Tuesday, October 6, 2009

Match Report | Blackburn Buat Open House

Arsenal 6 : 2 Blackburn Rovers
Vermaelen (16'), Robie van Persie (32'), Arshavin (36'), Walcott (74'), Bendtner (88') : N'Zonzi (3'), Dunn (29')
Venue: Emirates Stadium, England


Arsenal terus memukul gendang sambil megalunkan lenggok-lenggok tarian yang menghiburkan di pusingan ke-7 Liga Perdana ketika pertemuan dengan Blackburn Rovers setelah mulanya ketinggalan untuk 2 kali dengan defisit 1-0 dan kemudiannya 2-1, akhirnya meratah lumat dengan jaringan hebat 6-2 keatas pasukan pelawat itu.

Pemangkin kepada ketakjuban keputusan yang Arsenal perolehi itu, sedikit sebanyak disumbangkan oleh faktor permainan individu luar biasa yang "terbaekk dari ladang", daripada kapitan muda Arsenal Cesc Fàbregas, yang mengsupply kearah terhasilnya empat gol dan menghasilkan satu gol peribadi.

Sementara bintang Prolifik Arsenal, Thierry Henry telah diperkenalkan kepada penyokong-penyokong Arsenal sebelum perlawanan yang kehadirannya itu memang menghadirkan 'tonik ajaib' buat adik-adik di Arsenal menampilkan permainan menghiburkan untuk tontonan hari minggu buat bekas kapten pasukan itu. Kelihatan pemain Barcelona itu sangat terhibur dan sering 'bertepuk amai-amai' setiap kali jaringan dilakukan adik-adik Arsenal sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Paul Robinson punca bermulanya 8 jaringan keseluruhan yang terhasil di Emirates, setelah melakukan sepakan terus dari kawasan Blackburn langsung menuju kawasan penalti Arsenal dan Steven Nzonzi dengan mudah mengatasi Thomas Vermaelen bagi menghantar satu tandukan mengulung ke arah gol. Ternyata keeper muda berbangsa Itali, Vito Mannone tidak berdaya untuk mengetis bola yang melayar melalui ruang udara diatas kepalanya.

Gol pelawat itu pantas disambut Arsenal dengan segera apabila Cesc Fàbregas bijak melepasi perangkap offsaid hasil hantaran silang Andrei Arshavin dan Paul Robinson bernasib baik apabila cubaan Fabregas itu mengenai palang sebelum diselamatkan penjaga gol antarabangsa England itu.

Tiba untuk melakukan jaringan penyamaan, ia tidak dapat dielakkan apabila Fàbregas terlibat dalam pembikinan gol tersebut. Fàbregas telah memberi hantaran ke arah Vermaelen, tanpa was-was Vermaelen merembat kencang dan terus meningkatkan statusnya sebagai penjaring terbanyak di Arsenal di saat ini dengan lima gol.

Blackburn terus tidak berputus asa apabila kali ini ia datang daripada El-Hadji Diouf dan Keith Andrews sebelum dihantar kepada David Dunn di sebelah kanan kawasan penalti Arsenal. Tembakan dilakukan Dunn terus mengenai William Gallas lalu bola terpesong sehingga memesongkan jangkauan Mannone.

Dengan Fàbregas semakin berpengaruh, gol pelawat itu hanya mampu bertahan sekitar dua minit sahaja. Satu hantaran sempurna menyilang pertahanan Blackburn menemui terus ke arah Robie van Persie yang dengan selesa meletakkan bola ke gawang pelawat. Detik-detik gemilang Fàbregas tidak dapat dibendung lagi yang kemudian menghasilkan satu lagi hantaran hampir serupa tepat ke Arshavin untuk meletakkan Arsenal mendahului kedudukan sebelum separuh masa dengan 3-2.

Masuk separuh masa kedua, Fàbregas meneruskan penguasaannya memaksa Paul Robinson terus berkerja bersengkang mata sepanjang tempoh perlawanan berlansung. Kali ini Tomas Rosicky adalah penciptanya, membimbing bola bagi Fàbregas, yang terus melakukan sepakan deras ke penjuru atas gawang yang dikawal Robinson. Ironiknya Fabregas meraikan gol peribadinya dengan membuat satu cium menghairahkan ke lencananya dan menunjukkan kepada semua penyokong-penyokong Arsenal bahawa taat setia terhadap Arsenal.


Ia satu gol yang hebat, tetapi Theo Walcott, yang baru saja membuat kemunculan pertamanya musim ini, tidak mahu ketinggalan melakarkan jaringan dalam salah satu detik terbaik permainan Arsenal. Tidak puas setakat itu, anak buah Arsene Wenger akhirnya menambah jaringan keenam hasil daripada pemain gantian, Nicklas Bendtner, yang baru saja pulih dari kecederaan ringan akibat kemalangan kereta yang mengakibatkannya terlepas untuk aksi dengan Olympiakos, ia hasil kepintarannya memotong sambil memecut di luar kotak penalti ke arah kiri sebelum melepas satu das rembatan tanpa mampu dikuis Robinson.

Dengan kedudukan ini, Arsenal terus melonjokkan ke tangga ke-5 liga dengan kekurangan 1 perlawanan dalam tangan berbanding 3 pasukan ditangga teratas liga.

Berikut adalah kesebelasan sebenar yang diturunkan:-

-----------Mannone-----------
Sagna---Gallas---Vermaelen---Clichy
Fabregas (Bendtner)---Song---Abou Diaby
---Rosicky(Walcott)---RvP---Arshavin(Ramsey)

Related Posts with Thumbnails