Saturday, August 27, 2011

Preview Match | The Gunners Bawa Semangat dari Itali ke Old Trafford


Preview Match | Manchester United vs Arsenal, English Premier

Stadium Old Trafford, London
Ahad, 28 Ogos 2011
Astro SuperSport 3 Match Fixtures - Channel: 817
LIVE: 22:00 (waktu Malaysia)

* Pengadil Perlawanan: Howard Webb
* Pertemuan terakhir: Arsenal 1 - 0 Manchester United (01 Mei 2011)
* Pertemuan kedua pasukan: 79 kemenangan berpihak Arsenal, 88 kemenangan berpihak Manchester United, 46 berkesudahan Seri
* Prestasi terkini Arsenal: S-K
* Prestasi terkini Manchester United: M-M-M-M
M = Menang; S = Seri, K = Kalah/ Tewas



Info/Berita Terkini - Arsenal

Kecederaan: Gibbs (hamstring), Squillaci (calf), Wilshere (buku lali), Diaby (pergelangan kaki)
Kedudukan 50-50: Vermaelen (pergelangan kaki)
Pergantungan: Frimpong (satu perlawanan), Gervinho (dua dari tiga), Song (dua dari tiga)

Banyak celanya dengan bakal barisan pasukan yang bakal diturunkan Wenger di Old Trafford nanti. Dengan Emmanuel Frimpong digantung bermain untuk satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning minggu lepas. Alex Song dan Gervinho masing-masing akan menjalani tempoh pengantungan kedua dari tiga perlawanan.

Di sini kita dah nampak cacat skit terutamanya ketiadaan DM bertauliah di bahagian tengah Arsenal ditambah lagi Jack Wilshere yang masih tercedera akibat kecederaan buku lali. Kieran Gibbs pula masih belum siap untuk dikembalikan dalam pasukan juga akibat kecederaan hamstring. Sebastien Squillaci turut cedera, ok! lah tu, kalau ada pun bukan boleh pakai sangat pun. Abou Diaby akan terus direhatkan sehingga betul-betul pulih dan dijangka hanya akan muncul bulan depan. Lagi nak bagi tambah parah keadaan; Itu dia! Ketidaktentuan situasi Vermaelen yang dikhobar mengalami kecederaan pergelangan kaki pada Rabu lepas, dan hanya dapat diputuskan selepas menghadapi ujian kecergasan sebelum berangkat ke Old Trafford.

Yang tinggal cukup cergas pada perlawanan nanti - Pastinya Szczesny! Van Persie! Walcott, Aaron Ramsey.... Huh! Dah ada empat. Selebihnya siapa?

Sagna itupun ada kemungkinan bermain di pertahanan kiri, jadi sudah ada lima...Okay, yang lain...Meh kita ramalkan barisan yang selanjutnya yang boleh Wenger pakai :

Ramalan Line-Up

Szczesny, Jenkinson, Koscielny, Vermaelen, Sagna, Djourou, Ramsey, Rosicky, Arshavin, Walcott, van Persie.

Macam ini punya barisan, formasi dan taktikal cemana yang akan digunapakai. apa pun aku mengharapkan Rosicky dapat menjelmakan aksinya sebagaimana di Udinese tempohari begitu juga pemain yang bakal diberikan kepercayaan untuk dimainkan.



Info/Berita Terkini - Manchester City

Kecederaan: Vidic (calf), Rafael (bahu)
Kedudukan 50-50: Ferdinand (hamstring), Fletcher (virus), Valencia (pergelangan kaki)

Darren Fletcher dilaporkan semakin pulih dari masalah virus, ada potensi untuk diturunkan dalam perlawanan dengan Arsenal nanti bagi mengemudi bahagian tengah Setan Merah. Rio Ferdinand ada bersuara untuk diturunkan bermain apabila ada tanda-tanda positif semakin pulih dari kecederaan hamstring tapi dia perlu bersaing sengit dengan barisan muda Jones dan Smailing yang menampilkan prestasi cemerlang ketika menentang Spurs minggu lalu.

Sedikit berita yang agak melegakan sedikit jentera serangan The Gunners, benteng tengah United yang sering menghantui barisan depan Arsenal selama ini, Nemanja Vidic yang masih dibelenggu kecederaan - tapi itu bukan bermakna ia jalan mudah buat van Persie & co untuk meratah benteng yang bakal diturunkan Sir Alex Ferguson nanti, manakala Rafael Da Silva dengan masalah kecederaan bahu.

Musim lalu, Manchester United memenangi 18 daripada 19 perlawanan liga di Old Trafford, hanya mencicirkan mata ketika seri dengan West Brom pada 16 Oktober. United juga telah memenangi 16 perlawanan liga berturut-turut di laman sendiri dan tidak terkalah bagi 22. - rekod yang cemerlang tu!

Mampukah kita contengkan secalit arang disitu, Ahad nanti jadi penentunya?



Fakta perlawanan kedua pasukan

Rekod yang kurang mesra di pihak Arsenal - Dari enam perlawanan liga terakhir kedua pasukan, Arsenal hanya mampu memenangi sekali jerk! Itu pun ketika Arsenal mengalahkan United 1-0 di Emirates pada awal Mei lalu. Seri pun satu juga, itu pun perlawanan liga musim 2008/09 dengan kedudukan 0-0

Perlawanan yang dimenangi Arsenal di Emirates pada 1 Mei itu, di mana Aaron Ramsey sesatu penjaring tunggal pada perlawanan tersebut dengan gol di minit ke-56. Cesc Fabregas tidak bermain dalam perlawanan itu. Samir Nasri juga dikeluarkan selepas mengalami kecederaan ketika kedudukan masih terikat 0-0. Namun Alex Song, Gael Clichy, dan Jack Wilshere yang juga terlibat dalam kemenangan itu, tapi kali ini tiga nama tersebut tidak tersenarai dengan Clcihy dah pun merantau ke City.

