Tuesday, May 24, 2011

Arsenal.com | Arsenal Datang Ke Malaysia




Arsenal.com | Arsenal Datang Ke Malaysia

Dengan ini confirmlah bintang-bintang kesayangan termasuk manager sekali akan datang ke Malaysia pada 13 Julai 2011 untuk perlawanan 'geli-geli' sengan skuad harimau malaya kita sempena 'Asia Tour 2011'.

Jadi adakah korang takkan hadir di stadium nanti, mana lah tahu kan korang merajuk dengan Wenger...pasal dapat no.4 jer musim ini? huhu
link: arsenal.com

Saturday, May 21, 2011

Preview Match | Fulham vs Arsenal; Game Penutup Tirai 2010/11



Preview Match | Fulham vs Arsenal, English Premier League

Craven Cottage, London
Ahad, 22 Mei 2011
Astro Star Sports Match Fixtures - Channel: 813
Siaran Tertunda: 23 Mei 2011; 22:55 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Martin Atkinson
* Pertemuan terakhir: Arsenal 2 - 1 Fulham
* Pertemuan kedua pasukan: 34 : Arsenal Menang, 7 : Fulham Menang, 7 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-S-K-M-K-K
* Prestasi terkini Fulham: K-S-M-M-K-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

Ramalan Line-Up

Lehmann
Sagna - Vermaelen - Squillaci - Gibbs
Song - Wilshere
Walcott - Ramsey - Nasri
van Persie

Kecederaan: Fabregas (paha), Fabianski (bahu)
Situasi 50-50: Clichy (hamstring), Nasri (hamstring), Koscielny (paha), Djourou (pergelangan kaki), Diaby (betis), Rosicky (paha)



Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Walaupun kecundang dalam perlawanan lepas, Arsene Wenger dijangkakan akan meletakkan kepercayaan pada barisan yang sama untuk perlawanan penutup tirai ini, tidak mustahil juga; kemungkinan Jens Lehmann akan mendapat satu lagi peluang beraksi.

  • Sebenarnya di benteng pertahanan, aku masih ragu-ragu! dengan kondisi Clichy, Konscienly dan Djourou yang 50-50, jika tidak sempat cergas. Kita akan kekal dihidangkan dengan barisan benteng 'kurang yakin' seperti game bertemu Aston Villa dalam game nanti.

  • Ramsey akan terus disandangkan mengalas tugas yang ditinggalkan Fabregas yang masih terganggu kecederaan dan 'isu pindah-randahnya' ke Barca sejak bermusim lalu.

  • Denilson yang bersuara untuk meninggalkan Emirates akhir musim ini, adakah punya peluang terakhir! mungkin untuk masuk sebagai pemain gantian?

  • Musim lalu, Arsenal memenangi kedua-dua pertemuan di EPL, 26 Sept 2009; 0-1 hasil jaringan van Persie, dan juga perlawanan penutup tirai 09 May 2010 dengan 4-0.



  • Info Terkini Disebalik Tabir Fulham

  • Ingat Diomansy Kamara! beliau adalah merupakan penjaring gol saguhati di Emirates; nampaknya tidak turut serta dalam di Craven Cottage akibat kecederaan, turut serta Moussa Dembele (lutut) dan Damien Duff (Achilles).

  • Mark Hughes menerima perkhabaran baik apabila bakal mendapat kembali khidmat Simon Davies yang sudah pulih dari kecederaan betis.

  • Khidmat Jonathan Greening kemungkinan akan diguna pakai untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Duff.

  • Dalam 10 perlawanan terakhir Fulham; dengan empat perlawanan yang berlangsung di Craven Cottage; Fulham berjaya merobek jaring pasukan pelawat dengan 11 gol manakala 7 bolos, 5 bolos darinya hadir ketika tewas kepada Liverpool (2-5) pada 09 Mei 2011.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • Statistik yang agak seram sejuk; 30% dari gol Fulham musim ini datangnya dari tandukan, ia juga merupakan yang tertinggi dalam semua pasukan di EPL, Arsenal pula memang 'hampeh' dari set-piece ini.

  • Jika Robin van Persie berjaya melakukan jaringan dalam perlawanan dengan Fulham nanti, ia akan turut menyamai rekod 18 gol dalam satu musim dari tarikh 1 Januari dan seterusnya, yang kini dipegang oleh Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo.

