Minat yang tidak terbendung di atas kecintaan yang tidak berbelah bagi terhadap Arsenal, Maka tertubuhlah PenCinta Arsenal FC buat peminat Arsenal di Malaysia khususnya untuk berkongsi berita, fakta, jadual, keputusan perlawanan, profil, dan galeri foto pemain. Semuanya tentang Arsenal fc dalam Bahasa Melayu.
Segalanya A R S E N A L
"Bercinta dengan Arsenal FC Sepenuh Jiwa Raga, kerana itu aku PenCinta Arsenal FC (Malaysia)" - Dial Square a.k.a DS@pencintaarsenalfc
Preview Match | Manchester City vs Arsenal, English Premier League
Stadium City of Manchester, Manchester Ahad, 24 Oktober 2010 Astro (Stadium Astro) - channel: 817/831 Online: 2200-0130hrs (waktu Malaysia)
* Pengadil Perlawanan: Mark Clattenburg * Pertemuan terakhir: Manchester City 4 - 2 Arsenal * Pertemuan kedua pasukan: 91 kemenangan berpihak Arsenal, 45 kemenangan berpihak Manchester City, 39 berkesudahan Seri * Prestasi terkini Arsenal: M-M-S-K-K-M * Prestasi terkini Manchester City: K-S-M-M-M-M M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas
Menurut The Sun, Eduardo telah memuji penCinta Arsenal kerana menyambut kehadiran semulanya ke Emirates dengan berdiri dan bertepuk tangan .
Striker berbangsa Brazil-Croatia, 27, yang diturunkan sebagai pemain simpanan pantas mencuri tumpuan untuk mencetak gol 'sentimental' memberikan Shakhtar Donetsk gol saguhati meletakkan kedudukan memihak Arsenal 5-1.
Meskipun beliau seperti sebelumnya ada menyatakan tidak akan meraya sakan sekiranya berkesempatan menjaring gol di Emirates, ia dikotakannya dengan sikapnya yang sangat bersahaja seperti sebelum-belumnya ketika menyarung jersi Arsenal, Eduardo tetap disambut dengan tepuk tangan dari semua PenCinta Arsenal di Emirates. - Tak macam Ade'Bongok'Bayor yang meraikan gol ketika menentang Arsenal cam 'orang tak siuman'...buduh!
Eduardo ketika diminta mengulas berkata:
"It was great to come back here. It was unbelievable — it was like I still play for Arsenal. They called my name and it was fantastic."
Ditanya pula tentang tindak balas dirinya untuk tidak meraikan jaringan golnya, Eduardo membalas:
"I had a great time with many of the players and supporters and I had to respect that."
Arsenal 5 : 1 Shakhtar Donetsk Alex Song ('19), Samir Nasri ('42), Cesc Fábregas (pen '60), Jack Wilshere ('66), Marouane Chamakh ('69) : Eduardo ('82) Vanue:Emirates Stadium, England Referee:Svein Oddvar Moen
Match Report | Arsenal vs Shakhtar Donetsk, Champions League Group Matchday 3
Aku percaya kebanyakan PenCinta Arsenal sebenarnya dalam diam-diam atau ada yang tidak diam-diam ingin melihat kelibat mantan striker kelahiran Brazil-Croatia Eduardo untuk mencetak gol ketika kembali untuk pertama kalinya ke Stadium Emirates selepas berhijrah ke Shakhtar Donetsk awal musim ini. Tentu saja, beliau sudah bermain untuk pasukan lain, tetapi kita semua ingin hal itu [jaringan gol dari Eduardo] terjadi sementara Arsenal sedang selesa mendahului. Semalam, perasaan aku bercampur baur memori-memori Eduardo di Arsenal mula berputar kembali. - Rasa sayang tu ada! huhuh! Sentimental tul la... Sementara itu, The Gunners kini tiga mata mendahului di puncak carta Kumpulan H.
