Friday, July 30, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Kisah Mulut Longkang


Pemain Boocelona terus-terusan mengeluarkan kenyataan mengenai Cesc Fabregas. apabila Fabregas akhirnya membuka bicara yang beliau akan terus kekal bersama Arsenal musim ini.

Yang terbaru, yang sebenarnya bukan barulah, sebelum ini si Puyol ini pernah buat kenyataan tapi yang ini kenyataan susulan ketika ditembual The Sun

"He is having to stay at a club where he no longer wants to be for another year.

"I wonder how intelligent it is keeping a player who doesn't want to be there.

"After seven years of great service, I thought Arsenal could have granted him his dream move."

"Cesc has given everything to Arsenal to try to win a trophy but they haven't matched his expectations.

"I won't say he is in a prison, as we know how privileged we are as football players.

"But after how clear Cesc made it that he wanted to be in Barcelona, I thought they would have granted him that.

"We all thought a deal would be done this summer.

"But Arsenal have refused to talk and we are going to have to wait another year to get Cesc home.

"He is far too classy a guy to say it but the truth is he doesn't want to be at Arsenal this season. His heart is already in Barcelona, even though we must wait another year for his body to be here.

"We know he is arriving next season. Barcelona have a whole year to sort the deal out.”
Tambahan Puyol lagi, fuh! punyalah tak puas hati...huhuhu

"But anybody who tries to convince themselves he wanted to stay at Arsenal is wrong."

Berikut adalah sekadar ulasan aku mengenai hal Cesc Fabregas ini yang mana menengelamkan segala hal mengenai persiapan pemain-pemain Arsenal lain untuk Piala Emirates 2010 ini. Juga menenggelamkan hal perpindahan pemain yang bakal dibawa Arsene Wenger ke Arsenal.

Kemaruk sangat mereka (Boocelona) ini, Aku tengok kelab-kelab lain tidak seteruk camni kalau mahukan seseorang pemain tu, sampai ker pemain-pemain pun menyibuk sama! Kenapa lah dia takmo kutip pemain-pemain yang kununnya ber'DNA' Boocelona yang merantau entah kat mana-mana kelab kat dunia ini dulu. sok lusa tanyalah balik kat Arsenal nak jual ker?

Aku tak kisahlah sangat tapi kisahlah jugak skit kalo diorang nak sangat Fabregas ni, dah memang mengidam sangat terhadap pemain yang mendapat asuhan terbaik dari Arsene Wenger ni, tapi kasi tawarlah harga berpatutan sikit, dahlah abis duit besarkan budak ini, duit gula, petrol, pinjaman PTPTN pun budak ni tak langsai lagi. Melatih budak Fabregas ni dari usia 16 tahun, sampai dah jadi teraju utama kat Arsenal, kalau dalam filem boleh diklasifikan watak 'hero' lah. Itu semua kena amik kiralah!

Asal ada ber'DNA' Boocelona, kira mau amik timbang kati, aduyai! susahlah mau bisnes ini macam?

Dah beberapa pemain dari Arsenal yang Wenger setujui jual kat Boocelona, Emmanuel Petit, Marc Overmars, Alexander Hleb, Giovanni Van Bronckhurst dan Thiery 'King' Henry - tu semua tak ber'DNA' Boocelona tu? Tapi Boocelona punya hangkut cam ber'DNA' Boocelona...

Rileks la Boocelona, bawa-bawa isytifar! tiba masa yang sesuai, pasti Arsene Wenger akan lepaskan Fabregas pergi, Jadi tunggu lah ok! Jangan mengelupur rhino lah?

PenCinta Arsenal FC News | "KasihNya Ayah Sampai Ke Syurga", Cesc Fabregas


Cesc Fabregas telah mengakui dia 'koyak-rabak' memikirkan hal masa depannya saat hangat ia terus dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona.

Kapten Muda Arsenal yang sememangnya diketahui umum memulakan karier zaman kanak-kanak di Nou Camp sebelum ia dihangkut oleh The Gunners pada usia 16 tahun.

Pada tika bakat dan kariernya terus menyerlah dan memuncak dibawah asuhan Arsene Wenger dengan pakej usianya yang baru 23 tahun, Barcelona mula terkulat dan agak terkilan kerana melepasnya 7 tahun lalu, kini Barcelona mengakui yang mereka memendam hati dan mendambakan untuk membawa pulang Fabregas ke Nou Camp, tapi dengan tanggungjawab besarnya selaku 'kapitan' berpengaruh serta disanjung tinggi 'kipas tak mati-mati' Arsenal, Fabregas menegaskan yang dia tidak boleh mengabaikan komitmen untuk Arsenal, juga mendakwa ia mempunyai hubungan yang erat bak anak ikan dengan pengurus Arsenal Arsene Wenger.

Cesc Fabregas dipetik berkata kepada sebuah majalah di Sepanyol DIR Emotions:-

"I'm a Barca fan, I'm a socio, as is my grandfather, my uncle, my cousin... I have felt the colours from a young age, I'm Catalan,"

"However, I'm the captain of Arsenal, I'm a 'Gunner', and I have become a player there and matured as a person."

"He is a second father for me, the most important person in my life after my father. He has behaved really well with me and taken me in like a son. I am part of his family," he said when asked about his relationship with Wenger.

"He doesn't want me to leave. And in my last conversation with him in London, it was one of the most difficult moments I have experienced. I ended up very upset."
Pandangan aku, faktor utama membuatkan Cesc Fabregas meneruskan berjuang dibawah panji 'The Gunners' adalah disebabkan Arsene Wenger, yang memainkan peranan penting dalam karier bola sepaknya; begitu dengan kebanyakan pemain Arsenal. Hal ini ada baik dan buruknya bagi aku, andainya perginya (pencen) Arsene Wenger, apa akan berlaku?

Pemain di Arsenal camana? Cesc Fabregas confirm blah! ayah ke-2 takde!