  • Kali terakhir; The Cottagers menang ke atas The Gunners adalah pada 23 Ogos 2008 hasil jaringan tunggal Brede Hangeland.



  • Info menarik pengadil perlawanan.

  • Pengadil Martin Atkinson dari W. Yorkshire.

  • Mengikut statistik, M.Atkinson merupakan pengadil EPL yang paling 'pemurah' apabila menawarkan 12 kad merah tertinggi dengan 140 kad kuning musim ini. Dua daripada kad merah tersebut kepada Koscienly dan Wilshere.

  • Musim ini, Atkinson mengendalikan lima perlawanan melibatkan Arsenal ketika 1-1 dalam perlawanan pembuka tirai dengan Liverpool (penampilan pertama Koscienly dan dilayangkan kad merah), menang 2-1 ke atas Birmingham (Wilshere dikenakan kad merah di minit akhir perlawanan), menang 2-0 ke atas Wigan di Piala Carling, tewas 1-0 kepada Ipswich di Piala Carling dan seri 3-3 ketika bertemu Tottenham.

  • Untuk Fulham, Atkinson mengendalikan ketika Fulham tumpas 1-0 di Stamford Bridge, menang 3-0 ke atas West Brom dan Sunderland.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

    22 Mei 2011, Ahad
  • Aston Villa vs Liverpool; Villa Park
  • Bolton Wanderers vs Manchester City; Reebok Stadium
  • Everton vs Chelsea; Goodison Park
  • Manchester United vs Blackpool; Old Trafford
  • Newcastle United vs West Bromwich Albion; St James' Park
  • Stoke City vs Wigan Athletic; Britannia Stadium
  • Tottenham Hotspur vs Birmingham; White Hart Lane
  • West Ham United vs Sunderland; Upton Park
  • Wolverhampton Wanderers vs Blackburn Rovers; Molineux Stadium
  • Youtube | Van Persie Launch The New Adidas Predator

    Dengan musim sudah semakin berakhir, semakin lebatlah rumours-rumours penghijrahan pemain-pemain yang bakal masuk Arsenal dan akan keluar, ketika ini yang sudah confirm mengelejat nak keluar Denilson. Semua khabar angin ini ada yang boleh pakai dan ada yang langsung tak masuk akai...

    Walau bagaimanapun, Top Scorer Arsenal musim ini, Robin van Persie terus lebat dengan pelbagai aktiviti harian antaranya ketika perasmian pengenalan boot baru 'Adidas Predator'. Selain melibatkan van Persie juga Kaka, Nani, Rodwell, Shelvey and Llorente. Menariknya adidas juga menganjurkan beberapa aktiviti permainan antaranya 'Football Paintball'. Jadi saksikan sedutan video yang dapat kita kongsikan bersama...

    Monday, May 16, 2011

    Match Report | Arsenal 1 - 2 Aston Villa; Top 3 EPL Pun Kena Rembat!

    Arsenal 1 : 2 Aston Villa
    Robin van Persie ('89) : Darren Bent ('11) & ('15)
    Vanue: Emirates Stadium, England
    Referee: Michael Oliver



    Match Report | Arsenal 1 - 2 Aston Villa; English Premier League

    Itu dia! Bungkus lagi dan lagi...lagi....Apa kesudahannya babak seram ini! Aku dah nak nazak mikir apa report yang nak muncul dari papan kekunci aku ini, dah naik kebas jari-jemari aku! Apa yang nak aku karang atau aku taipkan! Hati aku bengkek! Bengang siot! Mula-mula tu dia hidangkan berita gembira bila melihatnya orang besi Thomas Vermaelen sudah kembali dalam kesebelasan utama selepas hampir lapan bulan berehat!

    Rupanya! Ia hanyalah sekadar penyedap rasa saja. Bermula saja sepak mula, episod hitam bermula! Dua gol Bent dalam 15 minit, buat aku tergamam! Sekaligus kemenangan 1-2 buat Aston Villa di Stadium Emirates hari ini bererti Manchester City mempunyai kesempatan emas untuk 'tapaw' Arsenal di tangga ketiga liga apabila akan bertemu Stoke City selepas ini.

