Showing posts with label Celtic. Show all posts
Showing posts with label Celtic. Show all posts

Monday, August 2, 2010

Emirates Cup Match Report | Piala Emirates Habuan Awal

Arsenal 3 : 2 Celtic
Carlos Vela ('3), Bacary Sagna ('45), Samir Nasri ('51) : Georgios Samaras (pen miss '69), Daryl Murphy ('73), Ki Sung-Yueng ('82)
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee : Andre Marriner
Attendance : 59,727


Arsenal terus kekal mempertahankan Piala Emirates dengan menang 3-2 atas Celtic berkat gol Carlos Vela, Bacary Sagna dan Samir Nasri.

The Gunners menampakkan penguasaan permainan untuk sebahagian besar di London Utara, sebelum Celtic bangkit melawan pada saat-saat akhir yang hampir-hampir mampu membuatkan anak buah Wenger terkilan untuk berkongsi mata.

Arsenal bermula memimpin permainan pada minit ketiga apabila Carlos Vela menampan bola ke gawang selepas Theo Walcott merembat deras ke arah dalam kotak penalti. Sebelum Sagna memperkukuhkan kedudukan Arsenal sehingga tamat babak pertama hasil sepakan deras dari luar kotak penalti yang tidak mampu dihalangi kiper Celtic, Lukasz Zaluska.

Nasri terus meletakkan Arsenal selesa selepas bermula waktu rehat, selepas itu Celtic kelihatan mula mengugat apabila Celtic dihadiah penalti namun Georgios Samaras mensia-siakan peluang terhidang tetapi Celtic tidak berputus asa apabila terus berusaha dan gol yang dicari akhirnya muncul dijelmakan Daryl Murphy dan Ki Sung-Yong menjadikan kedudukan perlawanan kembali tegang dan menarik, kedudukan tersebut terus kekal sehingga wisel penamat.

Keputusan tersebut bermakna Arsene Wenger berjaya mengekalkan kejuaraan dengan memenangi pertandingan pra-musim yang melibatkan Lyon, AC Milan dan Celtic.

Wenger dipetik mengulas mengenai perlawanan selepas ditemubual Sky Sports.

"I think overall in the first half we controlled the game and yesterday and today you could see that physically and mentally we are not able to maintain the concentration for 90 minutes.

"In both games we suffered in the last 20. I believe it's down to the fact that we work very hard and are not completely ready."

Jack Wilshere put in an impressive performance against the Hoops and caught the eye in midfield.

Wenger insists the English youngster can earn a regular place in the first team this term, although admits there is tough competition for a spot."
Sedikit highlights perlawanan Arsenal vs Celtic, Enjoy huh:-

Friday, August 28, 2009

Match Report | Arsenal Terus Melangkah

Arsenal 3 : 1 Celtic
Eduardo (28' pen), Emmanuel Eboue (53'), Arshavin (74') : Massimo Donati (90')
Venue: Emirates Stadium


Berikut Match Report yang lambat menyusul akibat penjadualan tugas-tugasan peribadi hakiki yang tidak teratur.

Bertelur sebijik, Riuh sekampung! itu la perumpaan yang wajar untuk Scottish Football Association chief executive Gordon Smith, apabila berusaha bersungguh memperbesarkan isu Edurdo supaya diban oleh UEFA untuk beberapa perlawanan gara-gara membuat rebahan yang penuh nilai keseniaan di kotak penalti Celtic sehingga pengadil perlawanan jelas sekali terpesona lalu memberikan kredit terhadap krebiliti Eduardo yang hebat itu yang menjurus kepada hadiah 'sepakan penalti' yang berpihak kepada Arsenal. Ia jelas cuba 'mengover-shadow' kehebatan anak buah Arsene Wenger yang berjaya melayakkan diri ke Peringkat Kumpulan Champions League dengan aggregat 5-1, setelah membawa modal awal dengan kelebihan 2-0 ketika bertandang di Celtic Park.