Peminat-Peminat 'kipas tak mati-mati' Arsenal camana? berapa ramai yang berpaling tadah

Korang pulak cemana, akan terus menyokong Arsenal ker? huhuhuh... pada yang Arsenal blogging, hidup lagi ker blog Arsenal korang

Wednesday, July 28, 2010

Transfer News | "Hanya Kerana Kau Isteriku" Sol Campbell Pilih The Magpies


Sol 'Si Pengantin Baru' Campbell nekad melayari alam rumah tangga bersama isteri baru dengan memilih ke Newcastle United dengan menolak untuk terus kekal bersama Arsenal.

Arsene Wenger sangat menginginkan untuk mengekalkan Campbell di Stadium Emirates dengan menawarkan kontrak setahun lagi tapi bertegas dengan polisinya hanya menawarkan kontrak setahun pada pemain yang melangkaui usia 30 tahun, adanya Campbell dalam barisan 'The Gunners' ia adalah sebagai langkah untuk menyeimbangkan bahagian pertahanan tengah Arsenal yang sekarang ini terdiri daripada Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny dan Johan Djourou.

Nampaknya dengan berita ini, apakah perancangan 'The Professor' selepas ini? adakah Havard Nordtveit menjadi pilihan bermakna tiada muka baru akan dibawa masuk?
Dengan Arsenal yang akan terlibat dengan jadual ketat dalam Premier League dan Liga Juara-- ditambah lagi Piala Carling dan Piala FA - Wenger telah merancang untuk menggunakan Campbell dalam perancangan beliau dalam skuadnya.

Di Arsenal Campbell hanya ditawarkan kontrak untuk satu tahun dengan tidak menawarkan pilihan untuk melanjutkan kontraknya lagi, tetapi bekas pemain pertahanan antarabangsa England itu diberikan pilihan dan kesempatan yang lebih baik dalam skuad utama Newcastle seandainya beliau terus cergas. Aku jangkakan inilah faktor utama yang menyebabkan Campbell bersetuju menandatangani kontrak bersama The Magpies.

Aku mengucapkan selamat berjaya pada Sol Campbell.

Berikut petikan kata-kata Campbell mengenai penghijrahannya:-

"At this stage of my career I couldn't have wished for a better move. To join a club such as Newcastle United, with its proud tradition, heritage and magnificent support, is absolutely tremendous for me.

"I'd like to thank Chris Hughton for putting his faith in me and aim to repay him and the supporters by giving everything I possibly can to help re-establish this great club in the top-tier of English football.

"I just want to play and can't wait to get started. There's a real buzz about the place and that's great. I've played at St James' Park numerous times and always found it a fantastic place to play, there's always a tremendous atmosphere"

Friendly Review | SC Neusiedl 1919 Pun Tak Terlawan

SC Neusiedl 1919 0 : 4 Arsenal
- : Theo Walcott ('28), Emmanuel-Thomas ('30), Marouane Chamakh (pen'51), Carlos Vela ('65)
Vanue: Sportzentrum Neusiedl, Neusiedl am See


Arsenal meneruskan rentetan kemenangan dalam kempen pra-musim dengan meluncur maju kemenangan 4-0 atas kelab di liga Austria, SC Neusiedl 1919.

Pemain England yang digugurkan namanya saat akhir ke Piala Dunia, Theo Walcott dan Jay Emmanuel-Thomas menjaringkan gol sebelum rehat sebelum pemain gantian Marouane Chamakh dan Carlos Vela menambah gol di babak kedua.

Berikut senarai kesebelasan utama yang diturunkan Arsene Wenger:-

----------- Almunia -----------
----Nordtveit ---- Djourou ---- Koscielny ---- Gibbs ----
----Wilshere ---- Frimpong ---- Nasri ----
---- Walcott ---- Emmanuel-Thomas ---- Arshavin ----

Anak muda, Samir Nasri yang digagalkan haknya dari menyertai Piala Dunia di Afrika Selatan, dilihat sangat dahagakan bola sepak apabila terus menampilkan aksi memikat, yang aku jangkakan beliau akan lebih menyerlah seterusnya memberikan manfaat kepada Arsenal musim ini, beliau berjaya mengeluarkan bola dari menerjah gawang yang dikawal Manual Almunia di minit awal permainan hasil sepakan sudut, sebelum Walcott membuka lembaran gol pada minit ke-28, hasil rembatan kencang separa lutut yang terus mengegar jaring tanpa mampu di halang penjaga gawang lawan, Adolf Kaiser.

Thomas yang sedang berusaha keras untuk menawan hati Arsene Wenger supaya tersenarai dalam skuad utama 25 pemain The Gunners telah menambah jaringan dua minit kemudian selepas menerima hantaran Kieran Gibbs sebelum terkeluar dari garisan.

Dalam perlawanan ini juga, Arsene Wenger telah melakukan tujuh pertukaran termasuk memasukkan Chamakh, Ia juga merupakan hari penuh bermakna buat Chamakh apabila berjaya menzahirkan gol sulung bersama Arsenal pada minit ke-51, dan diharapkan selepas ini akan muncul lagi gol-gol dari penyerang antarabangsa Morocco ini.

Selepas selang 14 minit kemudian, pemilik baru jersi bernombor 11, Carlos Vela telah melakukan lambungan kemas melangkaui jangkauan penjaga gol lawan selepas menerima hantaran pendek dari Nasri yang bersama dengan Jack Wilshere mengendalikan kawasan tengah dengan baik.

SC Neusiedl hampir memusnahkan rekod bersih gawang Arsenal apabila diberikan sepakan penalti selepas handball dari Chamakh, malangnya sepakan kurang kemas di sebelah kiri oleh Juray Skripec berjaya digagalkan Vito Mannone.