    Memang gila semuanya! bermula dengan bergaya di musim ini, berada dalam EMPAT saingan kejuaraan yang melibatkan Piala Carling, Piala FA, Piala EPL dan Champion League! Kemudian segala-galanya hilang dengan sedetik masa saja!

    Kini yang terbaru The Gunners bakal kehilangan tiket ke Champions League secara automatik, sekiranya gagal menempatkan diri di tangga ketiga EPL musim ini. Kedudukan kini memang terancam sangat-sangat oit! Peluang besar buat anak buah Roberto Mancini yang sedang diulit kegembiraan selepas berjaya menang kejuaraan utama, Piala FA selepas menanti hampir 35 tahun dan seandainya menang ke atas Stoke City sekali lagi di saingan EPL selasa ini.

    Tempat ketiga EPL akan beralih tangan? Arghhh.....aku tension siot!

    Korang tonton jer la video ini...


    Sunday, May 15, 2011

    Transfer Rumours | Bayern Munich Cuba Lamar Nasri, Benzema Jadi The Gunners?



    Bayern Munich 'pasang hajat' tawar nilai £30million lamar Samir Nasri di musim panas

    Kelab Bundesliga ini dikatakan sangat menginginkan bintang kita ini untuk menggantikan Frank Ribery, disamping The Gunners dilaporkan sedang merisik situast pemain tengah Sochaux's, Marvin Martin.

    Samir Nasri yang mula bergabung dengan Gunners pada tahun 2008 dan kini masih berbaki kontrak setahun di Emirates tetapi masih 'tertangguh' dalam proses melanjutkan kontrak baru di London Utara.

    Bayern kini dikatakan juga terdesak untuk mencari pengganti kepada Franck Ribery yang banyak bergelumang dengan skandal di luar lapangan dan gagal memberikan prestasi baik di padang.

    Kebanyakan PenCinta Arsenal sangat-sangat prihatin dengan situasi yang masih gagal disepakati antara Arsenal dan Samir Nasri sehingga saat ini dalam proses lanjutan kontrak yang masih tertunggak! Ini mengelakkan bagi tragedi sama seperti Mathieu Flamini yang melangkah keluar ke AC Milan secara percuma, pastinya Arsenal tidak akan membiarkan keadaan sama berlaku pada Nasri yang keluar dari kelab untuk tiada apa-apa.

    Walaupun keadaan ini masih dilihat rumit, tapi aku amat yakin Samir Nasri akan kekal dengan Arsenal. Beliau melalui tempoh yang cukup hebat di Emirates!

    Berita lain -
    Karim Benzema semakin 'hangat' dikaitkan transfer musim panas £25million ke Arsenal

    Menurut laporan, Karim Benzema telah diberi 'green light' untuk meninggalkan Real Madrid untuk ke Arsenal musim panas ini, The Gunners juga dikhabar perlu mengeluarkan yuran pemindahan sekitar £25million seandainya berhajat untuk memikat striker itu.

    Striker berdarah Perancis ini dilaporkan lebih terarah memilih keluar untuk melangkah ke Arsenal sebagai tujuan pilihan utamanya musim panas ini, selepas secara terangan diberitahu oleh pengurus Jose Mourinho yang dia tidak akan dijanjikan tempat utama di Bernabeu.

    Ia diperkuatkan selepas laporan akhbar sepanyol yang juga menyatakan yang presiden Real Florentino Perez juga tidak membantah tindakan diambil Mourinho, Ini seterusnya memperkuatkan spekulasi Benzema untuk memilih meninggalkan Real di musim panas nanti.

    Striker berusia 23 tahun ini, sememang sudah lama dalam radar Arsene Wenger sejak dari Lyon, tapi memandang kekangan kewangan untuk menyaingi kelab 'cetak duit' Real Madrid yang bersedia berbelanja beberapa juta pun untuk seseorang pemain, Arsenal dan Wenger lebih akur menarik diri mengambil jalan bijak dari menyaingi untuk mendapat Benzama dengan nilai yang tidak munasabah ketika itu.

    Namun, dengan Real Madrid bersedia untuk melepaskan Benzama dan mungkin Real kini bersedia untuk berbelanja mendapatkan pemain baru! Dengan nilai £25million! Adakah ia cukup menarik minit Wenger untuk mengeluarkan belanja dengan nilai tersebut?

