Thursday, August 19, 2010

Transfer Rumours | Wenger Buka Bazaar Ramadhan


Berita yang tidak dapat dipastikan kesohehan samada benar atau tidak, Tapi menurut laporan bintang Muda Arsenal terus laku bak 'Juadah Bazaar Ramadhan' apabila kali ini Leed United cuba ingin melamar Henri Lasbury.
Jual-Jual, Jual-Jual! Sini bang! Sini kak....Dik!...mai....maiii
Arsenal aku tengok dah cam Pemborong MyDin Plak?
Dah abis Player tua tolak free, fuh! kaya...kaya!
Player Budak Sana Jual, Sana Loan, Lelama Sok! Dengan Stadium Pun Jual,

Al-Maklumlah Wenger kan pandai meniaga...
Sudah-sudahlah oiiii, dah banyak yang keluar dari kapal, anak kapal kita dah makin kurang, yang di'rekrut' 2 jer...Aduyai! - DS
Skysports.com melaporkan bahawa bintang muda berusia 19 tahun yang sudah menandatangani kontrak jangka panjang bersama Arsenal dan dianggap sebagai prospek bernilai untuk masa depan mula menarik perhatian bos Leeds, Simon Grayson's selepas memperagakan aksi yang mengesankan ketika dalam tempoh pinjaman di Watford musim lepas.

Lanbury yang kemudiannya pulang semula ke pangkuan Arsenal selepas selesai e'dah tempoh pinjaman dan berkesempatan diturunkan pada perlawanan terakhir ketika menentang Fulham. Beliau juga sempat diturunkan ketika perlawanan pra-musim ketika Arsenal membenamkan Legia Warsaw di Poland

Seperti juga rakan sebayanya, Sanchez Watt, yang tidak tersenarai dalam perancangan Arsene Wenger akibat persaingan sengit untuk merebut tempat dalam 25 pemain utama Arsenal. Lasbury dijangka akan menemani Watt yang sedang dipinjamkan di Leeds nanti

Leeds selaku naib juara League One musim lepas dilaporkan dalam rangka untuk menguatkan skuad mereka setelah dinaikkan gred ke Championship. Bagi perlawanan pembukaan musim ini, Leeds hanya berjaya memperolehi 1 mata dari 2 perlawanan setelah terikat dengan Derby dan tewas di tangan Nottingham.

Wednesday, August 18, 2010

Injury News | Samir Nasir Laung Cukupkan Arse'Injury'al Team


Arsenal terus dirundang malang dengan masalah kecederaan pemainnya yang tidak bernoktah, dan yang terbaru pemain tengah antarabangsa Perancis, Samir Nasir pula akan 'ketuk pintu' pusat rawatan Arsenal bagi memenuhkan senarai pemain Arsenal yang cedera. Samir Nasri dilaporkan mengalami masalah kecederaan lutut dan akan melupakan aksi dipadang selama 1 bulan.

Sumber Arsenal dipetik mengeluarkan kenyataan:
"Arsenal midfielder Samir Nasri will undergo minor surgery on his knee following a meniscal injury sustained during the match against Liverpool on Sunday. Nasri, who has been in impressive form, will be out of action for a month."

Samir Nasri dijangka bakal terlepas lima perlawanan berikutnya; dengan berita kecederaan terbaru ini ia akan menambahkan lagi magrain untuk bos Arsene Wenger yang sudah pun kehilangan beberapa tonggak pemain tengah Alex song, Denilson dan Aaron Ramsey akibat kecederaan, sementara kecergasan semasa kaptain, Cesc Fabregas yang beransur pulih selepas direhatkan ketika menentang Liverpool tempoh hari pasti melegakan Wenger dan Pencinta Arsenal, kapten Arsenal itu dijangkakan cukup cergas dan mungkin bakal diturunkan di Emirates ketika menanti kunjungan Blackpool.

Minggu depan lepas lawan Blackpool, Siapa pulak cedera? Teka....Teka....

