoun (Achilles.)

  • Kali terakhir, Chelsea mencatatkan gagal meraih lima kemenangan berturut-turut di Liga Perdana adalah pada akhir musim 2006/07, bermula tewas kepada Everton dengan 2-3, berterusan tewas 2-3 kepada Wigan, Seri dengan Reading, Fulham dan Aston Villa.

  • Dalam empat perlawanan terakhir ini disemua kejohanan, Chelsea hanya berjaya mengumpul 4 mata sahaja.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Chelsea memenangi pertemuan awal pada bulan Oktober musim ini di Stamford Bridge 2-0, gol-gol disumbangkan Didier Drogba dan Alex.

  • Musim lalu, Arsenal telah tumbang dari kedua-dua perlawanan selain gagal juga untuk mencatatkan sebarang gol! Oit! ngeri nengok statistik ini! Dan kedua pertemuan tersebut kita masih kehilangan khidmat Robin van Persie, kali ini RvP mungkin dijangka memiliki peluang diturunkan.

  • Memang tak menarik langsung kalau nak tengok rekod-rekod lampau kedua pasukan ini, bengkek aku! Sejak musim 2005/06 dalam semua kejohanan kompetitif, semua Chelsea sapu, mereka mencatatkan 10 menang, Arsenal hanya mencatatkan 2 menang dan 2 lagi berkeputusan seri.

  • Didier Drogba sering 'berhantu' ketika bertemu Arsenal apabila telah mencetak 13 gol dalam 11 perlawanan terakhir kompetitif melawan Arsenal. Dia telah mencetak empat gol tahun lalu di dua pertemuan dan mencetak satu gol di Stamford Bridge awal tahun ini.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Pengadil Mark Clattenburg (Tyne & Wear).

  • Clattenburg telah mengendalikan dua perlawanan melibatkan Arsenal musim ini: menang 3-0 ke atas Manchester City dan menang 4-2 ke atas Aston Villa.

  • Untuk Chelsea, Clattenburg juga mengendali dua perlawanan: menang 6-0 ke atas West Bromwich Albion dan menang 4-0 ke atas Blackpool.

  • Semua perlawanan yang dikendalikannya musim ini, Clattenburg telah mengeluarkan 59 kad kuning dan 3 kad merah. Salah satu kad merah untuk Dedryck Boyata pada awal lima minit di Manchester City ketika bertemu Arsenal.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

    Semua perlawanan lain akan berlangsung pada hari Ahad.

  • Fulham vs West Ham United, Craven Cottage, London
  • Blackburn Rovers vs Stoke City, Ewood Park, Blackburn
  • Blackpool vs Liverpool, Bloomfield Road, Blackpool
  • Bolton Wanderers vs West Bromwich Albion; Stadium Reebok, Bolton
  • Everton vs Birmingham City, Goodison Park, Liverpool
  • Manchester United vs Sunderland, Old Trafford, Manchester
  • Newcastle United vs Manchester City; St James 'Park, Newcastle
  • Wolverhampton Wanderers vs Wigan Athletic; Molineux, Wolverhampton
  • Aston Villa vs Tottenham Hotspur, Villa Park, Birmingham
  • Tuesday, October 5, 2010

    Match Report | Menang Kuasai Bola, Tewas Skor Gol! Arsenal Berputih Mata & Gigi Lagi!

    Chelsea 2 : 0 Arsenal
    Didier Drogba ('39), Alex ('85) : -
    Vanue: Stamford Bridge, England
    Referee: Mike Dean



    Match Report | Chelsea vs Arsenal, English Premier League Pusingan ke-7

    Tidak tahu apa lagi yang ingin aku kelentong laporkan lagi tentang kekalahan kedua Arsenal di Liga Perdana Inggeris ini, Sudah semestinya semua PenCinta Arsenal sudah tahu kekalahan perit yang menimpa kita di Stamford Bridge. Tampil cukup baik! baik bagaimana? baik dari segi melawan...itu saja yang dapat aku katakan! Memiliki peratus penguasaan bola yang lebih baik dari tuan rumah, The Gunners tetap dibawah penaklukan The Blues. Dan pasukan yang dikenali dengan kit berwarna biru ini terus gah mencipta rekod cemerlang ketika bertemu Arsenal ditambah rekod jaringan 'berhantu' dari Didier Drogba yang sangat gemar mengegarkan jaring gol Arsenal sejak 2-3 musim terkini. Arsenal tewas dek dua gol lewat (tidak kira lah lewat ke, awal ker?, yang pasti kita tewas lagi) yang sekali lagi juga dicetak satu dari Didier Drogba pada minit ke-39 dan Alex pada menit ke-85.

