Sunday, April 24, 2011

Video Goals | The Best Robin Van Persie 2010/11


Tiada kata-kata yang dapat mengambarkan betapa syoknya melihat setiap jaringan yang dipersembahankan RVP. Setiap gol jaringan sangat bermakna buat The Gunners! Rasanya cam nak terbang je pi Emirates dan celebrate gol skali.

Setiap kali beliau mencetak gol jelas memperlihatkan kecintaan & dedikasi pada Arsenal. Seperti katanya, "Dia bermain di Arsenal, Itu semua sebab cinta pada Arsenal". Begitu juga ekspresi wajahnya dalam wawancara dan tweets bersama teman-teman pasukannya.

Memang beliau adalah striker yang sangat berbakat yang Arsenal miliki. Memang beruntung memilikinya. Dia sentiasa menghormati dan menghargai kontraknya. Cuma sayangnya beliau jarang berpeluang untuk beraksi penuh setiap musim. Musim ini adalah musim terbaik buatnya setakat ini, walaupun hanya bermula lewat kerana faktor kecederaan.

Saturday, April 23, 2011

Preview Match | Bolton vs Arsenal, English Premier League; Mahukan 3 Point



Preview Match | Bolton vs Arsenal, English Premier

Stadium Reebok, London
Minggu, 24 April 2011
Astro SuperSport 3 Match Fixtures - Channel: 817
LIVE: 22:00 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Mike Jones
* Pertemuan terakhir: Arsenal 4 - 1 Bolton
* Pertemuan kedua pasukan: 56 kemenangan berpihak Arsenal, 38 kemenangan berpihak Bolton, 35 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-S-M-S-S
* Prestasi terkini Bolton: K-K-K-M-K
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Prestasi terkini kedua pasukan di EPL

TeamGameMenangSeriKalahJaringanBolosMata
Bolton Wanderers630310129
Arsenal6141997


Ramalan Line-Up

Szczesny
Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
Song - Wilshere
Walcott - Fabregas - Nasri
Robin van Persie

Kecederaan: Diaby (betis), Fabianski (bahu), Vermaelen (Achilles)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Arsenal sebenarnya tidak punya banyak pilihan selain meraih mata penuh di setiap baki perlawanan yang tinggal selain mengharapkan tergelincir beberapa mata dari team pendahulu liga. Tiada kecederaan besar yang melanda selepas perlawanan dengan Tottenham tempohari.

  • Arsenal akan kehilangan khidmat Abou Diaby akibat kecederaan betis yang dikutip pada hari Rabu lepas, Ini sekaligus akan membawa Denilson kembali ke bangku, sementara Alex Song dan Jack Wilshere akan kekal sebagai pilihan utama untuk berpasangan di kawasan tengah.

  • Wojciech Szczesny pastinya akan terus kekal bertunjang di posisi gawang Arsenal dan lain-lain bahagian aku yakin tidak banyak berubah!

  • Wojciech Szczesny: Harapan Wenger untuk musim ini di posisi keeper

  • Dalam Liga Perdana, The Gunners masih kebal tidak terkalah dalam 16 perlawanan yang diharungi, yang kali terakhir selepas kecundang 1-0 ditangan Manchester United pada 13 Dec 2010.

  • Dalam lima perlawanan terakhir, The Gunners hanya mampu memenangi satu perlawanan ketika menang 3-1 keatas Blackpool sementara selebihnya seri dengan West Brom (2-2), Blackburn (0-0), Liverpool (1-1) dan terbaru Tottenham (3-3).



  • Info Terkini Disebalik Tabir Bolton

  • Bolton dijangka akan mendapat kembali khidmat Matt Taylor dan Mark Davies selepas pulih dari kecederaan.

  • Daniel Sturridge, bintang muda pinjaman dari Chelsea juga akan kembali memperkukuhkan barisan Trotters, selepas tidak 'layak' untuk bermain di semi final Piala FA minggu lalu.

  • Walau bagaimanapun, Bolton terpaksa menerima hakikat apabila Stuart Holden, Sean Davis dan Sam Ricketts dikhabar mengalami kecederaan jangka panjang.

  • Minggu lalu, Bolton yang ke Wembley dengan hasrat untuk lolos ke Final FA gagal, selepas di'ayam'kan Stoke City dengan 5-0. Ini mungkin kesempatan Arsenal untuk mencuri mata penuh, berkemungkinan emosi pemain Bolton yang masih belum stabil sepenuhnya selepas menghadapi kekalahan besar tersebut. Go! Arsenal.