Sementara kapitan muda Cesc Fabregas sudah kembali, sedikit mengejutkan kerana dia dibenarkan Wenger untuk bermula dalam kesebelasan, selepas diistirehatkan dari cedera hamstring yang dideritanya selepas mencetak gol hasil kerjasama dengan benteng pihak lawan, Anton Ferdinand di Sunderland bulan lepas. Tomas Rosicky juga terjebak sama masuk di kesebalasan, bererti Abou Diaby dan Andrei Arshavin jatuh terduduk berperanan memanaskan bangku simpanan. Dengan Fabregas kembali ke pasukan utama. Carlos Vela tercicir keluar dari pasukan 18-orang yang berada di Emirates.
Tepuk Ramai-Ramai Belalang Kupu-Kupu: Chamakh meraikan gol bersama teman-teman
Dengan reputasi terkini mengepalai carta liga di di Kumpulan H Liga Juara-Juara UEFA, ia bukan sesuatu yang dapat dimegahkan Arsenal kerana mungkin kerana pasukan yang diletakkan sekumpulan bersama Arsenal tidak berkemampuan untuk menyaingi mutu permainan yang dipamerkan oleh anak buah Wenger.
The Gunners kelihatan seperti cukup kejam dalam membenamkan Shakhtar Donetsk di Emirates, yang hadir dengan reputasi cukup baik apabila mereka telah mengalahkan Partizan 1-0 dan Braga 3-0 dan dengan kekalahan terbaru kepada Arsenal ia telah mencacat rekod baik mereka di dua perlawanan kumpulan sebelum ini.
Kemenangan itu bermakna Arsenal telah mempunyai rekod baru dicatatkan apabila berjaya layak di peringkat penyisihan kumpulan untuk 11 tahun berturut-turut. Dengan 14 gol yang dicetak dalam tiga perlawanan, Arsenal kini berada pada landasan yang tepat meneruskan kemaraan di kempen Liga Juara-Juara UEFA.
Korang enjoy jer lah gol-gol perlawana semalam ok!
SK Sturm Graz 0 : 3 Arsenal - : Samir Nasri ('16, '43), Henri Lansbury ('57) Venue: Arnold Schwarzenegger Stadium
Pemain 'pinggiran' antarabangsa Perancis yang ditidakkan haknya di Piala Dunia, Samir Nasri menyinar apabila mencetak dua gol untuk Arsenal ketika menundukkan Sturm Graz 3-0 di pra musim-ramah-tamah di Austria diawal pagi tadi.
Nasri menemui sasaran dengan melakukan sepakan rendah dari luar kotak penalti pada minit ke-16 untuk meletakkan skuad Arsene Wenger itu memimpin perlawanan sebelum menambah jaringan kedua di minit ke-43 dengan tendangan bebas yang melengkung ke sudut kiri atas jaring yang terus mengamamkan penjaga gol lawan Cavlina tanpa mampu bertindak menidakkan jaringan itu.
Samir Nasir mendahului senarai penjaring Arsenal apabila mengumpul tiga gol dalam kempen pra-musim ketika ini, dimana dia juga menperolehkan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Barnet pada hari Sabtu lepas.
Sementara itu, pemain gantian Henri Lansbury menambah gol ketiga diminit ke-57 seterusnya menutup jumlah jaringan setakat itu dan membungkus pihak lawan yang juga pemegang Piala Austria.
Berita lain, Arsenal mengesahkan pemain antarabangsa Crotia berusia 27 tahun Eduardo selamat diijab kabulkan dan sah menyertai juara Ukraine Shakhtar Donetsk musim depan, Sementara pada perlawanan semalam, beberapa perkembangan yang ditunjukkan dari pemain pemuda 'The Gunners' seperti Emmanuel Frimpong dan Jack Wilshere yang mengawal baik kawasan tengah tengah sangat mengujakan yang menunjukkan Arsenal mempunyai pilihan yang banyak untuk pembukaan tirai Liga Inggeris nanti yang seterusnya bakal memeningkan kepala otak 'The Professor' untuk memilih kesebelasan utamanya nanti.
Nasri jelas pada perlawanan semalam diberikan watak mendorong dalam menyokong pemain baru dibawa masuk Arsenal, Marouane Chamakh, sementara Thomas Vermaelen diberikan peranan besar sebagai kapten untuk pertama kalinya dalam kerjaya di Arsenal.