PenCinta Arsenal FC News | "Biwi No.1" - Lukasz Fabianski


Lukaz Silapski tiba-tiba muncul bak 'hero tamil' di sebalik media massa hangat mengatakan Arsenal mungkin membawa masuk samada Mark Schwarzer dari Fulham atau Shay Given dari Manchester City ke Emirates, apabila terus mencanangkan diri untuk mengambil alih peranan Keeper No.1

Ini merupakan strategik yang boleh dianggap bijak dari Lukaz Silapski yang cuba menangguk di air yang keruh, sedang Arsene Wenger dikhabarkan sedang hangat meneroka mencari keeper baru No.1 Arsenal, kerana sudah tawar hati dengan Manuel Almunia. Kononya dengan cara ini dapatlah Wenger membuka mata yang Keeper No.1 yang ingin dicarinya sudah ada didepan mata.

Dengan rentetan 'rekod hebat' peribadi melakukan kesilapan, kesalahan, kegugupan, kegoyahan, kegayahan tahap profil tinggi - termasuk ketika tewas kepada Chelsea pada semi final Piala FA 2009 yang juga pada hari yang sama sambutan ulangtahun kelahirannya dan ketika dalam kempen Champions League di Porto musim lalu - Lukas Silapski terus mendapat kepercayaan penuh kasih sayang lagi dibelai manja dari Wenger.

Mari kita lihat video 'kehebatan' Lukaz Silapski itew, untuk kita sama -sama nilaikan; bukanlah tidak boleh buat silap langsung, tapi agak-agaklah, ini banyak sangat ni, kerap sangat ni, dah tu kesilapan tahap 'chap ayam'lah...Aduyai! ni kang aku mengata banyak lagi kang, memang wajib aku kena minum air jer kang...bulan puasa camni kena banyak sabar....sabar..sabar!

"Arsenal Bring Me & All Arsenal fans in the World...Cup! Cup!...K.A.P....bukannya cupcake....huhuhu"





Lukas Silapski yang digelar Pencinta Arsenal dengan pelbagai gelaran seperti Flappyhandski, Flipskipping, Silap-silap Skit itu FlapSki...tapi terus bertekad dan mengharapkan suatu masa nanti dia akan berjaya memenangi 'jiwa dan perasaan Pencinta Arsenal dan mendiamkan para pengkritik yang sering tidak mempercayai kebolehannya. termasuklah aku, jujur woo.., ni bulan ramadhan...huhu

Fabianski dipetik berkata di Arsenal TV Online:

"As a player you have to prove you deserve a chance.

"I can understand every single shout against me and it can only motivate me to play better and work harder.

"But of course I am going to do everything in my power to show that I deserve to be respected, then maybe they [the Arsenal fans] will start singing my name - that would be wonderful."
Dilaporkan inilah lagu yang bakal hangat dinyanyikan 'Pencinta Arsenal' buat Lukaz Silapski:-



olait...amakkk!!!!

Monday, August 16, 2010

Match Report | Reina Signing Baru Arsenal

Liverpool 1 : 1 Arsenal
David Ngog ('46) : Pepe Reina (og'90+1)
Vanue: Anfield Stadium
Referee: Martin Atkinson



SERI yang biasanya sinonim dengan sesuatu yang bercahaya, bersinar, keindahan sehingga mampu dizahirkan ke pantun:

Marouane Chamakh jambul tercacak,
Disergahnya si Reina, dapat gol seri 1 sama;
Hati di dalam rasa nak kocak,
Rasa nak balik ke janda lama.

Tapi perlawanan yang ditonjolkan barisan Arsenal, tiada yang bersinar, yang indah dengan barisan yang tidak cukup sifat kerana masalah-masalah kecederaan dan kesihatan yang sering membelenggu kem Arsenal, sehingga gagal untuk mendapatkan 'first eleven' yang lengkap.

Baru 9 minit sepak mula, Wenger sudah kelihatan gusar, apakah dia sudah dapat membaca kesukaran yang bakal dihadapi anak buahnya? Tapi ngape tak lakukan sesuatu? Apasal sayang sangat duit tabung tu? Aduyaiii...