Arsenal pula kalah di kedua-dua lawatan ke Old Trafford tahun lepas, kalah tipis 1-0 dalam liga pada bulan Disember dan 2-0 di Piala FA pada bulan Mac. Gol terakhir Arsenal di Old Trafford adalah hadir dari Andrei Arshavin pada tahun 2009, untuk memberikan Arsenal mendahului 1-0 pada separuh masa kedua sebelum akhir tumpas 2-1. Terima kasih buat Abou Diaby yang mengegar jaring gol sendiri.

Sebelum kemenangan yang dihadir Arsenal pada Mei lalu, United telah berbangga memenangi empat perlawanan berturutan terhadap Gunners. Kemenangan terakhir Arsenal di Old Trafford datangnya pada 17 September 2006. Dan penjaring gol buat Arsenal adalah Adebayor di minit ke-86. Situasi Arsenal musim itu hampir menyamai keadaan Arsenal ketika ini - tiga perlawanan hanya mampu seri dua kali dan kalah sekali. Membuka perlawanan Liga Perdana dengan seri 1-1 dan kemudian tewas pula kepada Manchester City 1-0 dan seri lagi 1-1 kepada Middlesbrough.

Diharap situasi serupa akan terjadi kali ini, Moga bermula dengan kemenangan di Old Trafford ini akan menjadi detik kebangkitan buat The Gunners.



Info menarik pengadil perlawanan

Tentang pengadil ini, tak tau lah aku nak kata - pengadilnya adalah pemain ke-12 buat United; Howard Webb.

Howard Webb mengambil alih perlawanan yang melibatkan Gunners sebanyak dua kali musim lepas, satu perlawanan tersebut ketika Manchester United menang 1-0 hasil gol Park Ji-Sung di minit ke-41. Webb mengeluarkan empat kad kuning dalam perlawanan itu. Senonohnya semua kad kuning tersebut semuanya buat pemain Arsenal.

Selain menghadiahkan United penalti yang kontroversi, namun Wayne Rooney mensia-siakan peluang tersebut dengan menyepak liar. Perlawanan lain, ketika Arsenal menang 2-1 di Everton pada bulan November. Oleh itu, ini pertemuan Arsenal dan Webb selepas lapan setengah bulan.

Lambung: Rooney terima sepakan penalti tak berkat hadiah dari Webb

Sementara itu, Webb musim lalu mengendalikan empat perlawanan melibatkan Manchester United - Semuanya di Old Trafford dan semuanya United menang. amekaw!

Sekitar perlawanan lain di EPL

Sabtu 27 Ogos 2011

Aston Villa vs Wolverhampton Wanderers; Villa Park
Wigan Athletic vs QPR; DW Stadium
Blackburn Rovers vs Everton; Ewood Park
Chelsea vs Norwich City; Stamford Bridge
Swansea City vs Sunderland; Liberty Stadium
Liverpool vs Bolton Wanderers; Anfield

Ahad 28 Ogos 2011


Newcastle United vs Fulham; St. James' Park
Tottenham Hotspur vs Manchester City; White Hart Lane
West Bromwich Albion vs Stoke City; The Hawthorns

Pic Of The Day | Ragam Arsenal Fans “Back Chat”

Gunners Fans tarak passion...ke Samir Nasri maksudkan Gunners Fans tak pandai berfashion...huhuh

Friday, August 26, 2011

Transfer News | Bolton Tolak Tawaran Arsenal Untuk Cahill


Bolton mengesahkan Arsenal ada membuat tawaran rasmi kepada mereka untuk mendapatkan Gary Cahill tapi ia ditolak kerana dikatakan harga antara £6 juta - £7 juta yang ditawarkan Arsenal terlalu rendah.

Apakah pendapat korang? Adakah nilai £6 juta itu harga yang munasabah untuk pemain yang hanya berbaki setahun kontraknya?

Tapi rasanya mungkin aku dapat paham juga apsal Wenger dan Arsene meletakkan harga sedemikian rupa? Ini memandangkan Clichy dijual kepada Manchester City dengan nilai £7 juta dengan pengalaman bermain di Champion League dan mengumpul 11 caps dengan Perancis.

Sementara, Cahill hanya mempunyai tiga caps bersama England dan tiada pengalaman bermain di peringkat Eropah, selain Clichy juga satu tahun lebih tua berbanding Cahill. - Tapi biasalah diorang ini kalau pemain England, harga memang tahap juara World Cup..

Jadi apa tindakan selanjutnya dari The Prof? Dengan tidak sampai seminggu tingkap perpindahan akan ditutup. - In Arsene We Trust before, now and forever...huhu

Champions League : Marseille, Olympiakos dan Borrusia Dortmund halangan The Gunners di Kumpulan F

Selepas Arsenal selesai dalam juang mengatasi Udinese di malam sebelumnya dalam permainan yang mendebarkan, Undian untuk Liga Juara-Juara 2011-12 yang berlangsung di Monaco ini juga secara tidak langsung menjadi rekod baru buat Gunners yang mengekalkan keahlian layak masuk diundi dalam peringkat kumpulan kejuaraan CL untuk tempoh 14 tahun berturut-turut.


Piala idaman: Menjadi rebutan 32 pasukan bertanding

The Gunners telah diundi menentang Marseille, Olympiakos dan Borrusia Dortmund dalam Kumpulan F.

Undian lengkap Peringakt Kumpulan UEFA Champions League 2011/12



Wesley Sneijder: Sebuah perbelanjaan yang tidak mungkin dalam senarai pembelian Wenger

Berita sampingan - pastinya 'omongan kosong' tiba-tiba tersebar khabar yang entah dari mana menyatakan Arsenal dalam risik-sisik menyambar Wesley Sneijder.