Ketika sepak mula, Celtic yang kelihatan lebih cuba mendominasi perlawanan bagi mencari gol awal melalui trio mereka Shaun Maloney, Scott McDonald dan Marc-Antoine Fortune namun segala bentuk serangan itu berjaya diserap dan dipatahkan oleh tembok Arsenal yang diterajui Gallas dan Vermelen. Secara beransurnya "The Gunners" semakin mula mengimbangi tempo perlawanan walaupun tanpa kelibat kapten darah muda, Fabregas yang jelas dirindui tetapi penguasaan tengah gelanggang masih berjaya ditampung oleh Emmanuel Eboue dan Abou Diaby. Eboue jelas mula memikat perhatian fan--fan Arsenal dan menunjukkan dirinya begitu berharga buat Arsenal walaupun pernah dirumous bakal meninggal emirates dan akan berkelana ke Fiorentina.

Kira-kira dalam awal minit ke-9, Arsenal nyaris-nyaris mendahului melalui ancaman dari serangan berkembar Eduardo dan Bendtner, apabila Bendther berjaya melepaskan remabatan dan tidak mampu ditangkap kemas, Eduardo yang beusaha memanfaatkan bola muntah itu gagal menemui sasarannya apabila bola melecong sedikit di sudut kiri gawang Celtic.

Tekanan demi tekanan "The Gunner" terhadap kubu Celtic makin terus diperhebatkan sehingga pada minit ke-25, Eduardo yang 'unggul' merempit terus maju ke kotak penalti Celtic sehingga keeper Celtic, Boruc yang tidak sanggup menanti saja di gawangnya terus keluar untuk memberhentikan larian dari Eduardo dengan melakukan rebahan badan, Eduardo yang bijak terus mengaplikasi dan bertindak balas terhadap aksi Buroc itu lalu 'jatuh' di kotak penalti. 'Adegan' itu telah mencuri perhatian pengadil perlawanan Manuel Enrique Mejuto Gonzalez yang tanpa berlenggah terus meniup wisel dan membuat isyarat penalti yang berpihak kepada Arsenal. Eduardo yang bertanggungjawab terus menyempurnakan sepakan penalti tu dengan penuh sentimental dan memberikan kelebihan 1-0 kepada Arsenal sehingga tamat separuh masa pertama.

Masuk separuh masa kedua, Celtic jelas tidak mengalah mula ghairah 'menongkah arus' untuk mencipta gol secepat mungkin. Tetapi Arsenal yang tidak hanya berpuashati dengan keputusan sedia ada terus mengekalkan fokus kepada perlawanan dan Emmanuel Eboue 'Si rajin Arsenal' berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol pada minit ke-53 dan terus menutup pintu buat Celtic untuk mara ke peringkat Kumpulan Champions League.

Selepas itu, Celtic mula berkubu di tempat sendiri dengan sekali-sekala melakukan serangan. Melihat senario itu, Pengendali "The Gunners" bingkas mengeluarkan Eduardo pada minit ke-72 dan memasukkan Andrei Arshavin untuk mengukuhkan terus penguasaan Arsenal di tengah gelanggang. Arshavin yang masuk bukan sekadar untuk 'bertemu mesra' dengan pemain Celtic dalam baki perlawanan, selang beberapa minit Arshavin berjaya mencipta gol yang merupakan gol sulung peribadi untuk aksi di Champions League bersama Arsenal. Ia hasil umpanan cantik Aoran Ramsey yang dipercantikkan lagi Arshavin melalui gerakan putaran 180% tubuh badan yang mengelirukan pertahanan Celtic lalu merembat terus menuju ke sudut kanan gawang tanpa mampu diselamatkan Buroc.