Ujian seterusnya bagi The Gunners adalah pada Selasa depan, saat Arsenal akan menghadapi pasukan lain dari Austria iaitu SC Neusiedl 1919.
Tiba-Tiba....Eduardo yang lebih dikenali sebagai 'Dudu' dikhabarkan sedang dalam perjalanan ke Shakhtar Donestk untuk nilai perpindahan sebanyak £7m, Selain itu ada laporan mengatakan bahwa ada lebih kurang empat kelab yang menaruh minat terhadap pemain kelahiran brazil ini dan merupakan bintang Croatia, ini termasuk Aston Villa tapi rumor kali kuat menunjukkan bahaya penyerang ini yang dibawa masuk oleh Wenger tiga tahun lalu dari Dinamo Zagreb sedang dalam perjalanan menuju ke Ukraine.
Jika ura-ura ini menjadi kenyataan, boleh dikatakan Wenger sedang berkira-kira untuk membuat tawaran membawa masuk Joe Cole secara perpindahan percuma , seperti yang diketahuai, bekas pemain tengah Chelsea ini hanya akan hadir ke dalam skuad 'The Gunners' bergantung kepada pemain Arsenal yang bakal keluar samada Tomas Rosický atau Eduardo. Melihatkan situasi Rosický yang menandatangani kontrak baru musim lalu dan bersama-sama dalam kunjungan pada kemenangan 4-0 di Barnet. Ditambah dengan kehadiran penyerang yang baru disunting Wenger Marouane Chamakh, Ia terus meletakkan kedudukan 'Dudu' dalam skuad utama agak terumbang-ambing dan tidak terjamin. Buat masa ini tiada yang rasmi dan pasti tentang berita ini, seandainya benar Ini akan meninggalkan jersi no.9 tidak akan berpunya.
Dah seandainya ia benar-benar sohih, aku mengucapkan selamat berjaya buat Dudu untuk menempuh cabaran baru di Shakhtar Donetsk.
Pemain pertahanan Arsenal Thomas Vermaelen mencatat satu gol ketika Belgium membenam Hungary 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan antarabangsa.
Berikut selitan gol dari Thomas Vermaelen pada minit ke-55 yang merupakan gol ke-2 Belgium:-
Dengan berita kurang enak dari RvP, Eduardo pula mencerikan kem Arsenal dengan menjaringkan 2 gol pada minit ke-24 dan 47 dan khabarnya bebas dari kecederaan ketika perlawanan persahabatan antarabangsa dimana Croatia membelasah Liechtenstein 5-0.
Eliaquim Mangala ('2), Milan Jovanovic (pen '5) : Nicklas Bendtner ('45), Thomas Vermaelen ('78), Eduardo ('81) Venue: Stade de Sclessin Pengadil: Eduardo Iturralde González
Match Report yang basi gara-gara sibuk persiapan raya dan memenuhi undangan berbuka puasa...huhuh
Striker Arsenal yang 'terlepas dari hukuman pelik UEFA' Eduardo telah membantu Arsenal keluar dari Belgium sebagai pemenang pada pembukaan perlawanan Champions League Group H.
Bintang Croatia itu layak beraksi setelah berjaya dalam rayuan, hasil usaha gigih para peguam yang berjaya menampilkan bukti-bukti konkrit kepada UEFA yang sebelum ini jelas 'dungu' mengambil tindakan tergesa-gesa dengan mengharamkan Eduardo untuk beraksi pada dua perlawanan diperingkat Eropah.
Di minit-minit awal, anak buah Arsene Wenger dijangka bakal mencipta kekalahan ke-3 berturut-turut berdasarkan kepada 2 gol pantas yang dijelmakan pasukan tuan rumah, Standard Liege yang masing-masing daripada Eliaquim Mangala pada minit ke-2 sebelum Milan Jovanovic menambah luka Arsenal dengan jaringan melalui sepakan penalti pada minit ke-5, selepas kaki Jovanovic disauk oleh top scorer Arsenal ketika ini, William Gallas dan pengadil perlawanan tanpa ragu-ragu terus menghadiahkan sepakan penalti.