  • Sejak tahun 2011 ketika bermain di Stadium Reebok, Bolton hanya kalah sekali yang terakhir kepada Chelsea 4-0 dalam semua kejohanan.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Perlawanan dengan Bolton tentunya menjadi kenangan terhebat buat Laurent Koscielny yang membuka tirai gol peribadi pertama buat Arsenal pada 11 Sept 2010. Arsenal mendominasi keseluruhan perlawanan dengan gol dari Marouane Chamakh, Alex Song, dan Carlos Vela, dengan satu gol saguhati dari Johan Elmander. Keputusan penuh 4-1 memihak Arsenal.

  • Musim lalu, Arsenal memenangi kedua-dua pertemuan liga menentang Bolton yang hanya selang empat hari, Di Reebok, Arsenal menang 2-0 hasil gol Fabregas dan Fran Merida (Ingat tak! Fran Merida). Sementara di Emirates, Arsenal menang 4-2 dengan gol masing-masing hadir dari Tomas Rosicky, Cesc Fabregas, Thomas Vermaelen, dan Andrei Arshavin, selepas bangkit selepas ketinggalan dengan 2-0.

  • The Trotters kali terakhir memenangi dengan Arsenal pada bulan 25 November 2006, di Stadium Reebok. Dengan Nicolas Anelka menyumbang dua gol buat Bolton.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Dari Chester, pengadil adalah Mike Jones.

  • Musim ini sahaja, Jones sudah kendalikan tiga perlawanan meibatkan Arsenal. Dan The Gunners belum gagal meraih mata dengan dua menang dan satu seri (6-0 atas Blackpool, 1-0 atas West Ham, dan 0-0 dengan Man City). Paling diingati tentu, insiden ketika Bacary Sagna dan Zabaleta di layangkan kad merah pada minit ke-89, selepas didapati saling melaga kepala.

  • Untuk Bolton, Jones hanya mengendalikan satu perlawanan setakat ini, ketika Bolton tewas 1-0 kepada Chelsea di Stamford Bridge.
  • Sekitar perlawanan lain di EPL

  • Sabtu: Manchester United vs Everton; Old Traford
  • Sabtu: Aston Villa vs Stoke Cityl; Villa Park
  • Sabtu: Blackpool vs Newcastle United, Bloomfield Road
  • Sabtu: Liverpool vs Birmingham; Anfield
  • Sabtu: Tottenham Hotspur vsWest Bromwich Albion, White Hart Lane
  • Sabtu: Wolverhampton Wanderers vs Fulham; Stadium Molineux
  • Sabtu: Chelsea vs West Ham United, Stamford Bridge
  • Isnin: Blackburn Rovers vs Machester ity, Ewood Park
  • Wednesday, April 13, 2011

    Transfer Rumours | Wilshere Ajar Cara Cantas Spekulasi....Mudahkan? Cesc Tak Lih Buat ker?


    Bintang masa depan Arsenal, Jack Wilshere 'mematikan' spekulasi bahawa dia akan meninggalkan Emirates untuk ke Manchester City musim depan. Kamon la sheikh! Wilshere ini bukan jenis Adebayor lol...

    Wilshere menegaskan yang beliau sangat komited untuk The Gunners, Ia jelas apabila beliau sangat menikmati musim cemerlangnya dengan The Gunners tahun ini, di mana beliau berjaya membina dan membentuk dirinya sebagai salah satu watak penting dalam skuad Arsene Wenger.

    Laporan menyatakan, City sanggup mengeluarkan belanja besar bagi cuba menarik minat Wilshere ke Eastlands dengan nilai perpindahan yang dianggarkan sekitar £40 juta.

    Tapi Wilshere, pantas, mudah dan segera mencantas spekulasi tersebut, perkara yang amat sukar dilakukan kapten kita, Cesc Fabregas! Dunia dengan facebook dan twitter sekarang!

    Wilshere dipetik menulis di akaun Twitternya:

    "People asking if I'm going City? I dont kiss the Arsenal badge then leave.

    "This club in my heart."