Kelekaan pertahanan Arsenal di lewat perlawanan yang sering berlaku di beberapa perlawanan awal musim ini, berlaku sekali lagi apabila Massimo Donati berjaya mencuri gol saguhati buat Celtic.Hal ini diharapkan dapat diambil perhatian sewajarnya dari pengendali Arsenal, Arsene Wenger supaya pemain-pemain Arsena dapat fokus sehingga wisel penamat dibunyikan walaupun sedang mendahului perlawanan.

Berikut susunan kesebelasan terjemahan Arsene Wenger:

-------------Almunia-------------
-----Sagna-----Gallas-----Vermaelen-----Clichy-----
-----Eboue (Wilshere'72)-----Song-----Denilson-----Diaby (Ramsey'62)-----
----------Bendtner-----Eduardo (Arshavin'72)----------

Next game: Manchester United (Old Trafford)

Thursday, August 27, 2009

Hightlights | Arsenal vs Celtic : 3-1 Goals

Selamat Menonton : Arsenal vs Celtic | 2nd leg of Champions League Play-Off

min 28' (1-0) Eduardo Da Silva (pen)

min 53' (2-0) Emmanuel Eboue

min 74' (3-0) Andrei Arshavin

min 90' (3-1) Massimo Donati

Wednesday, August 26, 2009

Pre-Match | Arsenal vs Celtic

Arsene Wenger tegas mengingatkan anak buahnya supaya mengekalkan konsenterasi dalam baki 90 minit perlawanan untuk 2nd leg Champion League pagi nanti. Walaupun dengan kelebihan defisit 2 gol di tempat lawan, Arsene Wenger tidak mahu anak buahnya lalai mempertaruhkan nasib untuk turun dengan mengharapkan keputusan seri ketika menanti kunjungan skuad kendalian Tony Mowbray itu kerana apa yang menjadi taruhan adalah slot ke Peringkat Kumpulan Champions League. Ia jelas melalui kata-kata pengendali Arsenal itu mengenai perlawanan dengan Celtic:

The target is to win, it's a massive game for us. It's not 'job done', it's 'job to do'. We have done a big part but we have to get over the finishing line.

Ketiadaan kapten muda, Fabregas yang dilanda kecederaan, ia pantas membuka ruang untuk samada Diaby, Ramsey ataupun Merida untuk menampilkan aksi dalam Champion League. Dengan prestasi terkini yang diperagakan Diaby sabtu lepas, aku jangkakann yang dia akan diturunkan pagi nanti, Seandainya benar ramalanku, aku harap Diaby akan menampilan aksi yang memikat sekali lagi dan terus konsisten.

Berikut adalah skuad bayangan aku yang bakal diturunkan Arsene Wenger:


-------------Almunia-------------
---Eboue---Gallas---Vermaelen---Clichy---
-------Denilson----Song----Diaby-------
-------Arshavin------Eduardo-------
-------------RvP-------------

Predict: 2 - 1

Selingan: Sessi latihan untuk 2nd match dengan Celtic






Wednesday, August 19, 2009

Hightlights | Celtic vs Arsenal : 0-2 Goals



min 43'( 0-1 ) Jaringan menggunakan tulang belakang William Gallas...huhu!


min 71' ( 0-2 ) Gary Caldwell (own goal)

Monday, August 17, 2009

Pre-Match | Champion League Celtic vs Arsenal


Pertembungan klasik yang diklasifikasikan sebagai "Battle of Britian" akan menemukan Arsenal dan Celtic, Ia adalah merupakan pertemuan secara kompetatif diantara kedua belah pihak untuk kali pertama.

Diatas kertas! Arsenal yang bakal bertandang di Celtic sudah tentu diletakkanan sebagai pasukan 'favourite' untuk memenangi perlawanan nanti, Ini berdasarkan kepada kejayaan yang masih segar di Goodison Park ketika menumpaskan Everton dengan jaringan besar 6 - 1 di EPL, Manakala Celtic juga telah melakarkan kejayaan 3 - 1, 2 hari lalu ketika menumpaskan Aberdeen dan sebelum itu telah menundukkan Dynamo Moscow 2 - 0.