Dengan kemampuan memuatkan kapasiti 27,000 penonton di Stade de Sclessin, rata-rata penonton sebahagian besarnya dipenuhi dari 'sedara-mara' Vermaelen sendiri yang bagai menyambut pesta apabila berpusu-pusu memenuhi ruang stadium mereka meraikan kemunculan pertama Standard Liege di kancah peringkat-peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Secara tidak langsung suasana demikian telah membuatkan pemain-pemain Standard Liege kelihatan bersemangat untuk memperagakan aksi mereka di pertingkat tertinggi ini, manakala Arsenal yang lebih 'senior' di peringkat ini pula kelihatan agak tertekan apabila beraksi di par mereka.
Babak awal seperti tidak menjadi buat pasukan pelawat apabila mereka gagal menyesuaikan tempo perlawanan dengan cepat, lantas Eliaquim Mangala pantas mengambil kesempatan dan mengembirakan penyokong mereka dengan melakukan kejutan awal dalam hanya aksi baru berusia 2 minit, Jaringan itu telah menyentak dan meningkatkan 'nafsu syahwat' pemain tuan rumah, dalam keadaan pemain-pemain Arsenal yang masih dalam trauma gara-gara gol pantas itu, detik-detik hitam hadir apabila William Gallas yang berusaha mengekang asakan pasukan tuan rumah telah dikenalpasti melakukan kekasaran dengan menyadung kaki Milan Jovanovic, dan pengadil dari Sepanyol Eduardo Gonzalez tidak berlengah menunjukkan isyarat penalti dan terus disempurnakan sendiri Jovanovic.
Ketinggalan dengan 2 gol, Ia meletakkan maruah anak buah Arsene Wenger semakin 'tercalar' dan berada dalam situasi menekan untuk menterbalikkan kedudukan demi menjaga reputasi Arsenal sebagai salah satu kelab besar di Eropah. Ini juga menjadi memori luka buat penjaga gol muda gelabah Arsenal, Vito Mannone secara peribadi, yang membuat penampilan pertama di Liga Juara-Juaranya selepas kecederaan yang dialami 2 penjaga gol utama Arsenal.
Namun usaha Arsenal untuk bangkit tidak pernah pudar, Ia berbaloi-baloi sebelum berakhir babak pertama, Bintang muda yang kerap merengek-rengek pada Arsene Wenger untuk diberikan posisi striker tengah, Nicklas Bendtner hadir memberi sinar cahaya kepada Arsenal apabila berjaya merembat kencang dari sudut kiri selepas menerima lorongan cantik daripada bintang 'yo-yo' Arsenal, Abou Diaby.
Babak pertama berakhir dengan Arsenal ketinggalan 2-1, Usaha untuk mencari gol penyamaan terus dipergiatkan Arsenal dan berbaki 20 minit perlawanan bakal berakhir, akhirnya muncul anak jati peribumi Belgium sendiri, Vermaelen memberikan gol yang dicari-cari pada minit ke-77 dalam suasana huru-hara yang berlaku di kotak penalti tuan rumah. Sebelum Eduardo muncul wira untuk memberikan mata kemenangan kepada Arsenal hasil sentuhan kepala lututnya dan bola terus bergolek masuk ke gawang Standard Liege yang di kawal Si Bolat, kedudukan tersebut bertahan sehingga ke wisel penamat yang membuatkan pasukan tuan rumah terpaksa berputik mata untuk berkongsi mata.
Tindakan digantung 2 perlawanan ditarik balik terhadap Eduardo...
Berikut adalah kenyataan UEFA;
"Following examination of all the evidence, notably the declarations of both the referee and the referees' assessor, as well as the various video footage, it was not established to the panel's satisfaction that the referee had been deceived in taking his decision on the penalty."
Dengan keputusan itu, Bintang Croatia, Eduardo kini boleh beraksi dengan 'hati yang tenang' bagi menghadapi Standard Liege pada hari Rabu dan Olympiakos dalam dua minggu berikutnya.
Nampaknya semenjak berlakunya insiden ini, berkemungkinan ia menyebabkan fokus di kem Arsenal sedikit sebanyak terganggu, kerana secara tidak sengaja semenjak 'hangat'nya insiden ini selepas itu Arsenal terus mengalami 2 kekalahan berturut-turut. Harap selepas perlawanan dengan Standard Liege Arsenal akan kembali ke landasan asal.