Keputusan ini juga meneruskan rekod bersih Arsenal pada kempen pra-musim apabila kekal belum dibolosi, dengan mengumpul jumlah jaringan 11 gol untuk tiga kemenangan, selepas ini anak buah Arsene Wenger akan bergegas pulang dan mengubah perhatian mereka ke Piala Emirates dengan perlawanan yang lebih getir menentang AC Milan dan Celtic.

Walau bagaimanapun, Kekhuatiran dan keresahan mula meyelubungi Wenger apabila menuju sepak mula musim ini apabila anak muda Johan 'berkaki kaca' Djourou kembali mengalami kecederaan di babak pertama dan digantikan Thomas Vermaelen, Untuk rekod Djourou juga telah menghabiskan sebahagian besar duit SOCSO musim lepas akibat kecederaan lutut. Ini meninggalkan Arsene Wenger dengan 2 pilihan untuk bek tengah boleh harap iaitu Thomas Vermaelen dan Laurent Koscielny. Dengan khabaran yang Sol Campbell sedang menjalani pemeriksaan kesihatan ke Newcastle, Menunjukkan yang Arsenal agak pincang di bahagian pertahanan seandainya berlaku lagi beberapa kedcederaan yang tidak diingini terutamanya ke atas Thomas Vermaelen. Keadaan ini perlu diselesaikan segera dengan situasi kebanyakan pemain muda Arsenal yang mudah mengalami kecederaan, cenderung aku katakan adalah lebih molek 'The Professor' terus aktif di pasaran perpindahan pemain dan bertindak mebawa masuk segera seorang bek tengah yang cukup kental dan tidak memiliki rekod kaki mudah rapuh kerana Arsenal akan bakal menempuh musim panjang nanti.

Sedikit tatapan highlight perlawanan ketika Arsenal menentang SC Neusiedl 1919 untuk kita bersama:-



Tuesday, July 27, 2010

Transfer Rumours | Sol 'Pengantin Baru' Campbell menuju Newcastle?


Beberapa sumber terkini 'hangat-hangat tahi ayam' menyatakan hari ini bahawa bek tengah Sol Campbell sedang menjalani ujian perubatan dengan The Magpies.

Sol Campbell dikatakan masih termangu-mangu mempertimbangkan pilihannya untuk musim depan, kontraknya di Arsenal sudah pun luput pada tarikh 30 dan dia masih belum menandatangani kontrak baru, ini bererti ia bebas untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan mana-mana kelab yang diingininya.

Campbell dikhabarkan sedang 'rambang mata' setelah dikaitkan dengan beberapa kelab seperti Celtic, Sunderland dan terkini Newcastle, tapi tampaknya kemungkinan besar ia akan menandatangani untuk Arsenal bagi tempoh semusim lagi.

Jika Campbell melepasi ujian perubatan dengan baik maka akan bertambah mudahlah pemain berusia 35 tahun ini dan kelab dapat mencapai kesepakatan, dan berkemungkinan kesepakatan itu dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

Jika Campbell bertindak sebaliknya dan mengambil keputusan menandatangani bersama Newcastle United, ia akan meninggalkan Arsenal dan Arsene Wenger mengalami kekurangan satu slot kosong dibahagian pertahanan. Seandainya ini benar-benar berlaku Arsenal perlu bersedia dengan plan lain untuk mengisi slot yang ditinggalkan Campbell dengan segera bagi menempuh musim baru nanti.

Transfer Rumours | 141 Sudah, Ada Lagi Ke?


Sepanjang tempoh musim perpindahan ini, Kipas 'tak mati-mati' Arsenal sering dijamahkan dengan pelbagai nama yang dikaitkan bakal berpindah atau dipikat Arsene Wenger.

Mengikut statistik dari sebuah blog Kipas 'tak mati-mati' Arsenal, di anggarkan hampir 141 (entah! aku sendiri tak kira, korang kira la ekk!) pemain berbakat, berkaliber, berprofil tinggi dan berpatutan dengan harga 'berhemah' yang digemari 'The Professor' dikait dengan Arsenal. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa pemain yang dikaitkan dengan Arsenal tidak berlandaskan kepada fakta yang tepat. Tetapi memang setiap musim perpindahan Arsenal tidak lekang dari dikaitkan dengan ramai pemain-pemain. Tapi sampai kesudahnya sekarang 2 ketul jer Arsene Wenger 'tapaw' iaitu Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny. Akan ada lagi kah? Kita tunggu dan lihat.

Jadi berpegang saj pada azimat "In Arsène we trust"



Berikut senarai pemain yang dikaitkan dengan Arsenal musim 2010 ini mengikut abjad ( A - Z )....

A. Affelay, Asamoah, Arteta, Akinfeev, Adriano, Assulin, Alcacer, Agbonlahor, Alcantara

B. Bojan, Balotelli, Barrera, Buffon, Bonucci, Boeteng, Bougherra

C. Chamakh, (Carlton) Cole, (Joe) Cole, Cahill, Cavenaghi, Chiellini, Cavani, Chantome, Caceres

D. Dorrans, Doyle, Diakhate, Dzeko, Doni, Dos Santos

E. Ebecilio, Eriksen, Eduardo, Enyeama, Elia

F. Frey, Fontas

G. Green, Griezmann, Gordon, Gourcuff, Gomis, Given, Gervinho

H. Hart, Hangeland, Huntelaar, Hleb, Hazard, Halliche, Hernandez, Herrera, Honda, Handanovic

I. Ireland, Ibrahimovic

J. (Phil) Jones, Jagielka, de Jong, James

K. Krasic, Kjaer, Kirkland, Koscielny, Khedira, Kalas

L. Lopez, Lloris, Lukaku

M. Mexes, Milner, Mayor, Mandana, Morimoto, Mbia, Modric, Melo, Mertesacker, M'Vila, Matthews, Mata, McCarthy, Mandzukic

N. N'Zogbia, N'Zonzi, Neuer

O. Ozil, Ogbonna

P. Parker, Pienaar, Pizzani, Piyatov, Powell

Q.