    Tentu kita sangat-sangat mengenali bos Arsenal ini, amat sukar untuk kita mempercayai yang Wenger sanggup untuk membazir dana disediakan Stan Kroenke membeli seorang pemain dengan harga berkenaan?

    Wednesday, May 11, 2011

    Happy Birthday | Abou Diaby



    Nampaknya blog ini dah jadi cam blog sampai ucapan selamat hari lahir pulak! Selepas semalam Lejen Dennis Bergkamp, hari ini 'pucuk muda' The Gunners - Vassiriki Abou Diaby yang lebih dikenali dengan Abou Diaby yang dikatakan mempunyai permainan jelmaan 'Patrick Viera' pula meyambut hari lahirnya yang ke-25. Di harap dengan bertambah usia bertambah akal lah juga tahap permainannya dimasa depan, lebih konsisten dan matang sekaligus bersama-sama menyumbangkan kejayaan kepada The Gunners.

    Tuesday, May 10, 2011

    Happy Birthday | Dennis the Menace

    Dengan takde apa berita terbaru dari kem Arsenal yang best aku nak kongsikan kat sini, Kali ini punya posting aku nak dedikasi sempena Birthday Dennis Bergkamp yang ke-42.



    Footballing genious in every sense. True legend!





    Monday, May 9, 2011

    Match Report | Stoke City 3 - 1 Arsenal; Kena Lambung Dek Stoke

    Stoke City 3 : 1 Arsenal
    Kenwyne Jones ('28), Jermaine Pennant ('40), Jonathan Walters ('82) : Robin van Persie ('81)
    Vanue: Britannia Stadium, England
    Referee: Mark Halsey



    Match Report | Stoke City 3 - 1 Arsenal; English Premier League

    Baru nak berputik mekar harapan aku! Tapi....Kesudahannya! Aduyai, Citer banyak pun tak guna, Ingatkan mampu lambung Stoke pastu tapaw pulang 3 point!

    Hadir ke Stadium Britannia dengan membawa sisa harapan kejuaraan yang menipis sekadar 5% - itu kata Wenger!, tapi tetap aku menaruh harapan!, Aku ingatkan The Gunners musti nak mengamuklah sakan selepas terkasima bedal Manchester United tempohari, Akhirnya tergolek 'dilambung' dengan kekalahan 3-1 kepada Stoke. Jelas perlawanan tersebut berpunca dari kegagalan di benteng pertahanan The Gunners yang membawa padah yang tak sudah-sudah. Aku frust.....tapi masih ada sayang!

    Dengan keputusan tersebut maka The Gunners akan tetap 'tepu' di tempat ketiga, ketinggalan enam mata kepada Manchester United dan tiga mata kepada Chelsea.

    Sementara United dan Chelsea akan bertembung sesama sendiri, setakat separuh masa waktu aku buat posting ini, Manchester United sudah pun mendahului 2-0 ke atas Chelsea. andai keputusan ini kekal, toksah pikir banyak, FA silakan bagi terus Piala Liga Perdana tersebut kepada Manchester United.

    Jaringan dari Kenwyne Jones, Jermaine Pennant dan Jonathan Walters seterusnya menjulang Stoke empat tempat ke tangga kelapan. Sementara jaringan tunggal Robin van Persie terus meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak The Gunners musim ini.

    Perlawanan sebelum itu, Wolverhampton Wanderers mengalahkan West Bromwich Albion 3-1, sekaligus membawa keluar dari kedudukan relegation dengan dua perlawanan berbaki.

    Dibawah ini, dikongsikan highlights perlawanan. Enjoy! boleh ke enjoy!