Berikut adalah skuad yang diturunkan Wenger yang hampir 90% sama klik sini dengan apa yang aku bayangkan...huhu


Anak buah wenger sepatutnya harus mengucapkan sekalung terima kasih pada Papa Reina kerana sudi menghasilkan gol ihsan selepas tertampan bola ke gawang sendiri, Ini mungkin disebabkan ingin menarik perhatian Wenger yang sebelum ini bertiup rumours dikhabarkan menaruh perasaan terhadap Papa Reina ini untuk dibawa ke Emirates, Jadi dengan tindak balas dari Reina ini, adalah Wenger akan membuka mata? huhu

Tampanan bola ke gawang sendiri dari Reina pada minit ke-90, membantu Arsenal untuk mengikat kedudukan 1-1 di Anfield, berkongsi 1 mata adalah keputusan yang cukup bernasib baik buat Arsenal berbanding berputih mata.

Sedutan video jaringan gol Arsenal hasil usaha Papa Reina...Terima kasih Papa :-



Berikut adalah statistik perlawanan semalam:-

Statsistik: (Liverpool – Arsenal)
Penguasaan bola: 42% – 58%
Sepakan Tepat ke arah gol: 4 – 6
Sepakan Tersasar: 2 – 6
Sepakan Sudut: 8 – 10
Kesalahan: 11 – 10

Arsenal sering menguasai perlawanan seperti apa yang berlaku musim lepas, tapi ia tidak mampu dijelmakan dengan kemenangan, Walaupun dengan kelebihan beraksi seorang pemain selepas 'Messi Leverpool', kata Gerrard; dihadiahkan kad merah oleh pengadil perlawanan Martin Atkinson pada minit-minit akhir masa penamat babak pertama selepas melakukan asakan keras terhadap Laurent Koscielny, Penampilan pertama Joe Cole bersama Liverpool pasti tidak akan diingatinya!

Adakah tindakan pengadil, Martin Atkinson menghadiahkan kad Merah kepada Joe Cole patut?

Koscielny ketika diusung akibat terjahan keras Joe Cole, fuh! lega oiii...nasib baik budak kaki Koscielny ni bukan jenis rapuh macam budak Arsenal yang lain

Berikut rekod Martin Atkinson ketika mengendalikan perlawanan samada Arsenal dan Liverpool:-

* Musim lalu, dia adalah pengadil yang menghadiahkan kad merah kepada Thomas Vermaelen, ketika Arsenal menang 2-0 menentang West Ham.
* Atkinson juga bertugas ketika Arsenal menang 1-0 di Fulham, tewas Piala FA di Stoke City, dan tewas 2-1 di Blackburn pada bulan Mei.
* Liverpool pula menang hanya satu perlawanan dengan Atkinson musim lepas, tewas dua dan seri tiga.

Namun Arsenal tidak menggunakan segenap peluang 45 minit menentang 10 pemain Liverpool selepas itu, malah Arsenal pula yang tersentak dengan jaringan pantas yang berkualiti dari David Ngog selepas babak ke dua baru sahaja bermula. Pada pandangan aku, jaringan itu sepatutnya mampu digagalkan sekiranya Arsenal memiliki seorang keeper yang berkualiti dan 'Top Class', Tapi kita harus akur kesalahan 100% tidak boleh diletakkan kepadanya, itulah tahap yang ada pada Manuel Almunia, semenangnya telah diketahui oleh Pencinta Arsenal yang Almunia tidak menepati tahap yang sepatutnya untuk mengengam peranan selaku keeper No.1 di Arsenal selepas aksi tidak konsisten musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatutnya, dia tidak cukup bagus untuk Arsenal sebenarnya.

Wenger sebenarnya yang bertanggungjawab diatas faktor ini, selepas petikannya ketika ditemubual sebelum berangkat ke Liverpool:-

"whoever was in goal today would be our “No.1” keeper."

Nampaknya Pencinta Arsenal akan terus dihidangkan dengan aksi dari Almunia sepanjang musim ini kerana dia keeper No.1 Arsenal ketika ini, melainkan ada muka baru yang akan dibawa masuk Wenger sebelum jendela perpindahan pemain tamat.

