Bos ARSENAL Arsene Wenger terus dikaitkan dengan tingkap pemindahan pemain yang bakal dibuka januari nanti, Satu gerak cubaan untuk merisik pengempur baru mula hangat diperkatakan apabila kecederaan tempoh panjang menimpa Robin van Persie.
Kehilangan Robin van Persie dijangka dalam sekitar lima bulan adalah satu tamparan hebat buat kem Arsenal, ditambah malukan apa melihatkan skuad muda 'The Gunnners' ditembak malu pada Ahad lepas dengan 3-0 kepada Chelsea. Dengan kini 11 mata ketinggalan di belakang Chelsea yang menerajui takhta liga, walaupun Arsenal berkelebihan dengan satu permainan dalam tangan, Wenger perlu bingkas memutar pala hotaknya yang dia perlukan untuk segera memperkukuhkan jentera serangannya walaupun merujuk pada rekod, ternyata Arsenal kelihatan baik pada posisi berkenaan berdasarkan kepada jumlah jaringan gol dan cubaan ke arah gol pihak lawan.
Wenger yang jelas sebelum ini dikhabarkan sangat memuja-muja si Marouane Chamakh dan menyedari ketika itu sukar untuk memujuk Bordeaux untuk melepasnya ke Arsenal.
Chamakh dikhabarkan juga berharap untuk meninggalkan kelab dari Perancis dalam musim panas ini dengan kontraknya bakal berakhir pada akhir musim ini.
Wenger perlu dengan segera dan jelas untuk membuat satu keputusan penting terhadap sasarannya Januari ini.
Sekiranya Chamakh menjadi pilihan, dia tidak akan layak untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara kerana sudah beraksi atas tiket Bordeaux tetapi itu tidak memustahilkan 'The Professor' menandatanginya seperti apa yang dilakukan ketika membawa masuk Andrei Arshavin januari lepas.
Antara sasaran-sasaran pengempur lain yang digembar-gembur dan dikaitkan untuk dibawa masuk ke Arsenal januari ini termasuklah penyerang dari FC Toulouse iaitu Andre-Pierre Gignac dan Ruud van Nistelrooy dari Real Madrid.
Walau bagaimanapun, Orang tua 'Wenger' ini mempunyai tindakan yang sentiasa berhati-hati dalam menilai opsyen-opsyennya sebelum mengambil keputusan untuk terjun dalam pasaran pembelian pemain.
1 comments:
Yes exactly, in some moments I can reveal that I approve of with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is quiet a question as you did in the decrease efflux of this solicitation www.google.com/ie?as_q=security administrator 11.3 ?
I noticed the catch-phrase you suffer with not used. Or you partake of the dark methods of development of the resource. I have a week and do necheg
Post a Comment