    Kalah kali ke-2 selepas tewas mengejut ke atas West Brom! Arsenal setidaknya masih beruntung mampu berada dalam lingkungan 4 pasukan di tangga teratas liga dengan mengumpul 11 mata. - Ayat sedapkan hati, walaupun tidak sesedap mana pun!

    Arsenal membuktikan mereka boleh mencabar kejuaraan (adakah! mampu mencabar saja setiap musim, tapi tidak mampu kecapi kejuaraan itu? Arghh! tension aku!), bahkan dengan senarai panjang kecederaan menimpa pemain pasukan utama , namun kita masih mampu mengunakan segalanya yang kita ada-seadanya. bagi aku sebenarnya keputusan seri sepatutnya menjadi keputusan yang teradil di Stamford Bridge (walau bagaimanapun ia tidak bermakna aku tak harap Arsenal memenangi perlawanan dengan Chelsea ini), tapi seperti yang kita tahu untuk menang di Chelsea, anak buah Wenger perlu mengambil segenap peluang yang terhidang, membazir peluang yang diperolehi anda pasti akan pulang hampa kecewa dari Stamford Bridge. - Nah! itu yang kita dapat!

    Wenger dipetik mengulas mengenai kekalahan di Stamford Bridge:

    'The game should have been over before we started,'

    'We missed too many chances. You have to be more clinical at this level. You have to be more clinical to win championships. You cannot win championships like that. We dominated this game. Quite surprisingly, in my opinion. Surprisingly easy but we go away with zero points.'

    Aku simpul semuanya dri ruang pemerhatian peribadi aku, Arsenal mungkin layak diberikan kredit lebih baik dengan persembahan, tetapi ia tidak memberikan apa-apa makna sekalipun jika kita kehilangan kesempatan untuk memenangi perlawanan. Lukasz Fabianski tampil hebat di gawangnya (tapi tidaklah benar-benar hebat, bagi aku! ) dan tidak sama sekali untuk aku menyalahkan sesiapa untuk gol pembukaan Chelsea. Nyata! Didier Drogba merupakan penyerang bola sepak berkelas dunia yang memiliki kemampuan untuk mencetak gol terutama ketika bertemu Arsenal! Kita tidak ada penyerang seganas dan segarang Drogba ini! Naluri Gol yang tajam! Aku cemburu! Serius..huhu! Jack Wilshere, sekali lagi menjadi, masa depan untuk mengemudi di jentera tengah Arsenal. Alex Song lebih baik berbanding perlawanan dengan West Brom (tapi nampaknya, Song mula hilang bisa permainan kotornya! Adoyai! kau nak jadi apa sebenarnya Song! hilang identiti ker?)

    Untuk berfikiran secara optimis terhadap pasukan yang kita sayangi [Arsenal]! Ini hanya baru bulan Oktober. Ada masa yang panjang dan Chelsea bukan tidak mampu dikalahkan, mungkin tidak ditangan Arsenal mereka akan tersungkur di tangan pasukan lain. (kalau boleh biarlah Arsenal lah pasukan yang tewaskan Chelsea, kita ada peluang di Emirates nanti)Tapi Arsenal dan Arsene Wenger harus bingkas mengelakkan kehilangan mata pada pasukan yang tidak sepatutnya. Hanya waktu akan menentukan....

    Mari kita cuba enjoykan diri tengok score pasukan lawan, kita punya pasukan tak score lah!


    Friday, October 1, 2010

    Preview Match | Menanglah Walau Dengan Sebiji Gol Sekalipun!


    Preview Match | Chelsea vs Arsenal, English Premier League

    Stamford Bridge, London
    Ahad, 3 Oktober 2010
    Astro (Stadium Astro) - channel: 813/832
    Online: 2200-0130hrs (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Mike Dean
    * Pertemuan terakhir: Chelsea 2-0 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 69 kemenangan berpihak Arsenal, 53 kemenangan berpihak Chelsea, 51 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: S-M-M-M-S-K
    * Prestasi terkini Chelsea: M-M-M-M-K-K
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up Arsenal di Stamford Bridge


    Dalam Tanda Tanya: Almunia (siku), Fabregas (hamstring)
    Kecederaan: Vermaelen (Achilles), Walcott (pergelangan kaki), Van Persie (pergelangan kaki), Bendtner (pangkal paha), Ramsey (kaki patah), Frimpong (lutut)

    Macam-Macam Ada:Disebalik kehidupan dalam dan luar pemain-pemain kita dengan Pemain mereka



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Cesc Fabregas masih dalam samar-samar samada cukup cergas atau tidak untuk diturunkan di Stamford Bridge. Pada detik ini, dia hanya di katakan 50/50 (bermakna kemungkinan jadi bermain, 49%?)