R. Rodallega, Robinson, Rodwell, Remy, Reina, Rossi, Richards, Riquelme, Ruffier, Romero, Roberto

S. Subotic, Suarez, Santa Cruz, Schwarzer, Schmeichel, Shawcross (!), Sneijder, Sakho, Sirigu, Santos, Savic, Stekelenburg

T. Tomkins, Toulalan, Turan, Torres, Taylor, Torrellas, Tasci, Thiago

U. Upson

V. Viviano, Villa, Van der Vaart, Van der Wiel, Vertonghen, Veloso

W. Wright-Philips, Wickham

X. Xavi

Y. Yaya Toure, Yanbaev, Yebda

Z. Zidan, Zarate, Zapata

kredit : She Wore A Yellow Ribbon

Transfer Rumours | Arsenal usha 'Stekelenburg'


Wakil dari Penjaga gawang Ajax Maarten Stekelenburg dilaporkan masih belum dapat mengesahkan kesahihnya mengenai khabar angin yang Arsene Wenger telah secara serius menaruh mintnya ke atas pemain antarabangsa Belanda tersebut.

Menurut Sport.co.uk ketika menemubual wakil pemain tersebut melalui telefon mengenai laporan bahawa Arsenal telah rasmi berminat secara serius, mereka membalas respons tersebut:

“We are vey busy doing our jobs at the moment, and we have lots of requests for interviews, but it is not possible at this moment. We are really busy with our work and getting on with our business.”

Stekelenburg, 27, yang memulakan kariernya bersama Ajax ketika berusia 15 tahun yang dicungkil bakatnya dari VV Schoten dan semenjak itu telah setia di kelab sehingga membina dirinya sebagai penjaga gawang no.1 di kelabnya dan negaranya Belanda. Stekelenburg dilihat sangat berkesan dan merupakan bintang yang menyerlah di Piala Dunia, namun dengan masalah kewangan yang meruncing kelab Amsterdam telah mendorong Ajax terpaksa mempertimbangkan untuk menjual beberapa pemain mereka berkelas dunia antaranya Gregory Van der Wiel, Jan Vertonghen, dan Luis Suarez yang dikaitkan utuk keluar berhijrah dari Amsterdam Arena.

Arsene Wenger juga dilaporkan sedang giat aktif melobi dipasaran perpindahan pemain ketika ini untuk menandatangani penjaga berpengalaman antarabangsa dalam kata lain taraf 'top class' ke stadium Emirates, sementara memberikan peluang kepada Vito Mannone, Łukasz Fabiański dan Wojciech Szczesny waktu untuk terus berkembang di Emirates sebelum diberikan hak sebagai penjaga gawang utama Arsenal.

Manakal sebuah laporan dari News of the World menyatakan bahawa kelab dari Utara London masih lagi berahsia dan berteka-teki mengenai siapakah penjaga gawang yang menjadi sasaran utama mereka untuk dibawa masuk bagi musim baru ini.

Sementara itu pihak dalaman Ajax dipetik ketika ditemubual The News of the World:

"I don't think Luis Suarez will leave us this summer but as for the others, there's a good chance one or two have to leave.

"I know there's an English club interested in the goalkeeper, for sure."

Sedikit latar belakang mengenai Maarten Stekelenburg

Nama penuh: Maarten Stekelenburg
Tarikh lahir: September 22, 1982 - umur 27 tahun
Tempat lahir: Haarlem, Belanda

Friday, July 23, 2010

PenCinta Arsenal FC News | The Gunners Semakin Hampir Membawa Masuk Keeper Tua


Menurut laporan,Bos Arsenal Arsene Wenger semakin rapat dan teruja sangat untuk mengeluarkan belanja sekitar £ 3 juta untuk keeper Fulham ,
Wenger merupakan pengagum sejak azali lagi terhadap keeper antarabangsa dari Australia ini dan pernah membuat beberapa bidaan sekitar £ 2 juta untuk Schwarzer tetapi ditolak mentah oleh Fulham diawal musim ini.

Diperkuatkan dengan perpindahan pengurus Roy Hodgson ke Liverpool, perasaan keeper berusia 37 tahun ini semakin memberontak untuk meninggalkan Fulham, The Gunners juga dikatakan siap sedia untuk kembali membuat bidaan dengan meningkatkan jumlah tawaran ini termasuk pakej untuk bertindak selaku pembina dan pengajar kepada keeper-keeper muda Arsenal ketika ini.

Sementara itu, Wenger terus menepis desas-desus yang mengatakan beliau akan membawa masuk penyerang baru bagi mengantikan tempat Eduardo yang sah berpindah ke Shakhtar Donetsk, dia hanya menginginkan untuk memperbanyakkan pilihan untuk mengawal gawang Arsenal selepas melihatkan aksi dari Manuel Almunia dan keeper no.2 Lukasz Fabiaski yang telah membuat beberapa kesalahan menyakitkan hati a.k.a 'menjolok mata' musim lalu.

Sekiranya rumour ini benar, ini seterusnya jelas menunjukkan berkemungkinan besar Manuel Almunia akan ditunjukkan jalan keluar dari Arsenal pada musim baru ini setelah gagal mendapat tempat dalam dua perlawanan pra-musim tika ini.

Thursday, July 22, 2010

PenCinta Arsenal FC News | Arsenal Tambat Havard Nordtveit


Perkembangan terkini mengatakan super duper ajen Jim Solbakken dari Norway dalam perjalanan terbang ke Utara London pagi ini, menjelang pembincangan dengan Arsenal mengenai status kontrak baru untuk bek Havard Nordtveit, 19 tahun yang ketika ini mempunyai baki kontrak 12 bulan lagi.

