Wednesday, November 25, 2009

Match Report | Standard Liege Dikorban

Arsenal 2 : 0 Standard Liege
Samir Nasri (35'), Denilson (46') : -
Venue: Emirates Stadium, England
Referee: Konrad Plautz



Arsenal menyambut kedatangan Standard Liege pada Selasa, 24 November, 2009 ke teratak Emirates dalam pertembungan Liga Juara-Juara UEFA dengan satu misi untuk mencari slot tiket awal ke peringkat kalah mati. Gunners dengan rekod 4-1-0 dan mengumpul 13 mata berjaya mengetuk pintu ke slot 16 pasukan dengan AZ ALKMAAR satu-satunya kelab yang berjaya mencuri satu mata dan menafikan kemenangan Arsenal.

Standard Liege sangat terdesak untuk meneruskan saki baki perjuangan dalam Liga Juara-Juara UEFA perlu menang dalam perlawanan di Emirates! Walaubagaimana pun Standard Liege masih berpeluang dalam perlawanan terakhir mereka selepas Olympiakos terpaksa selepas seri tanpa gol di AZ ALKMAAR.Dengan mengumpul 4 mata setakat ini, Standard Liege mengharapkan perlawanan terakhir mereka mampu menewaskan AZ ALKMAAR, dan Olympiakos tumbang ditangan Arsenal yang sudah mengesahkan tiket ke peringkat seterusnya.

Di sini dilampirkan sedikit sorotan video perlawanan tersebut.



Dalam press conference, Bos Arsenal itu dipetik mengulas:-

"In this group we were favourites and we just did the job,"

"There are two competitions in the Champions League - one is a championship and one is a cup and now we move into the latter.

"That is much different psychologically and every minute becomes important."

Dan menambah, mengenai Denilson yang baru membuat comeback selepas berehat akibat kecederaan:-

"It was typically Brazilian, a floater, I think maybe they have shorter ankles or something that enables them to hit the ball higher on the laces,"

Dalam perlawanan pagi semalam, Arsenal jelas-jelas menguasai separuh pertama dan usaha itu memang berbaloi-baloi, apabila satu gol minit yang ke-35 tiba hasil daripada Samir Nasri. The Gunners kelihatan tidak terkesan selepas dipaksa kecewa dalam EPL pada hujung minggu lalu. Walaupun, Standard Liege mencuba mewujudkan saingan dan sikap melawan dan beroleh beberapa peluang tetapi ia tidak cukup untuk menandingi 'drama tarian' yang dicipta Arsenal sepanjang perlawanan.

Sejurus sebelum akhir separuh pertama, anak buah Arsene Wenger terus menambah kukuhkan hak tiga mata mutlak untuk Arsenal dengan 2-0 hasil gol daripada Denilson. Standard Liege tenggelam dengan hanya mempu melancar satu 'shot on target' dalam keseluruhan perlawanan dan hanya menguasai bola 27% sahaja.

Related Posts with Thumbnails