  • Manuel Almunia akan dihantar di unit ujian kecergasan selepas kecederaan siku. Seandainya dia benar-benar cergas 100%, Wenger pastikan akan menggunakan khidmatnya kerana Almunia masih No.1 di Arsenal.

  • Thomas Vermaelen masih dibelenggu kecederaan Achilles, Ia berita yang kurang enak! Adoi malapetaka!

  • Nicklas Bendtner dijangkakan akan kembali ke latihan selepas international break. - Dia masih perlu bersaing dengan Chamakh, yang dilihat semakin serasi bersama rakan sepasukan di Arsenal.

  • Arsenal telah memusnahkan rekod tak terkalah di awal musim ini, selepas melalui enam perlawanan di Liga Perdana Inggeris, selepas kecundang di tangan West Brom.

  • Musim lalu, Arsenal tidak merekodkan kemenangan dalam lima perlawanan selepas tewas kepada Barcelona di Kempen Liga Juara-Juara, diikuti tewas di Liga Perdana Inggeris kepada Spurs 2-1, Wigan 3-2, terikat 0-0 dengan Manchester City, tewas kepada Blackburn 2-1, sebelum menutup tirai musim 2009/2010 dengan kemenangan ke atas Fulham 4-0.

  • Kali terakhir Arsenal menang di Stamford Bridge adalah pada bulan November tahun 2008 hasil dua gol Robin van Persie dan satu gol Chelsea dihadiahkan Djourou, Selepas itu Arsenal gagal memenangi perlawanan menentang Chelsea dan Manchester United, dalam sembilan cubaan - Adoi lama tu!



  • Info Terkini Disebalik Tabir Chelsea

  • Chelsea akan turun tanpa kelibat Frank Lampard selama dua minggu menderita kecederaan selepas pembedahan hernia.

  • Yossi Benayoun juga dilaporkan tidak dapat diturunkan selepas menerima rawatan tambahan pada betis yang tercedera.

  • The Blues juga akan kehilangan seorang lagi tonggak iaitu Salomon Kalou akibat kecederaan paha.

  • Pengurus Carlos Ancelotti kemungkinan akan mengekalkan pasukan yang sama seperti Ahad lalu, walaupun pasukan yang sama tewas kepada Manchester City .

  • Musim lalu Chelsea tidak ada mencatatkan tewas dalam tiga perlawanan berturut-turut.

  • Sebelum mereka menang di Liga Champions pada hari Selasa menentang Marseille, Chelsea telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Newcastle (English League Cup) dan kepada Manchester City (Liga Perdana Inggeris).



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Chelsea mengutip semua enam mata dari musim lalu ketika menentang Arsenal. Arsenal pula tidak berjaya mencetak sebarang gol di kedua pertemuan itu apabila kalah 3-0 di Emirates dan tewas 2-0 di Stamford Bridge. - Mak aii! Seramnya statistik ni!

  • Pada era Liga Premier ini, tidak terdapat mana-mana pasukan yang mampu menandingi kemenangan yang dicipta Arsenal di Stamford Bridge. The Gunners telah memenangi enam kali sejak 1992.

  • Didier Drogba 'sangat berhantu' ketika bertemu Arsenal apabila telah mengumpul 12 gol dalam 10 perlawanan terakhir kompetitif melawan Arsenal. Dia telah mencetak empat gol dalam dua pertemuan musim lalu. - Fabianski, disini lah tempat sebenarnya kau harus pastikan kau hero bukan untuk sehari!



  • Info menarik pengadil perlawanan, Mike Dean.

  • Pengadi adalah Mike Dean.

  • Arsenal tidak memperolehi tiga mata penuh di bawah kendalian Dean di semua perlawanan empat musim lalu: tewas 2-1 di Old Trafford, seri 1-1 kepada Burnley di Turf Moor, tewas 2-0 kepada Chelsea, dan terikat 0-0 dengan Manchester City di Emirates.

  • Dean awal tahun ini mengendalikan perlawanan Chelsea ketika menang 6-0 ke atas Wigan Atheltic. Musim lalu, di samping mereka menang atas Arsenal, Dean mengendalikan perlawanan ketika Chelsea menang 2-1 Chelsea di Stoke, seri 1-1 di West Ham, menang 2-0 Piala FA ke atas Preston, tewas 4-2 kepada Manchester City, dan menang 2-1 di Old Trafford.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers Wigan Athletic v.; Stadium DW, Wigan