Nordtveit nampaknya semakin mendapat perhatian dari Wenger apabila mendapat tempat dalam kesebelasan Arsenal utuk kedua-dua perlawanan pra-musim ini dan telah menunjukkan peningkatan yang mendadakan dalam keduanya. Dia beraksi penuh 90 minit dalam kemenangan 3-0 ke atas Sturm Graz di Austria kelmarin, dan merupakan antara pemain yang menyerlah. Nordtveit dilihat beberapa kali melakukan kawalan dan bentesan yang baik dan berkemungkinan besar Nordtveit dijangka bakal mendapat peluang yang lebih luas lagi dalam kesebelasan utama Arsenal di musim ini atau musim mendatang.

Gazidis juga dilaporkan sekarang sedang siap untuk menawarkan Havard Nordtveit untuk kontrak tambahan bagi tempoh tiga tahun bagi terus kekal dalam perancangan 'The Professor'. Nordtveit yang dibawa Wenger dari Haugesund pada tahun 2007 dan sejak itu sering menghabiskan 14 bulan terakhir dengan diberikan peluang menimba pengalaman secara pinjaman dengan beberapa kelab seperti UD Salamanca, Lillestrøm dan Nuremberg.

Diharapkan perundingan ini akan dapat diselesaikan sebelum bermulanya musim baru.

Cesc Fabregas | Meh Dengar Ni?


Berikut beberapa kata-kata berunsur nasihat kepada Kapitan Muda, dari bekas player Arsenal yang pernah berasa perit ketika menyarung jersi Barcelona antaranya:

Pemain antarabangsa Belarus Aliaksandr Hleb yang sedang menempuh musim loan yang panjang dengan Stuttgart di Bundesliga .

Laporan dipetik ketika Hleb ditemubual The Sun:-

"I stay in touch with Cesc a lot and it's hard for me to judge what he should do,”

"He and Gael Clichy are both very good players who must make their own decisions about their future. But I would advise them to stay.

"It didn't work out for Arsenal this season but, if Arsene Wenger keeps the side together, they can really go far next year. They play great football.

"It's partly a question of experience and next season Arsenal will have more of it if everyone stays.

"All things being equal, I think they have a very good chance of the title next season."

Manakala Lejen Arsenal , King Henry pula, menyarankan Cesc Fabregas fikirkan Arsenal fans terlebih dahulu.

Menurut katanya:

“You never actually leave Arsenal and it is hard to explain the bond I had with the fans and everyone at the club. I still get goose bumps when I go back.

“Cesc has a similar bond and that is the dilemma he has. As a fan you don’t want him to leave but you can understand a guy that wants to go back home.”

Friendly Review | SK Sturm Graz Tak Melawan

SK Sturm Graz 0 : 3 Arsenal
- : Samir Nasri ('16, '43), Henri Lansbury ('57)
Venue: Arnold Schwarzenegger Stadium


Pemain 'pinggiran' antarabangsa Perancis yang ditidakkan haknya di Piala Dunia, Samir Nasri menyinar apabila mencetak dua gol untuk Arsenal ketika menundukkan Sturm Graz 3-0 di pra musim-ramah-tamah di Austria diawal pagi tadi.

Nasri menemui sasaran dengan melakukan sepakan rendah dari luar kotak penalti pada minit ke-16 untuk meletakkan skuad Arsene Wenger itu memimpin perlawanan sebelum menambah jaringan kedua di minit ke-43 dengan tendangan bebas yang melengkung ke sudut kiri atas jaring yang terus mengamamkan penjaga gol lawan Cavlina tanpa mampu bertindak menidakkan jaringan itu.

Samir Nasir mendahului senarai penjaring Arsenal apabila mengumpul tiga gol dalam kempen pra-musim ketika ini, dimana dia juga menperolehkan gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Barnet pada hari Sabtu lepas.

Sementara itu, pemain gantian Henri Lansbury menambah gol ketiga diminit ke-57 seterusnya menutup jumlah jaringan setakat itu dan membungkus pihak lawan yang juga pemegang Piala Austria.

Berita lain, Arsenal mengesahkan pemain antarabangsa Crotia berusia 27 tahun Eduardo selamat diijab kabulkan dan sah menyertai juara Ukraine Shakhtar Donetsk musim depan, Sementara pada perlawanan semalam, beberapa perkembangan yang ditunjukkan dari pemain pemuda 'The Gunners' seperti Emmanuel Frimpong dan Jack Wilshere yang mengawal baik kawasan tengah tengah sangat mengujakan yang menunjukkan Arsenal mempunyai pilihan yang banyak untuk pembukaan tirai Liga Inggeris nanti yang seterusnya bakal memeningkan kepala otak 'The Professor' untuk memilih kesebelasan utamanya nanti.

Nasri jelas pada perlawanan semalam diberikan watak mendorong dalam menyokong pemain baru dibawa masuk Arsenal, Marouane Chamakh, sementara Thomas Vermaelen diberikan peranan besar sebagai kapten untuk pertama kalinya dalam kerjaya di Arsenal.

Ujian seterusnya bagi The Gunners adalah pada Selasa depan, saat Arsenal akan menghadapi pasukan lain dari Austria iaitu SC Neusiedl 1919.

LINE-UP (Halftime subs):
Fabianski (Szczesny), Vermaelen (Koscielny), Nordtveit, Djourou, Traore (Gibbs), Nasri (Eastmond), Walcott, Frimpong (Lansbury), Wilshere, Arshavin (Rosicky). Chamakh (Emmanuel-Thomas)

Sedikit sedutan ihsan dari youtube perlawanan persahabatan Arsenal dengan SK Sturm Graz, Selamat menonton!

Wednesday, July 21, 2010

Latest News | Penjenamaan Baru 'Emirates Stadium Stand'

Perubahan terbaru telah dilaksanakan Arsenal, apabila Arsenal memutuskan untuk menukar nama tempat duduk di Stadium Emirates sebagai: Clock End, North Bank, East Stand dan West Stand. Pejenamaan baru ini hanya akan berkuatkuasa ketika Arsenal menjadi tuan rumah pada perlawanan Liga Premier Arsenal musim 2010/2011 ketika menentang Blackpool pada hari Sabtu 21 Ogos.