    Saturday, May 7, 2011

    Preview Match | Stoke City vs Arsenal, English Premier League; Bangkit! Kejar 70 point



    Preview Match | Stoke City vs Arsenal, English Premier

    Britannia Stadium, England
    Ahad, 08 Mei 2011
    Astro ESPN Match Fixtures - Channel: 812
    LIVE: 21:00 (waktu Malaysia)

    * Pengadil Perlawanan: Mark Halsey
    * Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 0 Stoke (23 Feb 2011)
    * Pertemuan kedua pasukan: 49 Arsenal Menang, 22 Stoke Menang, 21 berkesudahan Seri
    * Prestasi terkini Arsenal: M-S-S-K-M
    * Prestasi terkini Stoke City: K-M-S-M-S
    M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas

    Ramalan Line-Up

    Szczesny
    Sagna - Koscielny - Djourou - Clichy
    Song - Wilshere
    Walcott - Ramsey - Arshavin
    Robin van Persie

    Kecederaan: Diaby (betis), Cesc Fabregas (paha), Samir Nasri (hamstring)



    Info Terkini Disebalik Tabir Arsenal

  • Thomas Vermaelen dijangka siap untuk dikembalikan ke skuad utama untuk kali pertama sejak Ogos lalu dan penjaring tunggal ketika menang ke atas Manchester United minggu lalu, Aaron Ramsey juga dijangka akan bakal terus beraksi di bahagian tengah selepas ketiadaan kapten Fabregas yang masih dalam tempoh rehat akibat kecederaan. Menurut Wenger ketika dipetik dari Arsenal TV Online:-

  • "Diaby, Nasri and Fabregas will be out,"

    "Nasri and Fabregas have a little chance for Aston Villa but not for Stoke. Johan Djourou had a test yesterday that looked quite positive.

    "We have a doubt about Clichy's hamstring. He had a test that was not completely satisfactory; both have a chance to be fit.

    "Thomas Vermaelen is available and could be in the squad. Aaron Ramsey is likely to get another chance; I can even say that he will play."

  • Dalam carta Liga EPL, Kini Arsenal berada di tangga ketiga, ketinggalan enam mata dari Manchester United dan tiga di belakang Chelsea, selepas meraih kemenangan 'moral' 1-0 di Emirates ke atas pendahulu liga di minggu lalu. Dalam kedudukan sekarang, impian mengecap kejuaran Liga EPL memang amat-amat menipis, Arsenal sudah pastinya mengharapkan Chelsea mampu menumbangkan Manchester United minggu ini bagi mengikatkan kedudukan kepada 73 mata, sementara kita harus pastikan 3 mata penuh di Britannia nanti untuk mendapatkan 70 mata sekaligus merapatkan jurang kepada 3 mata sahaja ke atas dua pasukan pendahulu liga. Selepas itu, segalanya akan bergantung pada baki perlawanan seterusnya:-

  • Manchester United
    Sabtu - 14 Mei 2011 : Blackburn vs Man Utd
    Ahad - 22 Mei 2011 : Man Utd vs Blackpool

    Chelsea
    Ahad - 15 Mei 2011 : Chelsea vs Newcastle
    Ahad - 22 Mei 2011 : Everton vs Chelsea

    Arsenal
    Ahad - 15 Mei 2011 : Arsenal vs Aston Villa
    Ahad - 22 Mei 2011 : Fulham vs Arsenal

  • Dengan tiket ke Champions League musim depan sudah terjamin dalam tangan, Arsene Wenger tentu-tentu belum mengalah awal dan tidak sesekali berhenti 'tekan pedal' untuk menghambat kedudukan Manchester United dan Chelsea dengan prestasi 'ala-kadar'. Peluang memang la tipis, tapi selagi belum bernoktah....jangan dikibar bendera putih lagi! bedal.

  • Setelah menampilkan aksi tidak terkalah dalam 16 perlawanan sebelum ditamatkan Bolton 2-1 pada 24 April lalu, Kemenangan ke atas Stoke nanti pastinya memberikan The Gunners untuk 'semenkan' tempat ketiga sekaligus menutup angan-angan harapan Manchester City untuk potong di selekoh akhir.




  • Info Terkini Disebalik Tabir Stoke City

  • Striker on-loan Stoke, John Carew dijangkakan kembali memperkuatkan skuad utama Stoke selepas pulih dari masalah belakang. Carew disahkan cergas selepas dimasukkan pada minit ke-81 minggu lalu ketika 0-0 dengan Blackpool minggu lalu.

  • Tony Pulis juga mengharapkan full-back Andy Wilkinson untuk segera pulih selepas kehilangan khidmat Matius Etherington, Ricardo Fuller, Danny Higginbotham dan Mamady Sidibe yang dihantui masalah kecederaan.