Pemain antarabangsa senegara van Persie ini sebelum ini dikaitkan dengan Manchester United, Manchester City dan Chelsea. Sudahnya City lebih berminat membawa masuk Samir Nasri dan Chelsea memilih Juan Mata. Tinggallah Manchester United, namun hingga saat ini masih belum ada perkembangan positif ke arah itu.

Dengan kantung yang memenuh hasil jualan clichy, Eboue, Fabregas dan Nasri - itu tidak mustahil kerana Wenger mempunyai kuasa berbelanja! Namun bila dihitung dengan kuasa amalan jimat cermat yang didokong Wenger selama ini. - Mustahil sama sekali untuk Wenger berbelanja hampir 37 juta Euro untuk menandatangi seorang pemain walaupun atas nama Wesley Sneijder.

Thursday, August 25, 2011

Match Report | Udinese 1 - 2 Arsenal; Goodbye Europe League! Arsenal Layak kali ke-14 ke Peringkat Kumpulan Champions League.

Temui sinar cahaya di lorong yang gelap gelita!

Udinesel 1 : 2 Arsenal
Di Natale ('38) & miss pen ('59) : Robin van Persie ('55) & Theo Walcott ('69)
Vanue: Stadio Friuli
Referee: Olegario Benquerenca


UEFA Champions League Qualifier, Leg 2: Udinese 1 - 2 Arsenal

Arsene Wenger dan Arsenal segera menutup kritikan selepas tumpas 2-0 kepada Liverpool tempohari.

Dengan masalah kecederaan, masalah pergantungan pemain dan isu perpindahan pemain tonggak; Fabregas dan terkini Samir Nasri yang akhirnya memilih Manchester City dengan yuran perpindahan sekitar £24 juta dengan hidangan gaji lumayan £180,000. Skuad muda Arsenal perlu segera berjuang menghadapi 'peperiksaan besar' mereka ini. Namun ujian ketika hadir ke Itali bukan calang-calang dengan sambutan lautan penyokong tuan rumah yang memenuhi segenap ruang Stadio Friuli.

Arsenal akhirnya berjaya melangkah untuk tahun ke-14 berturut-turut ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dengan cara yang mengagumkan berkat gol dari Robin van Persie dan Theo Walcott meleburkan Udinese dengan agregat 3-1 selepas mencatatkan keputusan 2-1 di Friuli.

Mendahului 1-0 dari leg pertama, Arsenal masih goyah untuk mejamin tiket ke Liga Juara-Juara dalam gengaman, peluang kedua-dua pasukan dilihat masih terbuka! nyata ianya berasas apabila Arsenal menempatkan diri dalam mood penuh tekanan selepas Antonio Di Natale tampil pada minit ke-39 untuk memimpin perlawanan dengan kedudukan 1-0 sekaligus menutup babak pertama pada kepada kedudukan agregat 1-1 selepas melakukan tandukan lambung, mengamamkan Szczesny di pintu gol tanpa dapat dihitung ke mana hala arah bola.

Masuk babak kedua, Wenger, yang berjaya dalam rayuannya terhadap pengharaman untuk berada di barisan tepi pemain dari UEFA bagi membolehkannya untuk berperanan dalam perlawanan sepenting ini, segera menambah kreativiti di barisan tengah dengan memasukkan Rosicky menggantikan Frimpong. Nyata percaturan Wenger berhasil, corak serangan Arsenal kembali 'hidup' dan membuat Arsenal berhasil mencari gol penyamaan di minit ke-55 menerusi Robin van Persie hasil umpanan menarik dari Gervinho dari sudut kiri sebelum menolak bola tepat ke arah pusat petak penalti yang segera ditamatkan van Persie dengan sempurna. Gol tersebut segera meletakkan tuan rumah dalam keadaan rapla-jingga kerana mereka harus mencetak 2 gol untuk melayakkan mereka peringkat seterusnya di Liga Juara-Juara.

Gol penyamaan: Bola hinggap dikaki VIP Persie, pasti tidak mengecewakan


Udinese punya peluang terbaik selepas pengadil perlawanan, Olegario Benquerenca dari Portugal pantas melihatkan kesalahan Thomas Vermaelen yang bola terkena tangan dan menghadiahkan sepakan penalti. Wenger seharusnya juga patut mengucapkan terima kasih kepada keeper muda Wojciech Szczesny yang menampilkan aksi mantap untuk menidakkan penalti dari Di Natale ketika berkedudukan 1-1.

Selepas itu, Walcott segera menguburkan sisa harapan Udinese pada minit ke-70 - Gol yang berpunca dari permainan 1-2 Walcott dan Sagna seterusnya Walcott mengunakan larian kencangnya melarikan bola melepasi kekangan pertahanan lawan dan melepaskan tendangan tanpa mampu dihalang Handanovic yang tampil mantap pada perlawanan tersebut

Dan tidak semedang itu juga, Wilshere yang di tinggalkan di London akibat kecederaan segera meng'update' status twitternya dengan:

Champions league football for another year....yes please!


Kedudukan 1-2 bertahan sehingga wisel penamat.

Selepas tamat perlawanan, Wenger mengulas panjang lebar ketika ditemubual ITV1:
"There are many questions around our club, if we had gone out tonight it would have been much worse. It was important not financially, like many people have said, but more for the fact we want to play at the top level."

Speculation has surrounded Arsenal's ability and intent to compete in the transfer market ahead of next Wednesday's deadline, but Wenger said: "We work very hard, I have said that many times, but we have many players out as well so I think we can be very positive as well.

"There may be signings but I cannot give you any names tonight. I cannot lie and say we sign somebody tomorrow."