Dalam membuat pengumuman itu, Arsenal mengumumkan bahawa new Clock End, yang di sebelah selatan stadium, di seberang new North Bank, akan menjadi tempat terbaru untuk Jam baru di Stadium Emirates pada musim depan.

'Kipas Tak Mati-mati' Arsenal akan dapat melihat Jam baru di stadium ketika Piala Emirates nanti, tapi kelab merancang untuk melaksanakan 'official welcoming' untuk Jam baru ini sebelum perlawanan dengan Blackpool untuk memperingati hari bersejarah ini.

Dilampirkan manual susun atur stadium untuk tatapan dan rujukan korang:-



Tuesday, July 20, 2010

Latest News | Nasib Du Du & Vu Vu


Setelah kehilangan Du Du, kali ini Vu Vu pun tidak akan kedengaran di Emirates.

Perdebatan penggunaan Vuvuzela yang meluas dipergunakan untuk memeriahkan dengan mengeluarkan bunyi bingitnya ketika Final Piala Dunia di Afrika Selatan nampaknya tidak akan berpanjangan di Emirates Stadium , apabila Arsenal Football Club secara rasminya memutuskan untuk melarang penggunaan vuvuzelas di Stadium Emirates dengan segera seperti apa yang dilakukan di Birmingham City.

Keputusan ini telah diambil sebulat suara dengan sebab untuk memastikan pemenuhan dan keselamatan penyokong pada perlawanan yang berlangsung, yang sangat penting dan menjadi keutamaan bagi Arsenal FC sendiri. Al-maklum dan sedia maklum lah, penyokong-penyokong 'kipas tak mati-mati' di England ni fanatik sikit ditambah pula kuat minum lagi, kot tengah hangat Arsenal membelasah, penyokong lawan yang hangat hati ditambah pula mabuk tak sedar diri, diguna pulak Vuvuzela tu untuk dihempok di kepala-kepala sahabat kita yang tak bernasib baik di Emirates nanti. Kan ker naya tu....huhuhu

Latest News | RvP10 : CV11


Robin van Persie akan dikenali sebagai RVP10 selepas diumumkan secara rasmi di Arsenal.com yang RvP akan beralih mengenakan jersi nombor 10 Arsenal musim depan.

Pemain bintang Belanda ini telah menjadi empunya jersi bernpmbor 10 selepas ditinggalkan pemilik sebelumnya William Gallas, yang telah bertindak tidak mahu kekal bersama Arsenal selepas berakhirnya kontrak beliau pada tarikh 30 Jun.

Van Persie yang diketahui sangat teruja untuk mengikut jejak langkah idolanya yang juga rakan senegaranya Dennis Bergkamp, yang menyarung jersi nombor 10 itu selama mengabadikan kariernya di Arsenal.

Sementara, Carlos Vela juga telah berubah sebagai pemilik baru nombor 11. seterusnya ini akan menamatkan spekulasi pemain antarabangsa Mexico ini bahawa masa depannya di Emirates diragukan setelah rumours mengatakan beliau bakal berpindah ke Sepanyol yang diperdebatkan selepas tamak Piala Dunia.

Menurut Arsenal.com, kepada 'kipas tak mati-mati Arsenal' yang telah memiliki dan membeli baju Arsenal baru dengan 'Vela 12' dari Arsenal.com boleh mengembalikan baju mereka untuk pertukaran dengan baju baru yang telah dikemaskini. Bukti pembelian akan diperlukan.

Monday, July 19, 2010

Transfer Rumours | Rosell " Si Kepala Batu"


Arsene Wenger terus ditekan, Cesc Febregas terus diberikan harapan untuk kembali ke pangkuan pasukan idamannya sejak kecil, Barcelona. Khabar angin terus betiup kencang, apabila Presiden Barcelona Sandro Rosell tidak putus berharap apabila beliau dikhabarkan akan berkunjung ke London dalam usaha untuk memujuk rayu Arsenal untuk menjual Cesc Fabregas.

Akhbar Sepanyol AS pula mendakwa bahawa Rosell akan membuat usaha 'berani mati' terakhir untuk menandatangani Fabregas selepas menabur janji akan mengembalikan Fabregas ke pangkuan Barcelona ketika berkempen untuk pilihan raya persiden Barcelona yang lalu. Beliau memang terdesak untuk merealisasikan kata-katanya itu kepada pelabur-pelabur dan 'kipas tak mati-mati' Barcelona yang dia tidak bercakap kosong.

Barcelona telah gagal dengan tawaran £ 30m untuk Fabregas, dengan laporan pada hari Ahad menyarankan mereka bersedia pula untuk meningkatkan tawaran ke angka £ 40m untuk kapten Arsenal itu. Tapi Arsenal tidak akan mengendahkan sebarang tawaran yang kurang dari £ 50m.

"Saya benar-benar berharap Cesc menjadi pemain Arsenal musim ini," kata Arsene Wenger pada hari Sabtu ketika ditemubual selepas perlawanan pra-musim dengan Barnet.

Wenger terus menegaskan lagi:-

"He is our captain and we want to keep him and that is why we didn't listen to any offers.

"We do not just give in because somebody wants somebody from us."

Rumours | Dudu Merajuk Hati, Membawa Diri


Tiba-Tiba....Eduardo yang lebih dikenali sebagai 'Dudu' dikhabarkan sedang dalam perjalanan ke Shakhtar Donestk untuk nilai perpindahan sebanyak £7m, Selain itu ada laporan mengatakan bahwa ada lebih kurang empat kelab yang menaruh minat terhadap pemain kelahiran brazil ini dan merupakan bintang Croatia, ini termasuk Aston Villa tapi rumor kali kuat menunjukkan bahaya penyerang ini yang dibawa masuk oleh Wenger tiga tahun lalu dari Dinamo Zagreb sedang dalam perjalanan menuju ke Ukraine.