Berikut adalah kenyataan balas Eduardo selepas keputusan akhir UEFA itu;
“I’m very pleased that we have finally arrived at the truth. All we needed to do was to prove what happened and we have managed to do that. This decision makes me feel a lot better.
“I certainly feel relieved now. I have had great support from my family, friends and of course everyone at the club.
“Now I just want to forget about this and think about our match against Standard Liege on Wednesday. I was always prepared for the match in Belgium because I had good feeling and I always remained positive about the outcome. Now [that] we have a final result, I can now look forward to helping the team on Wednesday night.
“All I remember of the incident is that as soon as I had possession of the ball I headed towards goal at full speed. I was very close to the Celtic keeper and felt contact on my foot and then lost my balance. I know perhaps more than anyone else that when you have contact at speed it can be dangerous.
“I just want to say that I’m a fair player. To score goals you must take your opportunities and I’m not the type of player who needs to be dishonest to score goals.”
Arsene Wenger terus percaya yang Arsenal telah dijadikan subjek 'kambing hitam' oleh UEFA, apabila striker kelahiran brazil, Eduardo itu bakal dikenakan tindakan displin dengan pergantungan untuk dua perlawanan selepas 'insiden' dimana Eduardo dikatakan 'berlakon' untuk mendapat penalti ihsan dari pengadil ketika 2nd leg Champions League play-off dengan Celtic.
Berikut adalah statement yang dikeluarkan UEFA mengenai insiden yang melibatkan Eduardo:
"Having studied video evidence of the incident in question, the UEFA disciplinary inspector decided to charge the player concerned. The UEFA control and disciplinary body will examine the case on September 1."
Seandainya disahkan badan tatatertib bahawa Eduardo bersalah. Eduardo akan dikenakan Hukuman 'berat sebelah' pergantungan untuk dua perlawanan di peringkat Kejohanan Eropah, yang akan menyebabkan Arsene Wenger akan kehilangan khidmatnya untuk perlawanan menentang Standard Liege pada 16 September dan Olympiakos pada 29 September.
Pendapat aku, "Ini adalah sesuatu yang sering berlaku dalam dunia bola sepak dan bukan satu benda yang terpencil. This is stupid, how many, many, many times has players dived tanpa dikenakan apa-apa tindakan, kenapa? apabila ia berlaku pada Eduardo ia mula diperbesar-besarkan seperti ia adalah merupakan 'penemuan' baru. Dengan Eduardo yang baru pulih dari kecederaan yang nyaris meragut kariernya dalam bola sepak selepas menerima terjahan keras sehingga mematahkan kakinya.
Ketika perlawanan dengan Celtic, insiden yang berlaku pada minit ke-25 itu, Dalam keadaan Eduardo yang sedang memacu bola dengan laju kemudian penjaga gol Celtic, Buroc yang cuba memberhentikan ataupun merampas bola tersebut dari kakinya. Tindak balas apa yang perlu dilakukan Eduardo ketika itu? Dia perlu bingkas berfikir dalam beberapa saat untuk membuat satu tindakan yang tepat. Ia berkemungkinan bakal di rempuh atau dibentis atau juga diterjah. Keadaan itu hanya akan difahami oleh mereka yang pernah mengalami apa yang Eduardo alaminya. Fobia terhadap kecederaan memungkin tindak balas seperti .menjatuhkan badan' terpaksa diambil dengan Piala Dunia yang semakin tiba, semua pemain tidak mahu kehilangan tempat dalam kesebelasan untuk menyarung jersi kebangsaan negara masing-masing begitu juga Eduardo. Bagaimana pula pendapat anda?
Melalui temubual dengan pengendali Arsenal, Arsene Wenger telah membangkitkan isu yang menarik untuk diulaskan yang juga melibatkan Eduardo yang tidak mendapat perhatian sewajarnya:
'It's funny in football because you can break the legs of players [and] it doesn't make a debate for anybody but this case has been treated all over the world like Eduardo has killed somebody.'
Dibawah ini anda boleh membuat perbandingan sewajarnya, insiden mana perlu diberikan perhatian sewajarnya dan diperdebatkan?