Monday, July 18, 2011

Transfer News | Gervinho Complete Move to Arsenal

Sah!


Akhirnya, dengan ini sahlah dengan selesainya semua perjanjian kontrak yang tergantung selama ini, dan kini Gervinho sah sebagai signing ke-2 Wenger untuk menempuh musim baru 2011/12 selepas Carl Jenkinson.

Sejauh manakah! Keterujaan Wenger untuk menamatkan rentetan 7 tahun tanpa berpiala ini mungkin dapat kita lihat dengan keaktifan beliau di jendela perpindahan musim ini. Apakah? akan ada signing ke-3 pula yang menyusul selepas ini....tunggu!

Ayuh, kini ikut sedutan video Gervinho dalam kaler Arsenal yang sebenarnya tidak banyak jauh beza dengan kaler Lilie sebelum ini yang juga merah menyala.


Sementara itu, Jack Wilshere dilihat player pertama Arsenal yang mula-mula yang memberikan respond tentang kehadiran Gervinho dalam keluarga The Gunners.




Dibawah dibawakan video temubual kali pertama Gervinho selepas sah mengikat janji dengan The Gunners.

Wednesday, July 13, 2011

Emirates Cup 2011 | Kick-Off - 'Pembuka Cerita Baru Arsenal FC'

Selepas berakhirnya kunjungan 'Arsenal FC Asia Tour 2011'




Arsenal akan memulakan sezen baru dengan Emirates Cup 2011, kali ini agak special sikit pasal kita akan menyaksikan kehadiran lejen Thierry Henry yang akan turut sama hadir dengan pasukannya, New York Red Bulls, selain penyandang jura Liga Argentina sebanyak 23 kali, Boca Juniors dan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain.

Perlawanan akan berlangsung dari 30hb-31hb Julai 2011.

Tuesday, July 12, 2011

Arsenal Asia Tour 2011 | Jom! Ke Bukit Jalil

Mari Beramai-ramai - The Gunners di Malaysia!


Dikhabar sudah 48,000 tiket sudah pun terjual bagi perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia dengan Arsenal.

Venue perlawanan - Stadium Nasional di Bukit Jalil, mampu memuatkan 100,000 penonton, penganjur mengehadkan tiket kepada 85,000.

Pada yang belum mendapatkan tiket perlawanan, Ayuh! segera beli tiket menjadi sebahagian dari 48,000 dengan memeriahkan jemaah menyaksikan bintang-bintang pujaan kita menentang skuad kebangsaan Malaysia 'Tanah Tumpah Darah ku' yang selama ini hanya dapat kita tonton melalui kaca TV dan media cetak!

Pic Of The Day | Arsenal FC travel to Malaysia


Arsene Wenger, Robin van Persie dan Bacary Sagna ketika press conference sempena "Arsenal Asia tour" di Saujana Hotel, Subang, Malaysia.


Sekitar penerbangan ke Malaysia

Tuesday, July 5, 2011

Transfer Rumours | Scholes Harap Nasri Join Manchester United, Jika Inginkan Tropi Kejuaraan

Ada benarnya...


Pemain Pencen pasukan jiran, Setan Merah! Paul Scholes semalam tiba-tiba memberikan komen yang sedikit bernada pedas dan ia aku rasakan ada juga benarnya dari sudut positif buat kelab kesayangan kita, Arsenal.

Scholes yang sudah membulatkan azam 'gantung but' selepas tewas kepada Barcelona dalam final Liga Champions musim lepas, memang dilihat antara pemain Manchester United yang boleh tahan lantang bersuara ketika dia masih aktif bermain terhadap pasukan lawan mereka selain dari Ferdinand dan Evra.

Memetik kenyataan terbarunya kepada The Mirror yang menyentuh mengenai Arsenal:

“Arsenal just flatter to deceive.

“They may play the prettiest football, but it doesn’t always produce the results they need.

“People talk about Arsenal as supposedly the best footballing team in England.

“That doesn’t irritate me, because while they’re doing that, we’re winning.

“They do play the best football to watch at times, but what’s the point of that if you’re not winning anything?

"It doesn’t help, either, that they are potentially going to lose their best players in Fabregas, Nasri and Clichy. Is Nasri coming to United? I hope so!

Scholes juga sempat menyentuh mengenal hal Samir Nasir dengan mengharapkan yang bintang The Gunners yang masih dalam dilema itu, dialu-alukan untuk berjemaahlah ke Old Trafford demi meraih gelaran sekaligus mengisi jawatan kosong playmaker yang telah ditinggalkannya di United.

Transfer News | Clichy confirm ke Eastlands, Samir Nasir Masih BerTeka-Teki?

clichy Kelik!

Memperlihatkan kepada keadaan jual-beli Arsenal ketika ini, memang sadis! Setakat ini cukupkah kita dengan menandatangani 2 budak hingusan dari Barcelona; Jon Toral dan Hector Bellerin yang masing-masing berusia 16 tahun dan Carl Jenkinson yang berusia 19 tahun!

Kesudahannya:

Manchester City dikatakan sudah pun menyelesaikan jual beli pertahanan kiri kita, Gael Clichy, dengan yuran perpindahan sekitar £7 juta seperti apa yang dilaporkan kebanyakan media.

Clichy dilaporkan sudah menjalani ujian perubatan di sebuah pusat perubatan persendirian di Barat Utara England pada hari Isnin dan kini dalam proses akhir untuk memeteraikan perjanjian sekaligus sah keluar dari Arsenal, selepas menabur bakti setia selama lapan tahun di Arsenal dan kempunan sebarang gelaran tropi kejuaraan utama di 6 tahun akhir serbisnya.


Clichy adalah merupakan hasil 'buku cek' pertama bagi pengurus City, Roberto Mancini musim ini sebagai persediaan untuk mengharungi pahit getir hidup di dalam kejuaraan Liga Juara-Juara musim depan.

Jika tiada aral melintang, ada kemungkinan juga seorang lagi pemain Arsenal akan menyertai ke Eastlands. Pemain yang disebut-sebut tak lain nak blah tanak blah Samir Nasri apabila penuh di blog-blog dan media-media tentang spekulasi masa depannya yang tidak menentu sejak berapa menjak ini.
Related Posts with Thumbnails