Percaturan Wenger meletakkan Jack Wilshere sebagai kesebelasan utama, tidak menampakkan ia pertaruhan yang diharap-harapkan kerana Wilshere dilihat gagal untuk menampilkan aksi yang diharapkan seperti mana yang ditampilkan ketika kempen Piala Emirates. Tapi, ia baik untuk Wilshere bagi proses kematangannya..Pergh! aku cam Wenger siot! huhuh! Namun kemasukan Rosicky menggantkan Wilshere mula merubah corak serangan Arsenal yang kelihatan bernyawa, Rosicky nyaris menemui sentuhan gol tetapi tidak bernasib baik apabila cubaan beliau berjaya digagalkan Papa Reina. Secara keseluruhan Arsenal jelas merindui sentuhan emas ketua pasukan, Cesc Fabregas yang dikhabarkan belum cukup cergas untuk diturunkan, sementara Robin van Persie yang dilaporkan tidak cukup cergas juga turut diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-75, tapi ia belum cukup melakukan impak dalam perlawanan semalam kerana tempoh masa yang terhad. Ironinya, rakan senegara Persie di Liverpool, Kuyt boleh pula menempoh aksi 90 minit!

Selang beberapa minit selepas Roy Hodgson memasukkan Juara Piala Dunianya, Torres, Wenger bingkas tidak mengalahkan membawa masuk Naib Juara Piala Dunianya pula, Robin van Persie....Yeah!!! Terjah!


Arshavin, bintang yang ku harap akan buat 'magic' nampaknya tidak menjadi, Ia sekadar menjadi 'dukun hujan'...Come on! Cebin, please kambek bro!!!


Koscielny yang menunjukkan penampilan pertama dengan Arsenal juga menerima nasib yang sama seperti Joe Cole apabila dilayangkan kad merah selepas menerima 2 kad kuning, walaupun telah menghidangkan aksi yang cukup baik berganding bersama Vermalen, dan akan terlepas perlawanan seterusnya. Jadi siapakah pilihan wenger untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Koscielny untuk perlawanan di Emirates nanti? Lawan yang akan ditentang adalah merupakan adik tiri Liverpool iaitu Bladifool Blackpool yang baru saja dinaikkan taraf dan telah menampilkan aksi memukau ketika membenam Wigan 4-0. Awas! salah percaturan kita bakal berputih mata....amakkk!!!!

Full Highlights. Enjoy!

Sunday, August 15, 2010

Match Preview | Arsenalfield


"Disana berdebar Disini pun berdebar" - Perlawanan pembuka tirai Liga Perdana bagi Arsenal akan bermula hari ini, Kali ini kita akan berangkat ke Anfield menentang musuh tadisi yang 'berwajah baru' telah mengalami banyak perubahan dari segi pengendalinya sehingga ke pemain-pemain yang dibawa masuk walaupun terus mengekalkan tunjung mereka seperti Gerrard, Torres, Carragher dan Reina. Apakah Revolusi dari Roy Hodgson akan memberikan ancaman kepada Arsenal dan mampu bangkit tergolong sebagai pencabar kejuaraan Liga Perdana selepas mempamer aksi buruk musim lepas?

Walaupun sejak kebelakangan ini, Arsenal mempunyai rekod yang baik dalam pertembungan dengan Liverpool ini, Tapi kita harus akur dengan sepak mula setiap pasukan akan bermula dengan mata 'kosong', jadi rekod baik terdahulu tidak menjaminkan anak buah Arsene Wenger ini memperolehi tiga mata. Rekod persembahan pra-musim yang agak baik ditempuh Arsenal sehingga agak sedikit sumbang dipamer di bahagian pertahanan Arsenal pada perlawanan terakhir pra-musim ketika bertemu Legia Warsaw, sedikit mengusarkan 'kipas tak mati-mati' Arsenal.

Seperti yang sedia maklum, Arsenal pastinya akan bergantung harap pada gandingan Koscielny dan Vermaelen sambil dibantu Sagna dan Clichy untuk mengekang asakan yang bakal dijelmakan Gerrard, Cole, Kuyt dan Torres berkemungkinan diturunkan masih tidak dapat dipastikan. Tapi samada Torres turun atau tidak itu bukan faktornya, yang penting Arsenal harus bersedia dalam apa situasi pun.