Jika ura-ura ini menjadi kenyataan, boleh dikatakan Wenger sedang berkira-kira untuk membuat tawaran membawa masuk Joe Cole secara perpindahan percuma , seperti yang diketahuai, bekas pemain tengah Chelsea ini hanya akan hadir ke dalam skuad 'The Gunners' bergantung kepada pemain Arsenal yang bakal keluar samada Tomas Rosický atau Eduardo. Melihatkan situasi Rosický yang menandatangani kontrak baru musim lalu dan bersama-sama dalam kunjungan pada kemenangan 4-0 di Barnet. Ditambah dengan kehadiran penyerang yang baru disunting Wenger Marouane Chamakh, Ia terus meletakkan kedudukan 'Dudu' dalam skuad utama agak terumbang-ambing dan tidak terjamin. Buat masa ini tiada yang rasmi dan pasti tentang berita ini, seandainya benar Ini akan meninggalkan jersi no.9 tidak akan berpunya.

Dah seandainya ia benar-benar sohih, aku mengucapkan selamat berjaya buat Dudu untuk menempuh cabaran baru di Shakhtar Donetsk.

Sunday, July 18, 2010

Friendly Review | Langkah Kanan Untuk Pra-Musim

Friendly Review | Barnet 0 : 4 Arsenal
Barnet 0 : 4 Arsenal
- : Andrey Arshavin ('2), Jay Simpson ('16, '45), Samir Nasri ('75)
Venue: Underhill Stadium

Arsenal memukul gendang, menari tak sumbang ketika menang 4-0 di perlawanan pertama mereka dalam kempen pra-musim melawan Barnet petang kelmarin. Jelas dari segenap sudut Arsenal cukup gah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri untuk di saingi oleh' sang lebah' Barnet, kerana sang lebah tak mampu untuk menyengat.

Arsenal jelas pada petang itu adalah pasukan yang kuat sebelum memulakan perlawanan, diseimbangkan dengan beberapa pemain-pemain pasukan muda remaja. JET dan Frimpong tampak sangat berkualiti menguasai di lini tengah. TV5 dan LK6 tampak padat dan ketat bersama dan Jay Simpson memainkan watak pemburu a.k.a pembedil yang berkesan.

Hanya ada 90 saat pada jam ketika Rosický mencari Andrey dengan permainan penuh rapi satu-dua di luar kotak penalti. Andrey kelihatan sudah jelas memperlihatkan keistimewaanya, melakukan sentuhan menarik dengan memperdaya penjaga gol lawan untuk menolak mudah ke gawang untuk tirai gol Arsenal.

Arsenal jelas mengawal kemas tempo perlawanan apabila umpanan Jack Wilshere dalam kotak penalti sebelah kanan sebelum menolak lembut ke Simpson, dari jarak 8 meter, Simpson tidak mensia-siakan peluang terhidang untuk meletakkan Arsenal selesa dengan 2-0.

Sebelum menutup babak pertama, Simpson menerkam mudah untuk gol ke-3 Arsenal selepas menerima hantaran dari Jack Wilshere.

Babak kedua 'The Proffesor' memperlihatkan kembalinya Djourou dan Gibbs yang sudah cergas untuk beraksi selepas lama 'memerap' akibat kecederaan, Marouane Chamakh, penandatanganan baru dari Bordeaux yang mencetak 56 gol ketika di Liga Perancis dengan 230 penampilannya, juga diberikan peluang melakukan debut dengan Arsenal di babak kedua. Dan meskipun ia tidak menemukan sentuhan jaringan, ia jelas tampak bersemangat berjuang, sangat cergas, kuat dan jelas menampakkan komitmen untuk berjaya bersama Arsenal dan ingin pantas menarik perhatian dan kepercayaan 'kipas susah mati' Arsenal seperti apa yang dilakukankan Thomas Vermalen.

Satu kesilapan ngeri dari pertahanan Barnet pada minit ke-75, akibat kehilangan keseimbangan kawalan pantas dimanfaatkan Samir Nasri menutup permainan yang boleh dikatakan mudah untuk Arsenal.

Kesebelasan babak Pertama: Lukasz Fabianski, Havard Nordtveit, Thomas Vermaelen, Laurent Koscielny, Armand Traore, Emmanuel Frimpong, Tomas Rosicky, Jack Wilshere, Andrey Arshavin, Jay Simpson, Jay Emmanuel-Thomas.

Kesebelasan babak Kedua: Vito Mannone (Wojciech Szczesny 68), Ignasi Miquel, Johan Djourou, Kieran Gibbs, Craig Eastmond, Samir Nasri, Conor Henderson, Henri Lansbury, Nacer Barazite, Theo Walcott, Marouane Chamakh.

Sedikit sedutan video perlawanan tersebut. Nikmatilah!

Saturday, July 17, 2010

Tembok Masa Depan Arsenal | Wojciech Szczesny

Keeper masa depan Arsenal Wojciech Szczęsny hampir pasti tersenarai untuk dipinjam bagi kali ke-2, menurut laporan akhbar di Poland. Walaupun bagaimanapun Arsène Wenger dikatakan sangat berhati-hati dalam mencari kelab yang benar-benar dapat mendidik dan mempersiapkan keeper mudanya untuk menjadi keeper no.1 Arsenal pada masa depan.

The Professor meletakkan keyakinan yang tinggi pada Wojciech Szczęsny dan seorang lagi keeper mudanya Vito Mannone bahawa mereka mempunyai peranan jangka panjang untuk bermain di kelab. Pengendali berbangsa Perancis itu juga berterus-terusan menegaskan keyakinannya bahawa Wojciech Szczęsny adalah keeper nombor satu Arsenal masa depan, walaupun dia mengakui Szczęsny tidak mungkin ia akan menembusi skuad utama 'The Gunners' tahun ini. Sebelum ini keeper berbangsa Poland berusia 20 tahun itu telah berjaya melakukan 28 penampilan yang berkesan di Brentford musim lepas.