  • Dalam carta Liga EPL, Stoke kini berkedudukan di tangga ke-10 dan ketinggalan 24 mata kepada The Gunners, tetapi pastinya berbangga kerana berjaya meloloskan diri sehingga meraih tiket ke final Piala FA untuk bertemu Manchester City.

  • Musim ini, Stoke mempunyai rekod yang sangat baik di stadium Britannia, apabila tidak terkalah dalam 13 perlawanan dan hanya mengalami 4 kali tewas. Sementara The Gunners meraih 8 kemenangan di luar Emirates dan 3 kali tewas.



  • Fakta perlawanan kedua pasukan

  • The Gunners memiliki rekod cemerlang ke atas Stoke apabila memenangi kesemua empat pertemuan di Liga EPL sebelum ini.

  • Kemenangan terakhir Stoke ke atas Arsenal dicatatkan pada 24 Januari 2010 di saingan Piala FA, keputusan akhir kemenangan 3-1 buat The Potters.

  • Jermaine Pennant mempunyai nostalgia membarisi kesebelasan utama ketika menyarung jersi keramat The Gunners ketika menentang Stoke pada saingan Piala FA 2005. Jens Lehmann, Cesc Fabregas, Gael Clichy, Robin van Persie dan Emmanuel Eboue juga turut bermain pada ketika itu.

  • Keeper Arsenal, Wojciech Szczesny yang kini merupakan 'bintang' utama dalam skuad musim ini, membuat kemunculan kali pertama di bangku simpanan skuad utama Arsenal ketika menang 4-1 ke atas Stoke pada akhir musim 2008/09.



  • Info menarik pengadil perlawanan

  • Dari Lancashire, pengadil adalah M R Halsey.

  • Musim ini sahaja, Hasley kendalikan dua perlawanan melibatkan Arsenal. Ketika The Gunners menang 2-0 ke atas Wolves dan 3-0 ke atas Ipwish di saingan Piala Carling.

  • Untuk Stoke, Hasley mengendalikan empat perlawanan setakat ini, ketika 1-1 ke atas Cardiff, Menang 2-0 ke atas Fulham dan Liverpool dan tewas 1-0 kepada Birmingham.

  • Sekitar perlawanan lain di EPL

    07 Mei 2011, Sabtu
  • Aston Villa vs Wigan Athletic; Villa Park
  • Bolton Wanderers vs Sunderland; Reebok Stadium
  • Everton vs Manchester City; Goodison Park
  • Newcastle United vs Birmingham; St James' Park
  • West Ham United vs Blackburn Rovers; Upton Park
  • Tottenham Hotspur vs Blackpool; White Hart Lane

    08 Mei 2011, Ahad
  • Wolverhampton Wanderers vs West Bromwich Albion; Molineux Stadium
  • Manchester United vs Chelsea; Old Trafford

    09 Mei 2011, Isnin
  • Fulham vs Liverpool; Craven Cottage

    10 Mei 2011, Selasa
  • Manchester City vs Tottenham Hotspur; City of Manchester Stadium



  • Berikut adalah poll yang aku buka sejak awal musim - harapan & jangkaan kita kedudukan yang akan Arsenal capai pada musim 2010/11. Kini sepatutnya kita sudah capai di persada liga jika tidak persiakan peluang yang kita ada! contohnya:- ketika baki 3 perlawanan sebelum ini, mendahului liverpool 1-0, tapi akhirnya akur diminit akhir kerana penalti dari kuyt untuk 1-1, kemudian mendahului Spurs 3-1, tapi akhirnya kena akur 3-3.

    Boleh kita katakan, prestasi The Gunners seakan menyusut atau nasib tidak menyebelahi sejak kegagalan di Wembley ketika Final Piala Carling.

    Prestasi selepas gagal di Final Piala Carling dalam semua kejohanan (Champion League, Piala FA & EPL)

    Prestasi terkini kedua pasukan di EPL

    TeamGameMenangSeriKalahJaringanBolosMata
    Arsenal11353171414

    Friday, May 6, 2011

    Exclusive | Jack Wilshere - FourFourTwo

    Bintang muda masa depan Arsenal yang berDNA Arsenal.














    Related Posts with Thumbnails