Manakala di tengah dan ke atas, kita boleh dikatakan memiliki barisan yang cukup mantap untuk mengerunkan pihak lawan, walaupun situasi samada Fabregas dan RvP yang dikatakan masih belum cukup 'fit' untuk diturunkan selepas bercuti panjang sempena Piala Dunia. Namun muka baru Chamakh yang baru dibawa masuk sudah pasti akan diturunkan, pastinya akan mendapat perhatian terutamanya pada 'kipas tak mati-mati' Arsenal. Arshavin yang mempunyai rekod yang baik dalam kunjungan di Anfield dalam Liga Perdana musim lepas apabila mencetak lima gol dari enam cubaan ke sasaran sudah tentu merupakan calon sesuai yang akan mengapit Chamakh dan Walcott dijangka bakal mencuri slot apabila menonjolkan aksi baik ketika perlawanan persahabatan menentang Hungary ketika menyarung jersi England. Tapi anak muda ini, aku agak gusar sikit pasal permainannya kurang konsisten adakala mantap mencacak-cacak kekadang tu lari cam tak cukup tanah tapi hampeh! harap esok adalah hari terbaiknya. huhuh

Pemain terbaik untuk pra-musim ini, Samir Nasri tidak syak lagi pasti akan mengemudi kawasan tengah Arsenal untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Fabregas. Alex Song sudah pastinya tidak akan berangkat ke Anfield akibat masalah kecederaan betis, Jadi aku lebih mengharapkan Diaby akan diturunkan berbanding Denilson yang baru menghadapi ujian kecergasan. Sementara Jack Wilshere yang berjaya membuat debutnya untuk England pada hari Rabu lepas, tetapi terbatas untuk bermain, kerana dikatakan mengalami masalah sakit perut. Nah, itu baru satu ... Pemain Arsenal ini tidak akan pernah berhenti untuk memuat kecederaan aneh-anrh...macam-macam daa! Tapi Wilshere dilaporkan cukup cergas untuk diturunkan yang aku jangka akan bersama Samir Nasri dan Arshavin melengkapkan posisi tengah Arsenal.

Diposisi gawang pula kita 'kipas tak mati-mati' Arsenal masih lagi dalam situasi 'keawang-awangan' apabila 'The Professor' terus berteka-teki siapakah yang bakal menyarung jersi no.1 Arsenal musim ini. Dengan rumours perpindahan Mark Schwarzer dan Shay Given ke Arsenal masih tidak menampakkan jalan positif. Aku pilih Almunia berdasarkan pengalaman yang ada walaupun prestasinya kurang konsisten di musim lepas dengan beberapa kesilapan yang tidak sepatuntnya bagi seorang penjaga gawang untuk kelab berprestasi tinggi seperti Arsenal, berbanding Lukasz 'Goyang' Fabianski. huhuhu!

Berdasarkan petikan Wenger semasa ditemubual ketika trip ke Anfield:-

"The goalkeepers are great, all ready to play,"

"I just wait for my decision and you will get it soon.

"The guy who plays on Sunday will be No 1. It is never for definite but it will be a consequence of what I have seen in pre-season."

However, the manager has admitted that handing the gloves to Szczesny would be a 'great gamble'.

"He has not played one game in the Premier League,"

"I believe he has huge quality but I believe it would be a great gamble to play him.

"Man United play with a goalkeeper who is 40 years old and Chelsea with a keeper with seven years in the Premier League. You need experience at the back."
Barisan bayangan yang aku jangkakan:-

Predict: Liverpool 1 : 2 Arsenal.........beng...beng!!!

Saturday, August 14, 2010

PenCinta Arsenal FC News | "Pembangun bukan Pemborong" - Ivan Gazidis


Tiada siapa mampu menidakkan pernyataan diatas, Wenger juga dikenali sebagai 'Captain Cash" yang diketahui hebat dalam menabung, umumnya tahu Arsenal memiliki duit berguni-guni, Merupakan kelab yang paling sihat kantung duitnya.