Line-up Arsenal (4-2-3-1): Szczesny 9; Jenkinson 6, 6, Djourou Vermaelen 6, Sagna 6; Song 6, Frimpong 6 (Rosicky 46, 6); Walcott 8 (Arshavin 90), Ramsey 7, Gervinho 9 (Traore 85); van Persie 8.
Subs (tidak digunakan): Fabianski, Oxlade-Chamberlain, Chamakh, Miquel.

VIDEO: All goals, Udinese 1-2 Arsenal, Leg 2, Champions League 2011/12



MAN OF THE MATCH:
Gervinho (Arsenal): Szczesny sesatunya pencabar terhampir buat Gervinho apabila aksi menyelematkan sepakan penalti menjadi titik tolak kepada kebangkitan emosi dan semangat pemain Arsenal. Pemilihan Gervinho sebagai MOTM bukan semata-mata sumbangan alam gol pembukaan. Tapi juga peranan yang dimainkan dalam memberikan Arsenal satu dimensi corak serangan yang bervariasi.

Wednesday, August 17, 2011

Match Report | Arsenal 1 - 0 Udinese; Jentera Serangan Kurang Sengat Tanpa van Persie

Menang dengan Kegelabahan...

Arsenal 1 : 0 Udinese
Theo Walcott ('4) : -
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: Kevin Blom


UEFA Champions League Qualifier, Leg 1: Arsenal 1 - Udinese

Bekalan kemenangan 1-0, itulah defisit gol yang bakal Arsenal bawa ke perlawanan timbal balik di Stadio Friuli, Udine, Itali nanti.


Arsenal (4-1-2-3): Szczesny; Sagna, Koscielny, Vermaelen, Gibbs; Song, Ramsey, Rosicky; Gervinho, Chamakh, Walcott.

Subs: Fabianski, Oxlade-Chamberlain, Djourou, Arshavin, Frimpong, Jenkinson, Bendtner.

Aksi awal permainan terus cepat panas dalam tempo permainan yang pantas, buktinya di awal seminit permainan bermula satu kad kuning sudah dikeluarkan pengadil perlawana, Kevin Blom terhadap pemain Udinese, Joel Ekstrand.

Gol pantas terus dijelmakan Arsenal sekaligus mengembirakan sekalian penonton yang hadir di Emirates, bermula dari satu serangan balas yang cukup menarik yang dibangunkan pemain-pemain Arsenal, yang diakhiri dengan sentuhan Theo Walcott di depan gawang Udinese selepas memanfaatkan umpan kemas dari Aaron Ramsey, 1-0 untuk Arsenal di minit ke-4.



Raikan gol nan sebijik: Sagna, Ramsey, Walcott & Gervinho saling berpelukan selepas Walcott membuka tirai gol

Mengembalikan kepercayaan diri The Gunners tanpa bayangan Cesc Fabregas yang selama 6 tahun kebelakangan ini banyak membuat pengaruh besar terhadap permainan Arsenal bukannya mudah! namun kerja sama Song, Ramsey & Rosicky di bahagian tengah tampak masih tetap terjalin kemas.

Permainan Arsenal terus berkembang, tekanan yang diberikan terhadap pasukan pelawat terus meningkat, namun Arsenal dilihat perlu banyak-banyak bersabar untuk menambah gol, jelas ketiadaan kapten baru, Robin van Persie yang sedang menjalani tempoh pergantungan satu perlawanan dirasai bila mana serangan Arsenal kelihatan pudar dan tumpul. Chamakh jelas seperti penumpang di tengah padang - tidak mampu mengalas tanggungjawab yang ditinggalkan van Persie (adakah akibat faktor puasa!).

Jadi persoalan mungkin mula berlegar - Mungkinkah van Persie mampu terus fit sepanjang musim ini jika berdasarkan rekod perubatannya yang banyak MC? Siapa lagi yang boleh mengambil alih peranan mencari gol buat Arsenal dengan Bendter sudah tidak punya jati minat bermain dengan Arsenal, Vela dilepaskan secara pinjaman ke Real Socided...Tinggal anak muda Joel Campbell yang belum pasti kemampuannya di peringat tertinggi seperti ini.

Pongeh!: Benteng Udinese gigih menghalang cubaan dari Chamakh

Nasib serupa juga dengan Udinese, pemergian Alexis Sanchez ke Barcelona, kelab yang sama dengan Cesc, tidak membuat Udinese mati kutu.

Meskipun ketinggalan satu gol, Udinese yang layak ke peringat play-off Champion League atas tiket menduduki posisi keempat di Serie A terus cuba memberikan kualiti terbaik yang mereka ada.

Hampir saja dari satu tendangan bebas dari Antonio Di Natale dari jarak 30 meter membuat pemain Arsenal tergamam kaku, nyata tiang gol menjadi penyelamat membuat Wojciech Szczesny menarik nafas lega.

Babak pertama, permainan dilihat terbuka dengan kedua pasukan cuba untuk memenangi perlawanan pertama ini dengan silih berganti melancarkan serangan - Arsenal menggunakan formasi 4-1-2-3 manakala Udinese dengan 4-1-4-1.

Udinese sekali lagi menerusi gerakan solo dari Pablo Armero dari tengah padang menggunakan kemampuan gelecek dan kelincahannya memecah benteng Arsenal, namun sayang! produk akhir Armero kurang sempurna, bola mudah dipatahkan Szczesny.

Arsenal terus kebal mempertahankan kedudukan 1-0 sehingga minit ke-30. Tapi Di Natale hadir lagi menguji Szczesny dengan cubaan kaki kirinya, tapi cubaannya sedikit melencong di sebelah kiri gawang Arsenal.