Jadi sudah tentu kedua pasukan akan cuba berusaha untuk mengekalkan rentetan kemenangan masing-masing, terutamanya Celtic yang akan cuba memanipulasi kelebihan bermain dihadapan ribuan penyokong mereka. Menurut rekod, Celtic hanya mengalami 3 kekalahan dari 14 pertemuaan ketika bertemu dengan kelab dari England, Ia adalah merupakan satu rekod yang baik! Mantap tu beb! Itu sudah tentu menjadikan Arsenal perlu lebih hati-hati dan perlu mengelakkan dari melakukan kesilapan mudah yang boleh membawa padah.

Berikut adalah rekod penuh perlawanan Celtic ketika berhadapan dengan kelab dari England:-

2008-9 Champions League (Group)
Celtic ( 1 - 1 ) Manchester United
Manchester United ( 3 - 0 ) Celtic

2006-7 Champions League (Group)
Celtic ( 1 - 0 ) Manchester United
Manchester United ( 3 - 2 ) Celtic

2002-3 UEFA Cup
Celtic ( 1 - 0 ) Blackburn
Blackburn ( 0 - 2 ) Celtic
Celtic win 3-0 an aggregate

2002-3 UEFA Cup
Celtic ( 1 - 1 ) Liverpool
Liverpool ( 0 - 2 ) Celtic
Celtic win 3-1 an aggregate

1997-98 UEFA Cup
Celtic ( 2 - 2 ) Liverpool
Liverpool ( 0 - 0 ) Celtic
Aggregate score 2-2 - Liverpool win on away goals

1969-70 European Cup
Leeds ( 0 - 1 ) Celtic
Celtic ( 2 - 1 ) Leeds
Celtic won 3-1 on aggregate

1965-66 Cup Winners Cup
Celtic ( 1 - 0 ) Liverpool
Liverpool ( 2 - 0 ) Celtic
Liverpool won 2-1 on aggregate

Pertembungan di Celtic Park ini juga akan menampilkan Andrei Arshavin untuk debut kali pertama sebagai player Arsenal di Champions League, setelah bekas playmaker zenit itu kelihatan agak kurang efektif ketika di Everton tempoh hari. Ini adalah masa dan tempat yang sesuai untuk dia menonjolkan kemampuan sebenar yang ada padanya.

Di barisan kesebelahan Arsenal, aku yakin Arsene Wenger akan cuba mengekalkan keseluruhan player yang bermain ketika di Goodison Park, dimana barisan serangan akan terus dikepalai Robie van Persie. Berikut adalah skuad bayangan yang aku jangkakan akan bakal diturunkan 'The Professor' di Celtic Park:-

--------------Almunia-------------
---Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy---
-------------Song----------------
--------Fabregas---------Denilson----------
---Bendtner-----RvP------Arshavin------

Predict aku: 2 - 1

Sunday, August 9, 2009

Celtic halangan pertama


Akhirnya terjawab sudah, team mana yang bakal bertemu Arsenal pada Pusingan Kelayakan Champions League 09/10. Pengundian yang dilakukan itu, telah mempertemukan Arsenal dengan Celtic dari Liga Scotland, Ia telah digembar-gemburkan sebagai 'Battle of Britian'

Walau bagaimanapun keyakinan aku tetap tinggi untuk Arsenal memenangi perlawanan dengan Celtic ini. Tapi perlu diingat? Skuad Gunners ini tak boleh memandang enteng terhadap Celtic ini kerana mengikut rekod, team dari Liga Scotland ini juga memiliki rekod yang agak baik ketika bermain di Champions League. So! Aku harap Arsenal akan meneruskan kemaraan...Yeahhhh!!!

Pertembungan pusingan pertama akan berlangsung di Celtic pada 18 / 19 Ogos kemudian disusuli seminggu selepas itu pada 25 / 26 Ogos, Celtic pula akan bertandang di Emirates Stadium.

Related Posts with Thumbnails