    Monday, April 11, 2011

    Match Report | Blackpool 1 - 3 Arsenal; Comeback! Jurang Mengecil 7 Poin

    Blackpool 1 : 3 Arsenal
    Gary Taylor-Fletcher ('52) : Abou Diaby ('18), Emmanuel Eboue ('21) & Robin van Persie ('76)
    Vanue: Bloomfield Road, England
    Referee: L Mason




    Match Report | Blackpool 1 - 3 Arsenal; English Premier League

    Skuad yang diturunkan Arsene Wenger untuk melayan Blackpool;


    Formasi Arsenal (4-3-3): Lehmann, Eboue, Koscielny, Squillaci, Clichy; Diaby, Fabregas (Ramsey '89), Wilshere; Nasri (Gibbs '87), Van Persie, Arshavin (Walcott '61)
    Subs (tidak digunakan): Rosicky, Almunia, Chamakh, Bendtner.

    Kembali bernyawa - Gol dari Abou Diaby, Emmanuel Eboue dan Robin van Persie tak langsung menghidupkan kembali 'juang' untuk mengejar kejuaraan yang agak menipis - tapi masih ada!, namun jika melihatkan kepada keputusan penuh perlawanan ia sebenarnya tidak menonjolkan ia semudah itu ketika kita dipaksa berkerja keras untuk menang di Bloomfield Road. Punya banyak kesempatan untuk mematikan lawan lebih awal, jentera The Gunners gagal memanfaatkan setiap peluang yang terhidang - kira-kira 7 - 8 peluang yang mampu dizahirkan untuk gol.


    The Gunners menungguli perlawanan dengan gol berselang dari Diaby dan Eboue. tapi bingkas Gary Taylor-Fletcher jelmakan 'gol melawan' tuan rumah sebelum Van Persie menambah gol pada babak kedua, yang juga gol ke-12 di Liga Perdana, dan ia juga merupakan gol terbanyak dalam karier semusim di Arsenal. Kalau tak injed semusim? pasti lebih dari ini!

    Dengan kemenangan terkini, Arsenal dan Arsene Wenger telah mengecilkan jurang ke tujuh mata dari pendahulu ketika ini, Manchester United dengan kelebihan satu perlawanan di tangan yang masih belum dimainkan sementara menanti juga kunjungan Sir Alex Ferguson ke Emirates.

    Paling menjadi tumpuan, tentunya kemunculan semula team 'Invisible 2004' Jens Lehmann yang kembali menyarung 'glove' untuk menjadi kubu terakhir The Gunners dengan Manuel Almunia dikhabarkan 'memungut' kecederaan lutut ketika seisi warm-up, Ia kelihatan seperti Wenger ingin kembali menyuntik semangat gaya lama 'The Gunners' dalam legasi pasukan impian pembikinannya yang terkini.

    Tuan rumah yang memulakan aksi awal penuh bersemangat, namun Arsenal yang mula merobek Blackpool dengan dua gol baik dalam selang tiga minit, memberikan signal awal satu kenduri gol bakal terhidang. Tapi sayang tak ter'realisasi'! Sedikit kesal, tapi menang itu sudah memadai untuk aku.

    Bermula pada minit ke-18; Diaby mula memberikan keceriaan kepada kem Arsemal apabila pantas menyambung hantaran silang rendah daripada van Persie untuk membuka tirai gol perlawanan. Walaupun secara realistik gerakan Diaby ini biasanya lembap.

    Belum sempat tuan rumah memperkemaskan kubu mereka, tiga minit kemudian dari satu tolakan Jack Wilshere bijak mencari Eboue yang masuk dan terus melepaskan sepakan deras tanpa mampu dihalang keeper Blackpool, Richard Kingston - Ini merupakan gol pertama Eboue sejak Mac tahun lalu.

    Selepas itu kesempatan demi kesempatan, sia-sia! termasuklah dari Van Persie dan Samir Nasri, semua gagal menemui jaring! Tiada tambahan gol sehingga tamat babak pertama.


    Masuk babak kedua, penyakit 'di buai alam mimpi' kembali menghantui, The Gunners seperti tidak belajar dari pengalaman game lepas! hanya enam minit, Blackpool kembali bangkit sekaligus mengelabahkan keadaan Arsenal dengan 'gol semangat', walaupun bermula dengan asakan DJ Campbell yang berjaya dipatah Lehmann namun bola melantun tepat ke Taylor-Fletcher yang mudah menolak masuk ke gawang yang tidak dikawal. Clichy kau pi mana? melangut jerk!

    Selepas itu, Blackpool terus dilihat kembali melawan bersemangat mencari gol penyamaan, tapi semua gerakan mereka berjaya dipatahkan Lehmann & Co. Dari satu serangan balas pada minit ke-76, Theo Walcott pantas menghantar bola silang buat Van Persie untuk mencetak gol ketiga Arsenal.