Perlawanan terus berlangsung kompetatif! Arsenal keluar lega ke bilik rehat selepas selesai mengharungi 45 minit babak pertama dengan kedudukan 1-0.

Awal babak kedua, Arsenal segera menggantikan Kieran Gibbs dan digantikan Djohan Djorou akibat cedera. - Mudah benar si Gibbs ini mengalami kecederaan! Adoiyai, Ini baru awal musim! cemana nak harungi musim yang masih panjang ini.

Keputusan memasukkan Djorou amat tepat, lima minit kemudian, Djorou muncul sebagai penyelamat menutup peluang besar Udinese melalui tendangan Di Natale.

Namun sayang, kelibat Djorou tidak bertahan lama! tak sampai 10 minit panaskan padang, Djorou pula segera dikeluarkan dilaporkan mengalami masalah hamstring dan digantikankan Carl Jenkinson yang merupakan penampilan pertamanya di perlawanan kompetatif - Tahniah Jenkinson.

Perlawanan berterusan menarik dipertonton kedua pasukan yang silih menyerang balas -

Kali ini muncul pula Szczesny menampilkan aksi melayakkan beliau pilihan tepat sebagai "Keeper No.1 Arsenal" apabila menghalang peluang Udinese mencuri 'gol away' dari tendangan deras Mauricio Isla yang melewati kekangan Jenkinson.

Kembali sekali lagi Antonio Di Natale terus memainkan watak duri dalam kurma yang cuba untuk mencatatkan nama selaku penjaring gol di Emirates, mencuba nasib dari tendangan bebas cantiknya yang hampir membuahkan gol penyamaan, namun semalam 'hari unggul' buat Szczesny yang berjaya menepis keluar tendangan deras Di Natale.

Di baki akhir 10 minit babak kedua, Udinese terus memberikan tekanannya pada Arsenal, peluang berikutnya tiba melalui cubaan deras Giampiero Pinzi tapi meliar di sebelah kiri gawang Szczesny.

Hampir-hampir saja satu kesalahfahaman berlaku, pengadil perlawanan Kevin Bloom yang sepatutnya menunjukkan isyarat untuk tendangan gawang untuk Udinese, tapi 'masuk air' apabila memberikan isyarat tendangan penalti.

Di minit-minit akhir perlawanan satu gerak kerjasama antara Gervinho dan Theo Walcott hampir-hampir saja mampu membuahkan hasil gol tambahan dengan pencinta Arsenal di Emirates sudah bersedia untuk bersorak, penamat lemah dari Walcott mengecewakan! , Samir Handanovic kekal fokus dan berhasil mengagakkan cubaan tersebut. - Kedudukan tamat Arsenal menang tipis 1-0 atas Udinese.

Transfer News | Emmanuel Eboue Bawa Haluan Ke Galatasaray; Carlos Vela Dipinjamkan ke Real Sociedad

Pergi lagi....


Memori Yang Usang: Saat bahagia ketika Emmanuel Eboue, Cesc Fabregas bersama meraikan gol kedua jaringan Carlos Vela ketika menentang Braga di kempen Liga Juara-Juara peringkat Kumpulah H di Stadium Emirates- 15 Sept 2010

Fullback Emmanuel Eboue akhir memilih jalan keluar berpindah ke kelab berpengkalan di Turki Galatasaray dengan nilai perpindahan yang dipercayai sekitar £ 3.5 juta - £ 4 juta. Eboue, dikenali sebagai pemain multi-guna yang boleh bermain dalam pelbagai posisi antaranya bek kiri, sayap kanan, dan di tengah - menamatkan ikatan di Arsenal selepas 6 tahun dengan 214 penampilan.

Eboue dilaporkan adalah pemain yang mempunyai karektor penghibur juga sedikit gila-gila alias badut sarkas, dan itu menjadikan dia sangat popular dan disenangi ramai pencinta Arsenal. Di Arsenal, Eboue mempunyai beberapa detik cemerlang yang sangat diingati ketika menyarung jersi The Gunners antaranya ketika dia mencetak gol dari serangan balas ketika menentang Porto, namun, beliau lebih diingati oleh ramai ketika menjadi punca tercetusnya sepakan penalti apabila menjatuhkan Lucas Leiva secara tidak disengajakan di minit ke-100 ketika menentang Liverpool, dan sekaligus menjadi titik akhir sisa harapan untuk mengejar kejuaraan Liga Perdana musim lepas , dan menerima cemuhan dari luar padang dalam penampilan buruknya di Wigan. Dengan kemasukan Carl Jenkinson ia seolah-olah menunjukkan isyarat jalan keluar buat Eboue yang dilihat sebagai lebihan kepada keperluan di bek kiri,

Pemergian Eboue ini menjadikan dia adalah pemain ke-3 dari skuad utama yang meninggalkan Arsenal pada musim panas ini selepas Gael Clichy dan Cesc Fabregas.

Apa-apa pun terima kasih buat Eboue dan mudah-mudahan dia mendapat peluang bermain yang lebih besar di Turki.

Sementara itu, Arsenal telah juga mengesahkan bahawa Carlos Vela dan Pedro Botelho akan dilepaskan secara pinjaman ke Sepanyol. Vela akan menyertai Real Sociedad, manakala Botelho, akan menyertai sebuah kelab baru yang baru promoted, Rayo Vallecano.

Nampak seperti ini, mungkin kali terakhir kita akan lihat Vela, ada kemungkinan dia akan terus angkat kaki terus dari Arsenal selepas gagal untuk menempatkan diri secara konsisten di barisan utama Arsenal.

Monday, August 15, 2011

New Era | Persienator - Captain & Vice captain

Kini....

Pic Of The Day | Cesc Fabregas - Putus Sudah Ikatan Kita?

Cesc - kini kau milik Barcelona...yang ko nak sangat!