Berikut petikan sidang video CEO Arsenal Ivan Gazidis yang berborak panjang lebar dengan editor BBC Sport David Bond, dimana penting untuk membangun, bukan memborong untuk sukses.




Pada aspek kewangan Arsenal adalah model yang dicemburui lawan dan kawan, tapi dari aspek membiarkan jiran tertangga lain memenangi tropi sehingga 'kipas tak mati-mati' Arsenal kempunan 5 tahun takde tropi...itu aku yang cemburu kat pihak lawan yang menang cup...aduyai! lama la wei..

Untuk cuba memenangi piala dengan cara pelaburan berhemah, dan berjaya mengekalkan kedudukan 'big 4' setiap musim ia sememangnya amat hebat. ..tepuk...tepuk....tapi aku nak Arsenal menang piala la wei!

Dengan Manchester City sedang mengila cuba membeli Kejuaraan Liga Premier musim ini dengan menghabiskan duit kocek Pak Arab yang tak mampu habis dengan membawa masuk secara 'tapaw' banyak pemain baru. Mampukah mereka?

Statistik ini takde kene mengena ngan petikan kat atas, tapi aku nak tengok statistik ini...huhu

Mengikut rekod, Melabur dan memborong dengan hebat sebenarnya belum tentu menjanjikan untuk meraih kejuaraan dengan sekelip mata...moh! kita tengok jadual yang menunjukkan pemborong tertinggi untuk setiap musim Liga Premier dari 1999 sehingga 2010, dimanakah kedudukan mereka diakhir musim, dan team mana pula yang mengondol kejuaraan dan berapa banyak pula duit kocek mereka mereka habiskan.

1992-1993: Blackburn £ 8.11m (4); Juara Manchester United £ 2.3m.

1993-1994: Blackburn £ 8.65m (2); Juara Manchester United £ 3.75m.

1994-1995: Everton £ 10.9m (15);Juara Blackburn £ 6.8m.

1995-1996: Newcastle £ 14.78m (2); Juara Manchester United £ 750,000.

1996-1997: Newcastle £ 16.5m (2); Juara Manchester United £ 7.5m.

1997-1998: Newcastle £ 21m (13); Juara Arsenal £ 16.55m.

1998-1999: Manchester United pemborong terbesar dengan £ 27.75m dan juga Juara.

1999-2000: Liverpool £ 36.3m (4); Juara Manchester United £ 10m.

2000-01: Leeds £ 38.45m (4); Juara Manchester United £ 7.8m.

2001-02: Manchester United £ 57m (3); juara Arsenal £ 23.25m.

2002-03: Manchester United pemborong terbesar dengan £ 33m dan juga Juara.

2003-04: Chelsea £ 121m (2); Juara Arsenal £ 13.25m.

2004-05: Chelsea pemborong terbesar dengan £ 89m dan juga juara.

2005-06: Chelsea pemborong terbesar dengan £ 63.4m dan juga juara.

2006-07: Chelsea £ 64m (2); Juara Manchester United £ 18.6m.

2007-08: Manchester United pemborong terbesar dengan £ 52.125m dan juga Juara.

2008-09: Manchester City £ 113m (10); Juara Manchester United £ 46.75m.

2009-10: Manchester City £ 124m (5); Juara Chelsea £ 23.5m.

Ammakkkk............

Wednesday, August 11, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Salam Ramadhan


(يأيها الذين آمنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون)

سورة البقرة :183

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.”

Di kesempatan nih, Dial-Square a.k.a DS sekluarga, sepupu, sepapat ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak pada semua pengunjung blog Pencinta Arsenal yang tak seberapa ini dan semua umat muslim di dunia.

Mudah-mudahan ramadhan kali ini akan dapat digandakan amalan-amalanya dari tahun yang sudah.

Mohon seribu kemaafaan jika ade tutur taip kata, budi taip bicara yang menyinggung perasaan sesiapa pun..
Selamat menjalani ibadah puasa!
Related Posts with Thumbnails