Dengan Arsenal akan memulakan pra-musim dengan menghadapi Barnet, nama Szczęsny tidak tersenarai akhir 22 pemain yang terbabait dalam perlawanan persahabatan itu, Dimana Wenger terus kukuh dengan iman membawa kiper no. 1 dan 2 dari musim lalu.

Sementara Rumour keeper Fulham Mark Schwarzer yang tampaknya menjadi target pertama 'The Proffesor' pada musim perpindahan ini. Pada usia 37 tahun, ia dijangka akan mengisi slot keeper utama Arsenal untuk tempoh singkat sementara menanti Mannone dan Wojciech mempersiapkan diri dengan menimba pengalaman yang diperolehi. Itu masih rencana yang belum ditentukan kesahihannya, namun link perpindahan Schwarzer sudah semakin sejuk, dan ada kemungkinan nyata Wenger boleh berubah menjadi pilihan yang lebih muda. Sekiranya Wenger beralih kepada pilihan yang lebih muda, apa yang pasti akan menyebabkan duo keeper muda ini mula emosi dan merajuk, yang telah mengatakan mereka akan pergi jika kesempatan tidak terbuka untuk mereka.

Dibawah, disedapkan mata korang dengan sedutan klip video beberapa saves dibuat oleh szczesny Wojciech selama pinjaman kepada Brentford fc.

Friday, July 16, 2010

Tidak Bersawang Lagi | PenCinta Arsenal FC Kembali


Ayuh! Ayuh! Bangkit!!!! Bangkit! Update Blog, fuh! setelah berkurun bersawang spiderman blog PecCinta Arsenal FC ini, disebabkan terimpak maksima aku dengan tugasan dan kehidupan dunia realiti. Dengan ini aku akan mula meng'caj'kan kembali diri akan untuk mula bergiat secara aktif dan full time mengupdate klub yang kucintai ini.

Sebelum bermulanya sepak mula di Barclays Premier League 2010/11 pada sabtu, 14hb Ogos 2010, dengan Arsenal hanya akan mula 'mencemar duli' masuk gelanggang bersama beberapa muka baru pada hari berikutnya menentang mush tradisi yang terpaksa keluar dari kelab Julukan 'Big 4' di EPL iaitu Liverpool.

Jadi sebelum menanti penuh debar dan sabar tirai Barclays Premier League 2010/11.

Kita akan mula dengan tugas yang tidak kurang hebatnya untuk mempertahankan Kejuaraan Emirates Cup yang bakal berlangsung pada 31 Julai dan 1 Ogos ini. Dengan 2 nama yang cukup hebak dan mengerunkan kelab Eropah akan turut serta dalam saigan Piala Emirates 2010. Ia boleh diklasifikasikan sebagai medan pemanas kaki bagi meriam-meriam lama dan baru untuk beraksi sebelum menanti cabaran sebenarnya
di Liga Eropah dan Liga Domestik.

Berikut adalah kelab-kelab yang turut serta iaitu:-

Olympique Lyonnais, AC Milan dan Celtic

Di bawah disertakan juga jadual perlawanan tersebut
Emirates Cup 2010 match schedule:

Sabtu 31 Julai 2010
Celtic v Olympique Lyonnais (2pm Kick-off)
Arsenal v AC Milan (4.20pm Kick-off)

Ahad 1 Ogos 2010
AC Milan v Olympique Lyonnais (2pm kick-off)
Arsenal v Celtic (4.20pm kick-off)


Jadi, aku mulakan dengan:-

Pre-Season Friendly: Barnet vs Arsenal, 17.7.10
Team Predictions: Barnet vs Arsenal

Kempen Pra-musim Arsenal membuka tirai pada 17hb Julai 2010 di Underhill Stadium juga sebagai sesi mengeratkan silatulrahim dengan kelab diliga 2.

Arsenal.com juga mengumumkan skuad Arsenal nanti bakal melibatkan 2 dua permata yang baru disunting Arsenal, Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny disamping nama-nama besar 'meriam Arsenal' lain seperti Manuel Almunia, Thomas Vermaelen, Tomas Rosicky, Samir Nasri, Theo Walcott, Denilson, Jack Wilshere, Johan Djourou, Andrey Arshavin, dan Kieran Gibbs yang turut serta.

Sementara Sagna, Clichy, Song, Diaby, Fabregas, Eboue, Bendtner, Vela dan Van Persie diberikan pelepasan untuk beristirehat setelah mengerah keringat dalam kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Perlawanan ini juga akan menjadi medan 'kayu ukuran' buat Marouane Chamakh dan Laurent Koscielny samada mereka dapat menyesuaikan diri dengan permainan Arsenal.

Dijangkakan Arsenal akan membariskan skuad yang tak kurang hebatnya nanti, Antara ramalan kesumat aku adalah seperti berikut:-


--------------Fabianski--------------
---Hoyte---Koscielny---Vermealen--- Gibbs---
--------------Eastmond--------------
--------Wilshere-----Nasri-----------
--------Walcott------------------------Arshavin-------
--------------Chamakh--------------


Berikut senarai penuh 22 pemain yang dibawa untuk perlawanan persahabatan dengan Barnet:-

Penjaga gol: Almunia, Fabianski

Pertahanan: Djourou, Vermaelen, Koscielny, Nordtveit, Miquel, Gibbs, Traore

Pemain Tengah: Barazite, Eastmond, Frimpong, Emmanuel-Thomas, Henderson, Lansbury, Rosicky, Wilshere, Nasri

Penyerang: Chamakh, Eduardo, Walcott, Arshavin


Jadi apa line-up korang ? bubuh jerk tak kene bayar...

Berikut jadual Perlawanan Pra-musim seterusnya yang melibatkan Arsenal:-
vs Barnet (17th July 2010)
vs SK Sturm Graz (21 July 2010)
vs SC Neusiedl (27 July 2010)
Related Posts with Thumbnails