Dibawah ini dibawakan beberapa keratan gambar Cesc pada sesi bergambar bersama Barcelona. Ayuh! kita lihat detik-detik gembira buat Cesc bersama jersi belang biru/merah; tapi yang taklih blah untuk aku! Semoga kau berjaya seperti apa yang kau harapkan!

Apa yang aku harap! Arsene akan dapat bawa skuad kini tanpa bayangan Cesc sehingga peringkat kita akan berjumpa Barca sekali lagi di Champions League! Kita musnahkan Barca...!


















Tuesday, August 9, 2011

Video | Tackle Ezequiel Garay Terhadap Robin Van Persie

Video link yang diminta oleh teman kita dosh - tackle yang dilakukan Ezequiel Garay kepada Van Persie.

Kecederaan buku lali yang dialami pada sabtu lepas ketika menentang Benfica dalam friendly match yang berakhir Arsenal tewas 2-1. Terjahan keras oleh pemain pertahanan Benfica Ezequiel Garay nyata membuatkan Van Persie jelas tidak gembira dan dia mempunyai hak untuk melenting.

Kalau menurut video, ia kelihatan seperti bukan satu tackle yang amat dahsyat...tapi bagi Van Persie yang bereputasi kaki kaca, ia sudah dikira melampau bahaya! Van Persie dijangka perlu direhatkan sekurang-kurangnya satu atau dua minggu untuk tackle sebegini....bayangkan kalau patah cam Ramsey! Sesilap terus bersara!

Transfer News | Oxlade-Chamberlain Sah Signing Ke-3 Dengan Nilai £12m



Prospek muda berbakat: Oxlade-Chamberlain hadir dengan reputasi tinggi dalam usia muda, disamakan dengan Theo Walcott.

Akhirnya termeterai juga perjanjian antara Arsenal dan Southampton untuk penyerang muda berbakat berusia 17 tahun dengan nilai perpindahan mencecah £12m, yang merupakan pemain ketiga dibawa masuk ke Emirates musim ini menyertai Gervinho dan Carl Jenkinson.

Kehadiran Oxlade-Chamberlain ini pula seperti menunjukkan isyarat arah keluar buat beberapa bintang The Gunners antaranya mungkin Samir Nasri yang sedang panas dengan desas-desusnya ke Manchester City dengan nilai £20m yang dijangka bakal berlaku dalam beberapa minggu akan datang.

Mengenai perpindahan ke Arsenal, menurut Oxlade-Chamberlain:

'I'm so excited to be joining Arsenal. It's a fantastic club and I'm really looking forward to the opportunity of playing football at the highest level.

'Arsenal have a great manager in Arsene Wenger, top quality players and an attractive style of play. These were all important factors in me choosing to sign for Arsenal.
Oxlade-Chamberlain yang sebelum ini juga menjadi minat dari Manchester United, Manchester City dan Liverpool akan segera didatangkan secara terus ke dalam pasukan utama dan akan segera memulakan latihan bersama skuad utama. Dalam usia 17 tahun, beliau hadir dengan reputasi yang digembar-gemburkan media Inggeris yang dia seorang pemain yang hebat dan mempunyai prospek tinggi dimasa depan, setelah menunjukkan prestasi cemerlang pada penampilannya bersama dengan Southampton musim lepas, menjaringkan 10 gol dan 9 assist dalam 34 penampilan, dan sekaligus membantu Southampton untuk melonjak ke liga Champinship musim lepas.

Jaminan samada ada dia mampu untuk segera menyesuaikan diri mengharungi dengan keadaan di Liga Perdana masih belum dapat dipastikan, namun dengan faktor saiz dan laporan mengenai kualiti yang ada pada dia dan yang paling penting kekurangan rekod kecederaan, Mungkin sekiranya segalanya berjalan dengan lancar seperti apa yang dirancangkan, dia akan sekurang-kurangnya akan mampu mememainkan peranan yang penting untuk musim ini sekaligus menurut jejak Theo Walcott yang juga dibawa Wenger dari produk akademi Southampton.

Selesainya hal Oxlade-Chamberlain, apa yang dinantikan kini oleh semua pencinta Arsenal mungkinkah akan ada signing ke-4 yang lebih penting di benteng pertahanan selepas kecederaan melanda Thomas Vermaelen, antara yang disebut-sebut Phil Jagielka (Everton), Gary Cahill (Bolton), Christopher Samba (Blackburn), dan terkini Per Mertesacker.

Monday, August 8, 2011

Transfer News | Arsene Bersiap Bawa Pemain Super Quality ke Emirates


Super Quality?: Kehadiran Per Mertesacker dijangkakan mampu tampung kerapuhan benteng Arsenal

Ditanya tentang transfer, Wenger menjawab:

"Ideally I would have finished all [our business], but it doesn't work like that, We work very hard, we are non-stop working throughout the summer."

"It's all kinds of things you meet during the transfer market, but I can understand the impatience of people."

Wenger juga menambah;

"We want to add not quality, but super quality. We hope to give you some good news soon. Next week, something might happen."
Berikut ada beberapa senarai pemain yang dikaitkan dengan Arsenal sejak kebelakangan ini:-

Phil Jagielka (Everton), Gary Cahill (Bolton), Christopher Samba (Blackburn), Scott Dann (Birmingham), Joel Campbell (Saprissa) dan terkini Per Mertesacker (Werder Bremen)- Adakah senarai ini cukup menepati piawaian status 'super quality' yang dinyatakan Wenger untuk dibawa ke Emirates!

