Arsenal 3 : 2 Aston Villa
Robin van Persie (PEN '54 & '61), Theo Walcott ('56) : Richard Dunne ('33), Darrent Bent ('45)
Venue: Emirates Stadium, England
Referee: Mike Jones
Robin van Persie (PEN '54 & '61), Theo Walcott ('56) : Richard Dunne ('33), Darrent Bent ('45)
Venue: Emirates Stadium, England
Referee: Mike Jones
Tapi kali ini punya menang, memang dasat punya comeback! Arsenal sebentar tadik segera menterbalik keadaan di awal babak kedua selepas tertinggal dua gol di separuh masa. Tiga gol tercipta hasil kerja kurang dari 15 minit, dua hadir dari kaki kiri kapten fantastik kita, Robin Van Persie pada minit ke-54 dan 61 sementara gol penyamaan dari Walcott pada minit ke-56. Sekaligus membawa Arsenal memimpin jaringan 3-2 ke atas Aston Villa dalam pusingan keempat Piala FA.
Seperti biasa, Kapten Arsenal Robin Van Persie memulakan tirai gol kebangkitan dengan mengecilkan kedudukan menjadi 1-2 selepas Ramsey dijatuhkan oleh Dunne di dalam kotak penalti Aston Villa. Pengadil perlawanan, Mike Jones segera memberikan isyarat penalti.
Sayang Unkel Henry...nak dukung |
Selang dua minit kemudian, larian individu Walcott dari sayap kanan Arsenal menjadi punca gol penyamaan tercipta, setelah tendangannya di sudut sempit mengenai pemain Aston Villa, namun bola yang segera mahu dikeluarkan melantun pula ke arah Walcott lalu masuk ke gawang Given, seterusnya merubah kedudukan menjadi 2-2.
Arsenal selepas itu dilihat terus bernafsu, sehingga tiba di minit ke-61, sekali lagi Arsenal dihadiahkan penalti kedua, Kali ini tindakan dari Bent menjatuhkan bek Arsenal Koscielny yang membantu serangan di sayap kiri. Mike Jones memang tidak ada sebab untuk tidak memberikan penalti yang tidak disia-siakan oleh Robin Van Persie.
Arsenal memulakan aksi babak kedua dengan ketinggalan 0-2. Dengan Aston Villa menganas mengoyak gawang Arsenal dari gol lewat oleh striker Darren Bent di minit ke-45. Gol berpunca dari serang balas pantas dari Aston Villa.
Bent yang menerima bola di sayap kiri pertahanan Arsenal pantas melepaskan tendangan ke arah gawang Arsenal. Namun, bola sempat ditahan Fabianski, tapi bola muntah tepat di kaki Bent yang kembali menolak ke arah gol. Kedudukan 2-0 melegakan Aston Villa untuk mengakhiri separuh masa pertama.
Aston Villa mengejutkan Arsenal dengan gol awal bermula dari tendangan sudut pada minit ke-33. Gol diciptakan oleh tandukan Richard Dunne. Ironinya kedua-dua penalti yang dihadiahkan kepada Arsenal berpunca dari Dunne dan Bent.
Kalau diikutkan sebenarnya Arsenal lebih banyak menekan di separuh masa pertama lagi. Tapi seperti biasalah kawal permainan, gol tak buat! Padah! Antaranya cubaan Walcott di minit ke-12 dan di minit ke-19 apabila Walcott mencipta peluang dengan mendrible bola melepasi kawalan pertahanan Villa, kemudian membuat umpanan silang tepat melintas di depan gawang Given. Namun tak ada seorang pun pemain Arsenal yang sedia menyambut.
Di minit ke-35, Arsenal juga mengancam kubu Villa dengan cubaan Rosicky selepas menerima bola muntah di luar kotak penalti, tapi tendangan yang dilakukan Rosicky berjaya diselamatkan Shay Given.