    Kehadiran penonton: 16,030

    Perlawanan akan datang:
    - Arsenal vs Liverpool (Emirates), English Premier League, 17/04, 1600 BST



    Temubual bersama Jens Lehmann selepas perlawanan dengan Blackpool.

    Saturday, April 2, 2011

    Preview Match | Arsenal vs Blackburn Rovers, English Premier League; Kembali Fokus EPL



    Preview Match | Arsenal vs Blackburn Rovers, English Premier League

    Emirates Stadium, London
    Ahad, 03 April 2011
    Astro SuperSport 3 Match Fixtures - Channel: 817
    LIVE: 00:30am (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Phil Dowd
    * Pertemuan terakhir: Blackburn Rovers 1 - 2 Arsenal
    * Pertemuan kedua pasukan: 57 kemenangan berpihak Arsenal, 29 kemenangan berpihak Blackburn Rovers, 30 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-S-K-K-S
    * Prestasi terkini Blackburn Rovers: K-S-K-K-S
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up


    Kecederaan: Denilson (toe), Djourou (bahu), Szczesny (jari), Fabianski (bahu), Vermaelen (Achilles)
    Tidak pasti (50-50): van Persie (lutut), Bendtner (pergelangan kaki), Ramsey (pangkal paha)

    Tidak ada pilihan lain! - Arsenal perlu-perlukan sangat mata maksima pada perlawanan bertemu Blackburn Rovers di Emirates Stadium, Sabtu ini (02/04) untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga Manchester United.

    Kini Arsenal memiliki jurang lima mata berbanding United, namun Arsenal memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan. Tapi ia masih tidak berguna andai kata perlawanan dengan Blackburn ini tidak menjanjikan tiga mata maksimum.

    Arsenal harus segera melupakan keputusan buruk yang mereka ciptakan pada perlawanan terakhir sebelum ini, ketika kita paksa diri terikat 2-2 ketika menentang West Bromwich Albion meskipun sebelumnya The Gunners telah ketinggalan gol diawalnya.

    International break ini juga muncul tepat pada masanya, tempoh rehat yang panjang ini memberikan Arsenal untuk kembali memiliki 'kepulangan' beberapa pemain yang sudah cergasdari kecederaan.

    Robin van Persie, yang mendapatkan cedera saat beraksi untuk Belanda pada kelayakan peringkat kumpulan Euro 2012, kini dikabarkan sudah telah kembali berlatih, cedera yang diterimanya disahkan tidak terlalu parah, Ia berkemungkinan mampu diturunkan pada perlawanan menentang Blackburn di Emirates nanti.

    Hal ini tentu-tentu menceriakan Arsene Wenger, kerana tambahan pemain ini pasti mampu memberikan pilihan yang baik dalam baki perlawanan di EPL, sekaligus terus mencabar kejuaraan liga musim ini yang semakin hebat.

    Wenger juga optimis Alex Song dan Abou Diaby akan segera kembali bermain kerana mereka dikhabarkan telah cergas 100%.

    Selain itu, krisis penjaga gawang yang dialami oleh Arsenal telah diselesaikan dengan menandatangani kembali bintang 'Invisible 2004' Jens Lehmann, meskipun tidak dijanjikan Lehmann akan dimainkan dalam baki perlawanan yang dilalui nanti, setidaknya Arsenal memiliki stok di posisi penjaga gawang untuk 'back-up' Manuel Almunia.

    Sementara itu, pasukan lawan - Blackburn Rovers pastinya akan berjuang bermati-matian untuk mencuri mata di Emirates nanti, Ini kerana mereka juga mepunyai misi tersendiri untuk meloloskan diri dari zon penyingkiran.

    Blackburn kini menghuni posisi ke-19 dengan 30 mata, sama dengan mata yang dihimpunkan Birmingham City dan Wigan Athletic yang kini sedang menghuni posisi tiga terbawah di dasar English Premier League.

    Blackburn pasti bertambah bersemangat apabila akan diperkuatkan kembali David Dunn, selain kembalinya juga kapten mereka, Samba yang telah cergas selepas pulih dari kecederaan punggungnya.

    Namun Blackburn sedikit 'lopong' di bahagian belakang apabila kehilangan Gael Givet yang masih didenda kerana menerima kad merah dan Vince Grella yang menjalani pemulihan setelah melakukan operasi achilles.
    Related Posts with Thumbnails