Mertesacker dilaporkan sekitar £6 juta

Werder Bremen secara kasar menyatakan sedia mendengar sebarang tawaran dari kelab yang berminat untuk mendapatkan khidmat Per Mertesacker yang bakal memasuki tahun akhir kontraknya, Ini termasuklah Arsenal yang sebelum ini penah meluahkan hasrat serius untuk membawa bintang yang sudah mengkoleksikan penampilan 75 caps bersama skuad kebangsaan Jerman.

Dalam situasi serba payah dalam menyelesaikan kemelut untuk memperoleh persetujuan bagi mendapatkan Phil Jagielka dari Everton dan Chris Samba dari Blackburn. Oleh itu! Nampaknya, mungkin Arsene dan Arsenal boleh mengalih tumpuan yang tampak agak baik untuk menandatangani bintang antarabangsa Jerman yang berusia 26 tahun ini.

Merujuk kepada kenyataan Bremen General manager, Klaus Allofs:

“We are willing to discuss a transfer for Per.

“We have promised him we will listen to serious offers.”

Sunday, August 7, 2011

Pre-Season Friendly | Benfica 2 – 1 Arsenal; Awal Mendahului Lawan, Akhirnya Tumpas

06 Ogos 2011 (Friendly) Benfica 2-1 Arsenal

Kena Sound: Robin van Persie tak puas hati terhadap 'tackle' Garay.

Biasa sangat pulak dah! semacam satu 'amanah' yang harus disempurnakan plak! asal balun gol awal pehtu musti bagi tim lawan kejar balik...huhu..walaupun ini sekadar friendly match, kot yer pun kerap plak berlakunya, asal mendahului lawan jer, kemenangan belum pasti dapat dijanjikan walaupun di satu ketika mendahului dengan 4 gol (ingat! lagi newcastle) lagi plak kalau 1 gol. The Gunners pasti akan berputih mata - kalau tak seri....kalah la jawabnya.

Begitulah keputusan yang berlaku di Portugal yang merupakan perlawanan pra-musim terakhir buat Wenger membuat keputusan akhir mengenai skuad yang bakal diturunkan bagi menghadapi perlawanan pembukaan EPL menentang Newcastle (13 Ogos) - keputusan akhir memihak tuan rumah, Benfica 2 - 1 Arsenal.

Robin van Persie, yang menyambut ulang tahun 28 tahun terus 'tajam' di depan gol - sangat tidak mengecewakan performance beliau sepanjang pra-musim ini - harap kekal fit jer sepanjang musim nanti, memang selamba boleh bungkus 20 gol semusim kalau prestasi sebegini dikekalkan, beliau membuka jaringan 10 minit sebelum rehat selepas menyelesaikan hantaran silang dari Kieran Gibbs.

Babak sebelum keluar rehat, Arsenal dan Wenger bernasib baik terhindar dari malapetaka - satu tackle marabahaya dari pemain Benfica, Ezequiel Garay terhadap penyerang rapuh-tertulang, Robin van Persie - Ulang tayang menunjukkan ia satu insiden yang menyakitkan, namun keadaan agak panik ketika van Persie bangkit memegang lututnya, biasanya kalau cam itu memang dah confirm berbulanlah cutinya si van Persie ini, syukurlah beliau bangkit dan dapat meneruskan permainan sebelum diganti oleh Marouane Chamakh pada separuh masa.

Masuk babak kedua, pengurus Arsenal, Arsene Wenger segera membawa masuk beberapa pemain simpanan sekaligus menukar tempo permainan Arsenal - Ini merupakan taktikal dirancang awal oleh Wenger bagi melindungi pemain utama dari tercedera menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana sabtu nanti.

Keadaan itu segera diekploitasi barisan Benfica apabila mula mengawal perlawanan dengan Pablo Aimar dan Nolito, masing-masing menjaringkan gol pada minit ke-46 dan 60 hasil dari kawalan longgar dari Gibbs dan Sebastien Squillaci. - Aku tak pastilah! asal jer si Squillaci ini masuk bermain pasti huru-hara barisan benteng Arsenal. Goyang semacam!

Barisan yang awal diturunkan: Szczesny, Sagna, Gibbs, Vermaelen, Djourou, Rosicky, Song, Van Persie, Ramsey, Gervinho, Arshavin.

All Goals & Match Highlights 06/08/2011 (Friendly) Benfica 2-1 Arsenal

Saturday, August 6, 2011

Pic Of The Day | Arsenal Training Session; 05 Ogos 2011

Pre-season Friendly - Benfica v Arsenal

Sesi training Arsenal bagi persiapan perlawanan persahabatan menghadapi Benfica di Portugal- game berlangsung pada 7.45pm (UK time)

Turut kelihatan cesc 'si homeless guy' - macam-macam hal la ko ini cesc; kapten apa camni? masa depan dengan The Gunners pun lum diputuskan lagi, sezen pun nak mula? elok jer ko membisu! adoiii....cuba la sekali keluar statement "Me quedaré en el Arsenal esta temporada" (dalam bahasa: Saya akan kekal dengan Arsenal musim ini - kalau salah; sila salah kan google translate)- senang kan! kasi media sepanyol paham...pep guardiola paham, Valdes-Pique-Puyol-Xavi-Iniesta pu paham!



Champions League Play-off | Arsenal Tembung Udinese

Champions League Play-off

Harapan & Matlamat: The Fußball Arena München yang merupakan venue pilihan untuk final UEFA Champions League musim 2011-2012

FC Twente, Rubin Kazan, Udinese, FC Zurich dan Odense. - Berikut antara salah satu pasukan yang bakal dihadapi The Gunners untuk merebut satu tiket ke peringkat final kualifikasi Liga Champions musim 2011-2012! Namun selepas selesainya pengundiaan Arsenal akhirnya ditemukan untuk berhadapan dengan sebuah kelab dari Serie A, Udinese. - Arsene dan Arsenal perlu berhati-hati, jangan pandang mudah dengan pasukan ini, untuk rekod 5 tahun yang lepas pasukan ini dilihatkan banyak meningkat dengan menghabiskan musim di Serie A di tangga ke-15, 7, 7, 10 sebelum melonjak ke top 4 musim lalu. Pasukan ini disamakan lebih kepada Villa, Spanish clubs bukan Aston Villa.