  • Sabtu: Birmingham City v. Everton; St Andrew, Birmingham

  • Sabtu: Stoke City Blackburn Rovers v.; Stadium Britannia, Stoke-on-Trent

  • Sabtu: Sunderland Manchester United v.; Stadium of Light, Sunderland

  • Sabtu: Tottenham Hotspur Aston Villa v.; White Hart Lane, London

  • Sabtu: West Bromwich Albion vs Bolton Wanderers, The Hawthorns, West Bromwich

  • Sabtu: West Ham United v. Fulham, Boleyn Ground, London

  • Ahad: Manchester City v. Newcastle United, City of Manchester Stadium, Manchester

  • Ahad: Liverpool v. Blackpool, Anfield, Liverpool
  • Monday, November 30, 2009

    Match Report | Chelsea Pulun Arsenal

    Arsenal 0 : 3 Chelsea
    - : Didier Drogba ('41), Thomas Vermaelen (og '45), Didier Drogba ('86)
    Venue: Emirates Stadium, England
    Referee: A Marriner


    Orang-orang tua ada berpesan "Layanlah pihak yang bertandang ke rumah dengan sebaik mungkin, dan hormatilah orang-orang yang lebih berusia" Nampaknya anak-anak muda 'The Gunners' ini berpegang utuh terhadap pesan tersebut. huhuhu!

    Liga Perdana Inggeris pada hari Ahad, 29 November, 2009 - Arsenal yang berperanan selaku tuan rumah menyambut rombongan kedatangan Chelsea untuk satu perhitungan terpenting dan terhebat setakat ini bagi musim 2009-10 ini. Perhitungan ini jugalah akan menjadi tanda aras! Adakah Chelsea berupaya melanjutkan penguasaan mereka mengengam erat takhta liga atau mampukah Arsenal menyekat kemaraan Chelsea dan mendekatkan jurang mata? Semalam jawapannya telah terungkai! Mengecewakan, Memilukan, Membengkekkan, Arsenal tiada jawapan untuk menyekat kemaraan anak buah Carlo Ancelotti' buat masa ini...

    Tapi dengan kata azimat - "In Arsene We Trust" aku terus redha...Aduyaiiii....

    Berikut dilapirkan sedikit sorotan video perlawanan berkenaan.



    Chelsea pulun Arsenal 3-0

    Perlawanan yang dianggap 'hebat dan sengit' bakal dipertontonkan pada awalnya dan menjadi perhatian fan kedua-dua kelab berkenaan mahupun fan-fan EPL.Ternyata meleset-melecit! Dengan permulaan yang agak lembab dan penuh berhati-hati ditampilkan kedua pasukan sebelum kedua-dua pasukan beransur-ansur menyesuaikan diri dengan suasana perlawanan. Di 10 minit awal perlawanan berlangsung, Stadium Emirates diselubungim suasana yang riuh-rendah dari penonton yang membanjiri stadium dengan kedua pasukan seimbang mendapat peluang masing-masing tetapi gagal untuk diterjemahkan dengan jaringan.

    Setalah masuk minit ke 41, semua serba menjadi buat pasukan pelawat! Pemain yang digelarkan 'Kerbau Chelsea' Didier Drogba telah mengamamkan ribuan fan-fan Arsenal apabila Drogba menjaringkan gol pertama untuk pasukan pelawat dan selepas itu Chelsea tidak lagi menoleh ke belakang dan selang beberapa minit ia disusuli satu gol sendiri oleh Varmaelen bagi menjadikan Chelsea selesa melangkah keluar pada kedudukan 2-0 dalam separuh masa pertama.

    Ini juga merupakan perlawanan kedua Arsenal dalam EPL dimana anak buah Arsene Wenger gagal untuk menjaringkan sebarang gol. Jelas kelihatan Arsenal tampak tumpul di bahagian pengempur walaupun Eduardo dan Vela diberikan peluang memperagakan aksi. Kehilangan Robin van Persie mula dirasai, dan 'The Professor' perlu memikirkan sesuatu yang rasional untuk kembali mencabar
    dalam EPL.

    Drogba seperti tidak dapat dihalang lagi apabila terus menganas dan memperagakan penguasaannya dengan mengukuhkan kemenangan Chelsea dengan satu lagi gol pada minit ke-86. Ia merupakan satu kemenangan sangat besar untuk Chelsea yang secara langsung akan memperkukuhkan terus mereka merajai takhta Premiership dan mendekatkan kepada impian mereka untuk mengucup tropi EPL untuk musim ini.

    Mengulas mengenai kedudukan terkini 'The Gunners' ditangga ke-4 liga dan ketinggalan 11 mata kepada The Blues, 'The Professor' dipetik berkata:-

    "I do not think it is over.

    "We are fighters and we have to show that in the next game.


    "We are still in a very strong position. Chelsea can drop points, I am convinced of that."

    Berikut dilampirkan juga sorotan video ketika Arsene Wenger ditemubual BBC Sport

    Related Posts with Thumbnails