Menghadapi Udinese yang menghuni tangga ke-4 Serie A 2010-11, Arsenal akan tampil sebagai tuan rumah terlebih dahulu di Stadium Emirates yang dijangkakan pada 16 Ogos ini kemudian akan membuat lawatan balas pada 24 Ogos di Stadium Friuli.

Arsenal dijangka akan menghadapi Udinese dengan skuad 'sedikit tempang' tanpa kehadiran dua bintang, Samir Nasri dan Robin van Persie yang perlu menjalani satu pergantungan selepas dikenakan 2 kad kuning ketika tewas kepada Barcelona 3-1.

Sementara itu, situasi kapten Cesc Fabregas masih dalam keraguaan dan dilihat sedikit sebanyak mampu menganggu gugat perancangan Wenger serta keharmoniaan dan keamanan dalam pasukan dengan hal-hal perpindahannya ke Barcelona yang tak sudah-sudah! Aku Jelak! muaakkkk! Andainya Fabregas tampil turun pada fasa kualifikasi ini, maka Fabregas tak akan dapat bermain untuk Barcelona di Liga Champions kerana atas faktor berstatus cup-tied, ini sekiranya rumours perpindahannya ke Nou Camp benar-benar berlaku.

Sementara itu, skuad kendalian Francesco Guidolin, Udinese juga bakal tampil dengan beberapa muka baru antaranya pemain under-21 Itali yang dijangkakan akan jadi star Diego Fabbrini - ia diwar-warkan ada punyai persamaan dengan Sanchez, Sergio Piccoli Neuton yang dibawa dari Gremio - seorang pertahanan versatile yang digelar ‘The Man of Ice’ serta adik kepada Mohamed Sissoko - Abdoul Wahlid Sissoko bagi menampung ketiadaan kelibat key players musim lalu yang berhijrah keluar - Alexis Sanchez yang menyertai Barcelona, Gokhan Inler ke Napoli dan Cristian Zapata kini sah ke Villareal.

Berikut hasil undian play-off kualifikasi Liga Champions 2011-12.

Friday, August 5, 2011

Special Video | Arsenal Members Day 2011; Szczesny Saves

Arsenal Members Day 2011


Walaupun boleh dikatakan ia bagai aksi latihan bersahaja, saves yang dilakukan Szczesny pantas mencuri tumpuan lensa video ketika Arsenal Members Day 2011.

Keeper muda asal Poland yang berusia 20 tahun ini dijangka akan mengenggam erat selaku benteng terakhir The Gunners di musim baru ini. Dengan susuk tubuh yang seimbang besarnya, punya reflex ala kucing, dan sangat berkeyakinan ketika menghadapi situasi one-on-one ala Peter Schmiechel. Rasanya posisi keeper bukan masalah buat Arsene dan The Gunners untuk masa mendatang.


Prospek masa depan Arsenal:Wojciech Szczesny dan Benik Afobe

Thursday, August 4, 2011

Special Video | Live Stream of Members Day 2011 on Arsenal Player

Bob Wilson ketika menemubual Arsene Wenger di Members Day 2011

Pic Of The Day | Arsenal Support Save the Children

Save the Children adalah sebuah organisasi terkemuka yang terlibat khusus untuk memelihara hak kanak-kanak di dunia dan memiliki hampir 28 cawangan serta beroperasi di lebih dari 120 negara.


(Source: arsenal.com)

Monday, August 1, 2011

Match Report | Arsenal 1 - 1 New York Red Bulls; King Henry Buat The Gunners Kempunan Tropi Pra-musim

Emirates Cup 2011

Arsenal 1 : 1 New York Red Bulls
Robin van Persie ('42) : Kyle Bartley (og '84)
Vanue: Emirates Stadium, England
Referee: K Friend (England)


Edisi report ringkas!
Walaupun ia Emirates Cup! Tropi Pra-Musim....sekurang lih jugalah jadi tropi pembuka selera musim 2011/12 ini...

Sekali lagi...ini dan berapa kali sekali entah! selepas The Gunners membuang tuah ketika unggul dua gol sehingga akhirnya rela berkeputusan seri 2-2 dengan Boca Junior. Arsenal juga semalam gagal lagi menghirup mata penuh ketika menghadapi New York Red Bulls sehingga trofi Emirates Cup melayang terbang ke wakil dari MLS tersebut. - buat tangan buat King Henry dari Emirates!

Arsenal seperti biasa sekali lagi melakukan semua perkara yang betul dan sepatutnya selama 60 minit awal ketika menentang NY Red Bulls. Dengan bahagian pertahanan yang dikepalai Laurent Koscielny dan Thomas Vermaelen dilihat tersusun rapi dan terkawal, The Gunners banyak mencipta peluang dan mensia-siakan peluang juga, melancarkan serangan untuk mendapat gol, dan dengan agresif menekan pihak lawan, membuatkan King Henry & Red Bulls 'mati kutu' daripada membuat apa-apa jenis serangan. Tapi kena maklumlah! Thierry Henry tidak seperti dulu...dia yang makin dimamah usia dilihat jauh sangat dari Henry yang dulu menyarung jersi The Gunners, tidak lagi kelihatan larian-larian pantasnya dari sudut luar tapi sesekali memperagakan skil individunya. Kalau kena zaman kegemilangannya...mau terjerangkang pertahanan kita dikerjakannya....! - Thierry Henry tetap dalam kenangan!
Related Posts with Thumbnails